Sedap!! Klik gambar di atas!

OKU serang OKU dan Zambry, teh tarik satu!

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mungkin antara ahli politik yang paling cepat popular dalam negara ini. Namanya semakin menjadi sebutan. Setiap hari, entah berapa ribu kali namanya disebut. Saya rasa, nama Dr Zambry semakin menjadi household name (Gambar ihsan The Nut Graph).

Bagai biasa, pagi ni saya minum teh tarik di Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar tu. Nampaknya semakin ramai yang tidak lagi memanggil dengan panggilan Mamak di restoran itu. Semakin ramai yang tidak lagi menyebut, "Mamak! Teh tarik satu!"

Dah tak cakap lagu tu dah.

Nampaknya semakin ramai yang dok panggil "Zambry! Teh tarik satu!" Saya pun tumpang sekaki la. Tengah-tengah dok minum teh tarik tu teringin pulak nak makan roti canai bila tengok Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman makan roti telur (time sidang Parlimen, dekat hari-hari saya minum pagi dengan dia. Dia pun kira dah jadi orang kampung kami dah di sekitar Melewar ni).

Saya pun mintak la roti, "Zambry! Roti kosong satu!" Lepas tu, saya dengar orang yang nak suruh Mamak tu kira ramai yang panggil "Zambry, mari kira!"

Apa pun, setakat ni saya tak dengar lagi orang panggil "Dr Zambry! Teh tarik satu!" Sebagai penghormatan dan tanda persaudaraan dengan Mamak-Mamak yang setiap hari dok masak dan hidang makan minum kat saya, saya berazam nak panggil dengan panggilan yang lebih hormat dan berstatus lagi kepada mereka. Saya akan panggil, "Dr Zambry! Teh tarik satu!"

Tadi, saya juga mendengar cerita OKU serang OKU (orang kurang upaya) di Parlimen. Ramai juga yang bercerita tentang kira-kira 20 atau 30 OKU menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (orang kurang upaya) yang berumur 69 tahun itu.

Balik rumah, saya pun bagi tau kat isteri saya, dengan pertolongan Allah jua, saya harap kami sekeluarga dan orang-orang Islam seluruhnya (bila kita berdoa, jangan lupa sambung wa li jami'il Muslimina wal Muslimat - mudah-mudahan maqbul doa kita sebab kita berdoa untuk semua orang Islam) tidak diuji oleh Allah dengan menjadi OKU (orang kurang upaya). Tetapi, kalau Allah nak uji juga, kita redha. Dan, oleh kerana itu jugalah kita mesti meningkatkan rasa muhibbah, simpati dan empathy (memahami dan berkongsi perasaan dan emosi orang lain) kita kepada OKU (orang kurang upaya).

Saya juga merayu sungguh-sungguh kepada Allah agar melindungi dan menjauhkan keluarga dan seluruh keturunan saya dari menjadi OKU. Na'uzubiLlahi min zalik!

Nampaknya, antara syarat utama nak jadi OKU sekarang ialah kena berani mengepung dan menyerang OKU (orang kurang upaya) yang berumur hampir 70 tahun. Kena pandai main gutter politics atau politik longkang. Ya Allah! Saya hamba-Mu yang hina dan berdosa ini merayu sungguh-sungguh tolonglah lindungi keluarga dan seluruh keturunan saya serta Muslimin Muslimat dari menjadi OKU (orang kuat Umno)! WaLlahi! WabiLlahi! WataLlahi! Demi diri-Mu, ya Allah!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Woit PB. Kat Pulau Pangkor ada tak restoran 786 Zamrbree. Zambree MB Istana mai ikut mana? Minta maaf setahu saya kat Pangkor tu tak dak keturunan ni. Kalu saya jumpa Hisham anak SOK Ubaidallah nanti saya tanya keluarga Zambree ni ada tak dlm senarai penumpang kapal arwah bapak Hisham ni ketika British jajah Malaya dulu.

    Zolgoji, Bukit Gantang

  2. Jangan peduli Dr. Zamree ke, Zombee ke, Mamak Zamry ke? Kita tibai Umno/Bn di Bukit Gantang dan Bukit Selamabu. Nak panjat batang aku tak daya kerana itu aku tak ke Serawak!

  3. Pak Bakaq, yang serang OKU tu bukan Orang Kuat Umno tetapi OGiPO (Orang Gila Politik) adik beradik Gestapo dan Mafia pasai ada orang kuat belakang lepa.

    Walau bagaimana pun aku memang selalu berdoa selepas sembahyang tentang kesejahteraan umat islam sejagat.

  4. OKU= Otak kurang upaya

  5. salam bang bakaq....
    Aku pun setuju dengan penarikbeca ,pagi tadi aku pun minum kat kedai mamak kal selangor .... aku punm dengar ada orang sebut,,,zambri teh tarik satu ....zambri mai tolong kira....mamak itu pun tersengeh 2 .....nanti malam ni aku nak order macam tuu lah .ZAMBRI MILO TARIK SATUU

  6. Kes OKU serang OKU nie sebab OKU yang serang tue takder tel*r .. pasai tue la...

    Sebab tue ler dier tak berani cari lawan yang bukan OKU.... pondan...

  7. Anonymous Monday, March 2, 2009 3:29:00 PM MYT.

    Aku kena edit komen hang. Sat gi tak pasai2 aku kena saman. Hang sedap2 tulis, aku kena. Kalu aku tulis tak pa jugak


    Salam:-

    Nuar sup ****** SATU!.....

  8. Hang pa ni rajin dok sebut nama mamak tu pasai apa??? tambah kembang la pungkok dia pasai bangga jadi sebutan ramai...

  9. Zolgoji, yg mai sekapal dulu dgn kapal SOK Ubaidillah, keturunan Tum M, anuar Ibr, matnor cop, kadir sfadhil, naina merican, mahfuz omar, hanifa maidin, adnan e mansur, khari j dll.
    Kita doakan semoga orang mukmin dijauhi Umno kerna mereka semua melakukan kezaliman ke atas golongan tertindas di Malaysia.

    Misaiperang, Taman Melewar.

  10. Salam:-
    Sori pakbaqak...aku tak maksud apa-apa cuma aku teringat pak nuar kita tu memang minat dengan Indonesia dan kerap juga ke sana. Reformasi, demo jalanan dan pak gusdor dia ambik contoh daripada sana.Dan makanan itupun memang popular di sana. Itu saja..

  11. kenapa mamak yg diisukan? kalau jadi mamak dan ada pihak yg tak pekenan dgn mamak itu, bangsanya yg akan diisukan. pelik, kan? jadi mamak seolah2 dapat bola tanggung oleh pihak tertentu. kadang2 rasa macam mamak dpt layanan kelas kedua kalau golongan tertentu tak pekenan kat mereka. kalau mamak tu pas, umno akan isukan kemamakkannya. kalau mamak itu umno, keadaan jadi sebaliknya. takpalah mamak2 sekalian, apa2 pun ramai di antara kalian yg sukses dan byk zakat kalian yg dpt majukan org islam malaysia. jgn ambil hati sgt dgn depa-depa tu.

  12. Minta izin saya link ke blog saya http://universitipts.com

    Terima kasih.

  13. bakax...

    apa punya tadak otak hangpa semua. dok buat perangai umno. dok cakap pasai kaler kulit lagi. mamak la, melayu la. tadak akai semua. apa dok kira bangsa?? ingat zamri tu ada mintak ka dia lahir jadi mamak?? salah zamri tu bukan pasai dia mamak... pasai dia umno!!! umno yang asabiah. tadak sapa pun yang mintak lahir jadi melayu ka, mamak ka. yang penting jadi islam beriman la. bila dah beriman n takwa baru pala otak clear. yang kapir tu kita doa bagi depa dapat hidayah. ejas sikit pala hotak hangpa.

  14. Pak Bakar,

    keturunan mamak ni walaupun dia kedekut dlm urusan perniagaan & harian tapi bila bab sedekah atas nama islam mereka memang bagus. cuba tengok aktiviti masjid & surau yg majoriti keturunan ini, mereka tidak payah tunggu bantuan/subsidi.

    Hj

  15. hihi..tapi yang kesiannya pniaga melayu kat kawasan saya pon orang panggil die zambry gak..kes hitam dan dia orang umno punya pasal..hihi..sabar jelah katanya..kalo tak,takde yg masuk makan pg la jawabnya : p

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008