Sedap!! Klik gambar di atas!

Agenda apa jadi pak yet dalam kerajaan campuran?

Sejak dia dipaksa berundur (sila lihat posting bertajuk "Menanti sedap dan lazatnya Najib menjadi PM"), saya memang tak minat langsung nak kata apa-apa tentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tapi hari ini, bila kebetulan saya jumpa tulisan bertajuk "Pakatan not averse to unity govt if Pak Lah stays on as PM" dalam Suara Keadilan, saya geram.

Memang benar, setakat ini cadangan kerajaan campuran langsung (lihat Malaysian Insider 27/2/09 "Pas calls for a unity government") tidak mendapat sambutan dari para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) kecuali Tengku Razaleigh Hamzah (lihat postingnya "Unity government")

Sebelum ini, Tengku Razaleigh pernah mencadangkan kerajaan campuran (lihat Malaysian Insider 7/10/08 "Ku Li says a unity government may be the way forward") Tetapi, beliau bukanlah orang yang pertama mencadangkan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Berita Harian 12/3/08 melaporkan, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang juga bekas naqib saya, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mencadangkan BN menubuhkan kerajaan campuran dengan pembangkang bagi menjamin kestabilan politik negara dan masa depan orang Melayu dan Islam (walaupun dia dah jadi Umno, saya tak nak menafikan bahawa beliau adalah bekas naqib saya malah menikahkan saya dengan isteri saya ketika dia masih menjadi pemimpin PAS - nak berlawan pun, taklah sampai lupa sejarah dan lupa daratan).

Saya tak hairan kalau para penyokong Umno dan BN mahukan kerajaan campuran. Tetapi ketika tumpuan sepatutnya difokuskan untuk mengukuhkan kedudukan (kalau PAS, dia patut fikir dan kerja bagaimana nak menambahkan kerusi di Perak, Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri - Pulau Pinang kena tukar pemimpin Pemuda dia dulu, rungsing aku tengok!), apa hal yang duduk tak duduk ketagihkan kerajaan campuran pulak?

Saya tolak Ustaz Nakhaie ketika dia merapu tak tentu hala sebelum dia masuk Umno dulu dan kukuhkan keyakinan saya kepada Tuan Guru Presiden PAS dan Haji Mustapha Ali kerana saya yakin mereka mempunyai pemikiran yang lebih baik dari Ustaz Nakhaie. Kalau sama ja pemikiran Tok Guru dengan pemikiran Ustaz Nakhaie, letih sungguh aku ni! Kecewa!

Apa ke bendanya tugas dan agenda Abdullah yang belum diselesaikan? Ada orang kata kenyataan Tok Guru tu hakikatnya adalah perang saraf. Perang saraf apa kalau ahli dan penyokong sendiri yang sentiasa kasih kepada dia pening dan rungsing? Perang saraf tujuannya nak lemahkan lawan. Tetapi, kalau lawan sikit pun tak bergoncang tetapi ahli sendiri yang kuca lana, perang saraf apa lagu tu?!!

Kenapa macam tak sedia nak lawan Najib? Takut apa sangat kat Najib tu? Kalau pembangkang pandai manfaatkan hasil tinjauan pendapat yang menyatakan hanya 41 peratus yang percaya Najib akan menjadi Perdana Menteri yang baik, lebih baik berlawan dengan Najib menjadi pak yet agenda Abdullah. Hakikat bahawa hanya 57 peratus orang Melayu yang bersetuju bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri yang baik sepatutnya menjadi advantage dan variable yang baik kepada PAS.

Apa hal kita pulak yang nak jadi tukang kerja agenda Abdullah? Apa agenda Abdullah yang hebat sangat tu? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)? Apa agenda Abdullah yang belum selesai? Agenda di bawah ni?
1. Kenapa Presiden George Bush dengan mudah melepaskan Kamaluddin yang juga tidak di tahan ISA bagi penglibatannya di dalam aktiviti-aktiviti keganasan?

2. Kenapa Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan Singapura berbanding di zaman Tun Dr. Mahathir?

3. Kenapa kerajaan pimpinan Abdullah menjual Telekom Malaysia kepada kerajaan Singapura tidak sampai dua minggu selepas Kamaluddin dilepaskan oleh Presiden Bush? Dan kenapa yang dijual adalah Telekom, pembekal utama sistem telekomunikasi negara yang penting untuk ketenteraan jika tujuannya hanyalah untuk menggalakkan perkembangan ekonomi? Kenapa sekarang?

4. Apa kaitannya syarikat teknologi ketenteraan, Magna Chemical, yang sedang merundingkan sistem minyak pelinciran bagi kereta perisai kepada Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai hubungan langsung dengan Israel, Amerika Syarikat dan Singapura? Bukankah Singapura adalah rakan kongsi Amerika terbesar di Asia di dalam program pembinaan besar-besaran senjata pada tahun 2008?
Atau agenda menipu seperti di bawah ni?

Abdullah mengarahkan semua wakil rakyat BN membuat pengisytiharan harta.Beliau menegaskan, pengisytiharan perlu dibuat meliputi harta-harta yang dimiliki oleh wakil rakyat serta ahli keluarga masing-masing - Utusan Malaysia 5/4/04 (sila klik untuk besarkan imej)

Tetapi beliau juga yang berkata, anak-anak dan menantunya tidak perlu mengambil tindakan mengisytiharkan harta mereka. ''Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,'' katanya. Tambahan pula, katanya, tindakan ahli keluarganya untuk memiliki harta bukanlah satu perbuatan yang salah - Utusan Malaysia 3/11/06 (sila klik untuk besarkan imej)

Atau agenda tidur?

His attention span is very short and everybody tells me... that he goes to sleep, even while cases are being presented to him... He tends to let his advisors tell him what to do. (Tun Dr Mahathir Mohamad - IHT 6/11/06)

Agenda nak lingkupkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di bawah Akta IRDA 664.? Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) kata akta itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah WPI mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

(Ihsan Maverick SM)

Agenda nak lingkupkan tanah rezab Melayu? Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan untuk mengambilalih 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER. Pemilik-pemilik tanah rezab Melayu di dalam ECER hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam sebuah badan yang didakwa "badan amanah". Kedua, menjualkan terus kepada badan yang didakwa "badan amanah itu".(The Edge Daily 24 September 2007)

Agenda belum selesai yang mana sehingga nak menjadi pak yet dalam kerajaan campuran di bawah Abdullah?

Berkaitan:
Jangan salah tafsir pandangan Abdul Hadi (Malaysian Insider)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. DULU KINI DAN SELAMANYA >>> HAPRAK
    Dulu......
    Najib dan Pemimpin UMNO lain: Kerajann BN Perak sah......

    Hari ini.....
    Najib: Sidang tergempar DUN Perak 3 Mac tak boleh kerana mahkamah belum putuskan ...bla...bla..bla..

    Persoalan....
    Apa yang dulunya sah....
    Mungkin...
    (Ingat Mahadhir PERNAH KATA: "Melayu mudah lupa...")

    Kelmarin.....
    Apa polis buat di Parlimen sewaktu Pemuda UMNO menyertai "No Mercy WWE"......
    (Ingat Pak Lah pernah berkata: "Polis kata Jangan")

    Petang Tadi....
    Polis guna air surai penyokong Uthayakumar kerana nak buat repot di balai Polis....
    (Arahan siapa?????)
    (Ingat Pak Lah pernah kata: "kita mesti Cemerlang, Gemilang dan Terbilang")

    Mungkin:
    PDRM adalah golongan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...

    Tahun Lepas:
    Ketika BERSIH membuat perhimpunan AMAN...
    KJ: "kita tidak mengamalkan demostrasi jalanan, itu adalah beruk..."

    Bulan ni Feb 2009 di Seluruh Malaysia..
    Pemuda UMNO membuat demostrasi di seluruh Malaysia untuk kononnya "DAULAT TUANKU" sebenarnya "KAMI MEMBODEK TUANKU".

    Persoalan:
    Adakah semua Pemuda UMNO juga adalah BERUK seperti yang digambarkan oleh KJ.
    (Mahadhir: "Melayu Mudah Lupa")

    Kelmarin:
    Menteri Kabinet BN: Tol dinaikan mulai 1 Mac bagi Bla..Bla...Bla....

    Hari Ini:
    Menteri Kabinet BN: kenaikan Tol ditanguhkan.bla...bla..bla..

    Mungkin: Kerajaan BN adalah kerajaan terbaik buat rakyat (kelmarin lain hari ni lain ..macam biskut daa...>> kerajaan Biskut Najis (BN))

    (Ingat Pak Lah pernah kata: "kita mesti Cemerlang, Gemilang dan Terbilang")
    (Ingat Mahadhir pernah kata: "Melayu Mudah Lupa")

    Kelmarin:
    CCM bagaimanapun berterimakasih kepada KDN kerana telah membenarkan perkataan Allah digunapakai untuk penerbitan selain Islam.

    Agaknya inilah Islam HADHARI yang diagung-agungkan Pak Lah.

    Akan Tetapi......

    Malam ini:
    Menteri KDN: terdapat kesilapan bla... bla.. bla...

    Hoi Menteri BN hampa buat apa ....
    Makan gaji buta ke.....
    Dok sibuk cari RM, Betina, pangkat, jawatan....
    Benda yang sensetif macam ni pun, boleh ada kesilapan.....

    Macamni ke: "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang"
    Ataupun: "Melayu Mudah Lupa...."

    HAPRAK.......(Istilah Mahadhir)

    -----MiNDA TeNANG----

  2. komen pasal ketua pemuda pas penang tu memang best. saya sokong ha ha ha ha. semangat tanpa kebijakan adalah satu daripada banyak sisi kebebalan

  3. Sekurang-kurangnya Hadi Awang tu berakai sikit fikir pasal perpaduan walau pun sahut tak bersambut berbanding dengan puak-puak UMNO yang dok melalak macam-macam isu sensitif kononnya nak mendaulatkan raja! Kalau dah tersepit dan nampak untung, Raja di sanjung.Kalah cerita hindu (sorry brother!). Kalau dah diri nampak selamat untung lebih, tibai raja-raja.Kutuk raja-raja. Itu lah kelaku puak-puak UMNO ni. Macam beruk dapat bunga!

    Kita jangan risau tentang tektik pak lah. Saya orang Pongsu Seribu, Kepala Batas. Puak-puak UMNO situ kata Pak Lah tak mau pening kepala dah. Cukup lah katanya. Kata puak-puak UMNO Pak Lah tetap undur walau pun penat kami pujuk, bukan apa takut mis suru! Hah..Kalau dia tak letak jawatan, saya syok juga...tanah pongsu seribu naik harga. Lepas ni harta tanah situ lambatlah sikit naik. He..he..tunggu anuar naik, boleh tempias sikit kot. Kah..kah!

    Hadi tu ingat senang nak jadi pak yet ka pak bakaq. Orang pas kalau bercakap hampa gulung tikar. Belum tentu betui. Saja buat acah. Try market okey ka tidak!

    Sekarang yang ada 'buah'dalam UMNO cuma Ku Li sorang saja. Itu pun pasai tak layak bertanding dan ada kuturunan Raja. Berani puak UMNO kacau dia. Kacau dia, macam kacau Sultan lah jugak. Durhaka! Cuma yang tak guna Raja Katak, kacang lupa kulit. Pekik sana sini kutuk geng pas. Puak KU LI dah rejek dia kalau nak masuk balik UMNO. La mati kutu!

    Cukup dulu melalut saya ...pak bakaq!

    Selamat sejahtera semua!

  4. Kerajaan tanpa Pembangkang adalah idea mereka yang selama ini tidak merasa kehebatan menjadi pembangkang! Oleh itu mereka mahu jadi pemerintah sahaja.

    Umno/Bn takut jadi pembangkang terutamanya takut kena kepung dan diserbu di Parlimen macam mana Pemuda Umno buat pada Karpal.

    Tapi mereka kena ingat! Kerajaan Pakatan Rakyat tidak segila apa yang telah dilakukan oleh Umno (Dulu, Kini dan Selamanya) kepada rakyat!

    Cuba belik-beliklah kerusi pembangkang tu! Atau letak jawatan sebagai ADUN atau MP!

    Kalau tak ada pembangkang yang susah deritanya rakyat sebab tidak ada siapa nak pantau Kerajaan!

  5. Hari ini bagus tulisan hang. Minggu lepas aku baca haji hadi sindir-sindir Nakhie kata duduk dalam UMNO pun tak jadi hebat. Kenapa dia pula terhegeh-hegeh nak buat kerajaan campuran.

  6. Pemimpin Pas nak jadi menteri sebelum mati. Ha ha. takut tak dan kot

  7. Pimpinan Pas yang nak Kerajaan Perpaduan tu mungkin hanya sekadar gimik politik saja.Mungkin kerana muqabalah tak jadi nak cuba pula kerajaan perpaduan.Sebelum cakap kerajaan perpaduan umno-bn kena lepaskan dulu semua tahanan tanpa bicara(ISA)baru boleh bercakap apa2 saja tentang perpaduan.Presiden USA yang baru pun dah nak tutup penjara Guantanamao,di Cuba tapi umno-bn langsung tak sebut nak lepas tahanan ISA apatah lagi nak tutup Kem Tahanan Kamunting.Hanya kita ja yang dok sebut nak Kerajaan Perpaduan niiii.

  8. inilah padahnya kalau dah masuk suku,
    fikiran pemimpin PAS pun boleh jadi
    kurang 1 suku!!!

  9. Hampa Rahim Kassim masih dok fikir cara takuk lama macam nakhaei. hampa tengok nakhaei jadi apa hadhari tak hadhari sampai... hadi dan mustapha ali ni pun satu hal bila jual barang cap muqabalah tak laku, tukar brand cap perpaduan pulak. Barang cap erdogan pulak lintang pukang dibuatnya. tapi bukan Taiyyip Erdogan PM Turki. Beliau hebat cara beliau. Zaman dah berubah hampa semua kena berubah, zaman sekarang adalah zaman Salman Farsi. hampa semua kena ikut berfikir cara bangsa Salman ni. Hadis NabiMuhammad(saw) ada meriwayatkan tentang bagnsa ni.
    Misaimerah ni pun satu hal, hal barang cap muqabalah atau perpaduan ni ke arah perpecahan ahli dan penyokong Pas.
    Selamat menghayati minggu perpaduan (Sunni-Shiah) 12-17 Rabiawal. SALAWAT !

    Zolgoji, Bukit Gantang.

  10. tah la pelik2 sangat idea yang keluar dari hj hadi nih,apa ka menda ni? dok2 timbul citer habibi intelektuel indon tuh,yerlah yang aku tau la waktu perpaduan di indon lepas pak harto tu yang join termasuk ppp pimpinan pak hamzah haz yang lebeh kurang sama ngan pas di malaysia.lepas tu sampai hari nie ppp dah makin suram yang naik skarang pks pimpinan baru yang lebeh tulus berjuang.tak payah la kita nak kira,sesiapa yang jadi bos umno semua kita lawan la,najib ka dolah adalah individu yang memimpin parti yang zalim,tengah2 kita tuduh umno rampas kerajaan pr di perak tiba2 kita ajak buat kerajaan perpaduan tanpa kita letak syarat pertama isa tu hapuskan dulu sekurangnya la,lagi pula umno tu dah nak ghuyup wal mampos dah.macamana la nak terus jadi pmimpin macam ni,zul sulong tu dah bankrap idea dah ,tah tah dia dok minat nak jadi ketua pengarang utusan meloya kot,wahai rakyat malaysia marilah kita trus kuat kan pr, tanam lam kepala kita bahawa setiap kerjasama ngan umno dalam apa pon suasana samalah ngan kita hulur leher kita untuk di sembelih.pada din ayob ,awak tu pmimpin pemuda yang harus ada perinsip perjuangan,tengah2 sprm dok buat fitnah kat pr di perak ngan selangor awak juga jadi lembu sprm tu kenapa,tak payah lah bila tok speker dewan kata kamu tu ahli dewan yang disiplin kamu pon dah jadi lembik dan sanggup jadi lembu sprm.mari lah kita yakin bahawa pas 4 all tetap releven,we never walk alone,

  11. Sebagai ahli pas bawahan aku dah mula naik rimas dgn kenyataan Tuan Guru Presiden..kadang2 aku terfikir mungkin dia dah muak nak lawan BN atau mungkin dia mendapat nasihat yg salah drp mentornya?

    tokden

  12. Cucu jebat hampa tak kenal zul su long (tapi minta maaf orang tak tinggi). zul ni pendukung Dato Mustafa Ali. Apa yg terbit dari fikiran dia adalah hasil fikiran Dato. Muqabalah = Perpaduang.
    Saya pun heran, dulu Salahudin anak Ayub ni kumpulan erdogan tapi skrang perpaduang pulak. Senyap2 masuk istana paduka raja muda perak, kesian kat Nizar Sembah Derhaka.
    Nizar saya doakan keselamatan anda. teruskan perjuangan kerana anda ADA BAKA CINA. Bangsa ni sanggup berubah.

    Zolgoji, Bukit Gantang

  13. Apakah pemimpin2 pas terutama mustapa ali, masih belum serik setelah dihukum pada tahun 1978 dulu? Pemikiran lapuk mustafa ali masih lagi dipegang oleh presiden...mereka tak terfikir ke dgn amanah jutaan pengundi pas yg mau lihat pas berlawan dgn umno.... bukannya tidur sebantal macam 1974 dulu!

    Awang hitam

  14. alahai din ayob, wat pa la lu buat camtu,sian la kat amk,mereka sanggup tuntun lembu hantar ke sprm dok2 mu gi kutip tahi umno masuk lu punya poket apahal,cerdik sikit la politik ni,jangan la nak tunjuk jadi hero bukan pada tempat,elok la mu pon dah istihar undur dari pemuda,kalo tak apa nak jadi pada pemuda pas tak tau la.alah takat nak masuk pintu belakang jumpa raja istana tukang kebun istana lagi cerdik dan lagi tau siluk bilok istana tu.pada zul sulong and cikgu pa ,kalo kamu jujur la berhentilah jadi ahli pas masa kamu dah tak sesuai dengan zaman ni nih,jangan sampai kami dedah hal nep sdn bhd,cikgu pa patut bertanggung jawab sepenoh nya.pada tok guru hj hadi jangan lah terlalu dengar roslan sms yang macam egen umno dalam pas tuh,tak suka pada pkt rakyat tapi trima jadi ahli majlis,lepas tu sapu projek,hehehehe, kita dah tau la.cukup....baru sikit nak usik dia..skrang kita cadang apmacam kalo pas tranganu ajak umnoooo tranganu buat dulu kerajaan perpaduang. kita tengok amacam?pada ahli2 pas yang nak mesyuarat agong ni,mari kita pakat2 naikan mereka2 yang tak takut pada umno,sori din ayob aku ingat nak undi anta utk np,tapi dah tak jadi la sebab anta ni macam flipflop.pada mereka yang dok lebelkan grup erdogan ke erbakan ke,sedar lah puak2 muzakarah,muqabalah dan terbaru perpaduang ni lah yang banyak timbulkan kegawatan dalam fikiran ahli2 pas,erdogan mungkin menjadi penghalang kepada agenda perpaduang cetusan stopa ibnu muqabalah.hai tak sabar aku nak mengundi dalam muktamar tahun ni untuk perubahan.

  15. salam.....woi bakaq dalam pas ada jawatan timbalan presiden ka,kalo ada apa kerja dia?dia bisnis ka?...nyesal aku undi dia dalam muktamar dulu,kalo aku tau mcm nih baik aku bagi undi rosak aja ma,nak bagi harun taib dah tak releven.

  16. Salam....

    Alahai :)

    KESILAPAN?

    Itu ke"KHILAF"an namanya. (bagus bunyinya camtu....)

    Salah dapat 1 pahala; Benar dapat 2 pahala.

    X gitu ke Pak Bakaq...
    (Bukan perli Pak Bakaq).
    Perli yang sesaja buat lupa.

    wasSalam

  17. Tiada pembangkang bukan bermakna tiada bangkangan. Apa yang terjadi sekarang, parti yang memerintah begitu takut kehilangan kuasa memerintah kepada pembangkang. Kesannya ialah, mereka menggunakan apa juga cara untuk mengekalkan atau merebut kuasa. Tumpuan tidak lagi kepada pembangunan dan masalah yang dihadapi negara dan rakyat.

    Kalau kerajaan campuran, parti pemerintah tidak fikir mengekalkan kuasa parti lagi. Prinsip parti tetap kekal. PAS, DAP, UMNO, MCA, MIC dsb masih berpegang pada prinsip parti masing2. Masih ada lagi bantahan, teguran dan bangkangan jika perkara yang diusul tidak menepati prinsip masing-masing. Matlamat utamanya ialah menyelesaikan kemelut ekonomi, sosial, pendidikan dsb untuk faedah rakyat dan negara.

    Untuk masa terkini, kita perlu tumpukan penyelesaian kepada kemelesetan ekonomi negara kerana kekecohan akibat perebutan kuasa oleh tindakan berparti. Selagi parti-parti berperang, selagi itu tiada tumpuan kepada pentadbiran negara. Mangsanya... Rakyat

  18. jangan hina erdogan, dia seorang pemimpin muslim yang berkaliber, nyatakan kebenaran bukan nak perpaduang dengan peres. Islam tak kemana kalau dengan arabnya, melayunya.

    memberi pandangan kepada kerajaan bukannya dilayan. perpaduang hanya peluang untuk kerajaan meneruskan agenda mereka. bilion rm bukan untuk menghadapi kemelesetan ekonomi kecuali peluang membetulkan keadan kewangan pihak-pihak tertentu akibat kemelesetan ekonomi. masalah rakyat tiada dalam benak mereka. perpaduang hanyalah maintain status quo.

    roslan sms galak kerana ia mendekati harapan ketuanya, kononnya. sorila bro, projek sapu gak, pakatan rakyat ko susahkan. tak malu ke? tarbiyyah melahirkan antihusam blog, blog yang di dalamnya husam dikritik, dicop berbagai-bagai. erdogan jadi sasaran, tak kenalkah hangpa siapa erdogan? barat tidak berkenan dengan sikap erdogan, lalu kamu juga?

    kerajaan perpaduan ini timbul daripada soalan zul sulong, lalu saya katakan bahawa ia soalan yang telah dirancang, demi agenda yang tersirat? ia mirip muzakarah pas-umno cuma beza pendekatannya? zul sulong menulis cadangan muzakarah selepas mac 2008, cadangan? hang nak kelentong sapa zul? seluruh dunia tahu muzakarah itu bukan cadangan tetapi telah berlaku. sedarlah, walaupun anda seorang editor, agama perlulah diletak di hadapan, maknanya janganlah gunapakai cara putar belit msm.

    penyakit yang ada pada pas yang dikenalpasti dan tidak diubati ialah, setiap kali umno sakit, pas turut menyakitkan dirinya sendiri. entah kenapa...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008