Kita tidak suka orang membikin cerita tentang bakal Perdana Menteri negara kita. Perdana Menteri negara kita tidak boleh dilihat sebagai pembawa aib yang memalukan negara kita.Mungkin bakal Perdana Menteri Malaysia tidaklah seburuk dan sebusuk yang digambarkan oleh Times Online. Sebab itu kita yakin beliau akan mengambil tindakan ke atas akhbar itu. Kita yakin beliau akan mengambil tindakan itu kerana lebih mudah mengambil tindakan undang-undang di tanah British yang menjadi tempat mengajar dan melatih para peguam di negara ini kerana persamaan sistem perundangannya.
Kita juga yakin bakal Perdana Menteri Malaysia sanggup berbuat apa sahaja untuk membunuh gambaran jijik dan keji akhbar itu ke atasnya. Malah, jika terpaksa mengambil Queen's Counsel pun, kita yakin beliau sanggup berbuat demikian untuk membersihkan dirinya dari jijik dan keji yang dijaja oleh akhbar itu ke seluruh dunia.
Kita berharap bakal Perdana Menteri Malaysia segera mendapatkan khidmat nasihat para peguam yang dilaporkan sebagai handalan seperti Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Kita yakin dan percaya, bakal Perdana Menteri Malaysia tidak mahu dirinya dilihat jijik dan keji seperti yang digambarkan Times Online.










Cantik? Klik 






Apa lagi Najib pegi saman akhbar Yahudi tu..kalu tak seluruh rakyat M'sia begitu malu dipimpin oleh seorang yang bersabit pembunuh. Bersihkan diri anda dari najis tu..dengan segera. Jangan dok diam saja, malu weh...malu.
Saya rasa bukan soal siapa, Syafie Abdullah atau Queen's Counsel tapi bagaimana?
Nampaknya, 'bagaimana' itu sudah menjadi semakin gawat dan dibimbangi tiada 'siapa' yang sanggup untuk membuat supaya bakal PM kita itu 'tidak' dilihat keji dan jijik.
Tiada siapa yang sanggup kerana siapa tu tak tahu nak buat bagaimana?
Mungkin media boleh tolong? Boleh jadi juga parlimen boleh tolong? Atau mahkamah?
Mungkin Sahaja
Najib mungkin tak akan ambil tidakan dalam issu ini,jika ia ambil tindakan mungkin malunya lebah jelas,lebih baik ia malu tanpa bukti melalui berita-berita akhbar sahaja
ketaq lutut kot nak nafikan akhbar luar
Salam. tahniah. Tepat, betul, cepat dan cekap.
Najib mesti saman akhbar tersebut. Ianya maruah rakyat Malaysia! Kalau tak sama ertinya rakyat Malaysia dilihat oleh dunia luar berketuakan seorang yang tidak baik!
kalau setakat muka macam Najib,apa ada hal kalau orang pandang keji? dari kecik sampai dah tua bangka memang keji!!!!
Sudah sampai masanya MP-MP Pakatan Rakyat bawa usul kekejaman polis terhadap orang awam ke parlimen.
Baru sebentar tadi gas pemedih mata dilepaskan oleh FRU kepada hampir 10 ribu orang yang berhimpun di padang awam untuk mendengar ceramah Anwar.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani ini bukan kali pertama.
Tok dah panas hati.Di KL,Kuala Terengganu dan banyak tempat lagi kekejaman polis jadi bualan mulut orang ramai.Kalau tak ada permit pun kenapa tak saman je penganjur ceramah.tak luakpun biar ceramah tu berjalan setakat sejam dua.Kalau ada unsur fitnah atau menghasut boleh dicatit kesalahannya.
Polis bukan milik UMNO sahaja tetapi berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Tok juga nak cadangkan bloggers cuba siasat atau paparkan skandal atau salahgunakuasa melibatkan pegawai kanan polis ni.Elok juga kekejaman polis ini dirakamkan dan dibawa kepada Amnesty International dan ke mahkamah keadilan antarabangsa.Ada yang cakap polis macam regim Yahudi.
NGO-NGO dan Bloggers semua kumpulkan sebanyak mungkin kelemahan dan kekejaman polis ini.Lepas tu kita mintak kerjasama Bar Council atau peguam-peguam Pakatan Rakyat dakwa mereka di mahkamah.Kes Kugan,kehilangan dadah di balai polis di Johor dan kematian seorang anggota polis secara misteri dan banyak lagi wajar disiasat.
Elok juga kita hantar memo kekejaman polis ni kepada Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong.Safe sikit tiap kali ceramah ada je askar kawal kita.Polis dan FRU tentu tak berani buat apa-apa.
Memang tak semua polis tu teruk tapi sebahagian kecil sahaj dah menjejaskan imej polis keseluruhannya.Cuba bayangkan kalau anak atau ahli keluarga korang sendiri kena sembur dan pukul dengan FRU.Apa perasaan korang?
Tok bukan kutuk polis tapi tindakan mereka ketika meleraikan demonstrasi dan ceramah tanpa permit cukup mengecewakan.
Cuba fikirkan sejenak kalau Pakatan rakyat memerintah negara ni.Tak mustahil bukan.10 tahun lepas gerakan reformasi hanya di jalanan tapi sekarang dah memerintah 5 negeri.jika polis bersikap seolah-olah memihak kepada UMNO,Tok percaya suatu hari nanti negara ini pula akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Time tu tok cadangkan kita buat Suruhanjaya di Raja untuk mengawal polis atau kita letakkan PDRM bawah kuasa Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong.Sama macam tentera.
Namabaik negara dimata dunia adalah satu perkara serius bukan hak peribadi seseorang pemimpin untuk mengenepikan pendapat oranglain tentang hal ini.
Nama baik negara adalah berkait rapat dengan nama baik dan pekerti pemimpin nombor satunya dan seterusnya.
Sampai masa untuk pemimpin2 tanahair mengatasi masalah berita2 berkenaan pembunuhan wanita Mongolia ini kerana ia melibatkan entiti antarabangsa.
dunia dah nak kiamat memang macam tu. pemimpin bukan lagi disegani tapi ditakuti kerana kuasanya. Tunggulah saat kebinasaan apabila pemimpin-pemimpin terdiri daripada golongan yang keji.
sya syor tiap surau/mesjid adakan solat hajat. minta Allah selamatkan negara ni dari dipimpin oleh orang2 zalim, yang buat muka selamba dan tak rasa berdosa. Jika turun murka Allah, kita rakyat daif/kurap ni pun terkena bahananya...
Teruskan hidup kita.Terus bangunkan negara.Terus beramal soleh.Terus mencegah mungkar.BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.
Kalau reporter tempatan, mungkin terus diISAkan.
Salam Bang Bakaq n Family
Najib ingin dilihat sebagai pro. Samada pro'fesional' atau pro'sak' terpulang pada persepsi org. Tindakan pekak badak beliau hanya ingin dilihat seolah2 selari dgn aliran pemikiran terbuka pemimpin kuasa besar yg lain, lantak apa org nak kata. Barangkali anggapan beliau bahawa Bush pun apa kurangnya dicerca dikeji dan dipermainkan dlm pelbagai kaedah samada dimedia elektronik atau medium2 lain sepanjang masa dari seluruh seterunya. Bush tetap Bush, Clinton tetap Clinton. Mereka buat pekak badak. Najib pun ambil sikap begitu. Adakah ia selesa begitu ataupun terpaksa bermuka selesa agar dilihat setaraf dgn pemimpin dunia yg lain.
Lantak ko la lebong. MAD BALING.
Aku rasa x lama lagi Najib pasti pegi beli syarikat akhbar tuh...he..he..he biasa le...nanti leh contol berita cam tv3/4 tu..
Najib terkenal sebagai Menteri Pertahanan negeri Pasir Dua butir iaitu Panglima Pasola yang merampas kerajaan negeri Pasir Dua Butir sehingga raja terpaksa bersidang di bawah pokok. Sama macam di Perak. P Ramlee dah bagi gambaran keadaan Menteri yang rakus. Laksamana Do Re Me dari negeri Pasir Bedengung datang selamatkan Negeri Pasir Dua Butir. Negeri Perak laksamana apa? Kita semua laksamana jangan undi UMNO dan jangan bagi Najib jadi PM. Kalau dia jadi juga mampuih kita.
Aku nampak Najib nanti akan diboikot di persidangan-persidangan antarabangsa sebagai.. Pariah International.
Masa tu nak letak muka kat mana?
Malu malu sungguh!
ha ha... diam tak semestinya baik, tak bertindak tak semestinya betul, tak saman tak bermakna takde duit nak pakai peguam.
anyway, yang benar akan tersebar juga kerana manusia memang dicipta oleh Allah dengan seribu kelemahan dan nafsu.
Semoga rakyat m'sia dilindungi dari pemerintah yang zalim dan munafik.