
Dalam tahun 1962, untuk menyatukan rakyat Indonesia yang dibelenggu pelbagai masalah terutama masalah ekonomi, anak ningrat yang bernama Kusno Sosrodihardjo atau lebih dikenali sebagai Sukarno, dengan pelbagai alasan, mencipta bogeyman baru. Lalu lahirlah slogan saktinya yang merasuk rakyat Indonesia berdiri di belakangnya - "Ganyang Malaysia!"
Zaman itu dipanggil zaman konfrontasi. Walaupun baru bersekolah rendah, saya masih ingat, konfrontasi juga menjadi senjata Umno-Perikatan untuk memfitnah PAS.
Tengku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah menggunakan api konfrontasi sebagai senjata dan alat bagi menyatupadukan rakyat dari semua kaum untuk menyokong kerajaan Perikatan. Hasilnya, Perikatan telah berjaya mendapat sokongan orang-orang Cina dan India kononnnya untuk menghadapi Indonesia yang hendak mengganyang Malaysia.
Ramai aktivis PAS yang ditangkap ketika itu kerana dituduh bersekongkol dengan Sukarno untuk mengganyang Malaysia. Saya masih ingat bagaimana calon Perikatan di tempat Pak saya mengajar, Allahyarham Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa (yang menjadi Menteri Besar Perak dari 19 Mac 1970 hingga Ogos 1974) bersyarah sakan mengaitkan PAS dengan Sukarno dan Indonesia di zaman konfrontasi itu.
Waktu itu, kami yang duduk di Batu Kurau sangat mengasihi Kamaruddin. As a person, dia sangat baik dan sampai sekarang pun saya tak nak kata apa-apa tentangnya. Tetapi sebagai ahli politik Umno, tentulah dia menyanyi dengan nada buruk dan busuk yang sama. Ketika itu, dengan kehandalan Kamaruddin berpidato, saya sangat benci kepada PAS dan Allahyarham Tan Sri Asri Muda sehinggalah celik mata saya pada tahun 1978 di mana saya tidak berpaling lagi untuk menyokong PAS (dalam pilihan raya 1974 ketika PAS berada dalam Barisan Nasional, saya tampal poster untuk DAP di mana Cik Gu Fadzlan Yahya menjadi calon DAP di tempat saya).
Hari ini, anak ningrat (aristokrat) yang bernama Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggunakan bogeyman yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatupadukan Umno yang dipecahbelahkan oleh kuasa ringgit dan politik wang (lihat Malaysiakini 25/3/09 "Anwar sasaran tempelak Pemuda").Saya tidak suka Anwar. Tetapi kalau kita rasa dia patut dipukul dengan rotan sahaja dan orang pula memukul dengan dengan besi cerucuk, kita akan terajang orang yang membelasah pesalah dengan besi cerucuk itu dahulu. Ingatlah, kerja kita sekarang ialah lawan Umno dahulu! Yang lain, kita kira kemudian. (Imej di atas ihsan Malaysiakini)










Cantik? Klik 






peliwat vs pembunuh..who will win as a prime minister ??
--no no--
maksudnya kita satukan semua kaum dan kita berganyang dengan umno.
takbir 23x
tok pengulu
klik masuk untuk mengetahui rupa bentuk buku yang ditulis mengenai "Ganyang Malaysia"
http://bicaraselatan.blogspot.com/
Pak Bakaq,
Hishammuddin itu tak ada modal. Tiada idea nak bercakap. Aku dengar respon dari pemuda pun tak sehebat mana masa dia berucap. Pemimpin UMNO dari Pak Lah, Najib hingga Ketua-ketua Pemuda, Wanita dan Puteri bukan pandai berpidato selain dari berharapkan tek ucapan sebab malas membaca. Jadi suruh orang buat tek ucapan jadilah syok sendiri. Jadi yang paling syok kutuk oranglah. Tambah-tambah masih ada kuasa.
Aku harap jangan blog pak bakaq kena macam harakah dan suara keadilan sudahlah.
hahaha... lawan UMNO dulu...????
hahaha... So ko nak suh aku sokong/pangkah DAP - Kafir Harbi and Hindu PKR - Kafir Harbi ker...????
Hmmm... dulu Pas kata Undi MCA/MIC/Gerakan... hukumnya HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM...
Aku keliru la... "over my dead body"... mcm penah dgr jer statement nie... tapi tak ingat la... bole tlg ingatkan...???
Bodoh Punya Politik Melayu...
hahahaha
hey pak bakaq, thanks for this history lesson. i hope you write more about old stuff. ;) barisan has really controlled Malaysians' minds with the media.
Hishamuddin lupakah ....
1) Pemimpin Umno runtuhkan kekebalan kuasa Raja-Raja Melayu!
2) Pemimpin Umno terbukti menggunakan rasuah (politik wang) untuk naik ke atas!
3) Pemimpin Umno juga mengamalkan dan mempertahankan PPSMI.
4) Pemimpin Umno gunakan Mahkamah Lingam!
5) Pemimpin Umno gunakan Polis - SPR - SPRM - Mahkamah - Peguam Negara untuk kepentingan kuasa yang rakus.
Fauzi Baharum quote Karpal punya "over my dead body".
Berikut ialah kenyataan imam besar kepada Fauzi Baharum:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Ada beza Karpal dengan Najib?
Wahai fauzi bahalol(rom), makan la dedak banyak-banyak. Biaq jadi lebih bangang. Bila hang jadi bangang, boleh la hantaq jadi fru jaga kandang kat tempat ali rostam. senang la hang kawan dengan rebau pendek yang makan dedak jugak tu. Sian kat hang pozi bahalol.
To Mr. Bakaq,
Sorry for my previous "kurang sopan" comment, if you consider so.
Sorry again, but i didnt consider "him = Najib" as my Imam Besar... he just another politician to me... and luckily/technically/practically he will be the President of UMNO and PM of malaysia... all I care he will and he must do his job well...
and i guest he still stand stood for what he stand for... and i guest karpal is so... sorry, but i think i do agree with him, i mean Najib. One thing for sure, Najib is Muslim and Karpal...???
Sorry, but i cant find any reason for me to sokong DAP/PKR as a goverment. But i definitely sokong PAS, if they capable so. But for DAP/PKR/PAS to jointly form a govern, i will say no!!!
On the other hand, you should also find Anwar's statement on PAS, sorry not only statement but statements...
Jangan layan Fauzi Baharum tu...woi Fauzi cuba terjemahkan surah AlFatihah dalam bahasa Melayu tanpa buat search...dalam bahasa inggeris pun ok jugak....
sesungguhnya orang munafik akan mendapat seksaan lebih teruk dari orang kafir di neraka nanti..cuma sekarang depa tak tau...biasalah perut selalu terima makanan yang di ragui ke halalanya...
Fauzi
Nak marah apa? Apa pun keyakinan hang, itu hak demokratik hang.
FYI, org pembangkang banyak dok marah kat Rocky (Rocky's Bru) sbb dia kelihatan pekat Najib semenjak dua menjak ni. Bagi aku, itu hak demokratik dia. Aku pun ada hak demokratik aku yg aku guna ikut cara aku la.
Blog ni pun tak sekat suara siapa2. Kalau ada pun yg aku reject bila aku rasa komen tu boleh menyebabkan aku kena saman. Aku tak nak la depa sedap2 tulis, aku yg kena.
Lagi satu, takkan aku nak lupa jasa Rocky (if only i'm using the correct term) sokong pembangkang PRU 12 dulu. Jasa Tun Dr Mahathir Mohamad yang bagi advantage kat pembangkang pun aku tak lupa.
Fsl Imam Besar tu, biasa la bila kita bersilat kata, ada buboh serbuk perasa la sikiiit. Hang ni pun.....
Fauzi Baharum,
Aku tau la hang frust sebab Ali Gustan tak dapat bertanding....
Engkau orang Bukit Katil kan...
Nak tanya, orang Bukit Katil sihat.
Ada tak ura-ura mengatakan orang Bkt Katil nak buat Demostrasi Aman kat PWTC besok atau lusa...
siapa aku??????
Sah.Lepas kiraan semula,KJ diumumkan sebagai ketua sayap muda Pekembar.Kekalahan Mukriz melenyapkan legasi memanda menteri pencen dalam Pekembar.Nampak gayanya esok cancellah che det ke perhimpunan Pekembar.
Mana sumber tok dapat.Korang boleh baca kat laman sesawang the star.
Bagi ahli-ahli Pekembar yang menjadi pengikut-pengikut Pak Lah,kemenangan menjadi milik mereka setelah kesemua calon yang direstui Najib tewas.Sorang demi seorang hulubalang kanan Pak Lah menang.Kak Ijat jadi tok tua wanita,KJ sayap muda,Razali timbalannya.Rizal tok ketua putera dan Rosnah tok ketua puteri Pekembar yang baru.
Mood penyokong-penyokong Najib dan Mantan Memanda Menteri tak payahlah tok nak ulas.sendiri mau ingatlah ok.Itulah lain kali jangan celebrate awal-awal.Nampak sangat darah muda dalam Pekembar tak suka kat Najib.
Esok juga dijangkakan senario yang sama dan Muhyiddin,Hisham,Zahid tumbang di tangan hulubalang kanan Pak Lah.Perebutan di dalam MT juga akan menyaksikan orang Pak Lah menang.Nasib Ismail Sabri dan Saifuddin juga kritikal kerana dilihat semakin menghampiri kem Najib.
Jika ini berlaku,kedudukan Najib sebagai PM dikelilingi oleh hulubalang Pak Lah dalam kabinet dan Pekembar.Tidak mustahil selepas pemilihan Pekembar,akan ada usul meminta Pak Lah kekal sebagai PM dan Presiden UMNO sehingga PRU13.
Khalayak ramai menanti dengan penuh suspen,najib sempat atau tak jadi PM.
Saudara Fauzi Baharum - setuju dengan jawapan Pak Bakaq.You are entitled to your opinion and others should also be entitle to their opinions.Nak kata orang bodoh tu buat apa? Berhujahlah cara terbuka,dengan ilmu dan tanpa sentimen.Mustaffa Kamal Attatuk tu Islam juga,tapi bila dia mati bumi tak terima jasadnya.Shah Iran tu pun Islam takkan tak tahu apa yang berlaku diIran.Lim Eng Guan tu kafir harbi tetapi dipenjara kerana membela seorang wanita Islam yang dperkosa olih seorang pemimpin Islam UMNO.Takkan tak nampak bagaimana ketua-ketua wanita UMNO mendedahkan "aurat" hingga ditanah perkuburan pun dedah aurat.Walau pun PKR bukan parti Islam sekurang-kurangnya ketua-ketua wanitanya yang Islam tetap menutup aurat.Saudara nampak benci dengan Pakatan Rakyat kerana DAP itu kafir harbi. Bagaimana pula dengan MCA dan MIC dalam BN ? Adakah mereka tu Islam.Seminggu-dua ini begitu banyak akhbar dan majallah luar negeri menyiarkan kisah bakal PM Malaysia dengan Altantuya serta skandal pembelian 3 kapal selam dari Prancis. Adakah ini kerja Dato Seri Annuar? Itulah yang dicakapkan awal-awal tadi,berhujahlah cara rasional dan ilmu.
Memang betoi kita lawan umno sampai bila2.Hisahmudin dok kelupoq maki hamun pembangkang pasai kalah teruk pru-12 dalam perhimpunan umno kononnya jerat tak pernah lupa pelanduk.Takkan kalah teruk dalam pru-12 salah pemimpin pakatan rakyat,habis umno tak dak buat salah apa ka?Keris yang dia dok cium tu la yang dok tikam sesama pemimpin umno sampai jadi haru biru, sampai umno jadi tak ketawan hala.Pak Lah tentu suka menantu dia menang di waktu hayatnya sebagai PM dah nak tamat.Najib pun dah sebut masuk neraka kalu buat tak betoi nak termuntah aku dengar,Najib tak minta fatwa mufti Perak ka politik wang tu berdosa dalam umno saja ka, tapi diluar umno tak boleh dakwa di mahkamah,hanya umno yang layak jatuh hukum sesama umno,boleh ka macam tu?
Fauzi, 2 kenyataan yang dibuat olih Najib - 20hb April 1983 dan 20hb April 1992 yang didedahkan olih Pak Bakaq(diatas) silalah rujuk kepada alim ulamak (benar-benar ulamak) apakah hukumnya dari sisi Islam terhadap seorang Islam yang mengeluarkan kata-kata seperti itu.Kalau tak jumpa ulamak yang betul dalam UMNO bolihlah buka Kitab Mustika Hadith keluaran Jabatan Perdana Menteri.,Tak payahlah rujuk kepada ulamak PAS kau takkan percaya kepada mereka.Bila dah tahu jawapannya tanyakan pula dimana letaknya tempat "orang muynafiq" berbanding dengan kafir harbi diNeraka.Buatlah rujukan sikit baru hang tau.
Fauzi
Malaysia kan negara berbilang kaum.. Jangan keluarkan ayat seolah seperti sentimen perkauman.. Kalau MIC,MCA,DAP dll mempunyai pemimpinan yang baik untuk membolehkan wujudnya negara Islam,kita patut sokong.. Yang penting pimpinannya sebagai warganegara patut memahami perlembagaan..
Aku akan sokong PR gila2 kalau PAS jadi tunjang, bukan DAP. Sekarang DAP jadi tunjang, PAS & PKR follow. Kurang2 support BN UMNO yg jadi tunjang, dia ada jaga kepentingan org Melayu jugak. Check and balance lah. taksub sana sini apa pon tadak nanti. Tapi satu aku setuju ngan Pak Bakaq, UMNO rendam clorox belum tentu bersih, PAS cuci ngan fab pon dah boleh melepak!
Mat Minyak
Pak Bakaq mungkin lupa bahawa pemimpin agung pas Dr Buhanuddin Al-Hilmi disumbat di kem kamunting adalah di atas tuduhan jahat umno bhw beliau adalah perancang dalam menubuhkan kerajaan buangan untuk menjatuhkan malaya dengan dokongan Bung Karno! (Rentetan peristiwa Ganyang Malaya).
Tok Den
Salam...
Bakaq..aku pikir depa keliru bila hang cadang ganyang UMNO dulu baru anwar..ini kerana bila depa tengok dasar UMNO yang 100% org melayu..depa ingat hang nak ganyang melayu...tahu kah Fauzi kedudukan UMNO yang sekular itu menyebabkan x de bezanya mereka ngan kafir harbi??malah lebih teruk lagi kerana mereka mencemarkan imej dan perundangan islam...bukan kerana melayu kita melawan UMNO tetapi kerana menegakkan agama seperti yang ditetapkan syara'...berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran...itulah menjadi ikutan kita..
wallahualam
-lebai man-
SALAM UNTUK SEMUA !
BAGUS SARANAN TUU ,,KITA BERDISKUSI SECARA ILMIAH SEMOGA NAMPAK RASIONAL NYA DAN BUKAN SECARA EMOSIONAL... SEMOGA SAYA ,FAUZI DLL DAPAT SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI ...
saudara rahza bernas nampak !!! teerat kawe kito !!
Salam bang bakaq n family
Semalam jam 5.30 aku dah dapat keputusan shahrizat dan KJ menang kerusi masing2. Adakah kerusi perwakilan no. 1 dan 2 barangkali boleh dijangka awal jg hari ni? Aku gembira juga KJ menang, walaupun dgn apa cara sekalipun beliau menang. Sebab nak ikut kotor semua 3 calun itu kotor. Kegembiraan aku atas dasar pemikiran politik, menyatakan tahniah berlandaskan ketokohan, karisma dan aura politik berbanding calun2 yg 2 org lagi. Beri dulu dia menang, lepas tu baru kita istihar lawan dgn cara dia kalau boleh. Tahniah KJ.
Mlm tadi juga aku lari ke Markas Lagenda Height, Sg. Petani dgr taklimat Ustaz Azizan untuk dun Bkt Selambau. Kesesakan terkawal. FRU tak kelihatan. Manakala ada konsert BN di Tmn Wira yg jarak kurang 1km dari tesco lagenda height sekitar 30 org saja. Senang sebut tak siapa ambil peduli. tanya sahabat tmn tu, artis mana yg datang pun tak tau. Sebelum tu ketika FRU mengamuk di Tmn Ria pun begitu BN buat wayang kulit tak jauh dari lokasi ceramah DSAI, hanya budak2 saja yg suka cerita watak etong. Kini UiTM Kedah pula keluarkan pekeliling pengarah supaya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dgn PRK Bkt Selambau. Kalau begitu 7 April nt pengundi dari UiTM kena cuti atau curi2 pegi pangkah atau jgn undi langsung.
Kita tak sabar menunggu pendekatan KJ selaku kapten Jack yg baru di Bkt Selambau. Kita bersedia hadapai sesama keras kepala, kalau itu yg beliau nak bawa kemari.
kalau tak gheti tu tak peraya nak buat camna...puaih dok habaq...puaih dok bagi contoh...dia tau ka beza org islam dengan bukan islam....asai melayu dia kata semua islam...apa punya Gi Baharom nih...cam ni punya mankaq pun ada ka di malaysia ni
Salam Tuan Fauzi
Salam Tuan Fauzi..
May Allah open you heart door see a truth in our live.....
Maaf ..aku sekolah atap je...x berapa reti nak skiping orang putih.....
hehehehehehe
Fauzi bahalol...
Otak hang jadi lagu tu sebab banyak sangat makan benda kotor...
Pak Bakaq..
Semua komen hangpa terbukti bersih...
Kalau boleh hangpa kasi cuci bukan saja UMNO bah kan Pas itu sendiri..dah semakin bertaik..
Orang sekarang majoriti suka pada benda yang bersih..
Spesis macam Fauzi Al-Bahalol dah makin pupus..
Fauzi...
Kalo ko nak bertaubat..aku nasihatkan ko mandi air kolah 7 masjid di sekitar Mekah...hanya cara tu aje boleh membersihkan kekotoran ko tu..
munafik dengan kapir sama lebih kurang je poji...
Kepada Semua,
Adosh... kena kiri dan kanan... tapi takpe, yang baik saya jadikan teladan, yang buruk jadi sempadan... Tima kasih kepada semua nasihat lah...
cuma kecewa sikit sbb ada yang "heret" mak and ayah saya skali... saya menggunakan nama penuh dan sebenar saya bukanlah bertujuan untuk mereka diheret sama... terpaksalah saya minta maaf dan ampun kat mereka...
Pada abg bakaq, saya setuju dengan pendapat abg... masing2 ada hak dgn pendapat masing...
Pepehal pun, seronok dpt bertukar2 pendapat kat sini... kat Laman abd Bakaq nie la first time saya anta komen... hahaha... tapi rasanya dah serik kot... hahaha...
Xsyok la tak pasal2 dapat banyak "gelaran" nie... hahaha...
Pepehal pun saya minta maap la kat semua yer... sekadar ingin berkongsi pendapat...
PS: En. org minyak, buat pengetahuan sedara, sy mmg ada dekattttt dgn Mekah nie... hehehe
DAP = Kafir Harbi
MCA, GERAKAN, MIC Kafir apa pulak yeaaa?
Puak2 kafir ni bergabung dengan org Islam UMNO jugak untuk membentuk KERAjaan. Tapi tak ada pulak org pertikai penggabungan UMNO dengan kafir tak harbi ni...
Bila PAS bergabung dengan DAP, ramai org tak suka sebab kafir harbi. Tak boleh sokong... Sokong UMNO sebab depa bergabung dengan kafir tak harbi. pelik.. pelik..
Aku rasa, elok lah kamu jangan keluar mengundi sebab kedua-dua parti yg memperjuangkan Islam ni bergabung dengan kafir.
Inilah mentaliti (pemikiran politik org Melayu, terutama sekali yang memperjuangkan MELAYU, tapi ISLAM letak tepi)
Sapa kat UMNO parti Melayu .. Habaq mai .. Dalam UMNO dah ramai orang Kafir yang sejak azali lagi kafir .. Sapa ..?? Bukankah dalam UMNO tu ada orang Siam yg beragama Buddha, orang Asli yang beragama Kristian dan ugama nenak moyang, orang bumiputera Sabah ...
So, apa nak harap puak ni perjuangkan bangsa Melayu ...
Dalam memilih pemimpin atau kerajaan , Islam ada menetapkan peraturan, kalau tak secara khusus, garis panduannya ada dinyatakan dengan jelas. Siapa kita hendak melabelkan seseorang itu beriman atau tidak. Batas ilmu kita terbatas dan tidak melayakkan kita melabel seseorang. Pak Bakaq jangan sesekali menuduh DSAI itu peliwat tanpa bukti nyata (ingatan aje). TPM pun tak boleh dituduh pembunuh kerana hanya dia tak nak jawab di mahkmah. Ada yang kita tak tahu.Jangan ditambah dengan dosa yang tak perlu kita dapat. UMNO telah diamanahkan memegang tanggungjawab memerintah tetapi asasnya adalah untuk menguatkan Melayu dan bukan Islam. Ini berlainan dengan PAS bertujuan menegakkan Islam. Kedua-duanya, PAS dan UMNO memerlukan sokongan kaum kafir untuk berkuasa. Ini kerana pelembagaan membenarkan kaum kafir ini mengundi. Kalau kita tak mahu bersekongkol dengan kafir-kafir ini, tidak ada satu kerajaan pun akan dapat dibentuk. PAS pernah mengalah dan bersatu dengan UMNO tetapi akhirnya disembelih dan hampir dikuburkan. Persempadanan semula kawasan piliharaya menjadikan kuasa Melayu sama ada PAS atau UMNO terbatas. Tidak akan menang majoriti untuk membentuk kerajaan. Sebenarnya DAP dan MCA itu ada satu tujuan sahaja. Membela orang-orang Cina. Tujuan UMNO membela nasib orang Melayu dan Pas pula membela nasib orang-orang Islam. Kalau UMNO sudah berubah dan menggadaikan hak Melayu, apakah kita masih nak pertahankannya? Islam di Malaysia mustahil akan menang kerana MCA, MIC, DAP tidak akan memilih Islam kerana mereka tidak faham akan Islam. Oleh itu perlu bergaul dengan mereka supaya mereka mengenal Islam. Fahaman lama mengenai haram undi orang-orang bukan Islam itu fatwa siapa dan bila diwar-warkan ? Adakah ianya suatu dakyah atau hukum? Kalau ada hadis atau nas yang mempastikannya (atau hukum) tolong berikan dengan sebenarnya. Jangan ambil sekerat sahaja. Kawan-kawan tolong carikan. Tentu ada yang tahu. Saya boleh minta TGNA berikan tetapi, dia orang politik. Tentu orang tak nak percaya walaupun dia seorang Tok Guru.
najib x layak jadi PM malaysia.......
hidup ANWAR IBRAHIM..........