Sedap!! Klik gambar di atas!

Usaha Najib jatuhkan kerajaan DAP Kedah akan berjaya?

Takziah kepada keluarga Ahli Parlimen kampung saya iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham Haji Roslan Shaharum yang meninggal dunia (lihat berita Malaysiakini di sini).
Malaysiakini 21/4/08 melaporkan, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad menganggap Datuk Seri Najib Tun Razak "lemah dan pengecut". Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi menyifatkan Najib lemah dan lembik.

Orang kampung pun dah tau, politik Najib mengalami mati pucuk politik tahap kronik. Tanpa kejantanan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak ada siapa pun yang yakin Najib berani menjerkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya nyah dari kerusi kepimpinan Umno dan negara. Ekonomi negara yang semakin memburuk menayangkan dengan jelas ketidakmampuan Najib. Orang kata pakej ransangannya tidak memperlihatkan beliau sebagai pentadbir ekonomi yang cerdik dan berimaginasi.

Kesemua itu dan banyak lagi serta ditambah pula dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu semakin menelanjangkan politik Najib yang mati pucuk. Para penyokong buta tulinya bimbang ahli-ahli Umno akan mati selera terhadap Najib. Siang malam mereka berfikir mencari jalan untuk memulihkan kejantanan Najib.

Fikir punya fikir, mereka teringat ada dua barang buruk yang setiap hari rela dipujuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak. Kerajaan PR di Perak juga tidak ada kejantanan untuk membuang barang buruk itu. Malah, kerajaan itu juga hidup di bawah ugutan dua orang yang dituduh kaki duit dan b*r*t itu. Kalau mereka dibuang, kerajaan PR di Perak akan miskin kerusi untuk memerintah dengan stabil boleh dikafankan bila-bila masa. Kerajaan PR Perak menggeletar ketakutan.

Najib dan para penyokongnya nampak peluang yang terhidang. Menjatuhkan kerajaan PR di Perak tidaklah penting sangat. Wujudnya dua orang yang dituduh kaki duit dan b*r*t itu hakikatnya adalah senjata yang lebih tajam untuk menyembelih mati kerajaan PR di Perak. Disiarkhabarkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM yang dulunya BPR) ada menyimpan gambar kedua-dua atau salah seorang dari mereka sedang melahap sedekah.

"Macam orang kukur nyior," kata sumber. Tiadak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

Memang tak penting nak jatuhkan kerajaan PR Perak. Apabila dua orang itu dijatuhkan hukuman dan pilihan raya kecil diadakan dengan senjata tajam di tangan BN bahawa kerajaan PR di Perak tidak beretika kerana menyimpan dua orang yang buruk kelaku di dalamnya, ia akan akan jadi tahap pertama menjatuhkan kerajaan itu.

Selain itu, perangai Ngeh dan Nga yang dituduh ketagih sungguh berkelahi dengan begitu ramai tokoh DAP Perak yang lain juga akan menjadi kain bungkus kerajaan PR di Perak. Tak perlu susah payah nak ambil alih. Dia akan terlungkup sendiri.

Tetapi pencilukan kerajaan PR di Perak mesti disegerakan demi kepentingan untuk menunjukkan kejantanan Najib kepada ahli-ahli Umno menjelang peralihan kuasa Mac ini. Keyakinan ahli-ahli Umno kepada Najib lebih penting dari segala-galanya. Najib tak mahu dirinya mengambil kuasa Mac ini dengan imej lemah, pengecut dan lembik.

Lalu dua barang buruk yang setiap saat rela dipujuk oleh kerajaan PR Perak itu dipujuk pula oleh Najib dan gerombolannya. Bagai dua ekor babi liar yang mendapat umpanan baru yang lebih lazat, kedua-duanya menerkam dengan penuh geram. Tidak mengapa kalau perbicaraan kes rasuah akan berakhir dengan keputusan bersalah. Ada habuan lain yang lebih menawan.

Dalam pada itu, ada pula seteru Ngeh dan Nga yang sedang ketagih menyerah tengkuk. Apa nak marah kepada Najib, dah orang sedekah...

Tetapi semua itu tak cukup lagi untuk menyerlahkan kejantanan Najib untuk menjadi tatapan dan nikmat kesedapan ahli-ahli Umno. Lalu laporan mendakwa berlakunya rompakan sokongan di tengah jalan.

Dengan laporan rompakan sokongan itu, Najib sudah dapat sebelah. Dia perlu cari sebelah lagi. Sebab itulah orang menuduh Najib kini bagai hantu raya yang rakus memburu telur. Dia sudah ada sebelah. Dia perlukan sebelah lagi.

Pada masa yang sama, untuk memberikan warna menawan atau to paint a rosy picture kepada pencilukan kuasa di Perak, dihambur-hamburkan cerita di sana sini bahawa Najib sebenarnya berjasa kerana menjatuhkan kerajaan DAP di Perak. Cerita itu tentu sedap kerana semua orang tahu DAP Perak begitu terkenal dengan sifat jakun kuasanya. Maklumlah, tak pernah berkuasa. Jakun tahap Ro*m*h yang orang tuduh ungka tersesat, penguin cacat tu!

Najib sudah ada sebelah. Dia perlu sebelah lagi. Dia makin rakus memburu telur.

Kini tersiar khabar Najib sedang berusaha untuk menciluk kerajaan DAP di Kedah. Segala usaha sedang dijalankan untuk menjatuhkan kerajaan DAP di Kedah demi membuktikan kepada ahli-ahli Umno bahawa Najib masih lagi ada kejantanannya.

Disiarkhabarkan juga, sebagai anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Najib tak akan ciluk kerusi PAS. "Takkan kita nak kacau kerusi PAS. PAS parti Melayu. Seburuk-buruk daging, dikincah-kincah di makan juga," kata seorang pecacai Najib kepada seorang Ahli Parlimen dari PAS. "Aku tergelak besar masa dia kata lagu tu," kata Ahli Parlimen itu.

DAP bersama-sama rakan-rakannya dari PR memerintah Kedah setelah memenagi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri 8 Mac tahun lalu. Kesemua 16 kerusi itu dikuasai oleh Cina-Cina DAP. Kalau Cina MCA atau Gerakan tak kisah. Cina MCA dan Gerakan memang boleh dijamu dan dibelai-belai dengan kuasa legislatif atau legislative power dari kawasan majoriti Melayu seperti Gerik. Kuasa legislatif itu tidaklah semahal tanah tapak rumah dengan hak milik kekal yang menyebabkan Raja sebak dan menangis.

16 kerusi yang dikuasai Cina DAP di Kedah itu ialah (sila klik nama DUN):
1. Ayer Hitam
2. Bukit Lada
3. Bukit Pinang
4. Alor Mengkudu
5. Anak Bukit
6. Kubang Rotan
7. Pengkalan Kundor
8. Tokai
9. Sungai Limau
10. Jeneri
11. Tanjong Dawai
12. Pantai Merdeka
13. Kupang
14. Kuala Ketil
15. Merbau Pulas
16. Bandar Baharu

Sebelum ini, Umno juga berusaha keras untuk mengambilalih kerajaan DAP di Kelantan 2004-2008 yang tercungap-cungap dengan kelebihan dua kerusi dan selepas itu lebih satu kerusi sahaja apabila calon yang dipertaruhkan kerajaan DAP itu kalah dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Pernah berlaku, pertemuan diatur di rumah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Perupok untuk tawar-menawar membeli ADUN bagi menjatuhkan kerajaan DAP Kelantan 2004-2008 itu. Sebelum pertemuan tersebut, ADUN tersebut meminta BPR datang ke rumahnya memasang perangkap. Mungkin kerana diberikan maklumat tentang tindakan BPR itu oleh pihak tertentu, tukang-tukang beli itu tak jadi datang.

Hari ini, oleh kerana Najib memerlukan sebelah lagi untuk menunjukkan kejantanannya kepada ahli-ahli Umno, adakah beliau akan dibiarkan berjayakan menjatuhkan kerajaan DAP Kedah? Adakah anda akan membiarkannya?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam pak bakaq,
    nampaknya selepas peristiwa di perak, saham 'dap' kedah naik. jika terus kekal, alhamdulillah. masalahnya duri dalam daging (pkr)...???

  2. Apa ni??? kerusi pas dengan dap pun tak dapat beza. Dulu sekolah sampai darjah berapa?..

  3. DAP ke PAS kelantan?

  4. he he anonymous tak reti bahasa le pak bakaq
    tu bahasa perli pun die tak faham
    Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Razak tu pun ketua DAP Kedah sbb tu Dato Jinab nak tumbangkan ha ha

  5. Kesian mamat ni, tulis panjang panjang, merapu sakan.

  6. dap dan pas kan sehati sejiwa.sama dap adalah pas adalh dap kan sama pr.

  7. lembu 2 ekor dari cgkt Jering dan Behrang sampai disini riwayat politik kamu ...sama ada bersemadi dalam penjara serta dicemuh dan dihina sepanjang hayat....

  8. hish.... susah le kalo budak2 tak cukup umur yg baca blog pak bakaq ni.... cuba hangpa baca btoi2.... dia tgh wat literature penulisan

  9. salam.. adui. kenapa la ko org ni lembabnya paham...

    -jack-

  10. sigh....
    pity this blog

    - kelmarin -

  11. Sindiran yg bagus Pak Bakaq, cuma harap maafkan mereka yg tahap sastera agak lemah dan memberi komen - kena mengaji sedikit lagi.

  12. kalau follow blog ni kena tahu style pak bakaq tulis

  13. Pak Bakaq,

    Budak budak budak kecik memang tak boleh paham sindiran orang tua tua.

    Biaq aku cerita sikit kat depa kot nuuu??

    Amno menghalalkan tindakan nak rampas Perak dengan alasan DAP kuasai DUN dan negeri itu. Sekarang nak rampas Kedah yang dikuasai oleh PAS dengan sendiri membatalkan alasan yang pertama tadi.

    Bagi la alasan apa pun...., orang amno percaya nak mampuih

  14. Ehhh3x....Kesian kat hampa no, masih tak faham2 lg.

    Hampa nak tau dak, semenjak dua menjak ni gaya penulisan 'Pak Bakaq' seghupa kayuh beca gostan kot belakang....Ada makna tersirap bila dia tulis la ni, kena baca byk kali sikit... :)

  15. Ditambah lagi cerita SHIT itu(Prof.Shahnon)dengan seorang pecacai dr negeri Pungkor...dan akan berkampung pula di negeri Lindungan Kedah Tua...bagi mencari saki baki khazanah minyak dr perut lautnya...minyak gaaaaamaaattttt.

  16. hang bawa beca melelong rata.macamtula kot hempa urus negeri. bercelaru. hempa ikut selam atau ikut islam. Kalau islam tak dak la caci maki,hina menghina, Tak kan umno buat pas itu buat. Hepadok taksub dengan nuwar pasai pa. Tanya mat sabutu, dia taulah sapa nuwar tu. nuwar dah kena jeghat sendiri. mainan kata si katak lompat dia yang jadi tok guru. dok tak dok dia kata itu kerja umno. betui. dah tau yang buruk tu umno punya kerja, yang dia dok nak peturun kat hempa pasai pa hempa terima. yang celaghu bila hempa pun naik beca dengan dia sama-sama melelong rata. eloklah beca hempa masuk parit.

  17. orang bodoh je tak paham sindiran... tak perlu jadik pengikut setia blog bakaq pun leh tau dia menyindir....
    tulisan cam ni pun tak paham... patut la dibodo kan amnu setengah abad....

  18. pak bakaq tak reti mengira ke? Lepas 3 nombot 5 ke? Mana sorang lagi?

  19. Apa la..bila PR war2kan lompat parti belum pun ada yg lompat lagi..penyokong BN bising ...x bermaruah le...x leh tunggu pilihanraya le dan macam2 lagi..bila kerajaan perak di tumbangkan dengan cara paling kotor...kemudian nak dilanjutkan pada negeri2 PR yang lain...depa suka dan anggap itu cara bagus...dapat tunjukkan kejantanan UMNO...sedarlah cakap korang dulu puak2 BN...dan untuk Najib kejantanan nya telah lama hancur bersama hancurnya mayat Atantuya yg telah dic4kan oleh sirul...kalo dikatakan hanya jauhari mengenal manikam...mungkin hanya roh atantuya sahaja yang mengenal kejantanan najib...

  20. oghang dah naik kereta hempa dok naik beca pak bakaq lagi.tu lah hempa dok kena tinggai. hempa ni dok tidok kot. kata pi lah apa pun hempa ikut jubok nuwar juga.

  21. Kau ni makin tua, makin kuat merapu.. sampah!..
    Dah la merapu tu tok Bakaq (aku muda lagi).. tak payahlah meroyan merapu tak tentu hala.. banyak lah buat amal ibadat jika masih sempat!.

  22. Ler, lupa pulak aku.. rupaya Pak Bakaq ni takde teloq.. tak sangka pulak!, nampak mcm jantan.. semua post kena tapis dulu mcm KDN pulak.. kah kah kah.. ingat berani sangat.. "tua kutuk, bila nak mampus", bukan aku yg kata, tapi P. Ramlee...

  23. Alangkah baculnya Pak Bakaq ni!, tak berani siarkan komen yg tidak menyebelahinya sendiri.. potonglah anu tu ( tu pun kalau ada ) kasi anjing makan.. tua bodo*

  24. hoi Pak Bakaq, nak post komen pun kena kelulusan ke?.. mengalahkan Menteri KDN.. kikiki.. kutu cabuk macam ko pun nak nak tunjuk power bagi kelulusan?.. nak duit kopi ke?.. ni ke yg PAS ajar.. kikiki

  25. Mula2 pening bila baca, tapi bila sedar bahawa ini adalah tulisan satira, barulah tergelak kuat-kuat. Pak Bakaq pandai buat lawak, noh....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008