Sedap!! Klik gambar di atas!

Buatlah pula sajak mengenai Anwar!

Dua perenggan terakhir puisi di bawah saya rasa dihadiahkan kepada orang-orang Umno. Tunggu apa lagi, buatlah pula sajak untuk penyokong pembangkang. Gunakanlah isu liwat, tanah tapak rumah, apa sahaja.

Kita tengok siapa yang pandai buat sajak.

Memecah perpaduan Melayu? Seorang kawan pernah kata kat saya "we must unite!" Maklumlah, tengah berpecah-belah ni. Saya jawab balik, "tak payah cakaplah fasal perpaduan-perpaduan ni. Melugai (muak) aku. Hang buat kerja hang. Aku buat kerja aku. Habis cerita. Ada senang, kita sama-sama pekena teh tarik".

Sayangnya, pada masa saya berbual dengan kawan itu, belum ada lagi ayat-ayat cinta seperti berikut, "Zambri! Teh tarik satu!"

Saya kata gitu kat kawan saya tu sebab saya meluat sangat perpaduan untuk membiarkan orang Islam murtad, perpaduan untuk lingkupkan tanah rezab Melayu, perpaduan untuk biarkan Melayu terus miskin supaya mereka senang diperbodohkan untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional, perpaduan untuk api-apikan isu perkauman sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei kerana gilakan kuasa dan apa jua jenis perpaduan seperti itu.

Berikut ialah sajak tersebut:

Sehari Selembar Benang

Sehari selembar benang
mencarik pakaian
lambat laun akan telanjang.

Sehari sepatah kata
menoda bahasa
lambat laun kita hilang tamaddun bangsa..

Sehari seorang menteri
memperkaya diri sendiri
lambat laun tergadai negeri.

Sehari sekali ditembakkan
gas pemedih mata
lambat laun rakyat
tak nampak lagi istana.

Kepada siapakah lagi
tempat mengadu
ke air itik mati kehausan
ke kepuk ayam tak dapat
makan padi.

Bersuara akan jadi penghuni penjara
berpakat akan ditangkap
berkonspirasi menegakkan hak
akan dihukum penderhaka.

Makanya, untuk selamat
menjamin sejahtera duhai Melayu
teruslah kamu bisu dan dungu
teruskanlah memperkemas perhambaanmu
dan gilaplah bijaksanamu
mengampu dan membenteng
para pemimpinmu
meniduri anak isterimu.
dan kalau perlu biarkanlah
mereka berkongsi
menjimak ibumu.

Jangan sekali-kali lagi
kalian mengeluh
nikmati sahajalah habuanmu
dan dengarkan sajalah
tanpa gundah
perihal keraton yang sudah
entah ke mana penghuninya.

-Yassinsalleh
Pucong Perdana
8 Mac 2009.
4:24:25

Sambil itu, saksikanlah anggota Unit Amal dikeronyok polis di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sajak 7 Mac yang ku kenang Antara Masjid Negara dan Istana Negara

    Dalam perjalanan ini
    hujan renyai-renyai
    Jarum jam bertindihan di angka 1
    Ku harus bersedia bersolat Zohor
    Ya Allah ku singgah di rumah Mu, Masjid Negara

    Keterikan panas kota
    Kudinginkan dengan wudhu dikali rumahMu
    Dingin wudhu terasa menyegarkan diri
    ku toleh ke kiri dan kanan
    seperti ku lihat
    gerombolan manusia berbaju putih
    Apakah ini di Medan pertempuran ?
    Apakah ini Malaikat berbondong-bondong berjubah putih?
    Ternyata kumasih berpijak di Masjid Negara

    Suara muazin memecah keriuhan kota
    Ku langkah diriku menyusun saf
    Ku abdikan diriku sebagai hamba Mu
    Ternyata jemaah semakin ramai
    Kutanya
    Apakah ini utusan untuk ke Istana Negara
    Ternyata bukan seorang dua
    Rupanya satu pasukan lautan manusia

    Namun diluar sana
    Halagan bersedia untuk galangan
    Suasana tenang dihiruk-pikukkan
    Angkara durjana pihak atasan

    Rombongan berarak dengan aman
    Namun dengki muncul dari halangan
    Alam yang indah dicemari detuman dan jerubu
    Namun semangat terus membara dan mara

    kulihat juga keranda diarak kesana
    Setelah jerih dan payah diperahkan...
    Kini jarum jam bertindihan lagi di angka 4
    Ku harus kembali kerumahMu
    Untuk ku persembahkan Asarku
    Tapi wudhu yang tadi dingin sudah tercemar
    Suasana tenang sudah dihiruk-pikukkan
    Udara nyaman sudah dijerubukan

    Angkara siapakah ini
    Adakah Angkara si kuku besi..
    Aku yang hanya bergelar rakyat
    mungkin tidak layak bertemu rajaku hari ini
    Adakah mereka
    yang bergelar memanda menteri
    yang hanya layak bertemu rajaku

    Itulah nasib aku rakyat yang hina
    Yang sudah diketepikan haknya
    oleh pemerintah yang kupilih sendiri
    Namun mengalah jangan sekali...
    Tunggu tika dan saatnya
    Kan kugunakan kuasa yang ada
    Kuasaku sebagai pemilih...
    hingga ke saat itu

    Nukilan:
    Aku bukan penyajak

    -----MINDa TENang------

  2. Boleh beli boleh lelong
    Bukan perak bukan bukan emas
    Tawar menawar pembuka cerita
    Harga ditetap tanda setuju
    Loceng berhenti tanda setuju
    Dibawa lari tanpa berita
    Dengar kabar sakit mata
    Hilang sakit dapat harta
    Dapat harta melompat pula

    Pengkhianat pakatan bermaharajalela
    Surat bersumpah lima puluh juta
    Nama Najib didakwa sama
    Macam cerita Altantuya

    Timbul pula cerita derhaka
    Adun melompat punya angkara
    Hilang negeri putih mata
    Pembelot pakatan memang celaka,celaka,celaka
    Maruah Sultan menjadi hina
    Maruah mufti turut tercela
    Memihak umno keluar fatwa

    16 September jangan diulang-ulang
    Nanti negeri pakatan bertambah hilang
    Genap setahun pakatan sambut gemilang
    Dalam ketawa menangis panjang
    Untung secupak rugi segantang
    Tak masuk dewan tak boleh bersidang
    Diugut samseng nak bagi penendang
    Hati cekal dan kental nak menentang
    Bersidang juga di bawah beringin rendang

    Syabas buat MB Nizar dan adun2 yang terus berjuang...pengajaran buat Anwar..

  3. Salam untuk Pak Bakaq!
    Awat marah sangat ngan Anwar.Boleh terangkan secara mudah.Kami kat bawah nie nampak beliau merupakan pejuang.Kalau tak masakan beliau sanggup di pukul, dihina dan disumbat dalam penjara.Lama tu dok dalam cell.Kalau orang lain tak mahu dok dalam cell, baik sokong jangan buat hal.Betul tak...

  4. Bakaq,

    Hang dengki noo dgn anwar. Dendam lama tak habih lagi? Dalam cerdik2 hang nampak juga kelemahan hang.

    Tak baik busuk hati berterusan macam tu. Bukan sifat ummat Rasullullah, sifat munafik tu. Jiwa kena selalu besar dan maafkan saudara yang lain.

    Allahualam.

  5. Bakaq,
    hang pengecut.... dah dibrain wash oleh puak ameno bangsat...

  6. Kenkadang terpikir gak tentang pemimpin ni...
    pengikut dibawah yang bermandian darah dan keringat..depa diatas diatas dok sedap2..kaya plak tuh...di manakah keadilan???

  7. Nie lah akibat nak ambil alaih pemerintah secara katak lompat..nak tahu lepas nie apa sta0tegik Anwar.. .

  8. Sajak untuk Anwar..

    Impian telah menjadi derita..
    dek kerana kesabaran tak mampu ditahan jua..
    di belengu seribu kekesalan didalam penjara..
    Apakah nasib anak muda belarak dijalanraya..
    diberhentikan pengajian tercicir merata rata..
    Aduh..pilunya bila mengenangkan bangsa..
    rata-ratanya pulak melayu Malaysia..
    Kini strategi di susun semula...
    perpaduan kaum menjadi agenda utama...
    ketuanan rakyat bergema-gema..
    menjadi wadah merebut kuasa...
    yang terpesona dengan ucapan berbunga bunga..
    telah menjadi pengikut setia...
    yang telah di palit dengan bohong & derita..
    bersumpah melawan sampai bila bila..
    aku melihat tiada apa yang tiba...
    melainkan ketamakan kuasa mengatasi segala2
    insaflah diri sementara nyawa masih ada..
    jika tidak sia sia hidup di dunia..

    -sajakecilku-

  9. memang patut pak bakar geram..nuar mmg tak guna..pandai berlakon dan bermuka2..orang bodoh macam korang mmg mudah terpedaya..dgn aku sorry lah..kalau fikiran jenis taksub/tertutup macam korang..mmg tak dpt nak ubah..hanyutlah korang dgn angan2 korang sahaja yg beranggapan nuar ni pejuang konon..

  10. Sahabat Nabi SAW pun hang lipat bakaq apatah lagi ngan anwar ka najib ka paklah ka.

    Baguih lah hang bakaq.

  11. Anonymous nombor 9 paling bangang dan totok umno sebenarnya.
    Woi bahalol, kalau Anwar pandai berlakon, baik tak payah dia susah-susah lawan TDM.Baik apa sahaja yang TDM buat dia sokong.Kalau itu yang dia buat, sekarang ini PM dah tentu Anwar.Tetapi dia sanggup di belasah sampai lebam mata, dihina, disumbat dalam penjara.Calang-calang orang sorrylah lebih baik ampu sana ampu sini.Sebab itu dalam bahasa mudahnya rakyat marhaen nampak apa yang berlaku, bukan macam bahalol anonymous nombor 9 tuuuuu....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008