
Selagi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gobind Singh Deo, akhbar Liberation dan wartawannya, Arnaud Dubus (awat aku rasa semacam muka dia?!! Tak gamak nak bubuh gambaq tu di sini), selagi itulah itulah rakyat seperti saya tidak mampu melihat Najib sebagai seorang yang bersih.
Selain memang betul-betul bersih, adalah sangat penting seseorang pemimpin dilihat bersih. Jika tidak, dia memalukan negara dan rakyat yang dipimpinnya. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dihukum dengan soalan demi soalan dari serata dunia, "Adakah Perdana Menteri kamu pembunuh, perasuah?"
Petikan berita 1:
Selain memang betul-betul bersih, adalah sangat penting seseorang pemimpin dilihat bersih. Jika tidak, dia memalukan negara dan rakyat yang dipimpinnya. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dihukum dengan soalan demi soalan dari serata dunia, "Adakah Perdana Menteri kamu pembunuh, perasuah?"
Petikan berita 1:
"Tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan," kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.Petikan berita 2:
Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau.
Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.
"Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya)," katanya.
Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.
Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.
Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: "Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk... Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan.
"Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"
Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan. (Rujukan berita di sini)
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berlaku adil kepada negara dan rakyat jika beliau enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Perancis yang menggambarkan beliau sebagai pembohong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Dalam laporan Liberation baru-baru ini, Najib didakwa pernah bergambar bersama Altantuya Shaariibuu dan Abdul Razak Baginda.
Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.
Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
"Laporan akhbar itu memalukan rakyat dan negara ini. Ia menggambarkan seorang pembohong dalam kes pembunuhan akan menjadi Perdana Menteri negara ini.
"Jika dakwaan akhbar itu tidak dinafikan melalui tindakan undang-undang di negara di mana akhbar itu diterbitkan, Najib bukan sahaja terdedah kepada tuduhan berbohong malah beliau juga terdedah kepada tuduhan menghina Allah apabila beliau bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa beliau tidak mengenali wanita itu," kata Salahuddin.
Lebih buruk lagi, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Najib dituduh oleh akhbar itu sebagai cuba menutup kes tersebut apabila dilaporkan, beberapa jam sebelum penahanan Abdul Razak, dia menghantar satu SMS: "Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah".
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang dituduh membunuh Altantuya, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Memandangkan wartawan yang menulis cerita itu, Arnaud Dubus mahu menulis buku untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai pembunuhan wanita itu dan mengaitkannya dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan, Salahuddin menggesa Najib segera mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan itu dan akhbar Liberation dan membuktikan tanpa sebarang keraguan di dalam mahkamah di negara akhbar tersebut diterbitkan bahawa apa jua dakwaan yang dibuat ke atasnya adalah bohong dan tidak berasas .
Salahuddin berkata, beliau bersimpati kepada Najib yang menghadapi dakwaan seburuk itu.
"Tetapi pada masa yang sama, rakyat dan negara ini akan dizalimi jika mereka terpaksa menerima Perdana Menteri yang didakwa pembohong, cuba menutup kes pembunuhan serta terlibat dengan rasuah.
"Bakal Perdana Menteri kita dituduh mempunyai sifat yang terlalu jijik dan jahat. Saya menyeru Najib supaya segera mengambil tindakan undang-undang ke atas Dubus dan Liberation kerana tuduhan tersebut amat berat serta memalukan negara ini.
"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini seorang pemimpinnya dikaitkan dengan kes pembunuhan yang mempunyai kaitan dengan rasuah," katanya.
Selain dakwaan tersebut, wartawan Liberation itu turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.
Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.
Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.










Cantik? Klik 






Berita baru bro...
http://www.rsf.org/article.php3?id_article=30543
Download la kalau nak berita penuh
Reporters sans Frontieres finds 12 states as "Enemies of the Internet"
The Reporters sans Frontiers organization (Reporters without Frontiers) published a list of 12 countries considered as "enemies of the Internet", along with 10 other states "under surveillance", the second list including Australia and South Korea.
The black list counts Saudi Arabia, Myanmar, China, North Korea, Cuba, Egypt, Iran, Uzbekistan, Syria, Tunis, Turkmenistan and Vietnam. These state transformed their network into an intranet, preventing the users from accessing information they are interested in, but are considered by the state as undesirable. These states took repressive actions against Internet users who provided such undesirable information.
The RSF statistics indicate that 69 people are currently in jai, worldwide for using their free expression on the Internet. 49 such dissidents are in China, 7 in Vietnam and 4 in Iran.
RSF also placed "under surveillance" ten other states, after they introduced measures that may lead to abuse: Australia, Bahrain, Belarus, South Korea, the United Emirates, Eritrea, Malaysia, Sri Lanka, Thailand and Zimbabwe.
Setaraf dengan Zimbabwe...alamak...
King Kong
pak bakaq,
TARIK SEMULA LINK HINA SAHABAT NABI SAW HINA ISLAM!!!
TARIK SEMULA LINK HINA SAHABAT NABI SAW HINA ISLAM!!!
TARIK SEMULA LINK HINA SAHABAT NABI SAW HINA ISLAM!!!
Anonymous Friday, March 13, 2009 7:15:00 AM
Sorry, i have to edit your comment. Wa takut kena ma!!
Do you think he will ask his people to fly all the way to france and pay Dubus maybe 30M euros..... and ask him to keep his mouth shut or worst assasinate him through intelligence network???!! Pls remeber that he has connection with the france govt, even on the submarine deal the french govt was quiet. (be reminded.. the company which makes the submarine is a govt link company). I hope naji* does something stupid and with proper planning the PR will nail him.. pls do contact Dubus and Liberation to set a trap! he he
Menurut Sunnah, syiah terkeluar dari Islam, bukan Islam. Syiah lebih bahaya dari fahaman yahudi dan klimaks-nya darah faham-Sunnah totally halal utk syiah.
Terima kasih kerana mengkafirkan saya.
klimaks-nya darah faham-Sunnah totally halal utk syiah.
Aku nak ambik interest dari bank-bank di Malaysia ni pun tak dibolehkan kerana turut dimiliki orang Islam. Barangkali ambik interest tak halal sebab turut dimiliki orang Islam, ambik darah bolehlah kalau menurut ajaran hang.
Nanti semua orang fikir orang PAS ni syiah.
Perlembagaan PAS belum membolehkan orang kafir jadi ahli. Tidak timbul soal orang PAS.
Kalau dah jamban tu hias macam mana pun jamban juga Bakaq oiiiii!!!! Bersihkan macam mana pun tetap orang panggil jamban!
Kumpul bukti dan buat laporan polis. Habis cerita.
Ada berani?
Gua cuma nak tegaskan sikit kat sini.... Rasulullah s.a.w kata ada 73 golongan orang Islam... cuma 1 golongan jer masuk syurga... dia tak kata pon golongan yang satu tue Ahlul Sunnah Wal Jamaah......
Saya amat setuju agar Naji* mengambil tindakan undang-undang ke atas dubu* atau Gobhind Singh atau sesiapa saja yang menghina bakal Perdana Menteri Malaysia ini. BERDIAM DIRI BERMAKNA SETUJU!. Kami tidak mahu seorang perdana menteri yang penuh dengan kesangsian ... seluruh rakyat dan generasi akan datang pasti akan menyesal dengan Perdana Menteri yang sedemikian rupa. Eloknya Naji* meninggalkan semua jawatannya sekarang sehingga ia benar-benar telah dibuktikan tidak bersalah. Saman, jangan tak saman!
Kalau aku jadi Naji*, dah tentu aku terajang semua orang yang menuduh bukan-bukan ni ... tanpa bukti pulak tu. Saman aje kat mahkamah -- Malaysia ke, Perancis ke, Mongolia ke, atau di mana saja yang termampu. Jangan hanya menikus. Kami sama sekali tidak mau seorang Perdana Menteri yang dipandang sebagai pembunuh, perasuah, penipu malah dayus (penakut!). Berdiam diri bermakna bersetuju. JANGAN MALUKAN KAMI, NAJI* OI!
"Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"
Woi budak2 umno tunggu apa lagi...pi lah belasah anak karpal singh yg kurang ajar tu di loby parlimen..dia berani tuduh bakal presiden kamu sebagai pembunuh! ini lebih celaka drp ucapan bapak dia, sorang OKU "ini pemuda umno celaka"!
Tokden
pak bakaq,
saya tak peduli dgn fahaman pak bakaq. nak tonggang terbalik, pak bakaq punya hal. cuma saya beritahu sekali lagi tolong tarik balik link hina Sahabat Nabi SAW. Hormat perasaan orang Islam lain kat m'sia.
Blog politik islam jenis apa kalau selitkan link menghina mencaci Sahabat Nabi SAW? pak bakaq berjuangkan apa sebenarnya kalau hina Islam?
bukan saja orang umno, baik mca, mic dan lain-lain pun tak pernah hina Sahabat Nabi SAW dan hina Islam macam pak bakaq dah buat. kalau orang lain tegur dengar, jangan buat kepala batu. pak bakaq pandai cakap orang lain bangang, bodoh dan macam2 perkataan lagi, tapi pak bakaq sendiri macamana kalau orang tegur perangai? tunjuklah sikit akhlak, pak bakaq dah tua.
HORMAT PERASAAN ORANG ISLAM YANG LAIN. TOLONG TARIK BALIK LINK HINA SAHABAT NABI SAW!!!
satu lagi, kalau nak edit komen org lain biar penuh biar org lain faham hujung pangkal cerita.
Salam Bang Bakaq,
Apa nie? Aku baru baca yang diorang habaq dok kecoh-kecoh. Tak perasan sungguh aku bila hang letak? Hang jangan gitu bakaq. Yang lain aku sokong hang tapi yang ni aku mintak maaf hang dah melampau kurang ajaq.
ko ingat syiah 2 betol le...
yg hampa dok hina shabat nabi tu apa pasal
Salam Tn Bakaq,
Di awal-awal kes Altantuya ini disiar di akhbar, saya masih ingat terbaca, bila isteri Baginda Razak meluah rasa marahnya di perkarangan mahkamah sambil berkata...
'why are you doing this to him? He is not going to be the Prime Minister..????'
Cuba semak balik liputan akhbar yang itu.. (saya memang baca akhbar orang putih!)NST, STAR, BH, UM.
picolotikusmondoq
The newspapers were not allowed to report on what really went on. Only a portion of what happened was reported in the press. Here is The Star version:
Abdul Razak kicks and hits door at murder trial
Abdul Razak Abdullah Baginda, who is being tried for abetting two policemen in murdering Mongolian Altantuya Shaariibuu, lost his cool on the 90th day on Wednesday. He had a dissatisfied look when his father Datuk Abdullah Malim Baginda whispered something to him before the hearing began at about 9.30am. After the proceedings were adjourned for lunch, however, the 48-year-old political analyst, surprised all those present in the High Court when he suddenly kicked and banged the door with his hands. He was also seen crying before his lawyer Wong Kian Kheong and mother calmed him down.
Before the hearing began at 9:30 am, Razak Baginda's father had whispered something to him. This made Razak angry the whole day. Finally, about three hours later, Razak Baginda could not stand it any longer and exploded. What did he say?
Reporter friends who were there said that Razak shouted again and again, "Matilah kau Pak Lah! Matilah Pak Lah! I am innocent! I am innocent!" Then he went into a mad rampage and kicked the chairs and doors in the courtroom. Even the Judge was shocked and did not know what to do. Both the defense lawyers and the prosecution team were also all shocked.
The story goes that Razak Baginda's father whispered instructions to his son to incriminate his former boss Najib Tun Razak. The instruction came from the Pak Lah camp. This was yet another deal they were trying to make - Razak Baginda's life for Najib's head. The story is that Najib is outshining Badawi in this coming general election. Najib may win big in Pahang but Pak Lah may win small or even lose his seat in Kepala Batas.
The Pak Lah camp may also suspect that Najib's people are working in the background to embarass Pak Lah in Kepala Batas. Hence the 'whisperings' through Razak Baginda's father.
The Sun newspaper carried the story, complete with Razak Baginda's outburst. However, the Home Ministry asked The Sun to withdraw their first run which carried the 'Matilah Kau Pak Lah!' outburst by Razak Baginda. The Sun had to withdraw thousands of copies of their print run early this morning.
Tokden
Golongan 73 - 72 = 1 Golongan:
Golongan Orang Yang Takwa. (ALLAH swt dan Rasulullah s.a.w.w. dah beritakan pun.....)
i was in s'pore earlier ago even before disclosure of this report.. the cab driver who was driving me asked me the question which really feels humiliated.. "Is your future PM a murderer..? If is not, I beleive he directly have connection with the murder case..!"
http://tukartiub.blogspot.com/
pak bakaq,apa pendapat pak bakaq kalau lantik rakyat Malaysia menyaman akhbar Liberation dan wartawannya.sebab nak harapkan Najib rasanya putih mata ajalah.