Sekarang kita tengah geli geleman para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan whitewashing ke atas tokoh yang tidak habis-habis dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu itu. Sebelum ini kita geli geleman mendengar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib ditangguhkan kerana, dakwa beliau, Abdullah perlu melunaskan segala tugas dan agenda yang belum diselesaikan.
Kita juga dah selalu sangat geli geleman mendengar para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat beliau bagai nak gila. Saya tak nak terlibat dengan tuduhan yang melibatkan hukuman qazaf. Masalahnya, sama seperti Najib, Anwar mungkin bersih, tetapi adakah beliau dilihat bersih? Saya merujuk kepada pink form yang turun seperti daun gugur dalam pemilihan Umno 1993 dahulu. Tidak ada bukti menuduh Anwar main kotor, tetapi tidak berhenti juga tuduhan yang mendakwa beliau tidak bersih (Samanlah Tun Dr Mahathir Mohamad yang tuduh lagi dalam Malaysiakini hari ini: "During the time when he was my deputy, he was involved in cronyism. He supported a lot of his own people, they became very rich, because he gave contracts to them").
Dalam PAS tidak ada geli geleman? Saya tidak pasti adakah saya tidak pernah melihat muktamar ditukarkan menjadi pesta pembohongan yang jijik. Saya tidak pasti adakah saya tidak pernah melihat ajaran Islam mengenai thiqah dan wala' dipergunakan dengan cara yang begitu keji. Mungkin tak pernah.
Memang, saya tidak pasti lagi di manakah lagi yang tidak ada kejijikan 'asabiyyah. Hari ini kita melihat 'asabiyyah bermaharajalela di mana-mana. Bagai dilupakan riwayat-riwayat berikut:
Kalau kita mempersoalkan kenapa orang Abdullah sahaja yang kena dan adakah orang Najib tak terlibat dengan rasuah politik (lihat Malaysiakini 17/3/09 "Kalau nak bersih, bersihkan semua sekali. Kalau nak telus, semuanya kena telus"), ditanya pula dengan sinis adakah engko ni penyokong Abdullah? Lebih baik aku mati dari menyokong Abdullah!!
Tetapi, itu semua tak jadi kudis. Sokong dan whitewashlah hampa punya Najib!
Tetapi, saya bersedih sangat kalau ada orang PAS yang cuba memberikan warna gemilang kepada Abdullah misalnya - painting a rosy picture.
Saya lebih bersedih kalau orang-orang PAS membela rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan. Ketika masih bersama, yang dituduh rasuah cuba diberi warna cerah dengan jeritan-jeritan kononnya ada konspirasi. Bila sudah melompat katak ke tempat lain, lain pula ceritanya. Yang menjalani kehidupan tak bermoral pun cuba dibela dengan lidah yang berputar-putar. Saya sedih!
Bolehkah saya menaruh harapan kepada orang-orang yang tak berkepentingan atau tak fanatik kepada mana-mana parti pun untuk menyatakan salah kepada yang bersalah dan berkata "bo lah (hentikanlah) 'asabiyyah tu!!"
Sanggup hampa menjadi musuh semua orang?
Berkaitan:
Senior cop accused of being a ‘compulsive liar’ in RPK trial (Malaysian Insider 12/2/09)
Question Gan, suspend Najib (Malaysiakini 25/2/09)
Hansard Dewan Rakyat (12/3/09)
Rakaman Dewan Rakyat (12/3/09)

Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)Saya tidak peduli whitewashing untuk membersihkan Najib, whitewashing untuk membersihkan Abdullah atau whitewashing untuk membersihkan Anwar. Saya tidak peduli orang-orang Umno menolong orang-orang mereka atas kezaliman. Memang itu kerja mereka. Suka hati depalah banyak mana pun depa nak whitewash Najib depa (Saya nak termuntah membaca berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Najib vows to clean up Umno"!!)
"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Kalau kita mempersoalkan kenapa orang Abdullah sahaja yang kena dan adakah orang Najib tak terlibat dengan rasuah politik (lihat Malaysiakini 17/3/09 "Kalau nak bersih, bersihkan semua sekali. Kalau nak telus, semuanya kena telus"), ditanya pula dengan sinis adakah engko ni penyokong Abdullah? Lebih baik aku mati dari menyokong Abdullah!!
Tetapi, itu semua tak jadi kudis. Sokong dan whitewashlah hampa punya Najib!
Tetapi, saya bersedih sangat kalau ada orang PAS yang cuba memberikan warna gemilang kepada Abdullah misalnya - painting a rosy picture.
Saya lebih bersedih kalau orang-orang PAS membela rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan. Ketika masih bersama, yang dituduh rasuah cuba diberi warna cerah dengan jeritan-jeritan kononnya ada konspirasi. Bila sudah melompat katak ke tempat lain, lain pula ceritanya. Yang menjalani kehidupan tak bermoral pun cuba dibela dengan lidah yang berputar-putar. Saya sedih!
Bolehkah saya menaruh harapan kepada orang-orang yang tak berkepentingan atau tak fanatik kepada mana-mana parti pun untuk menyatakan salah kepada yang bersalah dan berkata "bo lah (hentikanlah) 'asabiyyah tu!!"
Sanggup hampa menjadi musuh semua orang?
Berkaitan:
Senior cop accused of being a ‘compulsive liar’ in RPK trial (Malaysian Insider 12/2/09)
Question Gan, suspend Najib (Malaysiakini 25/2/09)
Hansard Dewan Rakyat (12/3/09)
Rakaman Dewan Rakyat (12/3/09)

Cantik? Klik 

Wah pak bakaq nin tak ubah macam kesah abu zar yg hidup di zaman khalifah osman affan!
Tahniah pak bakaq!
Tokden
http://en.wikipedia.org/wiki/Najib_Razak
Pak Lah sekarang kat Indon,dok buat lawatan kerja,rasa macam tak mau berenti ja jadi PM.Najib ka Pak lah ka semua tu satu spesis itu kita kena ingat baik2.Cuma masing2 ada kroni yang nak jaga perut tak bagi lapar.Tang sama tetap sama, asabiyyah melayu.Umno tak penah kesian kat Pas, oleh itu kita jangan jadi "hidung tak mancung pipi tesorong2 dengan umno.Sebut pasai assabiyah ni aku teringat waktu isu kafir-mengkafir tahun 80-an dulu...sampai pinggan mangkuk kenduri kampung aku bagi dua.Umno ambik piggan gulai,pas ambik pinggan nasi.Umno ambik kawah,Pas ambik periuk.Pakatan kenduri pecah dua.Pulau -memulau hebat sekali.Mati pun tak pi tengok.TAPI TU DULU LA.LA NI DAK DAH.POLITIK DAH BERUBAH.TAPI AKU TAK SUKA KERAJAAN PERPADUAN .Tak tau pasai apa...
UMNO Dulu, kini dan selamanya rasuah.Jangan campak diri anda ke dalam kebinasaan. Selamat kan diri dan keluarga anda ...keluar dan bubar UMNO.
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
best hang pun commen Aku jugak hentam si Hadi tu.
http://warongpakyeh.blogspot.com
Tu le...PAS kena berhati-hati. Cuba perhatikan apa yang telah ditulis disini http://dnightcaller.blogspot.com/2009/03/mengenai-pas-hadi-dan-batu-batunya.html
Risau kerana pimpinan PAS agak keliru le ni..caca marba jadinya...
tahniah bro bakaq,
hanya seorang je dlm malaysia ni yg berani balun semua tak kira UMNO,PAS atau PKR...tak kira mahathir,anwar,ust hadi,lim kit siang,najib semua dia balun. Org itulah yg patut jadi Perdana Menteri dan pemimpin kita.
Hidup Dato Him! Hidup Ibrahim Ali... Allahuakbar! hidup melayu...
Woit Misaimerah, Kerajaang Perpaduang ni kije giler. Bila Salahuudin anak Ayoub jumpa Paduka Raja Muda ikut dapor Istana ni padahnya. Umno ni dinosour tunggu masa terdekat nak pupus dah. Umno ni hidup dgn duit sama b****. Tak dpt projek mampus lama dah umno ni. Tengok skarang ni di Selangor, mereka hidup atas kuasa exco. para exco PR jaga mereka kerna orang Pas tak dak alat dan tak pandai ambil projek. Datuk Jamil Asmungi umno dpt banyak projek kerja jalan raya di Selangor sebab dia ada alat. Dengan cara ni umno liat sikit nak mampus.
Jaafar Ahmadi, Pas Bukit Bintang 14
Lebih baik jadi musuh semua orang dari bersekongkol dengan kezaliman dan pendustaan pak bakaq...sok dalam kubur pun bukannya kita berkawan2...sorang2 gak..di padang mahsyar pun begitu pak bakaq..masing2 ngan hal masing2...
Salam bang bakaq n family
Sambil tengok astro awani mlm tadi, sempat juga aku pasang telinga bila geng2 umno bersembang tajuk ali rustam. Cerita kedai kopi biasa la. Lepas satu persatu cerita dikait.
Org UMNO sendiri langsung tak yakin bahawa tektik hukum yg dilakukan oleh UMNO terhadap beberapa kerat UMNO itu boleh membina kembali keyakinan org ramai. Rata2 ahli forum kedai kopi mlm tadi sependapat bahawa tindakan dan hukuman berkenaan tidak sesekali mengubah persepsi anak2 muda dan org ramai bahawa yang tinggal dlm UMNO itu sudah bersih.
bakaq,
komen yang puji angkat2 hang keluarkan. yang kena batang hidung hang takut nak keluarkan. takpa, simpan tel*r hang la bakaq.
Pak Bakaq ..
Ulas la sket bab pertukaran PM kita tak lama lagi nie..
Rakyat Malaysia bakal ada PM yg dikaitkan dgn ALTANTUYA ..
Jadi PM kita seorang ...... pk sendiri la ...
Malaysia akan terkenal krn PM nya ... apa2... cuba teka ...
bakaq,
komen yang puji angkat2 hang keluarkan. yang kena batang hidung hang takut nak keluarkan. takpa, simpan tel*r hang la bakaq.
Anonymous Wednesday, March 18, 2009 11:49:00 AM
Aku dah layan jenis-jenis hang ni sakan dah. Yang terbaru aku tak siarkan sebab melibatkan orang lain. Walaupun tak siar, aku simpan.
Kalau yang tak libatkan orang lain, yang laknatkan aku dan kafirkan aku pun aku siarkan.
Hang menulis berselindung di balik identiti anonymous dan jenis hang aku dah ajak berjumpa tak nak, nak bercakap fasal tel*r?
Sehingga kita bertemu di hadapan Allah di Hari Perhitungan!
Salam kepada Anonymous on Wednesday, March 18, 2009 11:49:00 AM MYT ..
Aku tak tahu siapa kamu tapi kalu masuk umah orang ikut cara dan tertib leer ,,adab kita orang timur ,,apa lagi kalu kita orang islam /...
Aku suka komen pak bakaq..komennya nampak jujur adn adil..tidak fanatik dan jumud terhadap sesuatu prkara..yg benar dibenarkan, yg salah pulak tetap salah..teruskan pak bakaq..pedulikan komen2 manusia2 jumud tu..pemikiran mreka tu takkan sampai kemana..
topik yang menarik. semua supporter sama je, mencari salah orang lain dan whitewashing ketua mereka. ntah apa yang derang dapat pun ntah la. kalau ketua tue dah memang baik takpe la. tapi kalau ketua derang memang bermasalah, sampai biler nak cover kan..
Kita pakat ngan umno kita jadi kuda tunggangan, kita pakat dgan "orang lain" boleh juga rasa jadi ketua walau pun kerusi tak banyak.Pas kena ingat ,kerusi dun tak banyak mana pun tapi kepercayaan orang kepada kita amat tinggi.Orang hargai kita.Umno dengan umno pun lawan bertendang sampai Ali Rustam jatuh tersungkur ,tambah la kita ni (Pas) lagi la dia layan lagi teruk,silap2 hari bulan dia buat lap lantai ja..Salam semua aku nak balik kg..
Bakaq tulis;
"Aku dah layan jenis-jenis hang ni sakan dah. Yang terbaru aku tak siarkan sebab melibatkan orang lain. Walaupun tak siar, aku simpan.
Kalau yang tak libatkan orang lain, yang laknatkan aku dan kafirkan aku pun aku siarkan.
Hang menulis berselindung di balik identiti anonymous dan jenis hang aku dah ajak berjumpa tak nak, nak bercakap fasal tel*r?
Sehingga kita bertemu di hadapan Allah di Hari Perhitungan!"
Sori bakaq, komen aku khusus utk hang. bkn mcm hang dok kenakan amput sana sini. hang malu nak siarkan benda2 yg kena kat tel*r hang. hang dok bagi alasan lain.
Nak jumpa buat apa? aku xnak tgk muka hang. cerita dlm blog dlm link hang, aku pun komen dlm blog. hang x suka org komen hang janganlah hang komen org. hang dah jadi mcm tv3, berita terpilih komen pun terpilih. yg puji ampu hang keluarkan.
anonymous ka ada identiti ka semua username, termasuk hang dok pakai nama bapak hang. kalu polis nak cari satu malam depa dah dpt identiti sebenar. sori bakaq, aku bkn suka nak amput hang mcm hang buat kat org lain. cuma nak ingatkan sama2 jgn buat keje2 munafik.
suboh