
Dalam berita bertajuk "Opposition banned from raising Altantuya" Malaysiakini semalam menyiarkan surat yang menyiarkan syarat-syarat polis sebelum mengeluarkan permit kempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Antara syarat tersebut ialah:
1. Penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh institusi raja.
2. Tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan.
3. Kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak pengtanjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan.
Yang pertama sekali, tak pa la kalau tak boleh nak kata apa pun tentang isu Altantuya, keputusan yang dibuat oleh institusi raja dan isu keagamaan dalam ceramah. Boleh sebut di tempat lain.
Tak ada pula larangan menyebut isu-isu tersebut di kedai kopi, di kedai mee udang, di warung cendoi, sambil makan kue tiau, atas bas, atas teksi, atas van, atas jalan dan tepi jalan. Maknanya boleh sebutlah. Lagi pun bukan berceramah, sebut sahaja.
Nak buat apa sebut nama Altantuya? Yang kita nak sebut sangat nama Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanya dia mengapa dia diam meloko bila Gobind Sing Deo tuduh dia pembunuh dalam Dewan Rakyat? Mengapa dia malukan ahli-ahli Umno dengan tindakannya itu? Kalau kita la, kita tak akan duduk diam dan lawan berjabu kalau orang tuduh kita pembunuh jika kita tidak pernah terlibat melakukan pembunuh, sama ada bersyubhat atau mengarahkannya.
Task payah sebut nama Altantuya. Tanya Najib kenapa dia takut sangat nak saman akhbar Liberation yang membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. Bukan sahaja akhbar Liberation, banyak lagi akhbar seperti yang disiarkan di sini, di sini, di sini dan di sini.
Kenapa Najib meloko bila Gobind tuduh macam tu? Kenapa tak saman media-media yang tulis memburukkan dirinya? Orang tua-tua kata, berani kerana benar, takut kerana salah.
Kenapa hanya berani haramkan orang sebut itu ini? Kenapa hanya berani peralatkan polis untuk bertindak menggunakan kekerasan? Apa pasal berdebat dengan Gobind tak berani? Apa pasal tak berani saman media-media tersebut? Apa pasal tak berani izinkan perdebatan semasa nak gantung Gobind dari menghadiri Dewan Rakyat? Apa pasal tak berani?
Tak payah persoal keputusan yang dibuat oleh raja. Cukuplah bercerita tentang peruntukan perlembagaan sahaja. Cukup bercerita tentang perbuatan melanggar undang sahaja.
Sebut sahaja apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata: "Anda tidak boleh menjatuhkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain" (video di sini).
Beliau juga berkata, Barisan Nasional (BN) sepatutnya melakukannya dengan cara yang wajar dan bukan bertindak bertentangan dengan undang-undang atau melanggar undang-undang.
Ia dengan sendirinya bermakna tindakan menggulingkan Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak dilakukan dengan cara yang wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Kalau tindakan menggulingkan Nizar tidak dibuat dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah orang yang mengambilalih jawatan Nizar sebagai Menteri Besar melakukannya dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Tak payah sebut nama raja. Nak buat apa. Tak perlu pun.
Tak boleh sentuh isu keagamaan? Adakah termasuk larangan kepada usaha untuk menerangkan firman Allah yang bermaksud "berpeganglah kamu kepada tali Allah"? Kalau itu pun tak boleh, tak tau nak kata la. Saya tak nak la kata lebih jahat dari syaitan.
Amaran juga diberi bahawa polis akan mengambil tindakan jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon. Tindakan apa? Guna kekerasan? Keganasan? "Allahumal'anil jibta wat-taghut!" (Komen-komen di sini)
Berkaitan:
PAS abai larangan sebut Altantuya, raja (Malaysiakini 1/4/09)
Antara syarat tersebut ialah:
1. Penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh institusi raja.
2. Tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan.
3. Kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak pengtanjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan.
Yang pertama sekali, tak pa la kalau tak boleh nak kata apa pun tentang isu Altantuya, keputusan yang dibuat oleh institusi raja dan isu keagamaan dalam ceramah. Boleh sebut di tempat lain.
Tak ada pula larangan menyebut isu-isu tersebut di kedai kopi, di kedai mee udang, di warung cendoi, sambil makan kue tiau, atas bas, atas teksi, atas van, atas jalan dan tepi jalan. Maknanya boleh sebutlah. Lagi pun bukan berceramah, sebut sahaja.
Nak buat apa sebut nama Altantuya? Yang kita nak sebut sangat nama Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanya dia mengapa dia diam meloko bila Gobind Sing Deo tuduh dia pembunuh dalam Dewan Rakyat? Mengapa dia malukan ahli-ahli Umno dengan tindakannya itu? Kalau kita la, kita tak akan duduk diam dan lawan berjabu kalau orang tuduh kita pembunuh jika kita tidak pernah terlibat melakukan pembunuh, sama ada bersyubhat atau mengarahkannya.
Task payah sebut nama Altantuya. Tanya Najib kenapa dia takut sangat nak saman akhbar Liberation yang membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. Bukan sahaja akhbar Liberation, banyak lagi akhbar seperti yang disiarkan di sini, di sini, di sini dan di sini.
Kenapa Najib meloko bila Gobind tuduh macam tu? Kenapa tak saman media-media yang tulis memburukkan dirinya? Orang tua-tua kata, berani kerana benar, takut kerana salah.Kenapa hanya berani haramkan orang sebut itu ini? Kenapa hanya berani peralatkan polis untuk bertindak menggunakan kekerasan? Apa pasal berdebat dengan Gobind tak berani? Apa pasal tak berani saman media-media tersebut? Apa pasal tak berani izinkan perdebatan semasa nak gantung Gobind dari menghadiri Dewan Rakyat? Apa pasal tak berani?
Tak payah persoal keputusan yang dibuat oleh raja. Cukuplah bercerita tentang peruntukan perlembagaan sahaja. Cukup bercerita tentang perbuatan melanggar undang sahaja.
Sebut sahaja apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata: "Anda tidak boleh menjatuhkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain" (video di sini).Beliau juga berkata, Barisan Nasional (BN) sepatutnya melakukannya dengan cara yang wajar dan bukan bertindak bertentangan dengan undang-undang atau melanggar undang-undang.
Ia dengan sendirinya bermakna tindakan menggulingkan Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak dilakukan dengan cara yang wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Kalau tindakan menggulingkan Nizar tidak dibuat dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah orang yang mengambilalih jawatan Nizar sebagai Menteri Besar melakukannya dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Tak payah sebut nama raja. Nak buat apa. Tak perlu pun.
Tak boleh sentuh isu keagamaan? Adakah termasuk larangan kepada usaha untuk menerangkan firman Allah yang bermaksud "berpeganglah kamu kepada tali Allah"? Kalau itu pun tak boleh, tak tau nak kata la. Saya tak nak la kata lebih jahat dari syaitan.
Amaran juga diberi bahawa polis akan mengambil tindakan jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon. Tindakan apa? Guna kekerasan? Keganasan? "Allahumal'anil jibta wat-taghut!" (Komen-komen di sini)
Berkaitan:
PAS abai larangan sebut Altantuya, raja (Malaysiakini 1/4/09)










Cantik? Klik 






tak salah jagn le takut.. ye dak?
saya perlukan pendapat anda..tq
panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html
lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html
p/s
buat banner besar2....
1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..
2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...
ok tak cadangan aku? huhu
to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA
Kalau tak boleh sebut Altantuya, sebut Siti Aminah yang kena C4 tu. Puak sarkas takde teloq.
Tak salah kenapa nak takut. Sebutlah nama apapun, kalau tiada kaitan dengan kita apa nak heboh sekat sana sini. Pelik betui depa ni...
Salam Pak Bakaq,
Altantuya tu fobia bagi orang UMNO. Kalau disebut kerap-kerap takut kena deman dengi atau deman kora.
Masa tahun 60an dulu, PAS kata polis anjing kerajaan, tapi kini aku nak kata 'beruk-beruk UMNO'. Aku kesian juga beruk-beruk ni kena arahan yang tak patut kena buat. Macam suruh panjat pokok nyioq. Pak aku pun dulu polis, sebab itu aku ingat sampai sekarang.... dan aku spesis anak-anak anjing kerajaan yang mengemis dibumi sendiri.
aku Lebai Malang!
Walaupun depa larang sentuh isu2 yg ada kaitan dgn raja, aminah al-tantuya, perkauman dan agama...tapi PAS ada banyak isu lagi yg boleh disentuh mengenai Najib, Rosmah, C4, Mongolia dll....
Tokden
Sebut kata orang UMno semua orang kampung dah tahu....Depa ni mana ada sejarah hidup yang boleh dijadikan panduan. So semua perkara yang depa buat x leh pakai... Orang yang x dak ilmu saja yang dok sokong UMno ....
dikatakan siti mongolia tu bunting semasa di bom... biasanya roh orang tersebut tidak dalam keadaan tenang (not at peace). Ia menjadi 'hantu' dan merayau rayau mencari dendam (revengeful) terhadap org yang menganiayainya.
soalan saya... adakah ini benar, dengan perkembangan terbaru kes ini sehingga ia dilarang menyebutkan nama beliau!!!??? secara tak langsung, ia tentu mempunyai lain implikasi... tengoklah... dan berjagalah!
Anonymous 2:04 PM,
Komen Tuan/Puan terpaksa diedit:
salam
Pak Bakaq lepas ni pengundi2 kite ketakutan la,makcik2,pakcik2,org kampung,tok lang tok nek,kek kiah,bro2 kite sebabnya klu tak undi BN habis na*ib arahkan S*2,UT*2 tembak kepala pengundi,degil lagi tembak belah kiri.
Salam bang bakaq n family.
Bukit Gantang aku tak tau la situasi. Tapi kalau bkt selambau, tiap2 mlm aku ronda naik motor capcai. Rasanya tak payah kempen pun org bukit selambau dah tau sapa yg menang 7hb ni. Kalau nak mai jugak, siap duit dan relax2 kat restoran mamak 24jam.
Semangat Altantuyya merasok siapa saja yang terlibat dalam pembunuhannya! Siapa yang bersalah akan terasa takut!
salam untuk semua
Bang bakaq ,aku nak tanya kat hang ni !!
1.Adakah di negara lain ada syarat 2 berkempen serupa tuu ?
2. Aku dengar ada FRU buat part time gantung poster BN kat bukit gantang ? betuul ke ??
3. Aku dengar ada orang kata kukan saja calon BN bukit gantang tuu pii danok, Zahid hamidi pun sama ?? bang bakaq ada pondok ke tabumg haji kat sana bang bakaq ??
4. Kalu Najib jadi PM , bang bakaq ke bangga ke or MALU nak ngaku itu PM ku ???
altantuya...altantuya...altantuya...altantuya...
altantuya...altantuya...altantuya...altantuya...
kekasihku seru!!!!
menjelmalah engkau!!!! pi cari sapa yg bom kau!!!
akakakakakakaka....
KES JENYAH :
SEORANG PERAMPOK TELAH DAPAT DITANGKAP. CUKUP BAHAN KETERANGAN, HARTA DAN SENJATA YANG DIGUNAKAN.
IA DIBAWA KE HADAPAN HAKIM. SESUDAH MENDENGAR DUA PIHAK PENUDUHAN DAN PEMBELAAN MAKA HAKIM MENDAOPATI IA TETAP BERSALAH.
SEBELUM DIJATUHKAN HUKUMAN, HAKIM MINTA PERAMPOK BERKENAAN bercakap. Perampok tidak mengaku salah. Lantas hakim kata siapa yang merampok ? lantas di menjawab bahawa yang bersalah itu tangannya sahaja. Lantas hakim menjatuhkan hukum kepada tanganya dua tahun penjara. Sesudah dua jam tangannya diikat dari dalam penjara dan badannya di luar lantas pun minta supaya badannya juga dimasukkan... Yang merampok itu ialah kaki-tangan...Aq 04-04-09.
bebeno ke ada syarat berkempen lagu tu?tak kanlak takleh sebut putri monggo pak jib,tak sebut pong altantu...
semua cite best kat sini
web design
aku pun seronok baca
fire extinguisher