Selama ini, saya ingat hanya rakyat Palestin dijajah dan bangsa-bangsa lain sahaja yang berani. Sebab saya ni penakut, saya fikir, orang Melayu tidaklah berani sangat.
Dalam satu tunjuk perasaan depan kedutaan Russia kira-kira 20 tahun lebih dahulu, bila tengah belakang saya kena bantai dengan cota FRU, saya pun lari terkengkang-kengkang. FRU pulak masa tu dok ligan kami dengan penuh perasaan. Siap maki hamun lagi. Saya pun apa lagi, lompat pagar pun lepas - bukan lompat macam orang lompat tinggi, tetapi lompat mengiring dengan tangan menekan pagar sampai lingkup pagar tu.
Lari-lari punya lari, tiba-tiba terdengat anjing menyalak. Pakat lembik kaki saya dan kawan saya. Dua-dua dah tak boleh nak melangkah lagi. Terduduk dua-dua. Kami dok ingat anjing polis, Duku ka, Langsat ka. Kalau anjing jenis tu, tak payah lari dah la. Mesti kena punya. Tengok-tengok anjing orang India yang duduk kat situ.
Lepas itu kami keluar ikut Jalan Jelatek dan minum di Pasar Keramat.
Selepas itu saya tak lari lagi. Tu yang masuk lokap tu. Tu pun saya tak pernah menyertai tunjuk perasaan Reformasi sebab saya bukan peminat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau tak, kerap lagi la masuk lokap.
Saya, Melayu yang penakut ini mengucapkan syabas kepada Melayu-Melayu yang berani!! Tahniah juga kepada Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) kerana perjuangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan semakin merakyat! (Gambar perhimpunan rakyat membantah membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di atas adalah ihsan Utusan Malaysia)
Jangan lupa melawat web Kak Ainon di sini dan di sini. Layari juga posting-posting suami Kak Ainon, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, "Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik semua mohon diampun," "Gerakan Mansuhkan PPSMI 7 Mac 2009," "Perhimpunan 100,000 di Masjid Negara. Wahai pemimpin, dengarlah suara akar umbi!," "Dari Masjid Negara ke Istana Negara," "Dari Istana Negara ke Masjid Negara 1," "Dari Istana Negara ke Masjid Negara 2" dan "Dari Istana Negara ke Masjid Negara 3". Baca juga "Wanginya tear gas yang ku hirup di sore kelmarin!" oleh Pendikar Gunung Kriang.
Pandangan menarik dari A Voice "Syabas, pejuang bahasa jadi lembu politik wayang Anwar!" (hang ni pun, bagi la hujah yang susah lawan sikit. Sefesyen ja hujah hang. Jadilah apa pun, salahkan Anwar. Kalau gitu, mai kita pakat-pakat bunuh Anwar dan Umno terus hidup. Adakah negara ini akan aman dari perhimpunan rakyat dan tidak ada lagi kebencian dan kebangkitan rakyat terhadap Umno yang tak habis-habis dipooh-pooh dan dibusukkan sebagai anarki? Aku pun langsung tak mampu nak paksa diri meredhai Anwar jadi Perdana Menteri, tapi tak la sampai nak cari jalan mudah dengan hujah yang dah lama jadi cliche. Mana pergi hujah hang yang sedap-sedap selama ni?).
Apa pula kata Tengku Razaleigh Hamzah? Baca postingnya yang bertajuk "Tear gas for schoolteachers" dan lihat foto-foto Minaq Jingo di sini yang antaranya saya copy and paste di bawah dengan terima kasih kepada brother kita tu.
Akhi sekali, walaupun saya bangga jadi Melayu, tapi saya dah lama komplen jenis istilah karut-marut seperti di bawah:
Police seek several men for questioning over language protest (The Star - harap semua faham kenapa sehari sebelum perhimpunan anti-PPSMI itu terjojol berita bertajuk "Enam lelaki sertai perhimpunan haram dicari")
PPSMI (Sebol)
Mosad Malaysia mengganas lagi (Tun Telanai)
Video2 demo bantah PPSMI (Satu Umat)
Bukan sekadar PPSMI, tetapi kepimpinan (Nobisha)
Rupa-rupanya begini untuk menyelamatkan bahasa - Pak Samad (Mampat)

Connect Your Joy Stick into the server Port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.Berkaitan:
Masukkan Kayu Ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main. (Baca sepenuhnya dalam blog ni)
Police seek several men for questioning over language protest (The Star - harap semua faham kenapa sehari sebelum perhimpunan anti-PPSMI itu terjojol berita bertajuk "Enam lelaki sertai perhimpunan haram dicari")
PPSMI (Sebol)
Mosad Malaysia mengganas lagi (Tun Telanai)
Video2 demo bantah PPSMI (Satu Umat)
Bukan sekadar PPSMI, tetapi kepimpinan (Nobisha)
Rupa-rupanya begini untuk menyelamatkan bahasa - Pak Samad (Mampat)

Cantik? Klik 

Saya nak buat aduan berkenaan sikap adun titi serong idham lim yang telah delete pertanyaan saya dua kali berkenaan sms tersebar di Ipoh yg memberitahu ada Adun pas perak yang sudah makan duit haram komisyen balak.
Saya tanya siapa adun pas itu tapi YB ini delete dan saya mula rasa ragu dengan YB ini. Minta pertolongan sdr penarek beca bongkar isu ini.
sms tu kata antara faktor kerajaan pr jatuh di Perak bukan disebabkan adun pkr 2 ekor tu saja. Tapi juga seorang adun pas perak yang makan duit haram komisyen balak.
BN akan guna isu ini di Bukit Gantang dan ada banyak bukti sikap mewah adun ini berbelanja lebih dari kemampuan.
Saya percaya sdr penarek beca kritikal dalam isu ini. Saya tidak mahu adun ini menjadi barah dalam perjuangan Islam jamaah PAS.
Salam Pak Bakaq.
Saya dah menaympah dengan Ahmad Said jadi barua Umno-BN.
Apa kata kita bongkar cerita anak dia ya ng kena tangkap kat Australia sebab seludup Porno kanak-kanak. Macama mana dia terlepas tanpa di dakwa.
Mesti bapaknya rasuahkan pihak berkuasa. Hampeh punya Ahmad Said. Aku haramkan makan duit aku sebagi rakyat bayar gaji engkau. Lahabau kau Ahmad Said barua
melayu sekarang dah tak macam melayu dulu..ramai yang dah terbuka bijik mata, hati dan kepala otak melihat kebabrokan umno-bn!
Salam bang bakaq n family frm mad baling.
Walaupun tak ambil bahagian semalam, tapi aku dapat rasainya. Sejak berpindah ke Kedah 11 tahun lalu, aku terlepas banyak program seumpamanya. Tapi kalau berada di lembah klang pun aku belum pasti bersama-samanya. Masih sayang jawatan dlm kerajaan dan masih memburu jawatan yg lebih baik. sama juga dgn rakan2 sepengecut aku yg lain. Sokong dari jauh pun kira boleh la..
Apa yg menarik mlm tadi mimpi yg jarang ditemui. Jarang ditemui sebab hampir 25 tahun tak mimpi ini. Malah lebih lama dari itu barangkali. Dlm mimpi itu dilihat bang bakaq menghulurkan hampir 10 keping gambar peribadi dari zaman kanak2 hingga terkini. Lucu mimpi tu. Taktau apa tujuan. Dan apa lah tersiratnya mimpi itu. Setahu aku, aku cuma ingin tahu org tertentu atau andainya waris2 terdekat (Ust Hamim Abu Bakar) yg aku perlu settlekan hal2 lama secara peribadi, bukannya antara aku dgn bang bakar kita.
Bank Bakaq,
Saya pun banyak tulis tentang PPSMI, kasi lah barang 2,3 pautan percuma.
pak bakaq..persepsi apa yg pak bakaq maksudkan. jika kerana perhimpunan semalam tu sy rasa tak dak beza pun sebab "melayu" ni memang dok suka buat perhimpunan sejak di ajar oleh anwar berahim tu...
setahu saya pak bakaq ni sokong ppsmi ni jika sy baca posting dulu..awat dah tukaq ka la ni sebab pas pun dok bantah la ni..
salam
sokong ppsmi
Heh heh heh ... Aku bersyukur juga.
Selain dari ada Melayu-Melayu berani - senang lawan Yahudi Zionis yang Anwar akan bawak masuk -, aku bangga pasal ada dah bersorak "Hidup hidup hidup bangsa."
Alhamdulillah. Dah bagus lah tu.
Yang kaw kaw aku dah tulis hari tu ... Political Hypocrisy in the Opposition against PPSMI
Sokong PPSMI
Kalau saya pertahankan hak demokratik Hindraf untuk berhimpun dan menentang keganasan polis ke atas Hindu-Hindu tu, adakah kerana saya sokong Hindraf dan Hindu?
Saya bercakap soal keberanian Melayu menentang keganasan polis dan sebab mereka buat gitu. Alasan depa ialah menentang PPSMI.
Kalau kita rasa alasan mereka tak kuat, kita kena bagi hujjah dan bukan hujjah yang karut marut.
Saya masih tak tulis fasal PPSMI kerana saya masih mengumpul maklumat. Setakat ini, saya masih memikirkan soal marketibility graduan Melayu.
Dan, saya masih tak lupa tangisan anak saya di universiti yang gabra bila kena buat assignment dalam English yang susah giler, kata dia.
Terpaksa aku yang berpura2 tahu English ni mencari akal membantu dia dalam keadaan aku ni pun terkulat2!
Pak Bakaq,
Biar saya tolong terjemahkan mengikut istilah yang betul.
Connect Your Joy Stick into the server Port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.
Sambungkan kayu bedik anda ke port pelayan komputer, anda sepatunya tidak akan jumpa banyak bermasalah dengan kayu bedik kerana pelayan mempunyai mod palam dan main.
Cuba baca tulisan Mansur Putih
http://rockybru2.blogspot.com/2009/03/mansur-putihs-take-on-english-for-m-s.html
Pak Bakaq,
Ketiadaan istilah dalam bahasa melayu bukan alasan untuk kita merendahkan bahasa melayu. Sepatutnya lagi mencari jalan mengatasi kelemahan tersebut.
Kadang-kadang memang ada pelajar datang meminta tolong menterjemah sama ada dari eng-bm atau bm-eng kepada saya juga kadang-kadang sunting sekali. Sebenarnya perkhidmatan ini wujud. Tentulah kalau untuk pelajar saya tidak akan berkira sangat.
pak bakaq..pada sy ppsmi ini telah dipolitikkan oleh parti politik..sy tak kisah la apa pada pak bakaq..sbb sy melihatnya disudut yg lebih luas dgn masa depan anak bangsa melayu dan anak2 saya juga..
bukan setakat semalam saja 'melayu2' ni berani melawan polis pun..sama je di perhimpunan yg lain gak..
pada sy perhimpunan semalam bukan sepenuhnya tentangan kpd ppsmi ni tp dah jd trend pembangkang nak berdemo bila ada yg menganjurkan nya..
pak samad nak perjuangkan bahasa melayu tp anak dia pun guna bahasa inggeris kat website dia ni http://www.azsamad.com/
salam
Bantuan diperlukan segera ...
baca di http://alternate-enter.blogspot.com/2009/03/bantuan-diperlukan-segera.html
Salam bang bakar n family.
Dah 25 tahun aku di IPTA. Pernah satu ketika aku halau penjual insuran sebab gagap dlm bahasa melayunya. bagi aku kalau tidak petah berbahasa melayu, maka tidak layak untuk dilayan. Aku anggap mcm tak hormat generasi aku. Itu perinsip aku. Aku nak org lain berprinsip mcm aku, kalau boleh.
Org akan tanya dimana kumpulan pencinta raja2 dan bangsa melayu itu saat ini. Adakah bila dah ada pihak yg mempertikaikan bahasa melayu 10 tahun akan datang, muncullah nanti calun2 MT UMNO akan mengetuai kumpulan tertentu menghantar memorandum, referendum, membuat tabik hormat kat bangunan DBP, menyembah YDP dgn kain lilit pinggang bertulis 'Selamatkan Bahasa Kita" "Bahasa Jiwa Bangsa". Sekarang ni mereka hanya dok peluk tubuh, sebab tiada apa yg menguntungkan mereka.
Ada kalangan yg ambil sikap mudah, bahawa bahasa melayu takkan lenyap, percaya la. Itu kalau lihat esok lusa atau setahun dua ni. tapi 10 atau 20 tahun lagi, bila melayu malu dikatakan kolot sebab masih berbahasa melayu, bahasa org purba katanya, maka dari itu banyak perkara kita akan hilang termasuk adat dan nilai bangsanya.
Hasil yg dituai oleh dunia barat dulunya bermula dengan peristiwa2 mudah sebegini. Apabila banyak pihak mengabaikan dan kerajaan mereka juga mengejar sesuatu yg baru, maka banyak perkara diabaikan, banyak perkara lain dibajai, dicipta dan dimodernkan kununnya, sehinga akhirnya kita dapati anak2 gadis mereka berasa terlalu asing dan malu sekiranya seusia 21 tahun masih 'dara'. Mereka rasa terhina, kolot dan tidak normal. Malah ibu2 mereka akan bertanya 'sudah' ke 'belum' koyak? Selambanya. Secara sedar atau tidak, itulah peradaban yg akan kita susuri sedikit demi sedikit seandainya tiada pihak yg mengekang dan menghalang. Bukan hanya bahasa, tetapi peradaban bangsa akan lentur secara tidak langsung akibat dari sikap kita yg ingin kelihatan moden dan setanding dlm acuan yg dibentuk oleh pihak lain.
masa buat degree dulu, bahasa pengantar BM, tapi bila dah masuk specialisation Finance, di beri opsyen utk jawab dalam Bahasa Inggeris. Buku rujukan Inggeris
masa aku buat MBA, bahasa pengantar Inggeris, dan semua benda (test, exam, assignment) dalam bahasa Inggeris. Kalau nak banding MBA dgn degree, lagi senang buat MBA. Dua dua aku specialise dalam Finance. Proses pemebelajaran menggunakan Inggeris banyak menyenangkan kerja, tambah tambah zaman internet. Google jer laaaaa, bersepah sepah journal, articles, dissertation dari seluruh dunia, sedia untuk digunakan/dimanfaatkan
Dalam bab Islamic Finance, Malaysia nak jadi pusat ilmu dunia, bayangkanlah tuan tuan, kalau kita ajar dalam Bahasa Melayu.
Skrg dok buat PhD in Islamic Finance, dalam kelas ada student dari India, pakistan, new zealand, kanada, Iraq, USA, negara Arab & afrika lain. Bahasa Inggeris memudahkan penyatuan bangsa bangsa berlainan ni utk menuntut ilmu. Kajian kajian penting dalam Islamic economy pun dipublish dalam Inggeris. Islamic accounting standard pun sama.
Bukan kata ajar Matematik & Sains dalam Inggeris, kalau suruh accounting & Finance dalam Inggeris pun aku SOKONG
Mak bapak sekelian, tolonglaaa bagi internet kat anak anak. banyak laman web yg boleh dirujuk untuk matematik sains ni. Kalu tak cukup duit, potong Astro, masukkan streamyx. Kos bulan bulan sama je, RM 60
Macam komen awal, aku sokong. Bagi pilihan kat anak anak, nak belajar ke nak main motor.... agak agak yang mana budak akan pilih?
kalau ada yang sakit hati, aku mintak maaf
ex-ROTU
satu lagi, yang dok banding Iran yg belajar dalam bahasa Farsi, dgn Melayu yg belajar dalam bahasa Melayu
Penah kita jumpa al-Khawarizmi melayu, AL-SARKASHI,ABU BAKR AL-RAZI (924M)http://tamanilmu.com/downloads/RB_Tokoh_Kesarjanaan_Sains_Islam.pdf
Org Iran dari dulu lagi dok cinta pada Ilmu, dah jadi budaya. Nak sampai tahap ayatollah, paling paling pun 40 tahun proses pembelajaran.
Sama jugak dgn Russia, ahli sains dia dari dulu lagi menonjol, fizik, matematik. Russia & iran ni, dah ingrained in their culture, gila pada ilmu
berapa ramai org kita yang fail SPM, cuba semula ambik SPM, kalau kantoi lagi, ambik lagi
berapa ramai yang abis degree, pegi sambung balik buat Master
yang dah abis Master pegi sambung lagu buat PhD
pembudayaan Ilmu.....kalau kita dah sampai tahap Iran @ Russia, bulih laaa kita ajar Sains & Matematik dalam bahasa Melayu
Berapa ramai Melayu yang berazam nak jadikan PhD sebagai basic education atau bercita cita nak jadi ayatollah?
ex-ROTU
Pak Bakaq
Terjemahan berikut:
Connect Your Joy Stick into the server Port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.
Masukkan Kayu Ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.
Sepatutnya (pada pandangan saya):
Connect Your Joy Stick into the server Port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.
Sambungkan Kayu Ria anda ke dalam pelabuhan pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dengan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi palam dan main.
Itu terjemahan saya, tapi saya bukanya ariff dalam bahasa Teknologi Maklumat ni.
Seperti kata Pak Samad "Mereka (orang politik UMNO) tak faham Bahasa Melayu, mereka (orang politik UMNO) hanya faham bahasa undi".
Jadi kita serahkan perihal sesuatu kepada yang sepatutnya mengikut kepakarannya.
Seperti menyerahkan yang hak kepada yang berhak ----> makna keadilan.
Seperti kata orang tua: "Jauhari juga yang mengenal manikam" [Tolong betulkan jika salah]. (Bukan Johari juga yang mengenal Maniam.
Saya tak pakar dalam bahasa sastera ni, sebab saya bukan orang sastera. Tapi saya kagum dengan Sasterawan Negara Pak Samad. "SYABAS PAK SAMAD".
Kita ketahui Pak Samad adalah "SASTERAWAN NEGARA", tapi kenapa kita tak serah isu bahasa kepada beliau dan golongan seangkatan dengannya...
Hishamuddin tu siapa....yang pandai-padai mengapa....
--------MinDA TenAng----
Anon yang 25 tahun di ipta, ni mengajar ka atau masih dok belajar? ataupun staf pentadbiran/sokongan? apakah dengan hanya belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris akan melenyapkan bahasa melayu dan tatasusila serta adat resam melayu dikalangan orang melayu? bukankah bahasa melayu/malaysia masih diajarkan di sekolah-sekolah dan universiti? Ramai kawan-kawan saya menuntut di luar negara masih pekat Melayunya, bahkan orang kelantan masih dengan loghat kelantannya walaupun apabila berbahasa Inggeris.PPSMI bertujuan untuk mempertingkatkan penguasaan English di kalangan pelajar kita dan memudahkan proses pembelajaran sains dan mathematics. Apakah ini akan memusnahkan budaya dan bahasa Melayu? Perhimpunan dan perarakan jalanan bukannya budaya Melayu, mencaci dan mencerca juga bukan budaya melayu, tetapi itulah yang berlaku dalam demonstrasi tersebut? Maka kita terap dan memperlakukan sesuatu yang bukan budaya Melayu untuk memperjuangkan budaya Melayu dan bahasa kita? Bukankah orang melayu itu lemah lembut tingkah lakunya dan halus bahasanya? Yang nyata demonstrasi tersebut pada pandangan saya bukan untuk memperjuangkan bahasa Melayu, bukan sekadar untuk membantah penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik, tetapi sebenarnya untuk menidakkan peluang anak-anak Melayu maju dalam sains dan matematik. Sebelum PPSMI sekolah cina mengajar matematik dalam bahasa cina, dan ada juga melayu yang menghantar anak mereka ke sekolah cina supaya anak mereka pandai matematiks. Bangsa Cina mula-mula protes PPSMI kerana anak-anak cina tidak boleh menguasai English. Maka ia dijadikan opsyen menjawab samada dalam bahasa cina ataupun english.Mengapa tidak syorkan sahaja pengubahsuaian dalam perlaksanaan PPSMI dari mendesak pemansuhan atas alasan mempertahankan bahasa Melayu dan kemudiannya diperkembangkan atas alasan mempertahankan budaya dan adat bangsa. Apakah kita ingin berjalan setapak ke hadapan dan dua tapak kebelakang.
Cerita koyak dah ka itu, tak ada kena mengena lansung dengan belajar bahasa. bukannya diajarkan budaya barat atau luar dalam matematiks dan sains menggunakan bahasa inggeris. Matematiks tetap campur tolak darab dan bahagi cuma sekarang add, subtract, multiply and divide.
Berubah persepsi pak bakaq terhadap Melayu hanya kerana melayu berani berarak, melanggar kawalan polis, melalak-lalak dijalanan! Pujian ka? Ini yang akan melenyapkan budaya Melayu yang yang halus tutur kata bahasanya apabila perlakuan songsang dengan adat dan budaya dianggap sesuatu tindakan dan perbuatan yang heroic dan berani. Seolah-olah membenarkan tindakan dan perlakuan yang bertentangan dengan norma budaya Melayu. Apa mungkin norma kita sudah tidak seperti dulu?
lu sudah terlupa taraf lu cuma pencuci pentas kuli upahan
dear Pak Bakaq,
aku x paham betui la org politik skrg ni..cerite yg mane betui yg mane x betui pun aku dah konfius..agak2 hangpa la,kerajaan bn betoi ka x boley pakai dah??.pendapat aku memang x boley harap dah asyik depa ja nak senang kenyang perut boncit mandi telanjang berak terkangkang mati sendiri tanggung la
penarik beca,
Connect Your Joy Stick into the server Port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.
Masukkan Kayu Ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.
Jika membaca bahasa inggeris kemudian diterjemahkan seperti dibawah, menunjukkan bahawa penterjemahnya tidak cukup bagus mencari perkataan sama atau hampir sama maksud dalam bahasa melayu bagi menyesuaikan maksud bahasa inggeri seperti diatas. Bunyi nya seperti bahasa lucah saja...!
Inilah puncanya mengapa menteri pelajaran tidak mahu mansuhkan PPSMI kerana mereka tidak mempunyai pakar bahasa inggeris yang mampu menterjemahkan maksud bahasa inggeris itu kenahu bahasa melayu dengan betul.
Dan paling malang adalah Dewan Bahasa Pustaka tidak mampu mengatasi masaalah terjemahan bahasa inggeris ke bahasa melayu dengan betul.
Salam bang bakar n family
Nak ajar bahasa inggeris 3 atau 4 jam sehari kita tak marah. Tapi untuk subjek bahasa inggeris sahaja. Mungkin kita boleh gubal banyak modul khusus. Kalau ingin sangat anak2 waris bangsa melayu ni cepat berbahasa inggeris, ini saja jalannya. 1 jam untuk tulis, 1 jam untuk bercakap, 1 jam untuk drama, 1 jam lagi untuk tengok filem kartun inggeris tanpa sarikata. 1 jam lagi belajar agama. Jumlah jam sehari ialah 5. Darjah 3 baru mulakan subjek subjek lain. Sekolah pulak dari jam 7.30 hingga 1.30 ptg. Confirm..tak sampai setahun budak2 darjah satu boleh bercakap inggeris, mungkin hamid albar pun jadi rendah diri.
Kita nak tengok sapa yg nak marah pulak lepas ni.
Matang Saga,
Apa yang kita lawan/menentang bukanlah kerana kita tak setuju Kementerian 'Pelajaran' nak mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris tu, tapai kenapa nak jadikan SAINS DAN MATEMATIK sebagai MANGSA. Mintalah kepada pakar-pakar BAHASA INGGERIS cara macam mana nak mempertingkatkan bahasa itu @ tambahkan masa pelajaran Bahasa Inggeris tu disekolah. Kalau dah tahu berbahasa Inggeris, jgnlah berlagak. Ingat.. JEPUN ynag dah jauh maju lebih 30-40 tahun dihadapan adakah mereka ajar anak-anak mereka SAINS DAN MATEMATIK dalam bahasa INGGERIS???????
Salam,
Saya terpanggil untuk memberikan komen/pendapat/cadangan dan sekiranya ianya telah diambil tindakan atau Pak Bakaq boleh tolong majukan kepada sesiapa yang berkenaan, saya rasa amat bersuyukur dan berterima kasih bagi pihak2 yang berkenaan.
1. Saya cuma ingin bertanya, apakah nasib anak-anak muda@mereka2 yang menyertai bantahan secara aman baru-baru ini terbela. Maksudnya, saya terpandang didalam youtube, seorang sukareawan(unit amal) ditangkap oleh FRU/Polis. Apakah tindakan dari pihak penganjur kepada mereka ini?.Apakah ada tempat untuk saudara@ibu@kawan2 kepada beliau yang ditahan (tak kira...unit amal, orang perseorang)memohon bantuan ... dari segi wang jaminan loyar dsb.Sebab apa, mereka2 ini datang dari jauh/dekat bersama2 tapi bila ditahan siapa yang membantu mereka. Kalau Tuan Presiden@Preiden GM yang ditahan memanglah ada yang ingin membantu. Tetapi kalau mereka ini (unit amal yang terdiri dari lepasan sekolah@ remaja), ditahan, macam mana? Ini akan mematikan semangat untuk bersama2 berjuang mempertahan bahasa.
dan
2. Kalau saya tengok kepada video(youtube) perarakan ke istana negara hari tu, apakah mereka2 ini tidak diberi taklimat, nak bawa air@tuala ke(untuk basuh muka bila kena semburan), beberapa orag bawa tin ke (untuk memasukkan gas pemedih mata dari FRU(saya kira kalau 20K orang bawa tin, sure FRU pening).
saya harap mendapat maklumat dari pak bakaq.
(idea 1 sen saya)