Sedap!! Klik gambar di atas!

Takkan tak bagus mahkamah syariah 'terlalu ghairah agama'

MCA kata, mahkamah syariah 'terlalu ghairah agama'. Malaysiakini melaporkan:
MCA menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan sebagai "keghairahan agama berlebihan" dan "salah guna sewenang-wenangnya" tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

"Peluasan tidak sewajarnya bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes seumpama ini memburukkan lagi keadaan," kata ketua biro pendidikan parti itu Gan Ping Sieu.

Beliau mengulas keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini selepas dimohon oleh si ibu Chew Yin No, atau nama mualafnya Siti Zubaidah Chew Abdullah, tanpa persetujuan si bapa Hoo Ying Soon.
Saya menunggu komen saudara-saudara seagama dari Umno dan Pekida.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sori bang bakaq, kawan tak faham cerita. Cuba ulas sikit. Tapi jangan dok ulas macam buletin utama tv3, macam hakim yg baca berita gamaknya. Eloklah tu, orang kita bodoh2 lagi kurang sekolah macam tahun 50an.

  2. Depa dah tak hormat institusi agama lagi pasai institusi agama pun sanggup buat kerja2 fitnah dan menipu mcm depa jugak. 2 X 5 = 10. Imam masjid besaq pun depa sanggup dok 'kambing kelabu' kan...camana lagu tu?!

  3. pak bakaq,

    teman sikit pun tak heran. nak tengok lebih kaw2 punya rajin2 le melawat website mca. cuma media haprak amno je malu2 tenuk nak siarkan.

    mungkin mca nak jadi lebih jaguh dari karpal kot muahahhahaha

  4. Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Gambar-gambar suasana di luar dewan selepas itu.

    Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian. Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.
    Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama. Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan. Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.


    Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

    Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup. Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.
    Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”. Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing

    Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR. Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.
    Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau. “Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.
    Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. “Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)
    “Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita. “Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam. “Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.
    Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini. Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku. “Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian.
    Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah. “Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.
    Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah. “Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.
    Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penjelasanasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”. – 5/3/2009

  5. Mahkamah syariah tu adalah undang-undang kepada keseluruhan,sewajar nya. BUKAN UNTUK ORANG ISLAM sahaja atau orang Melayu.

    Klu MCA ulas kata mahkamah syariah terlalu extrem agama makna nya MCA celik ada nya kewujudan Mahkamah ISLAM kita tu.

    Saya pelik la,nk tuggu komen UMNO dan ahli PEKIDA ker? UMNO dan PEKIDA ni kelompok yang mana? adakah mereka pernah peka kepada Malaysia? Yang mereka tahu gaduh,angkat pakua,buka buah... 30 konon tapi ISLAM tu bukan syarat PEKIDA. Dan UMNO.

    ISLAM hari ni ketinggalan kerana ramai orang y masuk PEKIDA dan UMNO.

  6. TV3 suku dan sewaktu dengannya tak pun siarkan berita itu kerana kononya sensitif....perkauman....

    TV3 suku dan sewaktu dengannya juga tak siarkan tentang KELULUSAN perhimpunan Bantah PPSMI besok 7 Mac....

    Tapi, sebelum ini TV3 suku siarkan kenyataan Ketua Polis Negara tentang perhimpunan tersebut...

    Ayuh rakyat Malaysia boikot RTM, TV3 suku, Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain media sewajtu dengannya......

    Kalau teringin nak tenguk Berita kat TV UMNO tu .......
    pasanglah VCD/DVD ceramah Agama Ustaz Harun Din ke, Ustaz Ismail Kamus ke ....atau paling tidak tenguk kartun Upin & Ipin......

    Kalau teringin nak baca suratkhabar....
    Bacalah Harakah ke, Siasah ke.....atau paling tidak bacalah majalah Asuh ke, Ana Muslim ke, Sayang Muslim ke......

    Kalau kita boleh Boikot barangan USA/Israel/Belanda....
    Tak kan tak boleh Boikot Baranga UMNO/BN kot....
    kita lumpuhkan ekonomi mereka......

    -----MiNDa tEnAng-----

  7. Pasal Pekida dan 30 buah diaorang tu cuba tengok dan cari pasal gangster kat US yang lebih kurang guna formasi tangan sama dengan PEKIDA. Ini sebahagiannya. Blood, crisp, Latin king, MS 13, 18 street, Black Panther, Texas mafia dan Tiny rascal

  8. Salam

    Hmmm.... Tiada didapati orang-orang yang terdahulu itu mendapati kesan yang tampak pada "PANCASILA".

    wasSalam

  9. Kita tunggu la sama2 tgk kalau puak2 umno ni buat demo. Aku cabar puak2 ni buat demo mcm kes karpal & perak dulu... Kita tgk brapa byk report polis dia org berani buat. Aku guarantee sekor pun tak kan buat pasal puak2 umno ni la yg dok mentedarah rasuah cina2 mca ni & yg dok jual maruah melayu pasal nak sokongan malaun2 mca ni.

  10. salam Bang Bagaq,

    Bukan semua pekida sokong keadaan sekarang. Yang ada kefahaman agama tak setuju dgn suasana fitnah dan batil yang berlaku. Cuma yang degil dan yang banyak masalah yang cuba 'harus' kan perbuatan mereka atas nama perjuangan. Masalah ini ada dimana2, dalam masjid pun ada yang bermasalah. Lagikan pula diluar dan kalau tak jaga 'solat' dan didalam hati tiada Allah SWT.

    Pekida adalah persatuan utk menyatukan org2 kita atas nama perjuangan Islam. Ada sejarah dan sebab persatuan ini ditubuhkan. Kelemahan ada dimana2 sekiranya individu yang ada tidak beriman dan tidak mengambil kehidupan Nabi SAW, perkara batil akan difikirkan agama.

    Masalah kita bukanlah pekida atau sebagainya, masalah kita semua sebab kita tak jaga solat, tak taat perintah Allah dan tak amal sunnah Rasullullah. Saya berfikir bukanlah perkara yang betul utk memusuhi atau cari pasal dgn pekida dlm ruangan spt ini.

    Didiklah anak2 kita dgn Islam dan Sunnah. Dunia akan datang adalah lebih mencabar utk mereka.

    Maafkan saya,..Allahualam.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008