Sedap!! Klik gambar di atas!

Hati nurani ahli-ahli PAS

Saya menerima laporan, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda PAS Serdang kali ke 22, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menjadi Setiausaha Politik Presiden PAS ada menyentuh sedikit sebanyak mengenai kerajaan perpaduan. Bukanlah perkara luar biasa bagi mana-mana setiausaha politik menghurai dan mempromosikan pemikiran bossnya. Tidak ada salahnya kalau kita berpegang kepada hak-hak demokratik seseorang untuk menyuarakan apa yang difikirkannya. Ia tidak melanggar hatta ruang yang diberikan oleh Islam dalam soal kebebasan bersuara.

Akhirnya, bila tiba agenda membentang usul, laporan menyatakan perwakilan Pemuda PAS Cawangan Teras Jernang (kalau saya silap terima laporan, tolong betulkan) membentangkan usul menyokong kerajaan perpaduan. Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya. Akhirnya Pengerusi Tetap memutuskan usul itu ditolak.

Tidak ada ulasan. Saya hanya melaporkan sahaja hati nurani ahli-ahli PAS.

Isu lain pulak. Saya juga berharap ahli-ahli PAS meneliti berita Bernama bertajuk "Hanya yang layak boleh tawar diri bertanding - Nik Aziz". Antara lain, Tok Guru Mursyidul Am kata: "Saya tak nak sebut apa-apa (mengenai pemilihan kepimpinan PAS), nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah".

Saya juga ingin melaporkan kata-kata seorang pemimpin PAS di peringkat kawasan: "Lepas ni kami tak larat dah nak buat kerja tukar Timbalan Presiden PAS. Kita pilih yang betul-betul elok kali ni. Lepas tu kita tak nak dah memikir nak turunkan Timbalan Presiden yang ada dan gantikan dengan yang lain. Tak larat dah!"

Sama juga, tidak ada ulasan. Saya hanya melaporkan sahaja hati nurani ahli-ahli PAS. Lebih dari itu semua, saya berharap para penyokong pembangkang memikirkan kerja kurang ajaq nak menggunakan tentera bagi mempertahankan Umno dan Barisan Nasional seperti yang dihuraikan di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Nampak memalukan bila usul untuk menyokong agenda kerajaan perpaduan ditolak mentah2 oleh ahli PAS akar umbi. Kalu mcm ni gayanya, pimpinan PAS kena memikirkan kembali kenapa agenda kerajaan perpaduan ni cukup dibenci oleh ahli PAS sendiri yang selama ini biasanya akan taat apa sahaja kptsn pmpinan.

    Pemerhati PAS
    Kuala Selangor

  2. Pak Bakaq,

    Nak tanya sikit, usul yang dibentangkan oleh Pemuda Cawangan Teras Jernang tu usul menyokong kerajaan perpaduan ke or usul membantah kerajaan perpaduan?

  3. Kebiasaannya sesuatau dasar baru bagi PAS. PAS perlu mengadakan muktamar khas. Isu sekarang lebih kepada lontaran kepada umum sahaja.

    Kematangan Tok Guru Hj. Hadi ialah nak memperlihatkan bahawa PAS tidak terlampau jumud dengan pembangkang semata-mata. Menentang Pak Lah (UMNO) semata-mata, tetapi usaha untuk menutup peluang PM ke 6 yang dikatakan oleh negara bahawa PM yang akan jadi selepas Pak Lah ialah PM yang bersih. Mahkamah bersihkan bakal PM. Bukan hanya kaki ampu dalam UMNO sahaja yang kata PM nya bersih. Laksana kain putih yang belum dipakai oleh Rosmah isterinya.

  4. anon 11:54

    "membentangkan usul menyokong kerajaan perpaduan"

    apa yang hang baca? atau hang ada dengaq yang lain, kalau ada habaq mai.

    tu la, pemimpin kalu baik sangat ngan umno, kalu tak beringat cam ni lah jadinya. berbaikbaik tak salah, yang dok pi telan bulatbulat 'nasihat' orang sebelah sana buat apa? bkan takat tu je, yang dok pi 'tarik' tangan tg presiden tu apa ke hal? hangpa nak berlenggan ngan umno berlengganlah, janganlah dok jual kat tg presiden yang bukanbukan... hangpa yang kalut sangat ngan 'ketuanan melayu' darah daging umno tu pasal? kemarut apa sampai melayu mengatasi Islam?

  5. Seperti Tuan Guru Haji Hadi menjadi mangsa penasihat-penasihat di sekelilingnya yang membawa gagasan yang bertentangan dengan hati nurani orang PAS. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah Tuan Guru Haji Hadi dipersalahkan hanya disebabkan agenda yang berkepentingan selain daripada Islam yang dilontarkan oleh penasihat-penasihat penakut yang membaling batu dari belakang Tuan Guru Haji Hadi.

  6. kepada semua perwakilan, pesan tg nik aziz jangan abaikan.

  7. Kerajaan Perpaduan? Siapa yang nak berpadu?

    Kalau nak berpadu ngan UMNO/BN... cukuplah sekali kena pedajai.... tak payah la nak muqabalah atau kerajaan perpaduan..... ngarut jer...

  8. Salam Semua....
    Aku kalau dengar je orang bercakap pasal kerjaan perpaduan, terbakar je hati ni. Berhenti aje la daripada menghalalkan idea tu. buang masa aje, aku dh menyampah. elok kemukakan perkara lain dlm muktamar nanti, yang lebih bermanfaat kepada parti dan islam.... cadangan aku, inilah peluang nk tukar org-org macam ni, yang boleh merosakkan parti. sebab ada spesis inilah yang mengecewakan ahli-ahli parti seperti kami.....

    elok la dlm muktamar nanti bincang pasal yang lebih baik seperti, macamman nk menarik org bukan islam lebih memahami perjuangan PAS, cadanglah sebulan sekali buat forum terbuka di kuil ker, kt tokong ker,

    elok juga bincang pasal, macammana nk menaikkan ekonomi parti. bila ada duit senang sikit nk gerakkan kerja parti, sebab kalau nk minta derma shj, x cukup sebab ahli parti pun bukan kaya sangat, kaalu PAS ada business sendiri ia boleh berterusan, derma sekali sekala sahaja, tapi AWAS.. pemegang amanah jangan TAMAK, aku tak mahu perkara ini terjadi sebagaiman nasib KOHILAL sekarang.

    Fikir-Fikirlah....

  9. Kalau setakat 1 kawasan (dah la tu, dalam mesyuarat pemudanya shj), tidaklah mengambarkan majoriti ahli di akar umbi. Manalah tau kot pemuda-pemuda pun tak faham atau sengaja tak mahu dijadikan usul tuk bawa ke atas...tak mustahilkan. Sudahlah, tak perlu nak jadi tukang laga, masing-masing pi buat kerja, sudah.

  10. pimpinan DPPKS dah pun menjawab persolaan ni.
    lawati blog dewan pemuda pas kawasan serdang: www.dppks.blogspot.com

  11. Assalamualaikum!
    Tolong tgk betul2 tuan ayat di atas (Anonymous), usul menyokong kerajaan perpaduanlah kawan!
    Bagi pendapat sayalah sebagai ahli PAS (X aktif) yg melihat dari luar ini. Idea Presiden PAS berkenaan idea penggabungan tersebut bagus dan bernas dari segi realiti dan global bagi mengelakkan berlaku perpecahan akibat rakyat terlalu memikirkan tentang ehwal politik tak kira dari parti BN, PR atau penganalisa politik x bergaji (termasuk atas pagar) seperti saya yg mengambil tahu isu politik serta pemerintahan kerajaan di malaysia hari ini.
    Tujuan utama bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dari segi politik, sosial, budaya dan ekonomi terutama pada masa sekarang. Lihatlah di Indonesia yg menggunakan pendekatan ini, ia dapat meredakan ketegangan politik disana. Lihat pula di Thailand, ia dilihat makin meruncing dan memburukkan kpd ekonomi yg sememangnya gawat sekarang ini. Tetapi, ia harus dimulakan oleh pihak kerajaan dengan ikhlas tanpa ada agenda yg tersembunyi serta menawarkan kepada semua atau sebahagian besar parti politik di Malaysia dan kerusi kabinet diberikan berdasarkan jumlah atau kekuatan parti2 masing.
    Kemungkinan perkara atau idea tersebut masih terlalu baru dan janggal serta sukar diterima oleh ahli pas. Apabila ia diwar-warkan kepada ali pas oleh pimpinan pas tanpa ada apa2 persetujuan dari pihak PR serta BN, ia menimbulkan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS termasuk nik aziz yang tidak tahu menahu berkenaan isu tersebut dan ahli PAS yg lain. Kenapa idea ini tidak dibincangkan dikalangan pimpinan PAS dahulu? kemudiannya pimpinan PR serta BN sebelum diwar2kan kepada ahli.
    Disini, ia boleh dan akan dilihat seperti ada yg tidak kena berlaku serta menimbulkan syak dan wasangka dikalangan ahli pas. Ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan lahirnya puak2 dikalangan ahli PAS yg menyokong serta tidak menyokong isu tersebut. Perpecahan telah berlaku apabila isu muzakarah diwar2kan sedangkan ketika itu, niat BN hanya mahu melihat PR berpecah dgn membangkitkan isu tersebut kpd pimpinan PAS dan ia hampir2 menjadi kenyataan. Tambahan pula ia dicucuk oleh media serta blogger2 kerajaan.
    Alhamdulillah, akhirnya ia dpt diselesaikan dgn cara baik oleh pimpinan pas walaupun perkara tersebut telah berjaya mengguris, menjadi kudis serta menimbulkan syak wasangka sebahagian kecil ahli pas dimana wujudnya dakwaan kononnya telah wujud kumpulan Erdogan didalam pas yg dipopularkan dan dijajakan oleh puak KJ dan penyokongnya.
    Janganlah kita biarkan pisang berbuah dua kali serta jgn membelakangkan Nik Aziz dan nasihatnya sebagai pemimpin senior dan mursyidul am parti walaupun ia tidak lagi mentadbir secara terus urusan parti kerana pengaruhnya amat kuat dikalangan ahli pas dan penyokongnya.
    Bagi saya, terus terang saya amat kurang bersetuju usul ini dimana antara sebabnya bila memikirkan ia telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS sendiri, PAS sendiri telah mempunyai sejarah buruk penggabungan dgn UMNO pada waktu dahulu. Ahli PAS juga telah dianiaya, dipulaukan, didiskriminasi dan di zalimi oleh pimpinan UMNO dan BN sejak dari dahulu lagi. PAS disokong oleh bukan saja penyokong PAS, malahan bangsa dan kaum2 lain yg menaruh kepercayaan kepada kita (Rujuk PRK terutama Bkt Gantang dan KT) dan kita hendaklah bertanggungjawab juga kepada pengundi serta penyokong kita, niat mereka (BN) adalah tidak ikhlas dan bersungguh2 dan sekiranya benar, mengapa hanya PAS sahaja yg dijemput. Dasar PAS pada muktamar lalu telah menetapkan agar memperkasakan Pakatan Rakyat serta kita perlu akui bahawa sekarang sokongan dan dokongan PAS dan PR meningkat, manakala UMNO dan BN telah merudum jadi mengapa perlu kita mengalah dan tunduk pada waktu sekarang ini. Belum juga wujud unsur2 kemudaratan yg nyata yg perlu dielakkan didalam aspek politik yg membolehkan kita membuat keputusan kurang praktikal, terkebelakang dan tidak wajar ini serta lantikan pimpinan baru UMNO dan BN yg sangat buruk ini perlu ditentang sekeras2nya pada masa ini. Wallahu a'lam...Wassalam.

    Anak muda makan pengat,
    sendiri mau ingat...

    Ariyos...

  12. stuju sgt ngan Tupaiturbo ..bernas bernas :-) hidup islam

  13. ayahngah,

    Kalau pemuda serdang tak paham, boleh awk tolong bagi paham??or dlm prkataan lain, apa yg awk paham sgt tntang kerajaan perpaduan tu? manyak cantik!! bila tak sokong aje, sedap2 aje kata org tak paham. Yang aku takut, pimpinan yang gagal memahami aspirasi rakyat dan ahli yang memang tak mau memberikan nyawa baru kepada UMNO/BN yang semakin hilang punca.

    Pemuda Selangor

  14. Lalu dia pun berkata : ...all is not lost

  15. salam,

    sy salah seorang perwakilan pd hari tu.

    Usul tersebut ditolak selepas diberitahu bahawa cadangan kerajaan perpaduan tu tidak relevan lagi, kerana perkara tersebut telah dihentikan oleh PAS pusat. Bukan kerana kami menolak cadangan tersebut.

    By the way, daripada penerangan Dr Shamsuri tersebut, jika usul tersebut masih relevan untuk dibincangkan, saya yakin pemuda serdang akan menyokong usul tersebut. Allah lebih tahu.

  16. Cuba tanya Anwar Ibrahim, dia nak kerajaan perpaduan tak?

    Kalau Tuan Guru Presiden keluar cadangan riuh sekampung, kalau ketua kerajaan bayangan bersandiwara kita tak kisah.

    Kita duk sokong Anwar daripada Tuan Guru Presiden..

    barang ni....

    Tukang Kipas Khalifah Ali(TKKA)

  17. Sajalah ni kalau Pak Bakaq boleh jawab....

    Masa Husam duk bincang dgn KJ lepas election 2004 hari tu atas alasan yg dihebohkan orang utk menyelamatkan kerajaan Kelantan kenapa pimpinan tak marah kat Husam?Tu kira muqabalah au muzakarah juga tu dgn Umno yg dikatakan orang "celaka"lah tu

    tapi bila timbul isu(tak discuss lagi baru timbulkan isu)utk kerajaan perpaduan terus kena belasah dipandang hina entah mcm2 lagi....boleh pak bakaq komen?

  18. Kerajaan perpaduan lagi, tak abis2 lagika?Aku rasa kerajaan perpaduan tu dah tutup buku sebab Najib dah jadi PM.Takkan pemimpin Pas nak bersekongkol dengan Najib yang dituduh terlibat dengan Altantuya dan macam2 skandal jual beli senjata(scorpene) tu jadi rakan karib kot.Satu dunia dah tau cerita Altantuya ,PM Najib dituduh terlibat sama.Setiap kali bila sebut kerajaan perpaduan aku akan teringat Assyahid Ibrahim Libya dan rakan2nya yang ditembak mati di Memali pada November 1985.Beliau dituduh sebagai penderhaka oleh mantan PM Mahathir .Sampai sekarang nasib balu2 yang kena tembak tak dibayar gantirugi dan kes Memali sampai sekarang tak selesai2 lagi.Pemimpin Pas yang nak kerajaan perpaduan dah lupa ka?

  19. Tepat sekali pandangan Anon 14.04.09 2.01 pm MYT. Jika dijejak kembali asal-usul "Kerajaan Perpaduan" ni ianya dilontarkan olih Presiden dan disahut pula olih Siasah dalam 2-3 keluaran hingga TV PAS menemuramah Tengku Razaleigh Hamzah. Kemudian Roslan SMS selaku S/U Akhbar Presiden menghujahkan pula dengan panjang lebar seolah-olah dia "tahu benar" akan Kerajaan Perpaduan ni.Diikuti pula sokongan olih Tim.Presiden dan akhirnya kenyataan menyokong olih Mustaffa Ali,Pesuruhjaya PAS Trengganu merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Dari rintitan peristiwa ini tahulah kita pihak-pihak yang berkehendakkan Kerajaan Perpaduan ini.Melihat telatah orang-orang Presiden inilah maka Tuan Guru Mursyidul Am naik benggang lalu mengeluarkan kenyataan yang keras bahawa beliau adalah "Nakhoda Kapal" dan langsung tidak setuju dengan idea Kerajaan Perpaduan ini.Sudah tentu TGNA tak setuju kerana telah merasa dan mengalami sendiri akan tekanan,desakan,ancaman dan putar-belit UMNO selama menjadi MB Kelantan dan terlibat cara peribadi semasa PAS ditendang keluar olih UMNO dari BN. Beliau ikut nasihat Nabi Muhammad SAW ,tidak mahu dipatut dilubang yang sama dua kali.Nak minta dipatut 2 kali tu biarkanlah mereka,munkin mereka ada "perisai" atau ada "penawarnya".

  20. nasihat kpd Presiden PAS,

    jangan banyak sangat terpengaruh dgn tukang2 bisik yg sentiasa memagari beliau,
    banyakkan turun padang, bukan setakat untuk berceramah saje, tapi banyakkan pasang telinga untuk mendengar pendapat golongan akar umbi,

    apa yg amat dibimbangkan ialah tukang2 bisik ini bercampur aduk dgn bisikan syaitan....

    PAS for All, Allahuakbar!!!

  21. apa kena mengena pas dengan anwar? apa perlu pas bertaut dengan dia? pas ada identitinya sendiri, perlu dijaga oleh semua, dari pemimpin atasan sehingga ke akar umbi! pas tidak perlu pada anwar tapi anwarlah yang memerlukan pas! period. cuba toleh ke belakang, bagaimana pas dikatakan tidak mempunyai pemimpin di peringkat nasional, dan malangnya ada orang pas sendiri yang seolah-olah mengiyakan pandangan sebegini. salah siapa? apa kurangnya pula dengan mereka yang syok dengan muzakarah/muqabalah/perpaduan kalau bukan memperkecilkan kepimpinan sendiri? tidak yakin dengan perjuangan?

    tengok sahaja sebelum pru12, bagaimana timb presiden melancarkan tema 'pas for all' yang membawa mesej yang sangat jelas. "'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' akan dijadikan dan digunakan sebagai slogan tawaran PAS kepada semua rakyat yang meliputi pelbagai kaum dan agama di negara ini. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, berkata penggunaan istilah tersebut amat bersesuaian dengan tawaran PAS untuk membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum, tanpa mengira perbezaan agama dan sebagainya."

    selepas tsunami 308, 'pas for all' dicemari oleh muzakarah/muqabalah sekali gus membayangkan ketidakyakinan di kalang tertentu kepimpinan terhadap perjuangan pas. ini diperkukuhkan lagi dengan lontaran unity government. ini semua mendedahkan ketidakcermatan pemahaman politik mereka. ketidakyakinan mungkin keterlaluan lalu apa? kepentingan peribadi?

    ahliahli pas semua peringkat perlu faham dan hadam dengan perjuangan politik memerlukan sokongan rakyat. doa dan munajat merupakan senjata unggul perjuangan di samping kerja dan usaha meraih sokongan. doa dan munajat inilah yang telah merubah sikap pengundi manakala faktorfaktor yang menyebabkannya hanyalah sebab musabab. sungguh anih sekiranya ahliahli pas memilih untuk melihat faktorfaktor perubah lebih tinggi nilainya dan meremehkan doa dan munajat.

    orang yang melancarkan 'pas for all' adalah juga di antara orang yang memilih muzakarah/muqabalah? dimana agaknya punca konflik ini? hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. sifir mudah politik begini (citarasa rakyat) pun sukar untuk dimengerti bagi dipupuk dan dimajukan. kenapa pilih kebelakang dari maju kehadapan? itu bukan cara pemimpin. lagi malang kerana pemimpin sebegini masih ada penyokong...sokong yang membawa rebah! lalu kemana inisiatif 'pas for all'?

  22. Perwakilan muktamar Pemuda PAS Serdang berkata,

    sy salah seorang perwakilan pd hari tu.

    Usul tersebut ditolak selepas diberitahu bahawa cadangan kerajaan perpaduan tu tidak relevan lagi, kerana perkara tersebut telah dihentikan oleh PAS pusat. Bukan kerana kami menolak cadangan tersebut.

    By the way, daripada penerangan Dr Shamsuri tersebut, jika usul tersebut masih relevan untuk dibincangkan, saya yakin pemuda serdang akan menyokong usul tersebut. Allah lebih tahu.

    Ini saya bertanya;

    Jikalau sudahpun mengetahui usul itu tiada lagi relevan, mengapa dibentangkan juga akan usul itu dan pengerusi tetap juga meminta sokongan kepada usul itu? Misteri, misteri!

  23. ___________
    Asm,
    Saya tak berhasrat sangat untuk response tulisan tuan , kerana saya maklum pandangan politik serta maksud tulisan- tulisan tuan sebelum wujudnya media blog ni. Malah saya mengenali tuan semenjak mengambil barang kohilal di jalan Pahang untuk dijadikan sumber ekonomi jamaah pada zaman kampus lagi . tapi itu bukan persolan utama yang hendak di fokuskan di sini.

    Namun , bila mana ia menyentuh perkara yang melibatkan tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Terpaksalah bersengkang mata walaupun baru balik dr Kelantan krn urusan muktamar, jelas dari sana pun sudah mendapat persepsi yang berbeza dengan apa yang berlaku hasil tulisan tuan.

    “Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

    Dari frasa dan keseluruhan tulisan tuan , Jelas sekali tulisan tuan tidak mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku dalam AGM tersebut. Cukup saya nyatakan disini secara ringkas , dari proses penerimaan usul, terdapat 2 cawangan , mengemukakan usul ini , atas cadangan JK usul , usul ini di terima dan di bahas.

    Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa.
    Semasa usul di bentang , Pengerusi Tetap telah membuat sedikit ulasan , dengan hasrat apa yang dinyatakan Setpol dan dan kerelevenan usul tersebut dengan keputusan usul sebelum itu , iaitu mendesak kerajaan menarik balik keputusan mengantung harakah’ . Disebabkan usul tersebut tidak dibahas dengan perubahan kpd status terhadap harakah, Pengerusi Tetap bertanyakan pandangan perwakilan terhadap Usul Kerajaan Perpaduan , di samping wakil cawangan yang menyokong usul tersebut menjelaskan pendiriannya semula selepas mendapat pandangan setpol presiden , maka usul tersebut tidak diterima untuk dibahas. bukannya , tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

    Saya berharap pihak tuan agar lebih berhati hati membuat tulisan , walaupun tuan menyatakan Tidak ada ulasan tetapi bilamana ianya berkaitan Idea dari Presiden dan di rasmikan Setpol presiden ianya ditolak , sebagai orang politik sudah dapat membaca maksud yang tersirat.

    Apatah lagi di musim pemilihan ni dan suasana jamaah yang masih belum kebah’ sepenuhnya dengan beberapa pertembungan idea pimpinan sebelum ini. Tanpa menafikan tulisan di alam maya ini banyak membantu sebagai media baru kita , tetapi tidak kurang juga tulisan di alam maya ni banyak meruncingkan lagi perbezaan pandangan yang akhirnya menimbulkan sentiment sesama ahli yang tidak mendapat maklumat sebenar dan TIDAK BERHAK MENDAPAT MAKLUMAT TERSEBUT. Akhirnya jamaah juga yang rugi , yang seronok blogger melihat rating blog mencanak naik dan ulasan bertalu- talu. Musuh terutama UMNO dan BN sebenar tumpang senyum.

    Saya harap pihak tuan dapat menyatakan sumber laporan tuan , agar lain kali tidak berlaku lagi itupun jika tuan berasa bertanggungjawab

    Mohd Adram musa
    Ketua Dewan pemuda Pas serdang sesi 2009-2011
    Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
    0133845555

  24. weh laa..kerajaan perpaduan bukanlah pas bersama umno..tetapi pakatan rakyat bersama-sama barisan nasional membina kembali negara terutamanya ekonomi negara buat jangka masa terhad..orang pakatan rakyat yang cerdik diambil bersama membincang halatuju negara..
    apalah payah sangat nak faham ni..
    tok guru hadi menunjukkan keterbukaan pas untuk bersama-sama membina negara..
    dan apa yang kita nak jangka,mesti umno bn akan tolak punya...
    so, mileage nya kat kita lah sebab menunjukkan pas sentiasa dan akan terus terbuka..
    langsung tidak berlawanan dengan keputusan muktamar untuk memperkukuhkan pakatan rakyat..
    ingat tok guru tu boleh dipengaruh senang-senang cam tu ke..

    selagi mana kita lihat umno sebagai mad'u kita..selagi itulah kita akan menutup jalan dakwah kita..

    biasalah zaman internet dan blog, banyak benda yang akan dikomen dan akan dipengaruh dan mempengaruh..
    faktanya, ahli pas perlu cermat lah meneliti berita..

    --sila hadam kertas kerja tahalluf siasi oleh tok guru presiden.
    --sila hadam 10 rukun baiah (jangan baca wala dan thiqah sahaja)

    insyaAllah bertegur tegurlah antara kita demi Islam dan perjuangan Islam.

    Mabruk semua
    Takbir

  25. pas memperjuangkan Islam. 'pas for all' bersama dengan konsistennya pas berkaitan keadilan (Islam) yang diperjuangkan, telah memikat pengundi nonmuslim untuk mendekati pas lalu diterjemahkan pada pru12. orang melayu yang ratarata beragama Islam masih sentimen dengan umno, musuh politik nombor wahid pas. malah umno sangat berperanan mengelirukan Islam kepada nonmuslim justeru keuntungan politik yang mahu diraih. pas telah gagal melunakkan ketebalan Islam umno di kalangan pengundi melayu sebagaimana terbukti di prk bukit gantang yang baru lalu. tidak keterlaluan jika direkodkan bahawa kegagalan ini adalah berpunca daripada tindaktanduk kepimpinan sendiri. isu muzakarah/muqabalah/perpaduan telah diterjemahkan sebagai alasan bahawa pas dengan umno adalah sama? bukankah pas lahir dari tidak kepuasan golongan ulamak umno? maka jika ulamak pas hari ini memilih untuk mendekati umno, bukankah itu perkara biasa?

    kebijaksanaan pas berpolitik akan dapat kita lihat dalam kemelut politik umno/bn terengganu. muzakarah/muqabalah/perpaduan diinisiatifkan oleh kalangan pemimpin pas terengganu. apakah pas terengganu akan mempertahankan ahmad said atau memilih untuk bersama idris jusoh? apakah pas terengganu akan bersama menteri besar yang dipilih oleh tuanku mizan atau memilih untuk bersama yang me..."natang"kan tuanku sultan? the ball is at your feet pas terengganu!

    ada sahabat yang cuba mengaitkan teguran kepada muzakarah/muqabalah/perpaduan sebagai dari kalangan yang tidak hadam tahaluf siasi dan baiah. Anon 14.04.2009 10.52 pm telah memperjelaskan merekamereka yang mempengaruhi tg presiden di dalam isu muzakarah/muqabalah/perpaduan. dengan lain perkataan perkara sebegini besar yang melibatkan parti hanya disoksekkan di kalangan tertentu sahaja. ketepikan jawatankuasa parti. sehingga ajk jawatankuasa terkapaikapai apabila berdepan dengan muzakarah/muqabalah/perpaduan. mereka ini bukan dilantik tetapi dinobatkan oleh perwakilan, oleh akar umbi. mengenepikan mereka samalah dengan mengenepikan akar umbi. maka baiah sudah dicemari, bukan dari bawah, bukan dari akar umbi tetapi dari atas, dari kepimpinan. itu kefahaman saya mengenai baiah. buah cepedak di luar pagar; ambil galah tolong jolokkan....

  26. Saya nak usulkan satu USUL supaya semua ahli PAS usulkan semasa MESYUARAT PARTI nanti supaya semua ahli MEMBAYAR SEMUA ZAKAT YG WAJIB.. Saya dapati kebanyakan rakyat ISLAM di MALAYSIA (paling mengecewakan ahli PAS yg arif dalam agama) tidak menunaikan tanggungjawab mereka yang telah DIWAJIBkan..
    Semoga ada ahli PAS yg berani mengangkat USUL ini ke MESYUARAT MUKTAMAR PAS nanti.

    Saya memohon perkara ini adalah daripada pengalaman saya berurusan dengan AHLI PAS dalam hal-hal cukai pendapatan,yang datang maki hamun saya (kerajaan) kerana mengamalkan sistem cukai kafir tetapi apabila saya bertanyakan adalah TUAN TELAH MEMBAYAR ZAKAT HARTA,EMAS,PENDAPATAN dan SEBAGAInya,mereka ini hanya mampu TERDIAM. OLeh itu demi kebaikan semua kita bermula daripada AHLI PAS yg jumlahnya ramai mula lah menunaikan tanggungjawab anda semua,jikalau tak percayakan PUSAT ZAKAT di NEGERI dibawah BARISAN NASIONAL bayarlah ZAKAT ke NEGERI KELANTAN,KEDAH,SELANGOR atau PENANG.

    Semoga kita semua dirahmati dan diberkati ALLAH.

    wassalam

  27. Salam a'laik

    Ana sokong ahli pas. Bila timbul gagasan Unity Govermnent oleh TGHH, ada dua perkara yang berlaku kpd ahli pas yg tidak menyokong :

    1. Tidak mendapat gambaran sebenar.

    2. Dapat gambarn yg salah dr blog2 yg ngaku ahli pas tp merosakkan jemaah.

    3. Ada jugak pimpinan yg bersangka buruk dgn idea dan gagasan TGHH.

    Wallahua'lam.

  28. Cik Adram,

    Tak payahlah nak cover. Kami hadir dlm mesyuarat tu dan tau apa yang berlaku. Kalau dah Setpol Presiden nasihatkan kepada DPPKS supaya usul tu tak perlu dibawa, kenapa Pengerusi Tetap masa sesi pembentangan usul tak sebut pasal nasihat tu and cadangkan kpd Teras Jernang supaya usul tu di tarik balik?

    Seperkara lagi, kenapa wakil Teras Jernang yang bawak usul tu tak tarik balik usul atau jelaskan kepada perwakilan yang Teras jernang sendiri tidak berminat untuk meneruskan usul atas nasihat yang diberikan oleh Setpol Presiden? Ni bila dipanggil oleh Pengerusi Tetap (Ibrahim namanya kalu tak silap), wakil Teras Jernang terus aje bentang dengan konfidennya.

    Ini menunjukkan bahawa memang niat Teras Jernang supaya usul itu dibahas dan disokong. Bila Pak bakaq dedah dalam blog yang usul tu ditolak perwakilan, barulah kelam kabut nak cover kononnya memang usul tu tak dihasratkan untuk dibentang sebab nasihat Setpol Presiden. Sekali lagi saya tanya, kalau usul tu dah tak relevan, kenapa gatal jugak pegi bentang?

    Cover tu satu hal. Lepas tu sibuk plak nak tanya sumber Pak bakaq. Apsal, kalau ko tahu individu yang bagi maklumat kat Pak Bakaq, ko nak pukul dia ke? Ko jawab tulisan Pak Bakaq sudahlah. Tak yah nak tunjuk samseng konon tinggal no telefon kat sini.

    Ikhlas dari,

    Pemerhati Taman Langat Jaya/West Country

  29. SOKONG KENYATAAN KETUA PEMUDA SERDANG

    Salam Saudara empunya blog,

    Saya merupakan perwakilan yang bangkit selepas usul ini di bacakan. Saya telah bertanya sendiri kepada Setpol Presiden selepas majlis perasmian AGM tersebut apakah usul ini boleh diteruskan?

    Dr Shamsuri menjawab, selepas peralihan PM kepada Najib, maka idea Kerajaan Perpaduan tidak lagi relevan.

    Maka oleh kerana usul ini telah diluluskan oleh j/k usul, maka agenda pembentangan usul diteruskan. (Walaupun pengerusi tetap dah bertanya masih perlu ke bahaskan ke usul tersebut?)J/kuasa usul memberi maklum balas teruskan perbahasan.

    Maka bila pengusul dari caw Teras Jernang telah membacakan usul, saya bangun untuk memberi maklumat bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven, terserah kepada perwakilan untuk bahaskan atau tidak.

    Selepas saya duduk, tiada perwakilan yang berhasrat untuk membahaskan usul tersebut. Maka akhirnya Pengerusi Tetap menyatakan usul tersebut tidak diterima untuk dibahas.

    Tidak timbul perwakilan menolak usul tersebut. Tiada siapa pun bangun berbahas untuk menolak usul tersebut sepeti mana tiada siapa yang berbahas untuk menerimanya. (Apa kerja nak bahas perkara yang sudah tidak relevan?)


    Kesungguhan empunya blog mengeluarkan cerita tanpa sumber dan maklumat lengkap "AMAT DIRAGUI TUJUANNYA".



    -Faizal-
    Caw Sungai Ramal Dalam
    Kawasan Serdang

  30. Aku pelik dengan orang PAS yang takut kat Anwar Ibrahim. Katanya lebih mengutamakan Anwar dari TG Presiden. Ni hujah orang yang takut bayang-bayang sendiri.
    Anwar tu usahkan orang PAS, orang PKR pun dia tak boleh nak kontrol. Inikan orang PAS yang sudah terkenal dengan tarbiah takkanlah nak korbankan jamaah untuk kepentingan orang lain. Yang membeza-bezakan pekerja jamaah kepada Erdogan dan ulama' sebenarnya orang yang takut kepada perubahan. Dan semua maklum bahawa sifat gerakan itu mesti berubah. Kalau tak berubah baik masuk jamaah tabligh saja.
    Aku pun pelik orang cerdik pandai di Serdang pun pening dengan kerajaan perpaduan. Tak usah pening. Mana ada kerajaan tanpa pembangkang melainkan kerajaan kuku besi atau kerajaan komunis. Kalau Malaysia nak maju, peranan pembangkan mesti diperkuatkan. Semua negara maju yang mengamalkan sistem westminter, ketua pembangkang adalah berstatus menteri. Tapi di Malaysia, pembangkang adalah kucing kurap. Kalau pembangkang diperkuatkan, aku sangat seronok kalau sekiranya orang Islam jadi PM dan orang Islam juga jadi ketua pembangkang. Inilah keadaan dan ruh perjuangan para salaf terdahulu.

  31. Pemuda pas dah mula berangan nak memilik unta merah dan kuda yang hebat....

    oTak KaYu

  32. Pak Bakaq,

    Kalu tak silap saya dulu ada sorang exco pemuda pas pusat menulis gagasannya tentang POLITIK DAMAI...kemudian tulisan iu diulas oleh Timbalan Pemuda Ust Din dgn hujjah dan dalil2 naqli tentang politk damai...ulasan itu di sambung lagi oleh press sec. presiden pas Roslan SMS dgn justifikasi yg panjang lebar...tiba2 MP shah alam Khlaid muncul dan menemplak mereka...

    KIni muncul pula politik perpaduan....asalnya siasah aka zul sulong mainkan dalam akhbarnya supaya laku....siapa kah sebenarnya pemilik siasah????

    Siapakah kelompok elit anak2 Trg di perantaun yg menjadi geng kepada setpol presiden, dr. samsuri?

    Siapakah mereka dan dibelakang mereka?

    Spy PAS

  33. 'harapan terhadap bakal pimpinan PAS yang baru' dalam
    santaimama.blogspot.com

  34. Camner klo isu dah x relevan tapi nak pertahankan jugak..namapak sangat nak bergabung jugak dengan UMNO tue.. Sudahlah pemuda Serdang, jangan nak berdolak dalih.. kami tahu kamu menyokong bergabung dengan UMNO.

  35. mangsa-isa said...

    "Dr Shamsuri menjawab, selepas peralihan PM kepada Najib, maka idea Kerajaan Perpaduan tidak lagi relevan.

    Maka oleh kerana usul ini telah diluluskan oleh j/k usul, maka agenda pembentangan usul diteruskan. (Walaupun pengerusi tetap dah bertanya masih perlu ke bahaskan ke usul tersebut?)J/kuasa usul memberi maklum balas teruskan perbahasan.

    Maka bila pengusul dari caw Teras Jernang telah membacakan usul, saya bangun untuk memberi maklumat bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven, terserah kepada perwakilan untuk bahaskan atau tidak.

    Selepas saya duduk, tiada perwakilan yang berhasrat untuk membahaskan usul tersebut. Maka akhirnya Pengerusi Tetap menyatakan usul tersebut tidak diterima untuk dibahas."

    the way forward dpps style...

  36. IbnuQalil;
    Ahli Pas tak dapat gambaran sebenar gagasan Unity Govermnent, kenapa? Ini yang kena tanya. Sepatutnya pemimpin besar sebelum buat kenyataan kena sedia back up untuk terangkan idea tersebut. Najib nak kata melayu glokal atau one malaysia, dah sedia backup penerangan. Kita kurang dari sudut ini.
    Satu lagi, banyak orang melihat idea Unity Goverment bukannya datang dari presiden sendiri. Sebaliknya beberapa orang yang mempengaruhi idea tersebut. Dan mungkin bukan dikalangan AJK PAS atau jawatankuasa kecil PAS sendiri. Dan mungkin juga bukannya dari jawatan kuasa politik atau penyelidikan. Saya harap ini bukannya jemaah dalam jemaah.

  37. nampaknya Pak Bakaq masih berdiam diri selepas penerangan demi penerangan dari yang empunya menghadiri mesyuarat .

    Pak Bakaq ; sempena pemilihan ini tak perlulah menulis berkias2 seperti melontar batu sembunyi tangan. Pak Bakaq dah memang anti Terengganu dan memang anti Muqabalah dan anti Kjaan Perpaduan .

    Jadi Pak Bakaq buatlah satu artikel jelas minta buang semua yang tak suka ..dan diganti dengan yang suka.. tup2 lepas nie tak suka minta buang ganti yang suka.. dan hanya Pak Bakaq yang betul2 tahu mana intan mana permata . Hanya Pak Bakaq yang tahu macam mana nak perjuang negara Islam ...

    sekian

  38. Pemerhati Taman Langat Jaya/West Country, kalu ko anak jantan call la cik adram. aku pun hadir juga sebagai pemerhati. seat sebelah ko lagi. ko tak ingat aku ke? haritu sembang dengan aku cakap lain. dalam blog ni cakap lain. apa la. lidah berbelit. Oh ya, sapa nama ko haritu ya? angah kan?

    ~ pemerhati ke2 dari taman langat jaya jugak

  39. Salam

    Kepada Penyokong kerjaaan perpaduan, tidak perlulah membacking tentang usul tersebut. Patuhilah keputusan JK PAS pusat yang dikhabarkan oleh Dr Shamsuri supaya isu ini tidka bebrbangkit. Penarik beca hanya melaporkan sahaja. Tidak lebih dari itu. Memang muktamar untuk dilaporkan.

    Dengna ini bermakna, isu kerajaan perpaduan adalah usul yang tidak relevan buat masa sekarang.

  40. Isu hendak bergabung atau tidak bersama Umno laknattullah adalah tidak timbul sama sekali jika isu tersebut di bincangkan terlebih dahulu di mesyuarat dewan harian pas pusat dan mesyuarat-mesyuarat yang seterusnya. Ini tidak, tahu-tahu aje timbul idea dan kenyataan yang hendak bermuqabalah dengan Umno Laknattullah.
    Saya dapat merumuskan tentang perkara tersebut bawa terdapat dikalangan kepemimpinan PAS yang menyokong dan mendokong idea tersebut,menginginkan jawatan tertinggi(agenda peribadi) dalam kerajaan andaikata bergabungan dengan Umno laknatullah nanti.
    Kesian saya kepada semua ahli-ahli Pas yang selama ini bekerja dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

    Pemimpin-pemimpin yang macam itu...Kasi masuk ke dalam "recycle bin" waktu muktamar yang akan datang..
    Saya yakin dan percaya, ahli-ahli Pas sekarang ini sudah matang dalam memilih siapa pemimpin mereka yang boleh meneruskan perjuangan untuk menegakkan daulat islamiah dari pemimpin yang hanya pandai bersandiwara...
    TAKBIRRR!!!!

  41. apa tujuan unity govt adalah untuk agihan kerusi kabinet. ada orang tak sabar dah nak jadi menteri atau takut kehilangan jawatan pada mukamar jun nanti. ni tanya bukan tuduh ha....

  42. Yang menghairankan, kenapa cawangan Teras Jernang masih lagi nak teruskan dengan usul tersebut, kalau ianya betul2 sudah tidak releven?

    Soalan kedua, mengapa Adram tidak menasihati cawangan Teras Jernang untuk tidak meneruskan usul tersebut kerana cawangan tu cawangan dia?

    Soalan ketiga, kalau isu itu betul2 sudah tidak releven kerapa cawangan Teras Jernang, yakni cawangan Adram, tidak menarik balik usul tersebut?

    HAKIKATNYA, usul tersebut telah dibentang kepada ahli mesyuarat dan tidak mendapat sokongan dari mana-mana ahli mesyuarat yang hadir.

    Maklumat saya dapat, PEngerusi Tetap tidak pernah mengatakan isu ini tidak releven dan ucapan perasmian Dr Samsuri tak pernah suruh mesyuarat menarik balik usul tersebut. Beliau hanya berkata bahawa isu ini sudah tidak relevan kerana Najib dah naik. Dr Samsuri pun saya rasa tak sedar ada usul seperti ini.

    FAKTA: Usul tersebut telah dibentangkan dalam keadaan Cawangan TEras Jernang masih boleh menarik usul tersebut atas dasar tidak releven?

    Cwgn Teras Jernang adalah Cwgn Ketua Pemuda Serdang, yakni Idram

    Usul tersebut dibentangkan dan dibuka kepad ahli untuk disokong dan tidak mendapat sokongan mana-mana ahli.

    Idram adalah anak usrah Ustaz Kayu, sama seperti Dr. Samsuri dan pernah terlibat dalam mesyuarat dgn Pemuda berkenaan dengan Muzakarh di rumah di Bangi

    Kenyataan Adram ni mcm nak tutup malu sahaja.

  43. Ustaz kayu, Dr Samsuri dan selain nya telah pun di Close Surveillance sejak beberapa waktu yang lalu. Beritakan lah yang benar dan jangan sesekali bersekongkol dengan mereka mereka yang boleh meruntuhkan jemaah. sama sama kita membina jemaah islam yang kita dokong ini berdasarkan perlembagaan parti kita. Kita sepatutnya hebat kerana menerima Islam secara total. Lupakan apa jua strategic planning kalau ianya merugikan PAS dan kalau ianya hanya untuk kepentingan beberapa kerat pemimpin.

  44. menyingkap apa kata adram:

    "Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa."

    pembedahan dari penjelasan diatas mendedahkan yang berikut:

    1. pengucapnya setpol presiden
    2. beliau menjelaskan maksud cadangangan kerajaan perpaduan
    3. beliau memberi konklusi - cadangan kerajaan perpaduan perlu dihentikan atas perkembangan perubahan politik semasa

    selaku setpol presiden adalah menjadi tanggungjawab beliau mengambil peluang menyentuh berkaitan kerajaan perpaduan yang kononnya dilontarkan oleh presiden (ide kerajaan perpaduan ini sebenarnya dari tengu razaleigh). sebagai orang yang amat hampir dengan presiden beliau sudah tentu diberi kepercayaan mendapat gambaran sebenar mengenai kerajaan campuran ini.

    justeru dalam peluang merasmikan mesyuarat dppks beliau menerangkan maksud kerajaan perpaduan ini. perwakilan serta pemerhati mesyuarat dppks amat bertuah kerana dapat mendengar sendiri dari setpol presiden maksud kerajaan campuran ini manakala ratarata dari ahli pas yang lain hanya menerima maklumat sepertimana dilaporkan oleh media massa khususnya siasah milik siapa?

    akhirnya beliau memberi konklusi "cadangan kerajaan perpaduan perlu dihentikan atas perkembangan perubahan politik semasa". maknanya kerajaan perpaduan tidak relevan lagi, sudah null and void. peluang digunakan untuk melunakkan akar umbi pas khususnya perwakilan serta pemerhati mesyuarat dppks bahawa tidak timbul lagi cadangan kerajaan campuran setelah berlaku perubahan politik semasa (di dalam umno). jadi tidak patut ada lagi rasa tidak puashati, mual, jijik, meluat dengan kepimpinan yang ratarata dikenalpasti. jadi tidak patutlah ada usaha untuk menggantikan beliau. tidak mencalunkan yang lain. sikap one step backward, two steps forward?

    apa yang dilihat serta dengan apa yang ditunjukkan serta dilakukan oleh beberapa kerat kepimpinanan, memhami cara mereka bertindak, cadangan kerajaan perpaduan hanyalah terbantut untuk buat sementara. dengan erti lain, cadangan ini masih hidup, masih segar bugar dan akan diberi nafas semula apabila berlaku perubahan politik semasa (dalam umno). atau apabila tawaran lebih lumayan, mungkin. dalam politik, serba mungkin. lebihlebih lagi apabila "melayu terancam".

    jangan terperanjat selepas ini ada kejutan lain dari kalangan yang enggrossed dengan karajaan perpaduan ini. jangan terperanjat jika mereka 'berSiasah' untuk mensyurakan jawatanjawatan tertentu, jangan, jangan! pergi berambus dengan perlembagaan, pergi mampus, kami perlu pertahan orang jawatan kami? dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

    mereka telah menunjukkan tabiat nakal mereka dengan mengenepikan ajk pas pusat ketika muzakarah dahulu. untuk meredakan keadaan, melunakkan akar umbi muzakarah dichameleonkan kepada muqabalah. oppositenya tetap sama, umno!

    pemudapemuda pas! kalian adalah pemimpin hari muka. kerajaan perpaduan tidak sama, tidak serupa dengan perjanjian hudaibiyah. ayuh maju kehadapan dengan 'pas for all' dengan menjauhi, memadamkan sebarang halangan tidak kira dari siapa. perkasakan dakwah di kalangan orangorang melayu yang masih jauh dari pas. kejayaan dakwah ini adalah kejayaan Islam!

  45. Orang Terengganu ni patutnya concentrate macamana nak takluk Terengganu. Bukannya nak kacau pengaruh Pas di Negeri lain. Aku tak paham dalam keadaan Umno paling huru hara berbanding mana-mana tempat di Malaysia, sokongan kepada UMNO masih kuat di Terengganu.

  46. Kumpulan usrah ustaz kayu jangan cuba2 nak tunjuk pengaruh dalam pas pusat...kami tahu siapa anda dan orang2 dibelakang anda...

    elok lah korang semua tumpukan seluruh tenaga, masa, idea, intelektual, intelligent utk memenangkan pas di trg..


    kuda kayu

  47. Orang Selangor,

    Memang la betul cik adram dari cawangan teras jernang tu. Usul dari cawangan teras jernang, di dalam mesyuarat pemuda cawangan bersetuju untuk dibawa ke mesyuarat agung tahunan pemuda kawasan. Dah kalau pemuda cawangan telah dengan majoriti atau sebulat suara (pemuda teras jernang sila confirm mana satu ni) untuk bawa usul ni, takkan la salah cik adram. Come on la. Fahami susur galur organisasi parti. Dari segi keputusan yang mengikat dan sebagainya. Walaupun cik adram exco pusat atau sekarang ni ketua pemuda kawasan, tetapi jika di kawasan, beliau masih ahli pemuda cawangan yang tertakluk kepada keputusan ajk pemuda cawangan.

    Persoalan kenapa cik adram tidak tegur tu sudah tidak relevan. Sebab itu keputusan ajk pemuda cawangan.

    Selepas itu, dari segi masa. Aku dimaklumkan pemuda teras jernang di antara yang terawal menghantar usul kepada penganjur. Semasa mereka hantar itu, keputusan dari pusat belum lagi diputuskan. Hanya ketika hari mesyuarat agung tahunan pemuda serdang sahaja baru dimaklumkan oleh setpol presiden.

    Jangan bagi malu orang bangi la orang selangor.... setuju dengan beberapa cadangan di atas... sesiapa ada "TELUR" silalah hubungi cik adram secara anak jantan. Ada ke yang berani? kah kah kah... berani komen sajalah...


    ~ Orang taman langat jaya

  48. Buletin Online - Pas pelawa umno tubuh kerajaan perpaduan di terengganu... tak sabarsabar....

  49. Orang Taman Langat Jaya

    Isunya sekarang ini bukannya siapa ada telur atau tidak. Telur kita boleh beli kat kedai. Tetapi, isu kerajaan perpaduan telahpun basi dan tidak diterima oleh ahli. Tidak kiralah sama ada selepas diterangkan oleh Dr Shamsuri atau sebelum diterangkan, pointnya ialah usul tersebut gagal dibawa. Dan ia menunjukkan signal bahawa idea kerajaan perpaduan di tolak oleh ahli. Walau macamana sekalipun, pemuda komen, nak buat usul balik semula dsbg, namun, setakat ini, ia menunjukkan bahawa idea tersebut ditolak diperingkat akar umbi. Itu dia. Harap jangan lari tajuk

  50. Adram kata :

    "Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa."

    Dr Samsuri kata:

    "5. Saya ditanya selepas daripada ucapan saya samada konsep kerajaan unity ini di teruskan selepas perubahan kepimpinan dari Pak Lah ke Najib. Jawapan saya kepada sahabat yg membuat usul adalah TERANG dan JELAS iaitu - "atas arahan TGuru Presiden, tak perlu teruskan usul kerana idea unity govt ini ditawaqqufkan" (setelah perubahan kepimpinan negara berpindah kepada Najib)."

    Mcmna ni. Adram kata Dr Samsuri menolak releven konsep ini dalam ucapan beliau.

    Dr Samsuri kata, soal releven ini diungkapkan selepas ucapan beliau.

    Mana satu yang betul ni?

  51. mende xseberapa..tp melenting mcm beruk kene belacan..
    kalau baik terima, kalau xbaik xpyh terima..

    gunakan fikiran yg waras,jgn duk pikirkan negatif je manjang..
    optimis sket..

  52. tolak pemimpin yang berangan nak wujudkan kerajaan perpaduan dalam muktamar akan datang.

  53. Faizal pemuda Sg Ramal lagi la pembohong. Dia kata dia bangun untuk nasihatkan perwakilan supaya jangan bawak usul tu. Sedangkan dia tak bangun pun. Mana ada. Jangan menipulah, tak baik menipu di bulan mulia ni.

    Pemuda
    Jalan 4/2

  54. Masalahnya, sesetengah kita yang melenting. Pak Bakaq cuma melaporkan sahaja. Apa salahnya. Memang betul pun benda tuh. Kenapa nak nafikan dengan pelbagai alasan

  55. Hari tu kata kat sahabat JIM/ABIM ada jemaah dalam jemaah. Dia orang ada jawatan dan ada kapasiti dalam mesyuarat AJK PAS. Yang sok-sek dekat belakang, buat usrah kat belakang kemudian cuba bawa masuk idea dalam PAS tu macamana? Sapa yang jemaah dalam jemaah ni?

  56. penasihat di sekeliling tg presiden, satu jemaah. ajk pas pusat satu jemaah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008