Sedap!! Klik gambar di atas!

Pakej ransangan: Nak harap apa dari kerbau air?

Mula-mula baca berita dalam Business Times "Govt likely to sell RM73b worth of bonds: CIMB". Boleh juga baca berita asal dari Bloomberg yang bertajuk "Malaysia may raise bond sales in 2009 by 22 percent, CIMB says".

Lepas itu baca tulisan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang, yang bertajuk "A shocking revelation - A massive RM73 billion bailout or a quantum-leap stimulus? Prepare for very bad news by end of 1st quarter". Harap beri perhatian apa dia kata:
Wall Street’s bull is already dead. What can we expect from our water buffalo?
Saya dok rasa artikel-artikel tersebut boleh memberi gambaran tentang ekonomi Malaysia di bawah Menteri Kewangan yang tidak dilihat cerdik. Dia mungkin tidak bodoh, tetapi orang tak yakin langsung dia cerdik. Tu masalahnya.

Utusan Malaysia 11/3/09 terloncat-loncat memuji Datuk Seri Najib Tun Razak: Syabas Datuk Seri Najib. Beliau mulai diuji. Pembentangan bajet mini yang dibentangkan semalam cukup kreatif, selain inovatif, komprehensif dan tidak ortodoks.

Adakah gedikan Utusan Malaysia itu akan meyakinkan rakyat?

Bagi saya, perkhabaran yang paling real ialah apabila poket kita menjerkah kita: Woii!! Mana ada duit lagi dah!!

Lagi pun, apa nak diharapkan dari Barisan Nasional yang disebut sebagai "so stupid" oleh bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir?
Barisan Nasional is just so stupid. The people are saying in no uncertain terms – “stop the lies, stop the fairy tales!”

The people have been saying this since the March 2008 General Elections, but the political warlords are just too occupied with power grabs and looting the treasury to bother to listen.
Jika nak lihat wajah sebenar Umno, lihat pendedahan di sini.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ni aku copy paste komen parpukari dalam blog TDM. ni umno tulen. nampaknya orang umno hanya percaya kepada dua tiga ekoq pemimpin mereka sahaja. yang lain mereka reject kut. tapi aku rasa rakyat reject semua umno bukan sebahagian. tak gitu bakaq??????


    SAYA MERAYU KEPADA PERWAKILAN UMNO SEMUA, TOLONGLAH, BUATLAH PEMILIHAN DENGAN BETUL, KITA TIDAK MAHU LAGI ORANG-ORANG YANG MENJADI LIABILITI KEPADA UMNO, JANGAN LUPA APA YANG BERLAKU PADA MAC 2008 TU, FIKIRKAN SEJENAK DENGAN HATI YANG TERBUKA, NILAIKAN SEMULA KEADAAN, KENAPA BN KALAH??? JANGAN LUPA TUAN2 PERWAKILAN SEMUA, BN BUKAN KALAH KERANA ANWAR AL-JUBURI KUAT, TETAPI BN KALAH KERANA.......TEPUK DADA TANYALAH IMAN...

    SEMOGA TUAN2 BERTANGGUNGJAWAB DAN MENYELAMATKAN UMNO DARI KARAM TERUS, BUATLAH PEMILIHAN DENGAN BIJAK...

    PRESIDEN - DATO SERI NAJIB
    TIMB PRESIDEN - TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
    KETUA PEMUDA - DATO MUKHRIZ

    NAIB PRESIDEN - DATO RAIS YATIM, DATO HISHAMUDDIN....

    YANG LAIN2 TU, TOLONGLAH JANGAN PILIH YANG DAH TERPALIT DENGAN BERMACAM2 MASALAH...SEKIAN, TERIMA KASIH..

    INGATLAH WAHAI PERWAKILAN UMNO, JANGAN SAMPAI KAMU DICERCA OLEH ANK CUCU KAMU KERANA TERSALAH PILIH DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI..

    YA ALLAH YA TUHANKU, KAU KUATKANLAH IMAN MEREKA YA ALLAH..

  2. Muahahahaha.. Posting yang menarik! Saya suka tajuk di atas. Kerbau ayaq paling koman boleh sembelih buat kenduri, jemput sebuah kampung mai makan. Tapi kalau 'kerbau ayaq' yang satu ni, buat lapik kaki meja yang senget pun tak boleh.

    Rakyat Msia ni hingaq time susah ja. Bila dah senang, depa pi pangkah UMNO balik. Tak percaya? Tunggu la time ekonomi ok, orang berniaga ada projek, kakitangan gomen dapat bonus, ketaq pungkoq-pungkoq pangkah BN masa mengundi.

    Nak perubahan lagu mana kalau asyik muka skandal yang masuk bertanding? Nampak sangat peraih undi untuk pelawak2 UMNO seperti senarai nama dalam list parpukari tu. Lawak gila!!

  3. Rangsanglah..apa kena mengena dengan aku..harga barang macam tu jugak..tak turun2, malahan naik !

    Ransang punya ransang, mungkin ada yg kenyang..mulut buaya sedang terngaga menunggu habuan..

  4. aku pulak langsung tak rasa apa-apa..tentang pakej ransangan tu...apa 65 billions...
    hebat bunyinyer...
    tapi takde apa yang berubah kepada rakyat biaqpun gomen umum 650 billion sekalipun...
    itu hanya 'cover' untuk pemilihan UMNO nanti...
    kalau bg cash mungkin la rakyat akan rasa..mcm bagi rebat tunai...

  5. tak terangsang pun

  6. saya bukan le minat dgn najib apalagi mahathir. tapi pada yg lupa sejarah sila cari arkib dimana2 bagaimanakah mahathir mencari duit ketika gawat 98?

    berapa banyak bon yg dijual oleh kerajaan malaysia dan glc ketika itu. formula yg sama cuba dipakai. tapi adakah sudi membeli?

    nampaknya najib anak murid yg taat muahahahahaha

  7. RM60billion, wooo kau orang x terangsang lagi???

    abis korang nak ape?...peluru hidup ke? C4 ke?
    baru berkecai abis!!!

  8. itu baru pakej mini.. kalu pakej standard pulak mau cecah 600 Bilion.... kalu pakej mega...hehehehe... mau cecah 60 trilion......

    gilo ker aper.. mana nak cekau nih..

  9. 65billions tu kalu buat beli viagra baghu teransang rasernyer haha ...

  10. Mat Jenin masih hidup lagi ke Bakaq? Nampaknya Najib nak jadi Mat Jenin dengan Bajet Rangsangan Mininya.

    Rakyat nak dibawa berangan-angan tentang keindahan dalam kepapaan yang dihadapi dan akan dilalui! Maka cara menyedapkan dan memujuk hati rakyat yang dah marah meluap pada Umno/Bn yang bakal dipimpin oleh Najib Rosmah ialah menghiburkan mereka dengan cerita-cerita kekayaan dan keindahan. Lihatlah drama tv yang disukai oleh Syabrey Chik!

  11. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya masih lagi bertambah keliru dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan empat Minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon Allah memberikan kesejahteraan kepada Baginda dan kembalikanlah kejernihan agar Sultan Perak dan keturunannya bertahta di hati rakyat dengan kepatuhan keseluruhan rakyat terhadap Baginda.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  12. Pakej ransangan ekonomi tu 60 bilion banyak tu, mana nak ambik duit tu? Duit banyak tu dah campur duit KWSP dan Duit Tabung Haji sekali ka? Agak2 duit banyak tu orang jual keropok lekor,jual ikan darat,jual cendol,meniaga nasi lemak tepi jalan kena sekali ka tempias RM 60 bilion tu..Aku rasa yang dah kena buang keja berpuluh ribu tu tak dapat apa pun, yang kenyang taukeh2 korporat yang dah memang kaya melana,yang dok melekat keliling pinggang Najib tentu seronok dapat durian runtuh sebab dapat banyak projek lepas ni.Tu pun kalu ada betoi Rm 60 bilion tu.Takat interview orang awam dalam tv yang syok sendiri dengan pengumuman Najib tu tak boleh ambik kira depa tu sekupang rabit pun tak boleh apa macam Pak Kadok juga syok sendiri ha ha ha...

  13. ayo yo pak bakaq, apa nak jadi dgn negera kita, semuanya main taruh jer 60B, duinya entah datang dari mana?

    Tokden

  14. Samada teori Pak lah/Anwar atau teori Ku Li, terlalu banyak persoalan mengenai bagaimana perkiraan dan persefahaman antara pelbagai parti poltik yang bercanggah dan berbeza ideologi dan perkiraan politik masing-masing untuk boleh bergabung dalam satu 'kerajaan bersatu".

    Kedua-dua teori ini berlandaskan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib tidak akan merasa jawatan Perdana Menteri kerana kes Altantunya. Selain propaganda Anwar Ibrahim dan cerita penglipur lara Raja Petra, apa kaitan Najib dan Altantunya?

    Dalam satu perbualan panjang dengan seorang peguam yang sedikit sebanyak terlibat dalam kes Altantunya, tidak ada cara untuk kaitkan Najib dengan kematian Altantunya.

    Menurutnya Altantunya hanya mempunyai hubungan rahsia dengan Abdul Razak Baginda. Dari surat-suratnya kepada Altantunya, yang jelas adalah dia hanya merintah dan memohon bantuan kewangan dari Razak.

    Dalam surat-surat Altantunya kepada Razak, dia ada mengugut untuk melakukan pendedahan kepada akhbar. Namun, pendedahan yang dimaksudkan dalam surat-suratnya adalah pendedahan mengenai hubungan cinta mereka. Tidak ada cerita langsung mendedah kononnya ada komisyen kapal selam berjumlah RM500 juta.

    Surat-surat Altantunya tidak menunjukkan beliau seorang yang kononnya penterjemah bahasa dan berpendidikkan tinggi yang boleh memainkan peranan sebagai perantara pembelian alat dan senjata pertahanan.

    Peguam ini bertanya dimana logiknya Altantunya boleh ada bahagian komisyen sebanyak RM500 juta? Apakah peranan yang boleh Altantunya mainkan dalam pembelian antara kerajaan dan kerajaan yang tidak perlu perantara?

    Satu perkara kes ini yang susah untuk mengaitkan Najib kepada kes ini adalah untuk membuktikan chain of command dari Najib kepada Musa Safri dan dari situ kepada Azrilah dan seterusnya kepada Sirul. Walaupun diketahui ramai Musa dan Razak Baginda mengenali sesama mereka, ianya tidak merupakan petunjuk Razak atau Najib meminta pembunuhan Altantunya.

    Persoalan yang lebih besar adalah adakah Altantunya sudah mati? Bukti DNA banyak boleh dipersoalkan dan langsung tidak boleh menadi bukti Altantunya telah mati.

    Kalau ada pihak cuba menuduh ada usaha untuk membuang rekod imigresen Altantunya, rekod masuk Altantunya wujud dan rekod elektronik hilang kerana paspot Altantunya dan rakan-rakannya sudah hilang bersama kehilangan Altantunya.

    Menurut peguam ini, terlalu banyak hype telah diberikan kepada perubahan statement Balasundram, pendedahan interrogation Sirul oleh Raja Petra dan statement beberapa saksi.

    Katanya statemen Balasundram sudah menjadi bukti mahkamah di bawah Seksyen 112. Dengan penukaran statemen yang telah dilakukan oleh Balasundram, ini adalah kesalahan contempt of court. Bala tidak lagi boleh diterima sebagai saksi dan statemen tidak boleh dijadikan bukti.

    Begitu juga beberapa saksi yang menukar statemen di mahkamah dari statemen yang diikrarkan boleh dianggap sebagai contempt of court.

    Berkenaan pendedahan dokumen interrogation polis dibawah Seksyen 113 di Malaysia Today oleh Raja Petra, ianya tidak membawa erti langsung dalam mahkamah. Dokumen sedemikian sudah lama dihentikan dan tidak diterima mahkamah kerana sering berlaku pengakuan under suress (dalam paksaan). Ia juga menyulitkan untuk mengadakan trial within a trial.

    Artikel Arnaud Dubus di majallah Liberation tidak menjadi isu langsung kerana ia hanya cerita-cerita sama dari Malaysia Today. Blog ini pun telah mendedahkan artikel itu bagaikan dirancang oleh Anwar yang mempunyai pertalian dengan pihak-pihak tertentu.

    Dengan demikian, yang mana konspirasi dan yang mana logik? Dengan kebanyakkan masing-masing mempunyai senario idaman masing-masing, agak susah nak bercerita dengan rasional. Pasti masing-masing mempunyai maklumat tersendiri yang kononnya eksklusif yang mereka saja tahu untuk menjadi penentu.

    ARTIKEL INI TELAH SAYA AMBIL DARI BLOGGER ANOTHER BRICK IN THE WALL, LA NI SAYA NAK TANYA KAT PENCACAI2 DUBUK KUNYIT DARI FUCKATAN RIOT SEMUA, TANG MANA YANG HANGPA KATA DS NAJIB ADA INVOLVE DALAM KES NI??

    YANG BENGGALI GILA MAIN BELAKANG, SI ANAK KAPAL KARAM TU MENGAMUK KAT PARLIMEN APA HAL??? WHERE IS THE LOGIC???

    YANG AKU TAU, BENGGALI TU MENGAMUK SEBAB KALAU DS NAJIB NAIK JADI PM, MAKA AKAN HANCURLAH HARAPAN UNTUK FUCKATAN RIOT MENJADI KERAJAAN TALIBARUT YAHUDI KAT MALAYSIA NI, JADI INI DIPANGGIL DESPERATE MEASURE LA...DO OR DIE!!!!...TAK KIRA LOGIC KA TAK LOGIC, ADA BUKTI KA TAKDAK BUKTI KA, JANJI FUCKATAN RIOT NAK BERKUASA...

    LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA, BETAPA HINANYA CARA PEMBANGKANG YANG BERGELAR FUCKATAN RIOT INI...BERMACAM-MACAM MEREKA LAKUKAN UNTUK MEROSAKKAN NAMA BAIK DS NAJIB...ASTAGFIRULLAH..

    KENAPA BEGINI DESPERATE SEKALI? KENAPA FUCKATAN RIOT NI TAK BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL YANG MANA NAMPAK LEBIH KONSPIRASI DARI REALITI....FIKIR-FIKIRKANLAH...

    KALAU KORANG MASIH PERCAYA KAT ANWAR AL-JUBURI TU, AKU TAK TAU NAK KATA APA LAGI LAH, INGATLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA, SESUNGGUHNYA MANUSIA BERNAMA ANWAR HARAMI INI SANGAT LA MERBAHAYANYA...DIA PUNYA PUSING DAN BELIT MENGALAHKAN ULAR TAU...NAUZUBILLAH..FIKIR-FIKIRKANLAH..

    http://parpukari.blogspot.com/

  15. Pasai apa wanita MCA tak terangsang dgn pakej Najib...apakah Najib tak seksi macam Brad Pit atau pun fobia bila teringat altantuya?

    Tokden

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008