Sedap!! Klik gambar di atas!

Kabinet baru - dah tentu tiada pengumuman saman akhbar Liberation



Oleh kerana semua laman online akhbar-akhbar utama termasuk Bernama menghadapi kesesakan, berikut saya petik dari mStar Online bagi anda yang payah sangat nak pi lama-lama tu semua. Tiada pengumuman nak saman akhbar Liberation dan akhbar-akhbar lain seperti yang saya siarkan di sini:
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan Kabinet yang dinamakan sebagai 'Pasukan Baru'dengan dianggotai oleh 28 pemimpin politik Barisan Nasional(BN).

Seramai 40 orang terdiri daripada Timbalan Menteri.

Kabinet baru ini memperkenalkan dua kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Perpaduan.

Beliau juga mengumumkan pembubaran dua kementerian dan seorang Penasihat Ekonomi Negara bertaraf menteri diwujudkan.

Kabinet ini juga menyaksikan Ketua Wanita Umno yang baru, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali menganggotai Kabinet dengan dijangka dilantik sebagai anggota Dewan Negara 4 petang ini.

Turut bersama Kabinet baru ini ialah anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran

Zahid Hamidi Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri

Najib kekal portfolio Kementerian Kewangan I, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantk sebagai Menteri Kewangan II.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik , Menteri Luar Bandar dan Wilayah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali anggotai Kabinet kekal di Kemennterian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Kabinet Perpaduan antara dua kementerian baru diumumkan Najib.

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilantik Menteri Dalam Negeri, Datuk Mustapa Mohamed (MITI), Datuk Kong Cho Ha (Perumahan dan Kerajaan Tempatan),Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Pelancongan).
Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet (Malaysiakini)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).
Ni yang saya dan dapat. Laman-laman tu masih jam takat la ni:

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Blog Alternatif sebab yg utama 'jam'.
    Blog ni dah ada banyak artikel sekarang boleh surf.

    HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

  2. Salam semua, lepas hakim umum gantung Sirul dan Azilah, Pm Najib pun umum menteri kabinet baru.Razak Baginda tentu senyum sampai telinga sebab Razak terlepas.Hat "sorang lagi" pun tentu rasa lega.Yang jadi mangsa terbaru si Khairy apa pun tak dapat.Mahathir betul2 seronok sebab Khairy, PM Najib tak lantik jadi menteri.Najib dengar cakap Ketua Perdana Menteri Malaysia, Mahathir yang cakap jangan lantik perasuah jadi menteri kabinet. Najib akur kehendak Ketua Perdana Menteri yang kembali berkuasa itu.Walau pun Mahathir dianggap surat kabar lama di Bukit Gantang hari tu, tapi KPM itu tetap berkuasa berdasarkan senarai menteri baru yang dilantik.Orang Pak Lah sekor tak lekat.

  3. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran, namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan lapan minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  4. Bakaq, aku tertarik betui dengan kementerian baru yang dibuat DS Najib tu.. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Apa yang dimaksudkan Tech. hijau ni.. Adakah sebab semangat hijau dah melata di bumi M'sia ni (terutama PRK Bkt Gtg & Slbau) maka mahu dikembangkan lagi dan dinilai tambahkan kehijauan ini.. Aku harap ini akan memberikan kebaikan kepada Negara tercinta ini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008