Sedap!! Klik gambar di atas!

Mahkamah kencing dan berak atas Perlembagaan?

Adakah mahkamah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan? Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja.

Kalau ada yang pandai undang-undang yang kebetulan terbaca blog ini, harap sangat bagi penjelasan. Yang pandai undang-undang sahajalah harapnya. Kalau ada komen yang menghina mahkamah, tak dapek den menolong! Terpaksa reject.

Seorang tukang komen dalam Malaysia Today berkata:
So YB Gobind Deo can file his court action against the speaker dewan rakyat for the suspension order. Let the games begin!!
Berkaitan:
Urgent judicial review needed to avert injustice in Perak Assembly (Malaysia Today 16/4/09)
When justice is not administered according to law (Malaysian Insider 17/4/09 - komen-komen di sini)
A judge indicts the Malaysian judiciary (Minas Anor)

Sumber: mStar Online 16/4/09
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bang Bakaq...
    Aku ada buat cadangan supaya bawa Kerajaan Perak bawa kes Mesyuarat DUN bawah pokok untuk semakan kehakiman, sah atau tidak..kita tengok apa kata mereka.. apakah penghakiman meraka bab ini...

  2. Salam, saya bukan Lawyer

    ha.... bab ni saya yg minat sangat

    saya tak nak jawab sbb saya pun nak tanya soalan yang sama dgn pak bakaq...Adakah mahkamah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan? Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja.

    sbb ramai yang tanya dan saya tak tau nak jawab termasuklah saya

  3. Tuan, demi periuk nasi, buat apa pun boleh hatta makan tahi. sekian.

  4. Haha...bang...nampaknya they screwed up big time this one. Hehe...mana dia itu Suruhanjaya? Mana dia itu telus? Ini sudah tahap kencing pecut 100 meters.

    Garden

  5. Tak berani nak komen nanti kata hina mahkamah pulak, tunggu PR memerintah baru bley komen... p/s : kalau kes pita video V.K.Linggam pun tak settel lagi macamana nak percaya kat mahkamah.

  6. SETIAP DARI 3 ORANG HAKIM,2 ORANG DARIPADANYA MASUK NERAKA: petikan hadis

    kebenaranya WALLAHUALAM....

  7. Pak Bakaq, agak2, hak ni membantu tak?

    http://papa-umar.blogspot.com/2009/04/mb-haram-perak-boleh-hadir-dun-tapi.html

  8. Itu Mahkamah Persekutuan oi, kalau sesiapa dapat mengatasi keputusan Mahkamah Persekutuan makna dia lebih bijak dan lebih adil daripada hakim-hakim itulah. Tak perlu pertikailah- itu kerja mereka.

  9. Kalau benar keputusan itu, aku sokong.....
    tapi kalau kebenaran ditutup atas sebab-sebab tertentu, sampai akhirat. tiada maaf bagimu.Mahkamah diakhirat mengatasi segalanya

  10. Augustine Paul????

    Macam penah dengaq ja nama tu... Tapi.. di mana ya....

  11. Pak Bakaq,
    Itulah tandanya Era Mahathir telah kembali.Ini baru permulaan,tak lama lagi bukan sahaja mereka bolih kencing dan berak atas Perlembagaan.Mereka akan buat kertas-kertas Perlembagaan itu pencuci ponggong mereka.Tak percaya tunggulah.

  12. aku pun tak tau pasal undang2 ni tapi tiap kali aku tgk cita industan,tiap kali tu aku terpikir pasal undang2 negare kita ni..sikit lebih kurang je.bezanye kalau industan buat filem polis jahat,hakim jahat,menteri jahat..filem dia orang leh lepas tapi m'sia kang buat cita mcm tu kena gam lak...pasal tu aku berani cakap kat cni politik tu tipu..kalau nak jadi ahli politik mesti tak leh jujur..kalau nak duduk lama kat krusi le..if kau orang jujur..jgn mimpi le kau nak duduk lama...mcm cita altantuya je le...najib naik je..kenapa 2 polis bebal tu terus kena hukuman gantung??? ada orang leh jawab aku tak? apa kaitan 2 polis tu dengan altantuya..aku memang pelik giler...tak de ke mana2 lawyer yang berani macam karpal singh nak lawan kes ni...giler betul undang2 m'sia la ni...aku memang benci politik m'sia ni...

  13. Ini korek! korek! korek punya pasal!

  14. Salam Pak Bakaq,

    Tak lama lagi semua pemblog-pemblog masuk 'dalam' kerana takrif 'hasutan' era najib @ mahathir sudah bermula! Aku setuju sangat dengan salah sorang pengkomen terdahulu.

    Pak Bakaq siap sedialah dok dalam tak lama lagi. Itu pun kalau Pak Bakaq, berani teruskan ajenda perjuangan... kalau ada teloq lah! Begitu juga dengan bro-bro yang lain. Yang pasti aku rasa, anuar akan masuk dalam sekali lagi.

    Aku ingat 1 malaysia dah bermula. DIA seorang yang memerintah, orang lain tak daq. Cakap sikit sumbat 'dalam' sana. Lepa lupa anak-anak kita memberontak kerana mak bapak tak mahu dengar sikit pun cakap anak. Jadilah anak-anak jalanan dan haprak habis! Tapi kita tak sampai macam tu kot.

    Aku cadang pak bakaq dan kawan-kawan daftar blog kat Siam. Selamat kot!

    Lebai Malang...nak dapat pemimpin malang.

  15. dah tau dah... kalau menang mahkamah adil, saksama, pentingkan rakyat. kalau kalah mahkamah tak adil lah, itulah inilah, hai la pakatan oi.

  16. Anonymous Fri, Apr 17, 2009 at 7:22 AM,

    Terpaksa edit komen anda. Kalau dia naik angin dan nak saman, aku la yg kena. Tu sebabnya, kalau hampa nak komen apa pun, jangan la sampai aku yg kena pulak. Hampa sedap-sedap tulis, aku yg kena. Minta maaf na...
    bercakap mengenai ni....memang nampak sangat badan k*h***man di bawah ketiak n**** da.....tambahan cerita penderhaka sebenar ialah m*******...penderhaka raja bangsa dan rakyat malaysia......Gila kuasa

  17. nak tunggu rejim zalim tumbang dlm Undi Kotak ajaib PRU13?
    mmm....tukang sapu tepi jln pun dorang bole kawtim...

  18. Salam bang bakaq ,,,

    ITU LAH MALAYSYIA OOH TANAH AIR KU YANG TERCINTA ...SEMUA NYA BOLEH BANG ...SAMA -SAMA KITA MUHASABAH DIRI DAN MENDOAKAN SUPAYA ALLAH MENJADIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA YANG DAH ADA INI MENJALANKAN TUGAS SEBAGGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI DAN BUKAN NYA MEMBAWA KEMURKAAN NYA ..KALAU BABOON SANGAT DAN TAK NAK N TAK LEH BERUBAH ...YA ALLLAH GANTI KAN DENGAN PEMIMPIN YANG SEBAIK-BAIK NYA ...AMEEEN

    PELANGAN TETAP TAQWA

  19. Kalau aku la Bakaq, aku x takut pada sapa-sapa kecuali Allah. Hakim ka, menteri ka, ketua polis negara ka, dalam kuboq malaikat x tanya hang sapa? Dia nak balun dia balun ja... Jadinya pencacai-pencacai yang jilat pungkoq parti dacing ni jenis yg x percaya Allah..x percaya pembalasan Allah..Jgn nanti luncai kena sambaq petiaq masa pukui bola golf..

  20. Saya tak nak bercakap tentang undang2 di dalam isu ini tapi saya ingin mengajak kembali semua mengingati apa yang telah berlaku dahulu. Sekarang ini saya lihat kita sudah tersalah sasar. Yang menyebabkan krisis ini mula berlaku adalah berpunca dari 4 orang manusia yang bertukar pendirian terbabit, bukan salah UMNO dan BN secara keseluruhan. UMNO/BN hanya mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku. Semasa Speaker DUN Perak mengantung Menteri Besar Baru(Halal atau Haram isu no. 2), apakah alasan penggantungan itu. Jika semata2 menggantung MB Baru dan kuncu2nya itu atas alasan tak berpuas hati, tidakkah itu boleh dikatakan menzalimi mereka. Isu surat akuan yang ditandatangani oleh 3 orang ADUN yang memBEBASkan diri mereka tapi sokong parti rasuah, ianya sebenarnya juga satu isu yang perlu dilihat secara saksama. Adakah sudah cukup dengan surat akuan itu boleh Speaker mengatakan kerusi itu sudah kosong dan perlu membuat pilihanraya baru. Selain itu saya pasti mahkamah dalam kes yang baru sahaja yang diputuskan ini, memang mahkamah memberi penghakiman kepada MB baru tapi saya pasti banyak lacuna dalam penghakimannya. Nanti sama2 lah kita lihat apa ratio decidendi dan juga obiter dicta(jika ada). Saya minta sesiapa yang ada penghakiman tersebut cuba siarkan dan kita boleh lihat apa yang sepatutnya kita boleh lakukan.

    Jika saya yang menjadi hakim di dalam kes ini saya juga akan memberi penghakiman memihak kepada mereka yang digantung dari menghadiri sidang DUN tetapi diam terhadap beberapa isu lain. Ini kerana saya pasti tindakan yang dibuat oleh Speaker itu adalah tindakan balas dendam dan bagi saya ianya zalim. Jangan pula ada orang yang bercakap "oh UMNO zalim kita tak pe, kita nak buat zalim sikit kat UMNO tak boleh". Memang tak boleh pun. Hanya mereka yang menghadiri perbicaraan itu yang mengetahui sebab sebenar mengapa mereka(yakni mahkamah) memberi keputusan memihak kepada mereka. Mungkin dalam kes ini mahkamah tidak nampak apakah kesalahan yang dilakukan oleh Zamberi and the Gang sehingga mereka digantung dari menghadiri sidang DUN. Sekarang SUMBER UTAMA adalah penghakiman bertulis daripada mahkamah apakah alasan mahkamah memberikan penghakiman sedemikian rupa, jika dissenting judgement lihat apa yang terdapat dalam dissenting judgement itu. SUMBER KEDUA adalah Peguamcara yang mewakili speaker (siapa lagi kalau bukan Tuan Haji Sulaiman Abdullah). Tanya beliau mengapa penghakiman boleh jadi sedemikian rupa dan tanya apa cerita yang sebaliknya berlaku di mahkamah kerana orang yang bertanggung jawab membawa kes itu adalah beliau sendiri. Beliau secara pendapat peribadi saya jika bukan yang terbaik pun beliau adalah antara yang terbaik.

    Apa2 pun siarkan dahulu penghakiman penuh kes tersebut

  21. aku rasa takdak lawyer yang bertempek kat blog hang bakaq. loyar buruk banyak lah. lawyer tu tinggi darjatnya. hang penarik beca bakaq. hang hina di sisi lawyer. aku takut orang kaya malim upah samseng kampung dusun pukui hang. sudah-sudah lah bakaq. kita mentimun depa durian....teringat cerita p ramlee

    tok pengulu

  22. SALAM

    Sejak bilo Malaysia adO undang undang?

    Kalau ado pun undang undang untuk tangkap orang macam kito yang paling kerap kutuk kerajaan lombab ni kan...

  23. alahai pak bakaq,itu pon maseh ada pimpinan pas kata maseh ada peluang ni nak berpakat dengan bn walaupun di era najib ni.alahai sian kat puak muqabalah ni,sedar la sebelom kena kencing ngan umno/bn ni.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008