Sedap!! Klik gambar di atas!

Bukit Gantang 11.59 AM

Saya tak update blog ni sebab berkubang di kampung saya. Saya budak Matang, dalam kawasan Bukit Gantang.

Saya bangga jadi budak Matang sebab dikampung saya Umno dan PAS semua ada akal. Parti berlainan. Tetapi, sakit demam, jika berlaku kematian, kenduri kendara semua berpakat dengan baik.

Sebahagian orang Matang bukanlah mengaji tinggi sangat, kalaupun tak seperti saya yang sekolah menengah pun tak habis. Tapi depa ada akal. Saya benci orang bergaduh kerana parti.

Memang kita berlawan untuk mempertahankan keyakinan kita. Saya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dilihat bersih. Orang suka mengaitkan beliau dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mana saya tau dia bersalah tak bersalah. Yang sering saya bangkitkan ialah hakikat bahawa orang sentiasa mengaitkan beliau dengan Altantuya. Berpisah tiada.

Keadaan semakin buruk apabila tiga orang peniaga gerai ditangkap di Simpang (dalam kawasan Bukit Gantang juga) semalam semata-mata kerana menjual topeng Altantuya. Yang nak tergelak apabila polis bawahan yang innocent memberitahu peguam yang ditangkap bahawa beliau sebenarnya dah dua tiga hati cari topeng Altantuya tu. "Anak saya nak," kata beliau. Bila tiga peniaga tu kena tangkap, barulah dia tau perkara itu dipandang salah.

Saya hanya melaporkan apa yang berlaku di kalangan rakyat. Altantuya semakin menjadi ikon. Walaupun pada awalnya tidak sedar dan tidak perasan, mereka akhirnya akan sedar bahawa Altantuya adalah ikon mangsa kezaliman.

Berbalik kepada kampung saya, saluran mengundi tu dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, PAS kalah kira-kira 200 undi. Kali ini pun, saya jangka tidak berubah berdasarkan pola pengundian. Saya boleh agak pola pengundian kerana kampung saya.

Di kalangan adik beradik dan kawan-kawan yang sempat saya berbual dengan mereka, saya letak 70 peratus PAS dan 30 peratus Barisan Nasional (BN). Jangan silap baca, saya kata di kalangan adik beradik dan kawan-kawan yang sempat saya berbual dengan mereka.

Saya nak buat macam mana. Pak Ngah saya dulu Umno berkarat. Kali ini bila saya nak merayu undi kat dia, dia bawak topi PAS kat saya. Dia pulak nak kempen kat saya. Apa saya nak kata?!

Abang Pin Banjaq (Banjar) yang dulu saya ambik upah tetak batang pial kat dia. Dulu Umno hangit. La ni PAS. Siap bersyarah merata market Matang (di kampung saya, pasar tu tak panggil pasar. Panggil merket - e yang mula-mula tu, yang mer, e tu e tanda). "Aku umoq tinggal banyak ni dah (sambil menunjukkan isyarat yang menunjukkan sedikit dengan jari dia), aku mesti bagi tau hampa".

Abang Pin ni saya tak boleh lupa kisah dia halau kera di kebun kacang panjang dia. Kerana selalu dok kacau tanaman dia, satu hari dia pasang perangkap nak jerat kera. Kami pun heran, "Buat apa Abang Pin nak tangkap sekoq kera ja?" Dia pun jawab, "Hampa tengok saja la".

Bila dapat seekor kera, Abang Pin warnakan kera itu dengan pencelup merah yang pekat likat. Lepas tu dia lepaskan kera itu. Bila dilepaskan, kera yang ketakutan itu cunggit sakan nak pi kat kawan dia. Mencacak-cacak ekoq dia berlari nak pi kat kawan dia. Yang kawan-kawan dia pulak, bila tengok-tengok apa menatang pulak ni warna merah dok menerpa kat depa, depa pun lari sakan merata atas pokok-pokok tu kerana ketakutan.

Jenis kera ni, dia kalau lari, dia lari sekawan. Saya tak tau apa terjadi lepas tu. Mesti la saya tak tau. Mana aku tau kera-kera tu buat apa. Tapi saya agak, kera yang diwarnakan dengan pencelup merah jadi kera tunggai (tungal). Kesian dia.

Untuk beberapa lama, kebun kacang panjang Abang Pin Banjaq tidak dikacau kera.

Saya tulis cerita di atas, sebab saya tengok ada juga orang-orang Umno yang jadi macam kera yang diwarnakan pencelup merah tu. Kawan-kawan lari dari dia. "Tu la aku kata, hang jangan dok sokong Pak Lah tu. La ni dia dan berenti, hang nak jadi apa?!!"

Keseluruhannya apa peluang di Bukit Gantang? Dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu, calon PAS Allahyarham Roslan Shaharom mendapat 47 peratus undi Melayu dan kira-kira 65 peratus undi bukan Melayu. Kita tumpu undi Melayu, kalau hilang 10 peratus pun dari 47 peratus pengundi Melayu yang dulunya undi PAS itu (bukan dari semua jumlah pengundi), saya rasa PAS masih dapat kira-kira 42 peratus undi Melayu.

Keputusannya bergantung kepada undi bukan Melayu. Mungkin sebab itu Zaharin Yassin (la ni dah Umno balik dah) tadi kata kat saya, kalau BN menang, ia akan menang di bawah 2,000 undi. Kalau kalah, BN akan kalah di bawah 1,000 undi. Sama-sama kita tunggu.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ni aku nak cerita kat hang pulak pasai Kampung Che Had Dhali, di Kamgpung Jerung (Kampung Wawasan masa zaman Dr. Mahathir dulu, dalam DUN Bukit Selambau.

    Dulu masa PRU12 jugak UMNO hangit, tapi kali ni PAS hangit pulak.

    Pakat kempen suruh undi Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat hari ini di Bangsai Panas PAS, depa kata benci kat Najib.

    Pasai apa akupun tak tanya

  2. PAS menang bererti orang melayu dh boleh sokong cina..tunggulah pasni malaysia akan jadi cinasia...

  3. salam Pak Bakaq

    Nak buat lagu mana lagi angin perubahan dah sampai,pakat pakat kita tunggu keputusan nanti....tunggguuuu!!!

  4. cerita kera Pak Bakaq cukup best. Macam dapat inspirasi nak bagi tau pak mertua (penyokong Pas Arau) yang kebun dia kena kacau beruk mak yeh.

    Dia selalu boh taik (orang utara patut tau terma ni) kat Pak Dan Kassim kununnya orang tua tu yang lepaih beruk kat area Poko Sena pasai kuat Pas.

  5. kita tengok sapa yang kena....

  6. Salam bang bakaq n family

    Akau tak berkesempatan p PRK Bkt Gantang. Melilau di Bukit Selambau saja. Cerita kera ni aku teringat juga proses memburu kera yang kerekah buah getah muda. Bila buah muda kena kerekah, maka getah disedut ke pucuk, maka hasilnya pun ciput jadinya.
    Ada pernah sekali nampak kera kena tembak tengah menyusu anak. Bila dah kena dia sempat susukan anak pastu peluk cium dan letak anaknya atas dahan. Pasti 'kedebum' maknya jatuh. menitik air mata aku. Itulah tembakan terakhir dan org kg tak tembak dah. Kalau ada pun lepas tu guna mercun saja.
    Pun begitu saat Paklah lepaskan Najib. Dipeluknya Najib, cuma tak la pulak disusukan. Maka lepas ni adakah Najib gantikan mercun untuk menakutkan org apabila c4 dilihat terlalu ganas

  7. Patut la bubuh warna gambaq (Tak Nak) kat atas tu kaler merah.

  8. hang memang berkubang betui bakaq. aku duk belayaq juga kat blog hang tapi takde update pru bukit gantang.

  9. PAS menang ataih 2000, muekekekekekkke ciakkk!!

  10. Pas Menag kat PRK Bukit Gantang

    Tahniah buat YB DS Ir Nizar (MB Perak yang Sah).....

    Tahniah dan Terima kasih banyak-banyak buat Blogger-Blogger semua (Wak al-Banjari, Topeng Perak, Ajijoi, Cyberboron, MSK, Umi dan banyak lagi) atas sumbangan dan pergorbanan kalian....
    Hanya Allah yang dapat membalasnya....

    Panjatkan kesyukuran kita pada Allah (Buktikan dengan sujud syukur)....
    Lepas ni jangan lupa tambah amal ibadat kerana anugerah kejayaan ini.....
    Kepada pihak yang kalah jangan dikeji melampaui batas....
    Jangan kita terlalu Angkuh atas kemenangan ini.....
    Sama-sama kita berdoa agar kita, kawan kita, musuh kita dan semua rakyat Malaysia diberi Hidayah agar dapat menegakkan syiar Islam...

    Dari Allah kita datang, Kerana Allah kita berjuang dan jangan lupa kepada Allah kita akan kembali...

    Maaf buat musuh jika terluka hati akibat bicara yang beremosi...
    Tahniah buat teman seperjuangan dan bersama-sama raikan kejayaan ini dengan membanyakkan puji-pujian kepada Allah yang satu....
    Kepada yang diatas pagar itu berhati-hati takut terjatuh, berhijrahlah kearah kebaikan, jauhi kejahatan....
    Restu Allah adalah Restu semua termasuk Restu Rakyat....

  11. Apa jadi dengan anak kera yg ibunya kena tembak tu? Korang tinggalkan situ kat dahan tu ke? Orang kampung amik bela pi buat kera amik kelapa? atau kawan2 kera dia amik balik?

    Anon

  12. Dgr cerita la ni dia dah jadi supir

  13. Cerita pasai kera, nak tanya sikit, kera hitam yang mengaku MB Perak tu bila nak turun, dah tak dapat restu rakyat. Kalau tak nak turun juga, sah muka tak malu.

  14. To Anony April 7 at 1.55pm

    Awatlah hang nie bahalol sangat...
    PAS bukannya sebuah parti bangsa...
    Kalau Umno Laknatullah bolehlah hang kata macam tu...
    Ada Faham...
    Tu lah..sebab banyak sangat makan benda kotor..hati pun ikut sama jugak...k.o.t.o.r

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008