Sedap!! Klik gambar di atas!

Mat Sabu kaya!!!

Dalam berita bertajuk "Lim minta maaf salah info elaun Mat Sabu," Malaysiakini melaporkan:
Ketua menteri hari ini memohon maaf kepada DUN Pulau Pinang kerana memberi jawapan salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB).

Lim Guan Eng memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), lapor Bernama.

Menurutnya, Mohamad hanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di perbadanan itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.
Sebelum ini dalam berita bertajuk "ADUN bidas Mat Sabu dapat banyak elaun," Utusan Malaysia 23/4/09 melaporkan:
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membidas pelantikan serta pemberian elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Mohamad Sabu yang dilantik baru-baru ini.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, selain mendapat elaun RM1,500, beliau juga menikmati elaun luar kawasan melibatkan jumlah yang sama sedangkan Mohamad yang juga Naib Presiden Pas difahamkan berasal dari negeri ini.

Malah, beliau mendakwa, elaun tetap Mohamad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas juga lebih daripada yang diterima Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah Tidak Bebas PBAPP.

''Saya pun hairanlah, mengapa beliau ini istimewa sikit sampai dibayar elaun luar kawasan, entahlah kita pun tak tahu mungkin dia duduk di tempat lain," katanya sambil disambut gelak ketawa ADUN BN pada sidang DUN di sini hari ini.
Maka marahlah Jasmin apabila dia berkata:
"Kerana jawapan yang tidak betul diberikan, saya telah membuat komen dan bercakap bohong kepada rakyat mengenai perkara ini.

"Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami".
Tetapi, saya rasa Mat Sabu bodo. Tak naik-naik darjah daripada berdemonstrasi dan kena tangkap. Akibat dari berita itu, khabarnya dia dah dok sebut-sebut banyak kali nak berhenti sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP. Ceritanya, dia bukan saja dijerkah supaya berhenti oleh kawan-kawannya malah Kak Normah isterinya dok hingaq tak habis suruh dia berhenti. "Takat banyak tu punya duit, Kak Normah pun boleh bagi kat Abang Mat," cerita seorang kawan dari Puchong kepada saya (Mat Sabu dok di Shah Alam. Selalu la kawan di Puchong tu pi rumah Mat Sabu).

Saya dok pikiaq dalam hati, awat yang bodo lughuih bendui sangat! Bukannya pi menyamun PBAPP. Pi mesyuarat bagi opinion, orang bagi duit. Bukannya jenayah!

Tapi saya dah lama kata bodo bila saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Mat Sabu pernah ditawarkan sebagai CEO sebuah syarikat dengan gaji lebih kurang RM15,000 sebulan.

Tetapi, menurut kawan itu, dia tolak. "Kalu aku terima, tak amanah aku ni. Aku bukan reti pun buat kerja tu," kawan tu petik Mat Sabu kata.

Dalam hati saya kata: "Elle lehhh... Lurus sangat pulaaak. Takut tak amanah konon. Orang nak bagi gaji macam tu punya sedap, tak nak. Bodo!"

Sekian saya melaporkan apa yang saya baca, dengar dan kata dalam hati saya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. inilah contoh isu yang kita tak perlu terangsang dan terghairah dengan provokasi
    gerombolan UMNO/BN.

    banyak lagi isu lain yg penting yg boleh dibahaskan...kalau dah tak de modal sangat nak menulis, tak payah tulis, cuti 2-3hari lagi elok.

    wassalam, jangan maree!!!

  2. "Tetapi, menurut kawan itu, dia tolak. "Kalu aku terima, tak amanah aku ni. Aku bukan reti pun buat kerja tu," kawan tu petik Mat Sabu kata.

    Dalam hati saya kata: "Elle lehhh... Lurus sangat pulaaak. Takut tak amanah konon. Orang nak bagi gaji macam tu punya sedap, tak nak. Bodo!"


    Bodo di kaca mata manusia tetapi mulia di sisi Allah S.W.T. Semoga Abg Mat sentiasa dalam peliharaan Allah jiwanya.

    Barangsiapa mencari redhanya manusia tetapi mendapat murkanNya Allah. Allah S.W.T akan membiarkan hidupnya. Barangsiapa yang mencari redhaNya Allah tetapi mendapat marahnya manusia, Allah S.W.T akan memelihara hidupnya.

  3. pak Bakaq, saya nak gelak.. dan saya gelak.. MUAHAHAHAHAHAHA

  4. Kaya sgt ke jd pengarah tu? Lg tinggi gaji operator atau Pak Guard yg keja kat Penang tu. Umno ni pun bebal, takde modal sampai jadi Pengarah RM 500 sebulan jadi isu kononnya rasuah sedangkan diorg jd pengarah, pengerusi, ceo gaji ratus ribu tak citer. Jadi ADUN atau MP lagi banyak duit. Itu setaraf elaun Ketua Kampung kat Selangor je. Dia tu naib presiden, hang hormat la sikit dgn dia. Sekurang2nya dia takut dgn amanah, bukan mcm stgh orang tu atau puak umno, lagi banyak masuk lagiler nak jadi. Dia tak la gila kuasa atau berebut kuasa mcm sesetengah pemimpin. Orang bawah pun sayang kat dia sbb walaupun naib presiden tp jiwa dan hati dkt dgn rakyat. Org nakkan idea dia dan pengalaman dia saja dan sekurang2nya mereka yg memilih beliau juga menghargai beliau.
    Wallahu a'lam.

  5. Assalamualaikum Pak Bakaq,

    Mat Sabu tu bukan manusia mata duitan sangat. Kalau dia nak projek dah lama saya ingat dia kaya. Bekas orang UMNO ni boleh dikatakan 'samseng PAS' yang bukan 'taik hemoi' macam sesetengah pemimpin UMNO.Pantang tawar jawatan, menonong macam biawak lapaq teloq. Sepanjang ingatan saya hanya sorang dua yang tolak jawatan, yang lain 'kebuloq bukan main'. Mana ada 'pejuang politik' macam ni dalam UMNO. Kalau dalam PKR lagilah pulak. Lambat lepa dengar 'tawaran' dari pejuang bangsa, agama dan negara konon! Nasib baik di Selangor lepa jadi ketua.

    Lim Guan Eng perbetui kesilapan tak salah. Baguihlah dari RM1500 turun ke RM500. Silap bagi statement tu biasalah. Kalau pauk-puak UMNO silap bagi statement berani potong ayam 'tak tarik balik punya'. Bangsa muka 'tebai'. Tambah-tambah Nazri, dan kuda kepang Dr. Khir Toyo. Orang tua 'mahafiraun' tu lagilah pulak. Cakap macam nak tungkat dunia. Semua orang kena dengaq cakap dia. Kalau Najib ada meruah jangan letak calun diPenanti. Padam muka dia. Sorry merapu ... sikit Pak Bakaq.

    Kalau kita tibai benda betui, bukan hasutan kot? Salam Pak Bakaq.

    Lebai Malang kata.

  6. takpa.. kurang2 orang tahu dia tak pelahap.

    bukan cam geng2 derih ngan rosol.

    ber-je-la

  7. Gaji tak penting, perjuangan untuk rakyat yang pentingnya. Tak makan gaji pun Mat Sabu hidup sampai sekarang, malahan aku tengok bertambah muda pulak! Ini mungkin terima hidmat nasihat dari Rahim Kassim!

  8. salam..
    biar orang kata bodo tapi disisi ALLAH swt amat mulia..amat malang ada ceo mcm saudara..yang memandang duit dan kebendaan..jika kita tidak layak,jgn memegang amanah..oarang yg TIDAK AMANAH,tempatnya didalam neraka..semoga ALLAH melindungi kita semua..

  9. Elle lehhh...Lurus sangat pulaaak. Takut tak amanah konon.Orang nak bagi gaji begitu sedap, tak nak. Bodoh...kalau Pak Bakag berani, pi kata macam tu depan Mat Sabu, tengok dia kata apa? silap2 hilang kawan..

  10. Mat Sabu memang bukan pelahab.Kalau dia jenis pelahab sudah lama dia bolih jadi kaya-raya.Ahli-ahli PAS semua bolih lihat,kaji dan fikir sendiri.Kalah diPRU 12 diKuala Trengganu(malang sungguh nasibnya kerana salah tempat),tak terpilih jadi calun diKuala Trengganu(konon "orang luar") dan sekali lagi disisihkan jadi calun diBukit Gantang(tak tahu apa sebabnya) - namun Mat Sabu tetap menjelajah diseluruh pelusuk tanah air;berceramah dan merasmikan mesyuarat agong - tanpa penat-lelah.Beliau amat istiqomah dalam berjuang dan tidak dinafikan pemimpin PAS yang terbanyak ditangkap polis serta tak serik-serik mengepalai perhimpunan dan demonstrasi. Fikirkanlah.

  11. aku ghaser hang 1000x lagi bodo...
    kecik punya hal pun lu lebih kepoh dari umneo punya org....

  12. Bakaq, aku heran awat hang layan dan baik sangat kepada budak kampong jebong yang sebelum ini aku syak menggunakan macam-macam nama termasuk anon serang hang dan kafirkan hang (aku syak org yg sama, budak kampong jebong). Aku heran hang ni. Awat, hang hanya reject komen yang hang takut kena saman saja? Orang kafirkan hang tak pa pulak?

    Awat hang bodo sangat? Nampak yg sebenar bodo ialah hang, bakaq!

  13. Alahai.. Apa la yg payahnya rheja jadi ahli Lembaga Pengarah tu.. Bukannya perlu kelayakan apa kejadahnya. Ada kelayakan pun, tak pakai sangat pun..Habaq mai tengok, contribution apa sangatla ahli Lembaga ni..Buat bagi cukup rencah resepi saja..Toksah duk sembang la bab nak mencari redha redha ni..Pemuhong pait..Bila dah bab terima elaun ni.., biasakla.. Nak cakap banyak dalam mesyuarat pun, confirmed, jadi malu alah.. Tambahla pulak yg dilantik tu..pakat muda toya saja..Umoq baru 30 tahun dah jadi Pengarah..Mau kata budak tu anak lebai mana ntah..sangkut sikit dengan MB.., pakai jadi, lantik saja..Mmmm..Mai nganga sajala mesyuarat.. Yang perlu, control macho, muka buat buat serious sikit..Angguk la sikit bilamana patut. Habih mesyuarat, kecelapak balik..Masyuk 300.. Rheja habih mudah..Aleh aleh, duk kena kelentong srupa tu jugak. Ikhlas mencari keredhaan??? Piirraaah..!!

    Hangpa tak percaya?? Pi tanya Ustad Azizan..Bersepah kat Kedah..

  14. Parpukari

    Sini bukan ruangan iklan. Harap maaf.

    Anonymous Tue, Apr 28, 2009 at 4:42 AM

    Komen Tuan/Puan terpaksa edit kerana ada maklumat dalam parti dan kempen yang tidak membantu. Sepatutnya keputusan perhubungan mana-mana negeri tidak diceritakan.

    Berikut ialah komen Tuan/Puan yg saya edit:

    Kepimpinan Ulama.....???
    Saya nak bercerita sikit pasal kepimpinan ulama....(apa yang saya fahami)

    -----potong-----

    Jadi beliau menawarkan diri untuk bertanding....berjaya atau tidak bukan soalnya, terpulang kepada semua perwakilan nanti. Jadi dalam PAS kita juga harus berfikiran terbuka...kalau nak undi terpulang, kalau tak mahu pun terpulang.

    -----potong-----

    Beliau memang telah dan sedang berkorban demi PAS, beliau telah diuji dengan berbagai2 rintangan, namun kesungguhannya bersama PAS memang tetap tegar.

    Beliau lah juga antara orang yang mengasaskan apa yang di panggil "kepimpinan ulama" suatu masa dahulu di zaman pemudanya....(harap tuan2 kaji sejarah PAS)

    -----potong-----

    Bila ada orang nak mencadangkan TG Nik Aziz menjadi Presiden ....orang marah kerana katanya tak faham? katanya adakah TG Nik Aziz nak turun jawatan kerana Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden.....

    Tapi , bila ada orang pula mencadangkan Dr Haron Din kepada jawatan Timbalan Presiden tak ada pula orang nak komen.....bukankah jawatan Timbalan Mursyidul Am juga lebih tinggi dari Timbalan Presiden?

    Jadi , sebenarnya dalam PAS ni yang paling tinggi adalah Majlis Syura Ulama.....bukanlah Presiden atau Timbalan Presiden yang paling tinggi.....sepatutnya kita tak perlu risau Presiden atau Timbalan Presiden .....sapa pun boleh kalau semua perwakilan telah memilihnya, yang penting dia memang layak dan berkelayakan serta mempunyai keikhlasan perjuangan dan membela parti PAS demi ISLAM yang kita perjuangkan.

    Kalau Presiden atau Timbalan Prsiden yang kita lantik tak buat kerja, buat tak betul atau tak "perform" , Majlis Syura Ulama boleh panggil, beri tunjuk sebab, atau pun Majlis Syura Ulama boleh minta dia letak jawatan atau pecat dia (kerana ia lebih tinggi) ....bukan seperti Umno mana ada semua nie....? Jangan kita tiru cara Umno pula.....

    Ini baru betul.....Majlis Syura Ulama itu tinggi dan kepimpinan ulama yang di maksudkan baru kena tempatnya....

    Sekarang nie saya tengok Majlis Syura Ulama masih belum tinggi kedudukannya....macam lesu dan tak bermaya, ahli2 PAS tak kata apa pun? sepatutnya isu.........
    1.perjumpaan muqabalah dan unity government?
    2.orang bukan Islam boleh masuk PAS atau tidak?
    3.sekarang ni pula isu baru ialah anak orang yang baru memeluk Islam , kerajaan benarkan hanya selepas umur 18 tahun untuk dia memilih agamanya.....

    Sepatutnya semua ini diputus segera dan Majlis Syura Ulama (kerana ia lebih tinggi) mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan AJK2 PAS yang lain turun membawa mesej parti....menerangkan kepada semua ahli dan rakyat, kerana itulah yang diputuskan oleh parti setelah Majlis Syura Ulama membincangkannya dan memutuskannya.

    -----potong-----

    Ahli2 PAS kena bersikap adil dan berfikiran terbuka......

  15. Nak tuduh batu api pun takut dia marah. Tapi nak kata apa berita di bawah ni?

    Yang tak berani nak dituduh batu api siap kata, "membayangkan maklumat itu diyakini tepat".

    Berikut berita yang tak berani nak dituduh batu api:

    Pas Selangor kesal jika kenyataan benar (muka surat N4 Sinar Harian edisi Selangor KL 27/4/09)

    Pas Selangor melihat usaha untuk melaga-lagakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru itu, Nik Abduh adalah sesuatu yang amat dikesali, kata Roslan SMS.

    "Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah sebab usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi Pas ini parti Islam".

    Roslan SMS berkata, kedudukan Nik Abduh sebagai Exco Pemuda PAS Pusat lebih-lebih lagi selaku anak kepada Nik Aziz membayangkan maklumat itu diyakini tepat sehingga menjadi kebimbangan peribadi kepada Nik Abduh.

    "Kita harap kawan-kawan (Pas) di Kelantan akan buat sesuatu kalau betul kenyataan Nik Abduh itu".

  16. Aku tak kenal sangat penulis blog ni. Tapi kali ni terpaksa ngatakan:
    HANG MEMANG BODOH SIBUK GAJI ORANG! ORANG TAKNK TERIMA JAWATAN CEO PUN HANG NAK KECOH SATU MALAYSIA! CAKAP JELA HANG TERLIUQ SGT NK ORG OFFER HANG JWTN MACAM TU! PII RAAHHH! MANUSIA HASAD LAGI DENGKI! BUSUK ATI PYA ORANG!

  17. aku cadang mu tulis buku biografi mat sabu, itu lebih mulia dari hang kacau dia..

  18. Abg mat.. abg mat... lawak la lu punya elaun... hahaha...

    Bhai.. lama tul tak jumpa abg mat... dulu masa dok Shah Alam.. ader gak selalu jumpa dier...

  19. Salam Pak Bakaq,

    x baik ckp mat sabu camtu...dia pemimpin yg baik...selagi apa yg dia buat x salah,kenapa nak 'bodohkan' dia? tu hak dia...

  20. Salam bakaq,

    mat sabu ni memang lah macam tu, tapi tak pa, esok company aku dah ready, aku bagi dia jadi pengarah yang tak payah buat kerja, pi cari org sakit bok mai kita berubat free...apa kata hang.....

    Filfilan( orang arab dulu-dulu panggil penang "filfilan"

  21. alahai kempen sihat dah bermula. alhamdlh,jangan jadi ustaz2 yang dah angau ngan janji2 manis umno terus cari alasan atas nama kepimpinan ulama perlu kekalkan ustazz jadi pemimpin parti,ah! sian kat ahli2,alah kalo setakat ustaz2 yang mai dok ceramah kot markaz surau tu boleh menang ker yer, ada la empat atau lima puloh orang dok tadah telinga,itu pun ahli pas yang kopi o macam aku memang nya haram undi bn.sian ustaz2 ni ,jangan la jadi macam paderi yang mempertahankan paderi lain yang buat salah dan yang lagi pelek,dekat2 nak muktamar,mentang2la ada pemilihan buat la sibuk anjur seminar kepimpinan ulama la,perkasa ulama la.alahai kalo mcamni la perangai ustaz2 ni pergi jer lah kat jakim jumpa jamil khir baharom minta kerja,biar kami yang faham lawan umno sampai hancus ni trus melawan.

  22. kalau lah ya india2 dan cina2 tak undi Pas di selangor dalam pru 12 ....adakah ustaz2 Pas yang dok hentam pakatan rakyat dapat kembali mengajar di masjid2 di selangor?

  23. hang kata mat sabu bodo..hang lagi bodo pak bakaq..pasai apa aku kata lagu tu..pasai..dah die taktau nak buat keje pasal CEO takkan die nak terima...kalau hang pak bakaq..boleh dak hang nak buat keje yg hang taktau buat...?tu la aku kata hang dok kata org bodo..hang lagi bodo.,,

  24. Pemimpin yang macam tu yang sepatutnya kita cari..
    Memilih akhirat dari dunia...

    Abg Mat Sabu...You're our future leader...

    I luv u Abg Mat Sabu...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008