Sedap!! Klik gambar di atas!

Malaysia Book of Record: Speaker menceroboh Dewan

Dalam berita bertajuk "Krisis politik: Polis mungkin ada silap tapi perlu pastikan keamanan" mStar Online melaporkan:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengakui bahawa polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik Perak kelmarin tetapi menekankan bahawa polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan undang-undang.

"Jika kita kaji keadaan itu sepenuhnya, kita dapat lihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang.

"Pertama sekali telah diputuskan bahawa Speaker dilarang daripada mengadakan persidangan dan jika beliau memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri ia dianggap menceroboh dan polis perlu menghalangnya," katanya.

Syed Hamid berkata kejadian itu berlaku disebabkan wakil Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut undang-undang.
Hamid (saya tak nak menggunakan perkataan Syed dan saya menangis kepada datuk nenek Hamid - RasuluLlah s.'a.w.w., Imam Ali 'a.s., Sayyidah Fatimah 'a.s. dan mereka yang lain yang sangat-sangat saya kasihi) menyatakan, polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan. Aku silap, masuk lokap. Polis diarahkan (baca sekali lagi, diarahkan!) buat silap, tak dak hal punyaa!!

Hamid juga berkata, jika beliau (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak) memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri ia dianggap menceroboh dan polis perlu menghalangnya. Ini rekod dunia, bukan lagi rekod Malaysia. Speaker Dewan Undangan Negeri menceroboh Dewan Undangan Negeri!

Hamid seterusnya berkata, wakil Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut undang-undang. Baca di sini. Malas dah nak tulis lagi!

Apa kena mengena pula dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tu? Tak ada. Saja bubuh ja. Tapi, kalau nak tau cerita lanjut, baca di sini. Gambar tu copy and paste dari blog Susan Loone.

Berkaitan:
Stop wrecking the nation, says Ku Li (Malaysiakini 4/3/09)
Court decision 'in contempt of assembly' (Malaysiakini 4/3/09)
Perak crisis: 'Judiciary cannot interfere'(Malaysiakini 4/3/09)
RPK blows Altantuya's murder trial apart (MySinchew 5/3/09)
Pieces of a jigsaw puzzle (Raja Petra Kamarudin 5/3/09)
Sinar Harian edisi cetak semalam melaporkan bahawa dua ahli Umno yang menuntut ditangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti itu hujung bulan ini menegaskan bahawa mereka mempunyai bukti politik wang dan penyalahgunaan kuasa di dalam parti itu.

"Kami tidak bimbang dikenakan tindakan oleh parti, ini kerana apa yang kita persoalkan ini mempunyai bukti seperti gambar, rakaman video dan surat.

"Kalau kita mahu kemukakan ke mahkamah, ia mesti ada asas undang-undang dan kita percaya, kita ada kes prima facie, kita belum sampai ke tahap itu lagi. Tunggu reaksi daripada pemimpin tertinggi Umno. Ini jalan terakhir," kata salah seorang dari mereka, perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman.

Beliau dan bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Haron menuntut ditangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti itu hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Mereka menegaskan bahawa mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Gambar apa? Rakaman apa? Surat apa? Apa kaitan dengan Najib? Kita tunggulah!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. NI SEMUA GERTAK JE!! BILA SAMPAI JADI MACAM ADUN BOTA BARU MENGAKU BUAT KESILAPAN. GUNA TAKTIK LAIN LA KALAU NAK MENANG PEMILIHAN.


    MANGKUK AYUN

  2. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya masih lagi bertambah keliru dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan tiga Minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon Allah memberikan kesejahteraan kepada Baginda dan kembalikanlah kejernihan agar Sultan Perak dan keturunannya bertahta di hati rakyat dengan kepatuhan keseluruhan rakyat terhadap Baginda.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  3. Pak Bakaq,

    Saya masih penyokong setia "PEMINAT LAKSA PADANG POLO" dengan doanya yang tersebut.

    ------MinDA teNAnG-----

  4. http://pkrpasdap.blogspot.com

    HINDRAF pun ceroboh masa rumah terbuka hari raya PM..dikatakan demokrasi...

  5. statement pak hamid nampak sangat berat sebelah...kalo dia nak ikut undang2...kenapa x komen bila najib merampas perak ari tuh dari persepsi undang2...kata malaysia rules of law..undang2 konon,,undang2 nam jahanam boleh la...

  6. Umno Perak sokong rakyat Kelantan
    Berita Harian 17/04/1993

    KAMPUNG GAJAH, Jumaat - Badan Perhubungan Umno Perak menyokong tindakan rakyat Kelantan mengemukakan memorandum membantah pembabitan Sultan Kelantan dalam politik. Pengerusinya, Tan Sri Ramli Ngah Talib, berkata tindakan itu mencerminkan inspirasi rakyat Kelantan dan ia seharusnya mendapat perhatian pihak istana.

    hayati berita sahih dulu dan sekarang....

  7. Ismail boleh didakwa: Isa Samad
    Berita Harian 12/04/1993

    PORT DICKSON, Ahad - Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, menyarankan supaya Sultan Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Khas kerana tindakannya kebelakangan ini, bertentangan dengan kedudukannya sebagai Raja Berpelembagaan.

    Menurutnya, beberapa tindakan Sultan Kelantan yang memihak kepada parti politik tertentu, jelas menunjukkan sikapnya sebagai `Raja Berkepartian' dan tidak lagi sebagai Raja Berpelembagaan.

  8. Perhimpunan rakyat untuk selamatkan institusi raja
    Berita Harian 05/04/1993

    SATU perhimpunan rakyat yang disebut akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan, seminggu dua ini kerana membantah pembabitan Sultan Kelantan dalam politik adalah perkembangan terbaru dalam konteks pergolakan Rakyat- Istana. Perhimpunan itu akan diikuti penyerahan memorandum secara terbuka kepada Sultan Kelantan supaya jangan campur tangan dalam urusan yang tidak ada kena mengena dengan soal istana. Sekiranya perhimpunan rakyat itu menjadi kenyataan, ia bukan saja menjadi detik yang amat malang bagi sejarah pemerintahan kesultanan Kelantan, malah memalukan institusi raja. Tentunya peristiwa seperti ini akan tercatat dalam dokumen sejarah yang akan ditatapi generasi akan datang. Peristiwa seumpama itu tidak pernah berlaku di mana-mana negeri di negara ini sebelum ini apabila rakyat sesebuah negeri berhimpun menyatakan bantahan terhadap sikap raja mereka. Seingat kita, perhimpunan rakyat seperti ini berlaku pada 1946 apabila sebahagian besar pemimpin Melayu dari seluruh Tanah Melayu ketika itu bangkit menentang penubuhan Malayan Union anjuran penjajah British yang mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Di segi semangat, perhimpunan menentang Malayan Union sama dengan perhimpunan yang akan diadakan di Kelantan ini - untuk menyelamatkan institusi beraja. Kecuali, ia berlaku dalam konteks yang berbeza.

  9. Perhimpunan rakyat sah: Hamid
    Berita Harian 16/04/1993

    KUALA LUMPUR, Khamis - Perhimpunan rakyat di hadapan ibu pejabat Umno Kelantan, Sabtu lalu adalah sah dan bukan demonstrasi rakyat kerana ia dilakukan dalam suasana aman, kata Menteri Undang-Undang, Datuk Syed Hamid Albar. Menurutnya, perhimpunan itu adalah satu bentuk bagi rakyat Kelantan menyuarakan pandangan mereka, berikutan rasa tidak puas hati terhadap Sultan Kelantan yang selama ini mencampuri urusan politik negeri itu.

    semua artikel adalah kuliah Sejarah... agar tidak jadi 'Melayu Mudah Lupa'

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008