Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangan tangkap aku!!!

Jam 9.28 tadi Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Hina raja: Penulis blog didakwa esok". Ada kawan hantar SMS kat saya, "R u ok?" OK, sebab saya nampaknya tidak termasuk dalam enam orang yang akan dihadapkan ke mahkamah itu. Kalau termasuk, sudah tentulah saya akan dapat notis dari mahkamah.

Saya tak kacau takhta raja. Yang saya persoalkan perangai. Tak kiralah perangai siapa pun. Kalau kita tak menjalankan amar ma'ruf nahi munkar, bila bala Allah s.w.t. menimpa, dengan kita-kita sekali kena walaupun kita tak buat kemunkaran yang menyebabkan Allah menimpakan bala. Kita kena sebab kita bagaikan merestui dan tak melaksanakan nahi munkar.

Saya ni penakut yang paling penakut. Allah Maha Mengetahui saya memang benar-benar penakut. Saya takut kena tangkap polis. Walaupun begitu, saya lebih takutkan Allah s.w.t. Masuk syurga memang la saya tak layak langsung. Tapi, saya tak terdaya langsung nak menghadapi siksa neraka. Oh my vicious self!!!

Malaysiakini juga menyiarkan berita bertajuk "PPSMI: Hadi, Samad Said disiasat polis". Saya harap selepas ini tidak ada lagi sesiapa pun bercakap mengenai perpaduan dengan Umno. Itu penting!

Berkaitan:
Enam didakwa hina Sultan Perak (mStar Online)

Berita-berita menarik:
Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB (Harakah)
Dr Khir kecam wakil PAS di lobi DUN (Malaysiakini)
Kos tambang udara Khir Toyo lebih RM300,000 (Bernama)
Police want to question 22 involved in Saturday march
The Star (12/3/09): Police are looking for 22 people believed to have been involved in the illegal march to Istana Negara last Saturday opposing the use of English language in Science and Mathematics.

Police would like the people named before to cooperate in investigations by coming to the Kuala Lumpur Police Headquarters and contacting Dang Wangi CID Chief Lee Foong Koi (013-8675507) or ASP Suhaimi (012-6927362).

1. Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad 2. Professor Shaharir Bin Mohd Zain 3. Hasni Bin Abas 4. Abdullah Bin Hassan 5. Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said 6. Che Shamsudin Bin Othman 7. Mohammad Faizal Bin Abd. Aziz 8. Aizad Bin Mohd Saleh 9. Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah 10. Kamalrulzaman Bin Mohamad 11. Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin 12. Salahuddin Bin Ayob 13. Nasaruddin Bin Mat Isa 14. Suhaizan Bin Kaiat 15. Ainon Bte Simo @ Mohd @ Somo 16. Datuk Seri Hj. Hadi Bin Awang 17. Saifuddin Nasution Bin Ismail 18. Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin 19. Idris Bin Ahmad 20. Mahfuz Bin Omar 21. Mohamad Bin Sabu 22. Rozan Azen Bin Mat Rasip
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya masih lagi bertambah keliru dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan empat Minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon Allah memberikan kesejahteraan kepada Baginda dan kembalikanlah kejernihan agar Sultan Perak dan keturunannya bertahta di hati rakyat dengan kepatuhan keseluruhan rakyat terhadap Baginda.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  2. mINDa tenANG

    Komen Sdr terpaksa diedit spt di bawah:

    Lorong...
    Kata Pak Samad(lebih kurang): Lorong untuk Pejuang Bahasa telah ditutup oleh kerajaan jadi Pejuang Bahasa terpaksa menggunakan Jalanan untuk memperjuangkan Bahasa (Hanya ini sahaja jalan yang ada).

    Persoalan.....
    Pada 5 Februari:
    Rakyat Perak juga tidak mempunyai lorong untuk menyatakan hasrat hati kepada Sultan Perak....
    Malahan Jalan ke Istana yang dibina melalui keringat rakyat juga ditutup oleh Polis D*****A...

    Pada 7 Mac:
    Rakyat Malaysia dan Pejuang Bahasa lain juga tidak mempunyai lorong bagi menyatakan hasrat hati mereka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.....
    Malahan Jalan Istana ditutup sekali lagi oleh Polis D*****A...

    TERKINI...
    Satu lagi lorong akan ditutup oleh Kerajaan...
    Lorong Multi Media bagi Blogger.....

    NAMUN....
    Bila tiba masanya Pengkianat itu akan dihampat...
    Nescaya tiada lagi Lorong baginya untuk menyelamatkan diri.....
    Lantas teperangkap sendiri akibat lorong-lorong yang ditutup sendiri....

    SESUNGGUHNYA...
    Lorong Allah amat luas bagi pencinta kebenaran...
    Ibarat Shurga yang tidak bertepi....
    Sedetik dilorong ini terasa tenang sekali....


    AKAN TETAPI
    Lorong Allah amat sempit bagi pencinta kekufuran dan kemunafikan...
    Ibarat Neraka yang penuh penyiksaan ....
    Sedetik dilorong ini terasa seolah-olah diragut nyawa seumur hidup....

    Minda Tenang adalah penyokong setia "Peminat Laksa Padang Polo"

    -----mINDa tenANG----

  3. Semalam ku Dengar....

    1. Di Kedai Mamak....
    Meja 1: "Zambery! Teh Tarik Kurang Manis satu....."

    Meja 2: "Zambery! Mari kira berapa semua..."

    Meja 3: "Zambery! Roti Canai dua kuah taruh atas ...banjir punya..."

    Meja 4: "Zambery! Apa Menu hari ini, Sup Kasut ada ke...."

    Kaunter: "Hoi Mana ada, kalau Sup Kambing ka, Sotong Pangkor ada laa..."

    Meja 4: "Sorry le Taukeh kepada Zambery, gurau aje..."

    2. Manakala di kedai Gunting Rambut (juga mamak sebelah Kedai di atas)

    Kerusi 1: "Saya ada dengar itu Kepala Ngeri Perak ada terima dua beg duit dari itu Bapak Najis"

    Tukang Gunting Kerusi 1: "Ya lah itu Kepala Ngeri mau bagi itu duit pada Pengurus itu GAng Muda"

    Kerusi 2 : "Itu Kepala Ngeri siapa ???? Itu GAng MUDA siapa????"

    Kerusi 1:"Itu Kepala Ngeri namanya Perak A/L Timah bapak kepada ketua itu GAng MUDA. GAng MUDA pulak satu syarikat macam Pemuda UMNO buat bisnes tapi sudanh mahu Bangkrap"

    Kerusi 2:"Bangkrap itu apa pulak???"

    Tukang Gunting 2: "Bangkrap itu macam itu getah skrap sama macam itu Bapak Najis... Getah Skrap"

    Kerusi 2: #@$^^*()^@@!

  4. Apa kaitan laksa Padang Polo dengan Istana Perak? Ambe tak faham laa.. Hehehehe.

  5. Pandangan Teman,
    Laksa Padang Polo adalah salah satu menu bagi penghuni Istana Perak terutama pada hari Jumaat.

    Betoi ke? Ntah, Mungkin kot???

  6. A'kum Wbt,

    Apa yang dinasihatkan oleh 'budak Kg Jebong' dalam posting "RAJA NAZRIN DAN PAK KADOK" sama-sama semua perlu fikirkan. Jangan ambil mudah soal akidah dan hanya nak fokuskan soal politik yang kucar-kacir masa ini. Kita nak bincang politik dan cuba baiki keadaan tapi dalam masa yang sama kita merosakan Islam dengan menghina para Sahabat Nabi SAW, kemudian kita mengaku kita lebih Islam dari puak umno.

    Tiada kompromi dalam perkara begini. Banyak perkara kita tak faham, syiah bukanlah mazhab biasa atau fahaman biasa. Menurut Sunnah, syiah terkeluar dari Islam, bukan Islam. Syiah lebih bahaya dari fahaman yahudi dan klimaks-nya darah faham-Sunnah totally halal utk syiah. Jangan leka berpolitik Islam kita ambil mudah semua perkara ini sebab tak tau dan faham. Nanti semua orang fikir orang PAS ni syiah. Saya terperanjat bila tengok link hina Sahabat Nabi SAW macam tu, tak sangka pak bakaq sanggup buat kerja-kerja macam tu.

    Saya nasihatkan pak bakaq tarik balik semua ruangan dan penghinaan terhadap Sahabat Nabi SAW. Hormati sensitif orang Islam yang lain. Ruangan politik buatlah ruangan dgn link politik dan Islam yang menghormati semua orang Islam, bukan ruangan yang menghina orang Islam sendiri.

    Percaya kata-kata saya kalau pak bakaq teruskan perangai begini, ada yang akan buat laporan polis dan tak pasal-pasal pak bakaq kena tahan kerana menghina Islam. Jangan salahkan polis atau sesiapa, salah sendiri. Berjihad tak kena tempat dan ruangan.

    Kepada semua yang lain, jangan ambil mudah soal Iman dan Akidah. Kalau tak faham pergi tanya dgn 'Alim' tentang perkara ini. Bukan bodek membabi-buta pak bakaq sebab pak bakaq seorang yang berani memberi info dan kritik tentang suasana politik terkini. Orang muda selalu buat silap, tapi kadang-kadang orang tua pun buat kesilapan. Jangan malu akui kesilapan, kita tak perlu terus angkuh dan kepala batu dgn salah kita. Sekiranya Allah SWT turunkan kita pemimpin yang zalim selepas ini adalah kerana salah kita..amalan kita yang rosak-teruk.

    TOLONG TARIK SEMULA LINK HINA SAHABAT NABI SAW!!!
    TOLONG TARIK SEMULA LINK HINA SAHABAT NABI SAW!!!
    TOLONG TARIK SEMULA LINK HINA SAHABAT NABI SAW!!!

    -insan kamil

  7. Dear Anon 1.15am

    Jadi tak timbul laaa Zambry tu mamak ke, Melayu ke, Cina ke, Org asli ke?

    Satu lagi dia rakyat Malaysia bukan Kenya atau Timbuktu

    To make fun of other people skin color? dark skin color is bad? can lead the people? Think of Bilal bin Rabah. You have every right to question the legitimacy of his government and make fun of his leadership style, but not the skin color.

    Dude, he's a Malaysian Muslim

    ex-ROTU

  8. Anonymous said...

    Friday, March 13, 2009 12:39:00 AM MYT

    Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya masih lagi bertambah keliru dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan empat Minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Beb, if you have a guts, jgn selindung sebalik anonymous...just show yourself. kalau takat buat gesaan tapi tak berani bagitahu siapa diri sendiri, bapuklah.

    sekadar menyuarakan pandangan di negara demokrasi ini.

  9. Insan Kamil,

    Sahabat-sahabat yang suruh Al-Quran ikut cara mereka memang patut pun hina...
    Mereka-mereka lah penyebab Islam terbahagi kepada beberapa golongan..
    Untuk pengetahuan saudara,golongan sesat (syiah)itulah yang berani berperangan dan bertempur dengan puak-puak yahudi laknatullah...
    Dan mereka jugalah yang menolong dan membantu Hamas sekarang ini...
    Yang kata Islam sebenar itu buat apa ekk??

    Insan Kamil,
    Tak tahu, belajar takut nanti sesat jalan..
    Jangan dok main dengar aje dan lepas itu dok main tuduh-tuduh, katalah.. orang itu sesatlah..orang ini sesatlah..

    Jangan marah ha...

  10. orang minyak,

    Benar kata tuan, Islam dalam keadaan lemah kerana umat ini tinggalkan solat, tinggalkan kehidupan Nabi SAW. Pemimpin Islam ada masalah iman dan takut dgn kuasa besar, tidak seperti di zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Rhum.
    InsyaAllah, Allah sedang muliakan agamanya. Di Eropah dan Amerika sekurang-kurangnya setiap 5 minit seorang bkn Islam memeluk agama Islam. Banyak gereja telah bertukar kepada masjid. Tahun 70an kota London digelar 'city of evil' dan 'city of beatles', tapi dari tahun 90an telah bertukar 'city of daei'. Kita lihat mereka menyerang negara-negara Islam tapi hakikatnya mereka yang sedang hancur. Ibarat rumah yang dimakan anai-anai, bila tiba masanya reput dan hancur begitu saja. InsyaAllah Allah akan menangkan umat ini bila umat ini kembali kepada kehidupan Nabi SAW, kembali kpd kehidupan Sahabat Rhum.
    Saya tidak pertikai fahaman tuan. Tuan teruskan. Saya cuma minta hormati perasaan orang Islam di m'sia. Islam sangat memuliakan Sahabat Nabi SAW dan tidak dapat menerima sebarang fitnah dan penghinaan terhadap mereka. Kalau rasa blog ini rumah tuan, tutup rapat-rapat aurat sendiri dan jangan dedahkan perkara sensitif untuk tatapan 'public'. Nampak biadab dan melampaui batas. Tunjukan diri tuan berilmu dan tawaduk sebagaimana tuan nyatakan.
    Tak perlu nasihatkan saya utk belajar syiah kalau tuan sendiri tak faham apa tu syiah dan main ikut-ikut saja.

    Tiada tempat dihati saya utk fahaman sesat syiah. Perbuatan tuan semua mengundang lagi kebencian terhadap syiah.

    -insan kamil

  11. Salam sdr Baka, sekadar untuk berkongsi pandangan atas isu ini. Bukan soal takut tapi soal realiti dan hak rakyat masa kini. Undang-undang yang ada bukan berpihak kepada kebenaran tetapi kesesatan jadi nak harap apa sangat dari itu semua..Ayuh kita bebaskan diri kita dari aqidah sesat yang menjilat kebatilan!! Di bawah sebahagian dari pandangan saya..
    HR9808: Bagi saya untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak hormat kepada sultan tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kepada rakyat. Perbuatan begini bukan sahaja menambahkan rasa benci bahkan dendam yang berpanjangan. Saya hairan bagaimana sultan sebagai yang diamanahkan untuk menjaga kemurniaan adat dan agama dengan mudah menerima solusi mendakwa rakyat ke mahkamah atas isu remeh begini? Solusi begini bukan sahaja tidak sihat bahkan memudharatkan. Rasa kecewa dari rakyat seharusnya dilayan dengan adil dan mengoreksi diri sendiri juga. Apakah ada jaminan dari tindakan begini akan meredakan kemarahan rakyat? Tepuk dahi dan tanyalah dari hati yang dalam!!! Tolong renungkan betapa banyak raja atau pemerintah yang zalim tersungkur ke bumi akibat balas dendam rakyat? Apakah tidak tercatat dalam sejarah tentang Anwar Sadat mati ditembak oleh rakyatnya? Saya bukan menakutkan tapi ini adalah realiti. Selagi pihak istana dan pemimpin UMNO tidak mahu menyedari hakikat ini maka tunggulah bom jangka akan meletup pada bila-bila masa. Sama juga dengan Najib yang semakin sombong dengan rakyat khasnya rakyat Monggolia, apakah semudah meniup angin ke lilin untuk memadamkan kemarahan keluarga dan rakyatnya?? Berita Najib terlibat dalam pembunuhan telah didengar di seluruh dunia dan masih tidak sedar? Malang dan dangkal sekali persepsinya..Penjara satu orang yang membelanya ribuan orang..mahu berdepan dengan mereka juga ya.silakan...!! Keputusan ada di tangan dan hati anda..Begitu juga dengan Razak Baginda..Kemana bumi kamu menyorok pun akan ada manusia yang mengejarnya,,Saya yakin pemimpin UMNO sering membaca sejarah Monggolia sejak di zaman dahulu lagi dan karektor mereka bagaimana bersikap terhadap sesuatu hak!! Mereka pernah menakluk bumi Baghdad pada ketika itu sehingga bekasnya masih kekal terpahat di Baghdad.(Sila rujuk buku Hasan Ali Annadwi.) Ya sekarang kamu boleh lakukan apa sahaja tetapi ingat masa akan tiba di mana mereka yang berdendam akan mengejar kamu di mana sahaja!!! Sekali lagi tepuk dahi berkali-kali..dan renungkan!!! Alangkah indah jika para raja kita membaca dan meniru akhlak Nabi Muhammad, ketika dalam barisan sebelum bertempur Nabi bertanya kepada sahabatnya siapa yang pernah dikecewakan oleh beliau? Lalu datang seorang sahabat menceritakan bahawa Nabi pernah mengecewakannya lalu Nabi mengizinkannya. Ringkasnya..sahabat bukan membalas kepada Nabi dengan dendam kesumat tapi mencium dan memeluknya. Inilah keindahan Islam yang tidak ada pada penegak adat dan Islam di negara kita..Semoga Allah beri petunjuk kepada semuanya terutama kepada pihak yang dizalimi dan menzalimi!!Amin..!!!

  12. Insan Kamil,
    Kadang-kadang aku terlintas dipemikiran, dalam banyak negara Islam didunia ini, mengapa Amerika cukup takut dan gerun dengan Iran.
    Semestinya Yahudi cukup mengetahui kehebatan pengikut Ahlul-Bait.

    PAS-ola

  13. Anon#12, ana saja-saja tolong jawab soalan ente ok. Amerika ada 100 kali kekuatan military berbanding Iran. Depa tak takut Iran. Ente salah faham menilai politik dunia. Ada perkara tersirat dari yang tersurat kat suratkhabar dan media tv. Ente tau 2 biji jet fighter mana escort atau accompany khomenei masa balik take over Iran? Sebab tu kemuliaan dia disisi Allah dunia dapat lihat jelas masa dia mati.

    Sori ye..ana tolong jawab jer.

  14. Anon#13, ente punya pemahaman cukup out. Ente begitu menilai akan kekuatan sesuatu diatas kekuatan zahir, bukan nya batin. Ente juga begitu cetek dalam menilai politik dunia. Ente melihat Syiah itu Khomenei, Khomenei itu Syiah. Ente mengelak untuk melihat titik perbezaannya. Antara yang gagah dan yang dayus. Keduanya dalam satu syahadah, tapi begitu berbeza dgn cara perjuangan menegakkan yang hak.
    Sebab itu ana boleh katakan disini, didalam PAS, bercambah org org seperti ente. Memahami sesuatu diambil diatas permukaan. Akibatnya, dasar pun jadi tidak menentu. Terjah sana, terjah sini. Perjuangan mengikut kesesuaian apabila kuasa ditangan. Usah dilihat di Iran, sedangkan kita sendiri dah tak ketahuan.

    Sori ye..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008