Sedap!! Klik gambar di atas!

PPSMI: Sudah Lah!

Sudah Lah, orang dah tak peduli Lah, tak dak sapa lagi dah nak hormat Lah...

Gambar-gambar di sini.

Penjelasan pada 8/3/09 11.52 malam:

Ramai juga yang bertanya pendirian saya mengenai PPSMI. Harap faham, semua tulisan mengenai PPSMI semata-mata menyokong kebangkitan dan keberanian rakyat selagi mereka ada sebab yang wajar untuk membantah. Pendirian mengenai PPSMI adalah perkara lain. Saya menyokong hak Hindraf untuk berhimpun secara aman. Adakah sokongan itu menjadikan saya penyokong Hindu dan Hindraf?

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/umpamaperang1.jpg
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.

    Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri,tak pukul dan sumbatkan mereka kedalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.

    Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.

    Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.

    Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siapa dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah.
    Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen

    Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.

    Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO.
    Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.

  2. Kemelut membantah PPSMI sudah sampai ke satu peringkat yang paling genting. Walau pun Perdana Menteri mengarahkan pihak yang terlibat untuk menyelesaikannya dengan serta merta tetapi biarlah ianya tidak merosakkan anak bangsa sendiri.

    Pokoknya jika diteruskan ianya tiada cacat celanya tetapi jika dihentikan dengan cara serta merta maka anak bangsa yang telah mengikutinya dari Tahun satu sekolah rendah hingga kini ditahun enam berapa ratus ribu anak bangsa terutamanya anak melayu akan merana apabila tiba-tiba pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan peperiksaan UPSR tiba-tiba kena jawab dalam Bahasa Malaysia.

    Jika Menteri Pelajaran tidak akan mengubahnya dengan cara serta merta maka itu juga mungkin asasnya. Biarkan yang dah mengikutinya mengambil peperiksaan dalam Bahasa Inggeris dengan tenang dan kita tunggu untuk melihat keputusannya dahaulu dan jika kita hendak menukarnya maka mulalah untuk anak-anak di tahun satu mulai tahun depan. Seperti kata pepatah tarik benabg dalam tepung, benang tak putus tepung tak kecamuk.

  3. Sebenarnya PPSMI tidak sah dari segi curriculum development. PPSMI adalah instant curriculum atau top-down curriculum! macam mee segera. Bila menteri pelajaran melawat mana-mana negara luar terpegun dgn sesuatu kurikulum berkenaaan lalu di cadangkan di dalam kurikulum Malaysia. Sebab tu nak jadi Menteri Pelajaran wajib dari bekas guru atau pendidik. Ini tidak boleh cokia kaki lima (tak faham pendidikan)boleh jadi menteri pelajaran. Sebenarnya dalam proses penggubalan apa saja kurikulum termasuk PPSMI perlu di buat Seminar/conference bagi ahli-ahli akademik mengutarakan kertas kerja, membuat resolusi kemudian di perbincangkan di CDC (pusat perkembangan kurikulum - tubuh beberapa j/kuasa penggubal, buat ujian rintis at least 5 ke 6 tahun, keputusan kajian Yes/No. Yes boleh , no tak boleh. No samaada di perbaiki kurikulum itu atau masuk tong sampah!. Lepas tu barulah nak di laksanakan atau tidak. Perose ni tak berlaku pada PPSMI. so tak sah. Sebenar itu bukan puncanya. Pembekalan Laptop dan LCD kesekolah-sekolah itulah yang pihak berkenaan bermati-matian mempertahankan PPMSI. Berapa komisyen dapat. LCD dan laptop hantar kar sekolah melebihi RM 15 ribu (Harga sebenar RM 7 ribu shj). Kira saja berapa banyak sekolah di Malaysia. Inilah yang nak di pertahankAN.....
    dr HAQ

  4. Kepada mereka yang membangkang pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris cuba memikirkan sejenak isu berkaitannya seperti berikut:
    1. Keupayaan DBP atau mana-mana badan yang mampu menterjemahkan bahasa Inggeris Sains dan mathematics ke dalam bahasa Malaysia dengan serta merta,
    2. Keupayaan pihak seperti diatas ini untuk menterjemahkan dalam bahasa Inggeris ilmu-ilmu sains dan mathematics dengan berterusan dalam kadar segera,agar perkara yang diajar tidak ketinggalan
    Jika isu diatas tidak dapat ditangani oleh Kerajaan maka ta usah lah para sasterawan dan pakar bahasa cuba hendak menimbulkan kekacauan. Cuba fikir dengan hati yang tenang mampu kah kerajaan mengatasi dua masalah utama diatas.
    Dinegara Jepun, Korea, mereka ada kemampuan untuk mengalih bahasa sesuatu buku yang mengandungi ilmu baru dalam masa kurang 1 bulan, maka rakyat mereka tidaklah ketinggalan. Cuba bandingkan negara Malaysia, nak cetak buku sekolah pun siap sampai murid dah memasuki sekolah buku ta siap lagi. Bagaimana hendak alih bahasa sedangkan DBP tidak berkemampuan.
    Para sasterawan dan nationalis bahasa fikirkan lah secara mendalam tindakan yang dilakukan. Adakah ia sejajar dengan pembangunan negara kearah 2020 atau zaman globalisasi. Jangan mundurkan rakyat Malaysia. Pengajaran Sains dan Mathematics dalam bahasa Inggeris tidak MENGinggeriskan orang-orang Malaysia khususnya bangsa Melayu. Mereka hanya diangkat darjat mereka supaya boleh mesra alam dengan masyarakat dunia, iaitu berada di satu garisan permulaan yang sama dengan orang lain. Kita tidak mahu rakyat Malaysia terpinggir kerana tidak mahir dalam Inggeris. Jangan lah banding Malaysia dengan negara Korea, Jepun, China dll, kerana mereka mempunyai angka populasi yang tinggi. Mereka berkemampuan untuk hidup sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Malaysia ada lebih kurang 26 juta rakyat dan terpaksa bergantung kepada pelaburan luar negara.
    Adakah pelabur akan datang ke negara ini jika rakyat nya mengalami kecacatan dalam mengendalikan pelaburan luar negara. Apabila mereka ( pelabur ) bawa pekerja mereka dari negara mereka yang digelar 'expatriates' kita marah konon tidak memberi peluang kepada pekerja tempatan.
    Saya nampak para sasterawan dan nasionalis bahasa mempunyai ajenda tersembunyi. Mereka ini menjadi alat/ajen UMNO yang mahukan dasar bahasa Inggeris ini di tukar supaya mereka boleh terus memperbodohkan orang-orang Melayu agar BN terus bertapak di negara ini. Bukan anti bahasa.

  5. Mereka peduli apa. Janji fulus. Rakyat selagi boleh diperbodohkan mereka buat tak tahu sahaja. Yang penting fulus, fulus. Peduli apa, mereka kumpul duit banyak - banyak.
    Ketua polis ka, Ketua hakim ka, selagi ada kuasa gunakan mereka.

  6. paklah mondia!
    Anda ini sebenarnya pencacai kah atau pun penyokong kuat TDM.Laporan PPSMI baru-baru ini menunjukkan Malaysia jatuh di tempat ke 52....ulang suara di tempat ke 52.Ini menunjukkan orang Malaysia jadi bodohhh dan prestasinya merudum jauh.Hanya akhbar dan media seperti anda sahaja yang sembunyikan fakta ini. Saya ada anak, saya tak mahu anak saya jadi bodoh....mungkin kamu tak kisah sebab tidak ada anak atau pun memang anak kamu bodoh, jadi kamu tak kisah.Please, ramai cendikiawan dah sepakat mengatakan bahawa PPSMI ini meriosakkan bangsa.Hello janganlah jadi seperti Buang dalam cerita Sarjan Hassan.Anak pak menteri dan orang-orang besar senang aje, mereka belajar di luar negeri sebab mak bapak mereka banyak duit.Tolonglah jangan jadi tolol.....Kepada cendiakiawan dan Sasterawan Negara tahniah.

  7. anony semua jgn pandang rendah pada org sendiri. takkan buku teks sains dan mate seawal tahun satu tak mampu kita buat? sebelum ppsmi, buku sehingga tingkat 6 pun ada. dah lupa ke dulu kita belajar sains dan mate dlm bm? teringat kata2 zaman dulu, buat jarum pun tak mampu. zaman sekarang org macam ni pun wujud lagi. pandang rendah pd bangsa sendiri dan jiwa hamba. penyokong ppsmi sebanarnya kurang maklumat tentang pkembangan bahasa. mereka sgt percaya fakta kurang istilah dlm bm. walhal istilah boleh dipinjam atau diterjemah. memang susah kalau fikiran 'melayu tulen' ni. sehala.

  8. DBP memang tak mampu terjemah istilah2 baru. Tengoklar sapa pengarah yang kat dalam tu.. Cari makan lar... Cari lar orang yang betul2 layak untuk pegang DBP. Banyak lagi org yang lebih layak.. Serahkan kepada ahlinya... Orang2 dalam tu tak mampu untuk berfikir di luar kotak. Xmau kerja lebih. Tapi, bangsa kita mampu untuk terjemah istilah2 semua tu, yg tak mampu cuma DBP sekarang. DBP sekarang xmcm DBP dulu. Sapa nak duk DBP kena sealiran dgn kerajaan. Jgn banyak komen, buat yg patut jer.. Kita kena lantik org yg betul2 profesional. Tapi bukan semua org DBP x bagus. Ada lagi yg bagus, tp tenggelam dgn org yg atas2.. Selamatkan DBP. Letakkan DBP kembali di landasannya..

    -pecinta bahasa-

  9. Salam.

    DBP & ITNM, dua-dua di bawah Kementerian Pelajaran...

  10. Kalau kita kaji balik bagaimana mulanya PPSMI ini, ciri-ciri "MEMBODEK" dan "KEUNTUNGAN" menjadi sebab utamanya.

    Mahathir terlalu ghairah hendak majukan Malysia dan bila dia sebut sahaja hendak buat sesuatu yang kononnya akan memajukan Malaysia, AwangSelamat-AwangSelmat dan SiKuntumBunga-SiKumtumBunga yang ketika itu berada di Kementerian melompat-lompat dan berkejar-kejaran serta berebut-rebut untuk melaksanakannya tanpa usul periksa, tanpa fikir panjang, tanpa berunding dengan yang betul-betul pakar dan tanpa kajian yang sempurna. Duit pun banyak pula dicurahkan. Maka berbunuh-bunuhanlah mereka untuk menunjukkan kepada Mahathir yang mereka itu setia. Pada hal hanya untuk mencari nama dan mengaut keuntungan yang melempah ruah berselindung di belakang kroni-kroni mereka melalui program pengswastaan Mahathir.

    Banyak lagi yang dilaksanakan cara ini. Kalau dalam Kementerian Pelajaran, apa jadinya MPV (Mata Pelajaran Vokasyenal)? Apa jadinya kepada sekolah vokasyenal? Apa jadinya kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup? Sejarah? Kajian Tempatan? Seni Lukis? Penulis masih ingatlagi seorang pengarah di Kementerian Pelajaran mengatakan mata pelajaran seni lukis tidak penting untuk jadi arkitek? Penulis memaafkan kedunguannya itu sebab dia berkelulusan linguistik sahaja.

    Yang lebih ketara ialah projek makmal ICT. Oleh kerana dilaksanakan secara tergesa-gesa (motif rakus dan tamak) berapa banyak yang tidak sempurna dan dibaikpulih semula?
    Apa jadinya di sekolah-sekolah di perdalaman yang dibekalkan dengan parabola untuk dapatkan signal internet melalui setalit, konon?

    Banyak lagi kalau hendak dicatatkan di sini.

    Pandangan orang-orang di bawah, di bahagian pelaksanaan tidak diberi perhatian langsung seolah-olah mereka sahaja yang cerdik dan yang pandai tetapi apabila program itu gagal, orang-orang di bawah akan dipersalahkan. Sama seperti apa yang berlaku kepada PPSMI ini.

    Penulis nampak matlamat utamanya BUKAN KEMAJUAN PENDIDIKAN. Itu matlamat kedua. Matlamat pertama ialah untuk mengaut keuntungan mudah yang melempah ruah. Bayangkan sebuah komputer laptop yang dibekalkan ke sekolah oleh 'pembekal' berharga RM5,000 lebih sedangkan harga di pasaran hanya lebih kurang RM2,000! Dan ada model yang dibekalkan tidak ada dalam senarai model yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan contohnya ialah model Samsung X11! Bayangkan?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008