Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau orang PAS rasuah, hampa terajang, pijak-pijak dia

Beberapa pengundi Cina di dalam kawasan parlimen Bukit Gantang berkata, "Undi PAS. Talak lasuah punya!" Dengar tu wahai orang PAS sekelian, depa undi PAS sebab depa yakin PAS tak rasuah!

Saya tak kata semua pengundi bukan Melayu mengundi PAS kerana mereka yakin PAS tidak rasuah. Masing-masing mungkin ada sebab masing-masing. Mana aku tau hati perut depa.

Yang saya nak tekankan di sini ialah mengenai sebahagian pengundi Cina yang mengundi PAS kerana mereka yakin PAS tidak rasuah. Orang-orang PAS bukan maksum. Dalam PAS pun mungkin ada banyak jebon, babun dan babi. Maksudnya jebon, babun dan babi dari segi perangai.

Contohnya kalau betul ada orang PAS yang bagaikan duduk atas riba pemimpin tertentu kerana laparkan balak, setan lapar balak tu tentulah berperangai seperti babi. Menyondol sana-sini mencari peluang.

Tetapi, apa sekalipun kelemahan orang-orang PAS, jangan terbiang nak melantak rasuah. Semua ahli dan penyokong PAS menjadi pasukan pemantau untuk memastikan para pemimpin PAS yang menjadi pemegang jawatan di dalam kerajaan tidak mentekedarah rasuah.

Kalau ada dan terbukti pemimpin PAS yang menjadi pemegang jawatan di dalam kerajaan yang mentekedarah rasuah tanpa sebarang keraguan yang munasabah, ahli-ahli dan para penyokong PAS mesti pakat-pakat ludah, tendang, sepak, terajang dan pijak-pijak itu binatang.

Jangan sama sekali mengamalkan 'asabiyyah. Saya petik hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah mengenai 'asabiyyah:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Jangan hanya pandai lawan Umno sahaja. Jika ada syaitan di dalam PAS, yang itu mesti diperangi dahulu. Ingat dan jangan lupa sama sekali, antara sebab orang sokong PAS ialah kerana mereka yakin PAS tak rasuah.

Tu satu perkara. Perkara kedua ialah mengenai undi yang diperolehi PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang itu. Kenapa majoriti pengundi Cina mengundi PAS? Saya diberitahu oleh salah seorang pekerja pilihan raya PAS bahawa antara punca meningkatnya undi Cina ialah kerana para pemimpin DAP berkerja begitu kuat. Bak kata orang utara, mereka pulun sungguh. Tidak hairanlah undi Cina meningkat.

Pekerja pilihan raya PAS itu juga mengkritik para pemimpin PAS yang berlagak seperti negarawan. Tidak bergelumang bersama rakyat seperti yang dilakukan oleh, contohnya, para pemimpin PAS peringkat pertengahan dari Kelantan dan beberapa negeri lain. Malah, ada pemimpin PAS yang datang sebagai pelancong pilihan raya. Tau-tau nak tanya laporan perkembangan semasa. Jenis macam tu patut bubuh penampaq sampai dia pitam!

Saya pernah mengkritik mengenai sikap sebahagian pemimpin PAS yang berlagak seperti negarawan dan enggan bergelumang dengan rakyat dan pengundi dalam satu tulisan yang disiarkan akhbar Siasah selepas pilihan raya Pengkalan Pasir dahulu. Apa nak buat, kalau dah jenis berlagak, takkan habis perangai suka berlagaknya.

Para pemimpin PAS tidak berkerja sekuat para pemimpin DAP dalam pilihan raya Bukit Gantang itu. Itu yang diberitahu kepada saya oleh salah seorang petugas pilihan raya PAS. Saya tak tau benar atau tidak. Itu yang dilaporkan kepada saya. Lagi pun, saya bukan petugas PAS. Macam mana nak jadi petugas, saya hanya setakat penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS sahaja.

Saya hanya cari adik-beradik dan kawan-kawan saya di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang itu dan merayu mereka mengundi PAS.

Seorang petugas PAS yang lain pula mendakwa kepada saya bahawa Timbalan Presiden PAS memberitahu satu taklimat tengah malam selepas majlis-majlis ceramah bahawa PAS mungkin kalah. Saya tak tahu sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Hanya Allah dan mereka yang mendengarnya sahaja yang tahu. Saya harap sangat tidak benar. Tetapi, kalau benar pemimpin tertinggi PAS bercakap macam Ketua Pemuda Umno cawangan, apa kelayakan beliau untuk menjadi pemimpin?!!

Kesimpulannya, jika PAS kehilangan undi yang sepatutnya ia perolehi, ia berpunca dari sikap berlagak negarawan, pemalas dan enggan turun padang habis-habisan beberapa pemimpin PAS.

Percayalah, kalau pemimpin rajin, kita nak buat perangai pemalas pun naik malu. Saya beri contoh dalam pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang selepas Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi pulang ke pengkuan Kekasihnya.

Waktu itu, bila kami tengok Tok Guru Mursyidul Am berjalan dari rumah ke rumah untuk berkempen (masa itu beliau berkempen kepada masyarakat Cina), kami malu teramat malu nak tengok dari jauh sahaja atau menjadi penonton sambil duduk-duduk atas kereta yang berhawa dingin sahaja.

Kalau setakat nak berlagak negarawan dan malas bergelumang dengan rakyat dan pengundi, berhentilah jadi pemimpin PAS. Buat semak ja!!

Menarik:
Antares menuduh Dr Ismail Merican penipu di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hehehe..pijak terajang kalau makan rasuah

  2. Setuju kena jaga standard pejuang agama Allah, macam quality check juga, tak menepati spesifikasi tendang je

  3. Kalau PAS ada pemimpin yg berangan2 nak jadi macam UMNO, Rakyat akan hancurkan mereka tu...skrg ni bukan ttg parti tetapi ianya ttg kuasa rakyat...tak bekerja utk rakyat jgn harap akan dipilih lagi..takde lagi slogan 'dulu, kini selamanya'....

  4. Semoga tak dak pemimpin pas berperangai ghupe itu...jika ada...memang nak kena!

  5. SALAM

    BETOL PAK BAKAQ BETUL BETUL SOKONG SOKONG,NAMA APRTI ISLAM KLU TAK TAWADUK,RENDAH DIRI TAK PAYAH KITA PILIH PEMIMPIN MCM NIE BUAT SEMAK JE KASI TEBANG JE.

    PAHIT

  6. salam pak bakaq,

    ana setuju 100000000000000000000%

    satu lagi, kalau dapat sedikit harta atas jawatan
    dalam parti, gunakanlah untuk kerja2 parti, jangan dok simpan nak jadikan harta pusaka saje!

  7. pertama- china china nih betul ke ? siapa atau kaum apa dalam malaysia ini yang ada kuasa pemberi rasuah, mereka lah bapak segala rasuah, yang menjadikan orang melayu gelap mata dengan duit
    kedua- saya pernah hadir satu ceramah pas pada tahun 80, ceramah pas terkenal(tak perlu sebut nama dia0 dalam ceramah tu dia kata: mengundi pemimpin kafir adalah haram"(sampai saya rosak undi dun sya pasal wakil nya china BN), tapi sekarang pas sokong wakil kafir sampai gantung gambar kat tengkut" Dah tak haram lagi ke?????

  8. Assamualaikum Bro,

    Kali ini tulisan Bro amat bagus, tepat dan macam kata orang putih straight to the point. Inilah satu luahan dari hati yang sepatutnya diambil perhatian oleh pemimpin PAS.

    Bro, pada pandangan saya yang berasaskan pada pengalaman serta pengamatan, terdapat satu jurang besar antara pemimpin PAS dan ahli/penyokong PAS. Ahli/Penyokong PAS kebanyakannya berjuang dengan begitu ikhlas dan yakin dengan perjuangan mereka. Sanggup berhujan dan berpanas, rela bergolok dan bergadai, ada pula yang dipinggirkan oleh masyarakat dan sanak saudara, menerima notis 24 jam ditukar ke tempat lain (kakitangan kerajaan), tidak dinaikkan pangkat, dan macam-macam lagi dugaan. Tetapi mereka ini tetap bersama PAS demi satu perjuangan.

    Malangnya, ada kalangan pemimpin PAS yang tidak sebegitu. Bila ada pilihanraya, baru nampak batang hidung. Sudahlah datang dengan kereta 4 wheel drive, duduk pula di hotel 3-4-5 bintang. Kalau tak ada pelihanraya, mereka amat jarang turun ke padang untuk melawat orang kampung atau bandar, kecuali untuk memberi ceramah.

    Bro, tak payahlah saya cerita panjang-panjang tentang perangai pemimpin PAS lagu ni. Tapi cukuplah sekadar saya katakan perangai depa tu tak jauh bezanya dengan kelakuan pemimpin UMNO.

    Akhir sekali, kekuatan PAS sebenarnya terletak pada ahli/penyokongnya. Sedangkan UMNO terletak pada RM.

    Jagi fikir-fikirkanlah wahai pemimpin PAS.

  9. Timbalan Presiden PAS memberitahu satu taklimat tengah malam selepas majlis-majlis ceramah bahawa PAS mungkin kalah.....

    Dan sememangnya yang kalah itu PAS (melayu islam), dan yang memenangkan PAS ialah CINA.Nampaknya semua parti melayu mengharapkan mereka mereka untuk memenangkan parti...dan ini juga bermakna kita perlu menurut segala kemahuan mereka, dan akhirnya.. lu pikirlah sendiri.

  10. Kalau tiada penerima maka tak akan ada pemberinya...Kena kuat iman....

    Kannineh

  11. pak bakaq, saya ada satu kemusykilan, ada kawan saya kata kat kuala sepetang, tok dia dok sana..muslimat pi kempen, siap bawak minyak 5 kg, tepung, beras...pastu mintak tok dia undi PAS, boleh ka kita kempen mcm tu? jgn salah paham, aku ni ahli PAS, bukan nak kacau daun blog pak bakaq....tu la, dok pikir ni, boleh ka kita kempen mcm tu? isk..tensen...

  12. Betoi tu Bakaq.. Aku setuju sangat tindakan kepada pemimpin yang rasuah yang hang cadangkan tu.. Bukan saja pemimpin UMNO yang kita marah kalau rasuah, pemimpin PAS lagi lah kita kena marah. Sebab kita berjuang kerana Islam.
    Tentang puak jebon, babun dan babi ni aku rasa memang manusia jenis ni sentiasa ada di mana-mana dan pada bila-bila masa jua. Depa ni jenis orang yang pandai ambil kesempatan. Kekadang depa boleh menyelinap masuk ditengah-tengah keikhlasan pemimpin kita.. tambahan pulak pemimpin yang tak ikhlas dan kabur mata dek pangkat dan kuasa.. lagi la senang puak jebon, babun dan babi ni ambik kesempatan..
    Kita sama-samalah berdoa agar pemimpin kita terhindar dari sifat-sifat yang buruk dan keji ni.

  13. "Seorang petugas PAS yang lain pula mendakwa kepada saya bahawa Timbalan Presiden PAS memberitahu satu taklimat tengah malam selepas majlis-majlis ceramah bahawa PAS mungkin kalah. Saya tak tahu sama ada dakwaan itu benar atau tidak"

    tan ni memang betui 200peratus... saya ada buktinya. Sepatutnya seorang pemimpin tak bercakap atau beri pandangan macam tu... secara tak langsung ia boleh melemahkan semangat petugas2 dan jentera2 yang bertungkus lumus siang dan malam sebelum kedatangan mereke(pemimpin) ke bukit gantang lagi...

    lain kali cermat sikit kalau nak bagi pandangan tu.. begitu juga dengan bos pilihanraya... kenapa dah surender awal2 lagi sebelum berperang... lain kali tak payahlah kita nak tanya pandangan risikin luar daripada SB kita sendiri...

  14. pak bakaq, saya ada satu kemusykilan, ada kawan saya kata kat kuala sepetang, tok dia dok sana..muslimat pi kempen, siap bawak minyak 5 kg, tepung, beras.....

    ---> banyak sgt sanad berita tu, dah ladari kwn, lepas tu dari tok dia pula !!!
    2 minggu aku duduk sana, takdak pun muslimat (PAS) buat keja mcm tu.
    Muslimat AMNO tak tau laaaa

  15. Salam. Di pagi Jumaat yg mulia ini, saya cadangkan para pimpinang Pas peringkat Jawatankuasa Agung, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mengistiharkan harta mereka dan anak beranak masing2 secara sukarela kepada satu Badan yg ada kuasa undang2 negara. Dengan cara ini sajalah baru kita dapat menilai pemimpin yg betui2 bersih dan di lihat bersih.
    Jangan sampai hijab mereka terbuka kerana takut2 nanti ada berbagai wajah yang muncul.
    Nauzubillah himinas SyaitunnirRajim.

    Ja'far Ahmadi, Pas Bukit Bintang14

  16. Salam tok bakaq:

    Rasuah dan politik wang wajib di tolak.Samada di lakukan oleh orang UMNO atau PAS atau PKR atauDAp atau MIC atau Gerakan Atau MCA atau oleh sesiapa saja penjawat2 dalam mana-mana kerajaan samada kerajaan BN atau PR.

    Tak ada kompromi dalam maksiat rasuah ni.
    Tapi malangnya orang Melayu Muslim Malaysia ni bab bab rasuah ni pandang sebelah mata saja atau orang kata mata dajai saja.
    Rasuah tidak di anggap besar sepertimana org Melayu amat jijik kepada babi.

    Cuba bagitau orang Melayu yg pemimpin A makan babi....bebakoi-bakoi carutan makian dia terima.Cuba bagitau org Melayu pemimpin A makan rasuah.Pelbagai reaksi kita terima .Mungkin ada yg kata: Alah...biasa la tu. Atau ada yg kata: ....apa salah dia ambik?Orang lain pun ambik jugak.

    Kita telah lihat rasuah sudah menjadi norma kehidupan politik negara ini. Jangan terkejut suatu hari nanti sesiapa yg tak lakukan rasuah akan di dapati sebagai manusia yang pelik.

    Memang, ahli dan penyokong2 PAS rata-rata akan menolak pemimpin yang rasuah tapi jika PAStidak berhati-hati atau menjadi culas dalam pentarbiyahan...kita risau gejala yang menjangkiti UMNo boleh menjangkit kepada PAS.

  17. Pemimpin PAS jgn tiduq dan lepak jer bila kat parlimen.

  18. Menitis airmata baca artikel bapak kali ni... agak2 bila semua ulama ni dipanggil kekasihnya apa yang akan PAS pertahankan pada masa tu??

  19. saya sokong kalau ada kalangan pemimpin PAS yg rasuah kita sepak n terajang dia.

  20. Penarik beca,

    Apabila anda menyentuh soal rasuah dalam parti PAS, ianya telah membuka satu ruang pandang terhadap pemimpin PAS dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Sesungguhnya sentuhan ini mengelirukan.

    Bila disebut tentang rasuah, ada berbagai kategori perbuatan yang boleh dikaitkan dengan rasuah dan perbuatan itu juga boleh diputarbelitkan menjadi bukan rasuah.

    Jika dalam parti UMNO ada jawatan kuasa disiplin parti menilai aduan berkaitan dengan rasuah...Dalam parti PAS siapa yang layak untuk menentukan kesalahan dan menjatuhkan hukuman terhadap seseorang ahli dan pemimpin yang terlibat dengan rasuah...?

    Jika kita buat perbandingan dalam siasatan rasuah seperti parti UMNO pada keseluruhannya agak meragukan. Sebutanya satu saja iaitu "rasuah" tapi hukumannya berbeza-beza.

    Jika kita merujuk pada SPRM pula, lagi meloyakan.... Dalam sesuatu kes kita boleh lihat pekara yang remah menjadi serios tapi pekara yang serios dibakul sampahkan.

    Jika anda mencadangkan bahawa tiada rasuah dalam parti PAS maka anda perlu memberi satu garisan panduan bagi ahli dan pemimpin tahu apakah itu rasuah. Dan satu jawatankuasa disiplin perlu ditubuhkan agar mereka yang dilantik itu boleh bertindak seperti hakim bagi menentukan apa jenis kesalahan dan hukumannya. Jawatan kuasa ini perlu telus dan adil.

    Sebagai penyokong parti Pakatan Rakyat kita juga mahukan gabongan parti ini bebas dari segala jenis rasuah.

  21. pd pendapat sy mana2 parti pun kalau dpt kuasa mesti lupa daratan. Sama saja umno,pas & pkr. umno mmg rasuah kuat, pas pula asyik dengar cakap dap, pkr...eee takut (agresif sgt). Sy x nampak pas boleh memajukan lg malaysia.

  22. Salam Pak Bakaq,

    Kalau lagu tu PAS dengan UMNO tu 2 X 5 sajalah. Kita jangan marah nyamuk kelambu kita bakar. Cuma segelintir manusia-manusia hepokrit yang ada dalam PAS kalau dibandingkan dengan UMNO. Kalau buat teguran biarlah membina, bukan maki sampai 'babi'. Itu menunjuk 'kelaku' huduh dan buruk perangai macam sesetengah orang. Kalau anak-anak dimaki selalu (jadilah doa, kata orang tua-tua) maka jadilah lah perangai dia macam 'babi'.

    Bkt. Gantang memang undi melayu pas merosot 42% dari 47%. Teguran pemimpin PAS sebelum ni betuilah tu. Teguran sebelum PRK itu bermakna suruh kita kerja kuat, bukan dok melompong saja dengar ceramah. DAP memang pun patut dia tolong kerana dalam jamuan boleh makan 'babi' bersama cina lain, takkanlah orang PAS tumpang sekole. Tu pun tak boleh fikiaq ka?

    Apa pun aku setuju jugak sesekali pak bakaq 'londeh' sapa-sapa pemimpin PAS yang tak beretika (sorang dua) agak sedar diri. Jangan jadi 'merak buih' bila jadi wakil rakyat macam orang-orang UMNO.

    Lebai Malang..

  23. Kalau ada lagi pemimpin pas yg masih kekok nak bergulumang dgn ahli bawahan, malahan megah menjaja budaya "bangsawan" spt berkereta besor, tidur di hotel, makan di restoren besor, dikelilingi oleh puluhan bodyguard...orang2 spt itu elok lah ikut mahadey masuk UMNO!

    Siak Kampung

  24. You do the same thing you get the same result! Kalau PAS buat perangai UMNO, maka natijahnya sama jugak macam sekarang.
    Apa2 pun rakyat sekarang mesti menjadi check and balance bagi kedua2 parti ni. Kalau BN rasuah/tidak amanah, kita tolak. Kalau PR rasuah/tidak amanah kita tolak juga. Jadi berhati2lah kepada semua YB2.
    Anda sudah tidak ada imuniti lagi.

  25. Pak Bakaq,
    Setuju 100%..mana ada lebih dari 100..yg lebih2 tu semua syok sendiri jar. Sekolah dulu matematik failed kot..

  26. pak bakaq, gua kat taping. gua ada lepak markas budak-budak blog belakang balai polis simpang tu. gua tanya dia orang `penarik beca' ada mai ka?

  27. Pak Bakar,

    Ada blog kata kat Sgor, hassan ali pulun habih anak beranak. Betul ke? Atau fitna belaka.

  28. bagus.
    nasihat-menasihati
    yg tersimpul kita betulkan
    yg terbelit kita uraikan
    yg terbengkok, kita luruskan

    semoga amanah ini akan terus kita jaga.
    insyaAllah.

  29. Orang Minyak,

    Aku tak dapat siarkan komen hang kerana menyentuh sifat yang dicipta Tuhan.

    Hlekir

    pak bakaq, saya ada satu kemusykilan, ada kawan saya kata kat kuala sepetang, tok dia dok sana..muslimat pi kempen, siap bawak minyak 5 kg, tepung, beras.....

    komen2 yg kata saya dengar dari tok tiri saya yang dengar dari pak tiri dia yang dengar dari kawan abang ipar dia tak payah ambik pot la.

    aku dah lama tegur, tapi ada jugak org yg suka stail tu, ikut suka dialah.

  30. Zaman dah berubah...dulu tak ada 0rang Dap baca ayat Quran.Sekarang ada walaupun tak berapa betoi.Ini satu nikmat Cina Dap kawan dengan Pas.Kepada yang ungkit pasai tak boleh undi calon kafir tolong otak tu bagi buka luas sikit.Mana lebih baik undi calon kafir yang bersama dengan pas daripada undi calon kafir yang sokong umno-bn yang pelingkup Islam, bangsa sendiri,bunuh ulama,tangkap orang sumbat ISA sampai 6-7 tahun baru lepas,yang stop bantuan sekolah agama rakyat, yang mentekedarah rasuah 51 tahun dah... mana lebih baik nak undi calon kafir lawan rasuah dengan calon bn yang perasuah?Tentang pimpinan Pas yang jadi macam negarawan tu mungkin ada la tapi tak semua kot. yang takut seluar kotoq, buat2 geli geleman, ni apa ni, ni apa ni, buat2 tanya macam tu pun ada la ni. Tapi kita kena tegoq la nanti takut dia melarat jadi macam umno.

  31. -->pak bakaq, saya ada satu kemusykilan, ada kawan saya kata kat kuala sepetang, tok dia dok sana..muslimat pi kempen, siap bawak minyak 5 kg, tepung, beras.....

    ---> -->banyak sgt sanad berita tu, dah ladari kwn, lepas tu dari tok dia pula !!!
    2 minggu aku duduk sana, takdak pun muslimat (PAS) buat keja mcm tu.
    Muslimat AMNO tak tau laaaa

    ------

    pak bakaq and heikir, makacih sebab balas komen saya, dak aih, memang kawan saya cakap lagu tu, dia pun memang dok ngundi kuala sepetang, kawan seopis saya..dan saya memang kenai lama dia ni..maybe dia saja nak perangat saya yg kononnya PAS pun dok bagi tepung gula minyak...buat saya jadi sangsi...

    tapi alhamdulillah atas komen hangpa berdua, hilang rasa sangsi aku..sebab aku pun tak caya jugak dia cakap lagu tu, tapi bila hang bukak topic ni, aku pun luahkan je la sangsi aku....kawan seopis aku tu memang dari gaya dia cakap dia dok ataih pagaq...

    sat sat, pak bakaq, yg hang kata dah lama tegur tapi depa masih ikut style tu....hang refer tang mana tu? tang geng PAS hulur minyak ka..atau pasal kes aku dengaq dari pak tiri, abang ipaq semua tu?

    apa2 pun, aku setuju ngan artikel hang...

  32. Moga-moga pemimpin PAS semua bersih.
    Kalau ada juga eloklah berubah atau tendang je dari awal ni.Nanti melarat susah

  33. Pak Bakaq,

    Terimakasih atas teguran tu...
    tetapi geram sungguh kat dia tu..

  34. Assalamualaikum semua!
    Seronok sembang. Ok gak topik harini. Saya pun nak bagi pendapat, boleh? Saya rasa kita kena paham mungkin ada segelintir tu lahir dan membesar dlm keluarga elit atau pembersih, orang bandar atau dah terbiasa dihormati dia dan keluarga diorg. Jgn le marahkan mereka. mereka ni sebahagian dari masyarakat kita juga dan adalah lebih kurang 5% atau lebih dlm masyarakat. Dlm masyarakat ni bukan semua golongan petani, ada yg pegawai, profesional, hartawan, jutawan, ilmuwan atau ahli perniagaan. Diorg tak semua memberi dgn tenaga, ada yg dgn fikiran, ada yg dgn harta, ada yg dgn wang. Mereka semua ni masyarakat kita, pengundi kita, penyokong kita dan sebahagiannya pemimpin kita.

    Ada juga mat rock yg saya jumpa (member gak)nampak macam haprak tp solat x tinggal, sedekah dia ke depan, siap solat malam lagi. Jgn sbb cara sesetengah org kita yg sikit kebandaran atau bossy atau perlu dihormati, kita tuduh semua rata (buat tanggapan). Sumbangan ikhlas yg dia bagi dan tak terlihat dek mata kita, wallahu a'lam.
    Dalam sirah, ada perompak masuk syurga, ada alim yg tawadhuk masuk neraka. Teguran itu perlu dan saya setuju dgn teguran tuan bakaq. Kita tegur patut2 je lah biar kan teguran pun cara hikmah. Tegur cara halus, bagi dia termalu alah ok, jgn sampai dia berkerat rotan sudah le. Jgn sakit di mata pun sakit dihati. Ada yg pakaian kemas, muka bersih n bergaya tp hatinya yg ikhlas seiring dgn wataknya. Byk contoh lalu pengalaman sebegini saya alami. Sangka baik le kita dan jgn mudah melatah. Apapun dokong jamaah kita kuat2, pemimpin silih berganti. Sikap dan cara, anak2 kita nanti yg warisi. Saya tak berani nak buat andaian ttg isu rasuah pemimpin kita, harapnya takde.
    Kita yg biasa ni pun dah kuat tolak rasuah dan kuasa, mereka di atas yg jadi pemimpin n ikutan lebih tahu bahaya dan bahananya. Percayalah pada mereka. Mereka lebih tahu apa yg kita tidak tau dugaan di atas sana. Lagipun kita yg pilih pemimpin kita, bukan hasil lobi diri diorg sendiri. Mestilah kita pilih yg terbaik dikalangan kita sbb mrk nak jaga kita semua. Saya tertarik dgn kisah tok guru pergi rumah ke rumah. Nak nangis plak rasanya. Wallahu a'lam.

    Jaga2, dekat atas dan luar tu, ada byk batu api dan musang berbulu ayam. Kita sembang hal kita, dia masuk kasi laga.

    Anak muda makan pengat,
    Sendiri mau ingat.

    Ariyos...

    http:shah-hahs.blogspot.com

  35. kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
    Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
    Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.
    pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.
    Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
    sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
    KJ senasib dengan Kuli
    Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.
    KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

    semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

    Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.

    Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.

    Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan d dalam parlimen.

    Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

    kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

    bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat

  36. tanpa sebarang prejudis, saya selalu yakin bahawa terlalu banyak boleh kita pelajari daripada DAP dalam berpolitik. juga merangka strategi.

    masalahnya, kita selalu lebih melihat bahawa DAP itu cina dan kapir. tidak melangkaui batasan sempit itu.

    dan masalahnya lagi, yang bercakap tu pun, pemimpin2 yang berilmu juga. berjawatan pula. macam di penang tu... heh heh heh

  37. Pantau salahlaku dari sekarang dan laporkan pada syura.tentang negarawan tu keluarkan aje nama dan gambar.kalau tidak sampai bila2 perangai tak berubah.dah lebih 40 tahun umur nak u-turn kira miracle jugakla.kena bagi shock treatment.

  38. Salam Pak Bakaq

    Pasal pemimpin yang berlagak macam negarawan tu, cuba bagitau sikit siapa dia. Tak payah nak cover. Biar semua orang tau pemimpin macam ni tak layak nak jadi pemimpin. Jadi lepas ni tak payah nak pilih dia lagi.

  39. umno dgn pas....ape bezanye??islam dan bangsa?ape bezenye?kt akhirat nnti agama ke bangsa yg akn ditanye?

  40. Salam pak,
    Kita semua bukan maksub, tapi penilaian rakyat yang hendakkan agama islam betul2 dimartabatkan. Harus diingatkan penjajah suka mengkotak-kotakkan pemikiran kita,agama suku politik suku.Acuan penjajah lama dah bertapak dihati rakyat kampungan dan pinggiran serta bandaran.
    Sikap mengamalkan bangsa cukup menyusahkan kita berbanding mengamalkan Agama masing2.Islam bukan untuk org islam sahaja.atapun melayu sahaja bahkan melangkaui bangsa.nabi org islam bangsa arab menuntut kita belajar sampai ke china.Fikir-fikir jgn asyik membodohkan rakyat dgn retorik atau gula-gula politik.

  41. Ambo sokong saranan Pak Bakaq... nanti kita makan mee udang sama-sama pulak ye?????

  42. umno mmg bodol tmbh tolol... klh tu klh la...,,,,,,,,,,

  43. macam la pak bakaq ni dah tercium sesuatu. kalau ada (saya tau benda tu ada dan berlaku) memang teruk la. tambah pulak kalau isu rasuah ni depa amno bn dapat tau dan jadi headline surat habaq depa bermingu-minggu sampai mai pru13, mampuih hangpa. 100 tahun pulak la nak bangun balik woi!!

    aku tau benda ni berlaku. di mana? siapa? aku tau. sebab tu dalam mesy. agung di beberapa tempat terutama di kelantan ada usul dihad tempoh pegang jawatan exco dalam kerajaan negeri.

    depa yang jadi exco tu memang (salah)guna untuk bina kekayaan. pilih kaum kerabat. makan kawan pun ada. sebab tu la ada orang sembang kat kedai kopi kata, pas umno seghopa ja.. sama-sama kelapaq gheta. ada yang sanggup pijak kepala tok guru nik aziz. lagi lama dok jadi exco lagi sakit pas nanti.

    kalu depa tu mati sehari dua ni memang aku buat majlis kesyukuran. jadi sementara tu aku doalah depa tu bertaubat. kembali membetulkan niat perjuangan.

  44. Jgn bab2 rasuah jer, akhlak2 lain pun kena titik beratkan, aniaya isteri2, khalwat...taknak lah kata dulang paku serpih, ngata org dia yg lebih..

  45. UMNO + MCA

    Pas (Hadi cakap undi kapir haram) + DAP (Karpal Singh terang2 tolak islam)

    = 2 x 5....sama saje.....dua2 hampeh...

  46. Salam bang bakaq dan untk semau

    Kalau ada lagi pemimpin pas yg masih mencari 2 projek /balok dan yang bermegah-megah dgn harta tu dan belagak "bangsawan" berkereta besor, tidur di hotel mewah, makan di restoren besor,lepas tuu claim dgn harakah ,,kalu ada ..baik tak payah jadi pemimpin PAS tapi sekadar ahli biasa dah ler ,tak yah nak bertanding ler!!!! wassalam

    pelangan tetap taqwa

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008