Sedap!! Klik gambar di atas!

Tunjuk perasaan Perkasa, Pewaris tuntut tanah rezab Melayu


Bagi mempertahankan kepentingan Melayu, Ahli-ahli Umno seluruh negara termasuk pertubuhan-pertubuhan satelitnya seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) diheboh-hebohkan akan mengadakan kempen besar-besaran di seluruh negara untuk menuntut setiap inci tanah beri milik rizab Melayu yang diambil menerusi kuasa kerajaan pimpinan Umno diganti dengan jumlah keluasan yang sama tanpa berdalih dan bertangguh lagi.

Jika perkara itu tidak dilakukan, tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara akan diadakan di mana Presiden Pribumi Perkasa Negara, Datuk Ibrahim Ali yang diangkat oleh ahli-ahli Perkasa sebagai lantang memperjuangkan hak-hak Melayu serta tidak pernah pengecut akan memberikan ucapan berapi-api. Kata-kata seperti beruk, anjing dan babi dijangka akan dihamburkan oleh kepala Perkasa itu bagi menuntut tanah-tanah rezab Melayu yang dilesapkan sepanjang pemerintahan yang diterajui Umno itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kepala Perkasa itu mendesak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu disegerakan kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) yang mana Menteri Besar Perak turut menjadi ahlinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa melainkan ada sebab-sebab istimewa yang amat jelas.

"Kenyataan Exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa pemberian hak milik tanah kekal selaras dengan syarat keadaan khas di bawah kanun tersebut tidak tepat sama sekali.

"Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu," katanya.

Perkasa juga akan menuntut Peguam Negara mengambil tindakan terhadap kerajaan Perak kerana memastikan penduduk di 134 kampung baru di negeri itu memiliki suratan hak milik secara sah.

Katanya, usaha ini dilakukan sehingga sanggup memberi diskaun premium beberapa kali bagi penyambungan tempoh hak milik.

"Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.

"Kita percaya tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja," kata Exco Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Perak yang Setiausaha Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Ramly Zahari.

Tanah-tanah rezab kini semakin pupus. Sewaktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah rizab Melayu. Kini, jumlahnya sudah susut hingga hampir separuh, kerana jumlah yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja.

Di Selangor, hampir 9,000 hektar tanah rizab Melayu hilang (biasanya kehilangan ini ialah menerusi pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960).

Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewajibkan setiap ekar tanah beri milik rizab Melayu yang diambil mesti diganti dengan jumlah keluasan yang sama (menerusi pemberian milik baru), Selangor hanya mampu menggantikan sekadar satu pertiga sahaja (34 peratus).

Di Kedah, kita difahamkan bahawa pada 1990 kira-kira 80 orang Melayu (pemilik tanah rizab Melayu di kawasan Pantai Chenang, Langkawi) hilang tanah mereka setelah ia diambil oleh PBN untuk membangunkan projek pelancongan Pelangi Beach Resort.

Di Negeri Sembilan, pada 1994 lebih 600 orang Melayu yang menduduki Kampung Mambau, Mukim Rasah, hilang tanah mereka (seluas 930 hektar) apabila PBN mengambil tanah mereka itu untuk membangunkan projek gergasi Seremban II.

Setahun sebelum itu, pada 1993 masyarakat petani di sekitar kawasan Kerpan, Kedah, kehilangan tanah mereka (melibatkan 167 lot tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar) apabila PBN mengambilnya untuk projek ternakan udang harimau. Projek ternakan itu adalah usaha sama antara kerajaan negeri dengan kumpulan Ben Ladin dari Arab Saudi.

Di Johor, kira-kira 26,000 ekar tanah orang Melayu di sekitar Tanjung Langsat hingga Tanjung Piai juga telah hilang, setelah diambil untuk satu projek bandar baru.

Projek ini dikendalikan oleh syarikat milik Kuok Brothers, secara usaha sama dengan kumpulan UEM.

Di Melaka, penduduk Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah juga telah kehilangan tanah rizab Melayu mereka apabila ia diambil untuk pembinaan satu kawasan zon penampan oleh Petronas.

Di Terengganu, tanah orang Melayu di Pulau Redang (seluas kira-kira 300 ekar) diambil oleh PBN dan kemudian diserahkan kepada satu syarikat swasta milik seorang jutawan bukan Melayu.

Kesimpulannya, jika di bawah Enakmen Rizab Melayu yang sedia ada, pemilik tanah rizab Melayu terus dihalang menjual atau menggadai tanah mereka kepada orang atau institusi bukan Melayu, tanah tersebut tetap hilang (pupus) sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, menerusi prosedur pengambilan tanah. (Rujukan: Tempias pindaan undang-undang rizab Melayu - Utusan Malaysia 24/8/04)

Petikan dari hansard Dewan Rakyat 19/2/2009:
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, beruk!!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk sahaja kenal dengan beruk tau!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu jangan kurang ajar ya!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk besar kenal dengan beruk...
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, anjing!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya anjing, kamu pun anjing.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu anjing!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Alangkah bodohnya kita melayan seorang badot! Binatang sarkis pun tak layan badot ini. Dia hanyalah penghibur yang tak keruan arah! Oleh itu kita juga jangan jadi tak kerauan arah. Hanya pastikan PRU 13, Badot yang tidak bermaruah ini tidak menjadi calon PR!

  2. Bakaq!

    Ini lagu lama!

    KATAK OH KATAK
    MENGAPA TAK MELOMPAT?
    MACAMANA NAK MELOMPAT
    HABUAN BELUM DAPAT!
    HABUAN BELUM DAPAT!

  3. Si boddoh ini sepatutnya tanya siapa yang meyebabkan tanah rezab Melayu hilang? bukan sebab kampung baru, sebab UMNO yang mementingkan sendiri.

  4. Hidup,hidup..hidup melayu...
    mampos,mampos.. mampos 'katak'!!!

  5. lompat si katak lompat
    lompat tinggi tinggi
    berjuta juta demo akan dapat
    kalu demo jual kerusi

    lompat si katak lompat
    lompat tepi perigi
    siapa kah dia si raja katak
    kalu bukan berahim ali..

    tokden..jaguh lompat kijang

  6. mintak beri pandangan...

    kat negeri perak hampir beratus masjid yang ada.tak silap saya hampir 600 buah masjid yg ada. setiap jumaat setiap wajib akan mendoakan kepada sultan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam khutbah.sebenarnya saya tak setuju didoakan khusus pd sultan n raja saja. apa pendapat saudara2 sekelian..? bukankah elak kalau khatib doakan pada umat ISLAM dunia yang ditindas sekarang nie. sultan or raja diaorang hidup dalam kemewahan,kenapa perlu khatib doakan lagi dimurahkan rezeki...?tolonglah jawab... apa sumbangan sultan or raja pada ISLAM selain menjadi ketua agama ISLAM negeri.kenapa kita terlalu taksub dengan sultan sampai bersuara boleh dianggap menderhaka.padahal lagi banyak maksiat yang berlaku terhadap ALLAH yang didiamkan.banyak penghinaan ke atas ISLAM didiamkan.contoh isu letak kepala babi dalam surau universiti malaya (tempat saya belajar)kenapa diam macam tu sahaja....? mana lebih besar murka sultan atau murka dari ALLAH...fikir2kan lah.sultan tu manusia biasa sahaj.tak maksum pun.banyak melakukan kesalahan jugak. kenapalah kita terlalu menagung-agungkan sultan dan raja....?

    saya harap2 sangat2 pandanagan atas apa yang saya luahkan nie...

  7. eloknya kasi panas lagi berahim ali nih kat dewan rakyat. elok dia berdepan dengan khalid samad tuh. kalu berahim ali ada teloq jangan cakap ja. pejuang melayu tak cakap ja. hayun lah!!!!

  8. This idiot think he is one of the respected leader by rakyat.
    little did he know that only pengampu, pembodek and idiot malay is on his side. about 1.2% of m'sian citizen.

    the rest, look upon him as an ANJING KURAP tepi jalan yang berlagak konon orang takut dengan dia.
    Piiirah!!

  9. Saya sokong sepenuhnya Anonymous tentang minta pandangan doa untuk Sultan. Daripada doa untuk Sultan lebih baik kita berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutama sekali ditempat umat Islam yang kena tindas. Sultan ni nama je ketua ugama Islam tapi kehidupan mereka tak menggambarkan sebagai ketua ugama Islam sebenarnya. Jadi janganlah terlalu taksub dengan Sultan ditakuti nanti dimukai Allah nanti.

  10. Tu la dulu sebelum pru-12 orang Pas bagi muka sangat kat Brahim Ali sekarang apa dah jadi?Orang Pas mudah sangat percaya kat "orang",berlembut sangat,banyak tolak ansur.Dah bagi menang atas tiket Pas kata babi,bangsat kat pemimpin Pas.Itulah hadiah daripada Brahim Ali manusia yang ada dua kepala.Orang macam ni jangan dipujuk,jangan dilayan sama ja dgn Abdullah Ubai zaman nabi.Buat masjid pun nabi suruh bakar,sedekah jariahnya Tuhan tak terima.Lain kali panggil la lagi Brahim ceramah kat pentas Pas.Pas bagi madu tualang kat Brahim.Brahim bagi racun kat Pas.

  11. Aku masih tak puas hati pasal berahim nin...siapa kah yg beriya2 nak kan berahim bertanding atas tiket bebas?

    dengar citernya orang pasir mas bermatian2 nak berahim atas lambang bulan walaupun dia belum jadi ahli pas supaya senang nak control dia...tapi ada pemimpin pas yg jual dinar nak kan tok him bertanding atas tiket bebas,,kunun sbg strategy nak pertahankan kerajaan islam kelantan..tok guru just yes man?

  12. tgok muka dah tau mcm katak kodok...bnyk kawah

  13. 'kecek udus' betul r tok him sore ni.Orang tua zaman dulu ada ke ajar ank2 dia mencarut smapai lagu tu kat anak dia.ni presiden PERKASA cakap macam orang tu x maruah pon.apa baran.budaya yahudi mencarut gitu.

  14. kalau dalam pilihan raya akan datang.... pilih calon dengan hati hati ya.... kalau pilih calon yang tak otak, tak beradab dan tidak buat kerja untuk dun kommuniti sendiri.... rugi nanti dengan kemarahan kommuniti sendiri...

  15. Orang mcm berahim ali tu.. sememangnya tidak ada keperluan untuk hidup di muka bumi ini.. his existence on this earth is just a shame...klu tidak kerana bertanding atas tiket PAS dlm PRU yg lepas, jgn harap dia nak menang...

    Saya masih ingat semasa saya di zaman sekolah menengah dan ketika itu Tun M datang melawat Kelantan.. dan si berahim ni masih lg YB UMNO. Saya melihat dia berucap berapi-rapi di depan Tun M... by looking at him.. i just can tell..he's a damn good sucker...saya beritahu diri saya...inilah pemimpin yg akan memusnahkan anak bangsa dan negara.

  16. anon Thursday, February 26, 2009 12:20:00 PM MYT,

    mahu atau tidak berdoa kepada raja/sultan.. terpulanglah kepada anda.
    tapi lebih baik kita doakan raja/sultan supaya raja/sultan dapat buat keputusan yang memberi keuntungan kepada agama, bangsa, dan negara.

  17. igak katok wi mkn ko ike...

  18. Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    http://www.gadismelayuboleh.com

  19. inilah masanya kita sesama islam tidak benci membenci antara satu sama lain sebab dengan benci antara satu sama lain itulah kelemahan orag islam...kita doakan mereka semua termasuk kita buat yg terbaik untuk islam. DItakdirkan bangsa melayu lah yg menjaga islam di malaysia ini termasuk bangsa2 lain yg beragama islam. Doakan pas, umno perkasa walaupun berbeza pendapat tapi tak bermusuhan sehinggakan memusnahkan sesama sendiri. Inilah yg terjadi di Patani suatu ketika dahulu sesama raja bergaduh dgn mengajak bangsa siam membantu antara satu sama lain untuk kuasa akhirnya dua2 raja hilang semuanya dan kita kini merasa sedih tiadanya pembelaan disana. Lihatlah lain2 negara...jadikan itu pengajaran.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008