Di dalam posting saya bertajuk "Kepimpinan ulama jadi pendinding kelemahan," Tok Pengulu (April 21, 2009 1:46:00 PM) memberi komen seperti berikut:
Baca juga posting saya bertajuk "Harun Taib tak suka saya pun!". Ustaz Harun Taib tu Erdogan ka?
Saya masih ingat lagi, pada masa itu ramai pemimpin PAS yang menelefon saya. Mereka tak kata mereka sokong dua artikel yang saya tulis di atas. Tetapi mereka sangat mesra kepada saya pada masa itu.
Malangnya, saya kini bagaikan musuh kepada beberapa orang dari mereka. Setelah mereka memegang jawatan yang sangat tinggi atau yang tinggi-tinggi di dalam kerajaan negeri-negeri, saya mengkritik prestasi mereka. Walaupun saya dipandang sebagai musuh, saya tetap menghulurkan tangan untuk bersalam. Tanpa memandang muka saya, body language salah seorang dari mereka dengan jelas menunjukkan marah yang amat sangat kepada saya walaupun bersalam juga macam nak tak nak.
Tak kisah. Dah gatai sangat mengkritik, ambik habuan aku! Cuba kalau aku ni sami'na wa ato'na dengan penuh thiqah dan wala', tentu tak ada apa-apa.
Berbalik kepada persoalan prestasi, kepada saya puak pro-perpaduan dengan Umno (juga pelbagai nama manja yang diberikan kepadanya) atau Erdogan hanyalah perbezaan pemikiran.
Saya menyampah kedua-duanya. Gila nak berpadu dengan Umno (kasihan Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan Asy-Syahid Othman Talib!) atau gila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) - macamlah Anwar sorang yang mampu menyatukan rakyat yang menentang Barisan Nasional (BN) dan berkebolehan memimpin Malaysia. Meluat aku! (Go and ask pro-PAS corporate figures, what do they think about Anwar).
Tak kiralaha pa pun pendirian saya. Tetapi, saya yakin, orang-orang PAS hanya mahu pemimpin yang tegas memperjuangkan Fasal 5 Perlembagaan PAS, cerdik dan rajin. Kalau ada perbezaan pemikiran, mereka boleh meraikannya. Mereka tak akan kata "meluat aku!"
Persoalannya sekarang ialah prestasi. Sebahagian yang amat besar ahli PAS yang saya jumpa tak sanggup lagi terima underperformance. Mereka tak sanggup lagi menerima pemimpin yang dekat tiap-tiap hari orang kata bodoh dan pemalas.
Berkaitan:
Kenyataan berikut saya petik dari berita Malaysiakini bertajuk "No 2 PAS: Husam, Azizan calon popular di Kedah":
bakaq ni adalah seorang perayu undi untuk geng edorgan. harap korang semua paham!Alahai, Awang oi! Ca hang tengok posting aku pada 6/9/07 bertajuk "Nasharudin: Persoalannya ialah prestasi". Masa itu, 2007, dah ada gelaran Erdogan ka?
Baca juga posting saya bertajuk "Harun Taib tak suka saya pun!". Ustaz Harun Taib tu Erdogan ka?
Saya masih ingat lagi, pada masa itu ramai pemimpin PAS yang menelefon saya. Mereka tak kata mereka sokong dua artikel yang saya tulis di atas. Tetapi mereka sangat mesra kepada saya pada masa itu.
Malangnya, saya kini bagaikan musuh kepada beberapa orang dari mereka. Setelah mereka memegang jawatan yang sangat tinggi atau yang tinggi-tinggi di dalam kerajaan negeri-negeri, saya mengkritik prestasi mereka. Walaupun saya dipandang sebagai musuh, saya tetap menghulurkan tangan untuk bersalam. Tanpa memandang muka saya, body language salah seorang dari mereka dengan jelas menunjukkan marah yang amat sangat kepada saya walaupun bersalam juga macam nak tak nak.
Tak kisah. Dah gatai sangat mengkritik, ambik habuan aku! Cuba kalau aku ni sami'na wa ato'na dengan penuh thiqah dan wala', tentu tak ada apa-apa.
Berbalik kepada persoalan prestasi, kepada saya puak pro-perpaduan dengan Umno (juga pelbagai nama manja yang diberikan kepadanya) atau Erdogan hanyalah perbezaan pemikiran.
Saya menyampah kedua-duanya. Gila nak berpadu dengan Umno (kasihan Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan Asy-Syahid Othman Talib!) atau gila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) - macamlah Anwar sorang yang mampu menyatukan rakyat yang menentang Barisan Nasional (BN) dan berkebolehan memimpin Malaysia. Meluat aku! (Go and ask pro-PAS corporate figures, what do they think about Anwar).
Tak kiralaha pa pun pendirian saya. Tetapi, saya yakin, orang-orang PAS hanya mahu pemimpin yang tegas memperjuangkan Fasal 5 Perlembagaan PAS, cerdik dan rajin. Kalau ada perbezaan pemikiran, mereka boleh meraikannya. Mereka tak akan kata "meluat aku!"
Persoalannya sekarang ialah prestasi. Sebahagian yang amat besar ahli PAS yang saya jumpa tak sanggup lagi terima underperformance. Mereka tak sanggup lagi menerima pemimpin yang dekat tiap-tiap hari orang kata bodoh dan pemalas.
Berkaitan:
Kenyataan berikut saya petik dari berita Malaysiakini bertajuk "No 2 PAS: Husam, Azizan calon popular di Kedah":
Seorang pemimpin akar umbi PAS memberitahu Malaysiakini, penyandang jawatan itu sekarang, Nasharuddin Md Isa tidak lagi popular di negeri itu kerana didakwa "tidak banyak membantu presiden" menjalankan tugasnya.










Cantik? Klik 






Muahahaha.. pak Bakaq, walaupun saya tak setuju dengan kefahaman Syiah pak Bakaq, tapi part dalam posting ni memang saya setuju sesangat. Prestation (mengutip kata-kata Mohd a/l Mohd) amatlah penting dalam perjuangan parti.
Walaupun saya bukan ahli mana-mana parti, parti PAS ni memang dah sebati dengan diri saya sejak kecik lagi. Di Kg Jebong masa tahun tahun 80'an dulu, boleh kira la berapa kerat yang sokong PAIH. Saya antara anak-anak kecil yang dikerah tenaga untuk memasang poster dan 'berlawan' dengan puak UMNO sampai habih demam pilihanraya. Sampai lani saya sokong sebabnya satu, berjuang atas landasan agama terpilih yakni Islam.
Kalau ilmu hebat, alim dan wara' tapi malaih dan tak cerdik dalam politik dan cakap lawa, musti kena tendang dan jangan bagi peluang apa jua jawatan dalam parti. Kita sepatutnya cari yang boleh bekerja. Dah lama dah (kutip kata-kata Madey) saya dok tengok pak lebai PAIH ni cakap ja lawa, kerja gagal. Dok kata kat UMNO nampak batang idung time pilihanraya ja, tapi perangai pun sama 2x5.
Lepaih tu nak penaik orang tu la, pejatuh orang ni la bila tiba masa pemilihan. Apa punya akai lagu tu? tu sebab saya tak memilih untuk menjadi ahli. Cukup sekadar jadi orang luaq dan di peti undi. Hangpa yang Allah Taala bagi lorong dan kemampuan untuk berjuang dalam parti, buatla elok2 kerja hangpa. Jangan dok sibuk puak tu puak ni. Yang penting, mana-mana puak sekalipun, musti daripada kalangan yang boleh BUAT KERJA dan cerdik bahasa politik.
Pak Bakaq,
Kalau bukan Anwar, boleh Pak Bakqa bagi satu nama lain? Bukannya penykong Anwar ni lapar sangat kat Anwar, tapi kalau ada pemimpin lain, kita setuju.
Alhamdulillah, baru2 ni Allah SWT dah bagi kita seorang pemimpin lain tersebut, iaitu, YB Nizar, tapi dia baru sangat.
So, sokongan kepada Anwar ni atas dasar praktikal sahaja dan bukannya ideological.
Manakala puak2 yang nak bawa PAS masuk BN ni sebab diorang kemaruk nak dapat projek dan jawatan.
Kan aku dak kata, TG Hadi endorse Husam. Tengok sini: http://kickdefella.wordpress.com/2009/04/18/more-and-more-lonely-nights-for-the-muslimats/
Budak Kelate
Kalo posting yg ni, aku setuju bebenar dgn Pak Bakaq! Maklumle org lama! Tapi betul tu, mesti kena perform dan diterima ramai. Terpulanglah pada perwakilan nak menilainya. Sbb banyak kerja perlu dilakukan utk jamaah yg perlu kalo boleh all out tanpa mengira penat letih. Mcm arwah Fadil Noor, Nik Aziz dan lain2 pemimpin dulu yg sentiasa bekerja siang malam hingga kekadang terabai sikit keluarga demi amanah ahli dan utk perjuangan PAS. Kalo contoh skrg, saya suka DS Nizar sbb dia rajin.
Wallahu a'lam.
Tak pa Bakaq, Husam boleh lawan Hj. Hadi dari dalam. Apa yang penting Dato' Seri Anuar Ibrahim akan jadi PM, Bukannya dari kalangan PAS yang. Pastikan geng -endorgan menang kali ni.
ust Nasaruddin jenis tak ada pendirian, Dulu 2007 dipergunakan oleh Husam untuk melawan Harun Taib, Sekarang Ust Nasarussin elolah bersama dan membalas jasa Husam.
salam.
pak bakaq ni orang lama. cakap orang lama ni orang baru kena dengaq dan perhalusi.
aukauk88.
Anonymous Tuesday, April 21, 2009 7:50:00 PM,
Saya berani berkata dengan nama Allah bahawa perenggan pertama komen anda adalah tidak benar. Saya juga berani berkata dengan nama Allah bahawa Husam bukan budak Anwar.
Mengenai perenggan kedua komen anda, bahawa Husam mempergunakan Nasarudin, itu saya tak berani nak kata betul atau tak betul. Saya tak berani nafikan. Saya tak ada maklumat.
Saya hanya nak berusaha cakap benar. Kalau saya terbabas jugak, saya mohon ampun kepada Allah. Maklumlah, saya bukannya baik sangat.
apa ni pak bakaq, macam nak melaga-laga kepemimpinan pas je. kalau nak naik seseorang pun janganlah sampai macam tu. ingat pemimpin yang paling mulia dikalangan kita ialah orang yang paling bertakwa.
Woiii apa punya bodoh la. Tahun 2007 Ustaz Nasa ni jawatan TImbalan Presiden PAS daaaa. Harun Taib yang lawan dia. Mana ada Ustaz Nasa dipergunakan orang untuk lawan Harun Taib.
Apa daaaa punya bodo mamat yang ckp Nasa dipergunakan Husam untuk lawan harun Taib.
Kasi tengok balik kau punya faktala, buleh tak?
"AWASI STRATEGI DAN TAKTIK LICIK GOLONGAN PROFESIONAL YG DIPELOPORI JIM BAKAL MEMECAHBELAHKAN JEMAAH MELALUI KONSEP PECAH DAN PERINTAH...! BERSAMA MEMPERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA!. FIKIRKANLAH !!!"
saya adalah salah seorang yang telah menerima sms di atas. yang menghantarkan sms ini kepada saya adalah salah seorang dari penerimanya. maka saya kenalpasti dua orang yang telah menerimanya - saya dan penghantar kepada saya. saya tidak tahu kepada berapa ramai lagi dia melebarkan sms tersebut. cuma saya tidak mengikut jejak beliau untuk melebarkannya pula.
saya percaya sudah ramai yang menerima sms ini. kepada penerima yang belum lagi melebarkannya diharap tidak meneruskan hasrat tersebut. kepada yang sudah melebarkannya, hentikan segera, jangan teruskan usaha menjaja fitnah menjelang muktamar pas 55. jangan jadi nyamuk muktamar!
setiap kali menjelang muktamar pemilihan, sms sebegini - jim cuba pecahbelahkan jemaah! pertahankan kepimpinan ulama! - menjadi hidangan istimewa. dari pembacaan saya, taktik nakal ini adalah dicetuskan oleh kumpulan yang terasa kedudukan mereka tercabar, kumpulan ulama! kumpulan yang sama yang meraikan kehadiran kumpulan profesional di dalam jemaah!
justeru kenapa terasa tercabar setiap kali ada pemilihan? mereka yang terasa tercabar adalah dari kalangan yang takut kepada bayangbayang sendiri. takut kepada kelemahan sendiri. semasa memegang jawatan tidak pernah mahu memperkasakan diri dan mendalami selok belok politik. lebih selesa dengan politik lama, mengenepikan politik baru! politik lama dan politik baru ini telah diperkenalkan semasa prk p059 bukit gantang yang baru lalu. pengarah prk tersebut serta calonnya adalah dari kalangan profesional!
usahlah menjual kononnya 'kepimpinan ulama tercabar' dengan kehadiran profesional dalam pas setiap kali menjelang muktamar pemilihan. ini politik lama. ini modal lama. ini cerita lama. kita sedang maju kehadapan, jangan pilih untuk mundur ke belakang! percayalah, yang mencabar 'kepimpinan ulama' bukan orang lain kecuali dari kalangan ulama sendiri.
gandingan ulama dengan profesional telah menunjukkan kejayaannya. jadi tidak timbul golongan profesional mencabar kepimpinan ulama. yang saya perhatikan, golongan profesional sangat menghormati tg nik aziz dan tg hj hadi. cara gerak kerja golongan profesional ini dicemburui oleh segelintir kalangan ulama yang merasakan diri mereka tercabar! lebihlebih lagi apabila kedudukan timbalan presiden tergugat. tanyalah diri kalain, kenapa ini terjadi? pak bakaq sebut 'under performance'. peluang telah diberi untuk menduduki nombor 2, tetapi memilih politik lama sedangkan diluar sana ratarata rakyat menolak politik lama. ketidakupayaan membaca perubahan rakyat ini merugikan parti. ia adalah 'under performance' yang sangat ketara yang telah ditunjukkan oleh seorang nombor 2.
jangan salahkan golongan profesional kerana kelemahan sendiri. jangan pula ego untuk menimba ilmu politik dari golongan profesional. jangan terikat dan hanya seronok di bawah tempurung ulama. lawatan keluar negara umat Islam seolaholah tidak memberi apaapa pengajaran. lihatlah bagaimana gandingan ulama dan profesional bersamasama mentadbir negara. percayalah ulama sahaja tidak mampu untuk membolehkan pas mengambilalih dari umno untuk menerajui pentadbiran negara. sebagaimana tanpa sokongan dari nonmuslim tidak akan membolehkan pas mengambilalih dari umno. pas perlu bergerak kehadapan dan bukan mundur ke belakang. tinggalkan politik lama, amalkan politik baru!
hentikanlah slogan karutmarut 'bersama pertahankan kepimpinan ulama' kerana golongan profesional juga akur dengan 'ulama pewaris nabi'. hentikan penyebaran sms di atas atau lainlain sms yang senafas dengannya. pas amat memerlukan gandingan ulama dan profesional, bukan sebaliknya. ulama dan profesional dalam pas adalah seperti aur dengan tebing.
pas for all.
wallahu'alam
Pak Bakaq nie tolong melobi supaya Ustaz Nasha tak dipilih . Pak Bakaq takut nanti us. Nasha dipilih PAS akan lingkup ? PAS dapat kemenangan besar nie bukan kerana kehebatan pengurusan pimpinan PAS .. tapi PAS kalah besar 2004 dulu pasai pemimpin PAS lemah .. Biasalah kalah lemah menang sebab orang ..
Jadi perwakilan nanti gunakanlah akal yang ALlah kurniakan untuk buat pemilihan dan lakukanlah istikharah sehingga tiba hari pemilihan . Ingatlah pilihan yang betul adalah pilihan yang diredhai Allah dengan memohon perkenan-Nya . Bukan memilih dengan emosi dan suka atau tidak .....
Pandangan Anon No.10 baik dan wajar dipertimbangkan.Cerita lapok "profesional dengan ulamak " ni tak payahlah selalu sangat diulang-ulang setiap kali tiba tahun pemilihan muktamar PAS.Pihak yang KONONNYA nak mempertahankan "ulamak" ni pada hakikatnya nak mempertahankan kedudukan diri mereka kerana mereka sudah tak relevan lagi dipersada politik baru PAS.Sepanjang "Era Kepimpinan Ulamak" sejak Allahyarham Tuan Guru Yusuf Rawa hingga kehari ini,tidak kedengaran pun mana-mana "profesional"yang menentang "ulamak",atau mengutuk ulamak.Mereka akur dengan konsep "Kepimpinan Ulamak".Jika ada sebarang teguran ini adalah kerana untuk "memperfesionalkan ulamak" agar mentadbir lebih cekap dan mantap.Teguran-teguran seperti ini tidak bolih dianggap "penentangan" dan sekiranya diambil dari sudut Islam teguran-teguran ini amat digalakkan dalam Islam. Inilah yang disebut-sebut gandingan antara ulamak dengan profesional.Ia sepatutnya menjadi satu sumber kekuatan dalam PAS malangnya ada pihak yang empunya "nawaitu terpesong" membesar-besarkan perkara ini dan melebelkannya sebagai penentangan terhadap ulamak.Sebenarnya "gulungan yang dah lama dan semakin reput" ni tak ramai.Mereka sezaman dengan era Tun Razak,dah terlalu lama berpaut kepada "kuasa" yang diamanahkan kepada mereka dan yang tak baiknya mereka mempengaruhi pula ulamak-ulamak muda yang berada dalam PAS.PAS for All adalah politik baru dan kita semua dah melihat hasilnya diKuala Trengganu dan juga diBukit Gantang.Fikirkanlah.
Aku tak pasti yang buat jemaah dalam jemaah ni geng JIM atau geng 'pensihat-penasihat' tak berjawatan rasmi tu.
Dalam keadaan tidak selesa, semua kelompok manusia mencari pelbagai alasan untuk melepaskan diri atau keluar dari situasi tersebut. Ianya adalah lumrah kejadian manusia.
Mendekati Muktamar PAS Pusat, dikalangan pimpinan tidak lepas dari keadaan tersebut tanpa mengira mereka ulamak atau professional. kehilangan kedudukan dan keselesaaan, amanah, tanggungjawab dan selain nya pasti meresahkan hati kalangan pemimpin ini.
Siapa yang paling tertekan akan mengutarakan berbagai slogan dan kata rangsangan untuk menaikkan semula sokongan kepada diri mereka sekali pun amanah, tanggungjawab yang telah di pikulkan kurang mampu dipikuli oleh mereka. Kalangan orang keliling hanya lah merupakan juak juak atau biduanda yang perlu mempertahankan ketuanya samada terus karam atau hanyut bersama. kalangan mereka inilah yang melakukan berbagai usaha meningkatkan imej dan slogan bagi memperlihatkan keupayaan ketuanya semula sekalipun ketuanya kurang mampu.
Proses ini adalah proses yang lumrah pada semua kelomp[ok kepimpinan terutama parti siasah seperti di Malaysia ini. Kalau dalam Barisan nasional, bila tersepit kehilangan pengaruh rakyat maka kalangan pimpinan umno mula mencipta slogan dan membina imej baru, semangat baru seperti semangat kemelayuan di mainkan. Untuk apa ...untuk meraih simpati mel;ayu agar terus menyokong umno.
Bagitu jua situasi mendekati Muktamar PAS ini, kalangan yang tersepit kini nampak jelas kesedaran dikalangan ulamak disebabkan prestasi pertanggungjawaban yang kurang efektif yang telah dipamirkan menyebabkan jemaah membuat pengesahan kurang mampu kepada kelompok ulama ini untuk berdepan masalah semasa. Bila berhadapan keadaan ini, maka tercptalah slogan KEPIMPINAN ULAMA, AWASI GOLONGAN PROFESSIONAL, PRO ANWAR IBRAHIM, ERDOGAN, Dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan kalangan juak juak kelililng ulamak ini kehilangan inisiatif untuk mempamerkan kemampuan sebenar kalangan kepimpinan ulamak.
SESIAPA SAHAJA SAMAADA ULAMAK ATAU PROFESSIONAL, KALAU IANYA TIDAK MAMPU TETAP NAMPAK LEMAH DAN KURANG WIBAWA. JANGANLAH MENGADAKAN BERBAGAI ALASAN SEMATA MATA UNTUK TERUS KEKAL MEMIMPIN. CERMIN CERMIN DIRI APATAH LAGI MEMPERJUANGKAN ISLAM PERLULAH BENAR , IKHLAS DAN SENTIASA BERDAYA MAJU. JANGAN HANYA PERASAN DIRI SENDIRI SAHAJA. BIARLAH MALU MENJADI PEGANGAN BERSAMA, MALU PADA ALLAH LEBIH DIUTAMAKAN.
aku tak berniat nak mengguris hati naluri hang bakaq. statement tu aku tembak ja. aku mintak maap la kalu hang terasa. aku seperti hang juga sokongan kepada pas. tapi salah ka aku berprasangka?
tok pengulu
Alahai, takkan nanti terguris baru nak jelaskan. Yg aku nak sangat org tau ialah aku meluat dua2, gila Umno dan gila Anwar.
Menjelang Muktamar (Jun 2009)
Mohamad Sabu Putuskan Akan Tanding Timbalan PresidenWALAUPUN penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan orang yang dikatakan berbakat besar untuk merebut jawatan itu si Baju Petak-Petak Merah (BPPM) masih belum membuat keputusan sama ada bertahan atau berlawan, namun bagi Mohamad Sabu sudah mengatakan pendiriannya beliau akan turut merebut jawatan berkenaan.
Dalam percakapan dengan Mohamad Sabu sekejap tadi beliau mengesahkan akan bertanding timbalan presiden. "Ya saya akan bertanding jawatan timbalan presiden dan tidak lari ke jawatan lain lagi," kata Mohamad Sabu tegas.
"Marilah bersama abang Mat, membantu kemenangan abang Mat," katanya dengan memesrakan dirinya sebagai abang Mat. Menurut Mohamad beliau bertanding kerana ingin membantu presiden, membawa Pas mendekati pemuda, mendekati orang miskin dan mendekati semua lapisan masyarakat.
Sebelum ini Mohamad dikatakan akan berkompromi dengan BPPM, namun penegasan hari ini menunjukkan Naib Presiden Pas itu ingin berganjak ke atas. Mungkin beliau merasakan ada kekosongan yang boleh diisi menyebabkan beliau ingin bergeser ke atas.
Dengan jaminan itu kini jawatan timbalan presiden mungkin akan menjadi rebutan tiga penjuru. Seorang dikatakan berminat untuk ikut sama ialah Menteri Besar Kedah, Azizah Razak.
Semetara dalam risikan awal menunjukkan Mohamad Sabu kini mendapat pencalonan lebih dari 10 kawasan mengatasi Nasaruddi dan BPPM. Bagaimana pun pencalonan itu masih belum disahkan kerana kebanyakan mesyuarat Pas Kawasan menyerahkan kepada ahli jawatankuasa membuat pencalonan.
Dalam perkembangan lain dakwaan mengatakan Kelantan cenderong untuk mencalonkan BPPM adalah tidak benar. Kenyataan individu yang dipetik oleh sebuah akhbar di Kelantan tidak boleh dipertanggungjawabkan dan ia lebih bersifat pandangan peribadi di mana mungkin individu berkenaan ada motif tersendiri membuat kejutan itu.
Setakat ini daripada lima kawasan yang telah mengadakan mesyuarat hanya dua kawasan sahaja yang telah mencalonkan BPPM. Kawasan Kubang Kerian di mana beliau sendiri sebagai Yang Dipertuanya dan satu lagi kawasan Rantau Panjang.
Kawasan Ketereh, Pasir Mas, Tumpat yang telah mengadakan mesyuarat kawasan bagaimana pun tidak menamakan sesiapa untuk merebut jawatan berkenaan. Mesyuarat menyerahkan kepada jawatankuasa Kawasan membuat keputusan.
Di Kelantan Pas mempunyai 14 kawasan. [wm.kl. 4:30 pm
Dipetik Dari:
http://msomelayu.blogspot.com/
masalahnya kiri kanan tak boleh pakai kalau gambaran kasar. nak berkhalwat dengan umno dah basah kena tipu nak berpeluk dengan pkr was-was dibuatnya. nak jalan solo tak nampak tujunya.kena pakai juga konsep durian-durian. tu pasai nak sekali lagi berkhalwat. lagu tu tak boleh ka?
tok pengulu
rujukan famous mso terhadap husam adalah 'yang berbaju petak'. entah kenapa mso phobia sangat dengan husam sehingga tak mahu menyebut nama husam secara jelas. kalau sebab kambing, janganlah mso pulak memilih nak jadi kambing, maaf ya. mso ini akan sedaya upaya 'menyerang' husam, tak ingat ke 'serang husam macam serang ambo?' husam akan jadi modal mso menjelang muktamar ini.
dulu mso sentuh pasal 'yang berbaju petak' berjumpa anak seorang negarawan di sebuah restoran mewah. kenapa mso pilih 'restoran mewah', kalau berniat baik? mso cuba menonjolkan husam sebagai seorang yang tidak minum di restoran kecilkecilan, ada gaya, ada ego. hoi mso! takkanlah jumpa anak negarawan di warong! nampak sangat niat baik mso terhadap husam...
Aku adalah salah sorang perwakilan pas yg mengundi dalam muktamar 2005 dan 2007...rasa2 nya aku dah cemuih memikirkan nak tukar timbalan presiden untuk kali ke tiga! Tahun 2005 dulu, aku undi Ustaz Hassan ,tapi dia kalah..tahun 2007 aku undi Harun Taib, dia pun kalah..
Tahun nin 2009 aku tak pasti sama ada aku "diundi" untuk jadi perwakilan muktamar atau tidak...kalau lah ada calon yg betul2 berwibawa nak lawan nasa..aku perlu bekerja keras untuk memastikan aku dapat jadi perwakilan ke muktamar lagi pada tahun ini! Kalau tak ada, aku lebih rela jadi pemerhati bebas macam hang pak bakaq!
Kuda KaYu
Mohamad Sabu Paling Layak Untuk Jawatan Timbalan Presiden
1. Saya tertarik dengan hasrat Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Selain beliau, ahli-ahli PAS mulai mencalonkan Husam Musa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tersebut.
2. Saya berpandangan Mohamad Sabu amat sesuai untuk jawatan tersebut. Datuk Seri Azizan Razak memanglah berkelayakan tetapi beliau lebih sesuai menumpukan kerja-kerjanya di Kedah Darul Aman untuk memastikan pentadbiran negeri yang berada di bawah PAS tidak dicampuri oleh 'orang itu'. Jika beliau disibukkan oleh kerja parti, tidak mustahil kerajaan negeri Kedah juga akan tergoncang oleh perangai-perangai tidak senonoh segelintir pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
3. Datuk Dr Haron Din adalah lebih sesuai menjawat jawatan Mursyidul Am PAS yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau adalah satu-satunya calon yang menonjol dan dapat diterima umum. Masyarakat mengenal beliau sejak pembabitan beliau sebagai ahli akademik di UKM. Kerja-kerja berkebajikan beliau yang melibatkan rawatan perubatan secara Islami misalnya memberi kredit yang besar. Meskipun beliau dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sama-sama dalam keadaan uzur, Datuk Dr Haron Din lebih hampir dengan Lembah Kelang, justeru boleh menghadiri mesyuarat Majlis Syura tanpa masalah, dan alasan. Ilmu agama beliau juga setanding dan tidak kalah berbanding Mursyidul Am sekarang ini. Sudah tiba masanya PAS memberi ruang kelegaan supaya Datuk Nik Abdul Aziz dapat lebih banyak berehat selain menumpukan perhatian dengan kerajaan negeri Kelantan yang tidak pernah sunyi dari masalah dalaman dan keletah YB yang membuatkan kita jengkel.
4. Mohamad Sabu lebih layak berbanding Husam sebagai Timbalan Presiden PAS. Dedikasi yang ditunjukkan oleh beliau dalam parti ini sukar untuk ditandingi Husam. Beliau berada di dalam PAS saat sukar dan senang. Mohamad juga menunjukkan keteguhan dan komitmen, istiqamah, dan kecekalan luar biasa saat dipenjarakan sebanyak dua kali. Calon ini telah teruji berbanding Husam.
5. Mohamad juga tidak asing di peringkat bawahan. Kemesraan beliau dengan ahli biasa, masyarakat marhaen dan kumpulan murbawan dalam kalangan rakyat tidak dinafikan lagi. Kejuaraan beliau dalam memperjuangkan isu-isu penindasan telah pun ditunjukkan. Keprihatinan beliau dalam masalah orang bawah sudah direkod dengan tinta emas dan tidak tertuliskan. Beliau misalnya tidak segan duduk minum dengan ahli biasa di warung murahan. Faktor ini tidak akan pernah dapat disaingi oleh calon lain termasuk Husam.
6. Mohamad juga dikenali akrab, dan tahu bila harus menjual mahal, dan bila pula harus bertolak ansur dengan pemimpin DAP. Hubungan persahabatan beliau khusus dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng amat menarik. Kecintaan Guan Eng kepada model Khalifah Umar Abdul Aziz datang dari Mohamad Sabu.
7. Mohamad Sabu juga tidak tergila-gilakan agenda bekerjasama dengan Barisan Nasional khususnya UMNO. Ini menepati kehendak sebahagian besar ahli PAS.
8. Mohamad Sabu juga amat dikenali di luar. Ahli-ahli PAS harus ingat, yang PAS tetaplah sebuah gerakan Islam. Meskipun bukan berlatar belakang agama, Mohamad sering ke luar negara oleh undangan pelbagai gerakan Islam termasuk Ikhwanul Muslimin, Hezbullah, Parti Saadet Turki, Hamas Palestina, parti-parti Islam di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Kelantangan Mohamad dalam isu ummah khusus Palestina tidak dapat dipertikaikan lagi. Ini adalah bonus yang besar berbanding Husam yang kurang dikenali dalam kalangan gerakan Islam di luar.
9. Mohamad juga adalah pemimpin PAS yang berani. Malah sudah ada semacam satu peribahasa dalam kalangan ahli PAS, 'di mana ada demonstrasi di situ ada Mohamad Sabu'. Hal ini tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana calon lain.
10. Lebih penting, dalam isu pemansuhan PPSMI, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sendiri pernah mengatakan Mohamad Sabu adalah model 'negarawan' yang sebenar. Negarawan adalah pemimpin yang mengambil berat dan sensitif dalam isu-isu rakyat marhaen, serta tidak pernah lelah memperjuangkan kebenaran. Lihat sahaja program atau ceramah yang dihadiri Mohamad Sabu, jumlah khalayak yang hadir luar biasa sekali.
11. Berbanding Husam, Mohamad juga sekarang tidak mempunyai jawatan tertentu (kecuali Naib Presiden) yang memungkinkan beliau menumpukan perhatian kepada kerja-kerja parti. Jika Mohamad menjadi Timbaan Presiden PAS, rakyat biasa akan membandingkan Timbalan Presiden PAS dan UMNO, dan mereka akan merasakan Timbalan Presiden PAS lebih dekat di hati. Beliau tidak kelihatan aristokrat dan bangsawan. Beliau seperti telah saya sebutkan, tidak kekok untuk menggauli rakyat.
12. Mohamad Sabu berasal dari utara (meskipun menetap di Shah Alam), ini dapat memberi imbangan kuasa dalam PAS supaya PAS tidak kelihatan terlalu diwakili oleh kumpulan ahli dari Timur Semenanjung.
Oleh kerana itu, saya berpendapat tidak ada calon lain yang lebih munasabah untuk jawatan Timbalan Presiden PAS bagi membantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/04/mohamad-sabu-paling-layak-untuk-jawatan.html)