Sedap!! Klik gambar di atas!

Ayat Puteri Gunung Ledang Tok Guru Nik Aziz

Dah baca isi hati anak Tok Guru Mursyidul Am, Ustaz Nik Abduh? Dasat jugak perdebatan dalam postingnya yang bertajuk "Kerja-kerja bodoh dalam PAS".

Saya tak nak campur. Saya tak suka dua-dua. Nak berkendak dengan Umno saya meluat. Gila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tahap Tampoi sampai tak hormat Presiden pun saya meluat. Meluat sungguh-sungguh!

Namun apa yang menarik dalam posting Ustaz Nik Abduh ialah petikan kata-kata ayahnya. Saya tak la tau membaca isi hati Tok Guru Mursyidul Am PAS. Tetapi, Ustaz Nik Abduh yang saya hormati menulis seperti berikut:
Selamba saja ayahanda memberi komen. "Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama."
Setakat cetek dan dangkal saya, secara zahirnya kata-kata tersebut tak ubah seperti kata-kata Puteri Gunung Ledang kepada Tun Mamat bangang pecacai raja ketika puteri itu mengenakan syarat yang luar biasa kepada Sultan Mahmud dengan tujuan untuk menolak peminangan raja bodoh yang rakus dan kurang ajaq itu.

Kalau saya tak betul, tolonglah betulkan. Maklumlah, saya ni sekolah menengah pun tercicir. Lebih dari itu, Tok Guru Mursyidul Am bukan ayah saya. Manalah saya nak tau baca fikiran dia.

Setakat tu saja la ulasan saya. Tak berani nak lajak sangat dalam memberi ulasan.

Tetapi yang saya nak ulas sangat ialah beberapa komen dalam blog ni yang menuntut Tok Guru Presiden berundur. Saya hormati pandangan dan keinginan depa.

Tapi saya teringat perbualan saya dengan seorang bekas pensyarah UKM. Dengan begitu cermat dan sopan, dia menyatakan kegelisahannya terhadap kepimpinan Tok Guru Presiden.

Saya lalu mengajak dia melengung dengan saya fikir seorang demi seorang pemimpin PAS dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Nama Tok Guru Mursyidul Am kami tolak siap-siap. Kami sependapat, dah elok dah Tok Guru Nik Abdul Aziz berada pada jawatannya sekarang.

Kami sama-sama tak ada kepentingan. Yang bekas pensyarah tu ada PhD. Dia pun dah senang lenang dah. Tak payah nak minta apa satu pun dari PAS. Saya pulak, walaupun Tok Guru Presiden melayan saya seperti manusia, tetapi saya yakin dia bukannya berkenan kat saya. Saya tak percaya saya boleh melunakkan hatinya terhadap saya walaupun saya membodek dia sampai tunggin buyung sekalipun.

Kami lalu menyebut nama demi nama. Semua nama yang disebut kami sepakat menolak. Tak dak seorang pun yang layak dan berhak untuk berada pada jawatan Presiden PAS. Lemah macam mana pun Tok Guru Abdul Hadi, belum ada yang layak menggantikannya.

Yang beria-ia sangat bagi komen kat blog ni nak undurkan Tok Guru Abdul Hadi, berapa orang dari hampa yang tua atas jalan? Tau apa dia tua atas jalan? Pi sana sini buat kerja parti sehingga lebih banyak usia dihabiskan atas jalan dari di rumah bersama keluarga.

Berapa orang yang tua atas jalan kerana Islam?!

Berkaitan:
Dakwaan Nik Abduh timbulkan kekeliruan... (Malaysiakini 27/4/09)
Kerja-kerja yang sepatutnya ada dalam PAS (Lot 250 27/4/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kerja agama, ALLAH yang maha mengetahui. Setiap jamaah seharusnya berfungsi ,kelemahan dan kelebihan masing-masing saling lengkap-melengkapi. Indahnya perjuang PAS sebab kita takut dan gerun dgn ALLAH.

  2. Yang tua atas jalan tak banyak tapi yang ramainya tua dimakan dek hari.(tua-tua saja)

  3. Ada penerangan alternatif kepada luahan Nik Abduh.

    http://www.malaysiawaves.com/2009/04/nik-abduh-tak-faham-penerangan.html

    Artikel Nik Abduh ni mcm tak matang lagi dalam politik la.

  4. "Kalau saya tak betul, tolonglah betulkan. Maklumlah, saya ni sekolah menengah pun tercicir."

    kalo cam2 xyah la ckp ape2..diam2 suda..orang lain yang pakar politikt pun x macam hang..ingat orang nak dengaq cakap hang?

  5. Cuba bandingkan apa yang TGNA dan ulasan Khalid Samad pasal perkara ini:

    Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.http://www.khalidsamad.com/2009/03/question-of-unity-government-dwibahasa.html

    Saya rasa TGNA dan Khalid Samad pakai taktik Puteri Gunung Ledang tu lah Pak Bakaq. Tapi, itulah susah kalau berkias2 ni ada pulak yang tersalah faham. Rujuk sini pula:

    Hadi however dismissed speculation that his proposal was rejected by the party’s central committee, saying that the matter was thoroughly discussed in various dialogue sessions with party leaders.

    “Many agreed with me and finally we reached a consensus. Including Khalid Samad, if you read his blog, he agreed with the suggestion,” said the former opposition leader, referring to the Shah Alam MP

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/23702-with-najib-in-hadi-withdraws-unity-government-offer

    kang aku mintak pegi kutip hati nyamuk kang baru korang tau...

  6. Salam Pak Bakaq,

    Awat hang dok merendah diri sangat. Saya rasa hang suka provo orang supaya ajenda hang melaga-laga orang melayu tercapai. Jangan jadi hipokrit macam pemimpin UMNO sudahlah.Rakyat selalu digula-gulakan.

    Apa pun isu-isu yang hang cuba sampaikan selalu hot untuk direnung. Kalau nawaitu hang baik, teruskan. Kalau tidak hang dimakan sumpah. Sumpah orang UMNO! He he..

  7. Rupanya kat Selangor ni, kumpulan dari Dewan Ulama telah pergi berkempen dengan kawasan2 supaya pimpinan2 peringkat Kawasan menerima idea Kerajaan Perpaduan seterusnya memasukan PAS ke dalam BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

    Oleh kerana kempen ini begitu agresif, hasilnya adalah pimpinan2 kawasan dan cwgn menolak terus idea Kerajaan PErpaduan dan menolak dgn agresif idea memasukkan PAS dalam BN.

    Movement “DEwan Ulama” di Selangor ini telah menyedarkan ramai di Kawasan akan kebenaran pendedahan dalam blog2 anti muqabalah i.e. Penarik Beca, Tulang Besi, Mat Saman Kati dsbnya.

    Syabas. Ada juga gunanya blog2 ni semua. Kalau tidak tidak akan berlaku “backlash” serta penolakan idea kerajaan campuran dengan begitu meluas.

    Idea terakhir mereka adalah penganjuran Seminar sempena Jubli Perak Kepimpinan Ulama yang Pengarahnya adalah Ustaz Mat Zain, Ketua Ulama Selangor.

    Mereka menganjurkan seminar ini pada 25 May, yakni beberapa minggu sebelum Muktamar. Tujuannnya adalah untuk meningatkan ahli2 PAS akan jasa Ulama dan tidak harus ahli PAS mempersoalkan ulama walaupun ulama itu salah.

    Ini kerana kumpulan yang begitu besar melobi kemasukan PAS dalam BN adalah dari kumpulan ulama kerana mereka terpengaruh dengan cerita Harussani Zakaria kononnya Islam dalam bahaya, Anwar agen amerika dan DAP membahayakan Islam.

  8. Saya cukup terkejut dgn penulisan nik abduh ttg isu ini.Saya banyak husnul zhan walaupun tahu dia antara mastermind percaturan dalam pemuda.
    Kalau tahap ini pemikirannya amatlah malang sekali.Dari sudut ilmu pun tak tertonjol campur dgn politik bodoh + ?? akhlak politik rendah = ??nakhaei in making!!
    Mohon keselamatan dari Allah.

  9. udah le tu tulang besi...banyakkan istighfar, teliti dan halusi tulisan pak bakaq.... orang bekerja sampai tua atas jalan, awak yang masih menyusu ada hati nak macam-macam..

    satu je ..... awak taksub anwar maka pas awak jadikan batu loncatan. Bila nampak 'jalan utk mengangkat anwar' orang dah letak 'halangan'...awak mula berang dan melatah macam-macam.... udah le tu, istighfar ler..

  10. Tahu Rahsia Suyuti,

    Komen Tuan/Puan terpaksa diedit seperti berikut:

    MSO/Suyuti/Merah Tinta tu sebenarnya a*** C**** P*. Dia memang ditugaskan memburukan Husam Musa kerana Husam dilihat sebagai faktor penolakan muzakarah oleh Tok Guru.

    Malangnya, Suyuti telah disaman Husam dua kali dan ada kemungkinan Suyuti akan bangkrap kerana itu.

    JAdi untuk melepaskan kemarahan beliau pada Husam, beliau telah menyerang semua orang yg anti muqabalah serta memberi penuh sokongan kepada Fraksi UMNO i.e. N** A****, T******, R***** S** dsbnya.

    Beliau ni penulis *****n yang t***k b***h dip*******i.

  11. Pak Bakaq, setuju 200% dengan tulisan enta kali ini.

    Pertamanya tentang kata-kata TG Nik Aziz tu. Takkan us Nik Abduh lurus bendul sangat tak faham maksuh TGNA?

    Keduanya tentang calon Presiden PAS selain TG Hj Hadi. Tak ada!

    Salam.

  12. Kelmarin komen Nik Abduh ni keluar sepenuhnya dalam blog roslan sms dan mso
    /merah tinta (cukup dengan komen mso).Ana setuju dengan komen Pak Bakaq tentang mso. Dendamnya terhadap Husam Musa tak berkesudahan sehinggakan "penulisannya" mengenai Husam Musa sudah sampai ketahap "tidak siuman" terlalu personal dan terkeluar dari garis kewajaran.Satelah membaca komen Nik Abduh ni,keseluruhannya dan dengan teliti,kita tertanya-tanya akan "kematangan politik" beliau.Tidak dinafikan beliau adalah "ulamak ini making"(ulamak muda} tetapi kematangan politik beliau amat menyedihkan. Beliau bercakap tentang "disiplin ulamak" malangnya beliau lupa akan "disiplin keluarga".Seburuk-buruk Khairy Jamaluddin,dia tidak pernah "menjatuhkan" bapa mertuanya.Apa yang dilakukan olih Nik Abduh langsung tidak membantu bapanya malah sebaliknya.Sudah tentulah individu "yang pijak semut pun tak mati" ini senang diperkudakan olih musuh-musuh bapa.Agenda apa yang tersembunyi dihati kecil Nik Abduh,Allah SWT sahaja yang mengetahui.

  13. Anonymous Saturday, April 25, 2009 11:05:00 PM kata:

    Ana setuju dengan komen Pak Bakaq tentang mso. Dendamnya terhadap Husam Musa tak berkesudahan sehinggakan "penulisannya" mengenai Husam Musa sudah sampai ketahap "tidak siuman" terlalu personal dan terkeluar dari garis kewajaran.

    Saya jawab:

    Saya belum pernah tulis seperti yang Tuan/Puan tulis di atas. Saya tak nak cari fasal dengan MSO atau blogger lain. Nak kata takut, nak takut apa? Tapi, buang masa.

    Sayuti benci Husam, itu dia punya fasal. Saya tak benci Husam, malah saya kasih kepadanya bila dia berjanji dgn Mat Sabu nak lawan puak melantak balak semasa dia jadi Ahli Parlimen Kubang Kerian dulu. Saya tak benci Nik Abduh. Saya juga tak benci Sayuti walaupun saya kritik dalam email beberapa tingkah lakunya.

    Saya malah tak nak berkelahi dengan orang yang Mat Sabu kecil hati kepadanya. Tak nak. Itu urusan Mat Sabu. Saya berani dakwa bahawa saya kasih kepada Mat Sabu sebagai saudara seagama tetapi saya tak nak diagendakan oleh Mat Sabu. WaLlahi, tak nak!!

    Saya dengar dan baca pandangan semua orang tetapi saya nak hidup dengan pendirian saya sendiri, seboleh-bolehnya. Tak beranilah nak cakap besar sangat. Macam berlagak pulak. Tetapi saya tengah cuba sungguh-sungguh ni!

    Saya pun tak ingat apa yang saya tulis. Saya tak kata semua yang saya tulis elok belaka. Tetapi, target saya ialah prestasi. Bukan batang tubuh.

    Kalau Ustaz Nasharuddin Md Isa misalnya, target saya ialah prestasi. Saya tak memusuhi Ustaz Nasharuddin as a person.

    Saya bukan baik. Tapi saya tak larat dah nak jadi jahat. Letih!!!

  14. Walau dilapik, dikias, disurat atau disirat.... Bagi yang tau membaca.. Saya rasa, kita boleh nampak kesungguhan Nik Abduh nak kan kerajaan perpaduan.. Selama yang saya ikuti, komen2 nik abduh kurang membina, banyak yang nampak adalah meng'attack' puak yg kononnya dipanggil 'erdogan' dan nik abduh merasakan dirinya di dalam puak yg kononnya di gelar 'ulamak'... Ini pandangan saya je, maaf kalau salah.

    Dan sedikit lagi pandangan saya.. cuma pandangan saya lar.. Dari tulisan nik abduh kadang2 ternampak sedikit riak. Dan merendah2kan org lain. Dan saya rasa TG Nik Aziz lebih mengenali anaknya yg sorg nie. Saya percaya TG Nik Aziz akan menyokong sesiapa saja yang layak untuk memikul sesuatu tanggungjawab. Pengamatannya cukup dalam. Dia sanggup berhadapan tohmahan org apabila melantik menantunya, tapi TG Nik Aziz tahu bahawa dia layak utk itu. Tetapi kita tidak nampak sokongan itu pada nik abduh.. Entahlar... Maaf jika menyinggung sesiapa, sekadar berkongsi pandangan...

    -benci kerajaan zalim-

  15. Bila laba sudah ada depan mata, nerebut-rebutlah! Inilah manusdia! Bila tersandar nanti barulah insaf kembali! Masa kuat ini tuduh ikut sana- tuduh ikut sini - Apa nak hebuh, Tak usah ikut Anwar tak usah ikut Umno - Sendirian!!!! Masing-masoing otak pembangkang bukan otak pemerintah!!!!

  16. Pak Lah telah dihalau dari UMNO, takkan lepas ni PAS pun nak halau Presiden. Lepas tu KeADILAN pun halau Presiden juga. Mungkin musim buang Presiden.

  17. bila husam ditanya pasal geng erdogan dan muzakarah didalam pas, maka beliau dengan cepatnya mengatakan,ini adalah kerja UMNO untuk memecahkan PAS...tapi bila ditanya puak muzakarah, maka dengan cepatnya mereka menuduh ini kerja2 pembantu TG Nik aziz..

    cuba kita lihat situasi ini, siapa sebenarnya yang nak memecahkan jemaah???



    achok sabah

  18. Ayah dengan anak tidak mesti punya satu pemikiran. Selalunya akan berbalah. Tak heran Nik Abduh lwn Nik Aziz. Ni konsep Islam,bebas memberikan idea selama mana tidak beracanggah dalam hukum. Nik Aziz ulamak besar...tak mestinya Nik Abduh juga demikian... yang jadi persoalannya ialah KITA... kita yang kadang2 lebih sudu dari kuah. Oleh itu hati hati jg jadi parasit,virus kuman dalam jamaah.

  19. Kepada yang marah dgn Tulang Besi,

    Saya ni, mcm Pak Bakaq, masuk PAS masa orang semua benci kat PAS. Arqam benci kat PAS, ABIM benci kat PAS, JIM benci kat PAS, org biasa takut nak berkawan dengan orang PAS.

    So, jgnlah pandang rendah orang mcm kami ni. Walaupun kami takda jawatan tapi kesayangan kami pada jemaah tidak ada tolok bandingnya.

    Mcm Palk Bakaq kata, isunya performance. Kalau org tu tak boleh buat kerja dan bukan setakat tu, memecah belahkan jemaah, maka orang itu mesti ditolak ke tepi.

  20. achok, golongan erdogan mmg tak ngaku depa erdogan, maklumlah semuanya penjilat A****R.

  21. Aduuhhh.... Nik Abduh....

  22. Salam

    Bila Pak Bakaq buat pengakuan,Tulang Besi kata lagu tu, meleleh ayaq mata.

    Yang penting kata Imam An-Nawawi dalam syarah hadis 40 yg pertama iaitu Niat. iaitu yang baik.
    Mantapkan niat sebab bagi saya anda berdua ikhlas dlm menyampaikan pandangan.

    Sebagaimana ayat Al-Quran , Surah Az-Zilzal , ayat 7-8.
    Biaq p manusia nak kata apa pon, asalkan setiap apa yg diniatkan itu baik untuk jamaah dan sebagainya , ALLAH akan kira, nie yang penting.

    Sekadar kongsi bersama.

    Pengalaman Orang Nak Kata :- Kawan saya dahuluinya bekas Ketua Pemuda , dia mengundurkan diri dari organasasi Pemuda kerana mendapat kerja yg baru terpaksa letak jawatan.Jasa banyak. Tapi semasa pilihanraya, Permatang Pauh contohnya dia hanya mampu meluangkan masa dari jam 11 malam sampai 7 pagi saja sepanjang tempoh kempen begitulah sepanjang PRK yg berlalu ini. Ada sahabat yg saya tak sangka sanggup kata dia tinggalkan jemaah. Saya kata dalam hati depa nie gheti ka pasai organasasi berbeza semasa menghadapi pilihanraya. Adakah depa nie blurr sampai lagu nie. Adakah mereka tak faham bila musim tiada pilihanraya perjalanan organasasi pembawakan berbeza berbanding menghadapi pilihanraya.Takkan depa taktau suasana ?SUASANA AMAN NAK P PERANG, SUASANA PERANG P BERKELAH ! Kalau depa tau awat bodo nak mampuih lagu nie, kalau depa tak tau awat pekak sangat ka depa nie ? Dok kata dalam hati la ea. Lagu nie penin . Saya bagitau depa, hangpa takpa la,nak buat lagu mana bleh buat gheja pagi sampai malam orang bleh nampak, dia bleh malam sampai pagi saja sapa nak nampak Tapi ALLAH ?

    WOTR

  23. Anonymous Mon, Apr 27, 2009 at 10:38 AM.

    Komen Tuan/Puan terpaksa diedit seperti berikut:

    Aku tengok penarik beca ni jahat. time sebut nama orang yang pro dia, dia cut, edit. Sebut nama Anwar dia tukar jadi A***. Bila sebut nama w** j*, dia edit jadi w** j*. Tapi bila hentam presiden dia sebut pula Nama Abdul Hadi. Bila menantu presiden, tak edit pula dan terus tulis Zaharudin.

    Ni niat jahat ni.

    Jawapan:

    1. Hang baru tau ka aku ni jahat? Na'zubiLlah aku mengaku baik.

    2. Bila aku bubuh bintang2 tu, tu sebab aku rasa kata2 terhadap org tu boleh menyebabkan aku kena saman kalau aku tak edit lagu tu. Aku rasa lagu tu. Mungkin tak kena saman. Tapi aku rasa boleh jadi kena saman.

    3. Aku tak nak hampa sedap2 tulis, time kena saman, aku yg kena. Kalau aku kena saman, hang nak bayaq ka?

    4. Mengenai Ustaz Zaharudin, aku tak kenal dia pun. Hebat sungguh la aku ni kalau aku memusuhi org yang aku tak pernah tau pun dia sapa dan lagu mana perangai dia.

    5. Terima kasih kerana mengingatkan aku yg aku ni jahat. Sebagai manusia, kadang2 aku pun terlupa jugak yg aku ni jahat. Ni bukan ayat sarcastic or cynical, ni betui2 aku terima kasih. Allah Maha Menyaksikan.

  24. bang becha, aku sebenarnya nak mengingatkan satu perkara sahaja. mungkin ada yang paham, mungkin ada yang tafsir lain, mungkin macam2 lagi tafsiran orang. aku malas nak tambah, apa yang aku lihat orang itu burukkan nik abduh, orang ini kata pula begitu-begini. kalau salah tanggapan, maka menjadi kepada fitnah. apa pendapat nik abduh itu buah pendapat dia, jangankan pula kita ini sampai memburukkan kepada keluarga TGNA. islam membenarkan perbezaan dalam pendapat asalkan jangan melampau hingga merugikan islam itu kelak. apa2 pun, jangan kita "amik pot" dalam fitnah. benda yang paling aku tak suka adalah fitnah sesama islam. cukup2 la dengan ego politik. politik sudah korup tahap gaban di malaysia ni.

    -garden

  25. Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.

    Selepas itu N** A***h tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat N** A***h, Abe Jak pun akan diam.

    (bakaq, aku buboh bintang siap2 sblm hang buboh. maklumlah, hang nak tunjuk baik kununnya)

  26. Anonymous Tue, Apr 28, 2009 at 1:17 PM

    Jawapan Tuan/Puan memang sedap untuk Umno Tuan/Puan. Tetapi kata-kata Tuan/Puan juga boleh menyebabkan saya kena saman kalau saya siarkan semuanya. Aku dah cakap berpuluh2 kali, aku tak nak hampa sedap2 tulis, aku yg kena.

    Berikut yg diedit:

    Salam, -----potong----- Hemm ******* mana pulak yang dah memberi pendapat pada Tok Guru supaya mintak Kem. Kewangan & Kem. Pendidikan kononya nak jalankan program Islam mcm ler selama ni tak ada program Islam yang dilaksanakan oleh ke2 kem. tu.
    Inilah natijahnya jika terlanjur kata berkawan dengan ******* pun boleh untuk hancurkan UMNO, akhirnya minda, hati dan jiwa dikuasai syaitan laknatullah. Nak bersatu sama Islam pun nak minta ganjaran. Semasa Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dulu tak de pula aku dengar Muhajirin @ Ansar yg minta jawatan , pengaruh @ harta benda.
    Beginilah jauh dan nipisnya iman seorang -----potong-----. Wallahualam.

  27. Kira abg mat lagi hebat la. Sebab lagi pandai menafsir apa yang TGNA habaq. Anak dia pun salah tafsir... Tak sangka no... Kira BODO la Nik Abduh ni. Dari kecik samapai ke la ni tak reti lagi maksud apa yang ayahanda di kata. Abg Bakaq lagi hebat yang tak tinggai, dengan dia, yang jumpa sekali-sekali lagi tau perasaan hati dia. Tak sangka no. Tapi saya rasa Nik Abduh tak la sebodo itu. Nik Abduh ni ceredik. Dia sebagai anak tau yang ayah dia telah cuba dipergunakan oleh org yang tak bertanggung jawab. Tapi sebagai anak dia terpaksa berfikir dan terpaksa cari jalan macamana nak bagitau yang ayah dia ni dah dipergunakan. Takut ayah dia salah faham akan maksud dia. Ni la anak yang baik. Semoga dengan pendedahan ini org akan berfikir apa yang sebenarnya berlaku. Orang kata nak telah nati mak kalau luah mati ayah. Ni la yang berlaku pada Nik Abduh.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008