Seorang pembaca menghantar email seperti berikut. Atas nama demokrasi saya siarkan tanpa edit sikit pun walaupun saya berpendapat belum sampai masanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengundur diri. Itu pendapat saya yang mungkin tidak dipersetujui oleh mereka yang tidak bersetuju.
Begitu juga pendapat kawan kita yang menghantar email kepada saya itu. Belum tentu anda bersetuju.
Bagi saya, Ustaz Mujahid belum sampai masanya menjadi Presiden PAS. Bukan kerana dia tak bagus. Tetapi, bagi saya, belum sampai masanya lagi. Anda boleh debatkan pandangan tersebut. Tetapi, harap sangat tak terlajak. Apa jua pandangan yang tidak dipersetujui, lawanlah, nafikan dan pertikaikan dengan cara bertamadun.
Begitu juga pendapat kawan kita yang menghantar email kepada saya itu. Belum tentu anda bersetuju.
Bagi saya, Ustaz Mujahid belum sampai masanya menjadi Presiden PAS. Bukan kerana dia tak bagus. Tetapi, bagi saya, belum sampai masanya lagi. Anda boleh debatkan pandangan tersebut. Tetapi, harap sangat tak terlajak. Apa jua pandangan yang tidak dipersetujui, lawanlah, nafikan dan pertikaikan dengan cara bertamadun.
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,
1.Setiap organisasi akan melalui perubahan.Ini sudah menjadi adat dan sifat dunia.Sebegitu juga parti-parti politik.Banyak yang telah ditulis dan diperdebatkan mengenai UMNO perlu berubah.Hari ini saya ingin memberi pendapat bahawa PAS pun perlu berubah.
2.Perubahan akan berlaku samada kita hendak atau tidak.Dan perubahan berlaku melalui 4 kaedah, yakni :-
2.1. Persuasive Strategy.
2.2.Force Strategy.
2.3.Facilitative Strategy.
2.4.Reeducative Strategy.
Andaikata sesuatu masyarakat itu tidak berubah, mungkin masyarakat tersebut akan diubah oleh keadaan semasa.Saya percaya lebih baiklah masyarakat tersebut yang membuat perubahan secara 'concious'.Perubahan secara ini dapat dibentuk dan dibendung.
3.PAS telah berubah (PAS Social Change) pada era 1980an dahulu dengan membawa Kepimpinan Ulama kepada parti.Kepimpinan ini masih kekal hingga sekarang dan alhamdulillah kita telah dapat melihat hasilnya.Penerimaan masyarakat Malaysia kepada Islam adalah lebih meluas sekarang ini dan rakyat Malaysia sudah dapat membezakan diantara PAS dengan UMNO, dan yang baiknya PAS dilihat dengan positif sekarang ini.
4.Sekarang kita didalam dekad pertama Kurun ke21.Dunia juga telah berubah dan selepas PRU ke12,rakyat Malaysia sudah berubah dan InsyaALLAH didalam PRU-PRU yang akan datang peratus generasi internet akan meningkat didalam pengundi-pengundi.
5.PAS mestilah berani membuat perubahan supaya PAS menjadi 'laku' dikalangan generasi internet.Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini telah berjaya meletakan Islam sebagai landasan PAS.Tahniah saya ucapkan.Terimakasih saya hulurkan.May ALLAH swt bless them saya doakan.Tetapi sudah tiba masanya peralihan generasi berlaku didalam kepimpinan PAS.6.Justru itu saya memohon kebenaran Pak Bakaq agar isu ini dapat diperdebatkan dalam Blog Penarik Beca.Biarlah perdebatan ini dilandaskan dengan idea-idea serta pemikiran yang ktitikal, berbudi pekerti dalam perbahasan kita dan senantiasa tawadhu' dalam niat dan hasrat kita.
7.Kalau Pak Bakaq izinkinkan, saya nak mula dengan "Mujahid Yusuf Rawa For President !"
Terimakasih.











Cantik? Klik 






Dan saya hendak Dr HArun DIn mengantikan Nik Aziz (dah terlalu tua dah utk memimpin)
Terlalu awl , dan apabila tiba ms nya dan ditakdir allah dia akan jd juga presiden
biarkan TG Haji Hadi sbg Presiden , dan TG Nik Aziz sbg M.Am , berbeza pendapat dua insan spt mereka tidak sama dgn org spt kita .
Pak Bakar,
Kita ni ibarat sedang berperang. Saya yakin kita akan menang sedikit masa lagi. Apa yang perlu kita buat ialah tingkatkan usaha menggempur dan kukuhkan benteng pertahanan. Adalah tidak betui kita bercakap hal nak jatuhkan Jeneral di medan perang depan musuh. Memang benar ada pegawai2 kedet dan laskar2 berkalibar boleh dibawa kedepan, tetapi lebih baik mereka ini diberi sedikit masa lagi. Bagi saya adalah lebih baik kita dampingi pemimpin yang sedia ada bisikan apa2 yang patut dibaiki. Kita ada Mursyidul Am dan Ulama2 tempat rujuk. Kalau nak meluruskan tali bukan ditolak dari belakang, tetapi perlu ditarik dari hadapan ( Itupun jika rasa mampu. Kalau tidak kita main peranan masing2 secara bijaksana.
Tahun '80an TGHH dikecam hebat. Kita dibawah tumpang terkena tempiasnya, bahkan kehilangan negeri kerananya. Tetapi Alhamdulillah dia bukan lagi TGHH yang ditakuti oleh musuh. Dia telah diterima oleh ramai termasuk musuhnya yang terdahulu. Sekarang kalau kita nampak dia mula nak tergelincir adalah lebih baik tolong perbetui dulu. Paling tidak saya rasa dia dengar cakap Tok Guru NA, ulama2 dan rakan seankatan dengannya. TK.
saya sebagai ahli biasa.. merasakan tiada yang mustahil bagi perkara ini. mujahid sebagai presiden, tiada yang mustahil tapi dalam masa yang sama tiada juga keperluannya untuk masa kini. kerana kita dipimpin oleh tok guru hj hadi. jika idea ini timbul berikutan ada ahli yang ada masalah dengan kepimpinan tok guru, saya tak pasti lah, tapi pada saya, tiada kekurangan pun. saya masih menyanjung tok guru, walaupun ada pandangan dari tok guru mutakhir ini yang mengundang ketidakpuasan hati. ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk mencadangkan supaya tok guru berundur, kerana pandangan dari tok guru itu sendiri ramai yang tidak memahami sepenuhnya akan maksudnya. jika idea ini timbul berikutan kredibiliti saudara mujahid dilihat amat menyerlah mutakhir ini, insyaAllah, beberapa penggal lagi, jadilah beliau sebagai presiden. saya sebagai penyokong setia PAS selama ini menyayangi parti ini kerana, PAS amat berbeza dari semua parti yang ada di Malaysia ni. apa yang berlaku dalam parti lain, tak berlaku di dalam PAS. walaupun kini dah mula ada tanda-tanda ianya tak kekal. saya harap PAS akan terus jadi PAS, biarlah kita dah beroleh kuasa nanti.
berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan, pada saya, siapa presiden bukanlah penting bagi PAS. yang penting PAS itu dipimpin dari kalangan ulama. teras PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, jika Tok Guru, menyimpang dari teras itu, kita akan pastikan beliau tersingkir dan jika beliau sendiri merasakan harus diserahkan kepimpinan pada pengganti, bukan saudara mujahid saja, tapi antara yang ramai-ramai itu boleh dipertimbangkan.
berkenaan dengan pendekatan kita untuk memperkuatkan PAS, di bawah kepimpinan Tok Guru kita masih boleh melakukan pembaharuan. saya tak nampak halangan. perlu difikirkan, PAS kini adalah parti yang terkuat di Malaysia. kerana PAS mendapat sokongan dari melayu islam secara majoriti. PAS juga mendapat sokongan secara langsung dari yg bukan islam melalui kelab penyokong PAS. parti-parti yang lain, skop mereka agak terhad. ini bererti, kita tak perlu bimbang berkenaan strategi untuk meraih sokongan. ianya sedang berlaku secara perlahan, namun oleh kerana dah lama perjuangan kita, hasilnya sedang kita lihat berlaku. jangan kerana tak sabar melihat hasilnya secara menyeluruh secepat yang mungkin, kita persiakan usaha kita yang dah bertahun-tahun. hanya PAS harapan sebenar rakyat-rakyat yang memerlukan pembelaan. hanya PAS harapan ahli bijak pandai dalam mengambangkan ilmu secara total di Malaysia. Hanya PAS yang sebenar-benarnya berjuang, ianya diukur berdasarkan susah payah mereka yang dari asal di dalam perjuangan. tidak ada bezanya dahulu dan sekarang, malah dahulu lebih susah untuk menerangkan pada masyarakat dan dahulu lebih payah perjuangan ini. kita bukan UMNO yang sentiasa beri alasan mengenang jasa, tapi kita perlu motivasi, pemikiran dan kepimpinan dari mereka yang senior, kerana mereka dah masak dengan asam garam perjuangan. sekian, wassalam..
Rasanya...Mursyidul 'Am tu lagi lama dari Presiden...betul gak cakap Mr. KETAM...aku sokong...
Pak Bakaq,
Kita main nyit2 semut. Apa kata TGNA ambik alih tampat TGHH. Nasaruddin pun turun sekali bagi orang lain pula?
Sewah.
husam for president.....
Sebarkan mesej di bawah ini ke semua tempat di alam maya seberapa segera... Malam ini Jam 9 di Conference Yahoo Messenger, sila datang untuk melihat debat perdana blogger Bpn dengan Bnm.
Add email Ydp BPN di bawah untuk dijemput masuk sidang.
Email Panglimaperangcyber@yahoo.com
Tq
Pak Bakaq,
Tuan Guru Hj. Hadi adalah tidak dinafikan seorang pemimpin yang zuhud dan sangat baik tetapi beliau jarang menegur pemimpin PAS yang lain jika mereka melakukan kesilapan.Di bawah pimpinan beliau itu sendiri,semenjak akhir-akhir ini saya melihat PAS bukan lagi sebuah parti yang perjuangkan kebenaran tetapi adalah sekadar parti isu semata-mata....contohnya bila umno kata "A" pasti PAS akan kata "B" dan sebaliknya, walaupun yang diperkatakan oleh umno itu benar...
Bila hasrat beliau (TGHAH)berhendakkan penubuhan kerajaan perpaduang bersama Umno laknatullah betul-betul memdukacita banyak pihak dalam pakatan rakyat...dari mana idea itu datang agaknya?...Umno sudah hendak ditalkinkan mengapa mahu panjangkan nyawanya..
Pandangan saya, beliau (TGHAH) tidak relevan lagi bagi memimpin PAS buat masakini..
tetapi jasa beliau kepada PAS tidak boleh dinafikan.
Tentang Mujahid pula,
Potensi itu ada..tetapi kerja keras sedikit..
Orang yang boleh mengantikan TGHAH sebagai presiden PAS mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:-
1)Baik Agamanya
2)Tajam pemikirannya (berpengetahuan luas)
3)Pandai berpidato
3)Kezuhudannya (bukan duniawi)
4)kematangan dalam arena politik negara
5)Boleh diterima oleh pelbagai kaum
6)Mahir dalam isu antarabangsa
7)Tidak ada cita-cita hendak bergabung dengan UMNO.
Diantara pemimpin-pemimpin PAS yang bagi pendapat saya yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas adalah Tuan Hj.Muhamad bin Sabu.(bukan hendak promote tetapi adalah pandangan semata-mata)
siapa pun yang nak dipilih, pastikan dia adalah ulama yang wara' dan pada masa sama, lincah pula berpolitik (dan membaca politik). dengan apologi - golongan seperti dato' harun din, rasanya perlu memberi perhatian kepada aspek ini dalam setiap langkahnya.
Madah Pakyeh : "Jika Bengali murtad/takberserban lebeh bermoral dari Ulamak/Tuan Guru Isalm yang berserban, alamat dunia nak kiamat".
Dulu kata UMNO kafir sekarang dia nak join UMNO yang di kafirkan pula.
Nampak macam Presiden PAS flip flop jugak.
Saya undi Husam jadi presiden.
Sila baca rencana "Abdul Hadi jangan halalkan yang haram" di..
http://warongpakyeh.blogspot.com
http://warongpakyeh.blogspot.com
salam
orang minyak said...
....mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:-......
nak tambah satu lagi...
8)ada noktahnya.
apapon,.. PAs tetap di Hati ku... x salah nk tukar sape2 pom.. tp biar la sementra ini dia jd Pres.. dan dia pom bukan nk seumur hidup... so, apa guna ada pelapis.. macam ust budak dan lain2... dah sampai waktu tu... turun la..
sabar ek!!!..
Salam...
Tak kan kita tak nampak lagi... aelama 10-11 bln jadi Mb sudah nampak ktrampilan yang ada, disenangi oleh semua pihak terutama dari kaum India dan China, kekuatan yang ada pada beliau sukar ditandingi.. saya mengesyor DS Ir Nizar Jamaludin Mb Perak menjadi Presiden PAS.
pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menilai dan menganalisa pandangan2 dari berbagai pihak dan dari berbagai sudut siasah syar'iah BUKAN pemimpin yang hanya mendengar pandangan penjilat2 dan seorang dua PUNAHSIHAT yang banyak mempunyai agenda peribadi.(malang sekali bagi Presiden PAS!)
aku amat bersetuju dengan TGNA yang bertegas tentang keputusan penting mesti dibahas dan diputuskan secara syura dalam muktamar...ini adalah soal prinsip dlm berjamaah.
tak kira siapa yg dilantik sebagai pemimpin, jangan jadikan jamaah PAS sebagai milik peribadi pemimpin2 yg boleh dicucuk hidung berlawanan dengan dasar jamaah islam dan kehendak ahli2 jamaah secara kolektif.
kalau ada pemimpin yang rasa tak mampu lagi nak memenuhi tuntutan dasar amal jama'i eloklah beri laluan kapada yang layak dan masih mampu untuk memberi khidmat kapada jammah. soal umur tua atau muda tidak menjadi isu pokok.
aku setuju dgn pendapat anon#2. Allah yg angkat mereka sebagai pemimpin kita. kita perlu ada sifat taat pada amir kita. tak baik salah menyalah. depa beza pendapat sebagai ulama, klu salah-faham pun mcm adik-beradik. tak bagus kita laga-lagakan depa pulak. doakan depa selalu, itu lebih baik.
Pemimpin masa depan PAS - DS Ir Nizar. Cukup ciri2 pemimpin yang baik. Dah diuji dan sedang diuji. Setakat ini kira dah pas ujian yang dijalaninya.
Mujahid YR adalah material pemimpin masa hadapan yang baik.
Begitu juga Husam, Harun, Khalid dan ramai lagi pemimpin PAS negeri lain.
Tiada salahnya proposition ini; PAS terus maju kehadapan dengan ramainya calon pelapis yang berkualiti; siapa sahaja tokoh yang pada masa lalu, masa ini dan masa hadapan terbukti jasa dan pengorbanan-nya boleh sahaja memimpin parti.
Kurangkan politik dalaman, lebihkan jasa dan pengorbanan..
Ahli biasa macam saya melihat dan menilai.
Salam, Arif
elok lah pemimpin2 PAS yang dah expire dan tak dipilih oleh ahli ahli untuk memimpin akur dengan keputusan jamaah dan janganlah cuba nak jadi "master" atau "tangan2 ghaib" yang boleh merosakkan keputusan2 yg telah dibuat secara syura dalam mesyuarat resmi dan muktamar perwakilan PAS.
aku juga setuju dgn nasihat TGNA MA.
assalamualaikum Pak Bakaq dan semua
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing tapi apa yang membimbangkan ialah bila Tuan Guru Haji Hadi telah banyak menonjolkan kelemahan dan kecelaruan hala tuju kepimpinannya sehingga menimbulkan polemik dikalangan ahli dan penyokong Pas.
Keadaan ini tidak baik untuk Pas sendiri dan tidak baik untuk PR yang semakin hampir dengan tampok pemerintahan Negara.Telah 2 kali Tg menimbulkan polemik mahu bekerjasama dengan Umno/Bn walau pun Muktamar Pas telah terang dan nyata menolak kerjasama tersebut.
saya kira ada baiknya TG Presiden mula memikirkan untuk mengundurkan diri dari kerusi Preseden sebelum ia menjadi beban kepada parti dan PR.
Tentang pengganti saya kira Pas tidak kekurangan pemimpin berkaliber,buatlah seberapa banyak cadangan dan biarlah muktamar yang memutuskan siapa yang layak menjadi presiden.
salam
Salam Pak Bakaq,
DS Ir Nizar, Husam Musa, Mujahid adalah pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
Mereka boleh memimpin PAS. Kepada DS Ir Nizar, tuan telah menunjukkan satu tahap kepimpinan yang tinggi dan jitu. Saya sentiasa mendoakan untuk DS. Penyokong PAS seumur hidup.
Saya bersetuju dengan Tuan Guru Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dalam masa yang sama. Sejurus selepas PRU yang sudah, timbul berkenaan kerjasama PAS - UMNO. ketika itu, memang saya tak bersetuju sangat-sangat. Bapak saya terus melompat bila mendengar, tak setuju. Hati ketika itu berbelah bagi, apa yang parti kesayangan kita ini cuba lakukan. Tak tahulah apa reaksi mereka yang baru masuk atau baru menyokong PAS, tapi pada kita yang memang bersama PAS dari awal, berita seperti itu amatlah tidak menyenangkan hati. Saya sedikit sebanyak terasa amat kecewa dan marah yang tidak dapat dipendam. Langsung ia menjadi topik perbualan dengan rakan-rakan dan saudara-saudara seperjuangan. PAS memang sentiasa terbuka, tapi penentang kita yang nombor 1 ini, memang teruk dia perlakukan kita sejak berzaman. cerita pasal sabar, memang kalau tak ke kuliah, tak ke masjid tak dapat nak menahan rasa benci pada umno ini. Alhamdulilah, berkat ilmu yang ditabur oleh ustaz-ustaz dan tok guru-tok guru kita, kita tempuh juga perjuangan dengan tabah. Mereka yang berada di dalam PAS ini, bukan saja pejuang-pejuang politik, tapi pejuang dalam menghadapi liku-liku kehidupan. mereka yang menuduh ahli PAS macam-macam ini, memang tak akan memahami sampai bila-bila. Cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam kehidupan bukan saja berkisar dalam politik, tapi cabaran kita apabila kita ingin memenuhi tuntutan agama iaitu amal makruf nahi mungkar. Cabaran dalam mencari nafkah dengan cara yang paling halal, cabaran membesarkan anak-anak dalam suasana selamat, cabaran mendidik anak-anak bukan saja dengan ilmu dunia, tapi ilmu akhirat, cabaran membina generasi yang membina dan bermacam cabaran lagi sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Dalam pada itu, kita dituduh pula fanatik, taksub terhadap pemimpin, dituduh anti kerajaan, dituduh memecahbelahkan masyarakat dan berbagai tuduhan lagi. Jangan disebut yang kita PAS ini berdendam, tapi dengan panjang lebar senarai perlakuan UMNO terhadap kita PAS, kita tidak pula membalasnya, tapi bekerjasama bila keadaan mereka sudah tenat? Saya rasa jawapannya tepuk dahi tanya tanya diri.
Kemudian kini timbul pula cadangan dari Tok Guru berkenaan kerajaan perpaduan. Tidak saya tulis di atas, ketika berbual dengan rakan-rakan dan saudara mara berkenaan tajuk kerjasama PAS - UMNO. Saya terdengar pula rasa ketidakpuasan hati yang terbawa-bawa kepada perbuatan mencemuh Tok Guru Haji Hadi. Lantas saya tersentak, hilang pula rasa marah yang membara, ini kerana dalam kita yang menyertai perjuangan bersama PAS ini, kita sebagai ahli atau pengikut ini, sebenarnya hanya terkena tempiasnya, sedangkan, Tok Guru yang kena tembakan tepat. Beliau yag menghadapinya secara berdepan dan menjadi target dalam serangan-serangan dari berbagai sudut itu. Timbul persoalan pada saya, adakah kita terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi kita sendiri. Dan adakah ada sesuatu sedang dilakukan musuh kita, sehingga kita tiba-tiba yang terkenal dengan kesepakatan kita boleh berbalah. Ia, PAS sebenarnya selalu di dalam keadaan bersepakat, ini antara ciri-ciri yang saya amat sayangkan parti ini. Lantas daripada itu, saya mula nampak, yang kita sedang meneju kejayaan, bermakna, ujian kita yang tiba selepas ini akan berubah bentuk. Sebelum ini, kita berjuang bersama-sama kerana kita masih tak terlihat akan hasilnya, dan kini, ianya mula dapat diintai sedikit demi sedikit. Ada yang mula terpampang. Yang paling penting musuh kita mula menggeruni kita dan mengubah strategi. Transformasi politik bukan saja berlaku dengan penukaran kerajaan, tapi suasana dalam parti-parti politik itu sendiri. PAS juga tidak terkecuali. Bermulalah, satu momentum telah berlaku mengakibatkan, keadaan domestik PAS itu sendiri sudah menampakkan perubahan yang mulai ketara di dalam organisasi. Maka, saya simpulkan, jawapan sebenar mesti dicari, dan jangan terbawa-bawa dengan emosi, musuh sedang mencari peluang untuk menyusup masuk dan memecah-belahkan kita.
Berbalik kepada kerajaan perpaduan. Idea ketika ingin mewujudkan kerjasama antara PAS-UMNO dulu berbeza dengan idea Tok Guru baru-baru ini, iaitu kerajaan perpaduan. Ketika membaca artikel tersebut, saya sudah bersedia, tidak seperti dulu yang terkejut mendengarnya, yang akhirnya terpaksa saya menenangkan diri buat seketika. Dalam artikel berkenaan idea Tok Guru dalam Siasah itu, saya baca dengan penuh teliti, dan mendalami maksudnya. Tok Guru Hj Hadi ada menegaskan di situ, PAS tidak akan masuk UMNO, dan UMNO tidak perlu menyertai PAS. Tok Guru juga menyatakan, yang penting ialah perpaduan ketika dewan bersidang untuk sebulat suara untuk membentuk dasar, yang penting dilaksanakan bagi kepentingan rakyat. Dinyatakan juga, yang pandangan ini dinyatakan kerana Tuan Guru melihat ketika membuat usul bagi mengecam Israel ketika Gaza diserang oleh Zionis laknatullah itu, dapat dibincangkan dan dapat dipersetujui sebulat suara, dengan cepat. Jadi, Tuan Guru berpendapat, dalam keadaan masalah negara dan rakyat yang pelbagai ini, jika dapat diputuskan penyelesaiannya dengan cepat seperti itu, bukankah amat baik sekali bagi membantu rakyat? Tuan Guru berpandangan, dengan keadaan di dalam dewan yang sering berlaku pertelingkahan, yang bakal menjadi mangsa berterusan adalah rakyat. Tuan Guru tidaklah lain yang menjadi keutamaan bagi beliau melainkan rakyat. Disini saya amat yakin dengan maksud sebenar Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Selaku ahli parlimen, beliau pasti mahu memainkan peranan sebaik-baiknya. Masalahnya, UMNO yang boleh pulak perasan dengan kenyataan itu, yang menyangka, PAS kembali ingin bekerjasama. Maka ramai yang ingin perkara itu diperincikan di bawah tajuk 'kerjasama PAS - UMNO'. Tuan Guru menyatakan kerajaan perpaduan yang ingin diwujudkan itu, adalah diantara semua parti politik terlibat. UMNO, yang memang tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan parti itu, yang mula hilang sokongan sebahagian besar pengundi bukan melayu yang selama ini, memenangkan mereka. (majorti melayu adalah penyokong PAS) memang mengharapkan sangat idea kerjasama ini menjadi kenyataan. Tapi saya amat yakin, bukan itu yang dimaksudkan oleh presiden kita. Ada dinyatakan disitu, PAS takkan jadi UMNO dan UMNO takkan jadi PAS. Ia hanya lahir kerana Tuan Presiden ingin menyelamatkan rakyat, itu sahaja.
Sebenarnya, memang boleh wujud kerjasama antara PAS - UMNO jika kita tidak mempunyai sejarah tersendiri sesama kita. Untuk tujuan itu halangan yang ada ialah, sejarah UMNO terhadap PAS dan ketidakjujuran UMNO yang tidak perlu diperincikan lagi itu. Berkenaan Ideologi parti, antara PAS dengan PKR pun berbeza, malah dengan DAP lagi berbeza. tapi kesepakatan muncul dengan wujudnya titik persamaan diantara parti yang digunapakai ketika ini. Pada saya, yang paling tepat sekali, halangan itu ialah UMNO itu sendiri. UMNO itu dan BN yang menjadi halangan bagi berbagai bentuk perpaduan selama ini, kerana perpaduan ini pada mereka adalah alat yang mereka gunakan setiap masa, bukan objektif mereka yang sebenar dan mereka sendiri pun maklum, perpaduan yang mereka gembar-gemburkan itu palsu semata-mata. Saya tak dapat melihat secara peribadi, apabila orang UMNO bercakap soal perpaduan, khususnya perpaduan antara kaum, sebarang keikhlasan dalam tutur bicara mereka. Bukan saja perpaduan yang menjadi alat mereka, "Melayu" itu sendiri merupakan alat mereka saja, bukan matlamat perjuangan pun, tak payah bercerita panjang tentang pembelaan bangsa Melayu yang mereka lakukan, pada saya itu semua dongeng belaka. Kesimpulannya, untuk mewujudkan kerajaan perpaduan ini, pandangan peribadi saya, UMNO itu harus dihapuskan dahulu. Kecederaan pada UMNO amat parah, tidak ada ruang untuk di ubati. Tiada penawar lagi. Tiada titik bertemu.
Jadi disini, ingin saya nyatakan, ini merupakan pandangan peribadi saya, sebagai ahli PAS yang biasa saja. Kalau dilihat bekerja pun lebih pada bercakap saja, maklumlah, kita kena mencari nafkah seharian, dan kita bukan dari kalangan bijak pandai boleh memberi sumbangan yang bernilai, cukup hanya sekadar pandangan-pandangan dari perspektif rakyat biasa. Apapun, yang ingin saya tekankan disini, ahli PAS keseluruhan kena berhati-hati, musuh sedang berhempas pulas dangan pelbagai perancangan, maklumlah, kini, kuasa yang mereka nikmati selama ini menjadi pertaruhan, perancangan besar harus dirangka dan dikemaskinikan sebelum PRU akan datang. Rampasan kuasa di Perak hanya satu perancangan jangka pendek mereka, yang kita dapat lihat betapa kejinya perlaksanaannya. Masih banyak lagi perancangan mereka di sebalik wajah-wajah mereka yang muncul di kaca TV saban hari dengan berbagai isu-isu yang bukan sebenarnya berada di dalam fikiran mereka. InsyaAllah, perancangan yang lebih besar, perancangan yang mustahil dapat dibaca, dipatahkan, yang benar-benar memperjuangkan kebenaran yang sebenar akan dibantu dengan perancangan yang pasti ini, ialah perancangan Allah S.W.T. kita di dalam PAS akan terus kukuh selagi berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. PAS adalahi satu-satunya wadah perjuangan rakyat Malaysia hari ini dan masa depan. kerana kita mempunyai pemimpin yang benar-benar tiada niat lain berada di parlimen ketika ini, melainkan memperjuangkan hak rakyat secara total, tanpa ada sebarang kepentingan yang lain. Ini terbukti dengan idea kerajaan perpaduan ini, wahai YB Tuan Guru. Akan tetapi atas fakta berkenaan UMNO bukan lagi sebuah parti yang relevan, tiada sebarang kerjasama yang akan berlaku dengan mereka, melainkan mereka keluar dari umno yang mana benar-benar ikhlas, dan ketika itu, mereka layak mendapat kemaafan dari kita dan akan diterima dengan hati terbuka. (jangan malu-malu) untuk menyertai kita. Pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz merupakan pandangan yang lahir, dari pengalaman memerintah Kelantan selama ini. Fakta sejarah sudah la tentu sebagai sebab paling kukuh Tuan Guru Nik Aziz menolaknya, akan tetapi sepanjang memerintah Kelantan, UMNO banyak mempermainkan kerajaan Kelantan, tak pernah Tok Guru melayan PM atau sesiapa saja dari kalangan UMNO yang datang ke Kelantan dengan layanan sebagai musuh, tapi apa yang mereka lakukan pada Tok Guru selama ini. Perak diperlakukan sedemikian rupa, Kelantan, apatah lagi. Bila Tok Guru mengatakan perit bagi beliau menerima cadangan kerajaan perpaduan ini. Saya yang tidak berada di Kelantan selama ini boleh memahaminya. Kalau pada sayalah, apa yang mereka lakukan pada Tok Guru selama ni, mereka (UMNO) cium kepala lutut minta maaf pun tak tentu lagi boleh saya maafkan. Kalau Tok Guru, pasti tidak lah sampai begitu, tapi untuk bekerjasama? Tok Guru sudah memahami apa maksud kerjasama, jika ia dilontarkan oleh puak-puak ni dari dulu lagi. Pada PAS, itu merupakan pandangan Tok Guru bagi menjamin kebaikan rakyat. Pada UMNO, jangan perasan boleh? Tak ada kerjasama akan berlaku.
mujahid pandai main guitar lagu wind of change
askum
1. antara PAS masuk BN dengan PAS dan PR bergabung dalam kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang berbeda. Lihat Indonesia sebagai contoh.
2. Tentang ustaz Mujahid, saya rasa belum tiba lagi beliau mengambil alihnya.
3. bagi saya, pimpinan masa depan yang berkaliber ialah TG Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden dan Dr Mujahid sebagai timbalan.
4. Ustaz Nasha kekal dalam majlis syura.
5. apapun jika ustaz nasha jadi presiden, ia tidak menjadi masalah. ia pilihan ustaz fadzil Nor dan setia bersama TG Haji Hadi..
6. slogan kepimpinan ulama harus ditukar kpd kepimpinan bertaqwa....
ridhwan
ziarahsufi81.blogspot.com
Bagi aku Ustz Idris Ahmad. La ni aku tengok dia dpt di terima oleh semua pihak baik yg tua atau pun muda.
Siapa pun naik mesti berkepala ekonomi.Kalau Islam aje tapi takde ekonomi macam lagu tak berirama.Takde ekonomi Islam bermaana bukan politik Islam.Sebab politik itu ekonomi dan politik bukan agama.
Kalu Ulama jadi presiden lingkup lah politik Islam. mereka main taklid buta ekonomi Zionist aje.Jadi dogma Pimpinan Ulama itu tidak arif dan membawa kapada class system dan perpecahan.
Rujuk rencana saya "Nasihat untok PAS" dan "Unity Gomen ? Jangan halalkan yang haram" di..
http:warongpakyeh.blogspot.com
Apabila pas membuat perobahan dalam kepimpinan tahun tahun 80 an dulu, bukan hanya presiden mereka tukar tapi hampir semua ajk pas pusat terlibat...kalu nak buat perobahan besaran2 mestilah ada asas yg kukuh dan difahami oleh majority ahli pas dan perwakilan muktamar. setakat nin saya tak nampak satu asas atau gagasan yg lebih baik drp kepimpinan ulama yg ada sekarang.
Kalu setakat nak tukar presiden sorang, buat perabih ke beras je!
Tokden
SETUJU DGN MUJAHID JADI PRES
Jika mahukan perpaduan dalam parti terjamin Pengganti Tok Guru yang paling layak ialah Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan boleh bagi us dr mujahid atau us idris ahmad. tapi bukan masa sekarang. penggal yang satu lagi lh. Us Tuan seorang ilmuan, ulama, bekas pensyarah diterima ramai. usianya juga baru 49 tahun.tak tua dan tak muda sangat. buat masa ni mungkin boleh calonkan ust tuan menjadi timbalan Presiden. ustaz nasa dinaikkan menjadi setiausaha kehormat Majlis Syura kerana peranan beliau penting untuk menggerakkan peranan majlis syura dalam masa terlalu banyak soal dasar melanda negara hari ini. ni hanya pandangan peribadi, jangan duk kritik dia pula. tu tak dak adab.
hadi awang kekal president dan lantik abang mat sabu timbalan presiden.
ust hadi awang kekal presiden, abang mat sabu timbalan presiden.
Pak Bakak
aku nak bagi pendapat.Aku rasa sudah tiba masanya kita buat perubahan sikit dalam pucuk pimpinan kita ni.Yang mana aku nampak ada tiga empat orang macam nak tegelinciak tu elok kita suruh depe rehat sat.Bukan apa depa ni dok buat pandai pandai saja umum yang bukan bukan lepas tu baru nak rojok pada Tok Guru(NA). Tok guru yang kita sayang pulak tu kesian kat orang tua tu.Bila nak buat sembahyang hajat sampai melelih air mata panggil orang tua tu.Bila nak umum apa apa keputusan penting tak bincang dgn dia ni yang aku sedih.La ni aku cadang kita penaikkan pemimpin yang telah terbukti pengorbanannya sekian lama yang senasib dengan tok guru seperti Anak Pak Sabu ambil alih TP dan kita naikKan Yb NIZAR dan anak pak yusof Rawa tu sebagai NP aku rasa jemaah ni makin mantab.Aku nampak bila pemimpin ni pegang jawatan lama sangat akai depa semakin banyak semakin panjang dan mengidam macam macam.Dah macam macam puak dah jadikat pusat tu.Tak kecuali yang ada kat selangok ni anak Pak Ali tu.Awai awai awai lagi dok kemarok nak jadi MB nampak sangat tak iklas.Yang kat Kedah yang dah jadi MB pun nampak tak berapa ceredik mentadbir negeri dah jadi one man show saja.Setahun dah jadi MB Kedah satu syiar Islam pun tak ada dibuatnya.Orang Kedah dah meluat.Kita nak kena buat sesuatu.Dan kita tak mahu berpuak puak diperingkat pusat bahaya.
Amat setuju dengan komen awang batuburuk.Sebenarnya Presiden Tuan Guru Hadi Awang amat dipengaruhi olih 3-4 orang yang rapat dengannya.Mereka ini ada agenda tersendiri dan amat sayangkan UMNO kerana telah termakan janji untuk jadi Tim.Perdana Menteri dan Menteri. Yang muda pula nak jadi S/U Akhbar Tim.PM (kalau bossnya jadi Tim.PM).Kenyataan tentang Kerajaan Perpaduan ini merupakan kesilapan kedua olih Presiden - kesalahan pertama tentang muqabalah.Agaknya kalau dibuangkan 3-4 orang ini dan digantikan dengan pemimpin-pemimpin seperti Dato Husam Musa,Mohammad Sabu,Tuan Ibrahim Tuan Man,Dr.Mujahid Yussuf Rawa dan dicarikan calun yang lebih layak dan berwibawa untuk S/U Akhbar Presiden - munkin Presiden kita dapat dibawa kembali kematlamat yang diinspirasikan olih PAS.
Mujahid IRC
ana sgt x setuju mujahid rawa memimpin pas.anda semua tau x sebenar mujahid rawa asal dari tarbiah jim dan bukan pior pas.jd presiden pas seharusnya yg betul ikut tarbiah pas.kita tidahk mahu agenda jim meresap dlm pas