Sedap!! Klik gambar di atas!

Apa nak jadi, Najib?!!

Seorang tokoh korporat menghantar SMS kepada saya mengenai kedudukan ringgit. Minggu lepas, katanya, nilai ringgit berada pada paras paling rendah dalam tiga tahun berbanding dollar apabila ditutup pada kadar 3.715. April tahun lalu, ringgit berada pada kadar 3.13 berbanding dollar. Maknanya jatuh 16 peratus dalam 11 bulan.

Ringgit diramalkan terus jatuh minggu hadapan. Sesetengah penganalisis mengunjurkan ringgit akan berada pada kadar RM4 berbanding dollar. Beliau bertanya, apa nak jadi Malaysia ni?

Oleh kerana SMS itu dalam Bahasa Inggeris, ni saya jawab: (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) could answer.

And, maybe we need more answers from Najib here.

Berkaitan:
Second stimulus is too late, says Ku Li (Malaysian Insider)
Can RM50b ward off recession? Maybe not (Malaysian Insider)
Focus should be on economic crisis (NST)
Berapa bilion bajet mini Najib? (Malaysiakini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Indeks bakal pm adalah yg terendah dalam sejarah Malaya selepas merdeka tahun 1957!

    Tokden

  2. Salam

    Apa yang dia cakap tu betul ke...marah je?
    sila rujuk pak bakaq..



    http://faisalrohban.blogspot.com/

    man cai

  3. Berita minggu lepas mengesahkan sistem perbankan islam tak tergugat langsung dalam krisis ekonomi global kini... Klu dah begitu..kenapa BN/DS Najib masih tak mahu gunapakai sistem ekonomi Islam lagi. Tak yakin kot.. Benarlah spt firman Allah bermaksud "Apakah mereka nak gunapakai sistem/ hukum Jahiliah. Yang manakah sistem/hukum yang lebih baik dari hukum/sistem Allah swt bagi orang yang yakin.' (Maaf..Ayat/surah tak ingat).

  4. salam

    mungkin masa yang molek untuk kita gunakan dinar emas?

  5. Bagus juga nanti duit kita jadi macam duit jepun cap pokok pisang masa zaman jepun dulu sampai tak laku,biaq pi kat hampa, sokong lagi malaun tu.

  6. Politik & ekonomi semuanya merudum di Malaysia..
    Puncanya ialah c4 dari pemimpin tertentu..mana x hancur..kalo tak caya tanya altantuya..hehehe..

  7. Pemimpin Umno/Bn dan para pembodek mereka termasuk yang bergelar cerdik pandir terus mengatakan bahawa perkembangan ekonomi Malaysia berada di tahap positif!

    Adakah mereka mengatakan begitu berpandukan kepada kata-kata mereka yang lepas bila membandingkan kehebatan Malaysia dengan negara Uganda, Somalia, Laos serta beberapa negara mundur di Afrika Selatan?

    Benarlah rupanya pemimpin Umno memang menipu rakyat kerjanya sepanjang masa.

    http://tokperan.blogspot.com

  8. Karim

    Komen hang terpaksa diedit seperti berikut:


    Rinngit Malaysia pon hang nak C4 jugak!!

  9. Semua dalam forum ni cakap je pandai,ekonomi keluargapun tak terjaga nak cakap lebih-lebih,sebelum komen,tengok diri sendiri dulu...weh betul ko tidak.

  10. kalau PAS lead pun xkan implement sistem Islam. Isu hudud pun terkencing menghadap DAP, inikan pula nak laksana hukum2 Islam yang lain. Setakat cakap berapi-api sambil maki hamun orang bolehla...

  11. Nilai Rm koi jatuh patut Paklah jumpa Anwar ,depa dok bincang apa kat surau Nurul Iman, Hulu Langat? (lapor malaysiakini) awat depa tak ajak Presiden Pas sama, takkan depa telupa kot.Bincang pasal duit jatuh ka pasai lain.Nilai Rm jatuh tah2 sekali ngan Najib jatuh.Najib mungkin hantar orang dia pi siasat

  12. jib jib lepas ni bajet apa pulak!

  13. Bakaq,

    Aku dengar dari seorang syiah kat johor beritau aku pasal Hadrat Umar RA yang memaksa Rasulullah SAW menyatakan "KitabAllah dan Sunnahku" (kononnya Nabi SAW hanya nak menyatakan "KitabAllah sahaja") dalam Khutbah Haji Perpisahan. Tapi dalam ruangan Islam kau diatas tentang Ijtihad Umar kau punya cerita lain pulak, Hadrat Umar RA yang paksa larang Sunnah Nabi SAW.

    Lepas ni kau masukanlah pasal Ijtihad Aisyah, Ijtihad Usman dan lain-lain pulak. Kau kutuklah semua Sahabah Nabi SAW, kau fitnahlah mereka macam kau kenal mereka sgt duduk berjiran sebelah rumah kau atau selalu lepak dgn kau kat kedai mamak.

    Perlahan2 kau cuba pengaruhi pelawat2 blog kau dgn fakta2 manipulated kononnya dari Sahih Bukhari Muslim, padahal kau sendiri menolak Bukhari Muslim. Perlahan2 kau cuba pengaruhi orang lain benci Sahabah dan kemudian nampakkan kelemahan Nabi SAW.

    Kau cerca kutuk Najib dan org rumah dia, kau belasah anwar ikut selera kau selain kau lanyak pemimpin2 pas yang tak ikut citarasa kau. Hampir setiap hari aku baca tulisan kau baru hari ini aku perasan tentang kau.

    Siapa kau sebenarnya Bakaq?!!

    Aku tak nampak satu fahaman yang lebih hina dari agama lain selain dari fahaman yang memberi hukum "harus" bermuta'ah dgn pelacur (dari kitab Ayatollah Khomenei). Tolong siarkan comment aku ini, kau jangan berselindung di sebalik perjuangan Islam kau!!

    Aku ucapkan SYABAS utk perjuangan Islam kau!!


    dari,
    Hamba kerdil ummat Nabi Mohd SAW.

  14. awat hang tak siar comment aku pasai ruangan syiah-islam hang? part-part yg kena betul kat batang hidung hang sembunyikan ye bakaq. Takut org kenal siapa hang kot. Takpa hang takyah siarkan. insyaAllah bila hang nak mati org kenai sapa hang. Pejuang tulen islam!!

  15. Anonymous Wednesday, March 11, 2009 5:52:00

    Kalau ya pun nak suruh orang siarkan komen hang, cuba bawak bersabar sikit. Aku bukan duduk depan komputer ni 24 jam.

    Aku dengar dari seorang syiah kat johor beritau aku pasal Hadrat Umar RA yang memaksa Rasulullah SAW menyatakan "KitabAllah dan Sunnahku" (kononnya Nabi SAW hanya nak menyatakan "KitabAllah sahaja") dalam Khutbah Haji Perpisahan.

    Fakta tak betul. Jangan menghina RasuluLlah dengan menuduh beliau boleh dicucuk hidung!

    Kau kutuklah semua Sahabah Nabi SAW, kau fitnahlah mereka macam kau kenal mereka sgt duduk berjiran sebelah rumah kau atau selalu lepak dgn kau kat kedai mamak.

    Perlahan2 kau cuba pengaruhi pelawat2 blog kau dgn fakta2 manipulated kononnya dari Sahih Bukhari Muslim, padahal kau sendiri menolak Bukhari Muslim. Perlahan2 kau cuba pengaruhi orang lain benci Sahabah dan kemudian nampakkan kelemahan Nabi SAW.


    Aku serahkan ayat-ayat di atas kepada Allah s.w.t.

    Nak nampakkan kelemahan Nabi s.'a.w.w.? Hanya orang paling celaka yang merasakan Nabi yang suci ada kelemahan. Bukan sahaja menghina Nabi yang suci, malah menghina Allah kerana menuduh Allah mengutuskan seorang yang lemah sebagai Rasul-Nya. Adakah Allah tak reti buat kerja sehingga menghantar seorang yang lemah sebagai Rasul-Nya dan selepas itu berfirman pula "Sesunggguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu"?

    Aku berlindung dari perbuatan menghina Allah dan Rasul-Nya!!!

    Hang beriman kepada sangkaan hang, lepas tu hang marah-marah kat aku berasaskan sangkaan hang.

    Mudah-mudahan kita berjumpa di hadapan Allah di Hari Perhitungan nanti. Semuanya aku serahklan kepada Allah.

  16. hang marah ka aku yang marah?

    beriman bukan bole ikut sangkaan, bakaq. macam hang sangka-sangka Sahabat Nabi SAW, macam hang sangka-sangka kat orang lain ikut citarasa hang.

    satu lagi, hang tak fikir ka tak berapa sedar ka ruangan hang tentang ijtihad saidina abu bakar dan saidina umar menghina Allah dan RasulNya?

  17. Anonymous said...
    Wednesday, March 11, 2009 9:25:00 AM MYT

    hang marah ka aku yang marah?

    Marah apa hal?! Hanya terpaksa jawab. Kalau tak jawab akan menipu orang lain yang turut baca fitnah hang kat aku. Menuduh aku nak mendedahkan kelemahan Nabi yang suci dari kelemahan. Bawa fitnah hang tu ke Padang Mahsyar!

    Buat rugi bateri ja marah kat hang.

    beriman bukan bole ikut sangkaan, bakaq. macam hang sangka-sangka Sahabat Nabi SAW, macam hang sangka-sangka kat orang lain ikut citarasa hang.

    Hang yang menulis di sini berdasarkan sangkaan, berdasarkan hearsay, lepas tu hang lecture pulak fasal beriman bukan bole ikut sangkaan

    satu lagi, hang tak fikir ka tak berapa sedar ka ruangan hang tentang ijtihad saidina abu bakar dan saidina umar menghina Allah dan RasulNya?

    Aku peduli apa hina ka, tak hina ka. Bukan aku yang nak kena bertanggungjawab.

    Bila kita copy and paste sejarah yang diterima sebagai authentic yang orang terdahulu tulis, bukan urusan kita nak mempertahankan apa-apa yang siapa pun buat.

  18. jib..bajet utk org nak kawen xde ke..aku xde bajet ni..huluq la sket xkan x boley kot hg duit dah byk dah...huhuhee

  19. To Anon 2;20pm
    Berita minggu lepas mengesahkan sistem perbankan islam tak tergugat langsung dalam krisis ekonomi global kini... Klu dah begitu..kenapa BN/DS Najib masih tak mahu gunapakai sistem ekonomi Islam lagi. Tak yakin kot..
    ____________________________________

    Islamic banking selamat pasal kita ban jual beli hutang (credit derivative)

    Nak buat whole Islamic Banking rasanyer tak boleh lagi, tak cukup org lagi. Kalau tgk kat universiti, berapa ramai yg ambik Islamic Banking & Finance, yg ambik Islamic Accounting, yg ambik takaful?

    Yang mana dah ada pengalaman, pegi "lari" ke Timur Tengah, London( a new emerging Islamic finance center, Just launched a takaful)

    Pasal RM jatuh? bukan ke bagus
    Kita ni negara pengeluar/pengeksport. Banyak kilang elektronik yang dah nak tutup mungkin bulih terus beroperasi, pasal barang kilang yg di eksport jadi lebih murah. Bulih laaa budak budak kilang, buat overtime or keep their job

    kita ni eksport minyak, jual dalam USD. Bila USD strengthened, maka kita dapat lebih banyak RM.

    Jepun belanja billion USD, to keep their Yen low.

  20. kata pak bakaq : Aku peduli apa hina ka, tak hina ka. Bukan aku yang nak kena bertanggungjawab.

    Bila kita copy and paste sejarah yang diterima sebagai authentic yang orang terdahulu tulis, bukan urusan kita nak mempertahankan apa-apa yang siapa pun buat. -end

    Kata saya pulak: Pak Bakaq! Jangan dok copy-paste benda yang kita tak paham dan taktau letak duduknya keadaan tu. Kang kita ikut jadi penyebar fitnah. Biaq pi la soal sahabat2 nabi SAW tu kita gantung biaq Allah Taala yang jatuh hukum. Tapi bila kita tumpang tui sama sebaq fitnah yang kita taktau authentic tara mana sumber yang kita ambik copy-paste tu, berenti jangan dok buat.

    Saya baca artikel mamat yang tulih Ijtihad Abu Bakar (paling koman pun tulih la Saidina macam pak Bakaq dok tulih (imam) Ali) lebih kepada nak kutuk saidina Abu Bakar. Hormatlah sikit para sahabat.

  21. budak Kg Jebong kata

    Pak Bakaq! Jangan dok copy-paste benda yang kita tak paham dan taktau letak duduknya keadaan tu. Kang kita ikut jadi penyebar fitnah. Biaq pi la soal sahabat2 nabi SAW tu kita gantung biaq Allah Taala yang jatuh hukum. Tapi bila kita tumpang tui sama sebaq fitnah yang kita taktau authentic tara mana sumber yang kita ambik copy-paste tu, berenti jangan dok buat.

    Saya selalu jumpa ayat seperti di atas. Lalu takutlah semua yang takut untuk membicarakan sejarah dengan telus.

    Kalau sumber tak authentic, pertikaikan sumber itu. Buktikan sumber itu tak betul dan fitnah. Apa hal yang menakut-nakutkan orang membicarakan sejarah secara telus?

    Membaca sejarah bukan mengata kat orang.

    Kalau kita copy and paste tulisan sejarah yang mengkisahkan Abu Hurairah kena penampaq dengan Omar, bukan urusan kita siapa betul, siapa salah dalam kisah tu. Yang kita nak tau sebab Abu Hurairah kena tampaq dan sebab apa Omar tampaq.

    Apa masalahnya baca cerita seperti itu? Haram ka? Makruh ka? Atau bagaimana?

    Jangan lupa, kita baca sejarah yang ditulis oleh pihak yang menang dan berkuasa.

    Sebagai contoh, kandungan sejarah Malaysia di sekolah-sekolah ditulis dengan "perkenan" Umno yang menang dan berkuasa.

    Kalau dalam sejarah tu ada kisah Dr Mahathir bergaduh dengan Pak Lah serta Najib dikait-kaitkan dengan pembunuhan Altantuya, adakah kita nak kata kepada generasi akan datang supaya Jangan dok copy-paste benda yang kita tak paham dan taktau letak duduknya keadaan tu?

    Dengan mengambil contoh itu juga, adakah seperti berikut ayat-ayat orang-orang Umno kepada anak cucu mereka?

    Jangan dok copy-paste benda yang kita tak paham dan taktau letak duduknya keadaan tu. Kang kita ikut jadi penyebar fitnah. Biaq pi la soal para pemimpin Umno tu kita gantung biaq Allah Taala yang jatuh hukum. Tapi bila kita tumpang tui sama sebaq fitnah yang kita taktau authentic tara mana sumber yang kita ambik copy-paste tu, berenti jangan dok buat.

    Saya rasa, Umno pun tak teruk sampai lagu tu bila membaca sejarah.

    Ada siapa2 nak membakar buku-buku sejarah yang dia tak suka kandungannya? Biar yang ada hanya buku-buku sejarah yang dia suka sahaja kandungannya.

    Kalau ayat-ayat saya berbunyi angkuh, saya sungguh2 mohon maaf.

  22. Anon 2;20pm ;
    Berita minggu lepas mengesahkan sistem perbankan islam tak tergugat langsung dalam krisis ekonomi global kini... Klu dah begitu..kenapa BN/DS Najib masih tak mahu gunapakai sistem ekonomi Islam lagi. Tak yakin kot..
    __________________________________
    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking&type=ib
    No. Name Ownership
    1 Affin Islamic Bank Berhad L
    2 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad F
    3 Alliance Islamic Bank Berhad L
    4 AmIslamic Bank Berhad L
    5 Asian Finance Bank Berhad F
    6 Bank Islam Malaysia Berhad L
    7 Bank Muamalat Malaysia Berhad L
    8 CIMB Islamic Bank Berhad L
    9 EONCAP Islamic Bank Berhad L
    10 Hong Leong Islamic Bank Berhad L
    11 HSBC Amanah Malaysia Berhad F
    12 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
    13 Maybank Islamic Berhad L
    14 OCBC Al-Amin Bank Berhad F
    15 Public Islamic Bank Berhad L
    16 RHB Islamic Bank Berhad L
    17 Standard Chartered Saadiq Berhad

    Ada 17 Islamic Bank kat Malaysia

    Commercial Banks
    No. Name Ownership
    1 Affin Bank Berhad L
    2 Alliance Bank Malaysia Berhad L
    3 AmBank (M) Berhad L
    4 Bangkok Bank Berhad F
    5 Bank of America Malaysia Berhad F
    6 Bank of China (Malaysia) Berhad F
    7 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad F
    8 CIMB Bank Berhad L
    9 Citibank Berhad F
    10 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad F
    11 EON Bank Berhad L
    12 Hong Leong Bank Berhad L
    13 HSBC Bank Malaysia Berhad F
    14 J.P. Morgan Chase Bank Berhad F
    15 Malayan Banking Berhad L
    16 OCBC Bank (Malaysia) Berhad F
    17 Public Bank Berhad L
    18 RHB Bank Berhad L
    19 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad F
    20 The Bank of Nova Scotia Berhad F
    21 The Royal Bank of Scotland Berhad F
    22 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. F

    22 Commercial Bank vs 17 Islamic Bank

    Rasanya kita dah melangkah ke jalan yang betul, mungkin sikit masa lagi jumlah Bank Islam lagi tinggi dari conventional bank, jadi 60:40 sebagaimana jumlah penduduk Islam:Bukan Islam

    Satu lagi isu, jumlah pekerja yang terdedah dgn Islamic Banking tak ramai. Universiti pun tak banyak buat kursus Islamic Banking & Takaful

    yang dah ada pengalaman, "lari" pegi Timur Tengah, Singapore, London. Kat sana lagi masyuk

    Physical building & licence kerajaan bulih sediakan cepat, tapi yang part software/ human resources yang paling susah. Product development issue lagi pening. Kita bukan kata nak yang paham syariah, tapi mesti paham Syariah & technicalities of the product. Kalu tidak produk tak laku, tak leh nak bersaing dgn conventional product. Itu yang sampai sekarang ramai dok merungut kena kadar keuntungan/ profit rate Islamic Bank lagi tinggi dari kadar conventional bank

    Kenapa Wahab Patail kata Pinjaman Perumahan jenis BBA menindas. BBA ni tak lepas di Timur Tengah. Depa dokpakai Musyarakah mutanaqisah. Bank kita tak nak pakai, pasai BBA lagi untung.

    Ikut Islam bank kena beli rumah dan jual balik pada pembeli, dgn plan bayaran tertunggak. Tapi bila rumah siap 80% dan terbengkalai, pembeli yang menanggung. Kata bank beli & jual rumah?
    Bank jual rumah tak siap? tak terbatal ke perjanjian.?

    Ni yang kata, pembuat produk nak kena paham technicalities & syariah, tak de laaa Penasihat Syariah dok dengar kata pembuat produk, dan mencari cara bagaimana nak "mensyariahkan" produk.

    Jauh lagi perjalanan, perlahan lahan laaaa. Software tak cukup lagi

    Bab perlahan lahan ni, sila refer kepada tulisan Zubair Hasan: Islamization of Knowledge in Economics: Issues and Agenda ...
    http://mpra.ub.uni-muenchen.de/2981/


    ex-ROTU

  23. salam kepada semua ...

    Suka aku tengok kau orang berdiskusi ..harap -harap berdiskusi secara ilmiah bukan secara emosional or macam orang umno
    wassalam

  24. Maaf pak Bakaq diterima walaupun bunyinya angkuh sebab ambik contoh UMNO (puak yang tak terpakai). Hehehehehe...

    Terima kasihlah sebab 'sekolah'kan saya yang budak lagi ni.

    Agak2 kalau saya jadi syiah, nak muta'ah dengan anak dara pak Bakaq (kalau ada) boleh tak?

  25. Terima kasihlah sebab 'sekolah'kan saya yang budak lagi ni.

    Agak2 kalau saya jadi syiah, nak muta'ah dengan anak dara pak Bakaq (kalau ada) boleh tak?


    Sekolah tu apa maknanya?

    Agak2 kalau mak hang atau kakak hang atau adik perempuan hang jadi syiah, nak muta'ah dengan depa (kalau ada) boleh tak?

  26. Anonymous at Wed, Mar 11, 2009 at 5:30 PM

    Tak berani saya nak siar semua. Terpaksa edit spt di bawah:


    R***** M***** senyum, mengilai dan ketawa berdekah-dekah finance stimulus Pak Najib. R***** memang kaki perabis duit. Inilah peluang akuuu..! Itulah jadinya bila meletakkan amanah pada bukan orangnya. So jangan bagi ***** jadi PM. Tengok kalau dia jadi juga negara akan papa kedana, lingkup habis. Bunyinya 60 billion, tiris, tol sana sini samapailah kat rakyat 600 juta aje! Hampas

  27. Hurm.. menarik.. menarik.. kalau famili saya syiah la.. sila kan.. Bukankah bermuta'ah itu mendekatkan kita dengan Allah Taala. Tak gitu? Saya muta'ah anak pak Bakaq, pak bakaq pulak muta'ah kakak saya ka, mak saya ka. Bila masing2 dapat anak, kita nak pakat2 panggey apa eh? Saya panggey pak Bakaq Ayatolla Rohulla Bakaq, pak Bakaq panggey saya apa2 pun tak kisah la. Lagipun syiah memang benarkan dan galakkan bermuta'ah.

    Tapi syyh.... jangan dok cerita kat orang pak Bakaq, nanti 'taqiah' saya terkantoi. Tu cabang iman dalam Syiah tu. Kang amalan saya tak diterima.

  28. Hurm.. menarik.. menarik.. kalau famili saya syiah la.. sila kan.. Bukankah bermuta'ah itu mendekatkan kita dengan Allah Taala. Tak gitu? Saya muta'ah anak pak Bakaq, pak bakaq pulak muta'ah kakak saya ka, mak saya ka. Bila masing2 dapat anak, kita nak pakat2 panggey apa eh? Saya panggey pak Bakaq Ayatolla Rohulla Bakaq, pak Bakaq panggey saya apa2 pun tak kisah la. Lagipun syiah memang benarkan dan galakkan bermuta'ah.

    Tapi syyh.... jangan dok cerita kat orang pak Bakaq, nanti 'taqiah' saya terkantoi. Tu cabang iman dalam Syiah tu. Kang amalan saya tak diterima.


    Terima kasih. Memang aku tunggu sungguh dan harap sangat2 jawapan macam di atas. Terima kasih sangat-sangat! Pandai mak bapak hang ajaq hang...

    Terima kasih kerana memperkenalkan diri hang sejak dari ayat Agak2 kalau saya jadi syiah, nak muta'ah dengan anak dara pak Bakaq (kalau ada) boleh tak?.

    Dan aku balik kepada saranan aku yang asal: Kalau sumber tak authentic, pertikaikan sumber itu. Buktikan sumber itu tak betul dan fitnah. Apa hal yang menakut-nakutkan orang membicarakan sejarah secara telus?

    Itu subjek yang hang bukak dalam reaksi hang terhadap jawapan aku kepada komen orang lain. Subjek yang hang buka hang tinggalkan, hang merayau rata-rata isu mut'ah la, taqiyyah la.

    Hang ada bercakap fasal adab dlm posting "Raja Nazrin dan Pak Kadok".

    Hang yang cakap fasal adab, lepas tu hang sendiri yang tak ikut apa yang hang cakap.

    Berselisih pendapat tak payah pakai adab? Main tibai ja apa nak cakap?

    Pandai mak bapak hang ajaq hang...

  29. Salam utk semua,

    'budak kg jebong', terima kasih krn menegur saya tentang gelaran kemuliaan utk para Sahabah RHum. Saya menulis begitu mengikut (copy) tajuk artikel ruangan islam bakaq diatas. Saya suka menggunakan gelaran "Saidina" dan "Hadrat" kpd Sahabah RHum. Tiada alasan utk kesilapan begini krn kita perlu berhati-hati di dalam menyebut nama dan lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang Sahabah Rasulullah SAW. Mohon ampun pada Allah, RasulNya dan sekelian Sahabah yang Allah Redhai.


    Imam Malik rahimahullah berkata: “Mereka yang membenci para sahabat Rasulullah SAW adalah orang-orang kafir”.

    Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata: Wajib atas pemerintah memberi hukuman dan siksaan serta tidak boleh memberi maaf baginya (penghina sahabat). Bahkan harus menegakkan hukum dan memaksanya untuk bertaubat.

    Dari Abdullah bin Mughaffal RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Berhati-hatilah tentang sahabatku, jangan kalian jadikan mereka bahan ejekan sepeninggalanku. Siapa yang mencintai mereka, maka dengan cintaku aku mencintainya. Dan siapa yang membenci mereka maka dengan kebencianku akupun membenci mereka. Siapa yang menyakiti mereka maka sungguh ia telah menyakiti aku. Siapa yang menyakiti aku maka ia telah menyakiti Allah. Dan siapa yang menyakiti Allah, maka pasti Ia akan menyiksanya".

    Dari Abu Sa'id ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jangan kalian mencela seorang pun dari sahabatku. Sungguh jika salah seorang diantara kalian berinfaq sebesar gunung uhud emas, maka itu belum menyamai segenggam (dari infaq) mereka dan tidak pula setengahnya". HR. al-Bukhari, no: 3673, Muslim, no: 2541

    Ibnu Umar RA berkata: "Jangan kalian memaki sahabat-sahabat Muhammad SAW, sungguh keberadaan mereka sesaat (di sisi Nabi SAW) lebih baik dari pada amal ibadah kalian selama empat puluh tahun". Riwayat Ahmad dalam Fadhailus Shahabah, I/57, Ibnu Majah no: 158, Ibnu Abi Ashim, II/484. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih Ibnu Majah, I/32.

    Demikian pula Ahlul Bait menghormati dan menghargai para sahabat Rasulullah SAW. yang bukan dari kerabat Baginda SAW. Imam Bukhari dan Imam at-Tirmidzi (no: 3891), meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:
    “Saya berdiri di tengah kerumunan orang yang mendoakan Umar ibnul Khatthab RA. (setelah beliau ditikam), saat beliau dibaringkan di pembaringan. Tiba-tiba seorang yang ada di belakang saya meletakkan lengannya di atas pundakku seraya berkata: Semoga Allah merahmatimu wahai Umar, saya berharap Allah mengumpulkanmu bersama kedua sahabatmu. Sungguh, saya sering mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Adalah saya bersama Abu Bakar dan Umar, saya berbuat bersama Abu Bakar dan Umar, saya pergi bersama Abu Bakar dan Umar", maka saya sungguh berharap Allah mengumpulkanmu kembali bersama keduanya. Saya (Ibnu Abbas) lalu menoleh ke belakang, ternyata orang tersebut adalah Ali ibn Abi Thalib”.

    "Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)". (Qs: al-Fath : 18).

    Jabir bin Abdillah RA berkata: "Jumlah kami saat itu sebanyak seribu empat ratus orang". (Riwayat al-Bukhari, no. 4154)


    ***
    Adapun kau Bakaq, bertaubatlah!!
    Menghina Sahabah RHum, angkuh, cakap besar dan mengaibkan orang sana-sini bukanlah peribadi seorang Mukmin.

  30. Buat pak Bakaq, pohon maaf kalau pada pandangan pak Bakaq saya tidak beradab. Saya terkhilaf barangkali. Maklumlah, saya amat meminati kultus Syiah dan mereka yang percaya kepadanya.

    Adakah pak Bakaq rasa soalan saya untuk bermuta'ah dengan anak dara pak Bakaq itu satu soalan yang biadab? Sedangkan muta'ah itu satu perkara mulia di dalam Syiah. Sepatutnya pak Bakaq berbangga sebab ada orang nak bermuta'ah dengan keluarga pak Bakaq.

    Cakap pasal adab, rasanya mak-pak saya tak ajaq saya suruh biadap dengan orang tua. Makpak saya pandai. Saya ja yang tak berapa nak pandai. Mungkin juga saya yang tak pandai dalam menyusun kata sehinggakan pak Bakaq kata saya langgar adab.

    Maap no!

  31. Adakah pak Bakaq rasa soalan saya untuk bermuta'ah dengan anak dara pak Bakaq itu satu soalan yang biadab? Sedangkan muta'ah itu satu perkara mulia di dalam Syiah. Sepatutnya pak Bakaq berbangga sebab ada orang nak bermuta'ah dengan keluarga pak Bakaq.

    Apa tajuk yang hang bukak?

    Aku dah jawab: Kalau sumber tak authentic, pertikaikan sumber itu. Buktikan sumber itu tak betul dan fitnah. Apa hal yang menakut-nakutkan orang membicarakan sejarah secara telus?

    Hang tinggalkan subjek yang hang bangkitkan ketika hang ulas jawapan aku kepada komen orang lain, hang bukak cerita lain. Adab berbincang apa yang hang pakai?

    Apa niat hang tulis semua itu aku serahkan kepada Allah. Bila aku serahkan kepada Allah, aku tetap memohon kepada Allah agar dapat berjumpa dengan hang di hadapan Allah di Hari Perhitungan nanti.

    Aku akan memohon Allah memberitahu aku apa niat hang bila hang tulis begitu. Jika ternyata hang berniat jahat (sekali lagi, jika ternyata hang berniat jahat), aku akan memohon Allah menghukum hang.

    Untuk makluman semua, blog ini bukan blog membincangkan mazhab mana sesat dan mazhab mana benar.

    Saya tidak pernah bincangkan perkara itu dalam blog ini. Bukan sahaja dalam blog ini, di kedai kopi pun saya tak minat nak bincang. Kalau di kedai kopi, memang saya jawab kalau orang tanya.

    Kalau orang tak tanya, saya tak pernah bangkitkan. Pergilah tanya kawan-kawan yang minum dengan saya di Restoran Thaqwa (begitu Mamak tu eja) dekat Taman Melewar.

    Kenapa Anonymous at Wednesday, March 11, 2009 5:52:00 AM bangkitkan perkara itu di sini, itu urusan dia dengan Tuhan.

    Kenapa budak Kg Jebong beria-ia sangat nak sambung, itu dia jawab sendiri kepada Allah di Hari Perhitungan nanti. Saya tetap mahukan perhitungan dengan Anonymous at Wednesday, March 11, 2009 5:52:00 AM dan budak Kg Jebong di hadapan Allah di Hari Perhitungan nanti. WaLlahi!

    Untuk makluman semua, saya memang tak pernah jawab bab-bab mazhab kerana blog ini bukan membicarakan soal mazhab. Orang kata saya sesat dan bangsat pun saya tak jawab.

    Tapi, saya jawab Anonymous at Wednesday, March 11, 2009 5:52:00 AM kerana ayatnya yang menuduh saya mahu menampakkan kelemahan Nabi apabila dia kata Perlahan2 kau cuba pengaruhi orang lain benci Sahabah dan kemudian nampakkan kelemahan Nabi SAW.

    Tidak seperti sesetengah golongan yang menggunakan nas secara salah untuk menegakkan benang basah mereka demi membuktikan bahawa Nabi s.'a.w.w. mempunyai kelemahan, saya tidak percaya sama sekali bahawa Nabi kelemahan.

    Saya telah tulis mengenai perkara itu awal 2007 dulu dalam posting bertajuk "Penjahat mempertahankan Nabi"

    Saya ulangi, saya jawab Anonymous at Wednesday, March 11, 2009 5:52:00 AM kerana ayatnya yang menuduh saya mahu menampakkan kelemahan Nabi apabila dia kata Perlahan2 kau cuba pengaruhi orang lain benci Sahabah dan kemudian nampakkan kelemahan Nabi SAW.

    Blog ini bukan untuk perdebatan mazhab. Kalau nak sangat berdebat fasal mazhab, saya persilakan Anonymous at Wednesday, March 11, 2009 5:52:00 AM dan budak Kg Jebong datang berjumpa saya.

    Nak cari aku senang ja. Pi Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar tu. Polis hari tu nak tangkap aku pun depa pi tunggu aku kat situ la. Lepas tu, depa pandai la buat kerja depa.

    Bila berjumpa aku bolehlah hampa berjihad melawan orang sesat. Alang2 nak berjihad, baik berhadapan. Buat apa pukui curi dengan identiti tersembunyi dalam blog ni.

    Kalau tak nak berjumpa aku, pergilah berdebat dalam website atau blog yang memang membicarakan mazhab. Sini bukan tempatnya.

  32. Ok.. noted. tenkiu. saja ja nak tau pandangan pak Bakaq. Dah kata tokey blog lagu ni, ok la. terima seadanya.

    Kata pak Bakaq: Bila berjumpa aku bolehlah hampa berjihad melawan orang sesat. Alang2 nak berjihad, baik berhadapan. Buat apa pukui curi dengan identiti tersembunyi dalam blog ni.-end

    Jumpa pak Bakaq dan bolehlah saya berjihad melawan orang sesat? Siapakah yang sesat pak Bakaq? Pak Bakaq kah? orang kat Restoran Thaqwa kah? Siapa aa?

    Dah kalau blog ni tak bleh debat pasai mazhab, yang pi link tulisan kultus Syiah tu buat apa? Macam (diulang: macam) ada agenda tersembunyi ja. Pak Bakaq boleh jawab: Punya pasai aku la nak link apa2 pun. Saya boleh jawab: Punya pasai saya la nak komen apa pun. Tapi saya takkan memilih jawapan tidak berilmiah seperti itu.

    Walau apapun jua, sama-samalah kita mencari kebenaran dengan mengikut adab dalam pengkajian ilmu. Saya akan cuba cari maklumat dan tambahkan ilmu, insyaAllah.

    Terima kasih atas nasihat pak Bakaq.

  33. orang kat Restoran Thaqwa kah? Siapa aa?

    Jangan babitkan orang lain.

    Saya boleh jawab: Punya pasai saya la nak komen apa pun.

    Aku belum pernah jawab lagi, ini blog aku dan aku punya suka. Setakat ni belum pernah jawab lagu tu dan tidak berniat jawab lagu tu.

    Adakah hang berniat nak jawab Punya pasai saya la nak komen apa pun.?

    Bolehkah kita masuk rumah orang dan cakap punya pasai saya la nak buat apa pun?

    Dan lepas itu cakap fasal adab?

    Sebab apa aku bubuh link itu?

    Ada orang lain yang nak baca dan mahukan khidmat itu. Aku tak pernah paksa siapa-siapa pun menggunakan khidmat itu.

    Terima kasih atas nasihat pak Bakaq.

    Aku tidak pernah sebelum ini berniat nak nasihatkan hang.

  34. alhamdulillahir Rabbil'alamin

    Salam

    Jebong o jebong.... alahai...

    Ucapan tahniah dan takziah shj dapat kucapkan padamu.

    Sila ke sini shj Jebong SILAKAN JEBONG"

    wasSalam

  35. Jebong...

    Dah lah tu...
    Blog nie bukan milik ko...Pak Bakaq yang punya...

    Lagi banyak yang ko merepekkan...lagi banyak dosa yang ko dapat...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008