Orang hantar email berikut kepada saya. Soal saya setuju atau tak setuju, itu soal lain. Tapi, atas nama demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara (kecuali yang boleh menyebabkan aku kena saman), saya siarkan:
Datuk Seri Azizan Razak layak jadi Presiden PasPada dasarnya ahli akar umbi Pas di Kedah kali ini mahukan seorang pemimpinnya menjadi pemimpin kanan dalam Pas setelah berjaya dalam usahanya merampas kerajaan Kedah daripada BN. Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai tanpa kewibawaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di samping keberkatan naungan Ilahi.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan yang merupakan anak didik Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah pimpinan pelapis yang diketengahkan oleh Almarhum untuk memimpin PAS satu hari nanti.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan adalah pemimpin yang pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Beliau tidak lagi terikat dengan pakaian jubah dan serban sepanjang masa. Sebaliknya cara berpakaiannya itu adalah bersesuaian dengan majlis yang dihadirinya.
Selain itu hubungan beliau dengan rakyat pelbagai kaum adalah begitu akrab sekali tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India atau Siam. Sejak Kedah di bawah pentadbirannya, beliau telah mentadbir dengan baik kepada rakyat kedah.
Kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau tempoh hari membuktikan bahawa kewibawaan dan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan telah diterima dengan baik oleh majoriti pengundi di Kedah.
Ianya juga telah melonjakkan lagi nama YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan di mata rakyat Kedah khususnya dan ahli-ahli Pas amnya.
Di samping itu, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang boleh diterima oleh semua golongan dalam Pas termasuk Ulama, Ustaz, profesional dan ahli di peringkat grass root (akar umbi).
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan juga pandai untuk menjadikan musuh politik iaitu Umno sebagai rakan. Mana-mana jawatan atas tiket politik di negeri Kedah yang dilantik oleh Umno sebelum jatuh tersungkur pada tahun lepas dikekalkan oleh beliau tanpa membuang begitu sahaja sehinggalah kontrak mereka tamat.
Keadaan ini telah menjadikan motto ‘Kedah sejahtera’ tercapai dalam masa yang singkat sahaja kerana Kedah aman damai di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan.
Sekiranya sebuah negeri yang besar seperti Kedah boleh ditadbir dengan baik oleh beliau, tidak mustahil Pas dapat dipimpin dengan lebih baik lagi di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan.
Berikut adalah profil YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak:
ASAL
Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
Dilahirkan pada tahun 1944
Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British
PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan Sungai LimauMaktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965)
Universiti Al-Azhar
University Of Kent, Canterbury
KERJAYA
Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966)
Ketua Jabatan Syariah, UKM
Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina
Pensyarah UIAM (1983-1984, 1986-1995)
PENGALAMAN ANTARABANGSA
Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, Manila
PENULISAN ANTARABANGSA
Dirasah Hawla At-Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina
Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986
Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory and Corporative Study, terbitan Southeast Asian Studies Program
Oleh:
Ahli Seumur hidup Pas











Cantik? Klik 






cadagan yang baik
salam bang Bakaq...
Bab ni aku kurang setuju, kalau nak ambik Timbalan OK... kalau Presiden aku rasa tak payahlah.. kekalkan yang sedia ada... aku tak mau nanti PAS pun ada parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim berulang lagi..
Aku pun dah buat cadangan dan kenapa aku nak kekalkan TGHH didalam bolh aku..
Ketokohan Us.Azizan diKedah tidak dapat dinafikan.Selain seorang "ulamak"beliau juga mempunyai kelayakan profesional yang tinggi.Sebagai MB Kedah yang baru setahun jagong,ada baiknya beliau menumpukan usha dan tenaga diKedah agar Kedah tetap mantap dalam PR yang akan datang dan seterusnya kekal ditangan PAS sebagaimana Kelantan.Kita tak mahu apa yang berlaku diTrengganu berlaku diKedah.Jawatan tinggi diperingkat Pusat tak penting dibandingkan dengan sebuah negeri yang dikuasai.Adalah tidak adil "membebankan" beliau dengan tugas-tugas tambahan - akhirnya "yang dikendong berciciran,yang dikejar tak dapat".Inilah "penyakit" yang ada dalam PAS.Individu yang "mampu buat kerja","yang rajin" dan yang "banyak idea" selalunya dihempukkan dengan terlalu banyak "jawatan" dan tugas sehingga dia diresapi sindrom "Peter Principle"- yang kompiten menjadi tak kompiten.Apa bila ini berlaku kita semua yang akan mengkritik dan menghentam dia walhal salah kita kerana terlalu "membebankan" dia.Inilah yang sekarang berlaku kepada Dato Sri Nizar Jamluddin - ahli Dewan Negeri,sekarag Ahli Parlimen,punya beban dan tanggungjawab yang berat untuk "memulihkan keadaan" diPerak,nak ditabalkan pula jawatan-jawatan tinggi diperingkat Pusat.Bukanlah kita tak berhajat untuk beliau menjadi Tim.Presiden mahu pun Naib Presiden - namun "timmingnya" tak kena.Beliau masih muda lagi dan empunya banyak masa untuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam PAS.Ada pepatah Inggeris menyebut "Dont kill the goose that lays the golden eggs"(Jangan membunuh angsa yang mengeluarkan telur emas) dengan harapan dalam badan angsa itu terdapat lebih banyak telor emas.Fikirkanlah.
kalau layak calon la ... lagi ramai orang layak jadi presiden pas lagi baik.. ramai orang berkelayakan tak seperti depa .. takdak calon presiden .. mahathir single..dollah pun single .. najib pun single .. asyik menang tak bertanding .. tunjuk ramai2 baru syok buat buat pilihan .. orang kata biak ada choice to select ..
Ustaz Isap rokok..layakkah jadi Pres PAS???Bukanke TG Nik Aziz kata samalayak dengan lembu saja??
Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai tanpa kewibawaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di samping keberkatan naungan Ilahi.
.........................................
Tok sah dok perasan melebih lebih had - Kedah belum ada sebusuk rakyat kelantan yang dihuluq depa tibai, tetapi lepaih depa telan semua, depa kata apa yang UMNO huluq tu haram, rasshuah..
PAS menang di Kedah dan lain lain tempat kerana rakyat dan ahli UMNO menolak kepimpinan paklah dan sebagai protes mereka mengundi pembangkang atau merosakkan undi - itu kenyataan.
Soal Ustad azizan layak ke tidak jadi Presiden PAS, rasanya biaq le yang muda muda - jangan dah jadi macam Nik Aziz, lebih uzur dari sihat - banyak kerja terganggu tapi tak sedaq sedaq lagi dok pegang jawatan MB.
Berat tu tanggunjawab jadi Presiden...Lebih baik jaga negeri Kedah supaya terus diperintah Pakatan Rakyat selepas pru-13 nanti.Umno Kedah pun la ni dah dapat ketua baru shafie afdal dari negeri bawah bayu, lepas ni boleh la lawan bercakap dengan ust Azizan.Mahazir khalid tak malu ka "orang luar" dok bersilat dalam umno kedah.Teruk sangat ka umno kedah sampai lantik shafie tu jadi ketua?Umno Kedah mau ka dengar cakap shafie tu...dulu masa jadi menteri hal ehwal pengguna kes harga ayam pun tak boleh selesai.
satu lagi fakta yg penting melayakkan beliau jadi presiden,
beliau juga "double Barrel" mcm presiden la ni!
Cadangan yang baik.. Beliau dihormati kawan dan lawan. Caranya sederhana... Insya'allah pas akan maju setapak lagi.
-pemerhati bebas-
kata orang, masa zaman pimpinan almarhum ust fadzil dulu, antara tokoh utama pas yang sering diminta nasihat geng yang kurang senang dengan arwah ust fadzil adalah ust azizan inilah. entah betul, entah tidak.
Komen kluangman terhadap Tok Guru Mursyidul Am saya siarkan juga sebab budak tu rasanya org Umno. Saya siarkan juga komen org Umno kerana ia memberi peluang bertaaruf dengan akal dan otak mereka.
ustaz azizan memang layak, tapi saya tak fikir dia tu pelahap....tamak dgn jawatan, lagipun Kedah lebih patut di beri perhatian....
saya awal-awal dah dapat signal....ustaz azizan tak minat !!....bukan macam tok det dan UMNO, dah jatuh talak pun terhegeh-hegeh naik pentas jugak...memang pelahap !
Sebagai seorang ahli UMNO, aku tak keberatan menerima Dato' Seri Azizan sebagai MB Kedah. Aku nampak dia bijak dan rasional dalam tindak-tanduknya, tidak beremosi, selalu tenang. Riak wajahnya membayang seorang yang adil, tidak sombong dan lebih penting lagi tidak berdendam ! Sebagai orang Melayu, aku perlu hormat dia. Soal politik, itu isu lain. Selagi dia MB, kita harus menerima dan layan dia mengikut statusnya sebagai Ketua Kerajaan di Kedah. Amat kurang sekali pertelingkahan antara PAS dan UMNO di Kedah di bawah pemerintahan Dato' Seri Azizan. Harapnya jangan pula orang di sekelilingnya yang menjadi 'lebih camca dari bubur'. Perjuangan bangsa lebih penting kepada kita orang Melayu , baik dari UMNO atau PAS.
nak pesan ni... DS Azizan, kalau hang jadi calon dan juga tok guru2 lain yang jadi calon , kalau la kalah jangan la pulak jadi katak, lompat keluag berkokok jauh2. malu eh, macam depa sebelah sana nu. contoh tak baik macam tu jangan tunjuk. hang semua junjung koran dan hadis. kalau yang menang tu junjung koran dan hadis yang sama hang semua junjung ikut la no...
nak TGHH gk...
Pak Bakaq,Ustauz Azizan memiliki karisma.Anak didik Al Marhum Sahibul Fadilah Ustaz Fadzil Noor.Mungkin ahli dr Pantai Barat inginkam pengiliran.Punbegitu tugas MB Kedah menagih perhatian yg bukan sedikit.Apapun jua semoga para perwakilan membuat keputusn terbaik demi kelangsungan harakah.Kita tetap mendoakan kesejahteraan.Wehdah wehdah Islamiah. Nona Ratana Chulaborn.
Salam Pak Bakaq,
Ada satu cerita untuk kau orang semua. Nak percaya tak percaya terpulanglah. Baru-baru ini (selepas UMNO kalah di Bkt. Selambau) aku berjumpa dengan bekas rakan sejawat aku dulu sekarang ADUN PKR Kedah. Dia ni memang agak teruk masa kami sama-sama bekerja dahulu. Kaki betina pun dia, kaki sapu duit dalam syarikat pun dia (nama tak sebut kerana sudah taubat kot?). Dalam pertemuan aku dengannya, dia mengaku sungguh-sungguh bahawa kalau tidak Arumugam letak jawatan, memang semua ADUN PKR Kedah telah sedia lompat kerana dapat offer 'bagus punya'. Nasib baik katanya.
Kesimpulan cerita ini menunjukkan Ustaz Azizan juga salah seorang MB yang bernasib baik. Bukannya handai sangat. Beliau juga manusia biasa yang baru setahun jagung mengepalai kerajaan negeri dan kalau cerita diatas dijadikan kayu ukur, mungkin Kedah menjadi negeri nomber 2 jatuh ketangan BN tempoh hari. Masih banyak yang Ustaz Azizan perlu belajar dari PKR ini. Lainlah kalau Kedah dimenangi mejoriti ADUN PAS baru nampak kejaguhannya.
Akar Umbi PAS jangan jadi kuduk naik junjung dan kacang lupakan kulit. Pertandingan yang MELAMPAU boleh menyebabkan penderitaan pada parti dan terpaksa ditanggung agak sekian lama. Kalau setakat Tim. Presiden tu taklah teruk sangat.
Anonymous Sat, Apr 25, 2009 at 8:29 PM,
Komen Tuan/Puan terpaksa saya edit. Kedua, saya bukan penyiasat. Komen diedit seperti berikut:
ada orang kata, ustaz azizan kaki hisap rokok dan kaki p***l b**i ..harap bakaq siasat.
Cangkoi
Komen Tuan/Puan teruk sangat belasah Ustaz Azizan. Walaupun betui, itu soal lain. Tapi bukan untuk public consumption, saya rasa.
Tabik, Cangkoi! Tak berani nak publish komen Tuan/Puan.
Sokong Ustaz Azizan sebagai Presiden PAS
Saya tertarik dengan saranan seorang ahli PAS seumur hidup baru-baru ini yang mencadangkan agar Ustaz Azizan Razak dicalonkan oleh PAS Kawasan sebagai Presiden PAS.
Saya ingin menyokong cadangan tersebut kerana Ustaz Azizan dikenali sebagai seorang pimpinan PAS yang tegas. Beliau juga adalah pimpinan yang menolak cadangan supaya PAS bermuqabalah dengan UMNO.
Terus terang saya katakan bahawa saya mahukan kepimpinan PAS kali ini adalah terdiri daripada pimpinan yang tegas menentang gagasan muqabalah demi memastikan PAS tidak lagi berpecah seperti sekarang.
Saya mahukan gandingan yang mantap dan bersatu di antara Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz dengan presiden seperti Ustaz Azizan. Sebelum kes muqabalah ini timbul, PAS bersatu padu. Golongan yang menimbulkan muqabalah lah yang telah menyebabkan berlaku peperangan terbuka dalam media di antara Mursyidul Am dengan Presiden sekarang.
Saya juga cadangkan Haji Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden. Beliau juga menentang muqabalah.
Untuk Naib Presiden Haji Husam Musa, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Mujahid Yusuf.
Demi menyatukan kembali PAS, haruslah kita menyingkirkan puak-puak muqabalah atau fraksi UMNO dari kepimpinan PAS selama-lamanya dan seterusnya memenangkan mereka yang tidak mahu kepada muqabalah.
bakaq, aku x tau la btoi ka dak kan, tapi klu btoi hang dah dikira mendedahkan aib org, hang kata hang sokong PAS, kita PAS dasar Islam, dalam Islam x blh aib org, bkn jenis kita, hang ni dah kira mengaibkan org, hang ni geng2 yg x suka ulama' kot, hang bkn x tau, kita ni tau byk rahsia org Umno hat teruk2, ada kita wat isu dak, tapi hang, yg kononnya sesama Pas blh siar komen yg berunsur peribadi, 2 antara dia dgn Tuhan, kita ni bkn maksum, nak tegur bg beradab la, suka tulis surat kat s/u agung, minta tukar MB pasni, klu takat luah kosong x pyh la, suruh mengaji x mau, hang kata dulu dia bos hang, tapi hang malukan org tua 2 smpi tera ni no, aku mintak tuhan balas ja jasa hang bakaq ai
ana ingat semua orang ada peluang,jadi tidak salah kalau ada pencalonan dari semua negeri untuk jadi calon presiden.yang penting pas tetap memiliki pemimpin yang berkeliber.Manusia bukanlah maksum sifatnya.Jadi ada baik dan buruk sikit2 tu boleh diperbaiki dan diterima.All the best PAS!!
La...tak pasai-pasai hang kena marah lagi Bakaq oi.. Sensitive betoi depa ni.. Depa tak tau ka.. pemimpin ni..serupa jadi laki dalam keluarga la jugak.. Kalau menikah dua, bukannya macam aci main one two sum...Janganlah kita ni dibuat macam bini dia pulak...Main ikut suka hati saja...Pi mana pun tak habaq..Sikit sikit nak jerkah..
”barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan (selepas dilantik), dia telah disembelih tanpa pisau”
Tak pa kut..kali ni..
Baguih la kalau ramai yang bertokoh dan berbakat dalam PAS, tapi takkan semua nak tolak jadi Presiden. Ahli boleh mengundi ikut perlembagaan parti, kalau menang atau tidak, terima saja. Kalau boleh bukan setakat pemimpin kena taqwa, bahkan sampai ahli pun kena ada, baru kemenangan Allah akan anugerahkan. Sultan Muhammad Al-Fateh dijanjikan oleh Rasulullah akan menawan Konstantinopel, kerana rajanya adalah raja yang baik, tenteranya adalah tentera yang baik, dan rakyatnya adalah rakyat yang baik (sila baca kisah).
kalau nak naik ke presiden biar dari timbalan dulu baru cantik ada pengelaman kalau jadi presiden selalau jangal sangat tak payah sakit kepala lah