Sedap!! Klik gambar di atas!

Malaysian Malaysia versi Najib?

Saya tak sampai hati, tetapi ada blog yang nampaknya menggelar Datuk Ibrahim Ali sebagai pelacur tua. Dalam Malaysia Today disiarkan semula berita bertajuk "Ibrahim Ali akan mengamuk jika sesiapa cuba kelirukan konsep "Satu Malaysia". Maakk!! Tolong!! Cek takut! Brahim Ali nak mengamuk!

Bayangkan, siapa tak takut Ibrahim?!! (yang memperolehi sehebat dan sebesar 415 undi dalam pilihan raya kecil Pengkalan pasir pada 6 Disember 2005 sebelum beliau berkawan dengan PAS yang kini diludah-ludahnya)

Sambil itu, seronok melihat Jalal menghurai dengan tepat konsep Satu Malaysia dengan cara mengemukakan kebimbangannya di dalam blognya (atau besarkan imej blog Jalal yang saya copy paste di bawah tu).
Ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Saya khuatir slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir tetapi tiada keberkesanannya.
(Apa pun, aku bangga Jalal, merasa juga nurse dari Larut Tin dalam kawasan Bukit Gantang kita melawat Disneyland untuk membuat feasibility study.)

Jalal juga meratapi pembunuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Saya tak ada apa-apa nak diratapi. Saya bukan Umnoputera. Saya hanya Melayu beragama Islam dan tidak menjadi ahli apa lagi pemimpin Umno di mana-mana peringkat. Bagaimanapun, saya bersimpati kepada Jalal dan walang hatinya apabila berkata:
Sungguhpun mengalu-alukan pengecilan jumlah kabinet, namun saya agak terkilan dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat. Saya khuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda.
Mengenai Satu Malaysia yang dijaja-jaja oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya tertarik persoalan yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang di dalam berita Malaysian Insider bertajuk "Kit Siang shocked by DPM’s 'ungrateful Chinese' comment"(komen-komen di sini):
He called on the prime minister to clearly define the concept (of 1Malaysia) at his first cabinet meeting this Wednesday.

"If it rejects DAP’s Malaysian Malaysia, Gerakan’s Malaysian Malaysia, even the Bangsa Malaysia concept of Vision 2020, what does Najib’s "1Malaysia" really mean?"
Teringat pula posting saya tahun bertajuk "Tunjuk perasaan bantah Najib seluruh negara".





Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. "satu malaysia"....tak sesuai...patut ditukar kepada "bersatu malaysia"

  2. pada februari 2009 najib menjadi mastermind menggulingkan kerajaan pakatan rakyat di perak. tapi dia terlupa kepada watak speaker yang sehingga kini memeningkan kepalanya.

    pada 9 april 2009, najib menjadi mastermind membentuk senarai kabinet - kononnya - satu malaysia. dengan membawa pelbagai perubahan dan janji (retorik, al-tentunya) tetapi dia terlupa nasib usahawan/agensi bumiputera yang selama ini bernaung di bawah kem pembangunan usahawan.

    pada 3 april najib angkat sumpah menjadi perdana menteri keenam, sekali gus menjadi ketua badan eksekutif negara ini.

    isunya adalah - apakah mungkin najib akan terlupa dan terlepas pandang dengan lebih banyak? selepas melihat kecuaiannya dalam beberapa insiden terbaru ini, npakah nasib kebajikan rakyat turut di-terlupa-kan?

  3. Amok Brehaim hanyalah untuk memanggil hujan!! Tapi bila hujan lebat perutnya buncit kembung, bunyinya pun bernada lainlah nanti!

  4. pemimpin-pemimpin umno semuanya kemaruk pangkat..ingat le semua pemimpin-pemimpin umno..nanti tak sempat bertaubat..kita agama islam..kalau tak boleh memimpin orang bawahan neraka le jawabnya...

  5. satu malaysia tidak menjadi "emic" jika di satu pihak BTN asyik mengapi-apikan antara melayu dan cina, siapa yang akan percaya nanti ?????

  6. Orang macam Ibrahim Ali tu satu sen pun x boleh pakai geng.Dia ingat kalau bertanding sekali lagi boleh menang ke?Kalau bukan sebab tiket PAS hari tu jangan mimpi le.
    Manusia camni kalau ada juga yg sokong,bagus korek lubang pastu terjun dalam tu.Aku boleh tolong kambus lubang tu.
    Mangkuk tingkat punya orang.
    BERANI KALAU BETUL

  7. Wahai Brahim Ali, Kalau nak cakap dan buat Songel sekarang ni buatlah puas2,Makilah puas2 Peluang anda menjadi MP Pasir Mas hanya seketika saja lagi. Nasib anda sama seperti macam BN@UMNO (BIJAN)yang hanya menungu Tarikh PRU Ke-13 saja lagi.Kejatuhan anda sama besar dentumannya dengan UMNO@BN tu nanti. Hitung saja hari2 mendatang......Anda pasti akan d Tumbangkan oleh Pengundi PASIR MAS percayalah.Anda hanya layak menjadi Kaki Bodek sahaja. Anda tidak layak menjadi seorang MP dan mewakili Rakyat Pasir Mas d Perliment, Apatah lagi mewakili Rakyat Malaysia, Anda Langsung tidak mempunyai KUALITI TOTAL dimata saya selaku Warga Malaysia.Anda tidak ubah seperti seekor Anjing tersepit yang tidak perlu dikapankan apabila Mati kelak. Engkau adalah PENDERHAKA kepada Bangsa Malaysia.

  8. Siapa Ibrahim Ali? Lawyer? Majistreet? Doktor Sakit Puan?

  9. Pada mulanya PRU 12 penyokong PAS amat hormati pendirian nya tapi bila dah dapat apa yang dia nak lain pula jadinya,oleh itu usahlah dilayan dengan yang sorang tu,cakap berdegar-degar gunung pun runtuh tapi habuk pun tarak- maaf ye datuk Al Ibrahim alkataki.

  10. sebut Berahim Ali ni teringat plk aku pd Berahim Pendek dalam cerita-cerita P.Ramlee.eksen saja lebey2...tapi bila ajak fight-lari tak cukup tanah..he he..

  11. satu malaya pernah la saya dengar ...

  12. Ugutan SMS ADUN Tganu berbunyi `YB tak sayang nyawa?'. Dalam versi UMNO, nyawa bermaksud `projek' !!!!

    10 ADUN bebal buat2 tak faham

  13. Salam semua,

    Heran sungguh, kami yg masih muda belia berasa malu melihat MP seperti ini ,ketika soal jawab di Parlimen atau dengan wartawan,orang semacam ni sepatutnyer dah pupus 500 tahun dahulu ketika Melaka jatuh ketangan Portugis.Idea langsung tak ada,bercakap ibarat tin kosong,belagak sombong sungguh langsung tak layak jadi MP.Sepatutnyer kena pecat lama dah.

  14. Satu Malaysia? Dua Malaysia? Tiga Malaysia?

    berapa banyak da..... cukup-cukup la tue... mengarut jer tak abis abis Najib nie...

    Apa kat kita tukau kepada Satu Altantuya... hahahaha

  15. Anonymous at 9:45 AM Wed, Apr 15, 2009

    Maaf tak dapat siarkan komen Tuan yang maki Brahim. Saya takut kena saman.

  16. UMno saja nak bodek orang Sabah ka atau nak cari penyakit dgn raja sarawak?

    Bagi saya satu malaya ka, satu malaysia ka, satu bangsa satu negara ka... yg penting najib perlu saman dulu semua surat2 kabar yg buat fitnah yg dia dan bini dia terlibat dalam kes AMINAH ALTANTUYA aka TUYA!

    oTak KaYu!

  17. Apa pula tawaran PAS daripada rentetan pemansuhan MECD?

  18. Madey penah kata..Brahim Ali ni selalu suka meminta..klu tak bagi dia akan gigit. Lagi madey dok ada tepi najib bang brahim jgn ler nak mimpi nak bodek najib..x dapat apenyer..tukang lalak pree je..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008