Sedap!! Klik gambar di atas!

Husin Lempoyang lagi pandai jawab!

Alahai, macam mana kita nak kata Datuk Seri Najib Tun Razak cerdik. Lantik Ketua Penerangan Umno pun tak reti:
Pas sengaja timbul persepsi

Sinar Harian (30/4/09): Cadangan Pas untuk menggesa Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya Diraja dilihat mempunyai kepentingan politik dan tidak wajar untuk dituruti.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Pas seolah-olah sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbuat demikian.

"Kita tidak memerlukan Suruhanjaya Diraja untuk siasat tohmahan dan dakwaan media asing terhadap Najib. Jikalau dakwaan tersebut mengenai kes Altantuya, semua sedia maklum bahawa kes tersebut sudah selesai," katanya.

Kelmarin, Pas menghantar memorandum menggesa Majlis Raja-raja menimb:angkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menangkis segala tanggapan negatif terhadap Najib.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, laporan media asing di lihat sengaja menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Malaysia.

"Najib baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan banyak lagi kerja yang beliau perlu laksanakan.

"Beliau sedang mentadbir negara ke arah konsep ‘Satu Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Beliau cukup prihatin terhadap isu-isu yang berkaitan pentadbiran negara," katanya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bagus!.
    teruskan dengan Denial Syndrom diorang.

    nescaya peluang kita semua akan terus cerah untuk PRU13

  2. Yahooo....... bestnyer.... senang sikit kerja kita untuk PRU13.... hahahaha

  3. Kata Ketua Penerangan UMNO yang baru bahawa kes Altuntuya sudah selesai. Najib dah buat silap lagi. Dah lah perlantikan Ketua Perhubungan UMNO negeri pun bingai dan melantik mamat ni pulak jadi Ketua Penerangan UMNO, buat penerangan pun tak meyakinkan. Biarkan biarkan Altuntuya berselimut dalam bendera UMNO.!!!

  4. Salam Pak Bakaq,

    Ni satu lagi mangkok bodo piang. Orang nak bersih ketuanya, dia anggap sebagai tomahan. Cukupkah kalau pak bakaq aku tuduh curi teloq ayam, pak bakaq kata ooo..tidak saya menafikan. Sekurang-kurang tutup malu 'samanlah aku balik'. Setakat bersumpah, orang bunuh orang pun boleh bersumpah. Apa punya tuur.. dah.

  5. Pak Bakaq... Sy suke sgt karya2 pak bakaq ni.. dedahkn segala sipat huduh org ameno n be end!! bia rakyat tau sket prangai diorang tuh!!! Hidup PAS!!!

  6. Betapa ruginya Malaysia mempunyai seorang YB yang bodoh. Betapa untungnya PAS kerana UMNO mempunyai seorang Ketua Penerangan yang bodoh. Sebabnya.

    Muda saja. Apa-apa tindakan PAS selaku parti politik mesti ada kepentingan politik, sebab PAS itu Parti politik bukan parti tapuware... atau pati ubi kayu.

  7. Betul Mahkamah sudah selesai tapi persoalan di dalam kepala rakyat masih belum terjawab. Belum selesai.

    Jalan terbaik saman saja mana-mana akhbar yang menerbitkan rencana memburukkan Najib. Bila perkara ini selesai, barulah rakyat rasa bermaruah mempunyai PM yang berani lagi bersih!

  8. si bebal....

  9. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran, namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan sebelas minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN) DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    Tuanku Sri Paduka Sultan Perak, patik dan seluruh rakyat perak ingin melihat natijah disebalik doa tersebut yang secara automatiknya menjawab kekeliruan kami. biar ALLAH menentukannya sesungguhnya ALLAH itu maha besar, maha adil dan maha bijaksana. wahai manusia kamu menyangka perancangan kamu cukup baik padahal kamu harus sedar perancangan ALLAH jauh lebih baik dan tak boleh disangah

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  10. selesai? sesuatu kes yang selesai mestilah mempunyai jawapan atau keputusan penuh, dimana apa kesalahan yg disabitkan, mengapa disabitkan merujuk kepada bukti apa dan hukuman dikenakan berdasarkan kesalahan samada dengan niat atau sebaliknya.

    setakat ni yg kita maklum, selesai yg disifatkan itu, yg tertuduh menerima hukuman. tapi persoalan paling utama, yg sepatutnya ditemui di peringkat awal lagi iaitu motif, apa kaitan pelaku dgn mangsa. ini masih tak terjawab... selesai?

    rakyat sendiri bukan main gah dipenjara dan dihukum dgn berita yg kononnya fitnah, tapi org dari luar negara buat cerita senyap la pulak. itu yg kita tuntut supaya suruhanjaya utk bersihkan nama beliau diwujudkan, yg akan mengemukan bukti dakwaan mereka itu tak benar, kita akan maklumkan dlm CNN ke, biat penulis dari luar negara itu pulak yg kena.

  11. Kes Altantuya memang belum selesai dikepala rakyat Malaysia mahu pun didada-dada akhbar antara bangsa.Kalau ditanyakan keluarga "yang kena C4" memang jauh dari selesainya.Mamat dari Pontian ni,baru dilantik jadi Ketua Penerangan UMNO dah gelabah dan nampaknya langsung tak tahu apa-apa. Inikah caranya Najib nak mengembalikan "kekuatan" UMNO ? Baguslah lebih senang Pakatan Rakyat buat kerja.Memo yang dihantar kepada Majlis Raja-Raja,biarlah "juru cakap" Istana Negara yang mengeluarkan sebarang kenyataan.Apa kena-mengena dengan Mamat Pontian ni.Lebih baik diam saja dari "menonjolkan" kebodohan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008