Sedap!! Klik gambar di atas!

Aku penganggur

Update 8.56 PM

Ada orang tanya, awat hang tulis posting ni? Hang nak apa? Harakah haram, hang tak dak duit nak beli beras ka?

Laa... Perut aku tengah boroi ni! Makan kenyang, hati senang! Yang aku nak bagi tau, hampa buat la apa pun. Kami tak heran. Sebelum kira-kira tahun 1986, PAS hidup tanpa Harakah. Tetap mencabar sampai terpaksa tangkap beberapa tokoh PAS seperti Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Chik, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Latif Besut di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam tahun 1984.

Tahun 1969 PAS mencipta banyak kemenangan. Tak dak Harakah pun masa tu. Adakah mereka yang menyekat penerbitan Harakah itu ingat PAS akan lumpuh tanpa Harakah?

Ada orang tanya alasan apa Harakah depa haramkan? Yang saya ingat, tiga alasan yang diberikan itu ialah:
1. Harakah tak menghantar naskah yang mesti dihantar ke pejabat KDN di Putrajaya pada waktu yang mereka nak Harakah dihantar kepada mereka. Itu alasan pertama.

2. Harakah tidak hanya menyiarkan berita mengenai PAS sahaja malah turut menyiarkan isu-isu semasa.

3. Harakah tidak dijual di markaz PAS sahaja malah di tempat-tempat lain.

Saya tak hairan alasan-alasan sebodoh itu diberikan. Kerajaan bodoh, alasan bodoh (Klik imej untuk besarkan).

Posting asal

Walaupun saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS dan tidak lebih dari itu (seperti yang Sheih tulis di sini: Bakaq is not a member of any political party but a stern supporter of PAS’s Constitution to form an Islamic Government that shall be fair to all races), para pemimpin PAS bermurah hati dan tidak menyekat saya menjadi penulis upahan dalam Harakah. Maksudnya, ada news ada duit. Macam ada kerja ada gaji la. Saya pula tak rajin tulis rencana atau artikel sebab tak ada kemampuan. Saya hanya buat news sahaja.

Bila Harakah diharamkan penerbitannya selama tiga bulan, saya kena menganggurlah dalam tiga bulan ni. Tapi, takkan nak menganggur pulak. Nak makan apa? Kena pi cari apa-apa kerja la nampaknya.

Tak kisah. Saya pernah kerja tebas hutan, buruh kontrak, kerja lori (pernah sekali kena bawa dedak bagi makan babi ke Bukit Pelanduk - aku buat badak ja bila depa suruh aku turun dari lori. Tobat lahum aku tak turun), angkat kayu bakau (kampung saya di Matang dalam kawasan Bukit Gantang nun), jual roti benggali, pasar borong dan entah apa-apa kerja lagi sampai saya pun tak ingat. Tak dak hal.

Saya dah tengok surat pengharaman. Malas nak saya perdebatkan. Alasan macam siut (mintak maaf kepada kawan-kawan di KDN, tempat saya berkerja dari 2 Mei 1980 hinga 31 Disembner 1983). Suka hati hampalah. Lu raja lu suka (ikut suka).


Berkaitan:
Kelupor sebelum diam, terus tamat (Dr Haji Mohd Hayati Othman)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Tabahkan hati Pak Bakaq. Nak bantu pun, ana tak kaya. Setakat belanja teh tarik roti canai bolehlah.

    :)

  2. allah bersama orang yang sabar... kalau harakah diharamkan... buka satu akhbar baru harakah 2 pulak... brape lame mereka nak haramkan...

  3. Pak bakaq,

    BN dah bagi signal tu...
    Pemimpin pakatan rakyat must alert...
    Petanda operasi lalang akan mendatang..
    Kemunting bersiap sedia menunggu anda...

  4. aku syorkan najib beli syer dalam harakah. kalau dia sekat penerbitan nampak zalim sangat dan menghalang hak demokrasi media. kalau najib dapatkan syer dalam harakah dia berpeluang meng'kontrol apa saja bahan terbitan dalam harakah. najib boleh memberi imbuhan lebih kepada wartawan dan editor yang membuat bahan yang pro kepada najib. maka akan bertambahlah rezeki wartawan harakah terutamanya wartawan2 upahan...
    wassalam

    tok pengulu

  5. Salam Pak Bakaq,

    Pak aku pun menganggur jgk. Sian...tak masyuk la dia untuk 3 bulan. Nasib baik jgk Siasah pa bleh juai lagi. Tp mana syok tinggai Siasah sj.Tapi takpa anak2 dia ada kerja, leh la tolong skit2.

    * Pak aku kata dia nk tukaq profession dh sejak Harakah kena ban ni.

    *Malas la lagi nk komen pak Bakaq oiiiii....dok kata pun depa dok lagu tu jgk. Layan internet saja la.

  6. Takpe Bakaq...rezeki ada dimana2, InsyaAllah.....

    sekarang pun boleh buat news di bukit gantang....
    yang diharamkan ialah harakah tapi apa kata kalau PASA buat harakah online tu berbayar...ala2 malaysiakini....
    dapat gak duit...tul tak?

    salam perjuangan...

  7. Pemimpin PAS murah hati sebab mereka demokratik. Mereka pemurah (karim), terbuka menerima kritikan enta walau pedih tak terkata. Menerima kritikan lebih baik daripada menjilat macam penyokong Mat Ali Rustam (macam pemimpin Majusi saja nama dia).

  8. Salam bang bakaq n family

    Relax bro...jgn mengamuk. Bumi tuhan ni luas, rezeki masih dimana2. Ingat kata2 yg pernah kita sering ucapkan suatu ketika dahulu. Kalau kita rasa susah, masih ada yg lebih susah. Ungkapan itu lahir bagi menyedapkan hati. Ya la..mau taknya, berbuka posa hanya minum air paip. Aku ingat saat tu. Aku simpati sebab masa tu aku selesa kat rumah pak menakan yg juga jurunikah bro juga, sedangkan hangpa taktau makan apa. Masa tu juga musim 'al-harakah' dok kena rampas.

    Mungkin bro akan kata, tu dulu.., tak sama dgn hari ni. Dulu bujang, sekarang dah ada tanggungan. Tapi masalahnya akan berulang kembali sepanjang hidup kita. Itulah hakikat perjuangan.

    Ingat...masa tabloid 'bumi' kena haram dulu, Pak Hussein Yacob boleh lagi senyum je sedangkan beliau bukan saja hilang sumber pendapatan, tapi rugi besar lagi sebab akhbar tu baru nak masuk dlm lori depan hotel taiwan jln Raja Bot. Upah printer nak kena bayar, penin katanya. KDN pula tunggu dgn trooper kat sebelah. Kebetulan kejadian pagi tersebut aku datang nak ambik duit gambar 50 hinggit je yg pak husien janji nak bagi pagi tu, tapi dek kerana kesian aku tak jadi ambik duit tu. Sedangkan aku juga tak berduit dan amat perlukan duit se'besar' tu buat makan. Lagipun gambar (usungan jenazah Ustaz Talib, PRK Kuala Nerang) yag aku jual kat dia tu jg penyebab 'bumi' tu lingkup. Aku halalkan sampai sekarang, ikhlas. Lagipun lebih kesian nampak kelibat Pak Husien jual cekelat dan rokok dipondok parking kereta kat South East Asia Hotel. Bandingkan sukar mana kita nak dibandingkan zaman beliau yg hilang segala.

    Ingat bro..ingat perjuangan. Bumi tuhan ni luas, rezeki masih dimana2. Kalau kita rasa susah, masih ada yg lebih susah. Ingat kata2 yg pernah menjadi mainan mulut kita suatu ketika dahulu.

    MAD BALING.

  9. Sabar ye Pak Bakaq....

    Itulah petanda-petanda awal kepada zaman gelap yang bakal melanda Malaysia dibawah Najib Razak.

    Jangan terkejut juga jika Internet juga akan diharamkan di Malaysia nanti....

    Maklumlah... Pak Mongol dah dapat kekuasaan.....

  10. Not a big deal, Bro. It is time now to use whatever remains (Siasah, Roket etc) to the maximum. I predict the situation as per internet usage will return to the era of 1998/99 post DSAI's detention. Cheers.

  11. saya suka kata2 pak bakaq yang ni-->

    "Saya dah tengok surat pengharaman. Malas nak saya perdebatkan. Alasan macam siut"

    Hahaha..betoi tu pak bakaq...nak kata apa pon tak guna...kita argue la macam mana pun... memang kompom kena tong sampah.

    Tapi boleh tak pak bakaq tlg bg tau apa sebenarnya alasan yg depa bg dlm surat tu? Sebab duk cari tak jumpa. Tengkiu

  12. aduh sedih nya baca tulisan pak bakaq kali ni, nanti mlm saya nak bincang dgn kengkawan macamana nak pastikan pak bakaq tak jadi penganggur selama 3 bulan.

    semalam saya ingat utusan lumpuh sbb pekerja depa nak piket, last-last harakah pulak yang kena . aduh .....

  13. Rezeki ada di mana-mana Pak Bakaq oii... Kalau nak diharamkan kenapa 3 bulan, bukan 3 tahun atau 3 abad.

    Tiada motif politik hanya skrip lama yg digunapakai semula.

    Cuma hairan kenapa depa tu semua tak cerdik di dalam potential problem analysis. Tiap tindakan yg depa buat semua back-fire.

    Hairan, hairann, hairannn...

    Kah kah kah...

  14. Tak pa kita ngangur, kita jual air ujan dapat free dan jual kat Najib....apa macam?

  15. Sewaktu ada suara yang bercadang menubuhkan Kerajaan Perpaduan - tiba-tiba Umno dah buat hal! Adakah ini kerja orang suruhan Mahathir, siapa lagi Najiblah agaknya? Tapi macam mana PAS boleh nak berfikir lagi ke tentang Kerajaan Perpaduan tu? Yang itu di atas yang diikampung-kampung lagi teruk dibuat oleh Umno/BN! Semua kemajuan dan bantuan kerajaan orang PR dipinggirkan, begitu juga dengan jawatan2 dalam kampung!

  16. Dalam kegawatan ekonomi ni ramai orang kena buang keja,nak apply keja baru blum tentu dapat,anak2 sekolah,barang mahal, umno cuba main kotor dengan Pas untuk gantung Harakah yang jadi sumber ekonomi staff Harakah dan lain2 anak syarikat Harakah yang sikit sebanyak tentu terjejas sumber pendapatan.Umno saja2 test market kesabaran Pas sampai takat mana.Banyak benda yang Harakah nak kena tanggung tu.Tukang cetak pun tentu terjejas juga agaknya.Mula2 KDN gantung dulu lepas tu kalau dia perharam terus jadi lagu mana agaknya.Nak kata negara komunis bukan ,habis kita nak panggil apa kat negara Malaysia ni.Yang dok terbit majalah porno,cerita seks,gambar separuh bogel,gambar nampak bulu bawah,peluk jantan betina,cerita bagi budak2 stim KDN tak gantung pula.KDN dok nampak Harakah saja yang tak betoi.Wartawan Perancis yang cerita pasai Najib tentu gelak tengok kelaku umno-bn yang dok gantung harakah 3 bulan

  17. Tentang penharaman HARAKAH dan S K... saya hanya nak kata, depa memang takut penyampaian berita dari pembangkang... walaupun orang umno tak baca.


    TADI BUKA TV KEBETULAN SAYAP PATAH UMNO TENGAH MENYANYI......
    LAGU PERTAMA LAGU UNMO
    ....KEDUA LAGU WANITA
    PAS TU LAGU PEMUDA,

    YANG PELIKNYA ORG YANG ADA BURUNGPUN NYAYI IKUT SENIKATA... wanita umno bla bla.. TERMASUK bang shamudin PATUTLAH AUU..AUU

    DAN YG TAK ADA BURUNG PULAK NYAYI aku pemuda........ LA PATUT LAH BANYAK BOHSIA, BOHJANG KAT pwtc LA NI

  18. org tak sempat berkempen kat 2 bukit dan satu batang.Duk sibuk bahagi2 harta rompakan kat pwtc...

  19. Jom pak bakaq kita turun ke kuala sepetang jual mee rebus ka, roti benggali ka, tshirt murah ka, den rasa penyamun2 yg keluar drp gua pwtc mesti bawa byk duit ke bukit gantang nanti kerana depa baru selesai faraid harta negara...

    Tokden

  20. Salam Pak bakaq...
    yang penting dalam mencari rezeki mestilah yang halal kan Bakaq..Hang ada akal yang Allah beri..dan hang pasti tau menggunakannya dengan sebaik2 mungkin...insyaallah aku tau, hang mesti ada jalan..Allah bersama org2 yang sabar...salam

  21. haramkan harakah dan suara keadilan hadia untuk cadangan unity gomen

  22. Pak Bakaq,

    Aku tumpang kasihan kat hang walupun aku jarang tengok nama hang dalam harakah bercetak...tp bagi aku, orang lebih layak menerima kasihan adalah kakitangan2 yg kerja makan gaji dgn harakah..macam mana harakah (ahli lembaga pengurusan a.k.a CheGu Pa) nak bayar gaji depa selama 3 bulan? apakah depa akan diberi cuti bergaji penuh atau separaruh gaji atau langsung tak ada gaji?

    Wbgm pun, aku rasa paling kasihan adalah ahli2 pas spt aku, dah banyak kali hadir muktamar pas pusat sbg pemerhati..tapi penyata Akaun Tahunan Harakah masih gagal dibentangkan dalam muktamar...sebagai mana kita gagal nak tengok harta EXCO di Kelantan di laman web.

    Tok Den

  23. A,kum boleh click www.powerimpian4u.com/?id=rozana, dan www.janganberundur.blogspot.com

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008