Walaupun saya bekas ahli Abim, saya bukan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982 - tarikh dia masuk Umno. Oleh sebab itu saya tak pernah turun menyertai demonstrasi Reformasi.
Bagaimana pun saya berjumpa beberapa orang yang saya heran mengapa mereka pergi menyertai demonstrasi Reformasi di hujung 1998 dan awal 1999. "Hampa sokong Anwar ka?" saya bertanya.
"Dak aih!! Sapa kata kami sokong Anwar?! Kami pi (demonstrasi Reformasi) sebab kami rasa tu lah peluang nak jatuhkan Umno Barisan Nasional (BN). Sebab tu kami turun.
"Bila dah pergi demonstrasi Reformasi tu, kami terus pi sebab kami geram kat polis. Ganas melampau," kata salah seorang dari mereka sambil mengulang-ulangkan perkataan taghut terhadap parti yang dia benci.
Teringatlah saya seorang dua yang saya jumpa yang mengaku mengundi PAS. "Kami undi PAS bukan sebab kami suka kat PAS. (Tok Guru) Nik (Abdul) Aziz kami hormat la. Tapi kami bukannya suka kat PAS. Kami undi PAS sebab kami benci kat Umno. Kami tak boleh terima BN."
Saya teringat pula kata-kata seorang pemandu teksi di Tehran bebarapa tahun lalu (masa tu Mahmud Ahmadinejad belum lagi menjadi Presiden Iran). Dengan selamba pemandu teksi itu berkata, "Khamenei very good. Government no good".
Pada masa itu saya merasa lucu. "Lagu mana pulak Awang ni?!" tanya saya.
Pada masa itu juga saya tertanya-tanya, bagaimana kalau Ayatullah Sayyid Ali Khamenei sudah tidak ada? Saya hanya tertanya-tanya walaupun saya yakin habis-habisan Allah Maha Memelihara.
Setakat itulah sahaja laporan saya mengenai apa yang saya lalui. Saya tidaklah berhajat untuk melakukan kerja-kerja bodoh menjadi penasihat anda atau menjadi pembantu yang sesat pekerjaan di sisi Tuhan.
Nota hujung: Saya juga ingin melaporkan bahawa seorang aktivis PAS memberitahu saya tentang beberapa pembantu Tok Guru Presiden yang pastinya tidak sesat pekerjaan mereka di sisi Tuhan yang berkempen ke sana sini supaya ahli-ahli PAS menerima kerajaan perpaduan. Saya tak tau adakah mereka berpesan supaya jangan mementingkan diri serta merugikan negara.
Berkaitan:
Cabang-cabang unity government pada pandangan saya (harap maaf jika tak betul kerana saya hanya blogger mee celup):

Bagaimana pun saya berjumpa beberapa orang yang saya heran mengapa mereka pergi menyertai demonstrasi Reformasi di hujung 1998 dan awal 1999. "Hampa sokong Anwar ka?" saya bertanya.
"Dak aih!! Sapa kata kami sokong Anwar?! Kami pi (demonstrasi Reformasi) sebab kami rasa tu lah peluang nak jatuhkan Umno Barisan Nasional (BN). Sebab tu kami turun.
"Bila dah pergi demonstrasi Reformasi tu, kami terus pi sebab kami geram kat polis. Ganas melampau," kata salah seorang dari mereka sambil mengulang-ulangkan perkataan taghut terhadap parti yang dia benci.
Teringatlah saya seorang dua yang saya jumpa yang mengaku mengundi PAS. "Kami undi PAS bukan sebab kami suka kat PAS. (Tok Guru) Nik (Abdul) Aziz kami hormat la. Tapi kami bukannya suka kat PAS. Kami undi PAS sebab kami benci kat Umno. Kami tak boleh terima BN."
Saya teringat pula kata-kata seorang pemandu teksi di Tehran bebarapa tahun lalu (masa tu Mahmud Ahmadinejad belum lagi menjadi Presiden Iran). Dengan selamba pemandu teksi itu berkata, "Khamenei very good. Government no good".
Pada masa itu saya merasa lucu. "Lagu mana pulak Awang ni?!" tanya saya.
Pada masa itu juga saya tertanya-tanya, bagaimana kalau Ayatullah Sayyid Ali Khamenei sudah tidak ada? Saya hanya tertanya-tanya walaupun saya yakin habis-habisan Allah Maha Memelihara.
Setakat itulah sahaja laporan saya mengenai apa yang saya lalui. Saya tidaklah berhajat untuk melakukan kerja-kerja bodoh menjadi penasihat anda atau menjadi pembantu yang sesat pekerjaan di sisi Tuhan.
Nota hujung: Saya juga ingin melaporkan bahawa seorang aktivis PAS memberitahu saya tentang beberapa pembantu Tok Guru Presiden yang pastinya tidak sesat pekerjaan mereka di sisi Tuhan yang berkempen ke sana sini supaya ahli-ahli PAS menerima kerajaan perpaduan. Saya tak tau adakah mereka berpesan supaya jangan mementingkan diri serta merugikan negara.
Berkaitan:
Cabang-cabang unity government pada pandangan saya (harap maaf jika tak betul kerana saya hanya blogger mee celup):
Wanita MCA slams Mahfuz
The Star (28/4/09): Wanita MCA has taken PAS information chief Mahfuz Omar to task for his criticisms against the Cabinet’s latest decision that minors follow the common religion of the parents before their divorce.
The movement added that Mahfuz had also erroneously accused the Barisan Nasional Government of “becoming harsher against the rakyat to the level of confiscating the rights of parents towards their children”, as reported in HarakahDaily.Net.
Movement chief Datin Paduka Chew Mei Fun said the announcement by the Prime Minister’s administration served to counteract some quarters’ attempt to evade their family responsibility through the justification of converting to Islam.
“Such irresponsible practices should not be condoned. We believe this announcement is a pertinent step towards preserving harmony and respecting the rights of non-Muslims, and the jurisdiction of the civil court in a plural society with diversities such as faith and ethnicity.
“We stand by the decision of the Cabinet under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak on this long-standing inter-faith conflict arising from conversion of one spouse to Islam and subsequently converting their children to Islam without the consent of the other non-converting spouse,” said Chew in a press statement.
She added that the announcement was in tandem with the spirit of the 1999 amendment to the Guardian of Infants Act 1961, which guarantees the rights of mothers to guardianship.











Cantik? Klik 






kalau lah pembantu2 mursyidul am PAS yang berjaya merencanakan kemenangan Pas di kelantan dari hampir kalah di 2004 kemudian menang besar pada 2008 di anggap sesat dan melakukan kerja2 jahat , bagaimana pula dengan pembantu2 presiden Pas yang menimbulkan kegelisahan dikalangan ahli2 Pas dengan idea gila muzakarah,muqabalah dan unity gomen? apakah mereka ini akan mendapat pahala? Ya Allah jika sekiranya engkau tidak mahu menyelamatkan Pimpinan Pas yang ada tujuan lain disebalik apa yang di rancang, terserah padamu Ya Allah! tetapi Ya Allah Engkau SELAMATKAN LAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA,PAS DAN AHLI2 YANG TERDIRI DARI KALANGAN YANG IKHLAS BERJUANG,SAMADA MEREKA LEMAH ATAU GAGAH ,YA ALLAH DARI PERENCANAAN YANG TIDAK BAIK.AMEEN WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI TUJUH PETALA LANGIT DAN TUJUH PETALA BUMI. 3pg.
1.pembantu TG Nik Aziz memsponsor beribu orang kelantan dari sabah dan sarawak untuk pulang mengundi. saya terkejut, macam cara umno. berpuluh buah bas di LCCT.
2.Pak baqak mengaku sbg mee celup.. haha.. sebab itu blog ini rasa sedap.. jangan marah pak baqak
3.tolonglah, sokonglah pimpinan kita. jauhi bermentorkan tokoh luar. nak sokong juga, masuk PKR. kalau Pak Lah bertemu Anwar kita tak kecoh, TG Presiden Cadang kerajaan perpaduan kita kecoh. Tak kan begitu bodoh TG Presiden nak bergabung dengan UMNO-BN.
4. kepimpinan bertaqwa berjiwa ulama
wan ziarahsufi81
rasa panas dgn tulisan ust nik abduh ka? p la bersemuka dgn beliau, ust nik abduh pun dah offer dan bersedia bersabung ke guane? takutke?..hihihi.
notakaki: klu tanya pasey pembantu presiden eko lebih baik tanya s.u politik PAS si KJ tuh, ore nuarbraheem tuh..hihihi
Hari tu kata tarik balik; kemudian kata tangguh pula?Takkanlah Harakah salah lapor?Bukankah TGNA kata dulu supaya ikut keputusan Muktamar di Ipoh?
muqobalah, muzakarah dan unity government bukan gila...hanya org yang tidak cerdik yang kata gila
bakaq, aku dgr dlm mesyuarat ajk pas pusat timbalan presiden kena hentam teruk dgn wakil pas kedah, sbb bila turun mai kedah x penah jumpa badan perhubungan dok jumpa geng2 dia hat org2 pas sendiri kat kedah x suka, dan untuk articel kat ataih kan, kwn aku aku, tok wan dia pesan hat mana nak tegak Islam, kita sokong hat 2, jgn kira sapa
Ni yang masalahnya. Tak dapat cerita daripada sumber betul. Ambik berita daripada Star. Pahtu pemandu teksi. Pahtu orang dijumpai masa demonstrasi.
The star ni adalah berita bakul, bukan daripada pokok sumber asal.
Pemandu teksi boleh jadi macam-macam, sb amerika pun boleh jadi.
orang yang demontrasi sekali, boleh jadi sb, atau entah sapa-sapa.
Jadi, sumber-sumber macam ni lah yang akhirnya dijadikan titik tolak, hentam presiden, kata penyokong presiden jaja sana jaja sini.
Time penyokong presiden kata jaja, yang hand duk jaja dalam blog entah darimana sumber pun tak tahu.
Aku heran dua perkara:
1. Kenapa time wakil presiden berikan penerangan ditutup telinga, anggap penjaja?
2. Kenapa akhbar seperti star, blog-blog tidak dianggap sebagai penjaja?
3. Kenapa unity governemnt datang dari president tapi memahami melaluil ulasan bloger dan akhbar?
Jawapan kepada ketiga-tiga soalan ini ialah: memang u all ni sentiment.
So, apa salahnya pendedahan yagn dibuat oleh nik abduh?
Apasal mahfuz duk sibuk menafikan tulisan Ustaz Nik Abduh kononnya nak nampakkan keharmonian? mana perginya mahfuz masa diorang duk tembak presiden?
Hoi cucu jebat. Sapa ata orang kanan Tuan Guru yang memberikan kemenangan? Hang ingat tenaga orang kelantan akar umbi tak ada peranan? jangan duk mengarut. Sapa kata idea gila muzakarah? Idea muzakarah ni dipersetujui oleh majlis syura PAS, termasuk Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Hang kena paham betul2. Yang tak sokong ialah pengampu2 dan perosak2 yagn disebutkan oleh Ustaz Nik Abduh. Yang duk beri berita salah kat TGNA. Tapi bila Presiden, timbalan mursyidul am jumpa dengan TGNA, beliau terima muzakarah, tapi modified jadi muqabalah. So, mana gilenya? mana karutnya? yagn gila dan karut serta khurafat ialah hang tu sendiri dan penyeleweng berita-berita benar.
Sepatutnya hang kena selamatkan, bukan pimpinan. pimpinan buat keputusan melalui mesyuarat, hang buat keputusan sorang-sorang macam nabi sebut: "serigala hanya makan kambing yagn bersendirian." Hang tu bersendirian, duka depan komputer pikir apa nak tulis dan apa nak komen. bukan ada meeting pun.
Cucu jebat, hang sebenarnya kena taubat, kena insaf. Ikut akhlak dalam harakah islam sikit laa...
salam pak bakaq
saya pelik dengan agamawan yang menyokong untuk bekerjasama dengan umno nih. memang diorang nampak muka PM, TPM dan menteri2 kabinet tu ikhlas ke nak terima PAS? terlupa terus alim ulama ni segala kezaliman dan penindasan yang umno buat kepada PAS
yang kelakarnya, dalam perbualan nik abduh dengan ayahandanya tu, siap dia bentangkan hujah2 ilmiah kenapa PAS tak boleh bekerjasama dengan umno. orang yang tak berpijak pada realiti ni memang kelakar.
salam bakaq, lu tak kenal gue, tapi klo jumpa sure kenai,,sebab sama-sama dlm pemuda wilayah dulu...aku lani dah tak active dlm pas...jadi pemerhati aje..aku selalulah baca blog hang..oklah...tu..pada aku lepas ni suruh golongan utz benaran aje yang pimpin pas yang lain jadi macam aku atau hang aje..keja tampal poster and bawa kiter angkut pengundi masa pilihan raya...bab takbir PAS and pimpin negara ke negeri bagi kat utz benaran aje..utz me celop p ngaji semula..bila dah pakeh baru active dlm pas semula...so, saran utk semua fofessonal dlm PAS pi lah pakistan, yamen ke, syria ke masir ke utk ngaji semula..lani bagi pas ni dekat utz NA and UTZ tantawi ajelah..terutama golongan muda yang tak ada lulusan agama...p kerja and senyop macam aku weeh...bakaq p makan rojak buah bang leman d kerinci tentu sedap ni...
Salam Pak Bakaq,
Yang puak-puak bloggers sibuk kerajaan perpaduan ni apakah hai? Saya tengok puak-puak UMNO tak sambut pun. Jangan jadi hidung tak mancung sudahlah. Najib buat pekak badak. Yang puak-puak PAS hemoi ni pasai apa pak bakaq? Yang penting kukuhkan perpaduan dalam parti. Jangan dok berebut jawatan macam kera. Puak-puak UMNO buat sudahlah.Apa PAS ingat lepa dah teruk kot sampai nak tubuh kerajaan perpaduan? Atau pemimpin atasan (yang berkaitan) rasa tak dan jadi menteri dalam kabinet?
Jangan dok buat lawak. Tumpukan kekuatan parti dari dalam dan ahli-ahli baru kalau nak perintah Malaysia. Empat tahun tak lama.
Lebai Malang kata.
Salam bang bakaq n family
Aku setuju sangat dgn sestengah pendapat yg beranggapan bahawa kemengangan PAS ditentukan oleh org2 yg tak suka UMNO/BN, bukannya atas kekuatan PAS itu secara total. Anak muda khususnya melayu/Islam yg ganas, mat rempit yg liar menggila, mat gian yg masih ada otak itu dan remaja2 IPT yg separuh baik dan separuh nakal menjadikan PRU atau PRK sebagai salah satu medan tunjuk baik dan separuh alim dgn keluar memeriahkan proses penamaan calun, berkempen serta mengundi parti berasaskan Islam dan parti berasaskan separuh ABIM itu. Perlu juga kita sedari bahawa kumpulan anak2 muda ini pun sebenarnya belum bersedia menjadi benteng dan penjuang sebenar dalam parti dan perjuangan berteraskan Islam yg syumul itu. Mereka sekadar 'memakmurkan' perjuangan kumpulan mana-mana parti yg mampu melenyapkan keegoan UMNO/BN samada melalui PRK, PRU maupun demontrasi jalanan. Itulah hakikat sebenar dan trend masyarakat samada kumpulan belia maupun otai2 perjuangan. 'Confirm', tinjauan rambang mendapat jawapan mudah bahawa ketokohan TG Nik Aziz sebagai ikon kepemimpinan Islam PAS abad ini tidak boleh diragui lagi, menjadikan golongan2 ini begitu teruja untuk membantu semampu seandai diperlukan. Mereka juga dilihat tidak lagi berselindung untuk bangkit melalui medium2 besar bagi menzahirkan harapan dan keinginan untuk melihat pentadbiran Malaysia fasa baru, cara baru, kepimpinan baru nanti mampu menjana pelbagai sumber dan idea bagi keperluan masa depan mereka yg lebih terjamin. Bagi yg mendapat mandat, maka lakukan sesuatu walaupun tidak banyak hasilnya, yg penting usaha ke arah itu telah dimulakan. Jgn terlebih berpolitik yg merimaskan agar kepercayaan yg mereka terjemahkan melalui undi itu perlu diadaptasi dan dijelmakan semula dgn hasil pembikinan yg lebih sempurna serta piagam yg tertib. Aku bukanlah nak memandai, tapi kita melaluinya. Kita juga muda dan melalui susur galur perjuangan. Walaupun tidaklah seberapa tapi ada sumbangan. Sumbangan itu pula konsisten dan tak punya sifat untuk pintas memintas bagi memenuhi cita2 peribadi, memenuhi cita2 org lain dan memenuhi matlamat kumpulan lain. Perlu ingat!!! kenapa org muda dari semua komuniti kaum serta otai2 politik memberi undi kepada PR ketika PRU atau PRK. Jgn mudah lupa.
MAD Baling @ Mat Nakasone
memang lah sepatunye semua fikir pasal kerja utk islam and parti lah tu supaya dlm masa 4 tahun lagi dpt perintah malaysia...masalah,,,nye..bila dah nampak TTTT..
semua yang berkorban utk parti..d curigaiii sebab bukan dari geng agamawan..d tuduh geng ergodaaan..pada gue...biasa aje beza pendapat..tapi klo sampai tuduh-tuduh and kata-kata org ni mee celop..mee apa-apalah..geng apa-apalah ...and semua org yang tak lebai..tak bolih pimpin pas..ni sudah lebih...sebab pas ni bukan hak utz benaran aje...tapi utk semua ahli..yang dari buta mata, kaki tak ada, tangan tak ada sampai yang sempurna macam gue ni..dari yang utz benaran sampai yang tak ada sijil hingga yang ada PHD..so, kena lah menhormati sumbangan golongan bawahan and me celop ni..yang dok tibai pasal apa..pada akulah ..tgna ni perlu step down dah tua ..elok rehat aje..bagi yang muda sikit..macam utz nik amar ke husam ke yang perintah kelantan ..tgna rehat...ni bukan bermakna gue tak suka and syng tgna,,.kerana sayang lah gue saran ni..bagi rehat..nak tumpukan kekuatan macamana..asik kata geng ni tak betull geng depa aje yang betull..dok diam macam aku pun tak betul eeee..aku ngundi pun daaa 08 yang lalu...teruk aku d tibai isteri aku...nak buat macamana dah aku duduk jauh..aku ingat ni macam zaman kite dulu bakaq...ulangan geng tahun 80an dulu ni..lanikan geng 80an dah besar panjang HUSAM, KHALID SAMAD, MAT SABU, (yang baru masuk KJ) yang baru timbul utz muda-muda..pada aku ni tak masaalah besar ..cuma aku meluat lihat yang muda-muda lani..asik hendak tibai org aje..macam aku dululah..eeee..cakap aje..kerja daa..apapun aku akat topi dekat Yb khalid samad adn new YDP kelana jaya..utk utz muda-muda..semoga bertambah matang dlm politik...ada kepatut citer d dapur d bawa ke serambi..kan dah d dengar jiran-jiran tetangga..klo jiran baik tak pa juga..ni jiran amat baik belaka..berminggu-minggulah citer d dapur tu d sembangnye d kedai kopi and serambi masjid, surau, sekolah,,sampai ke parlimen..klo ada peraduan ahli politik popular bulan ni..sure jatuh ke NA..eee..lain kali citer d dapur sembang ajelah masa nonton TV dgn mak ayah..jangan sembang d serambi.
Walau apa pun keadaannya ..kita berbalik pada dasar kita perjuangkan islam ..
ahli2 PAS mesti merujuk pada fakta-fakta yg boleh dipercayai..perkara yg tak manafaat kan parti perlu disingkirkan ..berbeza pendapat adalah rahmat n kita perlulah menilai melalui sumber-sumber yg boleh dipercayai dan perlulah majlis syura bersuara untuk mengelakkan salah faham dan mengekalkan perpaduan dalam jemaah..tq kerana menyiarkan komen sy yg tak seberapa ni..
Salam a'laik,
Buat alhussyen, kalau anda tidak tidur dalam Muktamar di Ipoh tempoh hari hari, maka anda akan jelas apa keputusan yg diambil.
1. Perkukuhkan kerjasama dgn Pakatan Rakyat
2. Meneruskan muqabalah dgn mana-mana pihak
Mmg Harakah bermasalah. Sudah banyak kenyataan Presiden diputar belit. Dulu tajuk depan AMARAN, juga satu agenda nk memburukkan TG Presiden.
Ana tau alhussyen dh taksub dgn sorang pemimpin Perak tu, tapi jgnlah dok hentam TG Presiden dgn emosi. Kalu tak setuju sgt, p la jumpe TG Presiden.
Kenapa kita semua hilang wala' kepada pemimpin Kita.Tak baca ke buku As-Syahid Hassan Al-Banna dalam rukun baiah.Apa yg ketua kita cakap..jgn dok bantah..dengar dulu..ini tidak ,kalu boleh bantai..bantai dulu..tak kiralah siapa dia.. pres ke, apa ke..yg penting agenda 'aku' berjalan lancar..walaupun terpaksa memberi wala' kepada org lain...
Pak Baqak,
Tolonglah nasihatkan sikit "Ulamak-ulamak muda" ni jangan cepat menyebut "kerja-kerja bodoh dalam PAS:,"tak interlectual","kurang membaca" dan sebagainya.Mereka ini "baru hidup" dan "baru celek".Kalau kita sebut "zaman ubi kayu" mana bolih lawan dengan orang yang benar-benar hidup dizaman itu yang betul-betul makan ubi kayu dan sekali-sekala dapat beras yang bercampur kapur dan pasir,serta merasa pula "tempeleng Jepun".Disebut pula "zaman bintang tiga",tanyalah kepada yang terlibat betapa "ngeri" dan "khuatirnya" hidup hingga tak tidur malam dan betapa malangnya keluarga-keluarga yang kehilangan saudara-mara angkara bintang tiga.Tanya pula orang-orang tua dikampung yang hidup zaman dzarurat betapa azabnya hidup dengan makanan bercatu serta dengan "curfewnya: yang tak habis-habis.Semua pengalaman hidup ini tak dapat dirasa secara total hanya dengan sekadar "membaca buku" sahaja.Amat berlainan,amat berbeza.Jadi apa yang dirasakan olih TGNA semasa PAS ditendang keluar dari BN olih UMNO "ulamak-ulamak muda PAS ": sekarang tak akan faham,tak akan tahu dan tak akan mengerti.Mereka ini belum kenal betul UMNO.Janganlah tanya pihak-pihak yang dulu (masa PAS dalam BN) mempunyai kedudukan dalam Kerajaan Campuran tu.Hari ini mereka tetap dapat pencen Tim.Menteri.Tanyalah mereka yang meninggalkan PAS yang tak sebulu dengan Dato Asri.Masih ramai yang hidup dan dapat berkungsi pengalaman dengan kita. Yang muda jangan angkuh hormatlah sikit orang-orang lama.
anak abu bakar.
salam pak baqak,
saya ni sebenarnya, seminggu dua ni dok senyum satu ketika masam satu ketika bila atikel blog nik abduh keluar dlm surat kabor. senyum tu bukannya aper sebab pas sebagai parti politik tu perbezaan pendapat biasala,jika tak beza pendapat baik dok dalam gua main politik dengan dinding batu. Masam pulak sebab dalam atikel nik abduh tu ada istilah 'mee celup'. orang yang merasakan dirinya mee goreng(istilah khalid samad)seharusnya menggalakan golongan mee celup terus mendalami ilmu supaya menjadi mee goreng. orang yang merasakan dirinya mee goreng pula seharusnya mendalami cara-cara bagaimana membuat mee celup. jangan asik seronak makang mee goreng aja.kepada golongan2 yang merasakan diri mereka mee goreng dalam bikinan(di tujukan kepada mee goreng muda dalam pas)elok lah belek buku "sekularisasi' karangan muhamad naqid al attas. janganlah ada lagi istilah mee goreng dan mee celup dalam pas selepas ini.
aku suka makang mee goreng aku juga suka makang mee celup.
tahun 1999 aku seronak betul makang mee goreng dengan mee celup di negeriku ganu
tahun 2004 dok selera aku nok makang mee goreng dengan mee celup tapi aku makang jugok walaupun orang lain masa tu dok selera makang ayam kfc.
Berdasarkan Fiqh Daulah "bergabung didalam pemerintah bukan Islam " adalah haram tak kira lah dgn UMno atau PR.