Demi kedudukannya yang dihebahkan oleh media arus perdana sebagai pembela Melayu, Umno sebagai parti yang paling berkuasa di dalam Barisan Nasional (BN) tidak akan mengizinkan sama sekali calon yang bukan Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu.Dengan tegasnya Umno menetapkan MCA dan Gerakan hanya boleh bertanding di kawasan majoriti kaum Cina sahaja. Pantang Umno menyerahkan tanah, wilayah serta kuasa legislatif dari kawasan majoriti Melayu kepada apa yang disebut oleh salah seorang tokohnya sebagai bangsa pendatang. Pantang Umno dilihat sebagai babi tunggangan bangsa pendatang.
Kedudukan sebagai pembela bangsa Melayu yang setiap hari dicanangkan oleh media-media arus perdana yang dikuasainya mesti dijaga dan dipelihara oleh Umno. Oleh sebab itu Umno menjerkah MCA dan Gerakan supaya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina sahaja.
Dengan sifat Umno yang pantang menjual tanah menggadai wilayah lebih-lebih lagi kuasa legislatif kepada kaum pendatang, dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac tahun lalu, kawasan majoriti pengundi Cina yang ditandingi oleh MCA dan Gerakan bagi kerusi Parlimen ialah:
1. Alor Star (Melayu 62.57 peratus)
2. Padang Serai (Melayu 54.72 peratus)
3. Gerik (73.49 peratus Melayu)
4. Lumut (Melayu 48.77 peratus dan Cina 38.49 peratus)
5. Tanjong Malim (51.23 Melayu)
6. Batu (Melayu 44.27 peratus dan Cina 40.77 peratus)
7. Selayang (Melayu 44.79 peratus dan Cina 38.24 peratus)
8. Pandan (Melayu 49.34 peratus dan Cina 45.04 peratus)
9. Kelana Kaya (Melayu 41.88 peratus dan Cina 38.72 peratus)
10. Petaling Jaya Selatan ( Melayu 39.62 peratus dan Cina 21.7 peratus)
11. Puchong (Melayu 43.58 peratus dan Cina 40.78 peratus)
12. Wangsa Maju (Melayu 52.45 peratus dan Cina 39.76 peratus)
13. Bandar Tun Razak (52.73 peratus dan Cina 39.47 peratus)
14. Alor Gajah (Melayu 57.81 peratus)
15. Ayer Hitam (Melayu 56.39 peratus)
16. Tebrau (Melayu 49.34 peratus dan Cina 36.97 peratus)
17. Tanjung Piai (Melayu 50.16 peratus dan Cina 48.77 peratus)
18. Simpang Renggam (Melayu 54.51 peratus dan Cina 35.24 peratus)
19. Raub (Melayu 49.12 peratus dan Cina 43.51 peratus)
20. Kuantan (Melayu 59.97 peratus)
Dengan ketegasan Umno yang tidak mahu menyerahkan kepada MCA dan Gerakan kerusi dan kuasa legislatif dari kawasan majoriti Melayu itu, sembilan dari 15 kerusi yang dimenangi MCA adalah di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu:
1. Alor Star (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus)
2. Lumut (jumlah pengundi Melayu 48.77 peratus manakala Cina 38.49 peratus)
3. Tanjong Malim (jumlah pengundi Melayu 51.23 peratus)
4. Pandan (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 45.04 peratus)
5. Alor Gajah (jumlah pengundi Melayu 57.81 peratus)
6. Ayer Hitam (jumlah pengundi Melayu 56.39 peratus)
7. Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 36.97 peratus)
8. Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu 50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus)
9. Raub (jumlah pengundi Melayu 49.12 peratus manakala Cina 43.51 peratus).
Dari sembilan Ahli Parlimen MCA yang menang di kawasan majoriti Cina seperti yang dinyatakan di atas, Kedah mempunyai seorang Ahli Parlimen MCA, Perak dua, Selangor satu, Melaka satu, Pahang satu dan Johor tiga.
MCA kini mempunyai 15 Ahli Parlimen.
1 Chor Chee Heung (Alor Setar)
2 Kong Cho Ha (Lumut)
3. Lee Chee Leong (Kampar)
4. Ong Ka Chuan (Tanjong Malim)
5. Ong Tee Keat (Pandan)
6. Fong Chan Onn (Alor Gajah)
7. Tan Ah Eng (Gelang Patah)
8. Chua Tee Yong (Labis)
9. Ong Ka Ting (Kulai)
10. Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
11. Lim Bang San @ Teng Boon Soon (Tebrau)
12. Wee Jeck Seng (Tanjong Piai)
13. Dr Hou Kok Chung (Kluang)
14. Liow Tiong Lai (Bentong)
15. Dr. Ng Yen Yen (Raub)
Sama seperti MCA, Gerakan juga kalah teruk di semua kawasan majoriti Melayu yang ditandinginya iaitu Batu Kawan (Jumlah pengundi Cina 55.57 peratus manakala pengundi Melayu 20.4 peratus sahaja), Bukit Bendera (Jumlah pengundi Cina 73.79 peratus manakala pengundi Melayu 13.87 peratus sahaja), Tanjong (Jumlah pengundi Cina 85.26 peratus manakala pengundi Melayu 5.78 peratus sahaja), Jelutong (Jumlah pengundi Cina 67.96 peratus manakala pengundi Melayu 11.48 peratus sahaja), Beruas (Jumlah pengundi Cina 54.14 peratus manakala pengundi Melayu 31.43 peratus sahaja), Teluk Intan (Jumlah pengundi Cina 43.82 peratus manakala pengundi Melayu 36.16 peratus sahaja), Kepong (Jumlah pengundi Cina 90.31 peratus manakala pengundi Melayu 4.28 peratus sahaja), Segambut (Jumlah pengundi Cina 51.77 peratus manakala pengundi Melayu 36.3 peratus sahaja) dan Puchong. Selain dari kalah di kawasan-kawasan majoriti Melayu itu, ia juga kalah di Batu.
Gerakan hanya menang di kawasan majoriti Cina sahaja yang telah diberikan oleh Umno kepada parti itu iaitu:
1. Tan Lian Hoe (Gerik - jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus)
2. Liang Teck Meng (Simpang Renggam - jumlah pengundi Melayu 54.51 peratus manakala Cina 35.24 peratus sahaja)
Johor, negeri kelahiran Umno yang dilaung-laungkan sebagai pembela bangsa Melayu, mempunyai paling banyak Ahli Parlimen dari MCA dan Gerakan yang menang di kawasan majoriti Cina iatu di Ayer Hitam (jumlah pengundi Melayu 56.39 peratus), Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 36.97 peratus), Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu 50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus) dan Simpang Renggam (jumlah pengundi Melayu 54.51 peratus manakala Cina 35.24 peratus).
Bagaimanapun, para pemimpin MCA dan Gerakan ternyata memperlihatkan setiakawan yang hebat kepada orang-orang Melayu walaupun mereka menang di kawasan majoriti Cina.
Sebelum itu, The Star melaporkan Ong mendesak supaya istilah ketuanan Melayu tidak disebut-sebut lagi kerana ia memberikan tanggapan ada bangsa yang menjadi tuan manakala yang lain adalah hamba.
The Sun Ogos pula melaporkan Dr Chua meminta Ong mengulangi apa yang dinyatakannya kepada akhbar-akhbar Cina bahawa MCA mungkin akan keluar dari BN jika Umno meneruskan polisi ketuanan Melayu.
Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe(menang di Gerik iaitu kawasan majoriti Cina di mana jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus) memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.Beliau dipetik sebagai berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."
Dari bukti-bukti di atas, demi kedudukan yang dicanangkan sebagai pembela bangsa Melayu, Umno sama sekali tidak pernah dan tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen serta kuasa legislatif dari kawasan majoriti Melayu kepada MCA dan Gerakan.
Penyerahan kerusi Parlimen dan kuasa legislatif dari kawasan majoriti Melayu kepada MCA dan Gerakan dibimbangi oleh Umno akan menyebabkan Raja-Raja Melayu sebak dan menitiskan air mata.
Lebih dari itu, bagi parti yang dicanangkan sebagai pembela bangsa Melayu, menyerahkan kuasa kuasa legislatif kepada MCA dan Gerakan dari kawasan majoriti Melayu akan menyebabkan Umno dianggap sebagai babi sembelihan kedua-dua parti itu.
Rujukan:
Dewan Rakyat
Utusan Malaysia










Cantik? Klik 






Inilah 'kebenaran' disebalik keris yang sampai ke hari ini tiada sarungnya. Realiti inilah yang sengaja dipadamkan dari pengetahuan rakyat jelata, dicanang pelbagai sudut, dibahas sampai melalut, rakyat ditipu sedang kebenaran terbentang depan mata.
apa tunggu lagi ... tuan penarik beca hati2, tak malam nie.. esok atau lusa , ngko pulak akn 'dihilangkan'. Laman ini perlukan entry yang benar. Kami rakyat diluar masih mengharapkan blogger2 mampu menyampaikan mesej memperjuangkan kebenaran kepada semua rakyat.
Maka akan bersuara lah nanti, tok pekong dalam sidang DUN yang baru di PERAK, apabila usul yg di bentang oleh Akhun Baqaq ini;
"siapa yg bersejutu, kata 'YA', 29 pak angguk pun 'YAAA'. "siapa yg tak bersetuju katakan 'TIDAK', 29 menderhaka 'TIDAK'.
Ini adalah fakta yang 'sohih, sah, tanpa ragu2' dan dari dulu lagi, seawal ujudnya 'Perikatan' lagi hinggalah kemasa kini.
SIAPA BERANI CABAR FAKTA INI, SALAH, SONGSANG, TAK WAJAR, FITNAH, TAK RELEVEN dsbg-nya. Mai habaq kat ana sat!
Nanti adalah si pencacai, pengampu dan pendukong yang bersuara;
Kita kena berkrompomi, perpaduan, tidak mengira kaum asal BN, takpa, biaq tinggai celepa. Nak buat camna, kita hidup dalam NEGARA, NEGERI, DAERAH, MUKIM, BANDAR, PEKAN, KAMPONG yang berbilang kaum. Kan kaaaa?
Lu Fikir2kan lah sendiri. Sapa nak jawab bul jawab?
Wassalam.
"pantang UMNO menyerah tanah menjadi babi tungganggan etc...."
tapi tak pantang UMNO jual bangsa sendiri untuk menjadi orang kaya baru dengan BMW X5 hitam, mercedes s-class, jaguar, lexus, dan arak-arak sebagai jamu untuk menguatkan nafsu khinzir mereka.
orang melayu pada asalnya orang kampung, miskin dan papa kedana. itu satu hakikat tidak boleh di nafi... anank anak melayu yang dapat scholarship belajar overseas pun dapat duit kerajaan hasil cukai business orang bukan melayu. otak orang melayu dari azali malas, benggap, dan menghisap rokok dan lepak di jalanan. umno tak bela apa apa kecuali menjadi barua menjual bangsa melayu untuk jadi orang kaya baru. itu aje, dan perangai mereka dapat di lihat jelas dengan tingkah laku mereka.
"sombong bodoh"; bergaya moden tapi rupa tetap benggap.
fakta ini perlu disebarkan ,pr perlu bergerak tak perlu musim praya.sebarkan setiap selepas solat jmaaat.
sudah sampai masanya melayu, cina, india, kadazan dan iban bersatu hati memkuburkan UMNO/BN dan politik perkaumannya. Kita anak bangsa malaysia!
pak bakaq
umno ada logo - keris
tapi takut nak guna, cina marah.
berapa keratgat mati krn kris sekarang ni?
mati maruah krn baiki motor kedai tionghua tak apa
sumo
UMNNO memang xkan sekali kali memberi tanah kepada bangsa lain melainkan kalo mereka dapat imbuhan yang sepatutnya @RASUAH... hehehe..oleh kerana UMNO terkenal ngan rasuah sebab tu la tanah melayu banyak dah hilang...
Pak Bakaq,
Tolonglah tukarkan gambar hisam tu..aku cukup nyampah tenguk..bukan main garang dan bersemangat..menjerit menggenggam keris konon..mcm pahlawan yg gagah berani sgt..rupa2nya tak der telor..pahlawan tahi kucing..org bising sikit jer…dh panic takut hilang kedudukan…belum apa-apa dh pegi minta maaf..apa punya melayu ni..betul2 memalukan aku sahaja sebagai org melayu..perkara ni dh tentu akan tercatit dlm sejarah betapa baculnya org melayu yg sorang ni…kalau tak catit pun, aku akan ceritakan kpd anak2 keturunan dan generasi aku betapa baculnya org yg sorang ni..letak jawatan lagi baik kalau bermaruah..tapi mana ada maruah..bertanding pulak naib presiden umno..malaun2 melayu yg tak sedar diri ni pun pergi sokong..yg terbanyak pulak tu..hai, pening aku fikirkan betapa bodohnya melayu ni berfikir..
Itulah faktanya yang bangsaku tidak mahu sedar2..apalah nasib bangaku..harapkan org yg dianggap pemimpin, inilah jadinya..melayu amat mudah digula2kan..amat mudah dibeli..amat mudah menjual maruah walau pun dgn nilai yg tak seberapa..sejak awal aku menyedari hal ini..ketika aku masih dalam perkhidmatan, aku tidak akan bertolak ansur dgn manusia2 jenis ini..bagi itu peraturan tetap peraturan..tidak boleh ditukar dgn apa pun..aku tidak mahu ibeli, dialahgunakan, diperalatkan..biar aku tidak berharta sebagaimana org lain, asalkan hati aku puas, jiwa aku tidak terkongkong, maruah aku tetap utuh, tengkuk ku tidak akan ada mereka berani memegangnya untuk arahkan itu, ini..kerana aku tahu, ketika inilah aku dipanggil tuan...selepas itu, apabila aku sudah tidak berjawatan, mereka tidak akan mengenaliku lagi..tetapi harga yg aku bayar bukanlah murah, kawan..aku disisih golongan atasan ku..aku difitnah ketika mereka di raikan..proses pengembangan kerjayaku dinafikan…aku ditohmah macam-macam..itulah yg sebahagian bangsaku tidak sedar betapa mereka "benar2 digunakan"....
Pak Bakaq
Nampaknay seperti dikatakan dalam satu blog tulisan pak telah dikritik sebagai pandangan memain perkauman menggalakkan kebencian kaum cina oleh kaum melayu.
http://malaysianunplug.blogspot.com/2009/02/penarik-beca-once-respectable-blogger.htm
Rakan-rakan saya tak setuju dengan tulisan ke arah perkauman untuk membencikan orang yang tidak serupa kita.
Kenapa jadi ini, pak?
pendokong pakatan rakyat perlu fokuskan kapada kempen menyedarkan rakyat terhadap prinsip2 yang universal yang boleh diterima oleh semua bangsa dan semua anutan agama;
1.menolak sebarang bentuk kezaliman
2.menolak segala bentuk penindasan
3.menolak amalan rasuah
4.menolak amalan pecah amanah
5.menolak segala bentuk pembohongan
6.menolak sebarang bentuk salah guna kuasa
yakin lah rakyat mudah menerima prinsip2 diatas.
janganlah kita terperangkap dgn isu-isu yang "menyempitkan hati dan pemikiran" kita!!!
salam dan hello to all here
i can see most malays(ians) are gila politics :-)
bagus juga :-)
i am a malaysian chinese. i am reading all these with mixed feelings.
with my limited bahasa malaysia skills, i ask: kenapa mesti pemimpin melayu/islam jaga hak melayu, cina jaga cina dll...?
sampai bila kah kami sedar bahawa, kalaulah ada musuh pun, musuh adalah globalisasi (orang bukan-malaysia). bukan sesama sendiri (warga malaysia).
globalisasi tak kenal warna kulit, tak kenal agama seseorang. globalisasi macam tsunami. siapa yang belum sedia, kemungkinan besar akan lemas hanyut.
tapi...kenyataannya, selepas 50 tahun merdeka, masih ada banyak orang (melayu, cina, india dll..) yang mencari keharmonian and semangat muibbah sesama warga malaysia, tetapi tak tercapai-capai lagi.
personally, there honest chinese businessmen and they are crooked chinese businessmen (e.g. those that pakat with umno fellas to rob poor malay lands etc...). i hope the crooked chinese (or any bangsa) businessmen rot in hell for eternity.
i understand those malays in the kampong who have been neglected by bn gomen all these years by crooked bn (umno, mca, mic etcccc) feel the pain and anger. as for me i cari my own makan. i have my own jalan. i make my own jalan. no political connection.
that's why i suggest we all make our own jalan. for me, if there is anybody who is honest who want to cari makan (secara halal), who wants to learn business, i am read to teach. but must be honest. i dont fucking care about your skin colour. all of us have one head, two arms, two legs. no different. tapi, janji mesti nak belajar. i boleh tolong.
ingat, kalau ada musuh pun, musuh itu dari luar negara (globalisasi) [ dan umno/bn, hahaaha!!)
sekian,
carmanio.
Salam..
Saudara sekelian... sesuatu cerita dan peristiwa boleh kita lihat secara natural dengan "fitrah kemanusiaan" pandang dan nilai lah ia dengan sifat-sifat peri kemanusiaan pasti kita tahu siapa watak hitam dan siapa watak putih,,, kerana kemanusiaan itu adalah sejagat yang merentasi masa dan kumpulan manusia. Peristiwa Qabil dan Habil di zaman nabi adam kita tahu siapa watak baik dan siapa watak jahat walau peristiwa itu berlaku ribuan tahun... Kalau kita lihat apa jenis cerita pun dari peradaban bangsa... kita leh kesan mana watak hitam dan mana watak putih... Kita melihat dengan mata, hati dan fikiran seorang manusia yang kaya dengan sifat perikemanusiaan itu sahaja kuncinya..
Sekian wassalam
http://akademiakuniversal.blogspot.com/