Sedap!! Klik gambar di atas!

Berani rasuah, berani rebah!!

Setelah keputusan tiga sayap Umno diumumkan, saya bertanya kepada kawan saya di dalam Umno melalui SMS, "Bolehkah aku kata rasuah yang menang?"

Dia jawab, "Yes".

Petang semalam, saya beritahu beberapa kawan, juga melalui SMS, "Hari ni semua calon (dalam pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri) Umno kalah. Yang menang adalah rasuah. Adakah rakyat biasa, orang susah di Bukit Gantang (kampung saya dalam kawasan Parlimen itu) nak menangkan rasuah jugak?"

Menjelang pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, saya pernah tulis posting yang bertajuk "Undi BN, BK Tan berkuasa!" Sekarang, saya tengah kumpul bahan untuk menulis posting bertajuk "Umno menang, rasuah menang".

Lagu mana pun, saya nak balik bagi tau orang kampung dalam kawasan Bukit Gantang bahawa "Umno menang, rasuah menang". Umno berani rebah, jangan sampai dengan kita-kita pun rebah.

Yang paling menarik, sebelum itu kawan saya yang mengkagumi Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar mesej seperti berikut:
Berita Harian - Datuk Seri Najib (Tun Razak) kata Umno harus berubah atau rebah

Pilihan raya umum ke 12 (8 Mac tahun lalu), Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat kata Umno mesti ditendang sampai rebah

Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Gantang dan Batang Ai mungkin akan talkinkan Umno yang dah jadi jenazah

Pilihan raya ke 13, khas untuk Umno rakyat akan buat kenduri arwah
Adakah rebah bermula dengan berbalah? Kalau polis tak buat benteng manusia antara dua puak bertelagah, adakah akan saling belasah-membelasah? (Video di sini)

Lihat gambar dari The Nut Graph dan The Sun di bawah (sila klik):


Angry supporters of rival candidates hurl abuses at each other and almost traded blows outside the hall where Khairy Jamaluddin was delivering his victory speech. Police acted fast to break up the group to prevent violence (The Sun).

Berikut ialah laporan live blog NST mengenai apa yang berlaku (klik):


Di bawah ni anak saya copy and paste dari live blog itu:
11:24
fauziahismail: OFFICIAL RESULT: KHAIRY JAMALUDDIN is new Pemuda chief

11:24
fauziahismail: He polled 304 votes

11:25
shuhadaelis: thunderous applause filled the hall after KJ was announced as umno youth head

11:26
shuhadaelis: supporters are singing and jumping while some are hugging each other

11:26
fauziahismail: KJ addressing the crowd

11:27
shuhadaelis: mukhriz supporters shouting rasuah and KJ supporters are getting angry

11:28
shuhadaelis: its quite scary down here

11:30
fauziahismail: KJ thanked UMNO Youth for giving him the opportunity to lead

11:31
fauziahismail: KJ said his win not a majority

11:31
shuhadaelis: the crowd is uncontrollable. A fight is likely to break out between supporters but KJ supporters choose to leave the hall

11:31
fauziahismail: calling for members to close ranks

11:31
shuhadaelis: theyre singing Allah selamatkan KJ

11:32
fauziahismail: appealed to supporters of Khir Toyo and Mukhriz Mahathir to work together with him

11:33
shuhadaelis: mukhriz supporters are not satisfied. They are still making noise

11:35
shuhadaelis: KJ supporters are advising each other not to get into trouble

11:36
shuhadaelis: mukhriz supporters refused to budge

11:39
fauziahismail: KJ overwhelmed by the trust given to him in leading the movement

11:40
shuhadaelis: KJ supporters are slowly leaving the hall but some are turning back when they heard shoutings from mukhriz supporters

11:41
shuhadaelis: mukhriz supporters are yelling KJ rasuah again
Satu hari, mungkin jadi berguna laporan-laporan di bawah:
Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.

Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka (Malaysiakini 25/3/09)

Angry Mukhriz and Khir supporters continued shouting outside the hall where Khairy was giving his acceptance speech and wrapping up proceedings of the Umno Youth general assembly.

Rival supporters had a minor scuffle and police were called in to form a human chain to separate them (The Nut Graph 25/3/09)

In the wake of the announcement, a group of about 200 Mukhriz supporters held an impromtu rally at about 11.30pm to protest against the surprise election results.

"Khairy, rasuah (corruption)," they shouted, venting their frustration.

They were later joined by about 200 Khairy supporters and both sides began taunting each other.

As the crowd grew unruly, police were called in to form a human barrier to keep the two groups apart (Malaysiakini 25/3/09)
Berani rasuah, berani rebah!!



Berkaitan:
Apakah 304 Perwakilan Pemuda Umno sanggup pikul tanggung jawab bila UMNO dikuburkan? (The "thirteen million plus Ringgit" guy)
Troubled days ahead for Umno Youth (Malaysian Insider 26/3/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq,

    Perkembangan ini merunsingkan. Kalau pemuda UMNO boleh bertegang leher sampai hampir brgaduh sesama sendiri, apa akan jadi di pilhanraya2 akan datang. Adakah pemuda UMNO tahan lasak ini akan bertembung dengan AMK yang tidak kurang cenggehnya? Saya tak masukkan pemuda PAS kerana setakat ni unit amal mereka masih berhemah...

  2. aku comment leh x?

    kire nye politik wang yang dimaksudkan oleh ahli displin UMNO hampeh ('adUh') hari tu, KJ ni merasuah 304 orang la kan... camtu la kirenyekan... sebab ade 304 ekor kaldai... tapi 'adUh' haritu kate die nye rasuah sikit je...

    cube kite kire ramai2 ye...berape yang dimaksudkan dengan sikit tu..

    katelah habis kedekut piang si-KJ ni, dia blanje 304 orang ni minum teh tarik, maknenye KJ nye rasuah dah 304 hengget(itupun kalau segelas singgit), agak banyak gak tu (boleh beli susu budak tu)... tapi takkan teh saje kut... katelah paling koman pun ade roti canai...

    So katalah total sorang makan rasuah ni rm3.00... maka 3.00x304kaldai=912hengget... uiyoo... 912.00hengget tu.. (dapat le bayar kete 3 bulan)

    tambah rokok penanggar lagi.. dunhill-14 le senang kire dan bergaye sikit.. (6.50+3.00)x304kaldai=2888.00hengget..
    tapi kalau orang malaysia ni takat rasuah minum+makan+rokok takde maknenye.. abis klu da pas makan nak balik cemane? yedak?

    kate la KJ yg baik hati ni bagi lg duit poket atau angpau atau sumbangan ikhlas setulus hati untuk buat duit tambang balik, kurang2 klu nak jd pemuda UMNO (jwtn besar nih) kenele bagi sorang 1000(habis busuk da ni)... dah brape dah tu? (304x1000)+2888=RM306,888.00...

    ish-ish... banyak tu.. setaun gaji aku pun tak dapat camtu... tapi ape leh buat 'adUh' kate 306,888.00 hengget ni amaunt sikit je, boleh bertanding lagi belum kire rasuah lagi, bagi amaran cukupla...

    ini bukan malaysia BOLEH tapi malaysia BODOH.. bukan aku kate orang australia yg kate.. hehhe..

    hmm.. abeh koman pun rm306,888 abis.. kalau minum kat coffe bean? ade kot 1,000,000.00 baru kire banyak kut bg 'adUh'?

  3. modai tu...
    boleh buat modai tu..
    ha ha haa...
    bukan modai goreng pisang...
    modai pilihanraya...
    ha ha ha haaaa

  4. Ingatkan khir toyo hebat, rupanya mukhriz lagi habat! Kecewalah Mahathirrrrr ......!!! Aduhai sayang, apa nasib orang terbuang ?

  5. Perasuah menang?? Makin banyak lesen arak dan judi yang akan dikeluarkan oleh KJ.Bersedia untuk mabuk..!

  6. Apa komen Datuk Mahfoz Omar ? Tuan telefon dia mintak komen. Beliau ketua penerangan parti Melayu Pas. Beliau boleh menerangankan cahaya yg gelap ini ke arah pencerahan. Dalam Pari Melayu Pas tak ada rasuah ke ? Rasuah sudah ada lama dlm parti Melayu. Cuma nampak tak nampak oleh mata kasar. Biar apa pun Datok Mahfuz seorang pejuang bangsa Melayu dlm usaha untuk menyelamatkan akhbar Harakah dan Keadilan terus di gantung tanpa tali oleh parti Melayu Umno. HIDUP ! HIDUP ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MALAYSIA TANAH AIR KU !

    Ja'far Ahmadi, Pas Bukit Bintang14

  7. kah...kah..kah..anak menantu menang, anak mamak terbongkang....KHIRTO TERKANGKANG... SEBENARNYA SEMUA RASUAH....YANG MENANG RASUAH BANYAK, YANG KALAH RASUAH KURANG....

  8. Pak Bakaq,

    Keputusan malam tadi sekadar satu mesej yg jelas drp perwakilan (baca hantu raya) kepada pemimpin2 umno bahawa "TANPA RASUAH, PEMIMPIN REBAH"!

    Aku yakin Tun Mahadet adalah insan yg paling gumbira kerana anak dia kalah, sekurang2 beliau boleh dabik dada " ANAK AKU BERSIH, SEBAB TU DIA KALAH"

    Akhir kalam....BERI JADI RASUAH, TAK BERI SAH KALAH!

    TOK DEN

  9. Pak Bakaq...
    adakah polisi rasuah UMNO akan berubah andainya mana2 calon pemimpin mereka menang semalam?aku pikir tidak...u know y ?cause that party had been corrupted, rotten through the core...they will rebah wether they berubah or not..

  10. Orang UMNO tak delah sibuk pemilihan PAS, tapi ini berlaku sebaliknya.

    Fokuslah Pak Bakar demi meningkatkan martabat pemuda PAS yang hilang taring dibelenggu DAP itu.

    Diantara menangnya rasuah dan menangnya DAP, dua-dua orang Melayulah yang rugi.

  11. Pak Bakaq....

    Dari budak tahun 6 hingga ke orang2 tua...semua dah tahu...'SIAPA LAH UMNO TANPA RASUAH'kesian aku tengok orang2 melayu dalam UMNO ni....lebih baik la hangpa semua keluaq umno tu cepat2 sikit...kalau tak mau join PR pun hangpa pi la geng dgn Brahim Ali kaaa ....kalau ikut sejarah dunia...memang pertubuhan2(yg berkuasa)yang serupa ini akan hancur dek tangan2 mereka sendiri....haha...tu la org2 UMNO ni maleh membaca sejarah...tak sabaq nak pi lawat kubur UMNO pada 2013 nanti or may be it will die shortly....

  12. Salam bang bakaq n family

    Bagi G7 yg punyai kuasa memilih dlm PAU semalam dan hari ini tidak punyai pilihan. Jgn kata kita yg tengok jauh, yg nak mengundi pun payah nak cari calun yg bersih. Pilih la sapa pun pastinya merebahkan UMNO, sebelum parti rebah 3 tahun lagi sekurang sempat juga mereka2 mamasang kuda2 baru agar tidak turut rebah tersungkoq. UMNO la ni senang cakap ibarat buah nangka, dibalut 'mangkak', tak dibalut 'busyuk'. Biaq pi la.

  13. Pak Bakap,

    Berita Harian - Datuk Seri Najib (Tun Razak) kata Umno harus berubah atau rebah

    Pilihan raya umum ke 12 (8 Mac tahun lalu), Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat kata Umno mesti ditendang sampai rebah

    Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Gantang dan Batang Ai mungkin akan talkinkan Umno yang dah jadi jenazah

    Pilihan raya ke 13, khas untuk Umno rakyat akan buat kenduri arwah

    SEDAP SUNGGUH PANTUN INI..

  14. Ala...tak lama tu...sekejap aje...nanti ...bila dah banyak masyukkkk....hi..hi...bye..bye lah kat mukhriz....biasalah orang umno...

  15. Pak Bakaq yg dihurmati,

    Slogan berubah atau rebah memang sesuai diubah spt slogan yang pak bakaq gunakan tu:

    "BERANI RASUAH, BERANI REBAH"!!!!

    Memang patut dan tepat sekali slogan ini..baru padan muka semua orang umno kerana tertipu dengan menghantar perwakilan musang berbulu ayam, yang kebanyakannya tidak jujur, tidak amanah, tidak memikirkan survival bangsa, tidak boleh diharap dan kaki rasuah..selepas ini nanti merempatlah kamu orang2 melayu kat bumi yang sedang menggunakan nama MALAY sia ini..jganlah merasa sedih kerana kamu telah diberi pisau dan tangan kamu sendiri yg mencincangnya..rasakanlah!!!!!

  16. Kepada En Bakar,

    Per: Pemilihan Ketua Pemuda UMNO (Sarkis)

    Perkara di atas adalah dirujuk. Saya amat berterima kasih kepada para perwakilan yang 'matang' memilih kerana dengan kemenangan En Khairy Jamaluddin maka lebih cepatlah parti sarkis menemui ajalnya.
    1. Yey yey Mukhriz kalah!!
    2. Yey yey Toyol kalah!!

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,
    Zamberi bin Sipon
    Ketua Kompang Kampung Olak Lempit, Sepang
    Merangkap bekas ahli UMNO (sarkis) 1988-2008

  17. PWTC dah jadi padang bolasepak uniseks.
    Baju bernombor dan bernama.-siapa taja????
    Tak mungkin DUNHILL atau Coca-Cola.
    Di mana SPRM????
    Inilah benih transformasi yang akan bercambah dan mematikan UMNO.
    Najib hendak tanam padi,tapi tumbuh lalang.

  18. Pepatah Cina: Ikan itu mula busuk dikepala,dan kepala(tunggak)BN ialah UMNO.Sejak Mahathir jadi PM dulu hingga sekarang tanyalah,kajilah dan renungkanlah "Mengapa sesuatu malapetaka itu berlaku ?" - Bangunan runtuh dilereng bukit,meningkatnya kematian dijalanraya,banjir tak habis-habis diLembah Kelang,banjiran pendatang tanpa izin,mahkamah dah jadi mahkamah beruk dan individu yang sepatutnya dipenjarakan dinobatkan jadi pemimpin - semua ini disebabkan olih "RASUAH". Tanyalah apa sahaja masaalah,kelemahan dan ketidakbetulan - jawabnya akan kembali kepada "RASUAH".Salah satu sebab gejala ini sudah jadi wabak kerana sejak dulu lagi Badan Pencegah Rasuah(BPR) dan sekarang MACC pula - tak buat kerja dengan betul dan senang pula dipengaruh.Bila orang kata si-anu si-anu itu rasuah - mereka akan jawab "Mana bukti?" walhal kerja mereka sepatutnya "mencari bukti" malangnya mereka suruh kita pula buat kerja mereka. Kalau tak ada "lapuran polis" mereka tak akan bertindak walhal orang ramai(rakyat) dah bosan dengan "laporan polis" ini sebab "harap pagar,pagar makan padi"(petikan dari pandangan bekas Ketua Polis Negara -Tun Hanif Omar).Jadi apa yang diharapkan sangat dari pemilihan pemimpin-pemimpin UMNO ni.Ular turun,naga naik,buaya turun beruk naik,biawak turun harimau naik dan lembu turun,keldai naik.Kalau luncai-luncai(2600 jumlahnya)nak terjun dengan labu-labu mereka - biarkan,biarkan,biarkan.

  19. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan enam Minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  20. Antara Buaya dan Bangkai.....
    Adakah Sang Buaya akan menolak bangkai sekiranya diberikan daging yang halal....
    Sudah pasti Sang Buaya akan mengikut telunjuk ketuanya yang rakus menjamah bangkai.....
    Maka samalah selera bagi seluruh sang-buaya di dalam satu parti jamuan bangkai....
    Melompat, menerjah, menerkam dengan rakus sang bangkai seperti pertunjukan SARKIS...
    Bertambah malangnya sekiranya bangkai tersebut adalah bangkai babi dan anjing......
    Hakikatnya:
    Pemimpin buaya tidak akan dapat membetulkan anak-anak buaya sekiranya pada hakikatnya beliau adalah buaya yang masih menjamah bangkai diupah badut SARKIS...


    Antara Tangan yang kotor dan kain yang bersih.....
    Sekiranya tangan itu kotor bagaimanakah ia dapat memegang kain yang bersih.....
    Adakah akan disalahgunakan kain yang bersih bagi membersihkan tangannya dahulu.....
    Tetapi hakikatnya kain yang bersih akhirnya tidak bersih lagi....
    Kain yang bersih itu akan terus dikotorkan....
    Bertambah malanglah sekiranya kotoran itu kotoran yang teramat kotor umpama najis berat seperti babi dan anjing.....
    Hakikatnya,
    Sekiranya kita mahu pastikan kain itu bersih, maka dari awal lagi kita kena pastikan tangan kita bersih dahulu......
    Tapi sekiranya tangan kita sudah kotor dengan najis berat babi dan anjing, tiadalah dapat kita memegang kain yang bersih, maka tinggalkanlah kain yang bersih itu pada orang yang bersih....
    Jika tidak seluruh DUNIA akan terus menuduh dan membuktikan siapakah sang pengotor sebenar......
    Siapa yang malu dia dan keluarganya....
    Siapa yang malu dia dan negaranya....
    Siapa yang malu dia dan rakyat negaranya.....

    Kata orang tua....
    Segeralah bertaubat sebelum terlambat....
    Taubat tidak akan diterima sekiranya ajar sudah tiba....
    Taubat tidak berguna sekiranya sudah ditalkinkan......

    Kata Sudin (dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk)......
    Alif Min Nun Wau = SARKIS

    Walaubagaimanapun saya tetap Peminat Setia Laksa Padang Polo....
    (Sekarang ni, jarang pekena laksa Padang Polo, sebab cuba resepi baru laksa Bukit Gantang)

    Dari ilmuku yang dangkal ini.....

    ------MINda TEnang-------

  21. salam...
    fitrah manusia itu bersih..tetapi apabila disulam ngan amalan mungkar menjadikan ia kotor...kotornya bukan seperti kotor najis kerana sekotor-kotor najis masih boleh dibersihkan.ada caranya membersih kotoran najis dalam fekah...bagaimana dengan manusia? kotornya itu tidak nampak kerana zulmat2 itu menutup hatinya dari kebenaran...melakukan sembahyang tapi masih mengata org,menganiaya org,makan rasuah dan bermacam lagi...hendak mencuci hati yang kotor tidaklah semudah ngan kata-kata dan amalan sahaja...perlu kepada ilmu dan berguru...inilah pandangan saya untuk di kongsi bersama..
    wassalam..

  22. (tengah berkabung)

  23. Sisingamangaraja Gorgor said...

    (Ikut sama berkabung gak...~)

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008