Sedap!! Klik gambar di atas!

Hidup samseng Kampong Dusun!!!

Anda hairan polis tidak bertindak bila samseng Kampong Dusun buat hal di bangunan Parlimen dan di hadapan pintu masuk Dewan Undangan Negeri Perak (sila klik gambar di atas untuk melihat aksi hebat Lajin)? Baca ucapan Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Machang di Dewan Rakyat 4 Disember lalu. Buatlah penilaian sendiri (kawan-kawan dari Umno bolehlah jawab "tak logik ni!!!" tanpa memberikan sebab anda berkata begitu. Atau boleh juga jawab "adik sedara kepada bapak sedara kakak ipar abang ipar kawan abang aku kata tak de pun berlaku macam tu"):
Setengah orang melihat itu sebagai retorik, dia kata mana mungkin dalam realiti sebenar keadaan itu boleh wujud. Ini sebenarnya ujian terhadap kita, akhir sekali Tuan Pengerusi, pengalaman peribadi saya, saya pernah berada dalam dua parti pun, dalam Barisan Nasional, dalam kelambu sebagai Setiausaha Pemuda Barisan Nasional.

Satu ketika saya pernah dipanggil oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Almarhum, saya tak nak sebut nama, sebab ada satu kumpulan NGO nak buat satu perhimpunan yang Jemaah Menteri telah buat keputusan untuk tak membenarkan ianya dibuat, saya dipanggil kemudian diberi taklimat bahawa OCPD Polis sekian, sekian akan mengawal semuanya, saudara cuma perlu himpunkan sejumlah anggota pemuda, Ketua Pemuda saya waktu itu mengikut Perdana Menteri ke ‘Atragana’, Timbalan Ketua Pemuda waktu itu berada di Singapura kerana ada persidangan dengan Young PAP, PAP Young Leaders, yang ketiga dalam ranking Pemuda Umno, Tuan Pengerusi ialah saya.

Saya dipanggil Timbalan Menteri, saya tak banyak pilihan, saya kena pergi, arahannya ialah Go and Stop the Conference, kemudian Pasukan Polis akan pergi, saudara akan ditangkap tetapi jangan bimbang, semuanya telah diatur, dan itu betul-betul berlaku. Ini betul-betul berlaku, bukan cubaan.

Saya pun dibawa pergi bersama Pasir Salak, tetapi Pasir Salak tidak kena, saya yang kena bersama kawan-kawan yang lain, kemudian akhirnya betullah dihidangkan nasi kandar, diawasi, berbual mesra dengan anggota polis, dengan pegawai polis pangkat tinggi juga dan kemudian ini betul-betul saya dibebaskan dan masih boleh pegang jawatan, saya didenda RM1,500, maka saya boleh pegang jawatan dalam organisasi, hari ini boleh bertanding lagi.

Nak tunjuk kata kalau ia orchestrated kemudian Perdana Menteri balik daripada ‘Atragana’ kita sambut dia di bilik Bunga Mawar, bilik VIP Bunga Mawar di Subang Airport.

Timbalan Menteri kemudian bawa saya di tangga kapal terbang sambil memberitahu kepada Menteri, inilah orang yang baru ini ditahan, but don’t worry sir, it was well orchestrated, he did a good job, sangat jelas.

Pengalaman itu memberikan saya satu gambaran bahawa bila ada kuasa dan kuasa itu disalahgunakan, ini dalam soal hendak hentikan satu persidangan antarabangsa yang Jemaah Menteri tidak bersetuju, dan saya diminta untuk membuatkan tindakan itu.

Waktu itu berkata “tidak” kepada pemimpin negara adalah satu dosa besar. Itu satu detik hitam dalam sejarah politik saya Tuan Pengerusi dan saya tak mahu melihat itu berlaku lagi. Saya percaya Pasukan Polis juga punya integriti, tidak selamanya boleh diarah dan dicucuk hidung. Inilah pasukan yang kita impikan bagi menjaga keselamatan rakyat sepenuhnya. Terima kasih. (Gambar keratan akhbar fasal raja hanya hiasan saja)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kau orang pun samseng juga.. sama lah tu.. samseng melayu kampung dan dusun... habuk pun tarak... orang lain tengok gelak-gelak

  2. Spesis yang aku tak percaya dalam dunia ni antaranya: Ular, biawak, Umno, SPR, SPRM dan Polis!

  3. betullah kata si Sudin dlm filem bujang lapuk:

    "alif, mim, wau, nun " = SARKAS

  4. Seladang,

    dlm banyak-banyak spesis yg ko tak caya tu, kalau ko jumpa, sapa yg ko nak tabur dulu??

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008