Sedap!! Klik gambar di atas!

Kepimpinan ulama jadi pendinding kelemahan

Perkembangan mesyuarat agung kawasan-kawasan memperlihatkan pencalonan yang pelbagai untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Apa yang terlihat kepada saya ialah kesungguhan hendak menukar Timbalan Presiden parti itu. Bagi jawatan Presiden, walaupun ada kawasan yang mencalonkan calon lain, tetapi saya tak nampak arus.

Namun apa yang melucukan ialah mereka yang hendak mempertahankan Timbalan Presiden yang ada sekarang nampak sangat menggunakan kata-kata seperti "hendak menghancurkan kepimpinan ulama," "PAS sudah nak jadi macam Umno" dan entah apa-apa lagi. Macam Umno juga, mereka menggunakan strategi menakut-nakutkan pihak yang hendak membuat perubahan.

Pihak yang hendak membuat perubahan tentulah takut tak terkira apabila dituduh "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno". Kata-kata itu juga boleh menyebabkan pihak lain di dalam PAS menggelekat tak tentu arah. Tak boleh salahkan mereka. Tentulah mereka akan marah kalau ada yang "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno" seolah-olah Majlis Syura Ulama hendak dimusnahkan dan Fasal 5 Perlembagaan PAS hendak dibunuh.

Bagus juga strategi menakut-nakutkan itu. Sekali imbas nampak berkesan.

Kali ni saya tidak hanya melaporkan. Saya tumpang sekaki dalam laporan saya. Sebab saya teringin juga nak tengok sejauh manakah berkesannya strategi menakut-nakutkan itu - dengan menggunakan ayat-ayat power seperti "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno".

Bolehkah jampi serapah yang nampak sangat gelabah itu menjadi pendinding atau kubu kuat yang melindungi kelemahan below the standard performance atau yang Orang Putih selaku kata underperformance.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Penarik beca,

    Parti PAS sudah lama hidup dan berpolitik dalam Malaysia. Pemimpin ada yang mati dan ditukar ganti. Namun semangat perjuangan pada setiap ahli dan pemimpin ada kalanya naik dan ada kalanya turun. Mudah dipujuk rayu untuk sesuatu tujuan. Pekara ini dilihat sebagai satu kelemahan oleh parti dominan Barisan Nasional.

    Jika Pak Lah ketika itu sebagai Perdana Menteri memperalatkan sepenuhnya kelemahan yang ada pada pemimpin dan ahli PAS..., kita percaya PAS tidak akan dapat bersama DAP dan PKR berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil kerana mereka sendiri terpaksa menyelesaikan masaalah dalaman parti berkaitan dengan pengaruh dua kumpulan yang berbeza pendapat.

    Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berterima kasih pada pemimpin PAS kerana mereka mampu pertahankan parti itu berdiri teguh dengan idea perjuangannya yang diterima sebahagian besar rakyat yang bukan beragama islam.

    Demi masa depan parti, ahli parti mestilah menyediakan bakal pemimpin yang mempunyai kelayakan akedemik, pengalaman dan semangat juang yang tinggi. Mereka hendaklah sentiasa berfikir dan bersedia mengambil alih tampok pemerintahan UMNO-BN dalam kerajaan.

  2. one thing for sure...kawasan bangi and hulu langat akan retain ust nasa., kedua ydp kawasan kam cin dgn ust nasa, malah dalam himpunan tertutup utk ahli PAS di kaw2, UST nasa selalu nak tegak kan unity gomen ni.aku terdiam ajela, takut kena chop tak mau ulama pulak...susah la..

  3. x cerdik mana Tim Pres tu...yg penting kepimpinan Islam....Kepimpinan Ulamak ciptaan cikgu pa je...dah nama ciptaan cikgu pa...mana ader kebal...musti mau rusak gak beb...akai ader ka...cheet....

  4. Salam Pak Bakaq,

    Respons skit artikel terbaru A Voice..:)

  5. Memang, sesetengah tu dah terikut2 rentak dan gaya macam 'BEKAS' umNO pung. Dulu dulu dah soheh sbg pembangkang, sekarang dah hangat2 rasa (Insyaallah) macam nak ke KERAjaan. Mestilah ke depan tonjolkan pada rakyat! Pemimpin tertinggi parti dan syura ulama' pun di hentam secara terbuka tu, gaya siapa? Macamlah besar sangat kesalahan atau kesilapan yg dilakukan. Fasal 5 yg hang duk pertahankan tu tak lah sampai dibunuh tapi kalau dipokekkan saja, apacam? Tak kan padan dng hang saja nak keluarkan semula Fasal 5 tu! Membangun mengikut Islam bersama kepimpinan ulama'. Ulama' mesti memimpin profesional menyokong.

  6. Memang ada usaha begitu.

    Usaha untuk menambah gologan profesional Islam dalam PAS. Golongan ini lebih senang Anuar Ibrahim menjadi pemimpinnya daripada Presiden PAS sendiri.

    Yang pentingnya PAS perlu ada pemimpin yang amanah. Kepakaran boleh dicari. Amanah amat susah hatta dalam PAS pun.

  7. PAS perlu letak bisnessman atau pakar ekonomi sebagai pemimpin mereka.
    Rasullallah s.a.w selain seorang Ulama merupakan bisnessman juga.
    Politik, "core value" nya adalah ekonomi.Jika Ulamak dan parti agama tidak faham akan ekonomi,maka menjadi betullah kata2 Karl Marx "Agama macam chandu,ia dapat tenangkan sementara sahaja, tetapi tidak dapat ubah masaalah orang miskin menjadi makin miskin"
    "Semua orang tak akan mahukan Negara Islam apabila perut kosong kerana miskin."
    "Islamnomics(ekonomi socialis tanpa riba) perlu di amalkan".
    Rujuk rencana Kafirnomics Vs Islamnomics" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  8. semasa dato asri dulu, banyak keputusan parti diputuskan di kalangan yang di sekelilingnya dengan mengenepikan ajk yang dipilih. justeru dinobatkan kepimpinan ulamak. setelah lebih 27 tahun di bawah kepimpinan ulamak, perangai dato asri hidup kembali dalam pas. kenapa agaknya?

    apakah kepimpinan ulamak memastikan pas mesti berpresidenkan seorang ulamak? apakah tidak boleh jawatan itu dipegang oleh bukan ulamak? apa tujuan majlis syura ulamak, badan yang tertinggi dalam parti yang dianggotai oleh ulamak, jika tidak boleh memastikan parti dikawal oleh ulamak walaupun presiden bukan seorang ulamak? apa guna kepimpinan ulamak jika amalan dato asri, yang menyebabkan ternobatnya kepimpinan ulamak, turut diulangi oleh kepimpinan ulamak? membuat keputusan secara sokseksoksek di kalangan tertentu yang mempengaruhi presiden sehingga mengenepikan ajk yang dilantik?

  9. " strategi menakut-nakutkan itu - dengan menggunakan ayat-ayat power seperti "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno".

    Ini semuer andaian pihak luar PAS sahaja.

    Sebenarnya tidak ada apa yang perlu di gembang gemburkan dalam hal ini.

    Kerana jika ada sekali pon perselisihan pendapat dalam PAS.

    Akhirnya mereka kembali bersatu.

    Seperti saranan Allah s.w.t.

    Jika kamu berselisihan dalam satu perkara ,hendak lah kamu kembali ke tali Allah.

    Itu yang di ingatkan tiap tiap kali kita kita dengar Khatib berkhutbah Jumaat.

    Tak de hal ini.

    PAS kalau nak lingkup,zaman cap tangan dolu dah lebor.

    Saya baca sejarah nya.

    Tak kenal maka tak cinte!!!!!!

    Jgn Maree!!!

  10. Berlakunya begitu banyak kawasan-kawasan yang telah bermesyuarat agong ingin Tim.Presiden ditukar dan dari banyak komen-komen dalam pelbagai blog "kurang senang" dengan Tim.Presiden - tidak ada kena-mengena dengan "Kepimpinan Ulamak".Ada dua fakta yang perlu diambil-kira.(1) Tim.Presiden ni "under performing" -tidak berfungsi sebagai mana yang diharapkan atau sepatutnya.(2)Sudahlah begitu,tak dapat pula menerima keputusan Muktamar yang lalu diIpoh *(untuk melupakan isu muqabalah},terlibat pula dengan gagasan Kerajaan Perpaduan.Dalam 2 isu ini dia menyeret pula Presiden bersamanya.Ahli-ahli PAS yang celek,kritikal dan "bencikan UMNO" sudah tentu tak dapat menerima "ulamak" khususnya Ulamak PAS yang "tergila-gila nak berdamping dengan UMNO".Cerita dan kisah beliau "bertemu dan berunding dengan UMNO" tersebar luas sejak zaman muqabalah lagi.Sama ada betul atau tidak Wallahualam,cuma bak kata pepatah Melayu ' Kalau tak ada angin,takkan pohon bergoyang,kalau tak ada api dimana datangnya asap".

  11. Dalam pertandingan di Kawasan Subang semalam, menantu kepada Tuan Guru Presiden bernama Ustaz Zaharuddin bin Mohd Said terpaksa menarik diri dari bertanding YDP Kawasan walaupun sudah 6 bulan memangku jawatan YDP Kawasan.

    Perasmi kepada Mesyuarat Agung tersebut adalah Ustaz Harun Taib. Seolah seperti geng Terengganu dan geng Kerajaan Perpaduan hendak mengambil alih kepimpinan PAS Subang ini. Diharapkan perasmian oleh Ustaz Harun Taib dapat memberi "magik" yang diperlukan untuk menjayakan perancangan ini.

    Tapi segala usaha tersebut mengarah kepada kegagalan. Oleh kerana terlihat betapa semaraknya kemarahan dan penolakan ahli PAS terhadap kerajaan perpaduan ini, menantu kepada Tuan Guru telah menarik diri dari bertanding.

    Boleh dikatakan kawasan Subang bersih dari anasir-anasir yang pro kepada idea Muqabalah/kerajaan perpaduan ini sama sekali.

    Inshaalah, mereka akan mencalonkan Husam Musa sebagai Timbalan Presiden dan Nizar sebagai Naib Presiden

    Nak dijadikan cerita, punyalah benci ahli PAS kepada idea muqabalah/kerajaan perpaduan sehingga menantu Tuan Guru pun ditolak ahli.

    (Pemberi maklumat dari Kawasan Subang)

  12. Kepemimpinan yg ada skrg atau akan dtg rajin2lah beramahmesra dgn masyarakat...jgn protokol sangat atau ada rasa elit...bg saya jawatan Presiden memang masih layak untuk TGHH...kalau ada sape2 nak lawan silakanlah....ada berani?

  13. dengar kata ust nasa buat banglo 700k. ust nasa ada bisnes sendiri ke? sekadar pertanyaan.

    Al-sarawakian

  14. hangpa nak cari pemimpin, kena la cari yang amanah, istiqomah dengan perjuangan dan yang penting, boleh buat kerja. Setakat cakap lawa, tak guna, nanti jadi macam UMNO (ptui! ludah ke kiri).

    Kalau dapat pemimpin yang perlu dipimpin dan underperform, naya weh. Aku ni orang takdak parti. Hangpa yang dok dalam parti buat kerja elok2. Jangan sampai busuk nama dek kerana berebut nak penaik sapa2 yang hangpa berkenan. Kalau tak berkenan di hati, kena timbangtara dengan performance. Kalau di (tak kira sapa-sapa pun), boleh buat kerja, lantiklah ke post yang sepatutnya.

    Apa2 pun, aku sokong kot luaq parti je lah. Kalau aku jadi ahli, abih aku kalih semua jadi tunggang-terbalik. Naya separti. Baiklah aku dok di luaq, sokong kot peti undi.

  15. cerita ustaz nasa buat baglo hebat memang dah heboh,org. umno pun dok cakap,masa penamaan calon bkt gantang dia syok sendiri pulak,cerita kata pasang bodyguard 7 atau 8 org utk iring dia,karpal singh yg kena ugut nak dibunuh pun yg ikut dia hanya beberapa org saja. kenapa pelik sangat timbalan presiden ni?

  16. salam

    Keluar tajuk la sikit... Ya Pak bakaq

    Baru saya tahu kini.... dan mungkin selama-lamanya bahawa

    Rendah Diri dan Rendah Hati tu sama maksudnya pada "kamus".

    wassalam

  17. Ustaz Nasa kan tokey Petroleum.. Dia ngan Dr Syed Azman kan ada tong minyak kat Indonesia.. Apsal hal peribadi nak dikecohkan? Apakah performance diukur sejak kemenangan dalam PRU 12? Sebelum tu tak perform ke?

  18. Kalau letak ulama' lain utk Tim Pre macamana? Dr Haron Din, Ust Ahmad Awang, Tuan Ibrahim, Ust Ghani Shamsuddin.

  19. timbalan memang tak perform. tapi yang nak cuba tanding timbalan lebih kepada pro anuar ibrahim. pendek kata geng2 edorgan ini adalah sayap parti PKR. walaupun berpaut pada lambang bulan. dari segi akedemik patut pertahankan timbalan yang'ulamak'. tapi kalau ikutkan populariti dan isue memang geng edorgan menyerlah. apa2 pun jangan dibayangi anuar ibrahim. ni satu peringatan kepada ahli2 PAS. mesti sentiasa berhati-hati dengan anuar ibrahim. walaupun begitu kita tak boleh sangkal gelombang yang dibawa oleh anuar ibrahim. bakaq ni adalah seorang perayu undi untuk geng edorgan. harap korang semua paham!

    tok pengulu

  20. Apalah yg digosipkan nih!

    Kan presiden dah mengaku idea Unity Govt dah dibakul sampahkan dan jadi sejarah sbb ahli x setuju dan dah J/Kuasa dah putuskan agar tak dibangkitkan lagi isu ini. Masalahnya PR nak ketelusan dlm Unity Govt tapi UMNO / BN tak ikhlas dan x setuju sbb mungkin takut ramai puak dia kena tangkap dan dakwa SPRM masuk penjara. Lagi satu, ahli belum lagi nampak kebaikan didlm Unity Govt.

    Bukan salah org keliling, ini (Muzakarah / Unity Govt dll)adalah keputusan bersama Presiden dan Pemimpin tinggi PAS. Perwakilan yg lantik mereka, jadi kena terimalah dgn hati redho sbb diorg buat keputusan utk kebaikan Parti. Lantiklah pemimpin yg bagus dan berwawasan samada Profesional atau Ulama' takkan bawa ke mana2 kalo ahli syak wasangka, tak taat, redho, sokong dan dokong mereka dan keputusan mereka sbb siapa nak buat kerja untuk parti? Bukan ke pemimpin bawahan dan ahli juga yg nak laksanakannya? Tiada pemimpin yg sempurna bro, tapi saya percaya pemimpin kita semua ikhlas, tak kira yg kaya ke miskin, ulama' ke Professional, berjiwa rakyat ke berjiwa pemimpin. Yg pasti sokongan perwakilan nanti yg menjadi keputusan sebulat suara semua ahli PAS dan saya redho dan taat tak berbelah bahagi.

    Sebaik2nya Ulama' sbb al ulama' warosatul anbiya'. Tapi kalo profesional yg alim dan wara' mcm DS Nizar bun bagus gak sbb kita dah ada majlis ulama' dan mursyid utk menasihati dlm bentuk hukum. Sebenarnya dlm 10 tahun ni banyak perubahan dan kemajuan di dalam PAS yg aku nampak. Mungkin korang semua tak perasan sebab suka bergosip agaknya. PAS mempunyai ahli yg meningkat berkali ganda. PAS dah jadi parti yg besar dan kompleks serta lebih banyak cabaran perlu dihadapi. Pendokong dan Penyokong PAS pun ramai. Strategi mereka berkesan menarik ramai org kepada PAS. Tapi sendiri kena ingatlah! dulu yg masuk PAS tu ulama', ustaz dan pak lebai, tapi sekarang org biasa yg kurang ilmu agama pun banyak. Jadi usaha dakwah dan tarbiyah serta pelbagai cara pemantapan parti kena ditingkatkan berkali ganda seiring dgn parti.

    Korang kalo nak promote pemimpin yg korang suka tu biarlah dgn cara hikmah. Promote kebolehan mereka dari pelbagai segi bukan menghentam lawan dan peribadi lawan. Apakah diorg tu takde hati, takde iman, takde keluarga, takde penyokong sampai tertanggal seluar dikerjakan. Kalo seluar kita kena tanggal, amacam?
    Bukan apa, kita ni parti islam, semua yg komen faham hukum, tahu iman, tahu dosa pahala. Yg kat atas tu memimpin lagilah banyak tanggungjawab mereka kena jaga.

    Faham sendirilah! Selagi pemimpin dalam PAS jadi pemimpin yg dilantik majoriti ahli, takkan jahanam PAS ni. Cuma baik atau lebih baik je bezanya. Kita bukan mcm Umno / BN sbb pemimpin PAS faham iman. Kang cakap ada iman, umno marah kata diorg takde iman. Teguran keras tapi ikhlas dari saya.

    Ariyos...

  21. Baru hari tu Presiden jumpa Anwar cakap pasal idea kerajaan perpaduan lagi. Tak sampai 4 hari lepas

  22. Salam,
    apa yg nak hairan sangat? PAS dah jadi cam umno la. dok pakat nak jadi ketua. org lain tak pandai belaka, aku je yg pandai. la ni apa nak jadi jadi la, asalkan aku ada peluang nanti jadi menteri bila pr dah berkuasa. pangkat dalam parti penting utk jadi menteri ni. kena bersiap dari awai lagi. Nanti kalau lambat tak ada peluang lagi. tolak pilah semua ulama pun. pas bukan pejuang agama. agama nak maju camna kalau ada ulama. yg nak perintah dan pegang kuasa bukan ulama. nanti bila dah berkuasa, kalau ada ulama, macam mana nak dapat persetujuan dalam kabinet asyik dok kata haram aje. wakil DAP marah, PKR pun marah. susah pulak nanti wakil PAS dalam kabinet. kalau bukan ulama, kira semuanya betul la, serupa itu DAP dan PKR la. sama rata. tak payah nak pejuangkan islam lagi. apa yang penting lani adalah kuasa. kuasa yang penting. kita nak kerajaan. kita nak perintah. penting sangat ke islam tu? DAP kata tak penting. PAS akan ikut kan? Byk org kuat PKR pun kata islam tak penting, PAS pun sama kan! Apa yang penting? KUASA dan KERAJAAN. Baru boleh jadi menteri.

  23. kekuatan pas sekarang adalah hasil daripada kerja kuat pemimpin terdahulu dan masa kini. jangan terlalu gairah hendak menaikkan seseorang hingga sanggup mengatakan orang ini tak performlah orang itu tak performlah, macam dia sangatlah yang perform. orang yang mengatakan begitu sebenar onar dalam pas, patut berhati-hati. kekalkan pimpinan yang ada sekarang.

  24. PAk bakaq kena berenti sokong Syiah.

    Golongan Syiah ni dikutuk oleh Saidina Hasan dan Husin sendiri dari atas mimbar. Semua cerita yang mereka bawa adalah fitnah terutama berkenaan dengan cerita para Sahabat.

    Nabi SAW TIDAK PERNAH MELANTIK ALI AS sebagai Khalifah dan Saidina Abu Bakr tidak pernah meninda Saidina Ali.

    Saidina Ali tidak pernah menentang kekhalifahan Saidina Abu Bakr, Umar dan Uthman. Malahan Ali adalah penyokong kuat kepada ketiga2 khalifa.

    Fikir logik la, adakan semua sahabt boleh jadi kafir lepas Nabi wafat? Apa punya auta daaa Shiah ni

  25. Salam. Saya minta saudara bakaq tidak menyiarkan komen nasibi.Saya takut komen tersebut akan menjadi hujah untuk bakaq dinafikan syafaat.

    Ja'far Ahmadi, Sas Bukit Bintang14

  26. Apa yang ditulis oleh "ahli PAS subang" tu tak betul. Dia ahli saja, bukan penggerak kepada parti. Kesalahan faktanya ialah:
    1. PAS subang mencalonkan Husam Musa adalah salah, kerana PAS Subang belum mengadakan mesyuarat kawasan pertama lagi. Mesyuarat pertama PAS kawasan Subang ialah pada malam lusa.
    2. Ahli PAS Kawasan Subang menolak menantu Presiden Ustaz Zaharudin Mat Said adalah tidak berasas sama sekali kerana beliau mendapat pencalonan cawangan yang terbanyak, iaitu 12 pencalonan. Sedangkan pada peringkat awal Ustaz Ridhuan dan Misni masing-masing hanya mendapat 1 pencalonan sahaja yang tidak melayakkan untuk bertangding YDP. Sehingga tarikh tutup penghantaran pencalonan pada 14 April, hanya Ustaz Zaharudin seorang sahaja yang layak bertanding, manakala yang lain pula masih belum mencukupi pencalonan untuk layak bertanding. Pada sebelah petang 14 haribulan, ustaz Zaharuddin Menghubungi saya (kebetulan saya adalah ketua cawangan di kampung subang) supaya mencalonkan Saudara Misni kerana beliau menyatakan hasratnya untuk tidak terus memegang jawatan kerana ingin menyambung pelajaran peringkat PHD. Beliau juga menyatakan bahawa tarikh penghantaran pencalonan akan dilanjutkan justeru kelayakan pencalonan masih belum mencukupi terutama YDP apabila beliau menarik diri.

    3. Menarik diri kerana takut kalah adalah tuduhan yang tidak berasas kerana Ustaz Zaharuddin Mat Said telah lama mengisytiharkan beliau tidak akan teruskan jawatan YDP. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau mengambil amanah memegang YDP semata-mata untuk menyelesaikan isu-isu fitnah yang terlalu banyak di Subang sejak sekian lama. Apabila tugas ini dianggap selesai dengan beberapa pendedahan dan pembongkaran konspirasi, maka beliau menarik diri justeru beliau ingin menyambung pengajiannya di peringkat Phd, bukan kerana takut kalah atau penolakan ahli.

    4. Dalam sokongan cawangan yang padu, beliau tetap menarik diri walaupun dipujuk oleh majoriti pendokong PAS kawasan disebabkan beliau dilihat sebagai berpotensi untuk menyatukan ahli. Tetapi atas dasar rasa tanggungjawab dan menjaga imej kawasan subang yang YDPnya kerap bertukar ganti, beliau mencadangkan seperti Misni atau Ustaz Ridhuan sebagai YDP dengan harapan YDP baru dapat kekal sehingga pemilihan akan datang tanpa dipangku. Beliau pernah berkata: "kalau saya pegang lagi, confirm YDP akan dipangku lagi. Cukuplah pangku memangku ni, biar pegang sampai hujung."

  27. Ish, aku rasa fitnah-fitnah ni munafik yang buat. Pancung kepala baru tau. Gilerrr....
    Pas subang kena bertindak kepada munafi-munafik ni

  28. Teruk la geng munafik ni. sampai tahap nak fitnahkan menantu Tuan Guru presiden bagi menjayakan hasrat menaiki takhta presiden.

  29. PAS SUBANG TELAH SELESAI MESYUARAT NYA, KEPUTUSAN TELAH DIBUAT. BERSAMA SAMA KITA MENJAYAKAN PAS SUBANG KEARAH LEBIH GEMILANG TANPA MENGIRA SIAPA. USTAZ ZAHARUDIN TETAP DIPERLUKAN PANDANGAN NYA, USTAZ RIDHUAN JUGA DIPERLUKAN, MISNI PERLU MEMPERLIHATKAN KEMAMPUAN PERTANGGUNGJAWABAN YANG DIAMANAHKAN KEPADA NYA. JANGAN BIARKAN MEREKA MEREKA YANG MAMPU TERUS MENYUMBANG INI MENJADI PATAH HATI ATAU KECEWA DENGAN TINGKAH LAKU SERTA PRASANGKA. APA ORANG LAIN NAK KATA BIARKAN MEREKA TERJUN DENGAN LABU LABUNYA.... PAS SUBANG MESTI TERUS MAJU DAN BERDAYA SAING DENGAN KOMBINASI ULAMA DAN PROFESSIONAL DAN BAKAL MENJADI IKUTAN KEMUDIAN HARI NANTI KEPADA LAIN LAIN KAWASAN PAS DI SELANGOR. KITA MAJU KERANA ADANYA PERBEZAAN PENDAPAT TETAPI MEMPUNYAI KATA PUTUS DAN OBJEKTIF YANG SAMA. SELAMAT MAJU JAYA PAS SUBANG.

  30. maaf le ketua cawangan pas kampong subang, nak tanya sikit di bawah fasa berapa dalam perlembagaan PAS yg menetapkan pencalonan YDP Kawasan ada quota? Bunyi macam pemilihan umno jer!

    Kuda KaYu

  31. Saya hairan dgn kenyataan Ketua Cawangan Kampung Subang (KCKS). Dia mengatakan bahawa Ustaz Zaharuddin dapat 12 pencalonan. PAda waktu yang sama dia kata Ustaz Zaharuddin tak berminat nak sambung tugas sebagai YDP.


    Kalau dia tak berminat, mengapa cawangan mencalonkan dia? Saya nak tanya pada KCKS, masa bila Ustaz Zaharuddin mengisytiharkan niat beliau tidak mahu meneruskan hasrat sebagai YDP?

    KEduanya, memang tabiat majoriti ahli PAS mencalonkan "incumbent". Mereka hanya berubah masa mengundi nanti. Kalau tidak sudah tentulah Ustaz Nasaruddin tidak dapat mengalahkan Ustaz Hasan Shukri masa pemilihan tahun 2005 yang lepas kerana 80% pencalonan kawasan adalah kepada ustaz hasan shukri.

    Jadi, tak payahlah nak guna alasan pencalonan untuk sbg bukti populariti.

    Hakikatnya, Ustaz Ridhuan adalah proksi kepada Ustaz zaharuddin dan geng dia. Kalau benar Ustaz Zaharuddin ni popular, mestilah Ustaz Ridhuan ni menang dan mengalahkan Masni.

    Hakikatnya Ustaz Ridhaun kalah dengan majoriti 100+ undi. Kalau Ustaz Zaharuddin bertanding nescaya beliau akan kalah dengan majoriti yang besar begitu juga.

    Tapi,

  32. Ketua Cawangan Kampung Subang (KCKS) kata:

    "Sedangkan pada peringkat awal Ustaz Ridhuan dan Misni masing-masing hanya mendapat 1 pencalonan sahaja yang tidak melayakkan untuk bertangding YDP."

    Saya hairan, mengapa awak cuba menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, dan ia disahkan oleh SPR masa tu, bahawa Misni mendapat 4 pencalonan dari cawangan-cawangan. Beliau tidak memerlukan pertolongan dari Ustaz Zaharuddin ataupun KCKS unuk bertanding.

    Soalnya sekarang, apa sebab Ustaz Zaharuddin nak dtg jumpa KCKS pada malam 14hb untuk minta buat satu perkara yang tidak perlu?

    Nampak mcm KCKS pun nak bawak cerita jadi-jadian.

  33. Saya yakin dgn terhapusnya geng ustaz Zaharuddin ini, PAS subang akan menjadi kawasan yang berdaya maju.

    Ini kerana segala taik2 yang selama ini berselaput dlm PAS Subang telah pun dibersihkan.

  34. kuda kayu ni memang x faham atau sengaja buat2 x faham..atau mungkin kuda kayu ni bukan ahli PAS...untuk pengetahuan memang ada pekeliling dari PAS pusat yang menetapkan sekurang-kurangnya 2 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding..memang benda ni xde dalam perlembagaan PAS..so harap kuda kayu faham laa no..apapun kepimpinan subang telah dibentuk maka saya mengharapkan agar kuda kayu ni menyumbanglah tenaga kudanya ke arah memartabatkan ISLAM di subang...harap-harap jangan jadi kera sumbang udah laa...

  35. Anonymous Fri, Apr 24, 2009 at 2:28 PM

    Komen Tuan/Puan terpaksa edit.
    Aku tengok kuda kayu ni bodohla...memang bengap nak mampus. PAS Cawangan Subang (PCS) bengong juga, dah cawangan ada 50 cawangan. Cawangan yagn tak tahu Ustaz Zaharuddin Nak tarik diri, so diaornag calonkanlah. Kalau tak, aku rasa 25 pencalonan pun dapat.

    Cawangan aku sendiri, bila minta pencalonan, diorang cakap apasal tak calonkan ustaz zaharudin? Aku kata ustaz zaharudin tak nak teruskan. Minta calonkan orang lain seperti misni dan u ridhuan. Diorang cakap, takpe calonkan je dulu. Lastly, cawangan aku pun calonkan ustaz zaharuddin juga.

    Dah memang banyak kali ustaz zaharudin sebut tak nak teruskan, lastly aku ingat dalam mesyuarat kawasan (cawangan dijemput hadhir sekali). Tapi aku ingat tak serius, tapi memang serius beliau tak nak teruskan.

    Bodoh betul PCS ni, dah orang kata lanjut pencalonan sehingga 17 hb coz 14 tak cukup pencalonan. tu yang Misni dan ustaz ridhuan dapat 4 pencalonan. Lembab payah paham rupanya, sentimen pulak tu. Buat fitnah lagi.

    Pas Cawangan Subang ni W** J* sebenarnya. Aku kenal sangat dia ni. Aku tengok masa dia taip dalam blog ni ari tu, guna nama PCS.

    Kalau hangpa semua tak percaya, tengok perkataan kotor yang digunakan seperti "Taik" dll. Yang aku kenal, orang subang yang PAS, mulut kotor, perangai hodoh suka pecah belahkan subang, tak ada orang lain, melainkan W** J* As-Syaitaani. Orang subang tak ada setakat aku kenal yagn suka sumpah dengan perkataan Taik melainkan hanya W** J* sorang saja.

    Pesanan Untuk W** J*: Kalau nak sumpah orang pun, jangan guna perkataan yagn hanya ngko guna, orang lain tak guna. nanti orang kenal. Budah bodoh berlagak pandai. Jahat pula. penghasut.

  36. Anonymous Fri, Apr 24, 2009 at 2:30 PM,

    Komen Tuan/Puan terpaksa edit seperti berikut:

    ooo... W** J* rupanya. Patut pun.

    Memang dia ni mulut jahat, kotor.

    Aku rasa, dia ni kena pukul je. baru reti.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008