Sedap!! Klik gambar di atas!

Aku tak tahan sungguh pemimpin jenis bengap!!

Haji Khalid Abd Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad keras kepala. Dah orang bagi tau Majlis Syura belum buat keputusan, tunggulah dulu. Yang tak sabar sangat, apa hal? Manusia, walaupun dia pandai, tetapi bukan semua perkara boleh diputuskan oleh kebijaksanaannya sendiri.

Memang betul, Majlis Syura lambat mesyuarat. Tetapi, buat pandai sendiri lagi tak elok. Kena periksa juga diri sendiri, ada tak penyakit terasa diri lebih pandai dari kawan-kawan yang lain? Saya selalu guna istilah jakun pada diri sendiri. Kalau kita jakun pada diri sendiri, masalah besar tu!

Saya malas nak hurai. Pandai-pandai sendirilah nak tafsir petikan hansard 5/3/09 di bawah ni.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat daripada Pontian. Kita perlukan pandangan daripada Yang Berhormat daripada Baling tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang

Berhormat Baling tidak berdiri Yang Berhormat. Jadi, kita tidak boleh paksa Yang Berhormat Baling berdiri dan buat ucapan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, kerana ini floor saya, dan menghormati Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Pontian, saya berikan keizinan kepada Yang Berhormat Baling untuk buat penjelasan.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Tuan Yang di-Pertua ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sebelum Yang Berhormat Baling berucap, duduk dahulu Yang Berhormat Baling. Sebenarnya, apabila Tuan Yang di-Pertua berucap, tidak kisah floor siapa, bila Tuan Yang di-Pertua berucap, semua orang lain tidak ada floor lagi. Tuan Yang di-Pertua yang punya floor. Jadi, oleh kerana permohonan daripada Yang Berhormat Menteri untuk Yang Berhormat Baling berucap dan Yang Berhormat Baling sedia berucap, saya boleh beri kebenaran. Sila Yang Berhormat Baling.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu. Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.
Pemimpin keras kepala dan tak hirau atau tak nak ambik pot kawan cakap bahawa Majlis Syura belum buat keputusan memang aku lemas. Tapi aku lagi lemas dan boring sangat dah dengan pemimpin jenis bengap. Bengap sangat sehingga dia tak nampak lawan nak pergunakan dia. Bodoh dan mudah dipergunakan lawan. Nampak ikhlas dan berniat baik, tetapi bodoh tahap seri satria!!

Hampa tengoklah nanti. Akan ada orang jawab, bukan tak tahu orang nak pergunakan. Saya bukan bodoh. Tapi terpaksa menjalankan tanggungjawab. Tu memang jawapan standard..

Ditulis berdasarkan posting bertajuk "Allah anugerahkan Ustaz Taib Azamudden tempat yg istimewa di Parlimen" oleh Momo.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq, ana dah komen kat sini:
    http://mudin001.com/2009/03/06/isu-nama-allah-di-mana-dewan-ulama-pas/

    Memang dalam tulisan ana tu, ana lebih mengkritik Dewan Ulama. Tapi ana setuju dengan Pak Bakaq. Kalau dah keputusannya belum ada, yang lain-lain, janganlah pula gelojoh.

    Hasilnya, macam nak tunjuk sangat PAS tak sehaluan!

  2. Sebelum aku komen...aku nak baca dulu ucapan MP Kuala Selangor dan Shah Alam..apa justifikasi mereka menyokong penggunaan perkataan ALLAH dalam makalah Krisitan...dengar nya mereka ada baca ayat2 drp kitab suci Al-Quran?

    Tokden

  3. Dalam Quran di perintahkan menyebut nama Allah semasa menyembelih haiwan. Didalam Al Quran juga membenarkan Kita orang Islam memakan sembelihan daripada ahli kitab. Kalau kita melarang ahli kitab menggunakan perkataan Allah, maka kita juga mestilah mengeluarkan fatwa mengharamkan sembelihan daripada ahli kitab. Siapakah yang berkuasa mengharamkan sesautu yang dihalalkan oleh Allah???

  4. Anonymous 12:15

    Sabar dulu. Jangan guna logik kamu yang cetek yang tidak mampu walau memikirkan bagaimana berfungsinya walau sehelai rumput. Jangan juga meletakkan agama2 lain sedarjat dengan agama Allah SWT dan di banding2kan.

    Memang Allah SWT mengharuskan kita memakan sembelihan orang Nasrani dan Yahudi. Tapi tidak bermakna Allah SWT mengharuskan namaNya yang digunakan untuk tujuan mengelirukan umat-umat Muhammad SAW, Nabi & Rasul Allah SWT yang terakhir.

    Allah SWT telah melupuskan kebenaran Injil dan Taurat setelah datangnya AlQuran. Tiada setara lagi kedua-dua agama tersebut lagi, maupun jua kitab-kitab mereka, walaupun kedua-dua agama Nasrani dan Yahudi juga dulu datangnya dari Dia.

    Jadi kita, sebagai orang Islam yang memerintah negara ini haruslah tegas dengan orang-orang kafir dalam soal ini. Bisikan syaitan sentiasa cuba mengaburkan sesetengah kita yang memang sendirinya keliru untuk lebih jauh menyimpang. Ulul-Amri perlu bertanggungjawab mengadakan suasana yang sebaliknya. Dalam kebanyakan orang kita yang menghina dan menfitnah Kerajaan yang ada sekarang atas sifat fasik mereka, namun kebanyakan mereka yang menggelar diri sebagai ulama' dan orang2 yang memperjuangkan Islam, apabila disergah orang-orang kafir, bertempiaran lari dari membela kesucian Agama pilihan Allah SWT ini semsata-mata kerana pafahamn dan kepentingan politik.

    Orang munafiklah yang terdahulu akan merasakan pedihnya azab neraka yang tidak akan melupakan siapa mereka.

    Allahualam.

  5. Bakaq:

    Hang memang tak bagi lah orang Kristian guna ALLAH? Hang pernah dengaq ka sermon Kristian dalam bahasa Arab? Try la cari dalam Youtube.

    Aku yakin TGNA pon setuju bagi Kristian guna Allah.

  6. elok juga baca tulisan Dr Maza Bekas Mufti Perlis

    Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

    http://drmaza.com/home/?p=566

  7. Mohd Khairul Anwar

    Apa maksud soalan "Hang memang tak bagi lah orang Kristian guna ALLAH?"

    Aku tak sentuh pun perkara tu dalam tulisan di atas. Bagi tak bagi bukan urusan aku.

    Jika tidak faham, izinkan nak beritahu bahawa posting di atas ialah mengenai keras kepala dan bengap.

  8. Anonymous Sunday, March 8, 2009 2:48:00 AM MYT

    Anda kata
    "Sabar dulu. Jangan guna logik kamu yang cetek yang tidak mampu walau memikirkan bagaimana berfungsinya walau sehelai rumput."

    Saya kata
    Sejak bila Allah melarang menggunakan akal??
    Kalau anda membaca alQuran anda akan jumpa perintah Allah supaya manusia menggunakan dan mencemuh mereka yang tidak mahu menggunakan akal.

    Anda kata
    "Jangan juga meletakkan agama2 lain sedarjat dengan agama Allah SWT dan di banding2kan."

    Saya kata
    Kegagalan anda menggunakan akal dan memahami apa yang di tulis diatas.

    Anada kata
    "Memang Allah SWT mengharuskan kita memakan sembelihan orang Nasrani dan Yahudi."

    Saya kata
    Persoalannya boleh kah mereka menyembelih tanpa menyebut nama Allah.

    Anda kata
    "Tapi tidak bermakna Allah SWT mengharuskan namaNya yang digunakan untuk tujuan mengelirukan umat-umat Muhammad SAW, Nabi & Rasul Allah SWT yang terakhir."

    Saya kata
    Orang yahudi dan nasara menggunakan perkataan Allah sejak zaman nabi (saw) lagi dan nabi (saw)tidak melarang mereka menggunakannya. Siapa kita yang cuba mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul nya. Orang yahudi dan nasara di negeri-negeri Arab menggunakan Allah, tidak ada apa-apa kekeliruan berlaku.

    Anda kata
    "Allah SWT telah melupuskan kebenaran Injil dan Taurat setelah datangnya AlQuran. Tiada setara lagi kedua-dua agama tersebut lagi, maupun jua kitab-kitab mereka, walaupun kedua-dua agama Nasrani dan Yahudi juga dulu datangnya dari Dia."

    Saya kata
    Surah alBaqarah ayat 4 "dan mereka beriman kepada kita (alQuran) yang diturunkan kepada kamu DAN KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN SEBELUM KAMU, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.

    Jelas perkataan anda bertentangan dengan ayat ini.

    Anda kata
    "Jadi kita, sebagai orang Islam yang memerintah negara ini haruslah tegas dengan orang-orang kafir dalam soal ini. Bisikan syaitan sentiasa cuba mengaburkan sesetengah kita yang memang sendirinya keliru untuk lebih jauh menyimpang."

    Saya kata
    Dalam Quran dan juga didalam hadith sahih menyuruh kita berlaku adil walaupun kepada orang kafir. Kita disuruh tidak berkompromi dalam menegakkan dan menjalankan hukum Allah (dimana pemerentah kini bukan sahaja berkompromi malah menentang sekeras-kerasnya usaha untuk menegakan hukum -hukum Allah). Dalam masalah penggunaan perkataan Allah, tiada ada larangan daripada Allah dan RasulNya, maka kita tidak boleh lah melarang mereka menggunakan nya.

    Anda kata
    ' Dalam kebanyakan orang kita yang menghina dan menfitnah Kerajaan yang ada sekarang atas sifat fasik mereka, namun kebanyakan mereka yang menggelar diri sebagai ulama' dan orang2 yang memperjuangkan Islam, apabila disergah orang-orang kafir, bertempiaran lari dari membela kesucian Agama pilihan Allah SWT ini semsata-mata kerana pafahamn dan kepentingan politik."

    Saya kata
    Kita baru melihat apa yang telah berlaku diGaza. Perjuang Hamas yang menwakili perjuang Islam telah membuktikan bahawa pejuang Islam tidak lari atau gentak dalam menentang gulungan kafir, sebalik nya Gulungan Nasionlis pimpinan PLO yang mempunyai fikrah yang sama dengan pemimpin Kerajaan di Malaysia bukan setakat mendiam diri malah menjadi tali barut guluangan Israel dengan memberi maklumat.

    Anda kata
    "Orang munafiklah yang terdahulu akan merasakan pedihnya azab neraka yang tidak akan melupakan siapa mereka."

    Saya kata
    Kepada Allah kita akan kembali dan Dia lah akan menentukan siapa yang munafik dan siapa yang beriman

    Wahlah Ulam

  9. Rentetan dari kenyataan:
    ---- Anonymous said... Sunday, March 8, 2009 9:49:00 AM MYT ---- (sila rujuk diatas)

    Anda kata : Bla, bla,bla.....---> di Malaysia

    Anda seorang lain kata: Bla, bla, bla...---> di keadaan lain, bukan di Malaysia (contoh Gaza).

    Kes sama rujukan gelanggang lain...
    Maka kes/kaedah (Anda seorang lain kata) tersebut tidak boleh digunakan di gelanggang Malaysia...

    Tapi andaikata Kerajaan Malaysia sekarang mirip kerajaan Hamas di Gaza maka kaedah tersebut boleh digunapakai di Malaysia....

    Oleh itu tumbangkan kerajaan BN sekarang pada sebarang piliharaya yang akan datang...

    Ke arah kerajaan Islam (mirip Hamas)...
    BN dah 50 tahun perintah Malaya/Malaysia, tak nampak langsung macam mirip kerajaan HAMAS di GAZA...
    Kata orang lama ; "Jauh Pangang dari Api" terbukti Acuan UMNO acuan Songsang dan sesat....

    ----miNDA TENang-----

  10. Masing2 aku tguk nk tunjuk pandai pasal isu ni..nasihat aku, lebih baiklah korang diam2 sahaja..kalau tidak nnt, tak pasal2 anda dpt dosa kering..soal ni biar alim ulama yg putuskan..siapa lah kita nk tunjuk2 pandai..

  11. Artikel ni pasal pemimpin keras kepala dan bengap, betul dak pak bakaq? Kita tak perlu bincang pasal lain atau asas isu mengenai poengguaan nama Allah oleh agama lain kan.Cuma saya heran kalau Majlis Syura dan dewan Ulama tak buat bermesyuarat dan keputusan lagi, macamana Tuan Guru Nik Aziz awal-awal lagi dah buat statement mengenai perkara tersebut.Dia juga dah kata Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain. Bila ramai dah start mempersoalkan statement dia, dia tak mau ulas lanjut dan tak juga retract statement dia. Jadi ramai yang gunapakai statement dia buat. Lebih kurang macam Khalid dan Dr Zul juga statement dia. Jadi siapa keras kepala dan bengap? Khalid Samad, Dr Zul, Taib Azamudeen atau TG Nik Aziz?? Sekurang-kurangnya Taib Azamudeen jelas tentang satu perkara:"Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada KESUCIAN ISLAM itu sendiri". Nampak keikhlasan dan kejujuran mengatasi kepentingan politik parti.Apa yang berlaku di parlimen itu menunjukkan dengan jelas perpecahan dan pertelagahan di kalangan kepimpinan PAS; antara kelompok berpendidikan agama(ulama) dan kelompok erdogan(liberal).Ini juga memperkukuhkan kenyataan TG Nik Aziz berhubung pemilihan pucuk pimpinan parti PAS yang khuatir berlaku perpecahan antara kedua-dua puak tersebut.Ia juga membenarkan dakwaan ramai bahawa terdapatnya puak-puak dalm PAS yang berebut-rebut kedudukan dalam parti.

  12. Salam Pak Bakaq,
    Saya selalu baca blog ni. Tak pernah komen tapi terpanggil kali ni. Memang nampak macam PAS tak sehaluan masa bincang isu nak guna nama Allah tu (kalau kita fikir parti macam orang UMNO berpolitik asobiyyah). Tapi saya kurang faham maksud Pak Bakaq pasai pemimpin bengap. (Mungkin saya dan beberapa kawan pun termasuk dlm golongan bengap ni, saya pun selalu ingatkan diri berdiamlah supaya tidak memalukan). Memangla obvious UMNO nak gunakan Ust Taib menyokong agenda depa. Tapi kalau kebenaran patutkah kita diamkan sebab jemaah kita blm putuskan pendirian? (Betul jugak) Tapi... kalau org dah dok kecoh, menimbulkan kekeliruan, elok kita jelaskan duduk perkara mcm Ust Taib buat tu, walaupun orang opportunist asyik membelit saja. Entahla, saya pun banyak nak kena belajar lagi. Confuse, patutkah ber'strategi' dalam agama?

  13. Pak Bakaq,

    "Majlis Syura belum buat keputusan" - Oleh sebab belum buat keputusanlah yang kita boleh berbahas. Kalau dah buat keputusan nak buat apa bahas lagi.

    Tak gitu Pak Bakaq?

    "pemimpin jenis bengap. Bengap sangat sehingga dia tak nampak lawan nak pergunakan dia. Bodoh dan mudah dipergunakan lawan. Nampak ikhlas dan berniat baik, tetapi bodoh tahap seri satria!!"

    Sekarang ni saya nampak musuh nak guna strategi - menggunakan isu ugama untuk melaga-lagakan orang Islam dengan orang bukan Islam. Apabila ada masalah besar, harapan mereka, melayu akan bersatu. UMNO + PAS lah.

    Mereka kata apabila orang bukan Islam guna perkataan Allah, maknanya mereka minghina Islam. Tidak sama sekali. Sedangkan kita tahu orang2 arab Kristian di timur tengah menggunakan perkataan Allah juga. Bukan baru ini saja tapi dah beratus tahun lagi. Is there any problem with that? Tak ada kan.. adakah maknanya mereka menghina Islam? Of course not.

    Jadi kalau musuh buat strategi macam itu dan kita diam sahaja, maknanya kita mengakui bahawa orang bukan Islam yg menggunakan perkataan Allah, menghina Islam. Sedangkan ini tidak betul. Jadi, kita kena terangkan dan menjelaskan hakikat yang sebenarnya.

    Tapi kalau di kalangan orang Islam sendiri pun keliru, susahlah!

    Akhir sekali Pak Bakaq, tak elok sungguh lah Pak Bakaq kata Kahlid Samad tu - "pemimpin jenis bengap. Bengap sangat sehingga dia tak nampak lawan nak pergunakan dia. Bodoh dan mudah dipergunakan lawan. Nampak ikhlas dan berniat baik, tetapi bodoh tahap seri satria!!"

    Astaghafirullah...

    Saya dah lama kenal YB ni. You are so wrong Pak Bakaq. Baik hang minta maaf kat dia sebelum salah sorang meninggal. kot2 terlambat!

    Ahli Pas Shah Alam.

  14. Salam Pak Bakaq,

    Saya rasa kali tulisan Pak Bakaq tinggi sangat level dia hingga hampir kesemua komen2 menampakkan ketidakfahaman mereka tentang isu yg hendak dibawa. Itu pun dengan andaian yg saya fahamlah. Kena turun sket la kot, supaya mudah difahami rakyat kebanyakkan. Isunya pada hemat saya:

    1. Pak Khalid dan Dr. Zul tak sabar, keras kepala
    2. Hj. Taib sudi dipergunakan menteri UMNO utk tibai balik geng sendiri

    Antara tindakan 1 dan 2 mana yg ikhlas, sapa yg kena guna? sapa pula yg bengap? Sekian...

  15. Nak kata buleh atau tak buleh, Majlis Syura kena tunggu jawapan dari Tok Sheikh Nuaq.

  16. pihak media suka ambik statement sekerat je... akhirnya kita sebagai end user kata mcm2 pulak... kata TGNA mcm itu ini ler...

    sebab itu rasanya TGNA tak nak ulas lagi isu tersebut. mungkin pengalaman dulu mengajar erti sebenar media malaysia.

    masih kita ingat kenyataan TGNA mengenai Tuhan Samseng... hingga RTM ulang tayang 2-3 kali ungkapan TGNA... hingga tidak bagi peluang untuk ulasan.

    elok kiranya kita dengar sendiri dr mulut TGNA tentang isu ini.

  17. salam.

    maaf pak bakaq...

    muhasabah diri dulu sebelum mengata pimpinan benggap ke apa ka....

    pernahkh pak bakaq berfikir,setiap tulisan pk bakaq membawa akan membawa natijah buruk dan baik pd gerakan islam.

    jika natijah nya buruk pd gerakan islam,adakh pk bakaq redha dan senang hati?...

    maaf kn sy....

    sy tidak menyokong mana2 individu,apa yg saya harapkn setiap tulisan dari org bijak spt pak bakaq ni memberi kebaikn pd gerakan islam,bukn menyebab kn permusuhan dlm gerakan islam/

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008