Ustaz Taib Azamudden Md Taib kalah dalam pertandingan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Baling kepada ADUN Kupang, Cik Gu Jo. Jawatan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Baling tidak ada ada pertandingan.
Update 8.29 PM
Jam 7.18 tadi, saya menerima SMS berikut:
Posting asalCalun tp (Timbalan Presiden PAS) di klana jaya, (Haji) Husam (Musa) mnang. Calun naib (Naib Presiden PAS), (Haji Mohamad) Sabu, (Haji Mohammad) Nizar (Janmaluddin) n .... (saya tak dapat baca dengan jelas).Saya hanya melasporkan sahaja. Jika anda mahu melaporkan sebarang perkembangan seperti di atas di dalam blog ini, sila SMS kepada saya bagi yang ada nombor saya atau di ruangan komen blog ini (saya akan siarkan) atau email kepada sangkutu@gmail.com

Saya terima SMS seperti berikut:
Tetapi, cukuplah kebencian terhenti setakat gagasan itu sahaja. Janganlah sampai membenci batang tubuh yang membawa gagasan itu. Janganlah pecat orang yang tak sehaluan dengan kita. Ir Izham didakwa pernah menjadi mangsa pecat kerana tak sehaluan politik dengan Datuk Dr Hasan Hj Mohd Ali. Itu dakwaan orang. Saya tak tahu betul atau tidak.
Dr Hasan pula didakwa penyokong kuat muqabalah. Dakwaan itu juga saya tak tahu betul atau tidak.
Saya juga pernah mendengar dakwaan yang menyatakan Roslan pernah membawa beberapa Exco kanan Pemuda PAS ke rumah Datuk Dr Harun Din untuk meyakinkan mereka tentang apa yang ketika itu belum lagi diberi nama muqabalah - nama manja perbuatan itu. Dr Harun pula di dakwa terpengaruh dengan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang nak sangat PAS berpeluk-peluk dengan Umno. Semua itu dakwaan. Saya tak tau betul atau tidak.
Kalau benar perkara itu berlaku, lama-kelamaan saya tak kisah sangat peristiwa "angkut Exco-Exco Pemuda PAS" atas nama engehmeng (engagement) itu kerana ia melibatkan hak demokratik mereka semua. Nak meyakinkan, nak mengangkut orang untuk diyakinkan dan nak menadah telinga serta jiwa untuk diyakinkan, semua itu hak demokratik masing-masing.
Kecuali kejayaan Ir Izham di Kelana Jaya, semua yang saya ceritakan di atas hanyalah dakwaan orang. But, if anybody enjoys killing the messenger, please make yourself happy.
Yang tadi laporan. Yang berikut pula ialah pertanyaan: Adakah apa yang berlaku di dalam PAS Kawasan Kelana Jaya itu adalah cetusan api penentangan terhadap muqabalah dan kerajaan perpaduan? Bagaimana pula apa yang saya dengar tentang dakwaan akan berlakunya ethnic cleansing terhadap puak yang digelar puak Erdogan?
Kalau benar dakwaan itu, suara rakyat atau people's power di dalam PAS mewakili siapa? Puak muqabalah atau puak Erdogan? Sama-sama kita tengok. Saya tak sokong dua-dua. Rasukan kerjasama dengan Umno saya benci dan rasukan gila Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai tak hormat Presiden PAS pun saya benci.
Itu cerita PAS. Mengenai Umno pula, saya dengar sendiri. Sekurang-kurangnya di Restoran Thaqwa dan di gerai teh tarik Mail di Jalan 1 menuju ke Markaz Tarbiyyah di Taman melewar tu (roti canai ada, macam-macam ada), saya dengar sendiri orang kata kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, "yang kalah dia lantik. Yang menang dia buang" dan kata-kata "kasihan KJ" (sedangkan, Khairy Jamaluddin sebelum ini merupakan makhluk yang menjadi kebencian umum).
Itu hanya laporan sahaja. Samalah jugak, if anybody enjoys killing the messenger, please make yourself happy.
Mengenai Umno juga, ada orang tanya saya, hang tak ulas ka fasal kabinet Najib? Saya kata, kabinet baru tu tak mustahak. Yang lebih penting ialah Najib mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang kata macam-macam kat dia di negara masing-masing.
Sejuta Tun Dr Mahathir Mohamad sokong dia pun tak guna selagi dia tak ambil tindakan terhadap akhbar-akhbar itu. Orang dok kata kita macam-macam, sampai kata pembunuh depan-depan, takkan nak buat bodo ja.. Kalau aku, kalau aku tak bersalah dan tak terlibat, aku sanggup berkulat di mahkamah sampai orang yang menuduh tu bertapuk dalam jel!
Ca baca apa Tengku Razaleigh Hamzah kata dalam posting blognya yang bertajuk "We should all come clean":
The Altantuya murder: snippets from The Times of UK (Malaysia Today)
Theories surrounding Altantuya's murder will never end........... (Ali Allah Ditta)
Khairy snub sets tongues wagging (The Straits Times 11/4/09)



Roslan SMS bungkus. Ir Izham menang di Kelana Jaya. Takbir!!!Saya hanya menyampaikan sahaja. Saya tak nak komen. Yang saya harapkan ialah tiada sesiapa lagi membantai sesiapa pun di dalam parti. Saya benci muqabalah dan apa jua percubaan untuk menjadikan PAS berpadu dengan Umno.
Tetapi, cukuplah kebencian terhenti setakat gagasan itu sahaja. Janganlah sampai membenci batang tubuh yang membawa gagasan itu. Janganlah pecat orang yang tak sehaluan dengan kita. Ir Izham didakwa pernah menjadi mangsa pecat kerana tak sehaluan politik dengan Datuk Dr Hasan Hj Mohd Ali. Itu dakwaan orang. Saya tak tahu betul atau tidak.
Dr Hasan pula didakwa penyokong kuat muqabalah. Dakwaan itu juga saya tak tahu betul atau tidak.
Saya juga pernah mendengar dakwaan yang menyatakan Roslan pernah membawa beberapa Exco kanan Pemuda PAS ke rumah Datuk Dr Harun Din untuk meyakinkan mereka tentang apa yang ketika itu belum lagi diberi nama muqabalah - nama manja perbuatan itu. Dr Harun pula di dakwa terpengaruh dengan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang nak sangat PAS berpeluk-peluk dengan Umno. Semua itu dakwaan. Saya tak tau betul atau tidak.
Kalau benar perkara itu berlaku, lama-kelamaan saya tak kisah sangat peristiwa "angkut Exco-Exco Pemuda PAS" atas nama engehmeng (engagement) itu kerana ia melibatkan hak demokratik mereka semua. Nak meyakinkan, nak mengangkut orang untuk diyakinkan dan nak menadah telinga serta jiwa untuk diyakinkan, semua itu hak demokratik masing-masing.
Kecuali kejayaan Ir Izham di Kelana Jaya, semua yang saya ceritakan di atas hanyalah dakwaan orang. But, if anybody enjoys killing the messenger, please make yourself happy.
Yang tadi laporan. Yang berikut pula ialah pertanyaan: Adakah apa yang berlaku di dalam PAS Kawasan Kelana Jaya itu adalah cetusan api penentangan terhadap muqabalah dan kerajaan perpaduan? Bagaimana pula apa yang saya dengar tentang dakwaan akan berlakunya ethnic cleansing terhadap puak yang digelar puak Erdogan?
Kalau benar dakwaan itu, suara rakyat atau people's power di dalam PAS mewakili siapa? Puak muqabalah atau puak Erdogan? Sama-sama kita tengok. Saya tak sokong dua-dua. Rasukan kerjasama dengan Umno saya benci dan rasukan gila Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai tak hormat Presiden PAS pun saya benci.
Itu cerita PAS. Mengenai Umno pula, saya dengar sendiri. Sekurang-kurangnya di Restoran Thaqwa dan di gerai teh tarik Mail di Jalan 1 menuju ke Markaz Tarbiyyah di Taman melewar tu (roti canai ada, macam-macam ada), saya dengar sendiri orang kata kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, "yang kalah dia lantik. Yang menang dia buang" dan kata-kata "kasihan KJ" (sedangkan, Khairy Jamaluddin sebelum ini merupakan makhluk yang menjadi kebencian umum).Itu hanya laporan sahaja. Samalah jugak, if anybody enjoys killing the messenger, please make yourself happy.
Mengenai Umno juga, ada orang tanya saya, hang tak ulas ka fasal kabinet Najib? Saya kata, kabinet baru tu tak mustahak. Yang lebih penting ialah Najib mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang kata macam-macam kat dia di negara masing-masing.Sejuta Tun Dr Mahathir Mohamad sokong dia pun tak guna selagi dia tak ambil tindakan terhadap akhbar-akhbar itu. Orang dok kata kita macam-macam, sampai kata pembunuh depan-depan, takkan nak buat bodo ja.. Kalau aku, kalau aku tak bersalah dan tak terlibat, aku sanggup berkulat di mahkamah sampai orang yang menuduh tu bertapuk dalam jel!
Ca baca apa Tengku Razaleigh Hamzah kata dalam posting blognya yang bertajuk "We should all come clean":
The BMF scandal of the 1980’s also had its share of lurid detail. There too a large sum of money and a murder was involved. An unseen hand had woven the threads of the story around me to destroy me politically. But when international newspapers alleged that I was involved in any wrongdoing, I took action against each and every one of them in their home jurisdictions.Berkaitan:
I sued The Telegraph and The Sunday Times of the UK, and The South China Morning Post of Hong Kong. I won all three cases, the newspapers published unreserved apologies and printed retractions covering half a broadsheet page each, and I came away with a tidy sum of money for my trouble.
The Altantuya murder: snippets from The Times of UK (Malaysia Today)
Theories surrounding Altantuya's murder will never end........... (Ali Allah Ditta)
Khairy snub sets tongues wagging (The Straits Times 11/4/09)













Cantik? Klik 






Bakaq!
Aku tak yakin pemimpin PAS sanggup sekarang ini nak mengajak ahli-ahli PAS dan rakyat negara ini untuk mencuci taik kering Najib Rosmah?
pernah waktu pas zaman tarbiyah dulu aku yang sudah sebaya us deris,syed azman dan ramai lagi ada ustaz2 tarbiyah didalam pas yang memberi keyakinan dan semangat bilamana kita kecewa dengan nakhaei dan gang yang masuk umno waktu itu,mereka mengingatkan kita,tak perlu kecewa kerana ini adalah suatu hikmah yang amat besar. di dalam PAS kalau kita jujur dan ikhlas berjuang,insyaallah akan selamat,sebagai mana pengakhiran hidup al marhum Us Fazil,yusof rawa,pak nik lah,as syahid ibrahim libya dan ramai lagi yang mati dalam PAS.kalo kita ada cita2 lain selain dari cita2 Islam insyaallah ALLAH akan menghakiminya,samaada kita terlucut atau di lucutkan dari jawatan yang kita jadikan sandaran utk cita2 lain selain Islam,apa yang berlaku di kelana jaya adalah sebahagian dari mehnah dalam perjuangan ini.Saya trus trang tak pernah kenal siapa roslan sms sebelum dia menjadi su akhbar presiden,tapi dari segi gaya penulisan sudah ada agakan dalam kepala yang dia bukan sepatutnya menjadi orang bawah ketiak presiden,dia muqabalah,muzakarah dan unity gomen yang lebeh pada perpaduan dengan umno kerana nak selamatkan melayu konon,waktu yang sama dia lah yang dok jaja yang melayu di selangor dah tersepit bawah pakatan rakyat,pelekkan kerana dia jadi ahli majlis waktu kerajaan pktn rakyat yang di sokong oleh pelbagai kaum.yang lagi pelek tapi benar sekarang ialah bilamana setengah ustaz2 dalam pas terlalu cepat mencari hujah dan nas yang boleh utk kita berunity.tanamkan lah sikap yang murni bersama pakatan rakyat yang bersama kita dalam pru 12 yang lalu atas selogan pas utk semua yang di sokong semua kaum.memang tertarik utk di simpolkan tentang seorang cina yang berkata bahawa sekiranya Pas bergabung atau berunity dengan umno bn,satu masa akan datang tunggulah bagaimana pas akan di tipu lagi dan ke 2 parti pas/umno tidak akan mendapat tempat lagi dalam politik malaysia. mari kita terus suburkan PAS UNTUK SEMUA!
Aku rasa mungkin Allah dah tak bukakan hati kepada seorang pon rakyat malaysia kecuali Mufti Perak supaya orang islam bersatu dan tidak berpecah belah dan jatuh menjatuhkan..memang benar kata-kata ceramah ustaz-ustaz baik yg. pro PAS atau berkecuali bahawa kata nabi Umatnya macam bueh dilautan..Serupa di malaysia..hasad dengki, khianat ..tak kira pakai lebai ke tak..aku berdoa lebih ramai ulamak dan ustaz-ustaz di beri petunjuk oleh Allah..dan dikurangkan jumlah yang akan dihumbankan ke apai neraka...
Calun Naib Presiden drp PAS Kawasan Kelana Jaya ialah 1. Ahmad Sabu 2. Datuk Seri Nizar 3. Ustaz Taib Azamuddin
Saya menerima amanah daripada ahli-ahli PAS Kelana Jaya dan insaf mengenai tanggungjawab yang bakal dipikul. Bukan kerana dendam atau kesumat apabila bertanding YDP tetapi kerana sangat sayangkan jamaah dan tidak mahu PAS tercemar oleh perkara-perkara yang tidak Islamik. Itu sahaja. Moga Allah memberkati segala usaha kita.
Ir. Izham Hashim
Ir Izham kata,
Bukan kerana dendam atau kesumat apabila bertanding YDP tetapi kerana sangat sayangkan jamaah dan tidak mahu PAS tercemar oleh perkara-perkara yang tidak Islamik. Itu sahaja. Moga Allah memberkati segala usaha kita.
--> Apa perkara-perkara yg tak islamik yg telah berlaku dalam PAS sekarang? Boleh bagi contoh?
bakaq, dok sebok suruh Najib saman sana sini buat apa, lebih baik suruh dia batalkan saman polis pada kita, ada jugak pasai.
Itu nombot 100 soal saman menyaman, yang penting dia gheti jaga rakyat. kalau dia menang, rakyat dapat makan ka, kalau dia kalah, rakyat mati ka..
Dalam hidup, bukan semua kita boleh layan, ada keutamaan !!!!!!!!
Anon 4.06 - PAS itu maksum, Islamic- mana ada salah dan silap - pemimpin2 dia suci.
salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe
link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html
Zolgoji, Bukit Jelutong Shah Alam
Komen hang terpaksa diedit
Kalau saya ada masa, saya edit la. Kalau tak dak masa, saya reject ja. Harap2 kpd sesiapa yg nak komen, jgn la tulis komen yg agak2 saya boleh kena saman kalau saya siarkan. Susah la macam tu. Saya cuba sedaya upaya nak demokratik. Tapi kalau sampai saya rasa boleh ke saman kalau saya siarkan, tak upaya la...
Salam. Woit Izham, aku rasa ahli Pas Kaw Kelana Jaya ni kurang sihat kerana calonkan Ust Taib Azamuddin. Setahukan aku dia ni gagal dlm melaksanakan amanah sbagai Ketua Lajnah Pendidikan Pas Pusat sessi yang lalu. Baca kembali laporan muktamar lalu. Tak ada idea .Ust Taib ni pernah ponteng sidang parlimen kerana pi umrah. Apa punya turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
kluangman
bagi la hujah yg menunjukkan kau siuman
tentu najib dan umno sangat2 punya ahli yg gila mcm ko
Anonymous said...
Sunday, April 12, 2009 4:06:00 AM MYT kata: "--> Apa perkara-perkara yg tak islamik yg telah berlaku dalam PAS sekarang? Boleh bagi contoh?"
Ya itu juga persoalan saya. Sila jawab...
Assalaamu Alaikum!
Semoga apa yang tertulis tidak jadi bahan FITNAH. Kadang2 bila syok menulis sesuatu berita yang kita suka, ia menjadi fitnah pada orang yang kita tulis,... dan pada kita yang menulis! Allahu a'lam.
Kita jangan pikirkan tentang muqabalah atau kerajaan perpaduan yang tak kesampaian itu.Pas menang di Bukit Gantang atas undi siapa? Cuba selidik betul2.Kepercayaan orang bukan Islam sekarang kepada Pas amat tinggi sekarang.Jika Pas tersilap membuat U-turn kepada umno semua orang bukan Islam akan lari tinggalkan Pas.Mereka akan kata 'tengok itu pakai kopiah putih sama itu serban pun cakap tak serupa bikin".Lainlah kalu umno pinda semua perlembagaan parti umno jadikan Al -Quran dan Hadis sebagai panduan dan undang2 negara.Mahathir yang kembali kepada umno pun tak laku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sepatutnya jadi iktibar kepada Pas apa yang patut buat dengan umno yang dah nak terguling tu.Aku bila sebut pasai kumpulan Erdogan dan kumpulan bukan Erdogan ni aku memang tak setuju ada klik2 dalam Pas ni.Semua ni tak sepatutnya wujud.Perselisihan pendapat itu perkara biasa jangan nak wujud kumpulan2 tertentu sudah la.Aku sokong Pas saja kumpulan2 ni aku tak main.Azizi Abdullah ada tulis hari ni dalam harakah daily Mahathir pakai tali pinggang ikat sampai lubang yang last sekali punya pulun kempen nak bagi UBN menang tapi kalah juga di dua bukit.
Calun Naib Presiden drp PAS Kawasan Kelana Jaya ialah 1. Ahmad Sabu 2. Datuk Seri Nizar 3. Ustaz Taib Azamuddin
Calon Timbalan Presiden adalah YB Dato' Husam Musa.
Siapa Calon Presiden bagi Kawasan Kelana Jaya, YB ir.Khalid Samad ke?
woit kluangman,
jgn bagi malu org kluang
aku memeng mengaku darah jawa pekat.tak payahmalu2 taik kucing
kalau dah asal dari kluang seribu satu nak cari melayu.walaupun kita jawa,
tak semestinya kita lawan islam.aku respect mawi tak malu mengaku jawa
Pak Bakaq, mintak kebenaran untuk membuat hebahan
Wajarkah Najib Diberi Peluang?
'Najib memiliki apa yang tidak ada pada Abdullah, iaitu rekod peribadi yang buruk pada mata rakyat. Abdullah sebaliknya memiliki jolokan ‘Mr. Clean’ yang sebenarnya menderaukan darah rakyat bila kelemahannya terbongkar di puncak Putrajaya.
Oleh yang demikian, tidak pelik jika Najib bertindak buruk pada rakyat tetapi amat pelik dan memukau jika Najib melakukan benda yang baik-baik. Itulah keuntungan Najib kerana imej yang berkarat'
Meneliti komen sokongan Kickdefella, seperti petikan di atas membuat saya menilai kembali samaada Najib wajar diberi peluang. Najib Ada kelayakan sebagai pentadbir yang berkebolehan. CVnya begitu menarik. Di permulaan kerjayanya di dalam kabinet Malaysia, dia cemerlang. Kalau saya tidak silap, khidmatnya turut cemerlang sebagai Menteri Besar Pahang di awal kerjaya politiknya dulu. Dia layak membawa perubahan yang di sebut-sebut.
Selain dari itu apa pilihan yang rakyat Malaysia ada? Merubah kerajaan? Secara logiknya saya berpendapat ini cuma akan berlaku sekiranya proses pendemokrasian Malaysia yang lebih baik berlaku. Kalau pun Pakatan mahu membawa perubahan, Pakatan kena menang pilihanraya. Sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.Kenapa bazirkan masa tersebut. Baik kita gunakan untuk menangani krisis ekonomi yang sedang membungkam negara.
Najib berpeluang mengubah ke arah Malaysia yang lebih baik sekiranya dia ada iltizam yang kuat. Dia mampu melakukannya sekiranya dia tidak terus bergayut kepada sokongan UMNO yang telah semakin reput. Najib seharusnya percaya bahawa dia akan mendapat sokongan rakyat sekiranya dia mampu membawa perubahan. Akan berbondong-bondong rakyat jelata menyokongnya sekiranya dia bertindak di luar kongkongan UMNO. Majoriti rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat akan menyokong Najib kalau Najib membuat perkara yang betul. Najib tidak perlu kekal dengan perjuangan UMNO yang memperjuangkan ketuanan UMNO bertopengkan ketuanan Melayu. Kedaulatan Rakyat yang perlu diperjuangkan Najib kalau dia mahu terus berkuasa.
baca selanjutnya di: http://sitampokmanggis.blogspot.com/
belah belah belah dacing sudah la pak
Pilihan aku
Presiden: TG Hadi
Tim Presiden: Husam Musa
Naib Presiden: Nizar, Tuan Ibrahim,Mahfuz
Ketua Pemuda: Ust Tantawi, Timbalan: Sdr Subki
Ketua Muslimat: Ustz Nuridah, Timbalan: Ustz Zailah
Apa yang berlaku diKelana Jaya tu(kekalahan Roslan SMS) sepatutnya menyadarkan dan menginsafkan pihak yang gilakan "muqabalah" dan "Kerajaan Perpaduan".Kemenangan di2 bukit baru-baru ni juga wajar menjadi iktibar kepada gulungan syokkan UMNO ni agar melupakan "rancangan" mereka dan jangan lagi membuat sebarang ankara dalam PAS.Kalau nak cepat sangat jadi Tim.PM,menteri atau Menteri Besar masuk sahajalah UMNO.Najib dah jadi PM dah tak payah nak sekat-sekat lagi pun itu bukan kerja kauorang.Pemilihan pucuk pimpinan tu ada baik terkecuali Taib Azamuddin.Dah ada pun yang komen mengenai bekas Imam Mesjid Negara ini.Wallahualam.
apabila ada unsur2 pentingkan diri/jawatan, itu non-islamiklah!
hussin abdaziz
Pak Bakaq,
Tolong lah kongsi kenapa orang pas baling tolak bekas grand imam? Kami di sini tak tahu hujung pangkal...kut2 nanti kami propose salah orang untuk jawatan tertinggi parti.
Tok Den
saya bersetuju pandang beberapa naters disini.. jgn la kita susah hati sangat tentang hal-hal yg tak sepatutnya kita layan.. Allah dh janji, PASTI Aku akan bantu org2 berjuang atas agama Ku.. dan apabila kita susun balik peristiwa2 yg telah berlaku, mmg sesungguhnya Allah yg aturkan.. dgn sendiri musuh2 ni, kononnya kerana ilham dia org yg cangih (padahal Allah bagi ilham menyebabkan mereka musnah) membawa kehancuran pada mereka. Yang jelas kt sini takwa, ikhlas, beriman adalah jalan lurus dan diredai Allah.. Wallahualam.
Roslan sms dinyahkan?
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! WALILLAHILHAMD!!
DEy!!! kita adalah satu
Profesionalke Ulamak ke
kita adalah amilin
Kita adalah satu
Janganlah nak label orang Erdorgant ka, Fraksi ka
We united as ONE!
Presiden: TG Haji Hadi
Timb Pres: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib: Husam, Mat Sabu, Dr Mujahid Rawa
KP: Ustaz Nasarudin Tantawi TKP: Sabki Yusuf
KM: Ustazah Nuridah TKM: YB Zailah
Ustaz Nasarudin Mat Isa dilantik Setiausaha Kehormat Majlis Syura Ulama
Oleh: Lahir dalam tong Pas
KATA YDP BARU KELANA JAYA......
Saya menerima amanah daripada ahli-ahli PAS Kelana Jaya dan insaf mengenai tanggungjawab yang bakal dipikul.
( BETUL KE NI SEDARA?????????. APA TAK ADA YANG TERSELIT DAN TERBELIT DI HATI?????)- HANYA TUHAN SAJA YANG MAHA MENGETAHUI YE)- SEPATUTNYA DAH MENANG TU BERSYUKURLAH, JGN BURUKAN LG KEADAAN, KATA SANA, KATA SINI, BERSEKONKOL DGN GRUP ITU & GRUP INI. LAGI PUN BUKANNYA MENANG BYK MANA PUN, SEDIKIT SAJE - TAMBAH LAGI BUKAN MENANG ORIGINAL, MENANG KERANA MEMANG DAH DIRANCANG SEKUMPLAN ORG. BUKANNYA MENANG KERANA PILIHAN SEMUA ORANG.ITU PUN SEDIKIT SGT BEZANYA.
Bukan kerana dendam atau kesumat apabila bertanding YDP tetapi kerana sangat sayangkan jamaah dan tidak mahu PAS tercemar oleh perkara-perkara yang tidak Islamik.
Ir. Izham Hashim
(KENAPA SEDARA FIKIR SEDARA SAJA KE YANG SAYANGKAN JEMAAH PAS, ORG LAIN TIDAK??????) SAYA TAK FAHAM MAKSUD SYG SEDARA TU, APA LAGI YG TAK KENA???? APA ..SELAMA INI SEDARA FIKIR HANYA SEDARA SAJA YG AMALKN URUSAN SECARA ISLAMIC SEDGKN ORG LAIN TIDAK???
AWAS JGN SEDARA!!!!! SAYA KHUATIR KATA-KATA INI AKAN ALLAH TERBALIKKN KPD SEDARA PULAK!!!! TUHAN MAHA BERKUASA, MENGETAHUI SEGALANYA LAGI BIJAKSANA SEDARA.
DIKUATIRI SEDARA PULAK NANTI DIUJI DGN LEBIH HEBAT LG. AWAS TU!!!
(MAAF CAKAP LAH YE - JGN MELAMPAUI BATASLAH. SEDARA BEKAS YPD RELEKS JE, MENERIMA KEKALAHANNYA DEMI PARTI, KATANYA MUNKIN SEDARA LEBIH BAIK DRNYA....TAPI SEDARA SENDIRI BLUM APA-APA DAH KOMEN ITU-KOMEN INI :CTH DLM MALAYSIAKINI.BEKAS YDP X DE LAH LEBIH-LEBIH BG KOMEN DIA TAPI SEDARA......AMBOI...SEOLAH-OLAH SEDARALAH JAGOH DLM PARTI.
@@3333^^%%%&&&****#####
APE NI KOMEN PUN KENA TAPIS KE.
NAPE TAKUT KENA KUTUK KE
Pilihan aku
Presiden : Mujahid Yusuf Rawa
Tim : Hussam Musa
Naib : Nizar, Mat Sabu, Salahudin
SU : KJ
Bendahari: DR Hayati Osman
AJk : Deris Hj Ahmad, Nik Ammar, Annuar Tan, Dr Fadzli Hassan, Wahid Endut,
Nik zawawi besut, syed azman, ahmad awang, azizan razak, hashim jasin
misbahulmunir, khalid samad, dr shafie abu bakar, dr lok lo, yb
shaari sungip, yb dr dzulkifli
dr mariah, nuridah saleh, yb taufek, zulkifli mohd omar, ghani
shamsudin, ghani abd rahman, yb dr sheikh ibrahim, dr mahfuz,
pengarah pilihanraya : YB Cikgu Rahim.
Hj Hadi : Timbalan Mursyidul Am
Nasa : SU Majlis Syura.
(Kerja memperkasa dan menonjolkan peranan majlis syura)
Dewan Ulama : Tuan ibrahim tuan Man
Dewan Muslimat : Zyb ailah
Dewan Pemuda : yb Zaki Ibrahim
Saya pernah bermimpi Tuan Guru Presiden, Hj Harun Taib, YB Nasa dan dua tiga kerat lagi termasuk Roslan SMS akan masuk UMNO.
Sebagaimana Asri dijatuuhkan begitulah Tok Guru Hj Hadi akan mengulangi
sejarah Asri. Wallahuaklam.mainan tidur.
Mungkin kerana perasaan saya yang merasakan meletakkan Tok Guru HjHadi
sebagai Presiden samalah dengan meletakkan lain-lain Ketua Cawangan
sebagai Presiden. Tiada iltizam dan kesungguhan untuk memenangkan Pas
dan menjadikan Pas diminati kecuali sejak kembali jadi MP
Nasib baikada MB Kelantan...imej Pas banyak diselamatkan oleh MB Kelantan,
Saya pernah suarakan rasa sedih kerana Hj Hadi kurang berusaha namum marah sungguh
SU akhbar beliau sehingga memasukkan no telefon saya di dalam blog beliau sebelum pilihanraya tahun lalu.
Bertalu-talu masuk penggilan yang bengang dengan saya tetapi alhamdulillah
penerangan yang diberi dapat diterima oleh orang yang taksub dengan Tok Guru Presiden. wallahuaklam.
bila ulamak dah mula dipinggirkan dalam PAS, PAS akan jadi macam UMNO tak lama lagi.......
pas tidak jadi umno jika ulama pandai main peranan---perkasakan
Majlis syura dan dewan ulama.
Jangan dok tengok jer golongan profesional
buat kerja.
Nampaknya "mimpi" Anon 16.04.09 9.34pm akan jadi kenyataan. Hari ini Harun Taib telah mencadangkan kepada MB Trengganu untuk bersama mentadbirkan negeri Trengganu kerana MB Trengganu bermasaalah dengan beberapa ADUN BN Trengganu - Sila lihat blog buletinonline.Ini bukan dakyah dan bukan tuduhan palsu -baca dan dengar sendiri.Siapa yang beri dia "lampu hijau" untuk buat kenyataan itu Wallahualam.
Mula jadi timbalan Presiden, pastu presiden, pastu hapuskan jawatan mursyidul am,hapuskan dewan ulama dan majlis syura..........standard la akai boleh baca.......jadi ler macam UMNO nanti..........