Hari ini, Malaysiakini melaporkan, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memutuskan bahawa peguam yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar tidak mempunyai locus standi untuk mewakilinya dalam satu permohonan yang difailkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir dan enam Exco kerajaan negeri (keterangan gambar di sebelah sila lihat di sini).Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim, memutuskan demikian ekoran permohonan yang dibuat oleh peguam yang mewakili Zambry.
Peguam Tommy Thomas yang mewakili Sivakumar berkata, alasannya ialah Speaker adalah sebahagian daripada kerajaan negeri, dan oleh itu, hanyapenasihat undang-undang kerajaan negeri yang boleh mewakili Sivakumar.
Sebelum ini (lihat Malaysiakini 30/10/07 "Commercial crime chief: I’m RM27 mil man" dan lihat video di sini), bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof memberitahu, dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Penasihat Undang-undang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, enggan memberi nasihat dan sebaliknya mengarahkan beliau dan pegawainya menyediakan afidavit mengenai kertas siasatan terhadap Goh.
Afidavit tersebut, tambahnya, adalah untuk difailkan di mahkamah ekoran permohonan Goh untuk mengenepikan perintah buang daerah terhadapnya.
Ekoran kesuntukan masa, kata Ramli, pegawai JSJK terpaksa mendapatkan nasihat perundangan daripada sebuah firma guaman yang kemudiannya membantu mereka menyediakan draf afidavit tersebut.
Menurut Ramli lagi, sehari sebelum Hari Raya, seorang rakan lamanya yang juga menjadi penasihat undang-undangnya telah ditangkap dan didakwa kerana gagal mematuhi satu notis arahan ke atas yang dikeluarkan oleh BPR.
Rakannya itu juga, kata Ramli, turut membantu para pegawai JSJK menyediakan afidavit yang difailkan dalam prosiding berhubung dengan kes Goh.
Dalam tempoh seminggu, tambahnya, beberapa pegawai JSJK telah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas dakwaan memalsukan bukti berhubung perintah buang daerah terhadap Goh.
Ramli menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak dapat dinafikan akan memberi kesan yang besar, bukan sahaja kepada JSJK tetapi juga kepada pasukan polis keseluruhannya.
Berkaitan:
Perak Speaker can appoint private lawyers (Shanmuga Kanesalingam)
High drama, violence & 'pokok demokrasi' (Malaysiakini)
Kula says Speaker did not authorise legal advisor who has conflict of interest (Malaysian Insider)
Court halts assembly sittings (Malaysiakini)
Lawyers barred from representing speaker (Malaysiakini)
Sidang Paling Tergempar dalam dunia! (Alhusseyn)
Sekitar DUN bawah pokok di Perak (Anak Sengat)
Tommy Thomas' full statement (The Nut Graph)










Cantik? Klik 






umno haprak!! penakut!! xdak teloq...harap polis ja bulehla...1 on 1 xbrani..b*t*hlah wei!! malaysia da x mengamalkan keadilan..mana keadilannya????? balek tdoqla najib oi! hanya suara sebelah pihak ja...cam sial!!...kata negara demokrasi..ni demokrasi b*t*h pa?? da nk mcm diktator dah!!...kebenaran disembunyikan...sedaqla wei!! dah akhir zaman nih..byk2 bertobat...hangpa suma ni xtkot dosa lgsung ka?? suma nk jdi bahan api neraka?? nauzubillah...
Umno/Bn hanya ada nyawa-nyawa ikan kerana mendapat pertolongan Polis Di UMNO! Oleh kerana itu dicadangkan suypaya merekja yang berhenti dan akan berhenti kerja kjerana kegawatan eknomi silalah menjadi anggota polis!
Tu la aku dah katadah jangan dok sebut pasai kerajaan perpaduan ni tengok dengan apa yang jadi di Perak hari ni,mai kita pakat tutup mulut pasai kerajaan perpaduan ni!Betoi kata bang Mat Sabu,kerajaan pakatan rakyat di Perak jadi "kerajaan pasola",jadi sungguh masin mulut Bang Mat,tu pasai mesyuarat bawah pokok beringin rendang.Satu dunia tengok mainan politik kotor umno yang guna pihak polis untuk berdepan dengan pakatan rakyat,punya penakut umno tak abis-abis dengan polis-FRU untuk selamatkan kerajaan haram umno di Perak.Kalu pihak polis di Perak tak cukup untuk jaga kerajaan haram di Perak tu umno boleh panggil polis yang ada di seluruh Malaysia untuk jaga kerajaan haram engkorang.Sabar MB Nizar "Tikar terbang" akan muncul tak lama lagi.Umno kena ingat kerajaan haram macam tu takkan kekal lama,umno akan lalui jalan yang penuh onak dan duri selagi tak dikembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan dun Perak.
teman dah naik tahap mual cakap pasal amno ni. senang kata pehak depa buat apa pun boleh. sbb apa teman cakap gitu? amno juga adalah agensi kerajaan spt mahkamah, polis fru dll.
Aku bangga jd rakyat Perak yg memiliki fitrah perjuangan utk Agama bukan memperjuangkan MELAYAU yg ntah ke mana, sanggup mengadaikan AGAMA demi kuasa yg sementara.
Inilah dia UMNO yg MELAYU 'muliakan' sejak 50 tahun lalu, yg motonya DULU KINI SELAMANYA... hanya retorik semata... apa dah jadi sekarang, hanya melayu yg tonggong shj lagi ada bersma UMNO.
Salam Pak Bakaq,
P Ramlee dah ramal apa yang akan terjadi kat Perak. Perak dah jadi Negeri Pasir Berdegung. Abis sume terbakar. Kena bakar dengan Menteri Passola yang jahat itu, yang dikatakan muka macam Jason King. Hey Orang Perak! korang nak Perak jadi Negeri Pasir 2 Butir tu ka? Orang dah habaq awal2 lg takmo amik ajaran? Nanti Sultan hang duk takhta bawah pokok tengah2 padang pasir baru hangpa tau. Kalau ni takmo belajar gak, Malaysia jap lagi jadi macam ni.
Sila la belajar cerita2 teladan dari Allahyarham P. Ramlee. Walaupon cerita dia banyak cerita lawak, semuanya ada teladan yang kita KENA belajar!
Bodoh! Bahlull!!! <---ni P Ramlee yang ckp yeee.
Hampeh Al-Had
http://www.youtube.com/watch?v=rtAFG_QuVEA
Pak Bakaq - elok pi jumpa Tuhan Undang2 di Malaysia - Ambiga.
Dia adalah kiblat semua lawyer termasuk loyar buruk.
Umno bila kena kat batang hidung sendiri nak paksa orang ikut undang2 la...bila depa nak rampas kerajaan negeri x yah ikut undang2...flip flop la depa ni..mcm PM nya jugak..
Salam bang bakar dan family from mad baling
Kerajaan Democrazy. Aku setuju itu. Tapi untuk samakan dgn memanda menteri pasola tu yg iras jason king aku tak brapa setuju. Tapi asas kepada isunya kini tak brapa jauh beza antara negeri pasir dua butir dgn adun pasir panjang (Nizar). Aku tak mau ulas atau komen apa2, cuma sedih dgn apa yg berlaku. Usulnya bagus, tapi fikirlah mcm mana pula nak takel sultan perak. Sultan bukannya Ahmad Nisfu.