Sedap!! Klik gambar di atas!

Adakah Najib could answer lagi?

Penting! Tok Guru Mursyidul Am PAS tolak kerajaan perpaduan (Berita Bernama 1.30 tengah hari tadi)

Saya sokong orang yang rasuah didakwa. Kalau memang dia bersalah dan didapati bersalah, insya Allah saya tak akan gatai-gatai cuba nak whitewash dia. Lantak pi kat hanglah - tak kiralah hang orang PAS sekalipun!

Jangankan orang lain, kalau saya bersalah pun, tak payahlah nak kata bakaq tu sebenarnya terperangkap, teraniaya, apa-apalah. Saya tak perlukan kosmetik untuk membaluti kehodohan. Kalau hodoh, di sisi Allah s.w.t. tetap hodoh. Kalau saya bersalah, yang sangat-sangat saya perlukan ialah keampunan Allah dan kemaafan mereka yang teraniaya akibat kesalahan da kejahatan saya. Ayat-ayat penglipurlara pi simpanlah jauh-jauh.

Kalau saya yakin saya tak bersalah, seluruh dunia celakakan aku pun, aku tak heran sikit pun. Mampuih pi kat hampalah!!

Hukumlah orang yang rasuah dan bersalah. Yang saya meluat tengok ialah mengapa pendakwaan dan hukuman begitu selektif? Mengapa hanya orang-orang yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang didakwa? Adakah orang-orang yang rapat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak suci bersih semuanya?

Kalau benar ada bukti Datuk Mohamad Norza Zakaria bersalah, dakwa dan hukumlah dia. Kalau benar ada tuduhan dengan bukti yang kuat ke atas Datuk Seri Azalina Othman Said, dakwa dan hukumlah dia (alahai Aza!)

Sikit pun saya tak teringin nak jadi lawyer tak berbayar kepada mereka.

Masalahnya, dan meluat sungguh aku tengok, mengapa dakwaan berpilih-pilih? Kalau misalnya (sekali lagi, misalnya) ada bukti yang kuat ke atas Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Khairy Jamalauddin dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (alahai Jalal!), adakah bukti yang kuat hanya ada dan berlambak-lambak ke atas mereka sahaja?

Adakah tidak ada bukti kuat ke atas orang lain? Saya tak tau. Bak kata orang putis, Najib could answer. Benarkah Abdullah tengah mengamuk sakan sekarang? Adakah amukan Abdullah akan jadi kudis kepada Najib? Tunggulah, tirai belum dilabuh. Or maybe, Najib could answer. (Kota Bharu)

Berkaitan:
Dr M: We'll oust Najib should he pick corrupt cabinet (Malaysiakini 14/3/09)
Corrupt Cabinet will be Najib’s and BN’s ‘death warrant’, says Dr M (Malaysian Insider 14/3/09)
Dr M: Najib 'jerat leher' jika lantik anggota kabinet rasuah (Malaysiakini 14/3/09)
PAS punya 1,000 bukti berhubung rasuah Umno (Harakah 14/3/09 - ya, i knew Husam is cookin!)
Azalina meets PM over probe (The Sun 14/3/09)
J/kuasa pengurusan tentukan nasib Norza (Malaysiakini 14/3/09)
Norza sebak di luar mahkamah (Malaysiakini 13/3/09)
Norza akui tidak bersalah beri rasuah (Malaysiakini 13/3/09)
Azalina: I have nothing to hide (The Star 12/3/09)
Azalina sedia dipanggil SPRM (Malaysiakini 12/3/09)
Azalina ready to face the music (Malaysian Insider 12/3/09)
Azalina’s office raided by MACC (Malaysian Insider 11/3/09)

Menarik:
Najib mungkin tidak jadi Perdana Menteri, kata Dr Mahathir (A Voice 15/3/09)
Perak turmoil due to 'rash' decisions by BN (Malaysiakini 14/3/09)
Dr M says Perak grab unlawful (Malaysian Insider 14/3/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

    Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

    Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

    Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
    Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

    Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

    Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
    inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
    Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

  2. Tok guru Nik Aziz tak mau kerajaan perpaduan sama macam Tun Mahathir tolak kerajaan perpaduan.Apa komen Presiden Pas agaknya bila Tok Guru kata macam tu?Tapi Tok Guru kata itu pandangan peribadi beliau.Mungkin Tok Guru dah rasa pahit maung waktu pakat dengan BN dulu, takut pisang berbuah dua kali.Aku dah kata dah rusa dengan harimau tak boleh tidur sebilik,rusa asyik mimpi harimau nak makan dia,sampai cerah rusa tak boleh tidoq.Betoi juga Tun Mahathir kata"kalu dah tak ada pembangkang takkan ada check and balance dah lagi lingkup la kerajaan tu".Silap2 kalau dah tak ada pembangkang ni pakat2 lawan sapu projek, satu untuk engkau satu untuk aku,dua untuk engkau dua untuk aku...nak berjuang apa lagi kalau dah jadi ular sawa kenyang,mata pun dah tak larat celik nak banteras penyelewengan,salah guna kuasa. La ni pun dah nampak dah sikit2 nak jadi lagu tu.Ada yang cakap2 "lama dah umno sapu projek,51 tahun dah takkan bila kita menang nak ambik sikit tak boleh".Minta2 suara2 macam tu kena banteras takut jadi bara yang merosakkan parti.

  3. macam tau - tau aje KJ ,khir toyo dan ali rustam nk kena dakwa oleh lembaga displin umno!!?

    khabar angin itu bertiup kencang skrg,

  4. Kalau dah salah, salahlah. Tak kira orang dia ni ka orang dia tu ka. Ada proses perundangan yang perlu dilalui. Kalau terbukti bersalah, bersalah lah. Kalau terbukti tak bersalah, tak bersalah lah. Jangan pula nanti disalahkan proses perundangan.

  5. KALAU ADA BUKTI SILAKAN KALAU TAKDE ELOK DIAM JE, MAKIN CAKAP MAKIN NAMPAK BODOH...

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/wira-sejati-dari-perak-malaysiakini.html

  6. UMNO=RASUAH. TIADA RASUAH HANCURLAH UMNO. UMNO DAN RASUAH UMPAMA LAGU DAN IRAMA, TAKDE SALAH SATU HANCURLAH DIA. TAPI YG HAIRAN RAMAI ORG UMNO YG SOLAT TAK TINGGAL, ALIM TP MASIH TAK NAMPAK KEMUNGKARAN NI DLM UMNO! MUHASABAH LAH DIRI KAMU, TANYALAH DIRI KAMU SAMADA UMNO TU BERSIH ATAU HATI KAMU DAH DITUTUP ALLAH? MASIH TAK NAMPAK...TAK DAPAT LAH KAMI NAK TOLONG...BERDOALAH PD ALLAH AGAR DPT HIDAYAH....

  7. Salam bang bakaq N family

    Semua org ternanti, ramai pula yg berdebar dan tak kurang yg tak sabar menunggu DS Amar Panglima Najib jd PM. Paling terutama sekali mana2 individu wayang kulit yg telah mngguna atau baru menempah no. kenderaan masing2 dgn no. 11.
    Aku sj yg belum rasa apa2, sbb bajet mini yg dibentangkan masih blm ada pihak dari mana2 union yg war2kan ada tempias habunannya kepada kami penjawat awam sebagai suntikan semangat untuk merancakkan pentadbiran beliau.

  8. Penarik beca,

    Bila seseorang itu ada pengaruh, jawatan dan berkuasa pula menjadikan dia lupa diri, sombong dan zalim. Siapa yang akan mengambil tindakan sedangkan orang yang bertaraf ketua berkhidmat dalam kerajaan adalah dibawah kuasa orang itu...?

    Boleh kah polis atau SPRM atau Pegeuam Negara bertindak sebagai badan bebas menyiasast, menahan, mendakwa dan menghukum mereka dimahkamah...? Bukankah mereka itu semuanya makan gaji dan termaktub dalam akta "menurut perintah"....? Pada kebiasaannya kes orang besar selalunya disimpan dibawah karpet dalam bangunan UMNO di PWTC.

    Kita tidak fikir sebuah parti bernama "UMNO" boleh bersih dan bebas dari jenayah "rasuah" kerana parti itu memiliki ahli yang menjadi pemimpin tertinggi dalam kerajaan dan mereka tidak boleh disentuh atau ditegur oleh sesiapa.

    Hanya dengan satu cara saja untuk membersihkan UMNO dari segala macam rasuah adalah dengan menurunkan parti itu dari tahta kerajaan Malaysia. Biar mereka bermula dari kosong semula....sebelum jadi 51 tahun lagi.

  9. Salam che bakar,

    Tumpang lalu,

    Mac 2008 lalu, tindakan DYMM Sultan yang menolak Idris Jusoh diterima rakyat dengan penuh kesyukuran dan sehingga ke hari ini rakyat Terengganu masih memuji-muji kebijaksanaan Sultan mereka yang mana negeri itu terselamat dari angkara mungkar dan keji seorang kepala puak Parti pelampau perkauman Umno yang keji dan tamak.

    Jika dibuat perbandingan, kadar kepekungan Idris Jusoh amatlah minima berbanding Najib Glokal. Dalam keadaan sedikit bau pekungnya tercium ke Istana, Idris Jusoh telah tertolak.

    Maka apalah pula tidak munasabahnya untuk Tuanku Sultan menolak Najib Glokal yang jelas lebih kejam, keji, zalim, tamak dan hina, bahkan otak dan jasadnya sudah sebati dengan tahi?

    Selanjutnya di http://bulanpenuh2012.blogspot.com/2009/03/kami-nak-najib-natang.html

    Anak Bulan @ Bulan Penuh 2012

  10. bakaq,

    hang memang selalu betul. hang memang tak salah dgn sesiapa pun, tak salah dgn Allah Taala. hang teruskan yakin hang, aku sokong.


    hang kebun

  11. Salam bang bakar n family

    Dok tunggu isu lain dari kemarin. Hari ni dah isu baru calun MT UMNO kena gam, tak teringin nak ulas apa2 ke? Bagaimana pula calun PR Bukit Gantang. Dgr khabar angin calun PR merupakan graduan PHD yg belum konvo tu, atau sdr. Misbahul M. Atau kot2 dah ada klu lain, almaklum cuti2 sekolah ni sure bang bakaq dah bawak anak2 balik kg halaman di Bkt Gantang ka?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008