Sedap!! Klik gambar di atas!

Bukit Gantang: Pilih kuasa rakyat atau kaki langgar undang-undang?

Dalam berita bertajuk "Dr M says Perak grab unlawful," Malaysian Insider melaporkan:
More than a month after Barisan Nasional ousted Pakatan Rakyat from Perak, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said the takeover was not done according to the law.

He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state.

"You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.

"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.

"As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said.

Dr Mahathir said that BN should have done it properly and not "be in conflict with the law" as the courts may now rule that the Sultan has no right to sack a menteri besar.
Semalam, penamaan calon kawasan Bukit Gantang menyaksikan PAS mencalonkan Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang dipecat oleh Sultan sebagai Menteri Besar Perak seperti yang dikehendaki Umno ("Umno-BN....asked the Ruler to sack the menteri besar").

Walaupun kampung saya berada dalam kawasan pilihan raya Bukit Gantang, tetapi saya tidak lagi mengundi di sana. Saya mengundi di Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu. Maaflah, saya tak undi Kajol.

Setelah majoriti pengundi Bukit Gantang menolak BN dalam pilihan raya lalu (lihat Malaysiakini "Dr M: Masa untuk bersihkan BN"), saya ingin melihat kuasa rakyat berdaulat di Bukit Gantang. Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. agar memenangkan kuasa rakyat dan mengalahkan kaki langgar undang-undang ("in conflict with the law").

Saya yakin, kuasa rakyat akhirnya akan menang. Dalam posting bertajuk "Najib, Abdullah, Abdul Rashid! Marilah bermubahalah!", saya menulis:
Bukan setakat kejayaan di zaman mutakhir ini sahaja, malah kejayaan RasuluLlah s.'a.w.w. mewujudkan pemerintahan Islam di Madinah juga berpunca dari sokongan rakyat atau kuasa rakyat. Penduduk Madinah sendiri yang mengalu-alukan kepimpinan RasuluLlah.

Memang, amat sukar diingati kejayaan mana-mana gerakan bersenjata, gerakan bawah tanah atau kumpulan gerila menumbangkan kerajaan yang memerintah. Yang paling mudah diingati ialah kejayaan kuasa rakyat menumbangkan rejim-rejim yang jahat seperti yang berlaku di Iran, Filipina, Indonesia, negara-negara di Eropah Timur dan beberapa negara lain yang saya tidak ingat.

Sebab itulah kerajaan amat takut dengan kebangkitan kuasa rakyat.
Kok mana pun, saya tetap teringat apa orang selalu kata, "Undi Umno, undi rasuah". (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)

Berkaitan:
1993 - Daulat Rakyat, kini daulat siapa? (Syed Imran Al-Sagoff)
Saya telah mengimamkan solat maghrib (Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin)
Berita Hairan dari Bukit Gantang (Biaqpila)
PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas (Malaysiakini 30/3/09)
Nizar: This is no mere by-election (Malaysiakini 30/3/09)
Q&A: If I'm a traitor, what would that make Umno? (Malaysiakini 30/3/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau Pak Bakaq tak undi Kajol, Pak Bakaq undi anak Kaki Kapoor kot?

  2. Salam Pak Bakor,

    "Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar,"

    Teman ada satu hemuskilan?

    Andaikata le DSN idak cuai dan sabor menunggu/ memohon satu assembly diadakan, apa jadi pada PR sekarang?

    Teman dapat tahu yg Yeop Nizar tak minat dgn vote of no-confidence, dia mintak pembubaran dewan? sebab dia udah tahu yg vote ni tak menyebelahi PR?

    Apakah Tuanku Sultan idak memahami undang-undang tubuh negeri baginda sendiri? Keputusan yang dibuat masih dalam kuasa baginda Sultan. Tapi masalahnya keputusan ni idak popular dan idak memihak bagi PR. Bila ahli2 PAS 'tergulin' ateh jalan, DAP (yg pegang majoriti 18 kerusi) nengok aje dari jauh!!

    Kita tunggu le apa kata mahkamah?

    Kita harus berbanyak shukur dan sabor (2S)!!
    2S pabila orang masuk parti kita;
    2S pabila orang 'keluar' dari parti kita;
    2S pabila musoh 'cuai dan tak sabor'
    semuanya ada hikmah di sebalik!!

    Apabila Rasulullah kembali dari Israk Mikraj, bukan sedikit yang keluor dari Islam. Tapi baginda tak riso, sebab ini kerja Allah... screening process!! Dia yg bagi petunjuk, Dia jugak tentukan hambaNya teruis dlm kerunsingan.

    Akhir kata, teman tak nampak PAS/PR dapat jalan mudah nak rampas balik BG. Kalo menang pun majoritinya udah menurun!!

    Last but not least, teman tak nampak PAS tu parti ISLAM. Ia sama jugak macam parti politik lain seperti UMNO, DAP dan PKR. Kadang2 lebih hipokrat atas nama 'islam'. Wallahualam

  3. Apakah kepulangan Tun kepangkuan UMNO akan memberi tonik baru kepada UMNO atau sekadar mempastikan?

    1. Paklah akan diundurkan oleh Najib sebelum Jun 2009?

    2. Carer politk Mukhriz akan terus terbela dalam UMNO?

    Tokden

  4. Dr.Mahathir menyebut perkataan "unlawful","no provision" seolah-olah beliau baik,bersih dan,tak zalim dan tak korup - semasa 22 tahun menjadi PM.Dalam kenyataan-kenyataan lain beliau juga mahu Najib(bakal PM) memilih kabinet yang bersih.Selama 22 tahun apa yang telah beliau buat - tak payah nak ceritalah.Kalau nak bongkar tak cukup 7 hari 7 malam.Cukup dirumuskan - segala kezaliman,kepincangan pentadbiran,rasuah,penindasan,pembaziran dan kehancuran sistem kehakiman dinegara ini,bermula dan bermaharajalela semasa beliau menjadi PM.Agaknya selepas menyadari yang liang lahat itu dah tak jauh lagi,baru nak sadar tetapi masih "bernafsu" lagi nak berpolitik.Komen sana komen sini seolah-olah awak tu dulu baik benor.Pak Baqak,apa pun yang keluar dari mulut manusia ini semua tak bolih pakai kerana beliau sudah tak ada kredibiliti untuk membuat sebarang komen.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008