Sedap!! Klik gambar di atas!

"Undi Umno, undi rasuah"

Dalam posting bertajuk "Um, no change" Si Tampok Manggis menghantar komen seperti berikut:
Bila Hangat di Seluruh Dunia.
Pak Bakaq tolong buat posting berkenaan berikut
http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/195_41954.html
Tak tau ler nak taruh muka kat mana sekarang.
Imej yang saya copy and paste di atas adalah kartun dalam Korea Times yang dimaksudkan oleh Si Tampok Manggis.

Demikian "permaidani merah" yang dihamparkan di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke Seri Perdana. Tidak seperti Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, dia melangkah ke kerusi dengan pelbagai baggage - mudah cakap, dengan imej yang sangat kotor.

Sampai bila orang-orang Umno yang juga berpemimpinkan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mahu pertahankan Najib dan menyalahkan orang lain atas semua kudis dan tokak yang ada padanya? Sampai bila nak kata, ini semua Datuk Seri Anwar Ibrahim punya angkara?

Mereka boleh tangkap dan cincang-cincang Anwar. Mereka boleh bunuh dia seperti A Kugan dibunuh. Tetapi, adakah Umno akan mendapat semula kepercayaan yang hilang darinya?

Sebelum ini, kita lihat semua masalah di dalam Umno dibebankan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Setelah dihambat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 26 September tahun lalu, Abdullah dah nak belah.

Setelah Abdullah tidak ada lagi, adakah segala kudis dan tokak di dalam Umno akan dipersalahkan kepada menantunya, Khairy Jamaluddin? Adakah Khairy seorang sahaja yang rasuah? (Lihat posting Tun Dr Mahathir Mohamad, "Kenapa saya tidak hadir")

Adakah Najib tidak rasuah? Tak ada bukti tak boleh tuduh. Tetapi, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau.

Najib menang dengan pencalonan yang membolehkan beliau muncul sebagai Presiden Umno tanpa bertanding. Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bukti tak boleh tuduh. Tetapi, adakah Najib tidak diminta menghulurkan rasuah sebagai ganjaran pencalonan?

Kawan-kawan dalam Umno juga takut sangat jika Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menang sebagai Timbalan Presiden. Mereka mahu Tan Sri Muhyiddin Yasin. Benarkah Muhyiddin boleh bikin magic dan memberi warna gemilang secara tiba-tiba kepada Umno?

16 Disember lalu, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau mempunyai bukti lengkap perbuatan rasuah seorang calon Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac ini.

Menurut Saifuddin, beliau ada bukti di mana pertemuan tersebut diadakan dan berapa yang bakal diperolehi - RM500 seminggu serta tiket penerbangan dan penginapan hotel percuma.

Apa yang memeranjatkan, mengapa orang-orang Muhyiddin mengamuk dan histeria terhadap dengan pendedahan Saifuddin itu. Mereka mendakwa, orang yang dituduh oleh Saifuddin itu ialah Muhyiddin. Rasa tak percaya pulak sebab Muhyiddin selalu membuat kenyataan menentang rasuah. Kalau Muhyiddin tak rasuah, (sebagai contoh) mengapa seorang ketua bahagian (di Kedah) yang juga orang kuatnya mengamuk?

Sehingga hari ini soalan itu tak dijawab. Bagi saya, tidak penting sama ada Saifuddin menembak pakai peluru hidup atau peluru kapur. Yang saya nak tau, kalau tak buat, awat marah tak tentu pasai?

Kalau Si Tampok Manggis berusaha untuk menyedarkan kita semua bahawa hantu Altantuya ada di mana-mana di dunia ini, barangkali di mana sahaja Najib menjejakkan kakinya, hantu rasuah Umno juga tetap ada di mana-mana. Sesetengah orang mendakwa, Umno dan rasuah berpisah tiada.

Hari ini, slogan "Undi Umno, undi rasuah" ada di mana-mana. Malah, pernah berlaku bila orang menceritakan si polan si polan mengambil rasuah, mereka akan kata "Terpaksa Umno RM50 kat doyok tu. Kalau tak kena samanlah jawabnya". Terpaksa Umno RM50 tu, dakwa mereka, bermakna terpaksa bagi rasuah RM50.

Dapatkah Umno membunuh slogan "Undi Umno, undi rasuah?

Sekadar peringatan untuk diri saya sendiri, saya petik hadith RasuluLlah s.'a.w.w.:
Pada hari kiamat nanti akan terdengar suara panggilan: Dimanakah orang-orang yang zalim dan para pendukungnya? Barangsiapa yang membantu mereka walaupun dengan setitis tinta atau sekadar mengikatkan tali kantung mereka, atau meminjamkan penanya kepada mereka, nescaya mereka akan digiring dan dikumpulkan bersama orang-orang yang zalim itu. (Bihârul Anwâr 75: 372)
Berkaitan:
The stupidiest amongst the morons of United Malay National Organisation delegates (Fudzail)
This is what they call change? (Datin Paduka Marina Mahathir)
Rais wants investigation (NST)
Can Najib be the reformists Abdullah failed to be? (Today Online)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bbrp hari lepas ada A Kadir Jasin nak mengkhinzirkan rasuah...Apakata kita meng'UMNO"kan rasuah....Ganti perkataan rasuah tu dgn UMNO... Agaknya lebih berkesan dari cadangan Kadir tu ye....UMNO ni kan mmg suka benor dgn rasuah jadi kalau UMNO tu dimaksudkan dgn rasuah bergembiralah sekalian juak2 UMNO yg memang bergelumang dgn rasuah...Lepas ni lembaga disiplin pun tak boleh buat apa2 sebab rasuah dah tukar nama jadi UMNO. Jadi calon2 takde lagi yg calon 'rasuah' bahkan semuanya calon "UMNO". Tak perlulah lagi usul supaya di bubarkan lembaga disiplin oleh Mat Bangla dr Bkt Mertajam tu.

  2. Salam Dato.

    Mengikuti PAU kali ni menampakkan kekauman yang amat sangat di kalangan ahli UMNo. Sehingga semua jawatan dalam sektor awal mesti diberi kepada ahli UMNo,

    Sebenar baguslah tindakan itu.Tapi saya nak ingatkan kesedaran di kalangan ahli pembangkang, terutama PAS, mereka sudah mula berkira-kira mewujudkan staua rangkaian perniagaan di kalangan ahli PAS dan kelab penyokong pas serta dengan parti-parti komponen PR.

    Arkam pernah menguasai 30 peratus pasaran peruncitan di negara ini sebelum diharamkan selepas pemimpin Umno 'diracun'. Memang Abuya itu tersasar dari landasan akidah, tetapi kenapa marahkan nyamuk, kelambu dibakar?

  3. sdr anon 290309 8:10:00AM,

    betul ke ada perancangan nak wujudkan rangkaian perniagaan di kalangan ahli dan penyokong PR?

    kalau ada ok gak tu. salah satu cara nak kuatkan ekonomi PR.

    tapi takut kena tarik lesen je la..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008