Sedap!! Klik gambar di atas!

Mat Taib bakal Timbalan Presiden Umno

"Kita mahu Umno dilihat sebagai parti yang bersih dan kita sedar keputusan ini memberi kesan kepada Umno tetapi risikonya jauh lebih besar kalau Umno ditolak oleh rakyat" (Berita Harian Online 17/3/09)

Kita mungkin rasa serasi kalau orang (pekerja) itu setia kepada ketua tetapi jika orang itu tidak ada integriti, dia boleh menyebabkan ketuanya jatuh (Utusan Online 18/3/09)
Siapa untung bila Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding sebagai Timbalan Presiden Umno? Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin memang mendapat laluan mudah kini. Tetapi, beliau dipandang dengan segala rasa marah oleh para penyokong Ali. Keputusan "mengharamkan" Ali bertanding dibuat ketika beliau dilihat akan mengalahkan Muhyiddin dalam perebutan untuk menjadi timbalan Datuk Seri Najib Tun Razak. Khabarnya, semua itu berpunca dari laporan NST 10 Mac lalu bertajuk "Survey: Ali the front-runner" (besarkan gambar di bawah jika tidak ada lagi berita berkenaan di halaman asal).

Saya berkesempatan menemui Prof Dr Abu Hassan Hasbullah yang mengetuai Zentrum Future Studies Malaysia, Universiti Malaya ketika berada di Kota Bharu Sabtu lalu. Menurut beliau, soal selidik yang menunjukkan Ali dan Khairy Jamaluddin (bagi jawatan Ketua Pemuda Umno) mendahului itu memang dibuat di kalangan perwakilan. "Kita tak tanya siapa yang akan diundi, tak boleh tanya begitu. Kita tanya perwakilan siapa yang dipercayai untuk jawatan-jawatan yang kita soal selidik," katanya.

Mungkin Muhyiddin tidak terlibat mencincang harapan Ali. Tetapi, beliau dilihat sebagai penyebab berkecainya impian Ketua Menteri Melaka itu.

Namun, khabarnya, yang paling mereka sakit hati ialah Najib. Dua kenyataan Najib yang dipetik di atas didakwa sebagai bukti bahawa Najiblah dalang yang membunuh impian Ali untuk menjadi Timbalan Presiden Umno. Malah, mereka menuduh Najib sengaja memangsakan orang-orang Presiden Umno kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Celaka Umno ni!" orang kuat Umno Bukit Katil memaki hamun di bangunan Parlimen pagi Selasa lalu, sebelum keputusan dibuat di sebelah petangnya melarang Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Dia juga menggunakan istilah-istilah basahan Umno seperti "babi tu" dan "sial tu". Siapa "babi tu" dan siapa "sial tu", sudah tentu ramai yang boleh menekanya.

Memang ramai yang bertanya kenapa orang Abdullah sahaja yang kena dan adakah orang Najib dan Muhyiddin semuanya suci bersih langsung sehingga tidak ada bukti mereka terlibat dengan rasuah politik? (Lihat Malaysiakini 17/3/09 "Kalau nak bersih, bersihkan semua sekali. Kalau nak telus, semuanya kena telus")

Akibat dari hukuman Lembaga Disiplin Umno yang dituduh berpilih atau selektif itu, ramai yang menjangka, hukuman lembaga itu mungkin akan menjadi satu lagi hantu yang memburu kehidupan Najib. Malah ada yang mendakwa "sama garang dengan hantu Altantuya, hantu Ali akan buru Najib!"

Saya lalu bertanya kepada kawan saya yang menceritakan kemarahan orang-orang Ali itu, "lagu mana tu?" Beliau lalu menjawab, "ini permulaan kejatuhan Najib. Silap-silap, Umno pun akan hancur," dakwa beliau yang saya anggap orang kuat Umno.

Kawan itu mungkin terlalu emosional. Takkan begitu jadinya. Saya lalu bertanya, "Hebat sangatkah Ali ni? Ramai sangatkah penyokong dia?"

Dia lalu menjawab, "Kampung hang dalam bahagian Bukit Gantang kan? Aku bagi tau hang, Bukit Gantang tu pun kubu Ali!"

Saya tak bangkang apa-apa kawan yang bercakap aku hang dengan saya itu walaupun dia bukan orang utara.

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba pula terserempak dengan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar. Saya lalu berkata kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu, "senyum sampai ke telingalah Muhyiddin. Akhirnya dapat jugak dia jadi Timbalan Presiden Umno. Penghalang utama dah kena katuk".

Mahfuz terus meningkah, "siapa kata Muhyiddin nak menang. Hang tengoklah nanti, Mat Taib (Tan Sri Muhammad Muhd Taib) yang menang".

"Lagu mana pulak?"

"Awat, hang ingat orang Ali nak undi Muhyiddin? Kalau Ali tak bertanding, aku dengar depa pakat-pakat nak bagi undi kat Mat Taib. Hang jangan lupa, poll kata Ali leading la ni. Kalau depa undi pakat-pakat undi Mat Taib, dialah yang menang," jawab Mahfuz.

"Kalu Najib tak nak Mat Taib?"

"Dia kena paksalah Mat Taib tarik diri. Setakat ni, memang ada khabar-khabar angin depa nak paksa Mat Taib tarik diri," jawab beliau lagi.

"Kuca lana Umno ni!" kata saya. Nak kata apa lagi?




Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq - nampaknya hang kaki sebok no.1, awat yang sebok sangat dengan parti yang hang dok benci sangat, kalau dia lemah dan kotor, bagueh la..PAS boleh sapu.

    Bakaq - mulut hang macam pompuan, sebok, pot pet nak tau pasai oghang..

    Perbetui parti hang yang tak lama lagi akan berlaku tsunami pro and con nak join dengan BN - puak PAS kalau bergaduh lagi dasyat - keluaq dalil dan hadith sokong bagitau apa yang dia buat semuanya sunnah..

    Nak sebut sekali...peeeeeeraaaahhhhhhhhhh

  2. Sebab apa org dok berebut-rebut jawatan utama umno totok ni??dulu aku pernah dengar org-org umno dok kata, ada seorg pemimpin umno buat satu perjumpaan dengan konco-konconya, then dia ada tanya pasal apa anda semua sokong dan undi umno?so salah seorg pemuda yang sememangnya di kenali penduduk setempat lantas menjerit "Sebab Lubuk DUIT"..Wallahualam..

  3. gile lah... boleh main pilih2 yer... ikut suka hati diorang jer.

    nie nak memilih timbalan PM nie, bukan sekadar tim. presiden...

  4. Senang saja , Hang Tuah Hang Jebat Melaka ! Bangun sekarang tampillah hulubalang Ali , Usulkan seluruh UMNO Melaka say No TO NAJIB , lagi pun Ketua kamu semua dah terduduk terkedu tak jadi apa2 dah , alang alang kau UMNO MElaka nyah kan Najib sembahkan kat YDP Agung Kekalkan Pak LAH sampoi bet,,,,,

  5. Salam.........

    Sungguh sedih melihat iklim politik Malaysia kini. Disebabkan mengejar Dunia yang keterlaluan sehingga mengenepikan adat2 tatasusila ..... melayu dan amat penting menidakan peradapan dan nilai2 ISLAM. INI dapat dilihat lebih ketara menjelang PAU....... musuh dalam dan diluar selimut habis saling cantas-mengcantas......Kaum-kaum disebelah sana.....CIna,India, Singh dan seumpamanya sedikit sebanyak akan bertepuk tangan..... Lihat lah dunia...... ni dunia melayu yang penuh hasad, cemburu dan dengki masih menebal.........spt zaman barbrian yang moden.

    Oleh itu...kita bangsa melayu hendak lah berbalik ke peradaban ISLAM....... dalam meharungi kehidupan diakhir zaman yang pasti penuh dengan sifat2 dajal....

    Marilah kita memasukkan kebesaran ALLAH SWT dalam diri kita semua dan mengeluarkan sifat-sifat kebesaran makhluk....

    TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SWT.... DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUHNYA... ALLAHU AKBAR...

  6. Kalau ini Mainan Mereka, Apa Lagi Nak kita Harafkan


    Sepagi suntuk mengutip berita hangat yang dibincangkan di hampir seluruh media Malaysia.
    " Jawatankuasa Displin UMNO halang Ali bertanding kerusi no 2"

    'Lantak pi lah, itu cerita dalaman parti UMNO yang memang dah nak karam' kata Tronge semasa minum di awal pagi.

    Tapi bukan ke UMNO tu tunggak Barisan Nasional? Barisan Nasional yang memerintah Malaysia hingga tamat penggal Parlimen kali ni, 2012 nanti. Presiden UMNO kebiasaannya akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden jadi Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri akan jad ahli-ahlii Kabinet Malaysia.

    'Pergolakan dan perkembangan ni penting bagi semua rakyat Malaysia' kata Ng yang aku tau penyokong kuat DAP.

    Kalau betul ada tangan ajaib di sebalik Jawatankuasa Displin UMNO, kesian melihat Y Bhg Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ahmad diperkuda pihak berkenaan. Simpati kepada ahli-ahli UMNO yang ingin melihat demokrasi hidup dalam parti mereka. Maknanya kalau ahli nak mendaki jawatan tertinggi parti jangan harap dapat kalau tak ada warlord kuat di belakang mereka. Itulah nilai sebuah negara bila pencaturan pimpinan negara di buat oleh seorang dua berpengaruh. Ahli UMNO yang berjuta jumlahnya cuma melihat hak mereka disamun di siang hari.

    ' Padan muka depa, selama ni samun hak rakyat ' bebel Yek yang nampak nak cepat habiskan perbincangan, nak pergi sambung kerja. 'Business aku tengah gawat sekarang' bebelnya lagi sambil mintak mamak kedai tu bawak bil.

    Masalah yang lebih besar di hadapan kita ialah ke mana hala tuju negara kita selepas ini. Persolan poltik di tangani dengan rampasan kuasa, samun di siang hari dan halangan bertanding di saat akhir. Ini kah negara yang akan menjadi negara maju menjelang 2020? Bagaimana persepsi masyarakat antarabangsa terhadap politik dan sistem di negara kita? Sebelum ini peminpin UMNO menafikan mereka menggunakan sistem, institusi dan jentera negara untuk kepentingan mereka. Hampir semua sistem dan institusi negara dijadikan buah dam percaturan politik cukung-cukung yang berkuasa. Kehakiman, MACC, Parlimen, Suhanjaya Pilihanraya, Polis malah Istana dijadikan alat semahu-mahunya. SUK, Hakim, AG, KPN sampai ke Pak Guard di Parlimen pun di permain-mainkan. Bila terjadi di peringkat dalaman parti, nak nafikan jugak?

    'Ahli-ahli UMNO, korang tengok ler dan kaji balik segala penafian yang di buat oleh pemimpin korang selama ni'.

    'Kalau Presiden korang tiba-tiba nak driver atau bodyguard dia yang jadi Timbalan Perdana Menteri nanti korang toksah terkejut'

    Nanti kata Najib kepada Mahyuddin ' Hang menang pun pasai aku kasi kad merah kepada Ali Rustam, lagi pun tak semestinya Timbalan Presiden UMNO jadi Timbalan Perdana Menteri'

    Sebelum tu pun Najib agaknya dah berkata begini kepada Ali Rustam ' Ku Din cuma halang hang dari bertanding Timbalan Presiden, kalau pecat keahlian UMNO, nanti aku kena lantik ahli UMNO lain pulak jadi Ketua Menteri Melaka.'

    Tak ker ahli UMNO atau ahli Perkida rasa tercabar dengan tindakan yang dibuat pemimpin korang. Tak terasa ker hak dan keahlian korang di pijak-pijak? Nak dok diam tengok jer ker? Aku tumpang bangga kalau korang dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan. Menghalang kemungkaran. Mengembalikan kebenaran. Selamat berjuang.

    Ada satu lagi teori yang lebih menarik. Dengan perkembangan terbaru pemilihan UMNO, tiba-tiba YAB Perdana Menteri Abdullah nafikan peralihan kuasa yang dipersetujuinya dulu. MP UMNO yang sokong Ali Rustam buat undi menyokong kepimpinan Abdullah, MP Pakatan pun sokong sama.

    " Anwar memulakan, Najib mengiyakan, Pak Lah sekadar meneruskan sahaja, lagi pun tak semestinya Presiden UMNO jadi Perdana Menteri" komen Ali Rustam sambil tersengeh. Hajatnya nak jadi Timbalan Perdana Menteri termakbul juga.

  7. mengarut...mat taib tak sesuai langsung jadi TPM

  8. GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

    BACA DI SINI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

  9. UMNO dah tak relevan dan tak sewaktu dengannya. Wahai sekalian pembaca... bagaimana nak memuziumkan UMNO atau nak menzookan UMNO. Tupai yang yang makan buah banyak, dua ekok saja detembak tapi tak mampuih.

  10. Salam bang bakaq n family from mad baling

    Apa yg UMNO BARU kena lakukan lepas PAU ini ialah menghapuskan persepsi rakyat Malaysia terkini terhadap kepimpinan parti dan para pemimpinnya.
    Persepsi rakyat terbanyak ialah semua pemimpin UMNO BARU terlibat dgn politik wang. Mereka juga cukup ambil berat pemimpin mereka dan tahu brapa gaji pokoknya, brapa anggaran elaunnya dan brapa pencen terdahulunya dan dibandingkan dgn kemewahan, aset kekal, aset terlindung dan sebagainya.

  11. elok mat taib dari ali. muka ali nampak macam hidustan la. mat taib nampak kemelayuan


    tok pengulu

  12. kasihan umno akan dpt bakal tim perdana menteri malaysia yg kredibilitinya diragukan jika betul mat taib akan menang timb. pres..

  13. Tolonglah..tlg jgn asyik nak menuduh najib ahaja yg bukan2..ada bukti ke..kalau setakat hearsay, baik hentikan..najib ni namak lebih berkeupayaan ari PL..Bagilah sokongan dan kepercayaan kpd najib..dia bakal PM yg akan membawa negara kembali kelandasan yg betul..siapa lg yg ada potensi untuk gantikannya..tiada..jika begitu, baik diam2..jadikan bush sebagai contoh..sejahat2 malaun tu, dia kata dia tak akan gangggu kerajaan obama..dan dia sayangkan negaranya lebih dari sayangkan politik..cuba tguk cara berfikir org yg kita kata kafir tu..jauh lebih baik dari cara berfikir kita yg mengaku islam ni..tidakkah kita berasa malu..sekurang2nya kpd jiran2 kita cina, india, sikh,kadazan,iban, melanau dsbnya...atau sekurang2nya kepada diri kita sendiri!

  14. Apa ??? Mat2 Taib akan jadi PM.??? Tapi dia tak pandai cakap omputih. Bulih ka ??? Nanti dia pindah duit habih pi Astrolia macam mana ??? Mampuih lah Malaysia. Betoi la macam Cina kata Negara Melayu Mati (Malai siiaa}.

  15. Aiikkk... Mana dia tau bush tak kacau obama? Bush bgtau dia ka? dia sapa? org ameno ka? Kan dia cakap geng PR nie agen yahudi.. Geng2 PR yang bagitau ka? Biaq betoi...

  16. politik wang dengan rasuah sama ka?

  17. You're welcome Mat Taik oopps.. maaf...Mat Taib

    Senang sikit pakatan rakyat buat kerja...
    Banyak modal untuk beritahu sama rakyat tentang kekotor,kenajisan yang dia dan Umno laknatullah lakukan selama ini...
    Moga-moga PRU 13 pakatan rakyat boleh sapu bersih itu Dun dan Parlimen lah...

  18. sape2 y naik jadi PM slps Pak Lah, ana xskong sebab semuanya ada mslah dr kecik smpai besar...

  19. umno tengin.dah tak relevan.penyokong umno tak nampak lagi ke...pemimpin tinggi pun main duit.tak nampak lagi??????.memang ati dah gelap gelita.susah nak nampak cahaya kebenaran

  20. teruk sangatkah parti pemerintah sehingga dilihat orang seperti najib mampu menjadi penyelamat.org Islam itu pemimpin kpd dirinya sendiri kemudian keluarga dan sanak saudaranya kemudian masyarakat setempat kemudian masyarakat terbanyak.fikir pakai akal.untuk pengetahuan umum pelobi untuk parti demokrat dan republikan di as adalah dari sumber yang sama.seek and you shall find.

  21. menjawab keluang...

    wei... mereka tu yang akan memerintah... mesti lah kena amek tau... penyamun mana yang bakal menyamun rakyat!!!

  22. bekal PM tdk boli di percayai, heboh satu dunia pasal kaitannya dgn ks pmbnhn....alahai!!!! bekal TM 2x5...

    hancur msia

  23. Kalau Mat Taib dipilih perwakilan, memang orang UMNO nak kan kekalahan pada Pilihanraya Umum 13.

    Ramai rakyat Malaysia tak rela di pipimpin oleh Mat Taib!

  24. Kalau Mat Taib (Mike Tyson) jadi TPM memang sesuai dengan PM Romeo. Malaysia akan diperintah olih 2 Romeo.Tahniah kepada UMNO kerana bijak memilih pucuk pimpinan Negara Malaysia.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008