
Ketika Umno terus tidak bersih kerana, menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, parti itu terlepas peluang untuk membersihkan dirinya, para pemimpin PAS pula rajin sangat bercakap benda-benda yang sepatutnya boleh cakap dalam mesyuarat ja.
Mula-mula Tok Guru Presiden melontarkan ideanya mengenai kerajaan perpaduan. Saya tanya beberapa orang, adakah gagasan itu dimesyuaratkan? Ada yang kata Tok Guru Presiden dah sebut dalam mesyuarat. Ada yang kata setakat lontar-lontar begitu sahaja.
Lebih teruk lagi, ada yang menuduh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu tiba-tiba macam naik angin dalam mesyuarat dan menghalang perkara itu dibincangkan. Khabarnya, muka Tok Guru Presiden berubah bila Mat Sabu kata, "cukup bacaan kali pertama" (maksudnya jangan sambung). Tetapi, dia tak marah siapa-siapa. Saya tak lupa kata-kata Tok Guru Presiden lama dahulu, dalam 20 tahun lalu, "Ana tak suka bergaduh" (Kesemua maklumat di atas kecuali kata-kata "Ana tak suka bergaduh" saya dapat di tepi jalan. Saya tak jamin betul atau tak betul).
Di luar mesyuarat pula, rasanya sudah beberapa kali keluar kenyataan Tok Guru Mursyidul Am menolak cadangan Tok Guru Presiden mengenai kerajaan perpaduan itu (lihat di sini, di sini, di sini dan di sini).
Dalam pada itu keluar berita bertajuk "Dua-dua Tok Guru betul belaka - Cik Gu Pa" dalam Buletin Online. Cik Gu Pa ambik pendekatan tahun lima puluhan. Tak ada salahnya. Kira ok jugak tu.
Saya tak reti nak kata apa. Tetapi saya dok rasa kalau Tok Guru Presiden bawak betul-betul benda tu dalam mesyuarat, lengkap dengan kertas sikit mengenai cadangan itu, saya rasa ia boleh dibincangkan sampai berjam-jam. Takat lontar-lontar gitu tak main (kalau betul dia main lontar-lontar ja. Mana saya tau apa sebenarnya berlaku).
Tok Guru Presiden juga boleh buat request (dalam bahasa yang lebih lunak la ni) supaya Majlis Syura bersidang membincangkan cadangannya. Saya percaya Majlis Syura akan bincang sampai lumat benda tu semua.
Yang Tok Guru Mursyidul Am pula, tak perlulah nak layan sangat soalan-soalan pemberita mengenai perkara tu. Daripada membiarkan ulasan-ulasan luar mesyuarat berpanjangan, lebih baik Tok Guru Mursyidul Am panggil mesyuarat Majlis Syura. Bincang benda tu semua dari waktu Isya sampai Subuh pun tak pa. Kena ada mesyuarat bincang benda tu semua.
Woi bakaq, hang nak ajaq dua Tok Guru ka? Apa salahnya? Depa memang berilmu, tetapi depa bukan ma'sum. Selagi tak mengurangkan rasa hormat dan kasih kepada depa, aku malas dah nak berbasa-basi. Lagi pun, ada taboo ka habaq kat depa benda yang betui?!!
Sambil itu, kalau belum tengok lagi taktik lapuk dan kuno binatang-binatang yang nak sangat menang mengalahkan calon PAS di Bukit Gantang, sila lihat di sini. Bingkisan untuk Najib di sini.
Mula-mula Tok Guru Presiden melontarkan ideanya mengenai kerajaan perpaduan. Saya tanya beberapa orang, adakah gagasan itu dimesyuaratkan? Ada yang kata Tok Guru Presiden dah sebut dalam mesyuarat. Ada yang kata setakat lontar-lontar begitu sahaja.
Lebih teruk lagi, ada yang menuduh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu tiba-tiba macam naik angin dalam mesyuarat dan menghalang perkara itu dibincangkan. Khabarnya, muka Tok Guru Presiden berubah bila Mat Sabu kata, "cukup bacaan kali pertama" (maksudnya jangan sambung). Tetapi, dia tak marah siapa-siapa. Saya tak lupa kata-kata Tok Guru Presiden lama dahulu, dalam 20 tahun lalu, "Ana tak suka bergaduh" (Kesemua maklumat di atas kecuali kata-kata "Ana tak suka bergaduh" saya dapat di tepi jalan. Saya tak jamin betul atau tak betul).
Di luar mesyuarat pula, rasanya sudah beberapa kali keluar kenyataan Tok Guru Mursyidul Am menolak cadangan Tok Guru Presiden mengenai kerajaan perpaduan itu (lihat di sini, di sini, di sini dan di sini).
Dalam pada itu keluar berita bertajuk "Dua-dua Tok Guru betul belaka - Cik Gu Pa" dalam Buletin Online. Cik Gu Pa ambik pendekatan tahun lima puluhan. Tak ada salahnya. Kira ok jugak tu.
Saya tak reti nak kata apa. Tetapi saya dok rasa kalau Tok Guru Presiden bawak betul-betul benda tu dalam mesyuarat, lengkap dengan kertas sikit mengenai cadangan itu, saya rasa ia boleh dibincangkan sampai berjam-jam. Takat lontar-lontar gitu tak main (kalau betul dia main lontar-lontar ja. Mana saya tau apa sebenarnya berlaku).
Tok Guru Presiden juga boleh buat request (dalam bahasa yang lebih lunak la ni) supaya Majlis Syura bersidang membincangkan cadangannya. Saya percaya Majlis Syura akan bincang sampai lumat benda tu semua.
Yang Tok Guru Mursyidul Am pula, tak perlulah nak layan sangat soalan-soalan pemberita mengenai perkara tu. Daripada membiarkan ulasan-ulasan luar mesyuarat berpanjangan, lebih baik Tok Guru Mursyidul Am panggil mesyuarat Majlis Syura. Bincang benda tu semua dari waktu Isya sampai Subuh pun tak pa. Kena ada mesyuarat bincang benda tu semua.
Woi bakaq, hang nak ajaq dua Tok Guru ka? Apa salahnya? Depa memang berilmu, tetapi depa bukan ma'sum. Selagi tak mengurangkan rasa hormat dan kasih kepada depa, aku malas dah nak berbasa-basi. Lagi pun, ada taboo ka habaq kat depa benda yang betui?!!
Sambil itu, kalau belum tengok lagi taktik lapuk dan kuno binatang-binatang yang nak sangat menang mengalahkan calon PAS di Bukit Gantang, sila lihat di sini. Bingkisan untuk Najib di sini.










Cantik? Klik 






Yup, setuju, panggil meeting dan perjelaskan.
aku la penyokong hang bakaq,statement lagu ni baru ye..!!!!!
http://chepirate.blogspot.com/
dah tiba masanya kita ikut cadangan Tok Guru Dr Haron Din yang menyatakan jawatan Majlis Syura dipertandingkan
jawatan Presiden PAS dimansuhkan atau dilantik dengan perkenan majlis syura.
Ingat, sekarang jawatan presiden dilantik oleh muktamar dan Mursyidul Aaam hanya lantikan dalaman dan bertindak sebagai penasihat. Siapa paling berkuasa sebenarnya?
satu yang aku mujur, tak pernah presiden pas sekarang mengeras kepala menentang Mursyidul aam.
AJK pusat pula diketuai oleh SUA dan dipilih oleh MSU. Sistem ini macam pemilihan PMUM ketika era 70an dahulu.
Kepimpinan ulama bertukar kepada kepimpinan bertaqwa.
ridhwan
ziarahsufi81.blogspot
Selama ini rakyat yang menyokong pembangkang amat tersepit oleh kezaliman pemimpin Umno / Bn terutamanya yang tinggal di kampung-kampung. Mereka dipinggirkan dari segala kemajuan dan bantuan yang didatangkan oleh Kerajaan BN. Antaranya mereka disisih dari menerima PPRT - Saham Felcra - Bantuan Kebajikan Masyarakat - Agihan zakat - penerokaan tanah - subsidi itu dan ini - biasiswa anak-anak sekolah - malahan jalan ke rumah pun tidak ditaruh tar!
Bagi jawatan-jawatan dalam kampung seperti JKKK - Masjid semuanya dimenopoli oleh Umno/Bn!
Kian lama penyokong pembangkang mempertaruhkan nasib mereka dengan menyokong parti pembangkang mengharapkan satu hari nanti sinar akan menelan kabus, ianya kelihatan mulai cerah selepas Mac 2008 - Umno/BN hampir tumbang!
Tiba-tiba ribut melanda memusnahkan harapan - masih ada yang nak menyelamatkan kezaliman Umno/Bn yang dicanangkan oleh pemimpin pembangkang dahulu!
Untuk apa menyelamatkan Umno/Bn ? Atau untuk melegakan kehidupan pemimpin pembangkang yang selama ini termimpi-mimpi di alam kemewahan?
Adakah rakyat dari parti pembangkang di kampung-kampung akan menikmati hasil Kerajaan Perpaduan itu ? Pengalaman Kerajaan Campuran zaman Dato Asri mencatat sejarah dan mengajar massa! PAs masa itu tidak boleh berkembang din rancangan Felda!
Kalau asal benih yang jahat, jatuh ke lembah menjadi najis! Demikianlah Umno/Bn!
Ana cuba nak memahami apa yang sbenarnya tersirat di hati TGNA. Ingin sy lontarkan pandangan ini. Dlm realiti sebenarnya, TGNA dah bergelumang dgn kejahatan puak UMNO lebih lama dari TGHA. Keperitan , kepedihan, siksa (tak boleh nak cerita )dpt TGNA rasa sepanjang 18 tahun dia tadbir Kelantan, anaknya, di masukkan ISA 6 tahun , kemudian dilepaskan tanpa bicara. TGNA pernah diherdik, dicerca oleh puak UMNO di sepanjang hidupnya. Tapi TGHA, dia cuma perintah 4 tahun aje di Trenganu, itupun tersiksa cuma bab minyak. ANaknya...kena ISA...tidak. Jadi bila dilibatkan dgn keperitan, maka TGNA lebih terasa bila ada usaha nak capaikan persefahaman bila UMNO hampir MAMPUS. Dalam muktamar PAS lepas, kita telah capai persetujuan utk KUKUHKAN Pakatan Rakyat. Itu yg kena bawa, jika ada perkara lain, maka, kena ada mesyuarat khas utk putuskan. Jangan melintang perkara yang diputuskan di muktamar. Jadi , saya berpandangan disaat musuh kita dah nak mampus, kita kena rapatkan barisan kita, bukannya membentuk satu pendapat kononnya perlu UNITY GOVERMENT atau apa pun, yang jelas. UMNO mesti dihapuskan dan kita kena berkerja ke arah itu. Jadi, saya rasa TGNA meluahkan di akhbar kerna TGHA tiada rasa utk menjelaskan kepada MUrsyidul AM. ... itu aje, Satu lagi, saya dari dulu lagi menganggap PAS Trengganu ni memang KLON UMNO ( maaf saya cakap...) sbb mereka dlm kebanyakkan perkara tidak terlalu menitik beratkan Islam, mereka lebih kepada kepentingan Bangsa Melayu. Maaf mengambil ruangan yang panjang.....
awat lah tok guru nik aziz yg ku hormati kerap sangat keluar kenyataan myrg presiden. kalau tk stju takpa, tp knp ckp pd media.bkn shj pres, kami di bawah ni pun susah nk jwb dgn ahli dan pnyokong. bkn skali, byk kali dh. maaf tok guru, patik mohon sembah derhaka atas kenyataan media yg byk tu...
Mr Hisham woit, hang ingat tghh bodoh dpd hang ka sampai tak kenal umno? hang ingat hang lagi arif bab Islam ke dari TGHH yg hang nak tuduh Pas Terengganu penting Melayu dpd Islam? bila malas membaca, tu keluar kenyataan merapu mcm ni. TGHH dh jlskn bukan Pas nak gabung dgn UMNO. baca kat siasah tu.TGHH lebih kenal UMNO dpd hang sebab dia paling teruk kena zalim spnjg jd MB tganu. ini soal strategi, bukan soal TGHH tk ingat kezaliman UMNO.tkkn semua strategi nak jelaskn trg2 kat blog atau media. tu bkn strategi tp jahilgi..
maaf Mr Hisham.komen atas tu kasar sangat.aku mintak maaf. tp begini,jgn kita fikir pres tu keluar statement semestinya tak bermesyuarat. yang kerap bermesyuarat TGHH. mesyuarat ajk pusat, mesyuarat luj politik pusat dan mesyuarat Dewan harian. tp minta maaf, TGNA yg dihormati yg jarang hadiri mesyuarat di atas. sbb dia mursyidul am, byk menasihat dll.bkn nk salah tgna.tdk sama sekali.aku sapa nk kritik tgna?tp yg kita rasa tk kena, kalau tk puas hati yg g luah kt media buat apa?kita diajar bermesyuarat dan berbincang scr dlmn.sbnrnya bila kluar media kenyataan tgna inilh yg akn dijdkn snjata UMNO lwn Pas.keduanya memang lh TGNA seb mursyidul am dan berhak nasihat. tp tk knlah dlm semua hal perlu terima pndpt dia saja.dah tu apa tugas presiden?kalau gtu tk prlu ada jawatankuasa Pas pusat, luj politik dan dwn harian lh. lantik shj pres, dan ikut shj arahan mursyidul am.aku ambik contoh, kalau tgna tk setuju atau keliru kenyataan TGHH, angkat telifon, kal sahaja. 5 minit dh boleh dpt sedikit pnjlsn.tk kn nk tgu mengadap.nampak mcm dibudakkan sangat TGHH.bkn nk kritik, tp krn sayang kepada kepimpinan baik mursyidul am atau pun TGHH
aku pun harap tuan guru nik aziz tak payah laa dok bising2 di media..kira nasib baik hj. hadi tak melawan..MB azizan aku jugak yang best
"dua-dua Tok Guru betul belaka"???
yang cakap mcm tu 10x tak betul.
aku rasa dlm isu ini "Dua-dua Tok Guru TAK BETUL BELAKA" sebab perkara seumpama ini tak patut diperdebatkan dlm akhbar. Ianya berkaitan dengan
etika amal jama'i yang mana perkara-perkara sepenting ini mesti dibahaskan dlm mesyuarat dan dlm muktamar bukan main acah2 dlm akhbar yg lebih banyak menimbulkan kekeliruan.
apa hal yg masing2 gian sangat nak buat kenyataan
akhbar sana sini ni!!!
(1) Kalau ikut sistem Islam, memangla Presiden parti pun kena dengar nasihat mursyidul am, macam di Iran yang Amerika dok bising Presiden tak dak kuasa, semuanya di tangan ulama'.
(2) Rasa saya, mursyidul am tak serang presiden, dan presiden pun tak ada silapnya. Masalahnya, pemberita nak sangat belitkan kenyataan supaya nampak buruk. Masalah tak timbul pun, tapi kalau bangsa batu api, dia akan cari jalan jugak supaya jahanam/busuk hubungan antara dua orang, lebih2 lagi dalam keadaan genting ni.
(3) Jadi saya setuju kalau dua2 tuan guru, tak usahlah layan sangat pertanyaan pemberita. Kononnya nampak ikhlas, kita pun jawab berjela2, yang jahat dan busuk pulak keluar news..bukan ke selalunya macam tu saja? Benda tak elok depa reka2 dan masuk berita, kecoh ahli2 parti. Bahaya sungguh orang yang tak takut Tuhan ni.
Biasa lah pandangan para pemimpin PAS..mesti ada yang bercanggah...bukan semuanya nak sama macam UMNO..lagipun spt posting Pak bakaq kat atas..rancangan kerajaan perpaduan hanya disebut sahaja..biji butirnya x de lagi...x perlu nak di bising2kan.. ini hanya merupakan cadangan..walau bagaimanapun luahan pendapat TGNA harus diambil kira..jangan le PAS nak jadi cam UMNO..cakap presiden semua x boleh di bantah...apahal!!!!
Kecelaruan dalam pentadbiran parti pas sudah melangkaui batasan. Betui macam pak bakaq tulis tu..perkara tu patut di bincang secara tertutup dalam mesyuarat ajk pas pusat..jika semua ajk pas pusat dan pesuruhjaya negeri semua dapat hadir, termasuk PJ Kelantan TGNA, isu ini boleh dibahas, dibincang dan diperhalusi lagi sebelum sebarang kenyataan akhbar di keluarkan.
Saya sudah lama melihat berlaku conflict of interest dalam pentadibiran pas bila TGNA sebagai PJ negeri adalah ahli dalam AJK PAS pusat dan dalam masa yg sama dia adalah Musyidul Am Majlis Syura dan juga MB Kelantan. Dan sekarang dia nak jadi nahkoda kapal pas pulak.
Harap perkara ini dapat diperbetulkan dulu sebelum lebih banyak lain timbul.
Tokden
kecelaruan antara TGNA & PRESIDEN adalah brpunca dari tiada maklumat jelas......
kita kena tanya apakah peranan setiausaha politik TGNA sehingga timbul permasaalahn sekarang,apakah TGNA di beri maklumat yang mengelirukan?Aku tak nak salahkan TGNA dalam hal ini yang jelas 'setpol' TGNA yang berperanan dalam hal ini.............tolonglah jangan kelirukan TG lagi
Untuk Pantai...
Ana bukannya memperbodoh TGHH. Dia tau semuanya, dan Ana faham maksud dan tindakannya. Ok, hang kata strategi dia...tak perlu cakap rasionalnya, ok. keputusan muktamar, KENA PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT tu nak letak kat mana?... Ini dipersetujui oleh semua wakil dalam MUKTAMAR. Ini lebih menyeluruh, kalau pendapat peribadi nak menyatukan nak bersama dalam kerjaan dan berkerjasama dgn PENJAHAT UMNO, tang tu aku tak setuju. Aku kena sembur gas, aku kena herdik dek polis, lepas tu ambil risiko kena tangkap. TGHH keluarkan kenyataan , ada baiknya kita berbaik-baik dan lupakan segalanya . Strategi apa macam ni? Nak perkukuh Pakatan rakyat macamana kalau pada masa yang sama kena kuatkan juga hubungan dengan UMNO .
Satu lagi PANTAI, pertama sekali hang ni beremosi. Aku tak beremosi, so, kena ingat TGHH adalah hanya orang yang diangkat oleh parti PAS untuk jadi Presiden. Ahli PAS yang tentukan... ana boleh menegur, mengkritik Presiden sebab ana yang tolong angkat beliau. Kalau Pantai nak wujudkan budaya UMNO dlm PAS, ana minta maaf, ana tak izinkan. TGHH ana hormati sepenuhnya, tetapi jangan sesekali jadikan KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS sebelum ni sebagai satu coretan yang ada atas kertas saja, letak tepi semata-mata kerana strategi dan sebagainya kerana PAS bukan tertegak atas batang hidung seorang individu atau puak. Tapi PAS tertegak atas sifat keislaman dan kemurnian islam. dan sesungguhnya mengeur Presiden tak semestinya menderhaka kepada Islam.
TGHH melakukan kesalahan bila mencadangkan kerajaan perpaduan. Ya, bolhe berpadu tetapi bukan dgn UMNO pengkhianat negara dan bangsa
jangan nak jadik penyelamat dolah bedawi dan nuar berahim lah!!!
nampak sangat pas hanya akan jadik alat dua orang tu yang takut ngan najib...
pas patut lebih pentingkan menjaga kepentingan rakyat, dan berkhidmat untuk rakyat... masa nak berpolitik hanya setahun terakhir penggal... ni dah mula penggal baru, dah dapat kuasa walau pun sikit dan sangat terhad... gunakan saja peluang yang ada ni untuk membantu rakyat... bukan berpolitik nak kawan tidak ngan amnu...
kalau ada yang nak tolong dolah bedawi... gi isi borang amnu!!
Testing.....
Pak Bakaq,
Kena susah sangat nak hantar komen...
ada masala line ke......
====minda TENang=====
Heh,heh, Itu la hangpa nak sangat pimpinan Ulamak. Ulamak semua tak pas matematik dan sains.Yang tercorot dalam sekolah saja yang nak jadi Ulamak.Yang pandai sains dan Matemati semua nak jadi Doktor dan Jurutera.
Dulu Hadi pi kata LKS,KS dan DAP expired medicine. Sekarang kena kat hidung sendiri.Padan muka, sombong sangat.
Apa daa! Orang semua nak buang sampah(muka bantal tu),dia pula nak simpan sampah tu.
Memalukan diri sendiri dan umat Islam PAS dan bukan PAS aje.Tu laa Ulamak banyak sangat guna lahwal hadis dan ketepikan ahsanal hadis/AlQuran.
Elok le resign Hadi oi. Hang dah jadi expired madicine dah.Jurumudi macam hang bukan nak pi depan...asek pi gostan aje.
boleh iqrak lagi kat..
http://warongpakyeh.blogspot.com
Ayahanda TG NIk Aziz, patik rayu hentikan serangan ke atas presiden. jangan guna media.patik dah tercedera
Ayahanda TG Nik Aziz, kali kedua hamba mohon hentikan kenyataan media begini. dah banyak kali dah. maafkan hamba
TGNA sbnrnya xnk pisang berbuah dua kali..klu pisang tu lazat dan enak dimakan xpe..ini pisang yg hnaya layak dimakan oleh kambing2 umno..sejarah telah terpahat dimana PAS telah diperkotak katikkan oleh pemimpin2 penipu (umno la tu) setelah bergabung (kerajaan campuran) semasa era Ustaz Asri..Tp x mustahil penggabungan kali ni akan berjaya jika umno benar2 ikhlas..
Tika Ombak Menghempas Pantai...
Dahulunya, 1967 rumah UMNO jaraknya berbatu-batu ditepian pantai....
Maka ombak Tsunami yang mengganas tidak dihiraukan...
Akan tetapi Ombak itu terus mengganas, sedikit-sedikit ombak itu menghakis pantai...
Kini, rumah UMNO itu hanya jaraknya 50 tapak dari tepian pantai...
Dek Tidur yang panjang dan mimpi merwarni penghuninya, ketua rumah dan kaum kerabatnya tidak sedarkan diri...
Tiba-tiba tidur yang diuliti mimpi terganggu oleh kebisingan hiruk-pikuk ombak yang semakin menganas....
Kata Nelayan (mungkin Ayah kepada Nik Madihah)...
"Lihat itu Ombak tsunami sudah menerjah kemari"...
Juak-juak UMNO mula sedar dan bertindak mencari tapak yang baru...
Namun kelihatan ditengah lautan sebuah bahtera bernama PAS yang diketuai Nahkodanya (Tuan Guru Nik Aziz) yang gagah mengawal biduk menongkah arus ombak itu...
Heboh diperkatakan bahawa Nahkoda ini memang handal yang juga turut didokong oleh jurulayar, jurusauh hingga ke anak kapal...
Nahkoda ini dan seisi bahtera sentiasa bersatupadu dan bersepakat dalam mengharung ombak...
Petua si Nahkoda adalah Amalan Islam, iaitu al-Quran dan al-Sunnah...
Termasuklah kesepakatan dalam Syura....
Namun sewaktu bahtera ini singgah di perlabuhan berdekatan rumah UMNO....
Kelihatan Ketua dan penghuni rumah UMNO ini melontarkan senyuman yang penuh makna...
Tak diketahui senyuman itu ikhlas atau tidak...
atau berniat jahat untuk merampas atau paling tidak menmecahbelahkan seisi bahtera...
Sesungguhnya ALLAH jua yang mengetahui akan keikhalasan senyuman itu...
Serahkan sahaja pada ALLAH, pesanan buat seiisi bahtera "jangan dilayan senyuman itu, walaupun dikerling sedetik cuma"....
Kerana sesungguhnya...
Sejarah membuktikan bahawa ombak tsunami pernah meneggelamkan bahtera malah menghancurkan rumah (tapi tidak rumah ALLAH di Acheh)...
Sejarah juga membuktikan senyuman juga pernah CUBA menghancurkan insan....
Umpama senyuman Zulaikha terhadap Yusuf...
Jadi jangan dihiraukan senyuman itu...
Teruskan perjuangan dalam perancangan untuk berlabuh di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai...
Segenap seisi bahtera perlu taat setia kepada Nahkoda...
Agar dapat terus menempuh gelombang ombak yang mengganas...
Jangan dibiarkan seisi bahtera tergoda dan lalai dek senyuman yang penuh makna itu...
Ayuh BANGUN, BANGKIT dan BERJUANG dengan penuh GAGAH, SETIA dan AMANAH....
Jangan dibiar ombak tsunami menganggu pelayaran...
dan jangan dibiar senyuman itu melalaikan seisi bahtera yang mungkin menyebabkan kepincangan fungsi instrument bahtera....
Selamat berjuang di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai...
Bukit Gantang + Bukit Selambau + Batang Ai = BG+BS+BA,
BG+BS+BA = 3B(G+S+A)
= Bangun, Bangkit, Berjuang (Gagah + Setia + Amanah)
Apa yang aku rasa berdasarkan ilmu yang dangkal ini...
---- MInda tenaNG----
Idea Kerajaan Perpaduan ni tidak datang cara mendadak dan ianya muncul pada waktu yang salah."Wrong Timming" sewaktu kita (PAS) hendak menghadapi PRK Bukit Gantang. Dihujung tahun lalu lagi Presiden dan Timbalanya telah pergi keliling negara ":Konvensyen Tarbiah" menekankan isu "walaq" agar sebarang "idea" yang akan dikemukakan kelak tidak akan dipersoalkan olih ahli PAS.Akhbar Siasah dan TV PAS digunakan untuk mencetuskan "idea"ini hingga memuatkan temuramah khas dengan Tengku Razleigh dari UMNO.Diikuti pula dengan penjelasan panjang lebar dari S/U Akhbar Presiden serta Tim.Presiden dan hari ini(21.4.09)Pesuruhjaya PAS Trengganu pula membuat kenyataan.Hakikatnya "idea" ini telah bertentangan dengan keputusan Muktamar PAS diIpoh tahun lalu.Ini yang disuarakan olih TGNA.Satelah gaggal untuk "bermuqabalah" dengan UMNO ujud pula idea Kerajaan Perpaduan. Adakah Kerajaan Perpaduan ini tidak melibatkan UMNO dan kalau "terlibat" sebesar manakah penglibatan mereka? Kita jangan bermain dengan kata-kata "campuran","gabungan"dan "kerjasama" dan jangan cepat dibawa bermain "atas papan catur UMNO".Tak payahlah nak cerita tentang keadaan UMNO dewasa ini cuma satu perkataan sahaja sudah cukup "PARAH". Siapa kita nak menahan Najib jadi PM bulan depan? 2000 lembu UMNO yang akan bersidang diPWTC tak kisah pun apa yang akan berlaku kepada agama,bangsa dan negara ini. Yang kita nak selamatkan parti yang hampir berkubur ni buat apa? Terkecualilah kalau ada pihak-pihak yang berkepentingan yang dah mimpi-mimpi nak jadi Tim.PM,Menteri dan S/U Akhbar Tim.PM.Ayuh kita(PAS) kuatkan harakah kita,lupakan UMNO.Mari kita bina kekuatan sendiri tanpa berharapkan "ikhsan" dari orang lain.Kita harus "walaq" kepada keputusan Muktamar(Keputusan Ramai)- janganlah suruh orang walaq kepada kita walhal kita sendiri tak walaq kepada keputusan ramai.Wallahualam.
Yang Salahudin Ayob dok pi masuk Istana Paduka Raja Muda ikut pintu belakang buat apa. MB Nizar sedang bertempur dgn Umno, Salahuddin pulak jumpa Paduka Raja. Aku dok rasa Salahudin dah tahu rancangan Zahid Hamidi nak jumpa Paduka jadi Salahuddin tumpang sekaki nak cari buah derian di Bukit Gantang.
YEOP KEJOR SALAHUDDIN AYOB
Ja'far Ahmadi, Pas Bukit Bintang14
benda ni cuma baru tajuk. belum pun diperbincangkan dan dimesyuaratkan lagi. haji hadi ada pendapat dia sendiri. nik aziz pun ada pendapat dia sendiri. pendapat adalah berdasarkan ilmu, pengalaman dan prinsip seseorang. lain orang, mungkin berbeza pendapatnya.
tanpa prasangka negatif kepada kedua-dua ulamak. saya lebih cenderung kepada pendapat nik aziz. caranya simple tapi tegas. walaupun saya bukan setuju kepada semua pandangan nik aziz, tapi sekiranya untuk memilih pemimpin no. satu malaysia, dia pilihan saya. sebabnya ialah dia tidak membuka ruang kompromi kepada musuh. melihatkan keadaan politik negara kita yg sangat teruk dan busuk, maka saya berpendapat cara paling selamat ialah memperkukuhkan organisasi dulu... seterusnya menguasai negara. bukannya dengan cara berkompromi dengan musuh yg munafik! apatah lagi disaat musuh sedang kalah. tak ke "bodoh" dan "mencari nahas" namanya!
Aku jadi keliru pasal apa isu yg begini besar keluaq kat Siasah bukan kat Harakah a.k.a lidah rasmi pas?
Siapakah sebenarnya mastermind yg sengaja mainkan isu unity gomen di siasah dalam beberapa siri keluaran sebelum isu itu dihidu oleh TV3 suku?
MSO, Zul Sulong or Boss besaq Zul Sulong?
Tokden
Salam,
Dalam isu ini saya rasa memang TGNA telah dikelirukan oleh media. Saya rasa TGNA sebagai ulama perlu tenang dlam hal ini. Ini kerana Lim Guan Eng dari parti DAP pun tidak begitu emosional bila ditanya mengenai isu ini.
"Kita tidak tahu apa yang beliau (Abdul Hadi) maksudkan, jadi lebih baik kita dapat secara langsung daripada beliau kerana kalau hanya bergantung dengan apa yang dilaporkan (media) mungkin tidak begitu tepat," katanya kepada pemberita.
Dalam hal ini nampak kenyataan Lim Guan Eng lebih manis dari TGNA. Moga2 selepas TGHH pulang ke tanah air nanti TGNA dapat berbincang hal ini dengan sebaiknya. InsyaAllah.
Tok Guru P.Melaka keliru apa pula. Dah terang lagi bersuluh :"UMNO nak tipu Pas". Perpaduan ke, campuran ke, demi kepentingan melayu ke. Semua ini nama-nama yang dinamakan oleh mereka yang nak berkawan dengan UMNO.
Tokden(komen 26) telah mengutarakan satu persoalan yang baik dan wajar dibahathkan.Pengerusi Lembaga Harakah (yang sudah duduk dikerusi itu lebih dari 20 tahun)sudah tidak berani lagi :"menggunakan" Harakah kerana telah ditempelak olih Tuan Guru Pulau Melaka semasa isu "muqabalah" sehingga beliau terpaksa pergi keKota Baharu untuk minta maaf.Sekarang Siasah pula yang digunakan.Siasah walaupun cara perlaksanaannya agak berasingan dari Harakah tetapi dari segi "pentadbiran dalaman" dikuasai olih Harakah.Merujuk kepada pihak-pihak yang memulakan akhbar Harakah ini,pada asalnya Harakah yang menjadi lidah rasmi parti PAS ini asalnya diketuai olih Ketua Penerangan PAS Pusat. Inilah yang wajar dan sepatutnya. Entah bagaimana Pengerusi Lembaga Harakah dewasa ini telah memegang kepimpinan Harakah lebih dari 20 tahun walhal beliau sudah hampir 17 tahun tidak memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat. Dimanakah silapnya,kena tanya Presidenlah.Kalau ikut dasar lama(semasa memulakan Harakah)Ketua Peneranganlah sewajarnya jadi Pengerusi Lembaga Pengarah.Setiap kali ditukar Ketua Penerangan PAS Pusat bermakna Pengerusi Lembaga Harakah akan turut bertukar.Ini satu dasar yang baik untuk mengelakkan seseorang itu "terlalu berkuasa" dalam satu-satu organisasi perniagaan. Ini satu pandangan yang sepintas-lalu sahaja tanpa sebarang spekulasi. Harakah adalah milik semua ahli PAS dan wajar kita mahukan Harakah berjaya,bertenaga dan menjadi wasilah perjuangan PAS.Wallahualam.
Salam Pak Bakaq,
Setuju sangat2 dengan posting bapak tu..org2 atgasan politik ni kadang2 berfikir macam budak2..perkara simple macam itu pun tak boleh nak fikir + laksanakan..media jadi batu api..tok guru nik ajis pulak asyik syok sendiri memanjang..pergi amik wuduk, buat solat istiqorah dan bermuhasabah..eh, tak aku lak nk bagi nasihat kat tok guru!!!!!