Sedap!! Klik gambar di atas!

PPSMI: Doktor mengaji di Belgium luku kepala aku

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara mengenai PPSMI di dalam blognya. Saya berdiam diri dan tak tulis apa-apa mengenai PPSMI sebab saya dah kalah berhujah dengan kawan saya, seorang doktor pakar yang dulu mengaji nu di Belgium nu.

Baru-baru ni pula, seorang pemimpin PAS menceritakan kepada saya bahawa anaknya menguasai Bahasa Inggeris dengan agak baik kerana anaknya itu minat game. Oleh kerana terlalu minat game, dia beli macam-macam kamus termasuk kamus istilah yang dia rasa ada kaitan dengan game-game yang dia nak main. Akhirnya dia menguasai Bahasa Inggeris dengan agak baik. "Bukan kerana PPSMI," kata ayahnya.

Saya lalu teringat anak saya. Dia boleh faham Inggeris kerana dia minat sangat sukan. Nak baca yang terbaru mengenai EPL misalnya, kena baca dalam Bahasa Inggeris. Saya tanya dia kat mana dia selalu baca berita-berita yang dia nak baca tu? Dia kata di sini. Anak saya itu faham Bahasa Inggeris kerana tiap-tiap hari dia baca berita-berita dan entah apa-apa lagi di situ. Tak la hebat gila. Tapi boleh la kami anak-beranak cakap orang putih cara bodo-bodo kami. Anak saya reti Bahasa Inggeris bukan kerana PPSMI.

Dari segi istilah dalam Matematik dan Sains, saya masih cenderung kepada PPSMI. Dan, dalam banyak-banyak komen yang saya berkenan dalam posting saya bertajuk "PPSMI: Sudah Lah!" ialah komen berikut:
DBP memang tak mampu terjemah istilah2 baru. Tengoklar sapa pengarah yang kat dalam tu.. Cari makan lar... Cari lar orang yang betul2 layak untuk pegang DBP. Banyak lagi org yang lebih layak.. Serahkan kepada ahlinya... Orang2 dalam tu tak mampu untuk berfikir di luar kotak. Xmau kerja lebih. Tapi, bangsa kita mampu untuk terjemah istilah2 semua tu, yg tak mampu cuma DBP sekarang. DBP sekarang xmcm DBP dulu. Sapa nak duk DBP kena sealiran dgn kerajaan. Jgn banyak komen, buat yg patut jer.. Kita kena lantik org yg betul2 profesional. Tapi bukan semua org DBP x bagus. Ada lagi yg bagus, tp tenggelam dgn org yg atas2.. Selamatkan DBP. Letakkan DBP kembali di landasannya..

-pecinta bahasa-
Dalam undian di sini, saya jawab seperti berikut:
4. PPSMI adalah bertujuan untuk :
Sebagai pendekatan baru untuk menguasai sains dan teknologi

5. Pandangan anda mengenai PPSMI?
Setuju dengan PPSMI tetapi perlaksanaannya perlu diperbaiki
Saya harap saya tidak dicelakakan kerana menggunakan hak demokratik saya untuk memilih. Lagi pun, saya tidak terikat dengan polisi mana-mana organisasi kerana, seperti yang Sheih tulis di sini:
Bakaq is not a member of any political party but a stern supporter of PAS’s Constitution to form an Islamic Government that shall be fair to all races.
Berkaitan:
PPSMI II (Tun Dr Mahathir Mohamad)
Learning Maths & Science in English will make you a Mat Rempit! (Sheih)
All riled up and nowhere to go (The Star)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. guru pun pening nak mengajar math and science in english.Jika nazir datang atau jika ada pencerapan aje guna bahasa inggeris.

  2. sheih wrote;
    p/s. Folks, Bakaq is a lovely person. Vocal yet very humble. I beg you to lend him you support in which ever mean he needs.

    yes I know, everybody know. your vocal is very humble with full of Akhlak.

    -insan kamil

  3. Saya boleh setuju dengan PPSMI dengan syarat:
    Mantapkan dahulu B. Inggeris a) guru yang akan mengajar Maths & Science melali kursus intensif Conversational English; b)pelajar-pelajar di tahap sekolah rendah lagi (ala Special Malay Class tahun 50-60an dahulu)

    Kalau tidak berupaya melakukan ini, lebih baik PPSMI itu diberhentikan sahaja.

  4. Belajar bahasa apa pun semua baguih,tak kira la bahasa Siam ka,German ,Itali,Perancis dan macam2 bahasa yang ada dalam dunia ni tapi bukan ajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, yang lain semua ok.Lagi banyak bahasa yang kita pandai cakap lagi banyak ilmu yang kita tau.Puak2 POLO dan pejuang Islam di Selatan Thailand pandai buat bom sendiri guna handphone ja ,tengok2 dah berkecai askar Siam.Begitu juga di Mindanao, pejuang2 Moro pun pandai buat bom sendiri,pendek kata nak pandai ni bukan nanti ajar Sains/matematik dalam bahasa Inggeris,pokok pangkal budak tu rajin ka penyigan?Begitu juga nak kaya, ada yang jadi tokeh sekerap pun boleh kaya,kelulusan tak ada.Yang mengaji tinggi,tapi sekadar makan gaji ja.Abad akn datang kalu dunia belum kiamat tok bomoh pun mungkin jampi dalam bahasa oghang putih sebab dah pandai2 belaka.Bahasa Melayu pun mungkin dah pupus yang tiggal bahasa orang Asli sebab tak dihargai sebagai bahasa ilmu.

  5. Memang itu cara paling cepat nak beljar bahasa.

    http://www.fourhourworkweek.com/blog/2009/01/20/learning-language/

  6. Salam,

    Teruskan Bakaq, hang memang hebat, vokal dan istiqamah dalam memperkatakan yang hak dan bati sejak dulu, kini dan insyaAllah selama-lamanya.

    Tapi bab PPSMI, ana tak setuju sebabnya tak guna banyak vocab English, sekadar istilah sahaja. Ana lagi setuju subjek yang banyak menggunakan pendekatan penulisan esei diajar dalam bahasa Inggeris. Mesti hebat anak bangsa dengan bahasanya.

    Salam ukhuwah dari ana.

  7. kalau lah hang orang yang baik kelaku, hang tak siar komen2 yang berunsur puji-pujian pada hang. aku pun malu nak mengaku aku baik. tapi jangan tunjuk2 baik. kalau nak sedekah tabung masjid, masuklah duit dalam tabung masjid tuh masa jemaah tak lalu lalang atau jemaah kurang.
    yang penting niat. niat nak sedekah atau niat nak menunjuk-nunjuk.

    wassalam

    janda habib

  8. "KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memutuskan untuk membeli pakaian angkasawan bernilai US$50,000 yang pernah digunakan oleh angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustaphar untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia. "

    INILAH KEPALA HOTAK KETUA AGENSI KERAJAAN YG KITA ADA..ORG BERI AMANAH, DIA YG TAK AMANAH..BUAT APA DIA BELI BAJU TU..BUKANKAH LEBIH BAIK DUIT TU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN YG LEBIH BERFAEDAH..BANTU PELAJAR2 MELAYU YG MISKIN, CONTOHNYA..YG AWAK JD KETUA TU IALAH AGENSI KERAJAAN..BUKAN SYARIKAT TOK AWAK..BIARLAH PIHAK SWASTA KALAU ADA YG BERMINAT NAK BELI..ITU TIDAK ADA KENA MENGENA DGN PERUNTUKAN KERAJAAN..ORANG MELAYU NAK BUAT APA DENGAN BAJU TU..CUBA KIRA US DOLLAR TU DLM MATA DUIT KITA..KALAU RM4=USD1, DH BERAPA? TAK ADA KERJA LAIN ORG2 YG DIBERI AMANAH NI SELAIN NK GLAMOUR..ORG MACAM INI YG PEMIMPIN2 KITA BERI KEPERCAYAAN!!!!!!

  9. kalau dah bodoh tu bodoh jugalah.PPSMI tu bukan tujuan utama nak tingkat Bl...tapi tolong baca blog chetdet mengenai pelaksanaan PPSMI....PENERANGAN ORANG BIJAK SANGAT MUDAH UNTUK DIFAHAMI...walaupun si bangang macam.....

    saya guru ppsmi

  10. Terima kasih pilih komen saya... Tapi saya tak setuju ppsmi.. kalau nak tingkatkan b inggeris xperlu dikorbankan math dan sains tu. Tingkatkan ilmu guru2 b.i, tambahkan masa b.i dan yang lain2 dipikirkan perlu.. bukannya digunakan b.i utk math dan sains. banyak buruk dari baik. Memang ada kebaikan tapi kita ambik yg sederhana. katanya graf math dan sains meningkat... Tapi kenapa graf b.i menurun????? pelik tu... bagi pihak yg berkenaan.. tolong lar telus.. keluarkan fakta sebenar. Xperlu disembunyikan apa2.. Ini masa depan anak bangsa kita.

    -pecinta bahasa-

  11. Apa la....sedangkan diajar dalam bahasa melayu pun dia tak leh tangkap inikan pulak nak ajar dalam bahasa inggeris..

    dah tu kelentong rakyat lagi bila diorang turunkan tahap lulus sebanyak 30%

    Sampai bila nak kencing rakyat

    http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

  12. saya ada dua soalan.

    1. kalau anda sakit gigi anda akan jumpa doktor?
    a) doktor sakit puan
    b) doktor gigi
    c) doktor haiwan

    2. kalau anak anda lemah bahasa inggeris,anda sebagai ibu bapa akan hantar anak anda kepada guru?
    a) guru bahasa inggeris
    b) guru matematik
    c) guru sains

    jawapan ditangan anda....

  13. syeikh..agaknya mcm mana kalau tiba2 cina jadi lingua franca?adakah tiba-tiba cina jadi medium utama untuk PPSMC pulak????

  14. PPSMI......?????????
    Aku blaja biasa2 jer dalam teknologi ni tapi tertarik pada satu kamus Omputih - engineering kamus. Jadi setakat boleh berbahasa omputih nampak gaya masih tak melayakkan untuk tahu bahasa teknikal@sains.
    Betul juga alasan klasik, Jepun, Perancis, Jerman, Rusia maju dalam bidang ni bukan tegah dek bahasa Omputih pun. Prof aku pun, kalau nak banding dengan makcik toreh getah sebelah rumah aku ni, 50% baik makcik ni.
    Pembelajaran BI ni, boleh mahir tak semestinya blaja dalam satu cara jer...
    Untuk asas tu mudahkanlah, dah dirumah mereka berbahasa Melayu, Cina @ india, mudahkan cara

  15. kenapa kita tak boleh belajar sains dan matematik dlm bm?

  16. 'kome' bagi komen ni
    dah tengok ke - budak dan cikgu yang duduk diulu ulu
    mampu ke tak ?
    'deme'yang duduk di bandar tapi sengkek - tak mampu pegi 'tusyen' - mampu ke PPSmi ???

    jangan tengok yang ada kemudahan aje - yang tu memang le 'pande'
    yang pentingnya - kalu teghus kan juga ppsmi ni - 'ghame' le budak melayu akan merempit.
    nak belajo tek gheti - lepaih tu jadi malas - lepas tu merempit.

    kalu nak buat juga balaja dalam inggeris - cadangkan semula sistem tahun tahun 60 an dulu.
    Aliran ingeris dan melayu - baghu ada suasana ingeris disekolah - 'pasenya' semua subjek dalam inggeris -bercakappun dalam oghang puteh.
    ni dak - dia boleh buat sekerat belut.
    budak yang akan jadi mangsa !!!!!!!!!!

  17. masa ini lah duk teringat lagu btn dulu...air mata darah bercampur keringat bumi di pijak milik orang....indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya...

    mungkin satu hari nanti bahasa melayu hanya di dalam kitab kitab lama..di bilik bilik pameran muzium...

  18. saya ingat seorg guru bi lulusan maktab berkata " if my mother looks at the results of the of the freshies (malay) she sure laugh" ini bakal guru bi.yang utama guru bi pun tak layak ajar bi. forget ppsmi.

  19. akan datang nanti,
    tinggal BAJU MELAYU dan
    KERETAPI TANAH MELAYU BHD jer..
    itupun kalau tak ditukar ke MALAYSIA TRAIN CO.

    kah..kah..kah..

    melayu..melayu..
    kesian org melayu, bahasa pun nak digadaikan !!!

    -anaksgpetani-

  20. Salam,

    Kalau hampa belajaq mandi wajib dalam bahasa arab seawal 7 tahun dulu, aku percaya sampai mati hampa dok berhadas besar sebab TAK FAHAM.

    Kita nak anak-anak kita faham,kalau tak faham apa ilmu yang nak diamalkan.

    Bab istillah, pikiaq dengan waras sedikit. Setiap istillah ada KONSEP yang perlu diperjelaskan. Nak jelas dengan bahasa apa? Bahasa Arab, BI? Tentu dengan bahasa yang mudah difahami, samalah dengan belajaq Sains/Maths.

    Pak Bakaq, kalau hang nak cerita KONSEP Iman, Tawaduk, Ikhlas dalam Islam hang nak cerita dalam bahasa apa pada anak-anak hang? Bahasa Arab ka, BI ka, Melayu ka?

    Hang nak dengar khutbah pun hang cari Iman yang baca dalam bahasa Melayu, sebab apa? Sebab hang pin nak paham apa Tok Khatib kata!

  21. salam,persoalan nya kita mahu bahasa melayu menguasai math,sain dan berbabagai bidang teknologi,kenapa di belanjakan rm5.2 bilion utk PPSMI,kenapa tidak duit tue di gunakan untuk tingkatkan bahasa melayu yang dah nak layu !!!! saya pun tak faham sekejap bahasa melayu,sekejap bahasa malaysia,sekejap bahasa kebangsaan, entahlah apa nak jadi dengan bangsa ku

  22. setakat nak hafal istilah senang. yg payah huraiannya. kenapa besarkan tentang istilah? cakap main rasa2 ni payah. cuba turun padang sendiri. jgn contoh anak kita saja. anak org pun macam anak kita juga. penyokong negara kebajikan macam ni ka? tengok anak sendiri ok, kira oklah tu.

  23. Salam Baqak,

    Bahasa Inggeris kini bahasa ilmu. Bahasa Melayu pun bahasa Ilmu. Persoalannya, pembelajaran sains dan mathemetics di sekolah Rendah dabn Menengah tidak begitu banyak berlaku istilah baru dan DBP setakat ini tidak perlu meraba mencari terjemahan istilah baru dalam subjek math dan science di peringkat sekolah rendah.Lainlah di peringkat Universiti terutama subjek bio-medic, Fizik, elektrical engeneering dan sebagainya , muncul istilah baru dalam bahasa Inggeris yang tak menang tangan dilakukan terjemahanya oleh Istititut Terjemahanm Negara atau DPP.

    Pada pendapat saya, untuk memahirkan pelajar Melayu khususnya, subjek Inggeris perlu diperluaskan lagi. Mungkin sastera inggeris boleh diperkenalkan sejak dari sekolah menengah.

    Dan satu lagi, guru yang betul betul ada kepakaran saja yang boleh mengajar bahasa Inggeris. Kalau silap cikgunya, yang keluar dari mulut anak melayu prononciation yang bunyinya semacam.

    Sekianlah pendapat yang belum masak, kerana keterbatasan wakttu. Apapun, jangan terlalu keterlaluan menolak PPSMI sehingga disalah faham menolak penggunaan bahasa Inggeris yang sedang digunakan secara meluas di dunia ini.

    Di zaman tamadan Islam sedang bersinar suatu ketika duu, terutama di Andalusia, penuntut di Eropah datang belajar bahasa Arab yang merupakan bahasa Ilmu ketika itu dan berlakulah zaman 'transfer of knowledge' dengan menterjemahkan ke bahasa Barat.

    Sekian pandangan hamba yang bebal ini yang masih beranggapan pengajaran math dan science di sekolah Rendah dan menengah perlu mengunakan bahasa ibunda agar senang difahami.Tanpa mengabaikan bahasa Inggeris!1

  24. Dulu PAS parti orang kampung. Lama-kelamaan PAS semakin diterima oleh pelbagai golongan termasuklah golongan professional. Anak-anak muda yang sudah menyampah pada UMNO makin menjinak-jinakkan diri dengan PAS. Walaubagaimanapun, situasi kebelakangan ini menunjukkan golongan professional muda mula menjauhkan diri semula dengan PAS. Ini kerana PAS tidak tahu memilih isu untuk dipolitikkan. Rata-rata profesional muda melihat PPSMI sebagai suatu yang baik walaupun ada sedikit kelemahan. Tindakan PAS membantah PPSMI tanpa mengambil kira kecendurungan golongan ini meyebabkan kerugian kepada PAS.

  25. Macam kenal saja doktor pakar yang mengaji di Belgium tu. Dia memang hebat. Seorang yang terbilang.

  26. masa tiada ppsmi tiada masalah pun. kita terlebih2 sgt dgn b.inggeris. kenapa semua org perlu fasih bi? bukan semua nak bersaing peringkat global pun. lagi pula, bi ni boleh dipelajari bila2 pun. tapi matematik dan sains hanya ditawarkan di sekolah, kolej dan universiti. kalau dah terlepas peluang belajar sains dan matematik dan kandas sebab masalah bahasa mana boleh nak ulang balik darjah 6, tingkatan 3, 5? kalau lepasan universiti lemah bi dan sukar dpt kerja (kerana dasar bodoh yg pentingkan sgt bahasa penjajah wpun depa dah berambus, sesama melayu pun nak cakap org putih)dia boleh ambik kelas bi. kenapala masalah bi ni besaq sgt kat negara kita? kat thailand, indonesia tak ada pun. apa depa tu taknak maju ka? kita ni kalau semua pandai cakap bi boleh join negara g7 ka? songsang sungguh pemikiran.

  27. PPsmi danpun dilAKSANAKAN lebih lima tahun..... anak anak dan pun boleh cakap inggeris berabuk abuk sebab mereka berbeza dengan kita kita yang dari kampung.... DULU kita belajar inggeris selama SEBELAS TAHUN sehingga Tgkt 5... sebabkan cik gu cakap melayu KITA KITA buta bahasa inggeris... sampai di K L nak pi JAMBAN.. NAK tanya LALUAN BAS.... PI interview HARAM sepatah inggeris pun tak keluar.

    BERAPA agaknya belanja menyekolahkan KITA KITA dan bayar gaji CIK GU inggeris YG cakap melayu untuk mengajar inggeris.....BAIKI YANG NI DULU LAH SHAM.. ANAK KOU SEKOLAH KAT SK INTERNATIONAL..... PAS TU GI OVER SI... SEBAB KAU TAHU SISTEM PELJARAN YANG KAO JAGA GAGAL

  28. kita ni dah merdeka ke belum? baik panggil balik org putih perintah. takdak beza pun dgn zaman org putih. kenapa payah sgt jadi melayu? nak keja 'wajib' fasih bahasa asing. bukan kat luar negeri. kat sini. mungkin ramai yg tak faham makna merdeka.

  29. areeve87.wordpress.com
    areeve87.blogspot.com
    Bahasa Jiwa Bangsa, adakah anda setuju jika saya katakan:

    Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu, Bahasa Inggeris Jiwa Bangsa Inggeris.....dsb

    Saya tidak menafikan kepentingan PPSMI, tetapi mari kita renungkan sejenak beberapa persoalan:

    * Andai PPSMI mahu diteruskan dengan alasan "tidak bnyak buku rujukan Sains & Matematik dlm BM", apakah buku2 Sains dan Matematik akan bertambah dengan perlaksanaan PPSMI?
    * Atau yg semakin brtmbah adalah buku yg ditulis penulis Melayu di dlm BI? dalam erti kata lain kitalah bangsa yg mengurangkan buku bahasa ibundanya sendiri & menolong bangsa penjajah terus menghasilkan rujukan di dlm BI?
    * Dlm erti kata lain juga, kitalah bangsa yg akn tlg menambahkan carta penjualan buku2, surat-khabar2, majalah BI krna ibubapa bangsa Melayu akn membelikan atau mengerah anak2 mrka utk membaca bhn rujukan BI yg amat penting?
    * Dlm eri kata lain lagi, maka akan terbunuhlah karya2 penulis2 dlm BM?
    * Dlm erti kata lain lagi, terkorbanlah industri penulisan BM sepert matinya suratkhabar Jawi?
    * Dlm erti kata lain lagi, maka smkin byklah pejuang2 BI berwajah Melayu sepertimana pembaca berita BM tetapi berambut perang?
    * Apa salahnya BM yg dipelajari dlm Sains & Matematik selama setengah abad merdeka hingga lahirnya ramai professional2 Melayu dlm kedua2 bidang ini?
    * Mereka juga pandai BI. Tahu kenapa? Kerana pengajaran "subjek Bahasa Inggeris" sudah cukup tanpa perlu digunakan dlm S&M.
    * Tidak cukupkah selama ini, kita belajar subjek bahasa "Bahasa Inggeris" utk mendalami ilmu mereka?
    * Seolah2 hari ini kita ditekankan utk bercakap BI dlm "grammar" yg betul? Perlukah semua ini?Cukup shj rasanya kalau kita faham & boleh berkomunikasi dlm BI bukan?

    Satu peringatan yg sy sgt2 mahu tekankan:

    Sekalipun PPSMI mahu dimansuhkan, anak bangsa tetap kena belajar subjek BI, mereka tetap faham BI, boleh membaca bahan rujukan BI, bercakap dlm BI, melihat filem BI, menterjemah BI ke BM, dsb.

    Namun, di dlm memperkasa BM, industri penterjemahan negara juga wajib diperkasakan, dan inilah tugas Bangsa Melayu kerana ini bahasa jiwa bangsa kita. MUSTAHIL, org barat pula yg nak buat buku dlm BM sebab ini bukan bahasa mrk. Kitalah pemiliknya.

    Ingat, "MEMANSUHKAN PPSMI BUKAN BERERTI MEMANSUHKAN BAHASA INGGERIS".

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008