Sedap!! Klik gambar di atas!

Anak-anak! Jangan percaya sikit pun Umno tu!

Update 12.40 PM 23/4/09

Anonymous Thursday, April 23, 2009 12:32:00 PM berkata:
Nothing is fair in this world. Other races have the same feeling or anger as you when they go to interview in certain department and company. Don't worry, be happy!
Saya dah kata dalam posting saya bertajuk "Diskriminasi yang tidak tersembunyi":
Kalau Melayu kaya menganiayai Cina miskin atau India miskin, Melayu kaya itulah musuh saya!
Posting asal

Bila baca berita Utusan Malaysia bertajuk "27 sub sektor perkhidmatan diliberalisasi - PM" (sila klik untuk besarkan imej di sebelah), saya teringat posting saya bertajuk "Diskriminasi yang tidak tersembunyi".

Antara lain saya tulis:
Bila anak saya balik, saja-saja la saya tanya, "Macam mana?"

"Tak interview pun. Dia tak nak orang Melayu. Dia cakap nak orang yang pandai cakap Cina je..."

Saya terus naik marah. Marah sungguh-sungguh.

Bukan kerana mereka melakukan diskriminasi. Saya tahu, meletakkan syarat boleh berbahasa Cina adalah cara diskriminasi yang hanya dilindungi dengan smokescreen sahaja.

Lantak pi lah! Company depa, suka hati depalah nak diskriminasi siapa pun. Depa banyak duit, buatlah company banyak-banyak dan jangan bagi langsung orang Melayu kerja dalam company depa. Lantak hampalah, company hampa.

Saya tak akan komplen seperti Aisehman, antara lain, dalam postingnya "What a load of motherfucking bullshit" (tak dak dah. Tanya Aisehman mana dia buang posting tu).

Tetapi saya marah kerana dua sebab.

Mengapa dalam iklan tidak dinyatakan mesti boleh berbahasa Cina?

Ketika anak saya memperkenalkan dirinya bernama Muhammad Baqir, tentulah yang mempunyai nama Muhammad Baqir umumnya bukan berbangsa Cina dan tidak tahu berbahasa Cina.

Mengapa ketika anak saya menelefon untuk menghadiri temuduga itu tidak dinyatakan syarat boleh berbahasa Cina, kalaupun tidak dinyatakan dalam iklan?

Mengapa siap bagi alamat tempat untuk ditemuduga dan membiarkan anak saya datang ke temuduga pekerjaan yang mensyaratkannya boleh berbahasa Cina?
Selepas ini, syarikat-syarikat yang tak nak Melayu tu tak perlu lagi bubuh syarat "mesti tau cakap Cina". Mereka boleh terus beritahu, "Latuk Najib sulah cakap kita punya bisnes tak mau Melayu pun boleh!"

Semakin keras pendirian saya seperti yang saya tulis di dalam posting itu: Selepas berhenti kerja dengan kerajaan pada tahun 1983, saya tidak pernah berkerja dengan mana-mana firma atau syarikat bukan Melayu, jauh lagi yang diskriminatif. Saya terus hidup, sihat dan makan dengan kenyang. Insya Allah, saya akan mendidik anak saya melakukan perkara yang sama.

Amin tanya mana dia muka-muka hamlau yang kata nak bela Melayu di sini. Aku dah malas tanya, Amin. Tengah duit pun aku tak percaya Umno! Anak-anak abah, jangan percaya sikit pun Umno tu!

Orang Datuk Ibrahim Ali pernah bagi tau saya, Sultan Perak tak senang hati sebab kerajaan pimpinan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (dia ni kena belajar mematuhi keputusan mesyuarat di dalam PAS dan jangan buat pandai-pandai tanpa keputusan mesyuarat) bagi tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru Cina.

Saya pula tak senang hati dengan keputusan hakim terhadap orang-orang Melayu yang dah macam nak mampus menghempas kudrat mereka meneroka tanah. Lihat apa yang peguam Haji Salleh Buang tulis (PDF di sini):
Kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kesian melayu. dok nak cakap bahasa melayu ja. p sekolah cakap melayu. dok umah cakap melayu.awat kerajaan takmau buat sekolah 1 aliran saja??? semua belajar bahasa melayu, bahasa cina n tamil buat opsyen. pilih salah satu. syarat spm kena kredit. kurang2 melayu tau gak cakap n baca mandrin. tak hilang kemelayuan kalu belajar cakap mandrin. cina n india mai tanah melayu beratus thn tak jadi melayu pun. yang melayu dok jadi melayu buta perut.

    pantun melayu:

    limau purut tiga serangkai
    buta perut tadak akai

  2. It's almost a necessity to be able to speak Chinese, esp dialects, if you deal with customers, suppliers, etc in some industries. Bear in mind the recruit must also fit into company culture. The whole company can't change for one person...If everyone else speaks Chinese, well, if they are serious about progress, then just learn a few more languages...

  3. Itulah POLITIK dalam erti kata sebenarnya.
    Orang melayu BODOH berpolitik.Seperti kara utusan 'orang cina bijak berpolitik'.
    Inilah hasilnya orang melayu ditipu olen UMNO dan media mereka.
    Masa orang India pakat sokong MIC,mereka tak dapat pinjaman tekun,tetapi setelah
    beralih hati baru dapat.Itulah bijak berpolitik namanya.
    tipy jb

  4. Bakaq...awat la ni hang cakap pasai bahasa malaysia dan melayu.. hang lupa ka PAS dah buang melayu dan bahasa malaysia dah lama dah, depa kata Islam sahaja, apa bangsa pun tak pa..

    Pi lah berkawan dengan puak DAP, depa terima kot anak anak PAS yang boleh cakap jawi, boleh tulis jawi walaupun tak pandai cakap cina.

  5. itulah org melayu.
    cuba korg fikir kata2 ni
    "we dont ask the environment to adapt to us, but we adapt to the environment"
    err..faham x?
    klu x faham, maksud dia, persekitaran xkn ikut kehendak kita, tapi kita ikut kehendak persekitaran.

  6. belum bab gaji lagi..melayu dia bagi 1000,cina dia bagi 1500...

  7. yang dok ada dlm umno semua nganga..minda intelek melayu..sembang berdegaq-degaq,perjuangan laa,ketuanan laa,apa toya laa, tapi habuk pun tak dak..

  8. erk encik kluangman.. ape kena mengena pulak kawan dengan DAP dengan buang melayu..? UMNOBN kawan dengan MCA/MIC boleh plak..?

    ni yang dok bangkang PPSMI sape? yang dok sokong PPSMI sapa pulak?
    negeri mana yang meluas sekali guna jawi?

    syarat pandai cakap mandarin ni biasa la.. kompeni dia.. peraturan dia la..
    kalau kompeni melayu pun sama jugak... panggil la cina/india interview.. tapi yang masuk keja melayu jugak.. biasa la tu...

  9. Betul tu bakaq. Takkan kot sesama Rakyat Malaysia yang berlainan bangsa ni nak tahu semua bahasa. Yang jadi masalahnya orang melayu sahaja yang nak tahu semua bahasa bangsa lain tak payah pun. Cina dan India kat Malaysia ni cakap melayu pun tak betul dan dari pengalaman saya yang tak tahu berbahasa melayu pun ramai.

    Kalau nak kata sekarang ini bahasa Inggeris penting ada jugak firma dan syarikat tetapkan syarat nak yang tahu berbahasa cina. Kita tahu ada diskriminasi di situ. Tapi memang betul itu syarikat mereka dan hak mereka. Sungguhpun begitu lain kali bagi tahu la awal2 tak payah orang perabis minyak pergi interview.

  10. salam.ada ke bahasa jawi? konfius.
    anak2 encik jamil pon x pcaya UMNO.
    PAS sokmo2.insyaAllah.

    tp, btol..if mau lbih maju, we have 2 learn more than 1 language. untuk maju..itukan juga tuntutan agama... =)supaya kt x ditindas oleh bangsa dan agama lain.

    Wallahu'alam.

  11. Bakaq!

    Mula aku masuk sekoplah darjah 1 tahun 1957, Datuk aku (abah kepada abazh aku) beritahu: Kalau kamu orang masuk umno, macam kamu orang ambil serkup ayam, serkup badan kamu sendiri.

  12. Bhai..

    Gua maleh la nak cakap pasai nie.. bengang betul... kena jadi macam nie.. sedangkan kalau tak reti cakap cina pon boleh apa... sebab bahasa universal ialah bahasa PPSMI... susah betul la syarikat2 nie...

    sebab tue la gua susah nak kerja ngan orang,... banyak sangat diskriminasinyer..

  13. salam semua,
    kita mestilah pandai berpolitik. biarlah tender terbuka tetapi penjawat awam yang mempunyai kuasa untuk meluluskannya mestilah melihat jauh kedalam syrikat mana yang berjaya. kuasa ditangan kita, asalkan tidak terjebak dalam amalan rasuah. kalau ini berlaku kena jawab diakhirat nanti. kita kena ajar anak-anak berpandangan jauh.

    yobleh.

  14. jika betul pun diorg nak yg boleh berbahasa cina, apa salahnya letak dalam iklan atau bgtau awal2 kat org yg nak ditemuduga... senang citer..takde le berhabis minyak dan bazir masa org.. tu je.. mmg diorg ada kuasa sbb tu company diorg.. kita takleh nak kata apa.. tp takkan la HR diorg tu tak tau, yg diorg panggil tu dah sah2 le org melayu.. bukan sumer melayu tau bahasa cina.. yg saya kenalpun, melayu yg masa kecik2 dia skolah aliran cina.. yg tu mmg dia pandai ckp cina.. - Neo

  15. aku ratib-ratibkan ayat tu...
    sekarang dah lebih paham. lebih baik aku lambat sikit paham dari yang buat2 tak paham. bubuh lagi la bakaq!

    tok pengulu

  16. blaja bahasa jepun lagi best...bleh tgk doraemon original & gelak sorg2...lantak org lain x paham...

  17. bg lg kuasa kat UMNO, lps ni ntah apa lg depa nak buat, cakap tak serupa bikin, mcm ni ke yg duk cakap perjuangkan nasib org melayu???ketuanan melayu dan ntah apa2 lg la. haram jadah betul depa ni, mentang2 la depa tu dah kaya raya, dibiarkan pula rakyat merempat di bumi sendiri!!! ko tak nak cakap apa2 ke Ibrahim Ali?????dahla bodoh..sombong lak tu..

  18. Semua yg hantar comen dlm ni hypocrite...sebab apa...sbb semua x pernah mengalami masalah tersebut...cuba kena atas batang idung sendiri...baru ler menyumpah company yg letak syarat merapu2 tu...selagi benda x kena...benda yg x patut pun sokong...sedih kekadang bila aku baca komen dlm blog ni...

  19. tu la kang dah pesang lamer doh.... kalu statementg dari ameno, tak pe. mu boleh pecaya. dier nok gada tanah ker, gada kete ke, beli merz ke, volvo ker..... tu tak per.. melayu kang. bak per nok risau. dier akang jage melayu nih! mu tgk ler nanti.

    tapi kalu statementg dari, PAH, DAP, atu pe jadah skali pong... mu kene tentang habeh.

  20. Inilah bila pemimpin zalim disembah...

    5-10 tahun lagi, ade Hikayat 'Orang-Orang Melayu Yang tergadai di tanah sendiri'!
    Tahniah ye najibbabaun!!

  21. aku tak heran klu DAP ka, PKR ka yg mansuhkan kuota bumiputera ni, tapi UMNO taik ni yg buat. mana p semua pejuang2 ketuanan melayu (osman bakaq, brahim katak, pukida ayahnda bonda etc)??? dah takdak teloqqq ka???? buat NGO2 bangang ni sudah2lah dok menipu org melayu, bila kena batang hidung pemimpin hangpa, semua pakat2 simpan teloq dlm perut. kah...kah..kah..pi lah cium keris lagi. inilah padah mengagungkan bangsa(asabiyyah) last2 bangsa makan tuan. teringin aku nak jumpa osman bakaq nak luku sebiji kpala dia.

  22. cerita pak bakaq tu memang betoi...saya pernah tegur satu iklan oleh kedai 99 SpeedMart yang tertulis dalam mandarin...dah tulis dalm mandarin sapa lagi yang boleh baca?? tentulah org cina...ni bukan indirect dah..mmg direct terus...iklan cina utk org cina...sy tanya budak Melayu yg keja kat kedai tu pasai pa iklan lagu tu dia kata tu management punya hal..sy suruh dia report pejabat buruh pasai dskriminasi...pak bakaq tau budak melayu tu kata pa...malas la bang nanti saya lak susah...lagu tu pulak...dah tu lagu mana cerita pak bakaq!! nak keja kilang pun kena tgk sapa jd guard...kalao botol kicap..elok hang blah la...pastu tgk org HR pulak..kalau yg mata sepet....doa2 lah jawabnya...tp bila time MELAYU jd guard ka jd HR ka...dia punya timing bukan main pehh...sombong nk mampuih...soal gaji semua org tau...antara ali ngan ah meng jgn harap la gaji ali nk tinggi...kot mana bodoh bangang si ah meng tu gaji dia tetap lebih dari ali...pastu.... hang ambik pikiaq la..bak kata johan kat atas;

    limau purut tiga serangkai
    buta perut tadak akai...

  23. Nothing is fair in this world. Other races have the same feeling or anger as you when they go to interview in certain department and company. Don't worry, be happy!

  24. Oleh Amin Iskandar

    Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

    Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

    Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

    1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
    2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
    3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
    4. Dimanakah Prowaris?

    Apa lagi yang Najib tak lakukan?

    Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

    Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

    Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

    Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

    Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

    ——–

    The Malaysian Insider | April 22, 2009

    Najib drops Bumiputera quota for services sector

    KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
    softening global economy.

    The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

    Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

    “Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

    The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

    “As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

    Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

    Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

    “The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

    When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

    “It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

    Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

    “I want it to be full of surprises,” he said.

  25. Kalau panggil bodoh karang, ada juga yang marah.

    Kan parti PAS dan PKR tu ramai penyokong sebab dia duk hapuskan keistimewaan Melayu, apa salahnya UMNO pun buat yang sama?

    Hipokrit la korang penyokong PKR dan PAS ni.

    Takkanle bagi tanah 999 tahun tu sebab Islam kot?

  26. Pak Bakaq ooii...teringat dulu masa aku pi interbiu di satu company cina di maluri, cheras. Maklum la masa tu time gawat 1998. Pantang dapat interbiu tak kira la apa company pun, asal dapat kerja yang halal suci dan bersih pendapatannya (kereja bank bersih tak?)! Yang aku rasa tercabar sangat bila apek yang interbiu tu tak benarkan solat dalam waktu kerja. Ini realiti ooo. Dan aku menjadi bertambah meluat sampai la ke hari ni dkt puak2 mata sepet dan botoi kicap.

  27. aku sokong Anonymous said...Thursday, April 23, 2009 4:25:00 PM MYT...org PAS memang bodoh sombong...dia buat x per....org lain buat x kira ler UMMNO KER NGO ker x boleh....bila Nik Aziz kata tuhan pun mencarut...semua setuju...bila Mufti kata mana ada..semua tolak..bila nik aziz kata org kapir blh baca quran...semua sokong...bila mufti kata mana boleh...org2 pas yg ISLAM tu lebih mufti dr mufti..semua bangkang mufti tu cakap...cuba fikir ler...mana tinggi Mufti ngan Nik Aziz tu...nik aziz sekadar penasihat sebuah BADAN POLITIK....mana2 org politik, x kira ler UMNO ker PAS ker mana BOLEH PERCAYA...x percaya..kenapa sekarang tak berbunyi dah negara ISLAM dr mulut pemimpin pas...sebab semuanya HIPOKRIT....takut hilang kuasa....ye ler...bergantung ngan DAP kan...

  28. Aku pun sama...dah pernah kerja bawah cina b*b* dan hindu p*r**h...mereka bangsa yang tak kenang budi...datang merempat...ini yang melayu dok megah kata depa sokong pakatan rakyat...piiirrahhhh.....mereka ni lagi kuat perkauman... tak percaya suruh anak hampa semua kerja bawah dua bangsa nie...aku tak mau cerita...sendiri mau ingatttt....bodoh macam kayu ,boleh jadi manager atau eksekutif.....mari kita buat MINDRAF..minta British pulangkan balik kuasa ekonomi pada kita... ada berani!!!!sebab Yahudi nie rampas ekonomi serah pada mata sepet nie....Jangan dok megah tak tentu pasai....

  29. salam,

    sebut pasal kerja di kilang2 ni anak2 melayu dah berpuluh yahun kena tindas dek oleh orang cina,tak ada sapa pun nak bela.P buat adaun kat jabatan buruh...dok sekejap HR panggil...bagi warning atau kena gantung kerja alasan p buat report,ataupun tak di endahpun..nak kata datang mai check sorry la.Inilah harapan melayu di tanah sendiri ..sikit hari WPI plak kena jual dgn singapore tu..dah la batu putih terlepas.MANA DIA YANG DOK BERDEGAR2 LAUNG KEDAULATAN MELAU,MANA SOMNGKOK TINGGI,MANA CIUM KERIS TU..P LA SERANG SINGAPORE...MANA MANA MANA....SUDAH LAMA DOK SOKONG UMNO..TAPI KEBAYAKKAN MELAYU MASIH TAK NAMPAK KA?RASUAHHHHHHHHHHHHHHH PENUHHH PERUT DEPA.

  30. Melayu adalah Bangsa yang Beriman, Baik, Bijaksana, Bagus, Berkebolehan, Bersih Suci, Berani, Besar Hati, Berbudi Bahasa dan Bersopan Santun. Syabas!

  31. gebaq je lebih tokei blog nih..nape tak minttak tolon bagi anak hang keje ngan tokei tokei DAP tuh. kan kawan rapat!! buat dasar PPSMI pun kecoh kecoh halang.. dah kita bodoh tak reti bahasa cina terima la hakikat anak kita tak dapat keje.wa rasa hang kecoh sebab anak hang jadi penganggur kot..tu yg marah sangat kat kerajaan.

  32. Umno penipu dulu, kini dan selamanya.woi ingat senang2 ke nak merdeka sign kertas ja?lu sendiri pikir la

  33. Sapa yg bagi kerakyatan kat cina ngan india sbb nak jadi hero merdeka?benda bkn jadi sekelip mata

  34. Anon no 8.mintak kat british?ko ni ada akal ke tak?britain tu bkn bwh pengaruh pemodal yahudi ke?isk isk isk

  35. kalu hampa pikir lama2 sket, sebenarnya cina ka, melayu ka, india ka.. semuanya hipokrit. Tak caya? Ada tak kita tgk mereka bersahabat karip dgn 3 bangsa (tanpa ada kepentingan)..? yg ada cuma dlm iklan petronas je.. kah kah kah... entah la. Susah la kita nak bersatu, selagi sistem ekonomi, pendidikan masih takuk lama..

  36. Kepada komen2 diatas:

    Sebenarnya, insiden2 yang dikatakan diskriminasi diatas tu hanya berlaku kepada segelintir orang sahaja. Itu pun kena rujuk kepada situasi tertentu. Contohnya sekiranya jawatan yang ditawarkan tu merupakan jawatan yang memerlukan skill public relation, maka keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa(termasuk bahasa Cina, Melayu, Inggeris...) merupakan asas pertimbangan tawaran jawatan. Sebagai contohnya, sebagai seorang telesales yang tugasnya menelefon kepada pelanggan2 menjual produk atau perkhidmatan, maka seseorang itu perlu memiliki sekurang2nya lebih daripada dua bahasa. Ini lebih2 lagi di Malaysia yang berbilang bangsa dan bahasanya.

    Bab diskriminasi dari sudut bahasa ini, berlaku juga kepada semua orang termasuk orang Cina juga. Tengoklah sendiri Ah Sow2 dan Apek2 yang tak tahu berbahasa Melayu, pabila di pejabat2 kerajaan, mereka diherdik, dihina di khalayak ramai kerana tak tahu bercakap atau berinteraksi dengan pegawai2 dengan bahasa Melayu.
    Itu bab interbiu tu dengan HR je, ni terang2 di depan orang ramai.
    Yang ada komen diatas kata ada orang Cina tak tahu berbahasa Melayu tu biasalah. Dalam bab bahasa ni, kita tak boleh salahkan sesiapa tetapi keadaan rakyat Malaysia yang memang dari dulu lagi diasingkan oleh penjajah. Orang Cina, Melayu, India masing2 ditempatkan di Kg2 Baru dan bandar2, Kampung2, dan estet2 di pedalaman. Masa tu rata2 rakyat hidup miskin. Nak cari makan pun susah, ni kan dapatkan pelajaran berbahasa?
    Sebenarnya, ramai orang Cina fasih berbahasa Melayu. Contohnya seperti “sepet” yang sedang menulis ni ….( hehehe…”sepet”ni aku lah). Saya bekerja dengan syarikat swasta, ramai member2 saya orang Melayu, tak pulak rasa mereka didiskriminasi? Ada pula menjawat jawatan penting dan bergaji tinggi. Takkan pulak saya yang mengadu diskriminasi?
    Yang paling teruknya, warga asing yang diberi jawatan tinggi bergaji tinggi pulak……orang Filipina yang dapat……orang Cina, Melayu, India duk tengok je…….bab ni mengadu kat siapa pulak ?

  37. UMNO BE END mmg bodoh + tolol!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008