Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa Cina tak nak BN?

Kenapa majoriti Cina Bukit Gantang tak nak Barisan Nasional (BN)? Nak bunuh kuasa Melayu? Berikut saya siarkan sebahagian artikel saya yang saya hantar kepada akhbar Siasah. Sebahagian sudah disiarkan dalam blog ini. Saya pun tak tau masuk tak masuk dalam akhbar itu. Kalau tak masuk, boleh baca di sini:
Ketika berucap pada Majlis Menyambut Kepulangan Lim Guan Eng di Bukit Mertajam 29 September 1999 di Dewan Moral Uplifting Society yang dirakam Pemuda Umno, Naib Presiden Keadilan ketika itu, Marina Yusoff dilaporkan berkata:

"Saya nak cakap pada orang Melayu, Cina, India, punca 13 Mei dimulakan oleh Umno. Masa itu dirancang oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Selangor diketuai oleh Datuk Harun (Idris).

"Jadi orang Cina jangan ingat dia sokong Barisan (Nasional) itu bagus kerana dulu orang Umno dalam Barisan yang membunuh orang Cina."

Dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengkhianatinya (dikutip daripada prakata buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd - gambar di sebelah adalah buku asal terbitan Utusan).

Dalam bukunya May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969, Kuala Lumpur, Dr Kua Kia Soong mendakwa, rusuhan tersebut adalah satu pakatan yang dirancangkan oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpini Tunku. Beliau seterusnya mendakwa, gerakan yang mahu menjatuhkan kepimpinan Tunku diketuai oleh timbalannya, Tun Abdul Razak.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah Marina dan Dr Kua tidak dibicarakan habis-habisan serta dijatuhkan apa jua hukuman berikutan dakwaan mereka itu? Apakah yang dibimbangi oleh pihak yang mahu mendakwa?

Saya bangkitkan perkara ini berikutan apa yang saya alami di Bukit Gantang semalam. Apabila disebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak, penduduk di kawasan itu bukan sahaja dengan spontan menyebut "Altantuya" (ada menyanyikan lagu Najib Razak, Najib Razak, Altantuya...), malah ada yang mengaitkan beliau dengan ayahandanya dan peristiwa 13 Mei.

Saya hanya melaporkan sahaja dan tak berani kata apa-apa. Takut! (Sila klik imej Utusan Malaysia di atas untuk besarkan)

Memang, kita takut untuk membicarakan peristiwa hitam itu. Takut itu berlanjutan sejak 1969 lagi ketika saya dan kawan-kawan yang melanggar perintah berkurung lari lintang pukang apabila orang menjerit "Iban! Iban!" Kami takut sangat dengan askar Iban dari tentera Renjer yang berpengkalan di Taiping ketika itu.

Abang saudara saya di Batu 5 1/2, Changkat Jering pernah menceritakan kononnya askar-askar Iban pernah berkata, "Siapa langgar curfew (perintah berkurung), Tun Razak suruh tembak". Saya tak tahu sama ada benar atau tidak Tun Abdul Razak pernah mengeluarkan arahan itu. Tapi, kalau askar Iban mari, kami mesti lari.

Ketika itu, ketegangan akibat rasukan perkauman menjalar ke seluruh negara. Namun semua itu hampir tidak berlaku di Kelantan. Kalau ada pun, cetusan itu cepat-cepat dipadamkan oleh kerajaan PAS di Kelantan ketika itu.

Tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra. Menurut bekas Setiausaha Agung PAS yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".

Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.

Mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR10.

Ketika di bawa ke JKR10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu. "Mereka dijamu dengan mee dan nasi lemak," kata Salahuddin.

Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam. PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam. Beliau menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.

Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang banyak melaksanakan projek-projek membuat jalan di Kelantan tanpa sebarang bayaran awal dari kerajaan negeri ketika itu (dia buat dahulu, kira hutanglah tu), Chua Say Paw, datang le JKR10. Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.

Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan. Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.

Sambil memandang Chua yang dianggap tauke besar di Kelantan ketika itu, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.

Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.

Benarlah kata Menteri Besar Kelantan kini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang rusuhan perkauman pada tahun 1969 itu, "bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan".
Berkaitan:
Bolehkah PR menang undi kampung? (Mamamat)
Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff
Sedar dan Besarlah Hishammuddin

Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau Pinang pada 29 September 1999.

Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya memegang pihak UMNOlah yang bertanggungjawab, terutamanya Datuk Hishammuddin dan pasukan pemuda UMNOnya.

Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam memutar –belitkan keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan perkataan “serentak” (concurrent) dan menggantikannya dengan perkataan “berturutan” (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap Datuk Harun.

Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku terhdapa Datuk Seri Anwar.

Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.

Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani menyatakan kebenaran terhadap salah laku UMNO adalah amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar. Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau meninggal dunia beliau tidak menyertai UMNO Baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei.

Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969. Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda UMNO telah datang menemui saya dan menyuruh saya pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan dari partipembangkang yang menang, pemuda Melayu telah merusuh.

Sungguhpun UMNO mungkin tidak menjangka peristiwa tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada UMNO untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.

Sekiranya UMNO Baru dan sayap Pemudanya terus menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Hishammuddin serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya serta akibat dan kesan dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti Datuk Harun.

Hajjah Marina Yusoff
Naib Presiden,
Parti Keadilan Nasional
11 Oktober 1999
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. harap takkan berlaku lagi permasalah spt 13 mei... harap2 sangat. masalah perkauman ni sgt sensitif dan harap semua kaum yg ada kat malaysia nih dpt bersatu membina memajukan negara dari kite dok sebok dengan politik yang tah ape2 skang nih... wake up everyone.

  2. Awak di Kelantan mana sama dgn di Selangor. 13 Mei berlaku kerana gelagat penyokong parti yg mng provoke parti yg klh, Masa tu org Melayu di KL dan Selangor dah rasa terpinggir oleh Tunku

  3. ketika peristiwa itu bapa saya bertugas (askar) dikampung baru , kuala lumpur. dan bapa saudara (unit risikan askar) serta ibu saya masih tinggal di batu gajah, perak. menurut beliau peristiwa yang terjadi memang telah lama dirancang oleh orang2 dari beberapa negeri yang banyak berpenduduk cina. dan pembunuhan serta provokasi dilakukan terlebih dahulu oleh kaum cina.jadi saya pun tak pasti sama ada mana yang perlu saya percaya, buku yang ditulis oleh ahli politik atau mereka yang mengalaminya sendiri.

  4. Ni lagi satu cerita benar cina perak tak nak BN
    http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/09/kisah-benar-bukti-bn-tiada-dihati-rakyat/

  5. Org Klate Loni (Sekarang).

    Aku percaya peristiwa 13 mei ini berlaku kerana kekalahan perikatan pada masa itu. terutamanya kekalahan sekutu mereka dalam perikatan iaitu MCA dan MIC seperti mana yang berlaku dlm pru 12. Cuma kali ini umno diselamatkan oleh BN Sabah dan Sarawak. mereka tidak boleh menerima kekalahan mereka seperti di perak pada pru 12. cuma cara nak rampas balik perak lain pula plannya.

    Berlaku sesuatu peristiw kerana kita tidak berlapang dada, penuh emosi, taksub pada kaum, kalau kaum kita dibela sepenuhnya tak kira parti tak apa juga, tapi main pilih2. dalam parti pula main pilih2 juga . team A ke team B.

    Jadi selagi umno main kan sentimen kaum. selagi itulah keselamatan malaysia ini akan terancam. cuma nasib kita baik kerana anggota keselamatan kita masih boleh mengawal keadaan dengan baik.

    oleh itu janganlah percaya apa2 lagi isu perkauman yang dimainkan oleh umno lagi demi untuk kesejahteraan rakyat malaysia.

    TQ. dari Org Klate.

  6. Wahai Org Kelate ,

    Peristiwa 13 Mei adalah berpunca dari org Cina sendiri. Tanyalah nenek moyang korang.

    Lim Guan Eng tu pun kau orang nak percaya.Si Cina ni memang bencikan Islam dari dulu lagi.Tp sekarang dia gunakan kerakusan dan emosi org Melayu (mcm org Kelate, baru kalah 1-0 dgn N9 dah terbalik lori polsi) yang dlm PAS dan PKR utk memusnahkan UMNO.

    Lepas dah berjaya tumbangkan UMNO, dia mintak la jawatan TPM. Senang sok , kalu Anwar mati semasa jadi PM , dia dpt jadi PM seterusnya. Lepas tu, negara kita jadi macam S'pore la.Nama je bahasa kebangsaan , bahasa Melayu tp yg memerintah org Cina.

    Jadi, sedarlah org melayu PKR atau PAS , tujuan DAP adalah untuk menguasai politik dan ekonomi Malaysia secara senyap2.

    Wassalam.

  7. Perisitiwa 13 Mei jelas menunjukkan kebiadaban org Cina terhadap org Melayu. Mereka pada ketika itu beranggapan org Melayu sudah kalah teruk dan tak mampu utk berbuat apa2.

    Byk peristiwa yg amat kejam dan menghina org Melayu dilakukan oleh org Cina spt membunuh wanita melayu yg sarat mengandung di Pulau Pinang dan membuang air kecil di kawasan org Melayu di K.L.

    Maka , org Melayu bangkit dan mempamerkan kegagahannya sehinngga memeranjatkan org Cina yg selama ini menyangka org Melayu tiada pahlawan yg berani dan hebat.Antara pejuang ketika itu ialah Kiai Salleh di Batu Pahat, Johor.

    Namun sekarang, org Cina tak berani lagi membuat provokasi secara fizikal kpd org Melayu. Jadi , mereka menggunakan HINDRAF , PAS dan PKR untuk mencapai cita2 mereka.

    Cita2 Lim Guang Eng ialah untuk menjadikan Malaysia seperti Singapore.Itulah hakikatnya dan saudara Anwar Ibrahim pun tahu mengenai perkara ini semasa beliau menjadi PM.

    SEDARLAH WAHAI MELAYU ISLAM DAN JANGANLAH TERPENGARUH DENGAN KEIKHLASAN DAN KELEMBUTAN LEIM GUANG ENG DAN RAKAN2 DAP YANG LAIN.

  8. Wahai semua,

    Ini bukan soal kenapa Cina tak nak BN. Tapi soal kenapa Cina nak PAS.

    Cina nak PAS sebab si Nizar boleh iukt telunjuk DAP. Tu je.

  9. Sebenar Cina nak ambil kesempatan je,bila kerajaan PR naik,macam2 dia minta,disitu baru kita sedar siapa kita sebenarnya,sekarang ni berapa ramai melayu jadi kuli cina,nak cari seorang cina jadi kuli melayupun susah,luaskan konsep keadilan yang cuba dibawa PR,akhirnya si penarik beca akan jadi penarik beca sampai mati,sementara cina yang sedia kaya jadi penarik BMW,ingat ya kemiskinan lebih banyak bawa kemungkaran dari kekayaan.Jika konsep keadilan antara manusia disama ratakan dalam mendapat kekayaan negara,one day melayu malaysia akan jadi seperti melayu sgpura,ataupun sama dengan arab dan israil.Adakah betul-betul adil bila budak 1 tahun disuruh berlumba lari dengan budak 10 tahun ? itulah keadilan yang cuba diminta oleh cina dari PR,sebab itulah dia sokong PR.

  10. salam.

    hoi pemudaberani.....!!!!

    klu otak letak kt lutut mcm hang ,mmg la fikiran hang mcm budak tadika....

    siapa yg bagi singapura kt lee kuan yew????

    lu baca sejarah ke atau lu hanya dengar pembohonga dari mulut UMNO karat yg hang percaya bulat bulat....

    cari kebenaran la beb,,,bukan percaya setiap apa yg terkeluar daqri mulut pimpinan BN...

    melayu singapura tertindas adalah kerana UMNO jual singapura kt lee kuan yew...

  11. yang cakap cina tu cina ni... pegi beli barang kat kedai cina jugak... pejuang bangsa melayu konon... hahahah...

    dah tu... kerja ngan tokei cina gak... hahaha... tak pun rasuah tokei cina, tak pun jual kontrek kat cina.... hahhaha... pejuang bangsa??? bodoh!!

  12. yang aku tau pemuda UMNO yg provoke dulu. depa bawak parang, disisip dalam surat khabar dan berkumpul beramai2 dekat rumah ketua pemuda umno. tu yg veteran umno cerita lah.

  13. umno la ni saja melagukan sentimen kaum melayu, konon menjaga melayu. sabenarnya melayu umno ni menjaga kepentingan peribadi mereka, kuasa yang ada pd mereka, mereka takut la ni..,apabila bangsa melayu yang celik menolak mereka kerana tahu tipu daya mereka.

    bicara soal perjuangan.., tiada perjuangan dalam umno. sekira ada kalangan umno terlepas bicara mengatakan 'perjuangan', sabenarnya itu tipu daya belaka. awas rakyat malaysia!....

    rakyat malaysia kini harus melupuskan umno dimana merupakan petualang yang menghancur bangsa malaysia, khususnya bangsa melayu. dan sematkan dihati agar rakyat malaysia jangan sekali percaya bicara orang umno. itu semua omongan yang membutakan mata hati manusia.

    apapun syabas rakyat malaysia yang pintar lagi celik hatinya...saban waktu disaji dalam media perdana saperti tv1,2,3 dan surat kabar yang berlambakkan. semua provokasi, bicara politik umno sudah tiada tempat dihati rakyat, sudah tidak dipercayai rakyat...tahniah rakyat malaysia....

  14. aku maleh nak komen sgt hal cina sokong pAS ka.. cina tak mau BN ka...
    ape la di sangsi pd cina dan India... apa slhnya kita jadikan contoh teladan agar mereka yang harbi mampu jd zimmi...
    BN nie.. cukup licik .. naik PM baru moto br .. SATU MALAYSIA ... rakyat diutamakan.. bunyi macam sama dgn MALAYSIAN MALAYSIA... bleh sapa nak tulun tafsir tak ..
    Jamil Khir pun dah kata nak kaji semula ISLAM HADHARI ... pas ni e.. kuar ISLAM apa plak ... tunggu ajer la... macam tu la... UMNO .. ISLAM ikut tuan yang memimpin .. gak kurang sesuai ubah la.. agak tak bleh 'pukul' PAS.. tukar lagi bagi sedap didengar ... Sapa yang percaya UMNO lagi 'saluran 1' jer lagi yang hidup mati dgn UMNO nie....

  15. assalamualaikum wbt kpd saudara seagama ku sekalian dan salam sejahtera kpd yg bkn islam.....

    saya dah baca semua komen dalam artikel nie... boleh dikatakan rata-rata komen hanya bersifat melepaskan emosi sahaja, emosi yang boleh membawa kita kembali kpd perancangan 13 mei(saya istilah kan `perancangan` bukannya tragedi)

    kalau boleh saya nak bawak anda semua berfikir di luar linkungan seketika... berfikir secara kritis, berfikir dengan lebih rasional dengan mata hati bukan dengan emosi...

    pertamanya kita perlu ingat bahawa buku sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang, bukan ditulis mereka yang berada medan peristiwa yang menjadi sejarah.

    semasa penjajahan british keatas tanah melayu lebih separuh abad yang lalu menyaksikan kebangkitan pahlawan-pahlawan melayu dengan hati yang tulus kerana agama dan bangsa bangkit berjuang menentang penjajah. dimata kita mereka ini adalah pahlawan tetapi telah terpahat dalam sejarah mereka adalah pemberontak dan pengkhianat bangsa. mengapa begini...? kerana sejarah ditulis oleh mereka yang menang...!!!!


    keduanya kenapa tarikh 13 mei dipilih...? apakah yang terlalu istimewa dengan angka 13 ini... untuk mengetahui keistimewaan angka ini kita perlu tahu sejarah yang sebenarnya secara menyeluruh. siapa pm ketika itu.. suasana politik sebelum peristiwa itu....... --bersambung

  16. Bodohnya siapa yg anggap UMNO perosak bangsa...Tapi perosak bangsa paling utama adalah PAS n PKR yg sentiasa menyokong DAP. Tolong lah, dah jelas2 musuh Islam...Korang akan menyesal kalau DAP dah pegang politik Malaysia nanti...Percayalah cakap aku...

  17. 1 jer aku nak cakap- Naib Presiden Keadilan, Marina Yusuf bagus mampus dipancung daripada hidup jadi barua, anjing cina. Dah jelas2 DAP yg mulakan tragedi 13 Mei 1969, mereka berarak mengejek, meludah org melayu kat tepi2 jalan selepas menang besar pilihanraya 1969, pada masa tu, mereka disokong PPP-Parti Anak2 Haram Cina Singapore diketuai Kuan Yew. Sampaikan orang melayu nk beli ikan di pasar pun diejek cina dgn perkataan 'Ni org melayu, ada duit ka takdak???'

    Kalau nk burukkan parti lawan pun, jangan la melampau, buat cerita yg bukan2 sebab nak populariti! Aku penyokong PAS tapi bab kaum aku paling tak suka PKR. Ingat Marina Yusuf, kalau la time tu anak kau kojol dibunuh cina, aku rasa sampai mampus pun ko akan ckp cina yg bersalah. Aku doakan semoga kau mampus cepat daripada hidup jadi barua org kafir komunis cina pendatang tak sedar diri!

  18. amirhamzah64 menulis...

    "Bagi majoriti orang Melayu Parti Komunis Malaya (PKM)ditolak kerana ideologinya dan hasratnya ingin membentuk sebuah Republik Komunis berkiblatkan China dan Rusia. Secara tidak langsung akan menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu dibuminya sendiri.Di dalam buku 'My side of History'jelas menunjukkan kekecewaan Chin Peng,'Dasar penubuhan Republik Malaya telah ditinggalkan, dan diganti dengan perjuangan berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokratik'.



    Berdasarkan ulasan Sejarah dari kacamata Chin Peng oleh Lee Ban Chen, Malaysiakini.com jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan Chin Peng dan PKM adalah kepada British. Selepas PKM dan British bekerjasama mengusir Jepun, PKM berasa kecewa apabila British dapat balik semula menjajah Malaya. Tempoh peralihan kuasa pada tahun 1945 selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah telah digunakan oleh PKM untuk membalas dendam kepada mereka yang menyokong Jepun dan mereka yang tidak menyokong ideologi komunis terutama orang-orang Melayu.

    Orang-orang Melayu majoritinya menjadi mangsa 'Bintang Tiga'. Mereka dibunuh, dirogol dan disiksa. Api kemarahan orang Melayu tidak boleh dibendung lagi. Mereka bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama seperti yang berlaku di Batu Pahat dan Sungai Manik, Perak. Panglima Kiyai Salleh mengetuai tentera 'Selempang Merah'di Batu Pahat seperti mana kata Datuk Ron dalam laman blognya Kuda Kepang sebagai panglima yang tidak didendang berjaya mengangkat semula martabat bangsa dan maruah agamanya.

    Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin. Negara juga dikecohkan dengan kontroversi artikel setiausaha antarabangsa DAP, Ronnie Liu di laman web parti itu.Terdapat gambaran bahawa perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menyumbang kepada kemerdekaan negara melalui tekanan mereka kepada penjajah Britain.

    Jikalau pejuang kemerdekaan apakah niat mereka membunuh orang-orang Melayu yang tidak mempunyai senjata moden seperti mereka. Orang-orang Melayu Batu Pahat hanya bersenjatakan 'parang panjang' sahaja. Apa tujuan mereka? Mereka pejuang kemerdekaan untuk siapa? Kalau mereka berjuang untuk kemerdekaan Malaya kenapa orang-orang Melayu di bunuh? Kalau marah kepada British kenapa membunuh orang-orang Melayu?Kenapa bakar rumah Melayu? Kenapa rebus orang Melayu hidup-hidup? Marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.

    Benar kata Datuk Ron dalam blognya Kuda Kepang 'Nyawa dan Darah Melayu membuktikan Chin Peng bukan Pejuang Kemerdekaan' Anak Batu Pahat tidak akan lupa, anak Sungai Manik pun tidak akan lupa begitu juga dengan orang-orang Melayu di tempat lain yang menerima nasib yang serupa.

    Chin Peng tidak layak hendak diletakkan sebaris dengan Datuk Sagor dan Datuk Maharaja Lela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Naning, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Rentap di Sarawak dan Rosli Dhobi di Sabah. Mereka ini menentang British juga tetapi diiktiraf sebagai pejuang awal kemerdekaan dan pencetus semangat nasionalisme. Mereka menentang British. Mereka memang marahkan nyamuk, maka nyamuk lah yang dibunuhnya.

    Lebih-lebih tidak layak lagi Chin Peng ini hendak disamakan dengan pengorbanan Almarhum Tunku Abd.Rahman dan Dato' Onn b Jaafar. Sepatutnya PKM patut berterima kasih kepada Almarhum Dato' Onn bin Jaafar. Kalau tidak kerana Dato' Onn bin Jaafar yang ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat pada 1945 tidak menahan tentera 'Selendang Merah' di Simpang Lima, mungkin bandar Batu Pahat menjadi padang jarak padang terkukur.

    Kalau hendak dikatakan Chin Peng adalah orang pertama yang mengangkat senjata,Bendahari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan Mohd Misan Mastor menjawab 'bahawa orang Melayu telah mula berjuang menentang penjajahan sejak kejatuhan empayar kesultanan Melayu Melaka, diikuti pada zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

    Chin Peng, 82, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bukan pejuang kemerdekaan.Chin Peng telah melakukan jenayah membunuh dan dia berhutang darah dengan orang-orang Melayu. Melayu Parit Sulong, Melayu Kangkar Senanga ,Melayu Semerah dan Melayu tempat-tempat lain yang senasib serta generasi mudanya tidak akan memadamkan sejarah pahit ini. Sejarah pahit ini akan kami dendangkan dari satu generasi ke satu generasi agar mereka faham, sedar, insaf, waspada dan sentiasa beringat-ingat.

    Chin Peng sama lah seperti Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin komunis. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Koris. Dia mengetuai pergerakan komunis d bahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

    Walau pun bekas guru agama tetapi kerana perjuangannya tidak selari dengan hasrat dan kehendak majoriti orang Melayu, Mat Indera tetap tidak dianggap pejuang malah pada 14 Oktober 1952, Muhammad Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam satu perjumpaan di Kampung Seri Medan. Orang Kampung dikatakan telah menipuhelahnya dengan memberi makan daun pucuk kecubung sehingga mabuk, beliau ditangkap dan kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

    Chin Peng tidak akan kami ingati.Kami juga membantah sekeras-kerasnya rancangan pengarah filem bebas, Amir Muhammad yang bercadang membuat sebuah dokumentari berkisar mengenai Chin Peng yang bertajuk 'Lelaki Komunis Terakhir'.Sebarang usaha menerbit bahan mengenai Chin Peng dan PKM yang secara langsung atau secara halus adalah jelas bertujuan meluaskan dakyah komunis dan bermatlamat menggulingkan kerajaan demokrasi Malaysia.

    Pejuang tanah air, anggota keselamatan awam dan negara serta ahli keluarga mereka khususnya kami di Batu Pahat dan Sungai Manik pasti berkecil hati apabila ada usaha untuk mempopularkan bekas pemimpin komunis itu.

    Amir Hamzah
    Batu Pahat. "

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008