Sedap!! Klik gambar di atas!

Umno celakakan Umno

"Celaka Umno ni!" kata orang kuat Umno Bukit Katil pagi semalam, sebelum keputusan dibuat petang semalam melarang Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Dia juga menggunakan istilah-istilah cinta Umno seperti "babi tu" dan "sial tu". Siapa "babi tu" dan siapa "sial tu" orang tak pula tanya dia. Yang barangkali akan terjadi, mereka yang merasa dianiayai akan bertindak balas. Saya teringat apa Tun Dr Mahathir Mohamad tekankan dahulu, nak serah Umno kepada penggantinya dalam keadaan parti itu kuat dan berpadu. Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak akan mewarisi Umno yang kuat dan berpadu?

Adakah mereka yang merasa dianiayai tidak akan bertindak balas? Ali selalu diheboh-hebohkan sebagai banyak berjasa kepada orang-orang Umno sama ada dalam bentuk wang ringgit atau darjah kebesaran. Apa yang dihebohkan itu mungkin tidak betul. Tetapi, itulah imej Ali.

Lebih dari itu, adakah mereka yang dikenakan tindakan atau agen-agen mereka tidak akan bertindak mencari apa sahaja bukti untuk mendedahkan rasuah orang lain pula.

Adakah agen orang tertentu sahaja yang bawa beg berisi duit? Saya beberapa kali berbual dengan agen-agen yang mendakwa diri mereka sebagai tukang-tukang bawa beg. Memanglah, saya tak boleh memetik hearsay mengenai perbuatan yang boleh disabitkan kesalahan.

Persoalannya, jika dengan saya yang memang dikenali sebagai penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS pun (itu yang saya beritahu semua orang) mereka boleh bercakap dengan begitu terbuka tentang pesta duit dalam parti itu, adakah sesama Umno tak tau? Sebab itulah tidak boleh ditolak kemungkinan mereka yang dikenakan tindakan atau agen-agen mereka akan bertindak mencari apa sahaja bukti untuk mendedahkan rasuah orang lain pula.

Adakah akan berlaku seperti yang digambarkan dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ali Rustam calls for calm, to appeal decision"? Memanglah, Ali tidak akan memberontak terhadap partinya. Dia masih lagi Naib Presiden Umno dan lebih dari itu, Ketua Menteri Melaka. Kalau tak begitu pun, dia dipercayai tak akan buat hal terhadap kepimpinan Najib. Silap-silap datang pula orang-orang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke rumahnya.

Pergilah beli kacang ka, maruku ka, jagung bertih (pop corn) ka, mari kita saksikan drama terhebat di dalam Umno!

Berkaitan:
Penyokong Ali Rustam jumpa PM (mStar Online 18/3/09)
Reaksi penyokong Ali (Video)
Abdullah to meet Ali about No 2 race (Malaysian Insider 18/3/09)
Abdullah to see Ali Rustam in a bid to pacify outraged Umno members (Suara Keadilan 18/3/09)
Umno leader calls panel decisions 'a bargain', demands justification (Malaysian Insider 17/3/09)
Committee's decision - more questions than answers (Malaysiakini 18/3/09)
Apa yang tersirat di sebalik sidang media Lembaga Disiplin Umno? (Malaysia Today 18/3/09)
Ali Rustam kemuka rayuan hari ini (Malaysiakini 18/3/09)
Ali Rustam terima keputusan, akan rayu hari ini (mStar Online 18/3/09)
Mukhriz: "Khairy bersalah bukan kelebihan untuk saya" (mStar Online 18/3/09)
Sejarah dalam Umno, Ali Rustam dilucut hak tanding (mStar Online 17/3/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq
    Ali ni mmg jenis muka selamba dan tak tahu malu.Sepatutnya dia tu letak semua jawatan.Mudah2an Allah jadikan segala sumber pendapatannya dari sumber rasuah itu sebagai bonus ke neraka.Termasuk juga kpd balaci2nya yg pelahap dan tidak tahu berusaha cara lain untuk hidup selain menjilat punggung org yg memberi suap kpdnya.Masuklah kamu semua ke neraka mudah2an.Malaun2 saperti inilah yg menjahanamkan umno dan orang melayu.

    Sekor lagi tu macamana pulak dah didapati bersalah tapi diberi amaran dan dibenarkan bertanding.Mmg betullah bak kata ramai orang,ahli2 lembaga disiplin umno ni semuanya kartun.Kalau dh salah tu, nak amaran pasal apa.Ambiklah tindakan yg setimpal dgn perbuatan khianatnya itu.Hukuman pun double standard. Cuba bandingkan hukuman yg diterima isa samad dgn si ali ni. disitu nampak lembaga ni mengikut telunjuk orang lain..

  2. jom sama2 tengok, dah mcm pertandingan 'music chair'kat party UMNO....

  3. Salam bang bakaq n family

    Lepas ni harap2 Ali Rustam buka ikatan yg beliau ikat satu ketika dulu. Itupun kalau masih berada di kerusi KM. Perangai buruk beliau akhirnya terbalas jua. Mana2 pegawai kerajaan negeri melaka dah boleh sewa bas untuk shoping kat KB. wakaf che yeh, makan minum kat pasar buluh kubu. Gamaknya terkejut beruk su kerajaan negeri melaka kalau tengok org meniaga kasut selipar jepun, jual kusyen kereta sampai jam 3 pagi.

    Komen aku ialah Padan Muka Mu

  4. Kesian rakyat negeri Melaka, ada ketua menteri yg RASUAH .. itulah UMNO, Parti yg subur aktiviti rasuah.

  5. satu masa diatas, suatu masa kat bawah dan akan dilupakan. sahabat handai saudara dan penyokong tak kekal lama.
    Yang kekal hanya Allah SWT.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008