Sedap!! Klik gambar di atas!

Untungnya buruk lantak rasuah Umno!

Untungnya Umno. Ketika pemilihan parti itu tinggal beberapa hari lagi, berlaku kejadian merompak di Perak. Lompat-melompat parti kata seorang lawyer adalah constitutional. Mana aku tau. Saya tak peduli sangat kalau poly-tikus murahan dah memang gian sangat menyerah diri. Tak kiralah walau menyerah kat Umno sekalipun.

Tetapi, susahlah nak buat tak peduli kalau nampak macam nak berlaku penyucian kes rasuah dan disekat tengah jalan untuk dipaksa kembali menyokong dan yang di takhta pula begitu pendiam bagaikan kehilangan kata-kata dalam perjumpaan terakhir dengan Menteri Besar (MB) kerajaan yang dihambat sedangkan dalam perjumpaan sebelum itu ketika si MB memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, yang ditakhta begitu ceria dan dilaporkan pula berkata, "kalau macam ni, bubarlah (DUN)" (yang di takhta khabarnya memang seorang yang ceria dalam keadaan biasa dan kata-katanya selalu diselang-selikan dengan ketawa).

Susahlah nak buat tak hairan kalau biasanya dalam setiap pertemuan si MB yang dihambat itu yang kena tunggu yang di takhta dalam masa 10 atau 20 minit. Tetapi, dalam perjumpaan untuk menghambat si MB, yang di takhta sudah siap menunggu bersama-sama penasihat undang-undang negeri (LA). Yang di takhta juga enggan bercakap bila diminta beberapa penjelasan dari sudut undang-undang termasuk apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang di takhta diam sahaja - bak kata orang putih, dia tak dispute. Si LA pun tak dispute apa yang dihujahkan oleh si MB (aku rasa jenuh jugak dia hafal hujah-hujah tu).

Minta tolong jangan bantai dan hentam yang di takhta kerana aku ada soft spot dan berterima kasih kepada orang tua tu sebab dia yang sign Pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja (tak kisahlah apa yang mendorong dia sign) yang bagi saya merupakan jasa terbesar Tun Dr Mahathir Mohamad kepada seluruh rakyat Malaysia yang berakal (ini bukan ayat perli, dengan nama Allah saya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana jasa terbesarnya mengkudungkan imuniti raja-raja itu).

Berikutan bantahan perbuatan merompak yang turut menjadikan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Mat Kemian seronok tergedik-gedik itu (orang mendakwa Mat Kemian ialah nama gelaran kepada Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini. Orang dakwa la, saya pun tak tau betui ka, tidak ka), mengamuklah pula gerombolan Umno dengan slogan membela raja yang membuatkan berduyun-duyun rakyat negara ini termuntah-muntah kerana slogan munafiq itu.

Untungnya Umno. Sebelum ini, satu negara membincangkan perbuatan mentekedarah rasuah yang berleluasa dalam parti itu. Selepas tercetus cerita rompakan di Perak, hampir tak ada berita Umno mentekedarah rasuah.

Oleh kerana orang sudah terlupa betapa buruk lantak dan pelahapnya Umno apabila disumbat rasuah ke tekaknya dek kerana terlalu heboh dan riuh cerita merompak di Perak, siapa boleh nafikan bahawa kesempatan itu direnggut cukup-cukup oleh para pemimpin Umno yang mengidam supaya dipilih lagi untuk memperalatkan jawatan - siapa boleh nafikan mereka meliwat-liwat kesempatan itu sepuas-puasnya dengan festival rasuah mereka.

Siapa boleh nafikan para perwakilan dan mereka yang kebulur rasuah gila-gila berkenduri rasuah ketika terlupa sebentar buruk kelaku mereka kerana tumpuan diasyikkan oleh kes merompak di Perak.

Barangkali sebab itulah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mengadakan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selepas Umno berhimpun kerana tindakan SPR itu akan memberi peluang kepada rakyat berjumpa dengan apa yang disebutkan oleh bekas presiden parti itu, Dr Mahathir sebagai "kerajaan pimpinan perasuah".

Menurut bekas Perdana Menteri, jika yang menang dalam pemilihan Umno Mac ini adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.

Mengambilkira apa yang diperingatkan oleh Dr Mahathir itu, kata Salahuddin, PAS akan menjadikan kedua-dua pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk rakyat mendesak para pemimpin parti yang berbudayakan rasuah itu membuat pengakuan bahawa mereka tidak merasuah ahli-ahli parti itu untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Kita akan mengajak rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut mana-mana pemimpin Umno yang datang berkempen ke kedua-dua kawasan itu supaya bersumpah di mana-mana masjid di kedua-dua kawasan tersebut bahawa mereka tidak merasuahkan ahli-ahli Umno atau mana-mana pihak untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Yang utama sekali ialah kita akan mengajak rakyat di sana menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.

"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin.

Jangan lupa perangai buruk lantak rasuah Umno. Ni berita-beritanya:

TDM: Umno yang bukan lagi Umno (29/5/08)
TDM: Rasuah politik (11/8/08)
TDM: Rasuah dalam Umno (19/8/08)
TDM: Pemilihan Umno (17/10/08)
TDM: Politik wang dalam Umno (24/10/08)
TDM: Peralihan kuasa (14/11/08)
TDM: Pencalonan Umno (19/11/08)
TDM: Rasuah dan keazaman politik (25/11/08)
TDM: Mac 2009 (2/12/08)
TDM: Pilihan raya kecil Kuala Terengganu (23/1/09)
TDM: Rasuah Umno (3/2/09)
BPR digesa siasatan skandal balak Umno Pahang (Malaysiakini 29/7/03)
Politik wang: Adnan marah tapi kasihan.... (Malaysiakini 5/10/04)
Dr M dakwa kalah kerana politik wang (Malaysiakini 11/9/06)
"Itulah harga maruah ahli Umno sekarang, dua ratus ringgit" (petikan dari Screenshots 11/9/06)
Ku Li: Campurtangan atasan punca Dr M tewas (Malaysiakini 13/9/06)
Johari shoots Umno in the foot (Malaysiakini 14/9/06)
Penyokong Dr M di Kubang Pasu terima SMS ugutan (Malaysiakini 16/9/06)
Ahli Umno Kubang Pasu buat aduan mengenai politik wang (Malaysiakini 29/9/06)
Dr M's defeat: Complaint lodged (Malaysiakini 29/9/06)
Kubang Pasu delegate: I was put under quarantine (Malaysiakini 2/10/06)
Menteri lesapkan wang syarikat selesai hutang peribadi, dakwa Gerak (Malaysiakini 29/6/07)
Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib (Malaysiakini 4/9/08)
Abdullah, Najib didakwa 'salah guna kuasa' (Malaysiakini 5/8/08)
Politik wang ini dah semakin bermaharajalela (petikan dari Bernama 14/8/08)
'Ahli Umno tak takut politik wang' (Malaysiakini 5/9/08)
Aduan rasuah, kekerasan di Wangsa Maju (Malaysiakini 17/9/08)
Politik wang: Muhyiddin rasa malu dedahkan kelemahan Umno (mStar Online 14/10/08)
Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil (mStar Online 18/10/08)
Wanita Umno pula baling kerusi (mStar Online 18/10/08)
Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender (Malaysiakini 21/10/08)
Politik wang dan pawang politik dalam Umno (Syed Imran Al-Sagoff 21/10/08)
Rasuah sudah menjadi budaya Umno - Rais (Harakah 22/10/08)
Pemilihan Umno diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka (mStar Online 22/10/08)
Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000? (mStarOnline 25/10/08)
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin (mStar Online 27/10/08)
Adakah Razaleigh akan terus berkhidmat kepada parti rasuah? (Harakah 3/11/08)
Razaleigh: Ada bahagian minta rasuah pencalonan RM2 juta (mStar Online 3/11/08)
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang? (Malaysiakini 5/11/08)
Umno terima 900 aduan politik wang (Utusan Malaysia 8/11/08)
Rasuah jadi hak eksklusif Umno - Husam (Harakah 10/11/08)
Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera (mStar Online 10/11/08)
Buang pemimpin amal politik wang dari Umno - Mahathir (mStar Online 12/11/08)
Dr M: Money politics will ruin Umno in GE (Malaysiakini 12/11/08)
‘Hanky-panky’ in Umno deputy president race: Dr M (The Star 12/11/08)
Dr M says ISA should be used against corrupt Umno members (Malaysian Insider 12/11/08)
Umno juara rasuah (Azhar Ahmad 13/11/08)
Politik wang dijangka parah menjelang pemilihan Umno - Tengku Rithauddeen (mStar Online 14/11/08)
'Politik wang nampaknya lebih teruk, bahaya' - Tengku Rithaudeen (mStar Online 16/11/08)
Dr M to name Umno members involved in money politics (The Star 19/11/08)
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir (Harakah 20/11/08)
Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir (Utusan Malaysia 20/11/08)
Gejala rasuah sukar dibendung walaupun Najib jadi PM, kata Dr Mahathir (Bernama 22/11/08)
Politik wang di Kota Tinggi, BPR panggil saksi (Malaysiakini 27/11/08)
Tuduhan rasuah politik: BPR nak siasat tapi disekat? (Politica 16/12/08)
Mubarak: Lembaga disiplin lambat bertindak... (Malaysiakini 18/12/08)
Tangguh pemilihan Umno jika siasatan politik wang tidak selesai (mStar Online 24/12/08)
Pemilihan Umno: Tiada tindakan ahli minta sogokan (Malaysiakini 26/12/08)
Tataetika Umno lemah, tidak boleh dakwa ahli minta suapan (mStarOnline 26/12/08)
Sah pemimpin Umno kebal dari tindakan SPRM (PAS Johor 9/1/09)
Tiga 'bandar politik wang' Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Bantah idea bubarkan sayap utama Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Politik wang: Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin (Malaysiakini 30/1/09)
Pemuda Umno marah kekerasan SPRM (Malaysiakini 30/1/09)
Umno’s road to perdition (Malaysian Insider 3/2/09)
Litmus test for MACC (The Sun 9/2/09)
Berita-berita berkaitan yang lain di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bukan rasuah dah, tapi sedekahlah!!!!

  2. kesian hamPAS

    orang melayu dah makin mual dengan hamPAS

  3. Dh jd budaya..tak rasuah tak puas..

  4. Penarik beca,

    UMNO masih cuba menjadikan cerita rasuahnya sebagai pekara biasa saja malah mereka cuba menjadikan rasuah seolah-olah tidak bersalah disegi undang-undang.

    Dalam pada itu mereka menimbulkan berbagai isu sensitif sebagai cara megalihkan perhatian rakyat. Sekarang kita lihat pemimpin tua UMNO, sudah mula mengeluarkan pendapat tentang isu derhaka.

    Mereka cipta masaalah, mereka pula jadi juara selesaikan masaalah.

    Menteri Besar Haram Perak, cuba mengelirukan rakyat kononya isu derhaka adalah berpunca dari Menteri Besar Pakatan Rakyat tidak mahu meletakkan jawatan.

    Pada pemikiran UMNO-BN, mereka begitu yakin bahawa Mohammad Nizar akan meletakkan jawatan dengan mudah bila didesak, diancam, dikutuk, dihina dan diugut secara berterusan. Dengan cara itu mereka tidak dilihat telah melanggar undang-undang tubuh negeri perak.

    Sebenarnya Pakatan Rakyat sudah bijak dan bukan penakut. Berjuang demi menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah diri.

    Oleh kerana itu kita juga mencadangkan agar pemimpin Pakatan Rakyat supaya bertindakbalas melawan kejahatan UMNO dengan membongkar segala kelemahan dan kejahatan mereka dalam parti dan dan dalam kerajaan.

  5. Syabas Pak bakaq...
    punya le banyak artikel tentang salah laku rasuah yang melibatkan parti UMNO...yang aku heran masih ada pemimpin UMNO yg mengatakan UMNO bersih..bertanding secara adil...depa x malu ka?atau ada wayar yg short dalam kepala otak depa??sapa2 yg rajin tolong jelaskan kat aku..kenapa depa mcm tuh...

  6. salam..

    iah byk benor reference/link nyer.. tak lalu teman nak baca.. naik mual dibuatnyer..

  7. Menteri makan ratusan juta disebut komisyen. Kalau ahli umno makan Rm300.00 disebut Politik wang. Kalau Kakitangan kerajaan terutamanya Polis (agensi yang menjaga kepentingan Umno/Bn) ambil wang disebut rasuah!

    Demikianlah perlaksanaan undang-undang di negara yang akan dipimpin oleh Najib al- kapal selam bersama Rosmah Mansorrrrrr!!!!

    Adakah SPRM ikut telunjuk Najib?

  8. Akhir zaman biasala. riba dah tukar jadi politik wang, saguhati, rasuah...lu fikirla la sendiri...kubur masing2...orang cakap x mau dengar.

  9. Pak Bakaq,
    List yang panjang-panjang tu laku ke kat Mahkamah Malaysia.......
    Laku ke kat Balai Polis Malaysia..........
    Orang UMNO kata mana bukti....... (tak tahu bukti apa yang diorang nak lagi)
    YB Eli...gambar beberapa keping itupun separuh bogel (saya pun tak tahu sebab tak ingin nak tengok berdosa kalau tengok)....
    Orang UMNO kecoh termasuk Khir Toyo (dia dah tengok ke gambar tua, memang dia tak bermaruah kalau tengok gambar macam tu, gambar bini tak nak tengok gambar ADUN bujang pulak yang ditengoknya TUA GATAL...)

    Ntah-Ntah dia tergilakan YB Eli...... (tapi tak dilayan, maka dia pun......)
    Dulu cari pasal dgn YB Teressa (pasal Azan) (mungkin juga tergilakan YB Teressa tapi YB Teressa boo layan, maka dia pun sebar fitnah azan)
    YB Bujang memang ramai lelaki GATAL minat.....

    ------Minda Tenang-----

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008