Sedap!! Klik gambar di atas!

Kepimpinan Ulama dalam Pas; Satu kajian semula

Saya terima email tulisan di bawah ini. Saya dok rasa mungkin dikirim untuk disiarkan dalam blog ini. Saya pun siarkan tanpa edit sikit pun:
Pas telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas.

Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz. Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.

Timbalan Presiden Adalah Presiden

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama

Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.

Akhukum fil Islam

Mohamad Hasan Marzuki
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. saya sokong...

  2. Salam Pak Bakaq,

    Satu pandangan dan idea yang bernas. Islam itu sempurna. Yang penting akarnya jangan dicabut, biar daunnya gugur berterbangan mengikut musim. Majlis Syura Ulama itu ada tunjang. PAS bukan parti gila kuasa dan pangkat. Matlamat bukan menghalalkan cara! Matlamat berpaksikan majlis syura. Teruskan perjuangan demi menegakkan parti islam.

    Lebai Malang kata.

  3. Assalamu`alaikum,

    Saya amat menyokong hujah mengatakan bahawa Timbalan Presiden adalah Presiden (dalam keadaan Presiden berkeuzuran). Oleh kerana ia begitu penting maka sudah sewajarnya Timbalan Presiden mestilah seorang yang terdidik dengan pendidikan Islam (secara formal atau tidak) dan mampu bertindak berasaskan kepada keilmuannya. Sudah tentu ia dari kalangan mereka yang berpendidikan agama bukan hanya berfahaman agama. Faham melalui kesedaran sendiri dan tidak mengikuti pendidikan formal tidak sama dengan faham melalui pendidikan dan pentarbiyahan. Selain dari terdidik dan terpelajar, seseorang yang akan menduduki kerusi Timbalan Presiden mestilah bukan dari kalangan orang yang meminta-minta untuk diangkat menjadi Timbalan Presiden.

    Saya juga ingin nmengingatkan kita asemua kepada peristiwa Abu Dzar Al-Ghifari yang dididik oleh Rasulullah SAW sendiri telah memohon jawatan Gabenor namun ditolak oleh Baginda. Berdasarkan banyak hujah lain ulamak berpendapat bahawa orang yang meminta-minta (dalam istilah sekarang ni ialah berkempen) tidak layak dilantik sebagai ketua. Apatah lagi jika orang yang berkempen ini telah diketahui umum perangainya suka berkempen dan meminta-minta. Untuk mengetahui perangai seseorang itu perlulah ditanya kepada orang di sekelilingnya.

    Wassalam.

    Abu Mundzir.

  4. Seorang yang bergelar pemimpin hendaklah mengucapkan sesuatu (tulisan atau lisan) dalam bahasa yang jelas kepada masyarakat umum. Supaya ia dapat mengelak timbulnya kekeliruan, bila ada kekeliruan, maka adalah spekulasi.

    Bila spekulasi berlaku, maka berlakulah polemik yang berpanjangan sehinggakan melahirkan persepsi yang negatif. Bila persepsi negatif menguasai masyarakat atau ahli, maka timbullah pula krisis keyakinan yang mana natijahnya ditolak ahli dan masyarakat.

    mudahnya,

    Bahasa tidak jelas —-> keliru —-> fitnah —> polemik —-> persepsi negatif —-> krisis keyakinan —-> Ditolak ahli/masyarakat

    Solusi,

    1. Bahasa hendaklah difahami oleh semua lapisan masyarakat (dari petani, nelayan, peniaga hinggalah ke intelektual)

    2. Mesej mesti jelas dan senang difahami sekaligus diterima.

    3. Bila ada kekeliruan, mesti dipadamkan dengan seberapa segera. Jangan lebih dari tiga (3) hari.

    “Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

    Mesej ikhlas dari;
    Ikatan Peniaga Mee Celup Bersatu (I-Celup)

  5. Berkenaan dengan kepimpinan ulama, saya rasa mestilah PAS sendiri terutamanya majlis syura dan mereka-mereka yang terlibat di kalangan veteran yang memperjuangkan kepimpinan ulama pada tahun 80an adalah orang yang layak menterjemahkan maksud dan makna kepimpinan ulama.

    Saya harap, majlis syura dan dewan ulama memainkan peranan ini.

    Saya harap pembaca tidak menafsirkan makna dan maksud kepimpinan ulama bersumberkan pandangan peribadi penulis-penulis blog.

  6. Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama

    KUALA KRAI: Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud.

    "Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

    Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

    Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

    Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

    Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

    "Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.

  7. Tuan,
    Kiriman yang diemailkan kepada saudara oleh Mohamad Hasan Marzuki telah dicedok daripada tulisan saya di blog saya. Dia memindanya supaya sesuai dengan pegangannya. Saya tidak merestui tindakannya itu dan berharap dia tidak melakukannya lagi pada masa akan datang.

    Tuan boleh baca tulisan asal di (http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/04/mengapa-timbalan-presiden-perlu-seorang.html)

  8. Abu Mundzir, riwayat tuan tentang Abu Dzar al-Ghifari adalah lemah dan terpesong. Dalam sejarah Islam, Abu Dzar bukanlah seorang insan yg meminta habuan dunya sepertimana yg tuan perkatakan. Beliau dalah seorang pejuang rakyat yg menentang kezaliman. Carilah contoh lain. Sebenarnya mencari habuan dunya dan yg merampas hak khalifah adalah Muawiyyah Bin Abi Sufyan laknatullah.

    Zolgoji, Bukit Antarabangsa KL.

  9. bukan meminta jawatankah ini?

    ""Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama,""

    wallahu'alam

  10. Tuan-tuan

    Kita ambil contoh negara Iran ajelah...
    Presidennya bukan dari golongan Ulama...tetapi mempunyai ciri2 ulama..
    Tetapi berjaya merubah lanskap politik dunia dari mengekang pembuli-pembuli
    iaitu kuasa besar dunia.

    Pemimpin yang macam mana yang sepatutnya yang diharus kita pilih???
    Bagi saya pemimpin walaupun bukan dari golongan Ulama tetapi mempunyai ciri2 ulama adalah pilihan yang bagus dan molek.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008