Sedap!! Klik gambar di atas!

Tok Guru Pulau Melaka, Tok Guru Rusila

Yang saya nak cerita bukan dapatan kajian atau research finding. Yang saya nak cerita ialah apa orang kata tentang kerajaan perpaduan. Saya nak cuba cerita sejujur mungkin. Tak dak nasi tambah dan tak bubuh sikit pun serbuk perasa.

Komen-komen orang yang saya nak cerita tentang kerajaan perpaduan ni kadang-kadang dalam bentuk pertanyaan kepada saya. Kadang-kadang duduk tak duduk depa yang berleter sendiri kat saya. Dengaq pi lah!

Saya juga tak ingat dengan tepat berapa orang yang bercakap mengenai cadangan Tok Guru Presiden itu kepada saya. Tetapi, kalaupun tak berpuluh-puluh orang, kurang-kurang pun berbelas-belas orang. Apa pun, ia tidaklah boleh menjadi satu sampling kaji selidik. Oleh sebab itu, kalau ada siapa-siapa nak dispute pun, lantak hampalah!

Daripada kesemua yang bertanya atau berkhutbah kat saya mengenai kerajaan perpaduan itu, hanya dua orang yang bersetuju. Selain dua orang yang setuju tu, ada seorang lagi yang saya rasa sahaja dia setuju. Rasa-rasa ja. Tapi kawan itu pun tak nampak sangat dia menyokong. Dia lebih kepada menyatakan rasa tidak puas hati kepada sikap Tok Guru Mursyidul Am apabila ditanya oleh press. Seolah-olah macam petik suis terus menyala. Malah, kadang-kadang jadi mentol terbakar, dia menggambarkan.

Yang lain semua tak bersetuju. Soalan paling popular ialah "apa nak jadi (Tok Guru) Haji Hadi ni?" atau "apa nak jadi Presiden kita ni?"

Dalam kebanyakan kes saya tak jawab. Tapi ada juga saya jawab. Antara jawapan saya yang saya ingat ialah, "dalam kes kerajaan Kelantan panggil Mawi melalak, aku ikut Tok Guru Rusila yang nampak seolah-olah berada di belakang kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat waktu itu, Ustaz Harun Taib. Dalam kes kerajaan perpaduan, aku ikut Tok Guru Pulau Melaka. Makna kata, dalam semua kes aku ikut Tok Guru!"

Sekali lagi saya beritahu, semua yang saya cerita di atas bukan dapatan kajian atau research finding. Ada sikit lagi, sedap juga baca Nota Elbariti.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Terus terang saya katakan sini ialah saya amat tidak bersetuju dengan perlaksanaan kerajaan perpaduan ini...
    Tetapi ada lebih baik Tok Guru Pulau Melaka memanggil Tok Guru Rusila membincangkan perkara tersebut supaya untuk mengelakkan kekeliruan terhadap semua ahli-ahli PAS yang rata-rata ikhlas dalam perjuang menegakkan daulah Islamiah.
    Lagi lama tidak diselesaikan perkara ini...sudah pasti lagi buruk kesannya nanti.

    Dulu Tok Guru Rusila kata sokong umno sesat...
    keluar hadis tu lah..keluar hadis ni lah...
    Ana ada fening la kalu ini macam...

  2. Bukan masalah dua Tok Guru, bukan pasal pulau Melaka atau Rusila. Masalahnya adalah yang pernah ditipu dengan baru nak kena tipu.
    Orang Kelantan tak dapat terima UMNO atas apa nama sekalipun. Kerajaan Perpaduan, atau Kerajaan Campuran, atau Kerajaan Gabungan, atau demi perpaduan Melayu. Kenapa dan kenapa? Kenapa Tok Guru P.Melaka tak setuju? Kenapa Tok Guru Rusila beria-ia benar nak setuju?.
    Orang Kelantan dah perik dan serik dengan UMNO. Dimusuhi orang Pas dan dibuli sama seperti pelarian Myamar. Tanya pada orang kampung, tanya pada pegawai kerajaan, tanya pada pada guru, tanya pada tok imam, tanya pada penoreh getah dan sehingga tanya pada lalat dan cacing pun. Sebab itu bila sebut nak berkawan dengan UMNO, orang Kelantan akan menentang habis-habisan. Dulu isu ni dah keluar, orang Bachok merajuk pada wakil rakyat yang turut menyokong. Orang Kota Bharu pula berkira nak hantar 4 borang UMNO kepada ibu pejabat Pas di K.Lumpur. Khalid Samad tahu hati orang Kelantan terbakar, dia datang minta maaf.Hujahnya seorang mukmin tidak akan memasukkan tangannya kedalam satu lubang jengking sebanyak dua kali.
    Kenapa pula Tok Guru Rusila menjadi sebaliknya?. Mungkin itu mungkin ini, atau mungkin-mungkin. Tapi banyak kemungkinan tidak mungkin. Mungkin nak rasa nikmat ditipu UMNO. Mungkin nak tiru macam Ikhwan Mesir adakan Tahaluf Siasi. Mungkin nak kecap jadi pemenrintah negarah (menteri).Mungkin nak mempamirkan sikap anjal Parti Islam. Mungkin nak menyelamatkan orang Melayu.......
    Tapi yang pasti UMNO akan menipu lagi .......

  3. Awatlaa hangpa ni. Dok kelam kabut tak tentu arah. Awat, orang dalam UMNO semuanya haprak habih ka sampai kita tak boleh nak bekerjasama? Awat dalam PAS semuanya maksum belaka ka sampai lebih dari segalanya? Toksah lah duk penting bangga diri, bila Allah Taala bagi kemenangan janganlah duk jadi bongkak lagi. Banyak hikmahnya bila kemenangan keadilan keatas kezaliman lebih bermakna dari kemenangan kejahatan keatas kezaliman.

    Berjuang taik kuda namanya kalau duk rasa diri hebat sangat tak dak dah..

  4. Negara tanpa pembangkang! Wujudlah Kerajaan Tepok Dada Tanya Selera! Rakyat terus menderita!

  5. Ana juga tak setuju 100%. Mungkin niat TGHH baik, tapi dengan UMNO????? sori le, ana dah serik . Mungkin TGHH ke TImb Presiden PAS yg dok syok muqabalah dulu cetuskan idea ni selepas muqabalah gagal. Ana tak tau tapi, rakyat Kelantan dah faham benar UMNO ni. Hidup puak UMNO ni satu aje, nak jahanamkan islam. Jadi, saranan saya pada golongan yang suka sangat Unity Government ni, supaya fikir le kesusahan mereka yang dokong PAS ni. Pas tertegak kerana ahli mereka yang komited dgn PAS. Biarlah UMNO mampus dulu...itu saranan saya

  6. Munkin nak rasa julab ditipu UMNO.Munkin nak rasa kerusi empuk Tim.PM.Munkin nak uji kesabaran ahli-ahli PAS.Munkin nak tahu betapa "walaq"nya orang PAS kepada pemimpinnya dan munkin nak uji sama ada " janji-janji UMNO" tu bolih pakai atau tidak. Begitu banyak "munkin" dan semua "munkin" ini munkin benar .Ada lagi "munkin"- munkin Tuan Guru Rusila ini amat dipengaruhi olih beberapa orang yang rapat dengannya.Individu-individu ini telah pun menjual hujah yang panjang lebar menyokong Tuan Guru Rusila.Munkinkah "idea Kerajaan Perpaduan" ini datang dari individu-individu ini dan munkin Tuan Guru Rusila sekadar menjadi juru cakap mereka sahaja. Kemunkinan ini amat besar.Yang pasti(bukan munkin lagi) Tuan Guru Pulau Melaka tetap tidak berminat langsung dengan UMNO dalam apa bentuk pun "muzakarah,muqabalah,campuran,gabungan mahu pun perpaduan". Tuan Guru Pulau Melaka telah rasa julab UMNO,dia amat kenal dan arif tentang UMNO dan dia amat berpegang kuat kepada janji dan keputusan yang telah dibuat dalam Muktamar yang lalu diIpoh.Itulah ciri-ciri kepimpinan yang berwawasan dan Islamik - berpegang kepada janji dan walaq kepada keputusan ramai. Pemimpin yang berkaliber tak senang dipengaruhi dan wajar mempunyai pendirian sendiri wajar mementingkan jemaah bukan sekadar mendengar "bisikan" beberapa :"penasihat"disekelilingnya.Tidak lama lagi sekadar 3-4 tahun saja UMNO akan berkubur.Kalau kita bolih menunggu selama lebih dari 50 tahun,takkan 2-3 tahun lagi kita tak bolih sabar. Jalannya telah lurus dan terbuka -janganlah hendak disimpangkan atau dicabangkan lagi. Inilah hasrat kebanyakan ahli PAS.Kalau tak percaya bawalah perkara ini keMuktamar bulan Jun ini.Nasib idea kerajaan perpaduan ini akan sama dengan nasib muqabalah.

  7. Mula2 muzakarah, kemudian muqabalah..Lepas tu merayu pak lah jangan letak jawatan...alih2 nak tubuh unity gomen...apa makna semua nin?

    Sampai bila bapak presiden pas nak letak titik noktah dalam projek kerjasama dengan umno nin?

    Tokden

  8. Anonymous said... Awatlaa hangpa ni. Dok kelam kabut tak tentu arah. Awat, orang dalam UMNO semuanya haprak habih ka sampai kita tak boleh nak bekerjasama?
    Jawab - Ya, kalau tak haprak bukan Umno namanya. Mana ada org Umno yang tak makan rasuah?, menyalahgunakan harta kerajaan sesuka hati, buat fitnah dan ........ Perangai macam ini tak haprak kah? -Sama sendiri pun mereka buat-

    Awat dalam PAS semuanya maksum belaka ka sampai lebih dari segalanya?
    Jawab- Kerana tak maksumlah kami tak mahu kerjasama. Takut-takut tahi yang ada pada mereka kena orang Pas sama.

    Toksah lah duk penting bangga diri, bila Allah Taala bagi kemenangan janganlah duk jadi bongkak lagi.
    Jawab- Kerana rendah dirilah kita takut nak kerjasama dengan UMNO. Kalau tidak kita kena tipu lagi.

    Banyak hikmahnya bila kemenangan keadilan keatas kezaliman lebih bermakna dari kemenangan kejahatan keatas kezaliman.
    Jawab- Betul.... Hikmahnya adalah tolak UMNO secara total.

    Berjuang taik kuda namanya kalau duk rasa diri hebat sangat tak dak dah..
    Jawab- Kita berjuang kerana menjaga agama. Bukan macam you berjuang atas nama taik anjing, asyik nak berkerjasama dengan musuh saja.

  9. Orang pas maksum laaa.... mana bleh dok ngan UMNO yang dah macam tahi tu... Najis muhkalazah tauuu... orang PAS tak sembahyang belambak lagiiiiii.... Nak berjuang Islam otah apa... sapa pun tak takut selagi subuh tak seramai jumaat weiiii... Islam bukan bodoh macam PAS, bukan bongok macam UMNO, bukan moron macam PKR

  10. Kerajaan campuran ni mudah nak faham macam konsep kerajaan perpaduan Palestin: Hamas dengan Fatah.. Israel pun biasa amalkan konsep macam ni bila majoriti kemenangan tak besar seperti tawaran Ehud Barak pada Zippi Livni untuk menganggotai kabinet. Maknanya pembangkang dan kerajaan duduk dalam jemaah menteri, fokus berkenaan pentadbiran dan ekonomi negara. Konsepnya lain dari sejarah Pas masuk BN waktu Dato' Asri dulu. Pakatan tetap Pakatan tetapi para MP dari kedua belah pihak bentuk kerajaan campuran dengan masing-masing ada keahlian dalam kabinet.

  11. DUA TOK GURU KERAS,DUA TOK GURU LEMBUT

    apa keras lembut ni Pak Bakaq.Dulu kata tg Rusila keras sampai keluar amanat Hadi. sekarang tak kata pula dia lembut bila bg idea kerajaan perpaduan.patut katala TG Hj Hadi ni lembut.Tapi sekarang kata Tok Guru P.Melaka keras sebab benci sangat umno ni sampai tolak idea kjaan perpaduan. Tak kata pula dulu tg pulau melaka ni lembut sangat sampai bg brahim ali bertanding walaupun begantang brahim maki pas.

  12. Salam bang bakaq n family

    Setakat hari ni, PAS dah rasa senak perut dgn sikap separa UMNO yg ada pada PKR. Apa lagi andainya kerajaan perpaduan berlaku pastinya UMNO juga tunjangnya, PAS batangnya dan barangkali PKR rantingnya. Akan ada pula nanti daun, bunga, buah dan ulat bulu, kerengga dan sebagainya. Akhirnya yg untung bukannya PAS. Tak sabar benor ke nak tunggu hingga PRU13. Kelapaq sangat nak jadi menteri ke? Setakat menteri luar atau duta mildle east je baik lupakan la. Para pemimpin atasan PAS pun kalau boleh luangkan masa, susurilah bicara org jalanan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008